• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 Masalah Tempoh Perhatian Pendek

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 Masalah Tempoh Perhatian Pendek"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1 BAB 1 PENDAHULUAN PENDAHULUAN 1.1 1.1 PengenalanPengenalan

Dalam bab ini akan membincangkan latar belakang kajian, pernyataan masalah, Dalam bab ini akan membincangkan latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi istilah objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi istilah kajian dan rumusan.

kajian dan rumusan.

1.2

1.2 Latar Belakang KajianLatar Belakang Kajian

Globalisasi berteraskan teknologi maklumat telah banyak membawa perubahan Globalisasi berteraskan teknologi maklumat telah banyak membawa perubahan secara langsung pada peringkat komuniti dan individu. Era perkembangan secara langsung pada peringkat komuniti dan individu. Era perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan. Kepentingan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan. Kepentingan

(2)

teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam konteks masyarakat teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam konteks masyarakat  berpengetahuan hari ini semakin meningkat sejajar dengan perubahan dimensi dan  berpengetahuan hari ini semakin meningkat sejajar dengan perubahan dimensi dan inovasi dalam TMK. TMK telah menjadi komponen utama dalam kehidupan inovasi dalam TMK. TMK telah menjadi komponen utama dalam kehidupan seharian dan akan bertambah penting pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi seharian dan akan bertambah penting pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi golongan muda yang sentiasa hendak mendapatkan maklumat dengan cepat dan golongan muda yang sentiasa hendak mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah. Senario ini juga membawa kesan sampingan. Hampir setiap keluarga mudah. Senario ini juga membawa kesan sampingan. Hampir setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya sejenis alat eletronik, bilangan pengguna adalah memiliki sekurang-kurangnya sejenis alat eletronik, bilangan pengguna adalah menakjubkan. Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan teknologi menakjubkan. Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan teknologi dan memiliki liputan pengguna yang luas, hampir setip kanak-kanak memiliki dan memiliki liputan pengguna yang luas, hampir setip kanak-kanak memiliki sebuah telefon bimbit berpintar.

sebuah telefon bimbit berpintar.

Pada soalnya, sejauhmanakah penggunaan bahan eletronik mempengaruhi Pada soalnya, sejauhmanakah penggunaan bahan eletronik mempengaruhi  perkembangan

 perkembangan kanak-kanak? Menurut kanak-kanak? Menurut Small (2008) Small (2008) dan Pagini dan Pagini (2010), rang(2010), rangsangansangan kepada otak yang berkembang yang disebabkan oleh pendedahan keterlaluan kepada otak yang berkembang yang disebabkan oleh pendedahan keterlaluan kepada teknologi merangkumi telefon bimbit, internet, iPad, televisyen dan kepada teknologi merangkumi telefon bimbit, internet, iPad, televisyen dan sebagainya telah dibuktikan berkait rapat dengan kekurangan fungsi dan perhatian sebagainya telah dibuktikan berkait rapat dengan kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitif lembap, pembelajaran terjejas, peningkatan dalam melakukan sesuatu, kognitif lembap, pembelajaran terjejas, peningkatan kepada perlakuan mengikut emosi serta kurang kebolehan untuk mendisiplinkan kepada perlakuan mengikut emosi serta kurang kebolehan untuk mendisiplinkan diri. Menurut Ratey (2008), pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan diri. Menurut Ratey (2008), pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan kebolehan belajar. Dalam konteks lain, pendedahan kanak-kanak kepada kebolehan belajar. Dalam konteks lain, pendedahan kanak-kanak kepada bahan- bahan elektronik mengurangkan per

 bahan elektronik mengurangkan pergerakan fizikan gerakan fizikan dan juga berkait dan juga berkait rapat denganrapat dengan  jangka

 jangka masa tumpuan masa tumpuan dan perhdan perhatian kanatian kanak-kanak akan ak-kanak akan sesuatu perkara sesuatu perkara agak pendagak pendek.ek. Dalam kajian ini, pendedahan dan penggunaan bahan elektronik merupakan salah Dalam kajian ini, pendedahan dan penggunaan bahan elektronik merupakan salah satu aspek yang akan dibincangkan bahawa sejauhmanakah ia mempengaruhi satu aspek yang akan dibincangkan bahawa sejauhmanakah ia mempengaruhi  jangka

 jangka masa masa tumpuan tumpuan dan dan perhatian perhatian kanak-kanak kanak-kanak yang yang menjejaskan menjejaskan pencapaianpencapaian dalam proses pembelajaran?

