• Tidak ada hasil yang ditemukan

Aspek Leksikal Kata Nama dalam Dialek Masyarakat Banjar di Mukim Bagan Serai Perak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Aspek Leksikal Kata Nama dalam Dialek Masyarakat Banjar di Mukim Bagan Serai Perak"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

journal homepage: http://ejbl.kuis.edu.my eISSN: 2682-8987

67

Aspek Leksikal Kata Nama dalam Dialek Masyarakat Banjar di Mukim

Bagan Serai Perak

Aspects of Lexical noun in dialect society in Mukim Bagan Serai, Perak

Mohd Khaidir bin Abdul Wahab1 Mohd NorTaufiq bin NorHashim2

ABSTRAK

Kajian ini berfokus kepada aspek leksikal dalam dialek Banjar yang terdiri daripada golongan kata nama sahaja. Kata nama yang telah dikenal pasti daripada bahasa Banjar akan dibandingkan atau disesuaikan dengan perkataan bahasa Melayu standard. Selain itu, aspek sejarah kedatangan masyarakat Banjar ke Tanah Melayu amnya dan Mukim Bagan Serai khususnya turut dibincangkan. Pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual untuk melengkapkan kaedah pemerhatian yang telah dijalankan. Seramai 10 orang informan telah terlibat dalam temu bual ini, iaitu dua orang informan mewakili setiap kampung yang telah dipilih dalam mukim Bagan Serai, iaitu Kampung Jalan Banjar, Masjid Tinggi, Parit Gabis, Telok Medan dan Parit Haji Taib. Dapatan kajian ini memberi ruang kepada generasi muda untuk mengetahui aspek kata nama dialek Banjar yang merujuk kepada jantina,arah, peralatan dapur, anggota badan, kuih-muih,buah-buahan,jenis-jenis ikan,makanan, kiraan hari, dan kata ganti diri. Dapatan ini adalah penting kerana aspek leksikal kata nama yang diketengahkan ini merupakan leksikal yang sering digunakan dalam kalangan masyarakat Banjar semasa berkomunikasi. Kata Kunci: Dialek Banjar, Kata Nama, Sejarah, Masyarakat Banjar, Bahasa Melayu

ABSTRACT

This study is focused on the lexical aspects in Banjar dialect which consists of noun groups only. Nouns that have been identified from the language Banjar or adapted to be compared to the standard Malay language. In addition, the history of Banjar community arrival to the Malay in general and Mukim Bagan Serai in particular was also discussed. Researchers have used the interview method to complete the observation that has been conducted. A total of 10 informants were involved in this interview, namely two informants representing each village that has been selected in the Bagan Serai sub-district, namely Kampung Jalan Banjar, Masjid Tinggi, Parit Gabis, Telok Medan and Parit Haji Taib. The findings of this study provide space for the younger generation to know the aspects of Banjar dialect nouns that refer to gender, direction, kitchen utensils, limbs, cakes, fruits, types of fish, food, day counts, and personal pronouns. This finding is important because the lexical aspect of the highlighted noun is a lexical that is often used among the Banjar community when communicating.

1 Mohd Khaidir Abdul Wahab (PhD), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, mohdkhaidir@usm.my.

2 Mohamad NorTaufiq bin NorHashim, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, taufiq.norhashim@gmail.com

(2)

68

Keywords: Banjar dialects, noun, history, society, Malay

Pengenalan

Bahasa ialah sistem simbol yang mempunyai makna. Penggunaan bahasa adalah bertujuan untuk berkomunikasi, menyampaikan konsep, dan melakukan pernyataan kepada pendengar. Kategori bahasa dalam masyarakat terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu bahasa suku kaum, bahasa daerah, dan bahasa kebangsaan. Salah satu bahasa yang terdapat dalam masyarakat yang berbilang kaum dan etnik di negara ini ialah masyarakat Banjar. Masyarakat Banjar adalah tergolong dalam rumpun bangsa Melayu. Masyarakat Banjar di Malaysia terdapat di beberapa buah tempat tertentu seperti di negeri Selangor, Johor dan Perak. Walaupun kajian terhadap bahasa Banjar ini telah dilakukan oleh para pengkaji sebelum ini, namun masih ramai yang tidak mengetahui mengenai sejarah kedatangan masyarakat Banjar ke Tanah Melayu dan penggunaan leksikal khususnya kata nama dalam kalangan masyarakat Banjar khususnya dalam aktiviti seharian mereka. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan sejarah masyarakat Banjar dan mengenal pasti leksikal yang terdiri daripada golongan kata nama yang digunakan oleh masyarakat ini.

