• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kebangkitan Ekonomi China Kerjasama Ekon

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kebangkitan Ekonomi China Kerjasama Ekon"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

KEBANGKITAN EKONOMI CHINA: KERJASAMA EKONOMI BILATERAL

ASEAN—CHINA DAN PENGARUHNYA TERHADAP PASARAN EKONOMI

ANTARABANGSA

Oleh: Ahmad Muziru Idham Bin Adnan

ABSTRAK

Dalam 30 tahun kebelakangan ini, China bangkit sebagai sebuah negara yang membangun dari sudut ekonominya. Kebangkitan China tersebut telah memberi kesan terhadap struktur ekonomi global dan memberi kesan terhadap hubungan multilateral perdagangan serantau. Keadaan ini telah memberi pengaruh yang besar terhadap hubungan AS-China. Hal ini demikian kerana kebangkitan China sebagai sebuah kuasa ekonomi di rantau Asia telah memberi kebimbangan terhadap Amerika Syarikat (AS) kerana keadaan tersebut boleh menggugat kedudukan AS sebagai sebuah kuasa unipolar selepas era Perang Dingin (Cold War). Oleh itu, artikel ini akan menganalisis pembangunan ekonomi China dalam era 30 tahun kebelakangan ini dengan melihat prosesnya dan sektor-sektor ekonomi utama China yang dibangunkan. Artikel ini juga akan mengenal pasti respon negara serantau terhadap ekonomi China dan kesannya terhadap hubungan multilateral perdagangan terhadap negara-negara lain. Selain itu, artikel ini akan menghuraikan tentang kesan pembangunan ekonomi China dan pengaruhnya terhadap pasaran ekonomi antarabangsa.

1.0 PENDAHULUAN

Menurut majalah The Economist (2011), China mampu berkembang menjadi sebuah

kuasa besar ekonomi dunia menjelang tahun 2018. Kenyataan ini merupakan sesuatu yang wajar

untuk diberi perhatian yang mendalam kerana perkembangan ekonomi China dilihat mampu

memberi kesan yang besar terhadap struktur ekonomi antarabangsa. Hal ini demikian kerana

situasi tersebut melibatkan interaksi dalam hubungan antarabangsa yang melibatkan hubungan

secara multilateral dan hal ini secara tidak langsung akan mengalihkan tumpuan negara-negara

Asia ke arah China sebagai pusat ekonomi global. Pembangunan ekonomi China di peringkat

(2)

Perkembangan ekonomi China mula berkembang berorientasikan pasaran bermula sekitar

tahun 1978 di bawah Parti Komunis China (CCP) yang diketuai oleh Deng Xiaoping. Pada dekad

pertama iaitu sekitar 1979-1990, pembangunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China

adalah sekitar 9.6 peratus (Chow, 2004). Manakala perkembangan ekonomi China terus

meningkat kepada 10.4 peratus pada dekad yang kedua dan ketiga iaitu 1990 – 2010 (Lin, 2011).

Deng Xiaoping memberi penekanan terhadap kepentingan ahli akademik dan saintis sosial untuk

membina pembaharuan terhadap ekonomi China dengan polisi-polisi yang tidak melanggar

kepentingan strategi besar mereka (China’s Grand Strategy).

Reformasi ekonomi China telah membangunkan China sebagai sebuah negara yang kuat

(strong state) dengan sektor perindustriannya yang mampan. Modernisasi telah dilakukan

terhadap empat sektor utama yang menyumbang kepada perluasan ekonomi China, iaitu

agrikultur, perindustrian, sains dan teknologi, dan pertahanan (Chow, 2004). China memberi

fokus terhadap pembangunan keempat-empat industri tersebut kerana ianya merupakan sumber

pendapatan China dalam meraih pulangan ekonomi yang seimbang. Kitaran ekonomi yang

memberi fokus terhadap keempat-empat sektor tersebut telah melonjakkan China sebagai pusat

tumpuan perdagangan daripada negara-negara lain untuk mendapatkan barangan daripada

sektor-sektor tersebut. Perkembangan ini juga yang turut meningkatkan pelaburan asing langsung

(foreign direct investment) terhadap China menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi negaranya

semakin berkembang pesat.

