• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu Isu Tanah Perkuburan di Malaysia Cem

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Isu Isu Tanah Perkuburan di Malaysia Cem"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

CADANGAN MEMBINA SEBUAH KOMPLEKS

PERKUBURAN ISLAM BERTINGKAT DI JALAN

AMPANG, KUALA LUMPUR

MOHD FIRRDHAUS B. MOHD SAHABUDDIN

(2)

PERAKUAN

Adalah disahkan bahawa karya ini telah dibaca dan disemak oleh:

PROF. MADYA DR. MOHAMAD TAJUDDIN B. MOHAMAD RASDI

(selaku ketua panel)

DR. AMINATUZUHARIAH MEGAT ABDULLAH &

DR. SYED AHMAD ISKANDAR

(selaku penyelaras)

Kami bersetuju dan berpuas hati dengan skop dan mutu karya ini sebagai syarat

bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Senibina

(3)

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya yang asal dan rujukan dari penulis lain telah saya jelaskan sumbernya di dalam kajian ini.”

Tandatangan : ……….

Nama Penulis : Mohd Firrdhaus b. Mohd Sahabuddin

(4)

iii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah s.w.t. kerana

dengan izinnya dan keredhaannya dapatlah saya menyiapkan karya ini mengikut

tarikh dan masa yang ditetapkan. Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi

Muhammad s.a.w dan para sahabatnya yang menyebarkan syiar Islam keseluruh

pelusuk dunia, moga sentiasa berkembanglah agama akhir zaman yang diredhai.

Ucapan kemuliaan buat arwah Ayah dan Ibu tersayang Allahyarham Mohd

Sahabuddin b. Othman dan Pn. Zainon bt. Sangit yang sentiasa mendoakan

kesejahteraan anaknya didunia dan diakhirat. Berkat restu dan redhamu memberi

kesenangan bagi saya untuk menjalankan kajian ini hingga tamat. Juga buat kakak

tunggal saya Norhaflinda bt. Mohd Sahabuddin kerana sentiasa memberi

semangat dan dorongan yang tidak pernah padam. Tidak dilupai selamanya Atuk

dan Opah yang banyak membentuk peribadi saya sejak kecil hinggalah dewasa.

Kepada pensyarah yang banyak membimbing saya sepanjang tempoh tesis

ini; PM Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, terima kasih tak terhingga

diucapkan diatas curahan ilmu yang tak pernah putus, tidak mengenal hari, siang

malam dan dimana jua, terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Kepada mereka

yang terlibat secara langsung; Miss Lillian Tay, Mr. Paolo Cucchi, En. Saifuddin

dan Nangkula Utaberta, terima atas buah fikiran yang disumbangkan dan saya

amat menghargainya.

Tidak dilupai kepada yang istimewa Saudari Khainisya, rakan-rakan sepanel

Saudara Saiful Fazli, Saudara Mohd adib, Saudara Mohd Helmy, saudara Shahril,

saudari Zaiti dan Saudari Suraya kerana sentiasa bersama susah dan senang

menemani saya sepanjang tempoh tesis ini dijalankan.

Juga buat mereka yang terlibat secara tidak langsung sepanjang tempoh ini,

bakti kamu semua akan saya kenang………InsyaALLAH.

Ikhlas dari lidah pengarang,

(5)

iv

ABSTRAK

Rata-rata masyarakat kita tidak mahu mengakui bahawa kubur adalah

sesuatu yang amat berharga bagi simati, dan kaum keluarganya. Apabila melalui

sebuah kawasan perkuburan seolah-olah melalui sebuah hutan. Gelap,

menakutkan, menyeramkan, dan suram. Manusia mana yang ingin tinggal di

kawasan perkuburan, jika datang pun hanya sekali dalam setahun.

Sejak zaman berzaman masyarakat islam di Malaysia mempraktikkan cara

tradisional dalam menguruskan jenazah. Secara tradisinya jenazah akan diuruskan

oleh waris-waris terdekat dan dibantu oleh orang-orang tua yang berpengalaman

dan tinggi pelajaran agamanya. Namun begitu, keadaan sekarang telah banyak

berubah terutama dibandar-bandar besar yang mempunyai

penempatan-penempatan moden di pinggir bandar yang mana jenazah kebanyakkannya telah

siap di uruskan oleh pihak hospital. Jika situasi ini terus dikekalkan maka tidak

banyak yang boleh dijadikan pengajaran kepada masyarakat akan pengajaran dan

pengertian kematian dan kesinambungannya dengan mereka yang masih hidup.

Penglibatan masyarakat secara langsung amatlah penting untuk

mewujudkan semula semangat toleransi dan bekerjasama yang pernah wujud

dijiwa masyarakat terdahulu. Kekuatan sesuatu ummah memerlukan mereka saling

bergantung antara satu sama lain dan tidak mementingkan diri sendiri seperti yang

banyak ditonjolkan oleh masyarakat bandar sekarang. Bagi memupuk ikatan ini

agar kembali kukuh adalah melalui ziarah-menziarahi bukan sahaja menziarahi

yang masih hidup tetapi juga yang sudah meninggal dunia.

