TERAPI PASIR
Konsep & Definisi Terapi Pasir
Menurut Malinda & William (2000), terapi pasir merupakan teknik psikoterapeutik
yang membolehkan pesakit menyusun objek kecil dalam kotak mengandungi pasir dan membina ‘dunia pasir’ mengikut dimensi dunia realitinya.
Dunia pasir.
Satu kaedah yang mana imej dihasilkan pada pasir yang basah atau kering sementara ahli terapi duduk diam di tepi seperti tidak melakukan apa-apa.
Terapi bukan lisan seperti terapi pasir ini adalah yang paling berkesan untuk
mengakses dan melepaskan perasaan tidak sedarkan diri dan pengalaman menyedarkan pesakit di mana pesakit boleh sembuh.
Terapi ini boleh dilakukan pada kanak-kanak, remaja, orang dewasa,
keluarga,pasangan dan juga secara berkumpulan.
Perasaan kanak-kanak dinyatakan dalam tingkah laku mereka terutama kelakuan mula untuk mengganggu orang lain atau mengganggu kehidupan keluarga dalam beberapa cara. Bermain dengan pasir memberikan kanak-kanak peluang untuk meluahkan kehidupan perasaan mereka dalam pergerakan, bunyi, simbol dan imej.
Dikenali sebagai modaliti teraputik untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Terapi pasir mampu memindahkan pengalaman peribadi ke bentuk konkrit dan tiga
dimensi. Disamping menyatakan perasaan, emosi dan masalah dan meningkatkan kesedaran diri dan komunikasi
Terapi pasir adalah satu proses yang ekspresif dan dinamik, kesedaran
diri, pengalaman emosi dankomunikasi dipertingkatkan oleh proses ini.
Secara ringkasnya terapi pasir ialah: 1. Aktiviti imaginatif dalam pasir
2. Bayangan asli untuk proses individuation
3. Teras perasaan yang terdalam
4. Manifestasi dilihat bahan bawah sedar
5. Bahasa simbolik untuk komunikasi
6. Persekitaran yang selamat dan menerima
7. Dalam ruang diikat
8. Dengan atau tanpa air
9. Dengan atau tanpa objek
10.Dunia statik atau bergerak 11.Adjung kepada terapi
12.Digunakan bagi kanak-kanak, orang dewasa, pasangan, keluarga dan kumpulan
Sejarah Terapi Pasir
Sejarah terapi pasir bermula pada tahun 1920-an. Terapi ini telah dipelopori oleh Dora Klaff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat. Kalff mengiktiraf bahawa terapi ini mempunyai penawar semulajadi bagi kanak-kanak dan menyediakan kanak-kanak tentang realiti kehidupan seharian.
Penggunaan pasir di dalam proses teraputik bermula dengan pediatrik British, Margaret Lowenfield, akhir 1920-an (Boik & Goodwin,2000). Berdasarkn kepada
Boik dan Goodwin (2000), ”matlamatnya adalah untuk mencari satu medium yang mampu memberi tarikan yang menarik kepada kanak kanak dan menyediakan keupayaan yang sewajarnya yang mana pemerhati dan kanak kanak boleh berkomunikasi sewaktu kanak kanak.
Kepentingan Terapi Pasir
1. Membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi
dan kesihatan.
2. Membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi
3. Merangsang pemikiran murid
4. Mengurangkan tekanan emosi
5. Membantu meningkatkan kemahiran sosial
6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan
7. Membantu meningkatkan keupayaan motor halus
melalui aktiviti dalam terapi pasir.
Bahan/ alatan bagi menjalankan terapi pasir
Pasir yang bersih
Air (digaulkan dengan garam)
Garam
4 sudu garam halus
Besen besar
Mangkuk plastik ( untuk isi garam)
Apron / t – shirt lama
PELAKSANAAN TERAPI PASIR
Terdapat tiga fasa utama bagi terapi pasir iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas sesi dijalankan.
Fasa sebelum sesi
1. Perlaksanaan terapi memerlukan persediaan dari segi penyediaan bilik yang
sesuai dan kondusif untuk aktiviti, persediaan peralatan terapi dan persediaan kanak-kanak.
2. Bagi pelaksanaan terapi pasir, persekitaran bilik adalah amat penting dalam
membenarkan kebebasan perluahan perasaan. Ini bersesuaian dengan konsep utama terapi pasir yang dipelopori oleh Dora Kalff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat.
3. Peralatan utama untuk terapi ini adalah bekas yang berukuran 75cm x 55cm x
20 cm yang berisi pasir. Pemilihan pasir samada pasir pantai atau sungai yang mempunyai kedalaman 15cm di dalam bekas
4. Selain itu, simbol atau miniatur seperti ikan, kerang, bangunan, batu, peralatan
rumah,binatang, manusia dewasa, kanak-kanak, pokok, jambatan, perhiasan dan kenderaaan adalah elemen lain yang diperlukan.