Proses pemodernisasian berlaku apabila polisi pintu terbuka (open-door policy) telah

dilaksanakan kerana China mula sedar bahawa era globalisasi memerlukan China untuk

melonggarkan sedikit pintu perdagangannya. Hal ini demikian kerana China mengamalkan dasar

pintu tertutup sebelum reformasi terhadap ekonominya dilakukan. Keadaan yang tersebut

menyebabkan pergerakan ekonomi domestik negara China berjalan dalam keadaan yang lembab.

Pergerakan ekonomi yang lembab menyebabkan kemampanan China untuk mencapai strategi

besar (Grand Strategy) menempuh jalan kesulitan. Keadaan ini menyebabkan China telah

menggerakan reformasi kebangkitan ekonomi sehingga mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar

(3)

2.0 PEMBANGUNAN EKONOMI CHINA DALAM TIGA DEKAD (1978 – 2014)

China merupakan sebuah negara yang mengamalkan polisi ekonomi sosialis sejak

daripada era pemerintahan Mao Zedong pada tahun 1949. China mengamalkan dasar tutup pintu

(closed-door) di mana akses pelaburan luar ke dalam negara disekat. Hal ini demikian kerana

China ingin menjaga kepentingan teras negaranya (core national interest) dalam melindungi

kestabilan ekonomi dan masyarakat China dengan memastikan kesinambungan dasar-dasar yang

dibawa oleh Parti Komunis China (CCP) (Xinbo, 2011). Pada tahun 1978, Dao Xiaoping sebagai

penggerak utama CCP telah menstrukturkan kembali ekonomi sosialis yang diamalkan di China

dengan memperkenalkan pasaran sosialisme (market socialism). Peralihan polisi tersebut kepada

sistem ekonomi campuran adalah suatu reaksi kepada situasi sosioekonomi semasa di China

yang memerlukan kepada perubahan yang pragmatik demi menjamin kestabilan sosial dan

ekonomi di China di samping mencapai kestabilan dari sudut domestik. Perkara tersebut turut

dinyatakan oleh Tisdell (2009) bahawa:

Deng Xiaoping (1984) first proposed that China should build market socialism with Chinese characteristics and subsequent Chinese leaders have emphasised the importance of doing this. Nevertheless, it does not seem to be possible to find an exact (or even a relatively precise) official definition of the term. However, it is clear that Deng Xiaoping was of the opinion that China in its transition to a mixed economy should take account of economic realities in China, its cultural background and be pragmatic in seeking China’s stable economic development. Also he had in mind that during China’s economic transition, its prior institutional structures would have to be taken into account in planning and executing its reforms.

Menurut Tisdell (2009) lagi, polisi-polisi yang dibentuk oleh Deng Xiaoping

mencirikannya sebagai seorang gradualisme (gradualism) yang mempercayai bahawa

polisi-polisi negara harus diubah secara berperingkat-peringkat dan perlahan-lahan serta mempercayai

kepentingan untuk belajar daripada trial-and-error. Penstrukturan kembali institusi dibuat terhadap sektor ekonomi terlebih dahulu dan melihat kesannya terhadap dinamika ekonomi dan

masyarakat China. Dalam hal ini, Deng Xiaoping telah melakukan penstrukturan ekonomi China

dengan melihat kepada dua tema, iaitu, pembetulan (rectification) dan pertumbuhan pesat

(4)

Rectification was not just an economic policy - it began with the military and extended into nearly every part of society as part of "overall rectification." Part of it was reshuffling personnel: firing incompetents and political opponents and promoting capable individuals and loyal supporters. But it was also an important economic policy, in that it involved rebuilding clear systems of command, responsibility and incentives. The focus of rectification in this sense was the industry and transport complex, and it began with the railways. Deng's programme for the railways rested on explicit centralization of authority, combined with clear rules governing responsibilities and power.