(3)

Berdasarkan laporan  Kaiser Foundation  (2010), terdapat 60 peratus ibu  bapa tidak menjalankan kawalan penggunaan teknologi terhadap anak-anak mereka dan 75 peratus anak dibenarkan penggunaan teknologi dalam bilik tidur. Fenomena ini telah mempengaruhi kualiti tidur kanak-kanak yang akan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa tidur yang mencukupi dan kualiti tidur adalah buruk. Kualiti tidur amat penting untuk kesihatan individu tidak mengira dalam aspek fizikal mahupun asepek mental. Menurut saintis, tidak cukup tidur menjejaskan tumpuan dan kepekaan, kemampuan menilai sesuatu perkara secara rasional, kemahiran  bergaul dan daya ingatan seseorang. Lantaran itu, aspek-aspek tersebut akan  bertindak secara riak yang mempengaruhi aspek lain seperti penglibatan dalam

aktiviti riadah, minat dan motivasi dalam pembelajaran.

1.2.1 Minat Terhadap Kurikulum Di Sekolah Rendah

Malaysia sesebuah negara yang amat mementingkan pendidikan dalam kalangan rakyatnya disebabkan generasi muda adalah penyumbang generasi pada masa hadapan. Seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menekankan sistem pendidikan yang sempurna terhadap pelajar-pelajar masa kini dan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat dan penglibatan terhadap pembelajaran. Guru berperanan penting dalam memastikan corak penyampaian sesuatu mata  pelajaran berkesan atau sebaliknya.

Kini, didapati ramai murid semakin kurang tumpuan dan minat dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Berdasarkan definisi

(4)

yang dikemukakan oleh James (1980), tumpuan adalah terhad kerana manusia hanya mampu tertumpu pada satu perkara pada satu masa. Penumpuan juga bersifat terpilih kerana manusia boleh memilih sesuatu tumpuan pada satu perkara dalam satu masa dan penumpuan berkait rapat dengan konsep kesedaran. Sekiranya, kanak-kanak tidak berminat terhadap sesuatu perkara atau mata pelajaran dalam konteks proses pembelajaran, tumpuan mereka akan beralih kepada perkara lain yang lebih menarik dan sesuai dengan minat mereka. Minat terhadap sesuatu mata  pelajaran berkait rapat dengan tempoh daya tumpuan dan perhatian murid-murid. Integrasi atau penghubungjalinan antara mata pelajaran boleh dijalankan bagi mengekalkan tumpuan dan perhatian murid.

Secara ringkasnya, memberi tumpuan di dalam bilik darjah boleh dijel askan sebagai aktiviti mental yang memerlukan kanak-kanak memberi perhatian semasa guru menyampaikan sesi pengajaran. Menurut James (1980), terdapat aspek yang menunjukkan kanak-kanak kurang tumpuan semasa guru mengajar termasuk melakukan aktiviti lain seperti membuat kerja sekolah yang tidak disiapkan, berbual dengan rakan dan sebagainya. Menurut Reinhartz dan Beach (1998); Wiles dan Bondi (1998), menyatakan bahawa penumpuan di dalam bilik darjah amat penting kerana sekiranya pelajar memberi tumpuan semasa aktiviti pengaajran dan  pembelajaran, maka seseorang pelajar dapat meningkatkan kecerdasan minda supaya mereka dapat menyesuaikan diri dalam masayarakat masa hadapan yang kian mencabar.

Menurut Salleh (2003), menyatakan bahawa faktor guru adalah signifikan dalam mempengaruhi minat dan komitmen murid terhadap pelajaran serta  berpotensi mengubah sikap dan status murid terhadap sesuatu kurikulum. Sikap murid terhadap guru mata pelajaran yang diambil akan mempengaruhi minat serta

(5)

usaha ke arah kejayaan akademik seseoarng murid (Suradi Salim, 1987). Guru yang  bijak dalam melaksanakan aktiviti di dalam bilik darjah dengan menyediakan kaedah-kaedah yang sesuai bagi meningkatkan minat untuk belajar. Secara langsung, minat mempengaruhi tempoh daya tumpuan dan perhatian dalam proses  pembelajaran. Selain daripada itu, faktor luaran juga merupakan unsur

mengurangkan minat murid untuk belajar iaitu kepesatan kurikulum dan keperluan  peperiksaan yang membawa tekanan kepada mereka dan mereka juga cuba

mengelakkan diri daripada keadaan tersebut.