Masyarakat Banjar merupakan salah satu suku kaum yang terdapat dalam rumpun masyarakat Melayu. Ramai yang tidak mengetahui dan memahami tentang sejarah kedatangan kelompok ini yang sebenarnya hampir sama dengan masyarakat Jawa. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk memberi pendedahan dan mengenal pasti asal usul masyarakat Banjar di Malaysia agar generasi muda Banjar khususnya dapat mengenal semula asal usul leluhur mereka. Warisan budaya bangsa hendaklah dipertahankan supaya ia sentiasa relevan dan diingati oleh orang ramai, terutamanya generasi muda.

Dalam kajian ini pengkaji hanya membicarakan mengenai aspek leksikal khususnya golongan kata nama (KN) sahaja. Nik Safiah et al. (2015:95) mendefinisikan kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep. Justeru, kajian ini akan merungkai aspek sejarah ringkas masyarakat Banjar dan penggunaan kata nama dalam kalangan masyarakat ini. Selanjutnya, kajian ini diharapkan dapat mengisi kelompangan kajian-kajian sebelum ini dalam usaha mengenali masyarakat Banjar dengan lebih holistik dengan satu tekad supaya warisan kebudayaan masyarakat Banjar terus subur meredah zaman.

Sorotan Literatur

Kajian Nur Hafizah & Normaliza (2016) memberi tumpuan kepada makna kata adjektif dalam bahasa Banjar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan makna kata adjektif dalam ujaran masyarakat Banjar. Data yang dipilih dianalisis menggunakan teori Analisis Komponen Makna oleh Nida, (1975). Kajian ini menggunakan teknik rakaman bagi memperolehi data daripada golongan kata adjektif. Dalam sesuatu bahasa, istilah dan makna merupakan dua unsur yang berbeza walaupun tergolong dalam rumpun yang sama. Hakikatnya, tetap wujud penggunaan istilah yang berbeza, walaupun bahasa ini tergolong dalam rumpun bahasa Melayu. Jadi, kajian yang dilakukan ini berfokus kepada golongan kata adjektif bahasa Banjar untuk dibincangkan dari sudut makna.

(3)

69

Selain itu, Wan Embun & Noor Syifaa (2016) telah menganalisis sistem panggilan dalam komuniti Banjar. Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan kata panggilan dalam ahli keluarga masyarakat Banjar dan penggunaan kata ganti nama dalam kalangan masyarakat Banjar. Teori Ervin Tripp (1976) telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah secara kualitatif dan kuantitatif diterapkan dalam kajian ini, iaitu melalui temubual dan mengedar borang soal selidik kepada informan terpilih. Hasil kajian mendapati bahawa semua komuniti Banjar di kawasan kajian mengetahui dan masih menggunakan sistem panggilan serta sistem kata ganti nama diri dalam bahasa Banjar.