Strategi reformasi Deng Xiaoping memberi penekanan kepada keterbukaan industri dan

pertumbuhan eksport. Walaupun penstrukturan polisi Deng Xiaoping memberi ruang kepada

perdagangan bebas (free trade), namun ianya masih berada dalam kawalan polisi yang ketat

demi menjamin kemampanan polisi sosialisme yang diamalkan di China dan teori gagasan Deng

Xiaoping itu dikenali sebagai socialism with Chinese characteristics (Rong, 2009). Gagasan pemikiran tersebut terbina berasaskan kepada scientific socialism yang digunakan oleh Friedrich

Engels. Dalam hal ini, terdapat tiga matlamat Deng Xiaoping terhadap gagasan pemikiran

rekonstruksi ekonominya itu, iaitu: pergerakan dan perubahan politikal, kesaksamaan

pembahagian hasil dan agenda politikal. Deng Xiaoping berusaha menggerakkan pergerakan

margin ketiga-tiga perkara tersebut untuk mencapai kepada agenda politikalnya untuk

memampankan kekuasaan CCP ke atas China dan mencapai keuntungan sosioekonomi.

Transformasi polisi yang dilakukan oleh Deng Xiaoping ternyata telah membawa

kemajuan terhadap ekonomi China apabila pembangunan Keluaran Dalam Negara Kasar benar

(real GDP) mula menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Ianya terbukti apabila

peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar benar menunjukkan peningkatan selepas reformasi

ekonomi tersebut berlaku. Hal ini dinyatakan oleh Morrison (2012) bahawa:

(5)

investment and consumption and helped prevent a sharp economic slowdown in China. In 2010, China’s real GDP grew by 10.4%, and in 2011 it rose by 9.2%. During the first quarter of 2012, real GDP growth was 8.1% on a year-on-year basis.

Perkembangan ekonomi China dilihat semakin memberangsangkan apabila pertumbuhan

keluaran dalam negaranya telah merangsang kepada suntikan pelaburan langsung asing (FDI) ke

dalam China untuk membangunkan firma domestik. Pelaburan-pelaburan daripada luar ini sangat

penting kepada China dalam membekalkan keperluan domestik negara seperti minyak dan galian

dalam menjaga kepentingan domestik selain meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Untuk

pengekonomian dalaman negara, tiga elemen terpenting yang menjadikan reformasi ekonomi

mencapai keberjayaannnya, iaitu: (1) kebebasan dan peluang terhadap masyarakat China untuk

menjana pendapatan melalui kerja keras dan kepintaran; (2) situasi unggul di bawah suasana

persaingan antara satu sama lain; dan (3) persaingan antara pemimpin China dalam membentuk

reformasi ekonomi. (Chow, 2004).

Perkara tersebut menjelaskan lagi sebab-sebab reformasi dalam ekonomi China dapat

terus berkembang maju. Integrasi antara kerajaan (state) dan masyarakat (society) adalah sangat

penting dalam memastikan kestabilan politikal ekonomi negara. Keadaan tersebut akan

menambahkan lagi pengurusan kecekapan ekonomi (economy efficiency) dalam menghasilkan

pengeluaran komoditi untuk kegunaan domestik dan perdagangan import – eksport.

Penstrukturan semula ekonomi China dengan melakukan perubahan dasar dalam pelbagai aspek

seperti penswastaan perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana, pengurusan perusahaan besar

oleh birokrat kerajaan, membuka pasaran modal asing (foreign capital market) secara

beransur-ansur dan dalam masa yang sama membataskan (restricted) pergerakan pasaran asing ke dalam

negara merangsang pertumbuhan ekonomi China ke arah yang lebih produktif.

Perkara ini turut diakui oleh Acemoglu dan Robinson (2012) dalam Why Nations Fails bahawa insentif terhadap pasaran agrikultur (agriculture) dan industri serta diikuti oleh pelaburan asing menjadikan ekonomi China bertumbuh dengan lajunya. Suntikan terhadap

industri ekstraktif (extractive industry) menjadikan pasaran ekonomi China semakin mara ke

pasaran antarabangsa. Hal ini menjadikan pergerakan ekonomi China terus dinamik untuk

(6)

3.0 KERJASAMA DAN INTEGRASI BILATERAL EKONOMI ASEAN-CHINA

Kebangkitan China sebagai salah satu negara perdagangan terbesar memberi pelbagai

peluang dan cabaran terhadap negara-negara ASEAN. Keberadaannya yang bangkit menuju

sebagai sebuah kuasa besar dunia teleh mencetuskan konfrontasi dengan Amerika Syarikat (AS)

yang telah lama menganggap dirinya sebagai sebuah kuasa unipolar selepas era Perang Dingin

