• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti dari awal hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN

HBEF3503 Pendidikan Inklusif ialah salah satu kursus yang ditawarkan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) dengan Kepujian. Modul ini dirancang untuk membolehkan pelajar menghuraikan keperluan sesuatu kelas pendidikan inklusif dan tahap institusi yang terlibat. Pelajar juga dapat memahami keperluan sosial dan keperluan akademik murid dalam kelas inklusif serta menggunakan pengetahuan untuk merancang dan mengendalikan sesebuah kelas pendidikan inklusif.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

(2)

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawaian OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai 3 jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam

Pembelajaran Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami

secara ringkas kandungan awal 3

Memahami modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Penyertaan dalam talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Pada akhir kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti keperluan akademik dan sosial murid dalam kelas inklusif; 2. Merancang kelas inklusif, program literasi dan numerasi asas; dan

(3)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan seperti yang berikut:

Topik 1 membincangkan konsep dan kepentingan program pendidikan inklusif dalam sistem pendidikan negara ini. Perbincangan juga melibatkan idea penubuhan pendidikan inklusif, di samping isu penting dalam bidang berkenaan. Topik ini juga mengutarakan hal yang melibatkan persepsi, mitos dan juga isu sampingan tentang pendidikan inklusif.

Topik 2 menjelaskan cara pelaksanaan sekolah inklusif di sekolah arus perdana. Perbincangan melibatkan aspek kesesuaian pendidikan inklusif dilaksanakan. Aspek lain yang disentuh termasuklah keberkesanan langkah yang diajukan oleh tokoh pendidikan inklusif, iaitu McLeskey dan Waldron. Selain itu, topik ini turut membicarakan aspek pemahaman terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah dengan lebih mendalam.

Topik 3 melibatkan aspek keperluan untuk menubuhkan pendidikan inklusif di Malaysia. Perbincangan turut melibatkan perkembangan terkini pendidikan inklusif di negara kita serta usaha membangunkan rangka kerja untuk keperluan dan perkembangan sekolah inklusif pada masa depan. Selain itu perbincangan tentang isu dalam membangunkan sekolah inklusif turut diketengahkan. Kepentingan asas transformasi pendidikan inklusif di sekolah arus perdana turut diberi perhatian dalam topik ini.

Topik 4 mengetengahkan perbincangan tentang usaha untuk memahami perkara yang perlu ada bagi murid berkeperluan khas (MBK) dalam menyesuaikan diri di sekolah inklusif. Selain itu, perbincangan juga melibatkan proses mengenal pasti langkah-langkah untuk memastikan keberkesanan praktik sekolah inklusif dan juga mengenal pasti ciri-ciri kelas kondusif untuk murid berkeperluan khas. Topik 5 membincangkan aspek kepelbagaian dalam pendidikan inklusif. Selain itu, topik ini turut memperkatakan aspek kurikulum pendidikan inklusif dan kepentingan untuk menyediakannya. Di samping itu, dibincangkan juga aspek teknik pengajaran yang bersesuaian dengan konsep pendidikan inklusif di negara ini.

(4)

Topik 6 menjelaskan konsep keperluan sosial sekolah inklusif seperti dilaksanakan di negara ini. Di samping itu, perbincangan melibatkan usaha untuk mengenal pasti keperluan sokongan komuniti sekolah inklusif dan masyarakat setempat bagi kepentingan pembangunan sosial di sekolah arus perdana. Selain itu, perbincangan turut melibatkan aspek pengenalpastian keperluan menangani murid kelainan upaya (MKU) bersosial di sekolah inklusif.

Topik 7 menjelaskan konsep numerasi di sekolah arus perdana. Pelajar juga didedahkan dengan beberapa prinsip asas numerasi. Akhir sekali, pelaksanaan numerasi turut dibincangkan.

Topik 8 menjelaskan perkara berkaitan dengan pemilihan bahan bantu mengajar (BBM) bagi numerasi. Selain itu, aspek penilaian turut dijelaskan secara mendalam melibatkan aspek penilaian numerasi. Akhir sekali, kaedah dan ciri-ciri penilaian untuk aspek numerasi turut dibincangkan.

Topik 9 membincangkan konsep dan prinsip asas literasi yang dilaksanakan dalam pendidikan inklusif. Antara aspek yang diketengahkan ialah usaha untuk mengenal pasti pelaksanaan literasi di sekolah arus perdana. Selain itu, perbincangan turut mengenal pasti kepentingan prasarana dan jadual waktu dalam implementasi literasi di kelas arus perdana.

Topik 10 menerangkan keperluan BBM bagi literasi. Pemilihan dan kriteria bahan literasi juga dijelaskan dengan terperinci. Akhir sekali, penilaian literasi di sekolah inklusif turut dibincangkan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS

Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.

(5)

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang telah anda pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluas kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS

Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN

(6)

RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Garis panduan program pendidikan inklusif murid berkeperluan khas. Putrajaya, Malaysia: Bahagian Pendidikan Khas.

Lewis B. R., & Doorlag, D. H. (2010). Teaching students with special needs in general education classrooms. London, England: Pearson.

Rapp, W. H., & Arndt, K. L. (2012). Teaching everyone: An introduction to inclusive education. Baltimore, MD: Brookes.

Salvia, J., Ysseldyke, J., & Witmer, S. (2016). Assessment in special and inclusive education. Belmont, TN: Wadsworth.

Smith, D. D., & Bryant, B. R. (2016). Teaching students with special needs in inclusive classrooms. Thousand Oaks, CA: Sage.

Westwood, P. (2013). Inclusive and adaptive teaching: Meeting the challenge of diversity in the classroom. London, England: Routledge.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH

SANUSI (TSDAS)

Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Referensi

Dokumen terkait

Walaupun adanya tindakan-tindakan positif tersebut, laporan yang bisa dipercaya mengenai pelanggaran HAM yang dilakukan oleh polisi terus bermunculan, dengan polisi secara

Penelitian ini dilakukan untuk mendapatkan jawaban terhadap pertanyaan apakah identitas social kemasyarakatan, dalam bentuk banyaknya warga keturunan Timur Tengah di Kawasan Condet

Secara keseluruhan, semakin tinggi nilai kadar selulosa juga akan membuat nilai breakdown voltage juga akan meningkat juga, namun pada kertas press yang direndam dalam minyak

Serta dapat memperbaiki histologi jaringan ginjal tikus diabetes melitus yang telah yang dipapar MLD-STZ yang mendapat terapi ekstrak rumput laut coklat

Praktik utang-piutang yang terjadi di desa Wuwur menurut penulis dilakukan dengan cara saling meridhawi (antaradlin), namun tetap dianggap kurang tepat karena “keridhawan”

Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran panting yang

Dalam penelitian yang diusung oleh Algrina Agnes Ulus (2013) menyatakan bahwa variabel produk, harga, lokasi, dan promosi secara simultan berpengaruh positif

Pada skripsi ini akan didesain suatu filter pasif untuk mereduksi rugi-rugi harmonisa akibat variasi beban yang dilakukan di laboratorium kom- puter Teknik Elektro