Apa yang ingin ditonjolkan di sini adalah dalam kajian ini akan berbincang  bahawa peningkatan minat murid dalam proses pembelajaran dapat melanjutkan tempoh masa daya tumpuan dan perhatian murid. Fenomena yang ditunjukkan  bahawa ramai murid kini kehilangan fokus dalam masa yang singkat dan akibatnya  prestasi pencapaian akademik murid yang rendah.

1.2.2 Daya Tumpuan Dan Perhatian Dengan Daya Ingatan Murid

Elemen daya tumpuan penting dalam alam pendidikan. Sekiranya seseorang murid tidak dapat memberikan tumpuan pada apa yang disampaikan oleh guru di dalam  bilik darjah maka kurang memahami isi pelajaran. Melalui penumpuan terpilih,

individu akan didedahkan kepada kenyataan bahawa tidak semua rangsangan yang diterima organ deria manusia mendapat perhatian untuk diberikan penumpuan. Justeru, sebahagian gambaran atau rangsangan yang diterima organ deria akan diproseskan dalam otak yang dijadikan ingatan jangka masa pendek dan ingatan  jangka masa panjang kemudian yang disimpan dan dicungkil serta digunapakai  pada masa kelak.

(6)

Berdasarkan Teori  Filter Broadbent’s  (1958), pemprosesan maklumat

manusia dihadkan oleh kapasiti saluran, yang berfungsi memilih dan menapis maklumat yang terlalu banyak diterima dalam kognitif melalui deria-deria manusia. Agak jelas bahawa tidak semua rangsangan yang didaftarkan oleh organ deria manusia mendapat perhatian. Kebanyakan daripadanya berlaku tanpa disedari langsung. Padahal, manusia tidak mempunyai keupayaan untuk menerima, memahami dan menganalisis kesemua rangsangan. Cara untuk mengatasi keadaan  pendaftaran banyak rangsangan pada organ deria pada satu masa adalah memilih secara selektif rangsangan-rangsangan yang mungkin dapat memberi makna dalam hidup, yang membolehkan seseorang mempelajari sesuatu dan akan memberi satu  pengalaman yang berlainan daripada lumrahnya. Manusia hanya memberikan  penumpuan yang terpilih kepada sesetengah rangsangan atau input sahaja.

Jelasnya bahawa daya tumpuan dan perhatian berkait rapat dengan daya ingatan. Setelah rangsangan daripada organ deria diterima yang mendapat perhatian melalui penumpuan, akan diproses dan disimpan dalam ingatan. Kapasiti daya tumpuan komponen signifikan menentukan kapasiti penerimaan rangsangan yang akan diproses dan disimpan dalam ingatan dan maklumat ini akan dicungkil dan digunapakai kemudian untuk tujuan mengaplikasinya dalam pembelajaran bagi golongan murid.

1.3 Pernyataan Masalah

Murid-murid merupakan modal insan yang penting bagi memajukan sesebuah negara. Namun, fenomena terkini menunjukkan bahawa ramai murid tidak dapat

(7)

memfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan untuk tempoh masa yang lama. Apakah faktor yang menyebabkan jangka masa daya tumpuan dan  perhatian yang pendek? Kanak-kanak yang kurang tumpuan merupakan salah satu masalah yang umum dalam proses pembelajaran di bilik darjah. Mereka sering kurang memberikan tumpuan di bilik darjah dan tumpuan mereka mudah terganggu oleh faktor di sekeliling mereka. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi  jangka masa daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak seperti faktor keluarga,

faktor amalan hidup serta faktor sikap dan minat.

1.3.1 Faktor Keluarga

Padahal, Malaysia merupakan sebuah negara yang telah mencapai tahap  pemodenan yang baik. Namun begitu, bagi mencapai arus pemodenan, kebanyakan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak sehingga mereka kurang didisiplinkan dan mudah dipengaruhi oleh pengaruh negatif daripada segi permakanan, tabiat tidur serta amalan hidup rutin. Sebahagian keluarga yang perlu menanggung kos sara hidup yang banyak, oleh itu kedua-dua ibu dan bapa perlu bekerja dan meninggalkan anak-anak mereka di pusat penjagaan kanak-kanak dan menyambut mereka selepas kerja. Masa berjumpa dengan ibu  bapa berkurangan telah mempengaruhi interaksi mereka dengan anak-anak. Interaksi yang berkurangan dengan anak-anak telah menyebabkan ibu bapa kurang memahami status anak-anak mereka dari semasa ke semasa.