(Cold War). Konfrontasi yang berlaku secara tidak sengaja itu sedikit sebanyak mencetuskan

dilema terhadap negara-negara ASEAN. ASEAN yang memegang prinsip berkecuali dalam

menentukan dasar-dasar luaran tidak mahu terlibat dalam konfrontasi antara AS-China, tetapi

ianya sedikit sebanyak memberi kesan terhadap hubungan bilateral terhadap kedua-dua buah

negara tersebut.

Kebangkitan China telah memberi suatu nilai tambah terhadap kadar perdagangan antara

ASEAN-China. Kemampanan ekonomi China dari tahun ke tahun menyebabkan hubungan

multilateral perdagangan antara China-ASEAN bertambah kukuh. Hubungan perdagangan yang

baik tersebut telah meningkatkan kadar import-eksport antara kedua-dua pihak dan pencapaian

ini memberi suatu keuntungan terhadapnya. Penglibatan China dalam World Trade Organization

(WTO) semakin membuka peluang hubungan perdagangan yang baik antara negara dan interaksi

tersebut memudahkan akses perdagangan antara negara dan hal ini sudah tentunya

menambahkan nilai unjuran pendapatan GDP per kapita setiap tahun (Jadual 1). Tambahan pula,

penglibatan tersebut membuka peluang dan minat kepada banyak syarikat transnasional untuk

menubuhkan kilang pengeluaran barangan mereka di China (Mu & Heng, 2010). Transaksi

sebegini menguntungkan China kerana kuasa ekonominya dalam dunia global menyebabkan

banyak syarikat transnasional mempunyai keyakinan yang tinggi untuk membuat pelaburan

kepada China kerana impak pulangannya yang tinggi. Secara tidak langsung, akses pembinaan

kilang pengeluaran barangan daripada syarikat-syarikat transnasional tersebut dapat

meningkatkan keluaran barangan dalam negara yang membantu meningkatkan fasiliti di China.

Situasi yang dipanggil sebagai win-win situation itu merancakkan lagi pembangunan China dari

(7)
(8)

Menurut Yunhua dan Kui (2007):

…trade between China and ASEAN increased dramatically during the past decade, grew at an annual average of 19 percent (Table 2). China’s exports to ASEAN-5 grew from US$10 billion in 1995 to US$44 billion in 2004 while its imports from ASEAN grew from US$8.2 billion in 1995 to US$42.2 billion in 2004. Not surprisingly, China’s accession to WTO and the future establishment of a Free Trade Area (FTA) between ASEAN and China will further change the trade relations between the two areas.

(9)

Menurut Yue (2004), komposisi perdagangan antara ASEAN-China mula berubah pada

era 90 an. Perubahan tersebut berlaku apabila menurunnya kepentingan perdangangan terhadap

komoditi utama dan meningkatnya kepentingan perdagangan terhadap barang-barang

perkilangan, alatan kejuruteraan dan peralatan elektrik. China menjadi pembekal utama terhadap

ASEAN bagi barangan kejuruteraan dan elektrik, minyak dan bahan api, kapas dan tembakau.

Manakala barangan lain yang dieksport ke negara-negara ASEAN ialah tekstil dan pakaian,

logam asas dan bahan-bahan logam, bahan kimia dan bahan api mineral. Manakala, bagi

barangan-barangan daripada ASEAN yang dieksport ke China, ianya mempunyai dua fasa yang

menentukan jenis-jenis barangannya, iaitu fasa pertama pada tahun 1990, dan fasa kedua

bermula pada tahun 2001. Yue (2004) sekali lagi menyatakan bahawa:

…in the early 1990s, ASEAN's leading exports to China were of primary commodities such as oil and fuel, wood, vegetable oils and fats and of machinery and electrical equipment, but by 2001, exports shifted towards manufactures, particularly machinery and electrical equipment (including electronic components) which grew from 12.4% to a 48.3% share. ASEAN's other major exports are mineral products, chemicals, plastics and pulp and paper.