Oleh yang demikian tujuan thesis ini adalah untuk membentuk semula

sistem pengurusan kematian yang lebih sistematik yang tidak hanya memberi

penghormatan yang tertinggi untuk simati tetapi juga untuk yang masih hidup

menginsafi dan mangambil iktibar atas kejadian alam ciptaan Tuhan yang maha

Esa.

Thesis “Cadangan Membina Sebuah Perkuburan Islam Bertingkat” adalah

satu eksperimentasi yang cuba dibongkarkan oleh penulis tentang bagaimanakah

tempat yang negatif ini boleh diolah menjadi sebagai sebuah kawasan awam tanpa

mencemarkan nilai-nilai spiritual yang ada. Kajian yang dianggap sebagai satu titik

(6)

v

KANDUNGAN

AKUAN PENYERAHAN

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGHARGAAN

HALAMAN DEDIKASI

HALAMAN ABSTRAK

HALAMAN KANDUNGAN

SENARAI GAMBARFOTO

SENARAI GAMBARAJAH

BAB 1

: Pengenalan dan Isu Tesis

1.1 Pendahuluan

1.2 Konsep Perkuburan sebagai Identiti sosial

1.3 Permasalahan Isu

1.3.1

Isu Teknikal

1.3.2

Isu budaya

1.4 Objektif dan Matlamat Kajian

1.5 Kaedah & Metodologi Kajian

1.6 Kesimpulan dan Penutup

BAB 2

: Teori Kematian Dari Sudut Pandangan Agama

2.1 Pengenalan

(7)

vi

2.3 Teori Kematian Dalam Agama Kristian

2.3.1

Proses Ritual Agama Kristian

2.4 Teori Kematian Dalam Agama Judaism

2.4.1

Proses Ritual Agama Judaism

2.5 Teori Kematian Dalam Agama Buddha

2.5.1

Proses Ritual Agama Buddha

2.6 Teori Kematian Dalam Agama Hindu

2.6.1

Proses Ritual Agama Hindu

BAB 3

:

Proses Pengurusan Jenazah Islam

3.1 Pengenalan

3.2 Cara Menguruskan Jenazah

3.2.1 Orang yang berhak menguruskan jenazah

3.2.2 Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh waris

3.2.3 Persediaan dan keperluan untuk

memandikan jenazah

3.3 Cara Memandikan Jenazah

3.4 Cara Mengkafankan Jenazah

3.5 Solat Jenazah

3.5.1 Cara mengerjakan solat

3.5.2 Rukun solat jenazah

3.6 Kesimpulan

BAB 4

: Sistem Khairat Kematian dan Fungsinya

4.1 Pengenalan

(8)

vii

4.3 Sistem Tabungan Khairat Kematian (Baru)

4.4 Kesimpulan

BAB 5

: Aspirasi Senibina Tanah Perkuburan

5.1 Pengenalan

5.2 Kajian Kes 1: The Pyramid

5.3 Kajian Kes 2: Fisterra Cemetery

5.4 Kajian Kes 3: Igualada Cemetery

5.5 Kajian Kes 4: Srebrnice Cemetery

5.6 Ringkasan

BAB 6

: Tapak Cadangan

6.1 Pengenalan Tapak Secara Am

6.1.2 Pemilihan Tapak

6.1.3 Potensi Tapak

6.1.4 Kelemahan Tapak

6.1.5 Keadaan Alam Sekitar

6.2 Iklim

6.2.1 Pancaran Cahaya Matahari

6.2.2 Hujan

6.2.3 Angin

6.2.4 Hak Milik Tanah

6.2.5 Luas Tapak

6.3 Corak Lalulintas

6.3.1 Perkhidmatan Pengangkutan Awam

6.3.2 Akses ke Tapak

(9)

viii

6.4 Sifat Semulajadi Tapak

6.4.1 Topografi Tanah

6.4.2 Tumbuh-tumbuhan

6.4.3 Konteks

6.4.4 Gangguan Di Sekitar Tapak

6.4.5 Pandangan Di Persekitaran Tapak

6.4.6 Prospek

BAB 7

: Cadangan Rekabentuk

7.1 Pengenalan

7.1.1 Perancangan Susunatur Ruang

7.1.2 Ruang Tambahan

7.2 Pendekatan Rekabentuk

7.2.1 Konsep Perancangan Tapak

7.2.2 Konsep Perancangan Bangunan

7.3 Ritual Dalam Bahasa Senibina

7.4 Simbolik Dalam Rekabentuk

BAB 8

Kajian Teknikal

8.1 Sistem Struktur dan Binaan

8.1.1 pengenalan

8.1.2 Faktor-Faktor Pemilihan Sistem Berstruktur

8.1.3 Sistem Grid Struktur

8.2 Elemen Struktur Binaan

8.2.1 Asas

(10)

ix

8.2.4 Bumbung

8.3 Bahan kemasan Bangunan

8.4 Sistem Bekalan Air

8.5 Sistem Bekalan Elektrik

8.6 Sistem Pencegah Kebakaran

8.6.1 Kawalan Pasif

8.6.2 Kawalan Aktif

8.6.3 Akses Bomba

8.6.4 Kelengkapan Bomba

BAB 9

: Rumusan

BAB 10

: Lukisan Persembahan

Rujukan

(11)

BAB 1:

PENGENALAN DAN ISU TESIS

1.1 PENGENALAN

Perkembangan tanah perkuburan islam di negara-negara islam serata dunia

agak kurang berkembang berbanding dengan evolusi perkembangan tanah

perkuburan kristian di Eropah. Oleh kerana itu, amat sukar untuk di kenal pasti

sejauh mana senibina perkuburan ini wujud didalam masyarakat islam dahulu dan

sekarang. Namun, isu-isu yang berkaitan dengan tanah perkuburan dan tatatertib

ketika berhadapan dengan jenazah telah diterangkan dengan sempurna dari

hadith-hadith dan ayat-ayat suci Al-Qur’an Nur Karim.