Sebahagian ibu bapa yang memanjakan anak-anak mereka, memenuhi hasrat anak-anak sedaya upaya. Hampir semua kanak-kanak yang tinggal di bandar memilik sebuah telefon bimbit. Ibu bapa yang sibuk bekerja dan memudahkan

(8)

 perhubungan dengan anak-anak mereka, mereka perlu membeli sebuah telefon  bimbit untuk anak-anak supaya dapat berhubung dengan mereka dari semasa ke semasa. Seperti yang dirujuk atas, penggunaan alat elektronik merupakan salah satu komponen yang mempengaruhi jangka masa daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak. Tambahan pula, kekurangan kawalan ibu bapa terhadap penggunaan bahan elektronik di kalangan kanak-kanak akan menyebabkan penyelewengan kegunaan telefon bimbit khususnya bagi kedua-dua ibu bapa yang bekerja dan kekurangan masa membimbing anak-anak.

Kanak-kanak perlu diberikan satu set nilai, panduan dan standard untuk membantu mereka menguruskan kehidupan dan berdisiplin. Seseorang ibu bapa yang membimbing anaknya bahawa akibat positif atau negatif terutamanya dalam aspek penggunaan bahan elektronik. Apabila mengajar dan mendapati anak-anak melakukan kesalahan akan disusuli dengan perubahan sesuatu tingkah laku dengan  bimbingan betul oleh ibu bapa. Teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa juga  penting dalam proses bimbingan. Sejajar dengan perkembangan teknologi, hampir semua ibu bapa sibuk dan lebih kerap “bersemuka” dengan telefon berbanding  bersemuka dengan anak-anak mereka. Tingkah laku ini akan ditiru oleh anak-anak

mereka. Kanak-kanak sering memerhati tingkah laku ibu bapa dan ahli keluarganya. Fenomena ini juga meningkatkan kadar penggunaan bahan elektronik di kalangan kanak-kanak dan banyak membawa kesan sampingan.

Selain daripada itu, ibu bapa kini juga kurang meluangkan masa untuk  berseronok dengan anak-anak mereka. Lantaran kesibukan dalam kerjaya masing-masing, ibu bapa telah terlepas daripada peluang belajar bersama anak-anak mereka. Kekurangan aktiviti yang seronok dan bermakna, kanak-kanak berasa bosan dan lebih bergantung bahan elektronik untuk mengurangkan kebosanan.

(9)

Secara ringkasnya, penggunaan bahan elektronik salah satu komponen yang mempengaruhi jangka masa daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak. Kekurangan kawalan ibu bapa terhadap anak-anak dalam penggunaan bahan elektronik, telah menyebabkan kanak-kanak bergantung lebih kepada bahan elektronik dan mengurangkan minat mereka terhadap pembelajaran, secara langsung menjejaskan daya tumpuan dan perhatian mereka. Melalui kajian Tajul Ariffin (1990), ibu bapa memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai untuk anak-anak di samping membimbing mereka untuk mengamalkan cara belajar yang betul. Persekitaran rumah yang baik merupakan tempat pendidikan asas  bermula atau berlaku. ibu bapa juga penting menjadi rujukan kepada anak-anak semasa berada di rumah melalui permerhatian dan peniruan kanak-kanak. Di samping itu, mereka juga berperanan dalam membentuk sikap yang positif dalam kalangan anak-anak mereka terhadap pendidikan.

1.3.2 Faktor Amalan Hidup

Amalan hidup boleh ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif atau negatif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Amalan hidup sangat berkait rapat dengan perkembangan zaman dan teknologi. Antara amalan hidup yang dititikberatkan dalam kajian ini adalah aspek permakanan, tabiat tidur dan penggunaan alat elektronik. Aspek permakanan yang tidak seimbang dan kurang zat merupakan unsur mempengaruhi daya tumpuan seseorang individu. Tabiat tidur yang buruk bahawa tidur tidak mengikut masa, yang akan berlaku keadaan “hutang tidur”, secara langsung menyebabkan seseorang tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian pada sesuatu perkara. Selain itu, sejajar dengan

(10)

 perkembangan teknologi secara pesat, hampir setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya sebuah alatan eletronik. Fenomena tidak dapat meninggalkan telefon bimbit menjadi lumrah. Penyelidikan terbaharu mendapati daya tumpuan orang ramai semakin berkurangan dengan peningkatan penggunaan telefon pintar, komputer tablet dan komputer riba (dipetik daripada Utusan, 2014). Faktor ibu bapa sibuk bekerja, telah mengabaikan amalan hidup sihat kanak-kanak atau ibu bapa yang terlalu menuruti kata anak-anak mereka yang mempengaruhi amalan hidup sihat mereka dan secara tidak langsung menjejaskan daya tumpuan kanak-kanak.