Selain itu, Kajian terhadap bahasa Banjar berdasarkan aspek kata kerja yang dilihat dari sudut semantik turut dilakukan oleh Maslida et al. (2010). Kajian ini berfokus kepada bahasa Banjar Kuala yang merupakan kajian lapangan di Banjarmasin Indonesia. Analisis komponen makna digunakan bagi menganalisis makna bagi sesuatu kata kerja. Fitur (+) dan (-) digunakan bagi memperlihatkan persamaan atau perbezaan yang diterbitkan daripada perkataan bahasa Banjar tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa ada perkataan yang mengekalkan ciri semantik, iaitu pada konsepnya, namun dalam situasi yang sebenar, terdapat perkataan bahasa Banjar yang memiliki ciri semantik tambahan yang membentuk pengkhususan bagi membezakan setiap perbuatan masyarakat Banjar.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, kajian yang telah dibuat tentang dialek Banjar telah ada, tetapi jumlahnya amat kecil. Kajian mengenai sejarah bahasa Banjar juga tidak banyak dan kajian seperti ini seharusnya ditekankan dan diteruskan oleh para pengkaji lain supaya kewujudan bahasa Banjar ini diketahui dan dipelajari oleh Masyarakat yang lain.

Metodologi Kajian

Bahagian ini akan membincangkan tentang tatacara atau gerak kerja kajian ini dilakukan. Dua kaedah utama yang telah dimanfaatkan semasa melakukan kajian ini, iaitu melalui kaedah kepustakaan dan kajian lapangan. Penerapan kedua-dua kaedah ini amat penting bagi mendapatkan dapatan kajian yang sempurna dan sahih.

Kajian Kepustakaan

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu dengan memfokuskan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian ini terlebih dahulu dimulai dengan menjalankan kajian kepustakaan. Kaedah ini penting untuk pengkaji memahami tentang pelbagai definisi, konsep, fakta-fakta, serta maklumat-maklumat kajian yang lepas yang tidak mungkin diperolehi melalui kajian lapangan (Norfazila et al., 2017). Kaedah ini juga merupakan suatu kaedah yang penting agar pengkaji boleh mendapatkan data yang tepat dan jelas dalam membuat huraian yang selanjutnya. Oleh itu, pengkaji memulakan kerja dengan membuat bacaan terhadap bahan rujukan yang berkaitan, seperti buku berkaitan budaya dan bahasa Banjar. Selain itu, jurnal imiah yang berkaitan tajuk kajian dan yang sesuai dengan ruang lingkup kajian juga digunakan.

(4)

70 Kajian Lapangan

Asmah (2002) menjelaskan bahawa kajian lapangan merujuk kepada penyediaan sesebuah informasi kajian berdasarkan sesuatu tempat fenomena yang mahu dikaji berdasarkan objektif kajian. Kajian lapangan dilakukan dengan menjalankan proses rakaman dan temu bual dengan informan yang terlibat dalam usaha mengumpul leksikal kata nama dialek Banjar. Temu bual merupakan salah satu kaedah soal selidik yang digunakan untuk memperolehi sesebuah maklumat secara lisan daripada informan melalui percakapan secara bersemuka dengan seseorang (Best dan Kahn, 2003; Ahmad Sunawari, 2009). Dalam kajian ini, maklumat-maklumat dan leksikal kata nama dialek Banjar ini dikumpul dan dianalisis, iaitu pengkaji hanya merujuk kepada lima buah kampung di mukim Bagan Serai sahaja. Ini kerana melalui sumber-sumber daripada ahli dalam Pertubuhan Banjar Malaysia terdapat seorang tokoh yang menjadi tempat rujukan ramai ilmuan untuk mendalami tentang pelbagai aspek tentang dialek Banjar di sini, iaitu Tn. Haji Jamaludin bin Asaari yang sentiasa menghubungkan masyarakat Banjar di Malaysia dengan masyarakat Banjar di Banjarmasin.

Di samping itu, proses pengumpulan data juga dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Penulis mendengar pertuturan dan melihat perilaku penutur ketika mereka bertutur di kedai-kedai kopi, di masjid, atau di tempat-tempat yang ada penutur dialek ini berbual. Untuk memudahkan kerja memproses, mengumpul dan membuat transkripsi data, rakaman pertuturan dibuat dengan menggunakan perakam suara. Hasil rakaman didengar semula untuk ditranskripsi serta ditulis semula dalam bentuk dialek dan bahasa Melayu standard. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual untuk melengkapkan kaedah pemerhatian yang telah dijalankan. Seramai 10 orang informan telah terlibat dalam temu bual ini, iaitu dua orang informan setiap kampung yang telah dipilih dalam mukim Bagan Serai, iaitu Kampung Jalan Banjar, Masjid Tinggi, Parit Gabis, Telok Medan dan Parit Haji Taib.