Isu-isu yang telah di jelaskan didalam hadith amat jelas (sila lihat Lampiran)

di sini islam menekankan kepada penganut-penganutnya menghormati dan

mengambil iktibar dari proses hidup dan mati manusia sebagai satu cara untuk

menjadi seorang muslimat yang sejati. Tesis ini akan cuba untuk mengaplikasikan

sistem yang telah wujud terdahulu kearah yang lebih jelas dan teratur pertaliannya

agar lebih difahami dan di hayati oleh masyarakat sekeliling bagi mencorak sebuah

sistem kehidupan yang baru tanpa meminggirkan hukum-hukum dan penekanan

agama islam itu sendiri.

Selain daripada menangani isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan sosial

masyarakat islam sekarang tesis ini juga cuba membuka pandangan umum

terhadap permasalahan yang berkaitan dengan kepenggunaan tanah yang terhad

di negara-negara kecil seperti Singapura, Hong Kong, Jepun , Mexico dan lain-lain

yang mungkin akan menular ke Negara kita Malaysia sedikit masa nanti jika isu ini

(12)

2

1.2 KONSEP PERKUBURAN SEBAGAI IDENTITI SOSIAL

Tanah perkuburan Pere Lachaise di paris adalah sebuah tanah perkuburan

yang paling popular di benua Eropah. Kewujudannya telah diterima oleh

masyarakat awam tanpa dipersoalkan sebagai titik perubahan yang besar dalam

sejarah ketamadunan barat yang berusia beribu tahun lamanya. Selepas

pembukaannya pada tahun 1804, ia menjadi satu fesyen baru bagi tanah

perkuburan yang sebelum ini dibina berlainan cara analogi perancangannya.

Bab ini akan menerangkan tentang pengajian secara mendalam terhadap

perubahan imej bagi tanah perkuburan di dunia barat dan bagaimana ianya

memberi kesan secara langsung terhadap rekabentuk tanah perkuburan di

Malaysia serta isu-isu yang berkaitan berkenaan dengan rekabentuk tanah

perkuburan ini.

Kajian ini bukanlah bersangkutan dengan ilmu senibina yang mudah atau

sejarah sosial sesebuah masyarakat; ianya adalah pendedahan bagaimana

sesuatu gaya hidup fizikal masyarakat itu mampu untuk mempengaruhi dan

mengekalkan budaya terhadap kematian mengikut peredaran zaman yang serba

maju dan moden ini.

Konsep tanah perkuburan Pere Lachaise mempunyai beberapa kebaikkan

yang boleh diguna pakai di dalam rekabentuk tanah perkuburan sekarang. Namun,

bila di teliti dengan lebih terperinci lagi kita dapati konsep taman peringatan yang

memuatkan kuburan ini mempunyai beberapa kelemahan seperti isu penggunaan

tanah, dan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekitarnya.

Pada abad ke 18, tamadun barat telah menuju kearah perubahan yang

radikal kepada kepercayaan dan penyanjungan mereka terhadap perilaku kearah

kematian. Teologi masyarakat pertengahan kristian terhadap konsep kematian

manusia telah berubah kepada konsep masyarakat pre-romantic. Peningkatan di

(13)

3

yang telah menjadi subjek utama didalam penyelidikan oleh ahli intelektual sejarah

dan sosial bertahun-tahun lamanya.

Disini pengkaji cuba untuk menjelaskan bagaimana perkaitan antara

perubahan pemahaman terhadap kematian dan rekabentuk; bukan saja tanah

perkuburan malah terhadap konteks perbandaran itu sendiri.

Tanah perkuburan bukan sahaja mencerminkan keadaan pemahaman

sesuatu masyarakat terhadap kematian; malah, senibina dan lanskapnya

memainkan peranan didalam memperjelaskan idea dan pertumbuhan emosi.

Setelah 6 tahun perubahan terhadap tanah perkuburan yang berlaku secara

tidak rasmi di Perancis dan pembukaan Majlis Tanah Perkuburan yang pertama di

Paris, imej bagi tanah perkuburan telah berubah menuju kearah tiga fasa

perubahan yang ketara.

Pada fasa pertama, didapati tanah perkuburan kristian mempunyai

elemen-elemen tradisional iaitu; rumah penyimpanan mayat, kuburan biasa dan simbol

kristian, semua ini adalah asas bagi rekabentuk tanah perkuburan pada waktu itu.