1.3.3 Faktor Sikap dan Minat

Setiap guru memainkan peranan yang penting dalam menarik minat murid-murid untuk belajar dengan cara mempelbagaikan kaedah pengajaran. Selain daripada usaha guru, sikap dan minat murid terhadap pembelajaran penting mempengaruhi  jangka masa daya tumpuan dan perhatian terhadap pembelajaran. Menurut Foo (1998), menyatakan bahawa adanya minat, usaha dan semangat tinggi untuk belajar,  pencapaian belajar akan bertambah. Minat dan sikap seseorang terhadap  pembelajaran boleh mempengaruhi kesediaan belajar. Dalam konteks lain, minat  penting dalam melanjutkan jangka masa daya tumpuan dan perhatian. Setiap individu dilahirkan adalah berbeza daripada individu yang lain. Murid-muri d yang kurang minat dalam pembelajaran adalah amat sukar untuk menarik perhatian ketika guru mengajar. Motivasi dalaman bagi kesediaan belajar penting untuk mengekalkan minat seseorang individu dalam proses pembelajaran.

Terdapat beberapa aspek yang berkemungkinan besar menjadi faktor mempengaruhi minat dan sikap murid terhadap pembelajaran, seperti kurang

(11)

kemahiran asas dan pengalaman, kandungan pelajaran, pembelajaran tidak sistematik dan gangguan emosi. Kekurangan kemahiran asas dan pengalaman akan mengakibatkan mereka muncul perasaan kurang seronok dan cemas apabila tidak dapat mengikuti dan memahami apa yang telah disampaikan oleh guru. Keadaan suasana dalam pembelajaran yang tidak sistematik dan kurang tindak balas daripada murid juga mempengaruhi minat mereka terhadap pembelajaran yang secara langsung menyebabkan murid kurang tumpuan terhadap pembelajaran.

Pengaruh minat yang tinggi terhadap mata pelajaran tertentu juga mempengaruhi tahap pencapaian murid. Dalam kajian Quek (2006), juga mendapati  bahawa minat mempunyai pengaruh yang positif kepada pencapaian murid dalam mata pelajaran tertentu. Menurut Ornardin (1996), minat merupakan suatu perkara  penting sebagai pendorong kepada murid untuk bergiat cergas dalam aktiviti  pembelajaran. Ismail (1992), juga menyokong pernyataan tersebut dengan menyatakan minat terhadap sesuatu perkara atau aktiviti akan mendorong seseorang murid meneroka dengan lebih jauh. Lee (1991), pula mendapati bahawa minat dan sikap memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kesediaan belajar dan pencapaian murid. Secara ringkasnya, minat berkait rapat dengan jangka masa daya tumpuan dan perhatian murid terhadap pembelajaran.

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Objektif Khusus

i. Mengenal pasti faktor keluarga dan rakan sebaya yang mempengaruhi sikap dan minat murid-murid terhadap pembelajaran.

(12)

ii. Mengenal pasti masalah sikap dan minat murid terhadap jangka masa  perhatian murid dalam proses pembelajaran.

iii. Mengenal pasti fator tabiat tidur, nutrisi, aktiviti riadah dan penggunaan  bahan elektronik mempengaruhi jangka masa daya tumpuan dan perhatian

murid yang pendek.

iv. Meninjau faktor minat dan persekitaran pembelajaran yang mempengaruhi  jangka masa daya tumpuan dan perhatian murid yang pendek.

1.5 Soalan Kajian

i. Sejauhmanakah faktor keluarga dan rakan sebaya mempengaruhi sikap dan minat murid-murid terhadap pembelajaran?

ii. Apakah masalah sikap dan minat murid-murid terhadap jangka masa  perhatian murid dalam proses pembelajaran?

iii. Sejauhmanakah faktor tabiat tidur, nutrisi, aktiviti riadah dan penggunaan  bahan elektronik mempengaruhi jangka masa daya tumpuan dan perhatian

murid yang pendek?

iv. Sejauhmanakah faktor minat dan persekitaran pembelajaran mempengaruhi  jangka masa daya tumpuan dan perhatian murid yang pendek?