Sejarah Masyarakat Banjar dan Bahasa Banjar

Masyarakat Banjar merupakan suku peribumi bagi sebahagian besar wilayah Kalimantan Selatan. Nama Banjar diperolehi dari Kesultanan Banjarmasin atau dipendekkan menjadi Banjar. Sebelum zaman Kesultanan Islam Banjar masyarakat Banjar belum membina identiti suku atau agama. Masyarakat banjar ketika itu terdiri daripada tiga sub etnik berdasarkan wilayah tempat tinggal mereka dan unsur pembentukan suku (Idwar,1986:12). Berikut merupakan tiga sub etnik masyarakat banjar ketika itu.

a) Banjar Pahuluan- campuran Melayu dan Bukit (Bukit sebagai ciri kelompok).

b) Banjar Batang Banyu-campuran Melayu, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Maayan sebagai ciri kelompok).

c) Banjar Kuala- campuran Melayu, Ngaju, Barangas, Bakumpai, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Ngaju sebagai ciri kelompok)

(5)

71

Alfani (1997) juga bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Idwar (1986) bahawa masyarakat Banjar ialah penduduk asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan, iaitu selain Kabupaten Kota Baru. Beliau mengemukakan lapan sub etnik masyarakat Banjar, iaitu:

a) Banjar Alai b) Banjar Pahuluan c) Banjar Batang Banyu d) Banjar Kuala

e) Banjar Malabio f) Banjar Kaluak g) Banjar Kandangan h) Banjar Amuntai

Bahasa Banjar merupakan bahasa Austronesia yang digunakan oleh masyarakat Banjar di Kalimantan Selatan Indonesia (Idwar,1986; Alfani, 1997). Bahasa Banjar diperturunkan dari bahasa Melayu. Antara subkeluarga bahasa Banjar ialah Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua dan Alai.

Secara umumnya, bahasa Banjar dipengaruhi oleh bahasa Melayu, bahasa Jawa dan bahasa-bahasa Dayak. Terdapat juga andaian yang menyatakan bahawa bahasa Banjar mempunyai hubungan dengan bahasa Kedayan (Brunei), iaitu merujuk Bahasa Melayu Banjar (Muhadjir, 2000). Sejarah evolusi bahasa Banjar banyak melakukan proses peminjaman khususnya dari bahasa Indonesia dan bahasa asing.

Penghijrahan Masyarakat Banjar ke Mukim Bagan Serai, Daerah Kerian

Masyarakat Banjar yang berasal dari Kalimantan, Indonesia, iaitu di kawasan selatan Basin Barito, daerah Banjarmasin telah berhijrah ke tempat yang jauh dan dalam tempoh masa yang lama (Idwar,1986; Alfani, 1997).

Penghijrahan masyarakat Banjar ke Tanah Melayu diibaratkan sebagai ‘perantau hilang’, iaitu masyarakat Banjar bermatlamat untuk terus menetap di Tanah Melayu dan tidak pulang lagi ke tanah asal mereka (Salleh, 2016). Masyarakat Banjar telah berhijrah ke negeri Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam, Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat) dan juga negeri Sabah (Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau) yang dikenali sebagai Banjar Melau. Daerah Kerian di Perak merupakan daerah yang paling ramai terdapat masyarakat Banjar di Malaysia

Asal usul daerah Kerian berdasarkan peristiwa sekitar tahun 1800. Pada ketika itu Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar. Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut "Kirian" (perkataan kiri), iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak. Perkataan "Kirian" telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya, ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "Kirian" telah dipilih dan diubah kepada "Kerian". Daerah Kerian dibahagikan kepada lapan buah mukim, iaitu Mukim

(6)

72

Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol dan Selinsing, tetapi ia terletak di bawah tujuh (7) pentadbiran Penghulu Mukim dan 90 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit kampung (Pejabat Penghulu Mukim, Bagan Serai, 2012; Mohd Khaidir, 2013).