Kemudian keperluan-keperluan ini mula berkembang secara langsung terhadap

keperluan urbanisasi. Ianya bergabung menjadi tanah perkuburan yang lebih mirip

kepada fungsi institusi hospital, rumah penyembelihan dan penjara yang semakin

di pinggirkan perletakkannya didalam lingkungan sesuatu Bandar. Berbanding

dengan elemen-elemen seperti jalan, dataran, fabrik perumahan yang telah di

rekabentuk bagi memastikan ianya mendominasi urbanisasi sesebuah Bandar.

Didalam fasa kedua rekabentuk tanah perkuburan, wawasan masyarakat

kristian terhadap kematian adalah dengan menyerahkannya kepada kekuasaan

alam semulajdi, dan berfikir kepada menifestasi ketuhanan itu sendiri. Dimana,

kuburan mempunyai fungsi didalam kontek social, seperti yang dilakukan oleh

(14)

4

Bagi fasa ketiga pula, idea-idea dan pandangan imej taman lanskap yang

teratur di adaptasikan bagi menghormati kematian. Hasil daripada itu, memorial

atau kubur menjadi sebahagian daripada kelokan laluan di taman lanskap itu

sendiri. Ini bermakna kubur-kubur memenuhi keseluruhan taman dan

koordinasinya mengikut perancangan sesebuah taman.

Konsep ini lebih dikenali sebagai ‘field of rest.’ Lokasi bagi rumah

penyimpanan mayat yang menjadi aspek utama didalam kematian manusia tidak di

terapkan pada rekabentuk ini.

Kesimpulannya, dari ketiga-tiga fasa jelas sekali penghormatan kepada

isu-isu sosial kemasyarakatan lebih diutamakan; ia juga telah menerangkan

kepenggunaan tanah perkuburan sebagai mencerminkan tahap sosial sesebuah

masyarakat itu sendiri.

1.3 PERMASALAHAN DAN ISU

Berpandukan daripada petikan ringkas sejarah awal perkembangan

rekabentuk tanah perkuburan tadi, dapatlah di simpulkan bahawa tanah

perkuburan bukan sahaja sebagai tempat untuk mengebumikan mayat atau

jenazah malah ia mampu membawa peranan yang lebih penting daripada itu.

Identiti tanah perkuburan yang negatif masih lagi kekal bermain diminda

masyarakat tempatan. Tanah perkuburan dilihat sebagai sebuah kawasan yang

menakutkan, yang akhirnya menjadikan ianya sunyi, sepi dan tidak berpenghuni.

Malah akibat tanggapan yang kurang bijak ini menjadikan tanah perkuburan jarang

di kunjungi kecuali pada hari-hari tertentu sahaja. Akibatnya banyak tanah

perkuburan sekarang dibiarkan tanpa diselenggara dengan baik. Dimanakan

letaknya penghormatan kita kepada simati? Apakah kita rela perkara sebegitu

berlaku ke atas kubur keluarga sendiri, nenek, ayah atau ibu, kakak atau abang

(15)

5

Adakah masalah ini berpunca daripada persepsi masyarakat ataupun

rekabentuknya yang membuatkan ianya begitu? Jelas kedua-duanya adalah punca

sebenar kegagalan fungsi tanah perkuburan sekarang.

Isu kedua yang akan diketengahkan ialah mengenai kekurangan tanah yang

melanda di beberapa buah negara kecil dan padat seperti Singapura, Hong Kong,

Jepun dan Mexico. Rata-rata setiap inci tanah yang terbentang di negara tersebut

adalah cukup berharga dan ia perlu di gunakan dengan sebaik mungkin. Namun,

tidak mustahil masalah yang dihadapi di negara terbabit boleh berlaku keatas

Malaysia yang keluasannya hampir sama dengan negara Jepun. Walaupun bukan

sekarang atau 20 tahun akan datang tetapi ia akan berlaku suatu hari nanti.

Apabila dilihat daripada keadaan geografi Malaysia yang terbahagi kepada 2 iaitu

Semenanjung dan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak; memungkinkan

situasi begini terjadi. Masakan kita mahu jasad ahli keluarga kita disemadikan di

Sabah dan Sarawak yang terletak beribu-ribu batu, sedangkan kepadatan

penduduk di semenanjung sudah melebihi had.

Thesis yang bertajuk Cadangan Membina Sebuah Kompleks Perkuburan

Islam Bertingkat ini akan cuba mengurai permasalahan yang bersangkutan tadi dengan lebih terperinci dan cuba mencari jalan yang terbaik bagi menangani

isu-isu yang disebut diatas.

Gambarfoto 1: Kawasan kubur yang terbiar. Gambarfoto 2: Kawasan kubur yang padat

(16)

6

1.3.1 ISU TEKNIKAL

Pada kebiasaanya isu teknikal mempunyai hubungkait secara langsung

dengan pihak berkuasa tempatan sesuatu tempat. Garis panduan akan digazetkan

sebelum ianya di sahkan sebagai sebuah undang-undang. Namun, keadaan dan

masa telah berubah mengikut peredaran zaman menyebabkan ada sesetengah

daripada dasar dan garis panduan yang ditetapkan tidak boleh diguna pakai lagi;

atau dalam erti kata lain ia perlu di pinda bersesuaian dengan keadaan semasa.

Tidak terkecuali dengan garis panduan yang telah diluluskan oleh Majlis

Negara bagi tanah perkuburan komersil pada 16 November 1995. terdapat

beberapa kepincangan yang jelas berlaku pada garis panduan tersebut, ianya

merangkumi dasar perlaksanaan, prinsip perancangan dan susun atur tanah

perkuburan.