Integrasi ekonomi antara China-ASEAN menjamin kepada pengukuhan kekuatan

ekonomi serantau dan ianya dilihat adalah jalan yang lebih terbaik untuk menolak kebimbangan

terhadap ancaman globalisasi terhadap sekuriti ekonomi negara masing-masing. Bagi

memastikan ideologi socialism with Chinese characteristics itu terjamin, pemimpin China menandatangani perjanjian Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) untuk

meningkatkan kerjasama ekonomi komprehensif yang dilihat lebih memberi keuntungan dalam

perdagangan antara kedua-dua pihak. Universal Access to Competitiveness and Trade (n.d)

menyatakan bahawa:

(10)

economies of scale for business, and enhancing the attractiveness of the Parties to capital and talent.

Perkembangan dalam integrasi secara bilateral tersebut menghasilkan kepada suatu

perkembangan ekonomi yang memberangsangkan. Perolehan perdagangan secara bilateral antara

China-ASEAN telah merangsang kepada pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan

apabila defisit perdagangan antara China dengan ASEAN pada US$ 4.8 bilion meningkat kepada

lebih US$ 20 bilion pada tahun 2004 (Yuzhu & Sarah, n.d.). Keadaan ini telah memupuk kepada

pengintegrasiaan ekonomi yang lebih mampan antara China-ASEAN (Jadual 3). Kemampanan

ekonomi antara kedua-dua belah pihak mampu merangsang kepada kemajuan terhadap pelbagai

sektor barangan dan servis. Suntikan ekonomi yang seimbang itu mampu menstabilkan

kedudukan serantau daripada serangan ekonomi daripada negara-negara dunia pertama.

Jadual 3: China-ASEAN Trade, 2001-2008

Perjanjian pembentukan kerjasama untuk perdagangan terbuka dalam CAFTA adalah

menyeluruh kerana ianya mencakupi perdagangan dua hala dalam barangan dan servis serta

pelaburan (Mu & Heng, 2010). Ringkasnya, kerjasama tersebut menyentuh daripada isu

keselamatan maritim (maritime security) hinggalah kepada isu cabaran keselamatan

(11)

Today, China and ASEAN have formed a strategic partnership for peace and prosperity, signed a framework agreement on a China-ASEAN Free Trade 2 Area (CAFTA), and are cooperating on a range of issues of mutual interest from maritime security to nontraditional security challenges.

CAFTA memberi suatu saingan yang hebat kepada Kesatuan Eropah (EU) dan Perjanjian

Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) kerana CAFTA merupakan blok perdagangan

ketiga terbesar di dunia. Hal ini akan mengukuhkan lagi kedudukan China sebagai blok ekonomi

terbesar di Asia dan lebih kukuh dalam melindungi keselamatan ekonomi (economy security)

negara-negara ASEAN. CAFTA dilihat mampu untuk meningkatkan perdagangan dalam industri

(intra-industry) China-ASEAN dan meningkatkan aliran pelaburan antara kedua-dua belah

pihak. Keadaan ini akan memberi tamparan hebat kepada AS di mana polisi pivot to Asia yang dilancarkannya akan menemui kegagalan kerana negara-negara ASEAN mula memberi fokus

terhadap China dalam membentuk kerjasama ekonomi dan merapakatkan jurang pendapatan

negara dan pendapatan per kapita antara negara.

4.0 PENGARUH PERTUMBUHAN EKONOMI CHINA TERHADAP PERUBAHAN PASARAN ANTARABANGSA

Perkembangan negara China sebagai sebuah kuasa besar di rantau Asia yang mula

meningkat telah mencetuskan dilema terhadap Amerika Syarikat (AS). Kebimbangan ini berlaku

disebabkan oleh kebangkitan China secara tidak langsung menyebabkan berlakunya perluasan

hegemoninya terhadap negara-negara serantau. Dalam hal ini, kesan yang akan berlaku ialah

kurangnya kebergantungan negara-negara Asia terhadap AS dan mula memberi fokus hubungan

perdagangan dengan China. Oleh sebab itu, AS mula melancarkan dasar pivot to Asia sebagai respon kepada kebangkitan China menuju ke arah kuasa besar dunia. Perkara tersebut

menyebabkan berlakunya persaingan sengit antara China-US dalam meluaskan pengaruhnya di

rantau Asia.