(13)

Kajian yang dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada ibu bapa, guru-guru dan masyarakat tentang daya tumpuan dan perhatian merupakan komponen penting menentukan keberkesanan pembelajaran. Minat, amalan hidup, faktor keluarga dan persekitaran pembelajaran merupakan faktor penting mempengaruhi jangka masa daya tumpuan dan perhatian. Justeru, ia boleh dijadikan panduan kepada semua pihak merangkumi ibu bapa, guru-guru dan masyarakat supaya lebih memahami faktor mempengaruhi daya tumpuan dan cara untuk mengatasi masalah jangka masa daya tumpuan dan perhatian yang pendek dalam kalangan murid.

Selain itu, kajian ini juga boleh dijadikan panduan untuk menganalisis ciri-ciri jangka masa daya tumpuan dan perhatian yang pendek supaya dapat mengenal  pasti masalah daya tumpuan pada peringkat awal dan dapat menambahbaikkan  prestasi murid dalam pembelajaran lagi meningkatkan keberkesanan proses  pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan analisa masalah yang akan dihadapi oleh kanak-kanak yang  jangka masa daya tumpuan mereka pendek, lebih pendedahan kepada ibu bapa dan masyarakat supaya dapat menitikberatkan masalah ini dan mengatasinya. Kajian ini  juga menyediakan panduan supaya guru mengetahui perbezaan individu setiap orang murid dan mereka bentuk kaedah pengajaran yang bersesuaian untuk kanak-kanak.

(14)

Kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada murid-murid dari sekolah rendah tempat berbeza. Persamaan antara responden tersebut adalah jangka masa daya tumpuan dan perhatian pendek dan pencapaian akademik mereka agak lemah serta adanya pencapaian akademik yang tidak menentu. Responden terdiri daripada murid lelaki dan perempuan meliputi kaum Melayu, Cina dan India.

1.8 Definisi Istilah Kajian

Terdapat beberapa istilah yang diguna pakai dalam menjalankan kajian ini.

1.8.1 Daya Tumpuan

Definisi daya tumpuan yang diketengahkan oleh William James (1980), daya tumpuan adalah terhad kerana manusia hanya mampu tertumpu pada satu perkara  pada satu masa. Daya tumpuan juga adalah terpilih sifatnya kerana manusia boleh

memilih satu tumpuan pada satu perkara dan tumpuan itu juga berkait rapat dengan konsep kesedaran yang merupakan satu situasi yang kita sedari dalam apa jua masa. Malahan William James juga menekankan bahawa kesedaran adalah satu falsafah yang mempunyai konsep sukar untuk diukur kerana ia berkait dengan konsep mengawal yang melawan proses automatik kognitif.

Menurut Kahneman’s (1973) dan Sanders (1983), mengaitkan daya tumpuan dengan pemprosesan kemampuan dan rangsangan. Maklumat tertentu dipilih akan diproses mental selanjutnya. Daya tumpuan boleh didefinikan bahawa

(15)

 perhatian yang bertugas untuk memberikan tumpuan terhadap tugas mental dengan mengetepikan rangsangan lain yang mengganggu. Dalam konteks ini, daya tumpuan membolehkan kesediaan individu untuk menerima maklumat tertentu. Daya tumpuan dapat diperolehi dengan cara memfokuskan perhatian inidividu terhadap sesuatu rangsangan. Pemilihan tumpuan berlaku berdasarkan perkara- perkara penting yang diperlukan untuk ruang dan masa tertentu mengikut minat dan

motivasi.

Berdasarkan Teori Kapasiti Penumpuan diutarakan oleh  Kahneman’s

(1973), menekankan bahawa kapasiti tumpuan manusia sememangnya adalah terhad dalam ruang perkongsian utama minda yang fleksibel. Ringkasnya, Kahneman’s menegaskan kapasiti penumpuan boleh berubah bergantung kepada keadaan yang berkaitan rapat dengan tahap rangsangan pada individu, tugasan yang menuntut penumpuan serta keadaan yang tidak sengaja menarik perhatian pada  perkara-perkara ganjil.

Secara ringkasnya, daya tumpuan individu berbeza ditentukan rangsangan yang diterima organ deria manusia yang membolehkan kesediaan individu untuk menerima maklumat tertentu. Namun, daya tumpuan adalah terhad kerana manusia hanya mampu tertumpu pada satu perkara pada satu masa. Oleh itu, kapasiti  penumpuan terganggu sekiranya terdapat gangguan atau rangsangan luaran atau

lain daripada rangsangan yang sedang diberikan tumpuan.