Disini kita akan membincangkan dengan lebih lanjut dasar-dasar yang

sediada dan keberkesanannya terhadap situasi semasa di Malaysia. Walaupun

secara logiknya ianya baru 8 tahun di gazetkan dan masih baru namun tidak salah

untuk kita membincangkannya bagi mengenal pasti strategi seterusnya kearah

membangunkan tanah perkuburan yang lebih sistematik dan dapat memberi

manfaat kepada semua.

Berikut adalah dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa

tempatan dalam pembangunan tanah perkuburan komersil di Malaysia:

1. Hendaklah mematuhi Garis Panduan Majlis Negara mengenai kawalan

pembangunan dan syarat syarat yang seragam bagi tanah perkuburan komersil

yang telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara yang ke 51 pada 16 November

1995.

2. Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengawasi perancangan elemen seperti

pembinaan pintu gerbang, tempat pembakaran, tokong dan lain-lain supaya

(17)

7

3. Tanah Perkuburan hendaklah diwartakan sebagai sebahagian daripada

kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

4. Tidak dibenarkan membawa masuk mayat warganegara asing untuk

dikebumikan di Malaysia atau pembelian tanah untuk tujuan perkuburan oleh

warganegara asing.

5. Kemudahan tanah perkuburan hendaklah diambilkira dalam penyediaan

rancangan kemajuan iaitu Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan,

Rancangan Pembangunan Daerah, Pusat Pertumbuhan Desa dan dalam

kelulusan pecah sempadan serta kelulusan pelan susun atur.

6. Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995 (Akta A933)

Sek 21 Laporan Cadangan Kemajuan (LCP) hendaklah mengambil kira

kepentingan awam berkaitan dasar pelaksanaan tanah perkuburan.

Berdasarkan kepada dasar-dasar tadi jelas disini pihak berkuasa tempatan

telah mengambilkira beberapa aspek penting dalam pembangunan tanah

perkuburan komersil seperti mengawasi elemen senibina agar lebih cenderong

kepada cirri-ciri kebangsaan dan mengambil kira kepentingan awam. Jika di lihat

dengan lebih terperinci dasar-dasar ini hanya menyentuh aspek luaran dan tidak

langsung menekankan konsep perkuburan sebagai identiti sosial.

Identiti sosial yang dimaksudkan ialah penyediaan kemudahan-kemudahan

yang menarik pengunjung datang menziarah atau datang untuk memberi

penghormatan kepada simati. Bagi merialisasikan aktiviti sedemikian beberapa

ruang sokongan perlu diwujudkan di tanah perkuburan seperti ruang menunggu

awam, surau, dan menempatkan beberapa jabatan yang berkaitan dengan

kematian seperti khairat kematian, insuran dan guaman di tanah perkuburan agar

sering dikunjungi tidak mengira waktu diamping menambah fungsi tanah

perkuburan kepada lebih luas peranannya bukan sahaja untuk menempatkan

(18)

8

Jadual 1: Keluasan perkuburan dan crematorium bagi orang islam, bukan

(19)

9

Berpandukan kepada kedua-dua jadual yang diambil dari garis panduan

bagi tanah perkuburan komersil di Malaysia, sebanyak 20 hektar di sediakan bagi

sesebuah kawasan yang mempunyai kepadatan seramai 200,000 orang; jadi

dapatlah di simpulkan bahawa kita memerlukan 2300 hektar bagi menempatkan

jasad rakyat Malaysia yang berjumlah 23 juta buat masa ini. Dan jumlah itu akan

bertambah saban tahun.

Jelas bahawa garis panduan yang digubal tidak mengambil kira keadaan

bagi jangka waktu yang panjang. Dengan keluasan purata setiap kubur sebanyak

8.36 meter persegi, rakyat Malaysia akan menggunakan sebanyak 192,280,000

meter persegi tanahnya menjelang 2103 hanya untuk tanah perkuburan. Jumlah ini

adalah lebih daripada separuh keluasan negara ini! Diburukkan lagi kubur yang

dibina sekarang ini adalah secara tradisional iaitu mendatar. Jadi, bagaimanakah

caranya untuk kita menyelesaikan masalah terbabit sebelum ia terjadi. Dengan Jadual 2: Saiz kubur dan Keluasan perkuburan bagi orang islam, cina,

(20)

10

jarak diantara kubur sebanyak 6 kaki, adakah ianya masih relevan dibina dengan

cara tradisional.

Mengikut dasar yang diluluskan itu lagi, kawasan perkuburan yang dibina

seharusnya ditempatkan berjauhan daripada kawasan perdagangan, pentadbiran

atau pusat Bandar. Kesesuaian guna tanah yang dimaksudkan mempunyai asas

jika dilihat dari sudut pandangan seorang peniaga, kerana sebagaimana yang kita

tahu harga tanah dikawasan bandar adalah lebih mahal berbanding kawasan

pinggir bandar. Namun adakah patut jika sesebuah kawasan tanah perkuburan

yang memang sediada di kawasan bandar sebelum ini dipindahkan semata-mata

untuk mengaut keuntungan. Masalah ini bukan sahaja tidak di sedarai malah tiada

pemangkin yang boleh menyedarkan pihak tertentu supaya ianya boleh ditangani

bersama. Sebuah kawasan perkuburan yang sememangnya sunyi di letakkan di

kawasan yang jauh lagi sunyi, mengapa? Dimanakah nilai spiritual dan

kehormatan tanah perkuburan yang mungkin telah bersemadi selama

beratus-ratus tahun ini?