Persoalannya, bagaimanakah perkembangan ekonomi yang besar dapat memberi kesan

terhadap perkara lain di dunia? Dalam hal ini, mekanisme utama yang akan memberi kesan

(12)

servis dan aset. Perubahan tersebut akan memberi kesan terhadap perubahan nilai harga komiditi

bagi negara lain. Menurut Venables dan Yueh (2006), kesan yang dialami oleh

negara-negara terhadap perkara tersebut terbahagi kepada dua, iaitu kesan kuantiti (quantity effects) dan

kesan pendapatan (income effects). Beliau menyatakan bahawa:

Quantity effects involve some sectors of a national economy contracting and other sectors expanding, requiring workers to be reallocated. In these circumstances there may be adjustment costs, but if an economy is operating at full employment, they are likely to be temporary as workers are re-employed elsewhere. Income effects involve changes in a country’s ‘terms of trade’ – the relationship between the prices of its exports and imports. A country will be better off if the prices of its exports increase relative to the prices of its imports – and worse off the other way round.

Dalam hal ini, dinamika pasaran yang dibawa oleh China mampu memberi impak

terhadap pasaran antarabangsa. Hal ini demikian kerana China merupakan sebuah negara

pembekal utama bagi barangan elektrikal, kapas, minyak, bahan api, dan tembakau. Menjadi

pembekal utama bagi barangan tersebut menjadikan China sebagai pengawal harga barang utama

bagi barang-barang tersebut. Apabila hal yang tersebut berlaku, maka ianya akan memberi kesan

yang besar terhadap kuantiti dan perolehan pendapatan bagi negara-negara lain. Kawalan harga

eksport-import bagi barangan tersebut menyebabkan China secara tidak langsung “mengikat”

negara-negara lain yang bergantung kepada China untuk mendapatkan barangan tersebut.

Contohnya, dalam industri petroleum, China merupakan pemilik majoriti dalam sektor tersebut

dan diuruskan oleh kerajaan China. China menjadi penetap harga bagi industri domestik untuk

membayar harga bagi petroleum mentah (U.S. International Trade Commission, 2006).

Keberadaan China dalam pasaran antarabangsa melalui suatu proses pertumbuhan yang

sangat cepat. HU (2007) menyatakan bahawa China’s trade dependency (peratusan import dan eksport dalam GDP) pada tahun 1978 adalah kurang daripada 10%, manakala pada tahun 2004,

ianya meningkat kepada 70%, lebih tinggi daripada kuasa besar yang lain, seperti Russia (55%),

Brazil (30%), India (27%), EU 15 (26%), Jepun (25%), dan Amerika Syarikat (24%). Keadaan

yang tersebut menunjukkan bahawa China sedang menuju ke arah pendominasian bagi

perdagangan eksport-import di peringkat antarabangsa dan tidak mustahil bahawa perangkaan

(13)

menjelang tahun 2018. Hal yang tersebut turut diakui oleh Edmonds, Croix dan Li (2006)

bahawa:

Using the detailed data available on U.S. – China exports and imports – which define trade across more than 17 thousand types of goods – to assess China’s market shares, we find that the number of goods and commodities for which China supplied more than half of total U.S. imports nearly doubled during the years considered; rising from 620 goods (9.4 percent of all goods traded between the countries) in 1992, to 1,157 goods (12.5 percent) in 1998, and to 1,410 goods (17.8 percent) in 2004. The corresponding figures for goods that China supplied 90 percent or more of total U.S. imports were: 111 goods (1.7 percent) in 1992, to 253 goods (2.7 percent) in 1998, and to 481 goods (4 percent) in 2004. The goods for which China supplies a majority or greater share of total U.S. imports include specialized agricultural products, chemicals, and very specific types of textiles and manufactures. The number of U.S. exports that constitute a significant share of Chiness imports is smaller but has also been

increasing. Kekuatan China yang mempunyai kuasa pasaran (market power) yang besar

membolehkan China mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi harga pasaran dengan

mengubah pengeluarannya, meminta pengeluar tunggal (atau gabungan pengeluar) untuk

menghasilkan sebahagian besar pengeluar pasaran berubah secara songsang mengikut keanjalan

harga permintaan bagi produk, dan menolak secara mudah firma baru untuk menyertai pasaran

barangan. Pengawalan pengeluaran dan permintaan firma dan pasaran barangan serta harga

komiditi menjadikan China sebagai kuasa besar ekonomi yang mampu mempengaruhi polisi

ekonomi antarabangsa pada hari ini.