1.8.2 Daya Ingatan (Ingatan Dan Lupaan)

Menurut Atan Along (1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman

(16)

untuk disimpan dalam otak individu. Fein (1978), juga mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Menakala Vermon (1980), berpendapat ingatan merupakan  bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi  pengalaman pada masa depan. Menurut Bugelski (1979), ingatan manusia terbahagi kepada dua kategori iaitu ingatan berkaitan dengan masa serta ingatan berkaitan dengan kandungan. Bagi ingatan berkaitan dengan masa boleh terbahagi kepada tiga: ingatan ikonik, ingatan jangka masa pendek dan in gatan jangka masa panjang. Ingatan ikonik melibatkan gambaran rangsangan hanya buat dalam jangka masa yang amat pendek dan ringkas. Ingatan jangka masa pendek pula melibatkan  penyimpanan bahan maklumat di dalam ingatan untuk beberapa saat atau seminit

sahaja, jika maklumat yang bermakna akan disalur dan disimpan dalam ingatan  jangka masa panjang yang boleh dicungkil pada bila-bila masa untuk digunapakai.

Menurut Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak  berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang. Lupaan juga boleh ditakrifkan kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Terdapat tiga teori diutarakan bagi menerangkan lupaan: Teori Reputan ( Decay Theory), Teori Ingat Kembali ( Retrieval Theory) dan Teori Gangguan ( Interference Theory).

Secara ringkasnya, ingatan adalah kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat yang disimpan dalam otak yang disebutkan ingatan dan akan dicungkil dan digunapakai pada masa kelak. Konteks ‘lupaan’ bererti motif atau kegagalan mengingat semula sesuatu butir maklumat dengan tepat.

(17)

1.8.3 Tabiat Tidur

Tidur adalah keadaan rehat badan semula jadi yang akan dialami setiap individu. Tidur adalah suatu keadaan di mana badan individu di mana kegiatan jasmani  berkurangan dan berada dalam keadaan yang menenangkan (Tarwoto, 2006). Definisi “tabiat” dalam Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Pelajar Edisi Kedua), adalah sifat batin seseorang yang mempengaruhi fikiran atau perbuatannya atau  perbuatan yang selalu dilakukan. Justeru, tabiat tidur boleh diertikan sifat seseorang

tidur yang selalu dilakukan dan menjadi rutin harian.

1.8.4 Hutang Tidur

“Hutang tidur” adalah kesan kekurangan rehat dan tidur yang akan mengakibatkan keletihan mental dan fizikal. Jumlah tidur optima adalah berlainan mengikut kumpulan usia berbeza. Jumlah tidur adalah pengaturan masa tidur berkait rapat dengan ritma sirkadian seseorang. Satu episod tidur utama seseorang agak kurang cekap dan tidak mencukupi jika berlaku pada masa yang kurang sesuai. Mengikut kajian, kanak-kanak memerlukan lebih masa tidur sehari berbanding dewasa agar  perkembangan kanak-kanak dalam keadaan normal. Bagi bayi baru lahir, mereka  perlu tidur selebihnya 18 jam, dan masa tidur beransur berkurangan sambil kanak itu membesar (Tina, Larson, Gina, Suzanne dan Robert, 2007). Bagi kanak-kanak pada usia 5-12 tahun, masa tidur diperlukan oleh mereka adala h 9 hingga 11  jam. Sekiranya seseorang kanak-kanak tidur kurang daripada 9 jam dianggap

(18)

1.8.5 Minat

Hurlock (1993), menjelaskan bahawa minat adalah sumber motivasi yang mendorong seseorang untuk melakukan apa yang ingin dilakukan ketika bebas memilih. Ketika seseorang menilai bahawa sesuatu akan bermanfaat, maka akan menjadi minat, kemudian hal tersebut akan mendatangkan kepuasan. Ketika kepuasan menurun maka minatnya juga akan menurun. Menurut Crow & Crow (1984), menyatakan bahawa minat dapat menunjukkan kemampuan untuk memperhatikan seseorang. Minat dapat menjadi sebab sesuatu kegiatan dan hasil dari turut sertanya dalam kegiatan tersebut. Lebih lajut, Crow & Crow menjelaskan  bahawa minat mempunyai hubungan erat dengan dorongan-dorongan, motif-motif

dan respon-respon emosional.