Masalah yang dibincangkan pernah berlaku keatas tanah perkuburan Holy

Innocents yang dibina bersebelahan dengan jalan utama ke kawasan Saint-Denis, Paris. Tanah perkuburan ini dikelilingi oleh kawasan perumahan dan aprtmen yang mula didirikan menjelang pertengahan abad ke 17. Masalah yang timbul adalah

berkenaan dengan tabiat buruk penduduk sekelilingnya yang gemar membuang

sisa buangan mereka di dalam kawasan perkuburan malah ia diburukkan lagi

dengan tahap pencemaran udara di Bandar Paris yang teruk pada ketika itu.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila jangkitan kuman yang berlaku dikatakan

berpunca daripada kawasan perkuburan ini. Akhirnya pihak berkuasa tempatan

memutuskan untuk memindahkan lebih 2000 kubur yang sediada ketempat yang Jadual 3: Prinsip perancangan yang dikatakan mewujudkan keserasian di

(21)

11

lebih baik. Siapakah yang harus dipersalahkan? Lokasi, orang awam ataupun

pihak berkuasa?

1.3.2 ISU BUDAYA

Permasalahan yang bersangkutan dengan konsep kematian di dalam

masyarakat kita sekarang adalah permasalahan budaya dan pengertiannya. Disini

kita cuba menganalisa perilaku-perilaku yang berhubungan dengan kematian.

Perilaku-perilaku ini lazimnya ditunjukkan oleh seseorang individu dan sesebuah

kelompok masyarakat.

Berpandukan kepada Oxford English Dictionary, maksud ‘attitude’ (sikap) menjurus kepada nilai-nilai seni. Pada dasarnya ‘attitude’ ialah “the disposition or posture of a figure in statuary or painting”, bermakna gaya atau posisi tubuh seseorang itu boleh dikaitkan terus kepada penjelasan pemikiran mentaliti

seseorang. Daripada itu, ‘attitude’ boleh juga disamakan dengan “settled

behaviour or manner of acting, as representative of feeling or opinion” iaitu gerak dan tingkah laku seseorang mewakili perasaan dan pemikirannya (Oxford

English Dictionary,1989, p.771).

Definasi yang diterangkan tadi menunjukkan ‘attitude’ adalah sebahagian

daripada cara menunjukkan seseorang itu wujud dan berinteraksi dengan dunia

luar. Disini, kita akan menerangkan beberapa peranan sikap-sikap ini berhubung

dengan kematian.

Menurut satu sumber kajian daripada Philippe Aries (1981) yang dijalankan

di Amerika, masyarakat disana bertanggapan tanah perkuburan adalah sebagai

sebuah ‘public square’ untuk orang awam berinteraksi dan menjalankan aktiviti sosial. Kematian merupakan satu kejadian semulajadi alam yang menakutkan dan

nilai inilah yang menjadi ciri utama kematian.

Budaya kearah kematian ini adalah sesuatu yang amat rumit untuk

diperjelaskan. Tidak menghairankan jika ianya akan menjadi lebih kompleks bila

dikaitkan dengan subjek yang bersangkutan kepada asas kehidupan manusia ialah

kematiannya.

Berpandukan Aries(1981), manusia yang bersikap kearah kematian yang

(22)

12

takdir dan ketentuan tuhan. Oleh itu mereka yang akan mati dan memegang

fahaman kematian tadi lebih gemar dikelilingi oleh kawan-kawan, ahli keluarga,

jiran tetangga dan ahli masyarakat yang dikenali.

Kematian adalah satu kejadian sosial yang memberi kesan secara langsung

kepada seluruh ahli didalam sesuatu komuniti, bukan saja bagi orang yang akan

mati merasainya, bahkan kematian dikongsi oleh semua lapisan masyarakat yang

berhampiran.

Jadual 4: Menunjukkan kematian mempunyai kesan terhadap

sikap seseorang dan komuniti setempat.

Disini Aries telah membahagikan kematian itu kepada lima jenis kematian iaitu kematian diri sendiri, kematian yang akan berlaku, kematian orang lain, dan

penafian kematian oleh seseorang. Melalui kelima-lima jenis kematian ini beliau

(23)

13

kepada simati. Hasil daripada kajian ini didapati manusia mempunyai sikap yang

berbeza-beza dalam sikap mereka menghadapi kematian dan simati. Seterusnya

kita akan melihat bagaimana sikap-sikap ini boleh dikaitkan dengan unsur yang

lebih positif dan bagaimana ia boleh diadaptasikan kedalam sistem

kemasyarakatan di Malaysia. Fakta yang dikemukakan tadi menunjukkan

kematian seseorang itu mampu mengukuhkan ikatan silaturrahim masyarakat dan

saling hormat menghormati keatas insan lain.