5. Kesemua alat ini disusun di atas rak dengan kemas bagi memudahkan
kanak-kanak untuk memilih objek yang disukainya. Mangkuk kecil juga diperlukan bagi kanak-kanak yang ingin membentuk kolam atau sungai.
6. Berus dan tuala adalah peralatan yang perlu bagi kanak-kanak yang ingin
membersihkan peralatan dan tangan mereka. Selain itu, jug dan penyembur air diperlukan untuk melembabkan pasir yang telah dibina.
7. Adalah lebih baik juga jika dapat digabungkan alunan muzik yang lembut dan
relaksasi dapat membantu murid untuk luahan perasaan.
Fasa semasa
1. Kehadiran pakar terapi semasa sesi pelaksanaan perlulah efektif. Pakar terapi
perlulah aktif, mendengar dengan baik dan memberikan tumpuan.
2. Keadaan yang senyap kadangkala berkesan semasa kanak-kanak sedang
menyusun objek di dalam bekas pasir.
3. Biasanya kanak-kanak akan bermain dengan pasir dengan membentuk landskap
yang diingini, diikuti dengan simbol. Cara susunan mainan bergantung pada apa yang difikirkan oleh kanak-kanak ketika itu.
4. Kebiasaannya, kanak-kanak lebih selesa memulakan sesi terapi pasir dengan
mencipta pasir pelbagai bentuk seperti corak geometri, lurah, gunung, sungai dan garis-garis kecil. Seperti bermain pasir di pantai, kanak-kanak bermain dengan pasir sambil menyusun objek, menambah bilangan mainan sekiranya perlu, mengerakkan tangan dan membentuk apa jua yang dirasainya di atas pasir.
5. Pada peringkat ini, gambaran boleh dilihat. Pakar terapi boleh mengajukan soalan
atau kanak-kanak sendiri bercerita mengenai gambaran yang cuba dibuat.
6. Pakar terapi boleh menentukan tema sebagai contoh;
“persahabatan”. Seterusnya boleh menggunakan soalan terbuka seperti: “Apa yang kamu ciptakan di dalam bekas ini?” atau : “Beritahu saya tentang singa, ular atau kuda di dalam dunia kamu ini?”.
1. Pakar terapi berperanan untuk membuat kesimpulan dengan melihat kepada
hasil terapi pasir yang dilakukan kanak-kanak.
2. Penilaian hasil bekas pasir adalah bergantung kepada pakar terapi.
3. Objek kecil seperti binatang bagi kanak-kanak biasanya menggambarkan
persepsi mereka terhadap keluarganya serta masalah yang berkaitan dengan perhubungan dan pergaulan.
4. Lokasi dan susunan objek juga memberi gambaran tentang corak perhubungan.
5. Untuk setiap sesi terapi juga, pakar terapi perlu mengambil gambar hasil bekas
tersebut bagi memudahkan proses interpretasi.
Video 2:
Play Therapy Works!
MASALAH DALAM PELAKSANAAN TERAPI PASIR
Penggunaan Pasir
•Pasir yang digunakan tidak boleh menggunakan pasir yang telah
dipakai.
•Hal ini kerana pakai yang telah dipakai kotor dan boleh
menyebabkan jangkitan bakteria kepada kanak-kanak.
Memerlukan Kaunselor
•Semasa menjalankan terapi pasir, khidmat pakar seperti
kaunselor diperlukan untuk menstabilkan emosi
kanak-kanak.
Memerlukan Kaunselor
•
Semasa menjalankan terapi pasir, khidmat pakar seperti
kaunselor diperlukan untuk menstabilkan emosi
kanak-kanak.
Keselamatan Semasa Menggunakan Pasir
•Pasir yang digunakan hendaklah bersih dan terhindar
daripada benda-benda tajam.
•Dikhuatiri juga pasir yang digunakan daripada pasir yang
kotor yang mempunyai sisa makanan, sampah sarap dan
juga najis binatang.
Cadangan pelaksanaan Terapi Pasir :
1. Pasir yang diguna diletakkan di dalam
bekas kayu yang telah dibina seperti segi empat.
2. Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di
dalam kotak pasir mestilah bersesuaian dengan
tajuk yang ingin diajar pada waktu tersebut dan
tidak membahayakan murid-murid.
3. Pasir yang digunakan mestilah halus dan tidak
mencederakan murid-murid.
4. Sekiranya murid-murid membuat lukisan atau
binaan di atas pasir, guru perlu menyoal
murid-murid tentang lukisan atau binaan tersebut supaya
murid-murid
dapat
meluahkan
perasaan,
berkomunikasi serta menyampaikan idea dan
pandangan mereka.
Kesimpulan & penutup
Secara keseluruhannya, guru-guru perlu didedahkan
kepada aktiviti terapi bagi memantapkan penyampaian
pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan
khas. Aktiviti-aktiviti terapi boleh dijalankan di sekolah
atau di luar sekolah. Ianya boleh dijalankan secara
keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan sosial
kanak-kanak berkeperluan khas.
Disediakan oleh : Mizah, Ain, Pikah, Dayah, Tehah, Reqa, Adi Kelas G 5.4