5.0 KESIMPULAN

Pertumbuhan ekonomi China yang semakin kuat dalam pasaran antarabangsa menjadikan

China sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia yang kuat. China diramalkan akan memegang kuasa

terbesar ekonomi dunia pada tahun 2018 dan hal ini sudah tentunya menjadikan AS berada

sentiasa berada dalam dilema. Dinamika pertumbuhan China dalam pasaran ekonomi akan dapat

(14)

mempunyai kepentingan yang mendatangkan risiko terhadap negara-negara serantau sebagai

negara yang sedang membangun. China dilihat mampu menjadi kekuatan Asia dan hal ini

dibuktikan apabila ASEAN banyak bergantungan kepada China dalam kerjasama diplomatik dan

perdagangan. ASEAN melihat kebangkitan China dapat memberi kepentingan yang tinggi dalam

membina hubungan perdagangan bilateral dan mengurangkan pergantungan dengan AS yang

dilihat lebih memberi risiko terhadap sekuriti barangan domestik.

Kekuatan kerjasama secara komprehensif antara China-ASEAN akan lebih meningkatkan

kadar sekuriti serantau dan tidak perlu lagi untuk bergantung kepada kerjasama sekuriti yang

ditawarkan daripada AS. Secara tidak langsung, ianya akan membawa kepada kegagalan polisi

pivot to Asia daripada AS yang dirangka untuk membentuk pengimbangan semula (rebalancing) dengan kebangkitan China di rantau Asia. Pengurangan pergantungan ekonomi terhadap AS

akan semakin melemahkan AS yang menganggap dirinya sebagai kuasa unipolar dan akan

semakin mengukuhkan kekuatan China dari sudut ekonomi, politik mahupun militari di

peringkat antarabangsa. Perkembangan ini akan meletakkan China sebagai sebuah kuasa besar

dunia mengimbangi kuasa AS seperti mana yang pernah berlaku antara US-Rusia sebelum

Perang Dingin (Cold War) suatu ketika dahulu. Malah, cabaran serantau yang dibawa oleh China

terhadap AS adalah lebih kritikal berbanding krisis pengagihan kuasa antara US-Rusia dahulu.

Rusia hanya menjadi pesaing ketenteraan terhadap AS sahaja, tetapi China muncul sebagai

pesaing AS dari sudut ketenteraan dan ekonomi sekaligus. Keadaan ini membuktikan bahawa

persaingan kuasa (power competitive) di peringkat global pada hari ini adalah lebih kritikal di

mana China bangkit sebagai pesaing ketat AS dalam soal pengagihan kuasa.

Diplomasi China juga semakin melebar jauh bukan setakat di rantau Asia, malahan turut

berkembang ke Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah. Tambahan pula, penglibatan China

dalam kesatuan BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) yang bermatlamatkan

kepada pembangunan ekonomi global semakin mengukuhkan kedudukan China dan menguatkan

kedudukan perdagangannya dalam menghadapi cabaran perdagangan bebas antarabangsa.

Keadaan tersebut semakin menguatkan lagi hegemoni China dan secara tidak langsung

mempromosikan China sebagai good neighbour policy di rantau Asia Pasifik apabila berlakunya

(15)

RUJUKAN

Acemogolu, D., & Robinson, J. A. (2012). Why Nations Fails. New York: Crown Business.

Chow, G. C. (2004). Economic reform and growth in China. Annals Of Economics And Finance,

5, 127-152

Chow, G. C. (2004). Economic reform and growth in China. Annals Of Economic And Finance,

5, 127-152

Edmonds, C., Croix, S. J. L., & Li, Y. (2006). China’s rise as an international trading power. East-West Center Working Ppaer, 88, 1-41

How to get a date. (2011, December 31). The Economist. Diambil daripada

http://www.economist.com/node/21542155

HU, A. (2007). The effects of increasing chinese demand on global commodity markets.