Dalam islam, pemahaman keatas kematian telah lama di bina sejak dari

zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Pemahaman ini tidaklah di ceritakan dengan

terperinci tetapi Rasululullah s.a.w. telah memberi contoh yang baik terhadap

budaya kematian seperti melawat ke tanah perkuburan, perbincangan secara

terbuka di tanah perkuburan dan menghormati proses ritual yang berlaku tidak

mengira agama dan bangsa seseorang itu. Perilaku dan sikap terpuji Rasululullah

s.a.w. dapat di teliti pada hadith yang telah diriwayatkan dibawah:

1.4 OBJEKTIF DAN MATLAMAT

Jelas sekali disini budaya kematian

yang pernah wujud dahulu perlu di bina

kembali dan diterapkan dengan

sempurna kepada lapisan masyarakat

berbilang kaum di Malaysia. Bukan

sahaja ianya memberikan kesedaran

secara spiritual malah budaya

kematian ini boleh mempengaruhi

kehidupan sosial sesebuah

masyarakat didalam sesebuah

kawasan urbanisasi yang kompleks.

Wujudnya aktiviti-aktiviti seperti itu di

tanah perkuburan diharap dapat

menjurus kepada kestabilan sosial

(24)

14

Beberapa objektif yang ingin dicapai dalam thesis ini adalah berkaitan

dengan isu budaya dan isu teknikal yang rata-rata perlu diperbaiki demi menyahut

seruan kerajaan menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Pembangunan

struktur ekonomi yang pesat sekarang tidak akan mampu memberi kejayaan yang

mutlak jika tidak disusuli dengan pembangunan pemikiran dan rohani

masyarakatnya kepada yang lebih baik sejajar dengan lunas-lunas syariat agama

Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Diantara objektif-objektif yang ingin dicapai

adalah seperti berikut:

1. Bagi mengenalpasti masalah dan isu yang selama ini dihadapi di

kebanyakkan tanah-tanah perkuburan di Malaysia darisegi

perancangan ruang, kepenggunaan tanah, aktiviti-aktiviti yang

berlaku dan fungsinya terhadap keharmonian sesebuah komuniti.

2. Bagi memberi nafas baru terhadap suasana tanah perkuburan dari

sebuah kawasan terpencil dan terpinggir menjadi sebuah taman

wawasan yang mampu mendekatkan yang hidup dengan yang mati

bersama-sama menilai makna kehidupan melalui kematian.

3. Menambah fungsi tanah perkuburan bukan hanya untuk

mengebumikan jenazah tetapi sebagai sebuah kompleks komersil

yang mempunyai sistem yang terancang bagi menyahut cabaran

negara maju menjelang 2020.

4. Membantu dalam memaksimumkan kepenggunaan tanah perkuburan

agar ianya terkawal dan bersistem terutamanya bagi tanah

perkuburan yang berada didalam sesebuah kawasan urbanisasi dan

berkepadatan tinggi seiring dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi

negara.

5. Mewujudkan ikatan toleransi yang kukuh diantara kaum dengan

mengekalkan kehormatan, kepercayaan, persefahaman dan

(25)

15

kefahaman yang jitu bagaimana sesebuah struktur masyarakat itu

berfungsi.

Tesis ini bukan sahaja cuba mengungkap strategi bagaimana untuk

membina sebuah kompleks perkuburan yang terancang malah, kajian ini juga

bermatlamat untuk memberi kesedaran betapa pentingnya peranan kematian di

dalam sesebuah kelompok masyarakat.

Kajian secara terperinci dibuat keatas setiap agama berkenaan tentang

pemahaman mereka dengan lebih jelas melalui konsep kematian dan kehidupan

dan bagaimana ianya mampu mempengaruhi tingkahlaku seseorang. Melalui

analisa yang dibuat beberapa konsep persamaan wujud diantara beberapa agama

dan secara logiknya keharmonian sejagat mampu dicapai jika persamaan ini

dikongsi bersama dan dihayati.

Berpandukan kepada kaedah ritual setiap agama kita dapati setiap insan

mempunyai nilai kesucian didalam diri masing-masing dan nilai inilah yang cuba

kita bentuk bersama. Jelas sekali tanah perkuburan mempunyai masa depan yang

begitu cerah untuk dibentuk dan digilap sebagai sebuah kawasan tumpuan awam

terpenting di dalam sesebuah struktur urbanisasi.

Kajian ini juga bermatlamat untuk membuktikan bahawa teknologi moden

yang dijana sejak berdekad-dekad lalu mampu digunapakai seiring dengan

pegangan dan kepercayaan seseorang. Dasar utama sebuah tanah perkuburan

yang dibina didalam lingkungan sesebuah komuniti adalah untuk menyatukan

hati-hati yang masih hidup ini bersama-sama berkongsi dengan nilai-nilai estetika,

(26)

16

1.5 METHODOLOGI KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, beberapa peringkat dalam menentukan

methodology kajian telah dibuat dalam menyokong dan membuktikan teori-teori

berkenaan dengan senibina kematian ini. Di antara peringkat-peringkat itu ialah:

1. Mengenal pasti isu budaya dan masalah teknikal tanah perkuburan

Dengan mengenalpasti isu dan masalah yang dihadapi di dalam rekabentuk

perancangan tanah perkuburan termasuklah prinsip perancangan,

susunatur tanah dan beberapa garis panduan sediada.