Asal usul nama Bagan Serai berdasarkan cerita yang disampaikan dari satu generasi ke generasi. Peristiwa kaum penghijrah dari Indonesia yang berehat dan telah menemui banyak rumpun pokok serai di pinggiran kawasan tersebut (sekarang ia dinamakan Jalan Jeti Pekan Bagan Serai). Dari situlah timbul ilham mereka memberi nama tempat tersebut sebagai ‘Bagan Serai’. “Bagan” bermaksud tempat tumpuan atau berhimpun orang ramai. Di situlah mereka meneroka tanah dan menjalankan pelbagai aktiviti kehidupan seperti bercucuk tanam, berniaga dan segala urusan masyarakat. Dengan itu, nama Bagan Serai kekal sehingga sekarang dan selama-lamanya. Mukim Bagan Serai adalah salah sebuah mukim daripada 8 buah mukim-mukim dalam daerah Kerian.Tiap-tiap mukim dibahagikan kepada kampung-kampung kecil. Kampung-kampung ini mempunyai kelompok masyarakat Banjar yang masih menuturkan dialek banjar dalam komunikasi seharian. Antara kampung-kampung tersebut ialah Jalan Banjar, Masjid Tinggi, Parit Gabis, Telok Medan dan Parit Haji Taib (Pejabat Penghulu Mukim, Bagan Serai, 2012; Mohd Khaidir, 2013).

Berikut merupakan dapatan kajian berkaitan aspek leksikal kata nama dialek Banjar yang digunakan oleh penduduk kampung di mukim Bagan Serai berdasarkan temu bual dalam kalangan informan kajian yang telah dipilih.

Dapatan Kajian

Aspek Leksikal Kata Nama Dialek Banjar

Dalam kajian ini pengkaji hanya membicarakan mengenai leksikal khususnya golongan kata nama (KN) sahaja.

a) Kata nama yang menyatakan konsep “jantina”

DB SIMBOL FONETIK BMS

lalakik [lalakɛɁ] lelaki

bibinik [bibinɛɁ] perempuan

(7)

73

b) Kata nama yang menyatakan konsep “peralatan dapur”

c) Kata nama yang menyatakan konsep “arah”

DB SIMBOL FONETIK BMS

tuju ke kanan /#tuʧu kə kanan#/ menghala ke kanan tuju ke kirik /#tuʧu kə kirɛɁ#/ menghala ke kiri tuju ke hedepen /#tuʧu kə hədəpən#/ menghala ke

hadapan tuju ke blekeng /#tuʧu kə bləkəɳ #/ menghala ke

belakang

d) Kata nama yang menyatakan konsep “anggota badan”

DB SIMBOL FONETIK BMS

muntung [muntɔɳ] mulut

muhak [muhaɁ] muka

talingak [taliɳaɁ] telinga

lantuhot [lantuhɔt] lutut

e) Kata nama yang menyatakan konsep “kuih”

DB SIMBOL FONETIK BMS

kalalapun [kalalapɔn] kuih Melaka

batil pisang [batɛl pisaɳ] lengat

dadar gulung [dadar gulɔɳ] ketayap

wadai kepeng [wadai kəpɛɳ] kuih dari tepung beras pulut

balungan hayam [baluɳan hajam] kuih koci

DB SIMBOL FONETIK BMS

rinjing [rinʤing] kuali

garingsing [garinsiɳ] kawah

cangkir [ʧaɳkɛr] cawan

(8)

74 Kata ganti nama diri orang

Bahasa itu adalah alat perhubungan antara manusia yang ada sistem lambangnya sendiri. Sebagai alat komunikasi antara individu, bahasa dapat menghasilkan perkataan-perkataan berbentuk kata ganti yang melambangkan taraf, darjat, dan pangkat dalam keluarga masyarakat Melayu. Sebagai sebuah masyarakat tradisional yang menitikberatkan nilai-nilai hubungan kekeluargaan, sudah pastilah kata ganti digunakan bagi melambangkan perhubungan yang rapat dalam keluarga. Kata ganti nama orang merujuk diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga (Nik Safiah et al., 2015). Berikut merupakan beberapa contoh kata ganti nama diri orang yang digunakan di mukim tersebut:

DB SIMBOL FONETIK BMS

akok (KN) [akɔɁ]

Kata ganti yang digunakan oleh golongan tua atau dewasa apabila bercakap dengan golongan sebaya

DB (panggilan) SIMBOL FONETIK BMS (pangkat)

datuk [datɔɁ] ayah kepada datuk sebelah

ayah atau ibu/moyang

atok [atɔɁ] ayah kepada ayah atau

ibu/datuk

atok [atɔɁ] ibu kepada ayah atau

ibu/nenek

ayah [ajah] ayah

umak [umaɁ] emak

marina [marina] saudara kandung ayah atau

ibu bapa saudara

marina [marina] saudara kandung ayah atau

ibu emak saudara

DB SIMBOL FONETIK BMS

ikam (KN) [ikam]

Kata ganti ini digunakan oleh golongan tua atau muda ketika bercakap pada rakan sebaya atau golongan yang lebih muda.

(9)

75

Kata ganti nama diri kekeluargaan pula digunakan dalam sistem kekeluargaan bagi masyarakat Banjar melambangkan ikatan perpaduan yang kukuh dalam kalangan ahli-ahli keluarga tersebut. Hal ini dapat dilihat dari hubungan pertalian darah melalui keturunan atau perkahwinan. Penggunaan panggilan pangkat dalam keluarga diguna berdasarkan taraf hierarki dalam sesebuah keluarga tersebut. Hubungan kekeluargaan boleh dikategorikan kepada dua peringkat, iaitu golongan yang lebih tua (datuk, moyang dan nenek) dan golongan yang lebih muda (anak, cucu dan cicit).

Bagi keluarga masyarakat Banjar, pemakaian “bahasa pangkat” untuk yang muda (anak) telah diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Beberapa istilah atau perkataan tertentu telah digunakan untuk membezakan taraf hierarki ahli-ahli keluarga mengikut umur dan kelahiran. Penggunaan istilah pangkat yang berbeza ini telah menjadi amalan turun temurun hingga ke hari ini. Berikut diperlihatkan senarai leksikal yang menunjukkan istilah panggilan untuk ahli-ahli keluarga masyarakat Banjar di Mukim Bagan Serai.

DB (panggilan) SIMBOL FONETIK BMS (pangkat)

pak long [paɁ loɳ] saudara sulung

laki-laki/abang

along [aloɳ] saudara sulung

perempuan/kakak

pak angah [paɁ aɳah] saudara tua kedua laki-laki/abang

angah [aɳah] saudara tua kedua

perempuan/kakak

alang [alaɳ] saudara tua ketiga/abang

atau kakak

anjang [anʤaɳ] saudara tua keempat/abang atau kakak

acek [aʧɛɁ] saudara tua kelima/abang

atau kakak paksu/maksu [paɁsu] [maɁsu] saudara bongsu/adik bongsu f) Buah-buahan DB SIMBOL FONETIK BMS

hampalam [hampalam] mempelam

niur [nijur] kelapa

kelandak [klandaɁ] durian benggala

kustila [kustila] betik

tawadak [tawadaɁ] cempedak

(10)

76

g) Jenis-jenis ikan

Menangkap ikan menjadi pekerjaan sambilan atau sekadar hobi bagi sesetengah penduduk di mukim ini, tambahan pula ada kampung yang dikaji terletak berhampiran dengan tali air.