University Park, Nottingham: China Policy Institute

Lin, J. Y. (2011). China and the global economy. China Economic Journal, 4(1), 1-14

Morrison, W. M. (2012). China’s economic condition. Prepared for Members and Commitees of Conggress. Diambil daripada http://fpc.state.gov/documents/organization/194783.pdf

Morrison, W. M. (2014). China’s economic rise: History, trends, challenges, and implications for the United States. Prepared for Members and Comittees of Congress. Diambil daripada

https://www.fas.org/sgp/crs/row/RL33534.pdf

Mu, Y., & Heng, H. S. (2010). Promoting China-ASEAN economic cooperation under CAFTA

framework. International Journal of China Studies, 1(3), 667-684

Naughton, B. (1993). Deng Xiaoping: The economist. The China Quarterly, 135, 491-514

Rong, C. (2009). Analyzing the theoretical system of socialism with chinese characteristics.

(16)

Tisdell, C. (2009). Economic reform and openness in China: China’s development policies in the

last 30 years. Economic Analysis & Policy, 39(2), 271-294

U.S. International Trade Commission. (2006). The effects of increasing chinese demand on

global commodity markets. Washington, DC: Publication 3864

Universal Access to Competitiveness and Trade. (n.d). ASEAN-China free trade agreement: A

primer. Diambil daripada

http://www.philexport.ph/barterfli-philexport-file-portlet/download/policy_marketdev/FTA_regional_free_trade/aseanchinaprimer.pdf

Venables, A. J., & Yueh, L. (2006). The China effect. CentrePiece Autumn. Dipetik daripada

http://cep.lse.ac.uk/pubs/download/CP208.pdf

Xinbo, W. (2011). China and the United States. United States Institute of Peace: Special Report.

Washington, DC: United States Institutes of Peace

Yuan, J. D. (2006). China-ASEAN relations: Perspective, prospects and implications for U.S.

interests. U.S. Government: Strategic Studies Institute.

Yue, C. S. (2014). ASEAN-China free trade area. Paper for presentation at the AEP Conference.

Diambil daripada http://www.hiebs.hku.hk/aep/Chia.pdf

Yunhua, L., & Kui, NG, B. (2007). Impact of a rising chinese economy and ASEAN’s response. Economic Growth Centre: Working Paper Series. Diambil daripada

http://egc.hss.ntu.edu.sg/research/workingpp/Documents/2007-03.pdf

Yuzhu, W., & Sarah YT. (n.d). China-ASEAN FTA changes ASEAN’s perspective on China.

East Asian Policy, 2(2), 47-54 Diambil daripada

Referensi

Dokumen terkait

TABEL.2 JUMLAH KUNJUNGAN WISATAWAN MANCANEGARA MENURUT PINTU MASUK DAN KEBANGSAAN BULAN MARET TAHUN 2020 (ANGKA TETAP)

Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam struktur ayat. Saya

Bab ini memuat analisis data yang telah dikumpulkan sebagai jawaban dari permasalahan yang diteliti yaitu implementasi rescheduling, reconditioning, dan

Promosi wisata budaya Yogyakarta belum banyak dilakukan.Kegiatan promosi wisata dapat dilakukan dengan memanfaatkan perkembangan teknologi, khususnya teknologi piranti

Pada kertas dengan komposisi serat dan selulosa yang seimbang membuat ikatan serat yang terbentuk lebih panjang karena menurut (Wulandari, 2013) kandungan serat pada bulu

Daya hasil klon KW 30 dan KW 48 lebih tinggi dibandingkan dengan kedua klon pembanding (GC 7 dan ICS 60) dan melebihi r ata-rata klon yang diuji, sedangkan klon KW 23, KW

Tujuan penelitian ini adalah untuk menguji keefektifan metode diskusi dengan metode debat aktif untuk meningkatkan keterampilan berpendapat pada peserta didik

Pesantren yang telah berdiri pada masa pertumbuhan Islam di Jawa, antara lain Pesantren Sunan Ampel Surabaya yang didirikan oleh Raden Rahmat ( Sunan Ampel ) dan Pesantren Sunan