Minat, menurut Chauhan (1978), pada orang dewasa menentukan aturan  penting dalam perkembangan peribadi dan perilaku mereka. Minat adalah hal  penting untuk mengerti individu dan menuntun aktiviti pada masa yang akan datang.

Tambahan pula, menurut Tampubolon (1993), mengemukakan bahawa minat adalah perpaduan antara keinginan dan kemahuan yang dapat berkembang jika ada motivasi. Menurut Ginting (2005), mengungkapkan definisi minat sebagai kesukaan terhadap kegiatan melebihi kegiatan lainnya. Ini bererti minat  berhubungan dengan nilai-nilai yang membuat seseorang mempunyai pilihan dalam

hidupnya. Selanjutnya, minat berfungsi sebagai daua penggerak yang mengarahkan seseorang melakukan kegiatan tertentu yang spesifik, lebih jauh lagi minat mempunyai karateristik tersendiri yang melakukan kegiatan yang dipilih sendiri dan menyenangkan sehingga dapat membentuk suatu kebiasaan dalam diri seseorang. Sutjipto (2001), menjelaskan bahawa minat adalah kesedaran seseorang terhadap suatu objek, orang, masalah, atau situasi yang mempunyai kaitan dengan

(19)

dirinya. Dalam konteks ini, minat harus dipandang sebagai sesuatu yang sedar kerana minat merupakan aspek psikologikal seseorang untuk menaruh perhatian yang tinggi terhadap kegiatan tertentu.

1.9 Rumusan

Dalam bab ini telah membincangkan mengenai latar belakang kajian yang merangkumi pelbagai aspek: amalan hidup (tabiat tidur, permakanan dan  penggunaan bahan elektronik) serta minat terhadap kurikulum sekolah dan  pengaruh kepada daya tumpuan dan perhatian. Pernyataan masalah dan definisi

(20)

Anita Woolfolk. (2004).  Educational Psychology. 9

th

  Edition.

Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.

Baller, W. R dan Charles, D.C. (1986). The Psychology of Human

Growth and Development . Rein Holt New York

Bell, Paul A; Greene, Thomas C.; Fisher, Jeffry D.; Baum, Andrew

(1996). Environmental Psychology ( Fourth Edition). New York:

Holt, Rinehart and Winston Inc.

Chris M. Herdman & Jo-Anne LeFevre, Educational Psychology: 1992,

Vol 84, No 1,  Individual Differences in the Efficiency of Word

 Recognition, USA: American Psychological Association Inc.

Flawell, John H.; Miller, Patricia H.; Miller, Scot A. (1993). Cognitive

 Development  (Third Edition). New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009),  Perkembangan Kanakkanak

untuk Program Izajah Sarjana Muda Perguruan, Edisi Kedua,

Kumpulan Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur.

Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York: Harper.

Salawati Hamid (1998).  Hubungan minat, sikap, motivasi dan

kemahiran asas dengan pencapaian pelajar dalam matematik ,

Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan

Malaysia. Bangi.

Suradi Salim (1987). Tinjauan Sikap Dan Tabiat Belajar

Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Sembilan. Jurnal Pendidikan.77-90

Zainun Shaffian (1991).  Latar belakang dan sikap pelajar-pelajar

 Melayu dan kaitannya dengan prestasi dalam mata pelajaran

 Matematik Moden. Tesis Sarjana Muda. Universiti Kebangsaan

Referensi

Dokumen terkait

Novel atau cerita pendek sebagai bagian bentuk sastra, merupakan jagad realita yang didalamnya terjadi peristiwa dan perilaku yang dialami dan diperbuat

15 menit merancang simulasi/memodelkan bagaimana teknik pra-observasi dan pemberian feedback pada pos-observasi serta tindak lanjut. Secara acak Master trainer akan meminta

[r]

Dengan menggunakan kerangka analitis keamanan sosietal dan ekonomi pada penelitian kualitatif, artikel yang berupaya mengelaborasi ragam diskursus mengenai

[r]

Pemilihan bahan pembelajaran Sastra Indonesia dari segi bahasa adalah harus sesuai dengan tingkat bahasa yang digunakan siswa, harus melihat bagaimana cara pengarang

dengan labaan atau wanita yang menurut selera kalian ,apalagi kalo kalian udah nyampe atau bahkan lewat usia pubertas masih belom merasakan tadi, itu

Untuk melihat kemampuan isolat bakteri yang berasal dari tunikata Polycarpa aurata dalam menghambat pertumbuhan bakteri pathogen maka dilakukan uji daya hambat terhadap bakteri uji