DB SIMBOL FONETIK BMS

anak lusuk [anaɁ lusɔɁ] anak haruan

kalik [kaləɁ] keli

sapat siam [sapat sijam] sepat

karapia [karapija] talapia

h) Makanan Banjar

Dalam kehidupan seharian, makanan adalah penting sebagai sumber tenaga untuk hidup. Bagi masyarakat mukim ini, terdapat pelbagai nama diberi kepada jenis-jenis makanan yang dihidangkan sehari-hari, ketika majlis perkahwinan dan pada hari raya. Jenis-jenis makanan Banjar yang terdapat dan masih dihidangkan ketika hari atau majlis tertentu dikategorikan kepada empat jenis, iaitu:

i. Makanan yang dihidangkan pada waktu pagi untuk bersarapan.

DB SIMBOL FONETIK BMS

nasi sasangan [nasi sasaɳan] nasi goreng

cucur tawadak [ʧuʧɔr tawadaɁ] cucur cempedak

nasi lamak nasi lamaɁ] nasi lemak

cakuduk [ʧakudɔɁ] cekodok

ii. Makanan yang dihidangkan untuk makan tengahari atau malam.

DB SIMBOL FONETIK BMS

sasangan kuning [sasaɳan kuniɳ] gulai lemak

masak cabai prawet

[masaɁ ʧabai prawæt] masak sambal cili padi untuk ikan atau ayam

ikan babanam [ikan babanam] ikan bakar

cacapan [ʧaʧapan] air asam

masak tuop [masaɁ tuɔp] masakan ikan berbalut daun

pisang biasanya ikan patin

sayur gangan karawila

(11)

77

iii. Makanan yang dihidangkan pada hari raya.

DB SIMBOL FONETIK BMS

dudul [dudul] dodol

wajiq [waĵɛɁ] wajib

lamang [lamaɳ] lemang

katupat [katupat] ketupat

i) Kiraan hari dalam masyarakat Melayu.

Amalan mengira hari dengan menggunakan kata-kata atau leksikal tertentu masih diamalkan hingga hari ini. Bagi masyarakat Banjar di mukim tersebut, penggunaan kiraan hari masih diamalkan dalam golongan tua. Di bawah ini disenaraikan kiraan hari dalam seminggu yang masih diamalkan oleh masyarakat di mukim tersebut.

DB SIMBOL FONETIK BMS

Sanayan [sanajan] Isnin

Salasak [salasaɁ] Selasa

Arba [arba] Rabu

Khamis [xamɛs] Khamis

Jemahat [ʤəmahat] Jumaat

Sabtuk [sabtɔɁ] Sabtu

Ahad [ahad] Ahad

Kesimpulan

Melalui kajian ini telah membolehkan pengkaji merekodkan beberapa perkataan yang digunakan oleh masyarakat banjar di Mukim Bagan Serai. Walaupun penghijrahan mereka sudah beratus ratus tahun lamanya, namun, penggunaan bahasa Banjar tidak pernah luput dan terus digunakan pada hari ini. Walaupun bahasa ini tidak diajarkan di sekolah, namun mereka sangat peka dan cuba sehabis yang mungkin dengan mengajar anak cucu mereka secara tidak formal supaya tidak mati ditelan waktu. Usaha yang ditunjukkan oleh masyarakat Banjar di Mukim Bagan Serai ini seharusnya dicontohi oleh bangsa Melayu supaya bahasa Melayu juga tidak pudar dari bumi Melayu.

(12)

78

Ahmad Sunawari Long. (2009). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Jabatan Usuluddin Fakulti Pengajian Islam UKM.

Alfani Daud. (1997). Islam dan Masyarakat Banjar: Deskripsi dan Analisa Kebudayaan Banjar. Jakarta: Rajawali Press.

Asmah Hj. Omar. (2002). Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ervin-Tripp, S. (1976). Is Sybil there? The Structure of Some American English Directives. Language in Socienty, 5, 25-66.

Best, J.W & Kahn, J.V. (2003). Research in Education. Boston: Allyn and Bacon. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Idwar Saleh. (1986), Banjarmasih, Banjarmasin: Museum Negeri Lambung Mangkurat. Maslida Yusof, Rahim Aman, Karim Harun, Shahidi Hamid & Sa‟adiah Ma‟alip. (2010).

Perkaitan Semantik Kata Kerja Bahasa Banjar Kuala: Satu Analisis Varian, Kuin, Banjarmasin. Jurnal Melayu (5)

Mohd Khaidir Abdul Wahab. (2013). Dialek Banjar Sebagai Entri Dalam Kamus. Disertasi Sarjana Bahasa Melayu. Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Muhadjir. (2000). Bahasa Betawi: Sejarah dan Perkembangannya. Jakarta: Puslitbang Kemasyarakatan dan Kebudayaan (PMB-LIPI) dengan The Ford Foundation.

Nida E. A., (1975). Componential Analysis of Meaning. The Hague: Mouton & Co. N.V. Publishers.

Nik Safiah Karim et. al. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Norfazila Ab. Hamid, Norhasliza Ramli & Rahim Aman. 2017. Sistem jaringan komunikasi Langkawi varian Kedawang. Jurnal Melayu Isu Khas 2017:407-418.

Norfazila Ab Hamid. 2019. Inventori fonem dialek Melayu Jugra di Permatang Pasir. Jurnal Melayu, 18 (1): 29-42.

Nur Hafizah Razali dan Normaliza Abd Rahim. (2016). Kata Adjektif Dalam Ujaran Masyarakat Banjar. Jurnal Ilmi Jilid 6 2016: 1-10.

Nur Hafizah Razali dan Normaliza Abd Rahim. (2016). Makna Ujaran Masyarakat Banjar Dari Sudut Pragmatik. Journal of Business and Social Development. Volume 4 Number 1, March 2016: 55-64: Universiti Malaysia Terengganu.

Profil Bagan Serai, Bagan Serai Daerah Kerian. (2012). Perak: Pejabat Penghulu Mukim Bagan Serai, Perak

Salleh Lamry. (2016, Ogos 9-11). Madam ka Banua Urang: Migrasi dan Perubahan Sosial dalam Kalangan Orang Banjar di Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Konferensi Internasional: Transformasi Sosial dan Intelektual Orang Banjar Kontemporer, Banjarmasin, Indonesia.

Wan Embun, Noor Syifaa. (2016). Sistem panggilan dalam bahasa Banjar. Selangor: Universiti Teknologi Mara.

Zulfa Jamalie. (2011, Mei 23-24). Batatamba: Ritual Pengobatan Tradisional Dalam Masyarakat Banjar. Kertas kerja dibentangkan di konferensi Antara universiti se Borneo-Kalimantan (KABOKA 6), Universiti Palangka Raya, Indonesia.

(13)

Referensi

Dokumen terkait

guru mengikut setiap langkah yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mengendalikan kes disiplin pelajar.... 31 Berikut merupakan peranan guru dalam bilik

Dari pemaparan diatas, apabila auditor memiliki profesionalisme yang tinggi, maka dia akan melakukan seluruh tugas dan tanggung jawabnya sesuai dengan apa yang

Hal ini dikarenakan ibu hamil yang telah dijelaskan mengenai efek samping mengonsumsi tablet besi seperti mual menyalahartikan bahwa gejala mual yang terjadi lebih

Rendahnya laju pertumbuhan harian perlakuan Sp1 (E.cottonii) di minggu keempat disebabkan tidak tahan tehadap akumulasi kotoran-kotoran air berupa debu air (silt)

Hubungan Konsumsi Air dengan Status Hidrasi pada Pekerja Kebersihan RS Kasih Ibu, Diploma 4 Keselamatan dan Kesehatan Kerja Sekolah Vokasi, Universitas Sebelas

Kegiatan pengabdian kepada masyarakat yang dilaksanakan di Banjar Babakan Canggu Badung ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan Bahasa Inggris dasar bagi warga Banjar

Berdasarkan hasil pelaksanaan kegiatan PPM, maka dapat disimpulkan bahwa kegiatan PPM sosialisasi model Teaching Games for Understanding (TGfU) pada guru pendidikan

Sesuai dengan hasil penelitian yang dilakukan penulis tentang Prona di desa Bukumatiti bahwa dalam implementasi kebijakan dari Prona yang dijalankan oleh pemerintah