2. Membuat kritikan terhadap tanah perkuburan sedia ada.

Kritikan dibuat kepada beberapa contoh tanah perkuburan disekitar

Malaysia, Singapura dan beberapa contoh lain di Eropah secara mendalam

mengenai konteks prinsip-prinsip yang boleh membantu didalam

mewujudkan senibina kematian ini. Diantara tanah perkuburan yang

dijadikan bahan kritikan ialah Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor;

Pusara Abadi, Choa Chu Kang, singapura dan Tanah Perkuburan Holy

Innocents, Paris.

3. Mengenalpasti dan merumuskan teori kematian bagi setiap agama

Kajian dilakukan keatas teori kematian beberapa agama besar didunia

seperti Islam, Kristian, Judaism, Buddhism dan Hinduism serta teori yang

membentuknya melalui prinsip-prinsip upacara ritual kematian setiap agama

juga badan-badan yang bertanggungjawab menguruskan sesuatu kematian.

4. Mengadaptasikan hadith-hadith yang pernah diriwayatkan tentang perancangan tanah perkuburan.

Mengumpulkan hadith-hadith yang berkisar tentang tanah perkuburan;

mengkajinya dan membuat kesimpulan dengan kaedah rekabentuk yang

mematuhi lunas-lunas syariat agama. Ada diantara hadith–hadith

menunjukkan budaya kematian telah lama wujud di zaman Rasulullulah

(27)

17

5. Membuktikan teori senibina kematian ini dalam rekabentuk

Merekabentuk Sebuah Kompleks Perkuburan Bertingkat di Johor Bahru,

Malaysia dimana kompleks ini akan mengadaptasikan elemen-elemen yang

berkaitan apabila sesuatu kematian berlaku. Diantara elemen-elemen itu

ialah; identity, budaya kematian, pihak yang terlibat ketika kematian, nilai

kombinasi yang seimbang dan semulajadi dari segi penampilan teknologi,

bahan kemasan dan struktur dan juga nilai sesebuah masyarakat itu sendiri.

1.6 KESIMPULAN DAN PENUTUP

Tesis ini merupakan satu permulaan bagi membina aspirasi senibina

kematian di Malaysia di mana ianya cuba membongkar dan menghayati nilai

konsep sebenar kematian yang terdapat di negara yang berbilang kaum ini.

Pembentukan senibina yang beridentitikan keagamaan ini adalah berlandaskan

etika, pengetahuan secara mendalam tentang teori kematian dan teori teknikal

yang berkaitan dengan kematian yang bersifat kemanusiaan dan ketuhanan, hak

kemasyarakatan dan mengambil kira konteks alam persekitaran.

Selain daripada itu, penjelasan secara jelas huraian dimana senibina

kematian adalah senibina milik manusia dan dibina menurut kehendak manusia

dan hukum tuhan. Isu utama disini adalah tentang kepenggunaan tanah yang

meruncing yang bakal berlaku di Malaysia dan bagaimana seuatu komuniti

berinteraksi dan menyelesaikan maslah ini sebelum terjadi.

Tesis ini juga cuba menggabungkan nilai-nilai rohaniah dan jasmaniah

diantara jangkauan pemikiran manusia yang terhad terhadap ketentuan hidup yang

telah ditentukan tuhan. Bagaimana teknologi yang dipersembahkan dan di

perturunkan keatas anak Adam dapat dimanfaatkan sejajar dengan keperluannya

dimasa akan datang.

Tugas sebagai khalifah dimuka bumi seharusnya dipikul dengan sepenuh

tanggungjawab hingga badan dikandung tanah. Satu permulaan pencarian kearah

membina kestabilan sosial dan memberi penghormatan sepatutnya kepada simati

tidak mengenal bangsa, agama dan taraf hidup kerana mati adalah satu lambang,

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini adalah Dapat mengetahui dan menganalisis prioritas cacat sepatu pantofel pada perusahaan Collection Shoes yang harus mendapatkan perbaikan kualitas,

UML adalah se uah ahasa ya g telah e jadi sta dar dala i dustri u tuk visualisasi era a g dan mendokumentasikan sistem piranti lunak.. Sistem

Dengan melakukan simulasi pada trafik VoIP dilakukan analisa hasil terhadap average throughput , average delay dan average jitter yang menjadi pertimbangan

3. Proposal Seminar dengan ditandatangani Calon Dosen Pembimbing Seminar diajukan kepada Ketua Jurusan. Calon Dosen Pembimbing Seminar adalah Dosen Tetap, Dosen Tidak Tetap atau

Menggunakan visual fotografi yang simple dan modern dengan editing yang natural, menggunakan font Script pada bagian judul dan sans serif pada bagian isi, menggunakan

This study aims to determine the effect of the debt to equity ratio, return on assets, current ratio, and maturity of sukukin the sukukratings to company issuing the sukuk listed

Sebagai kegiatan penutup, guru memimpin diskusi kelas dan membantu siswa dalam membuat kesimpulan besar tentang kegiatan-kegiatan pembelajaran yang telah dilakukan pada

Hasil analisis terhadap sampel tanah di enam lokasi pertanaman tembakau menunjukkan variasi kondisi sifat kimia dan fisika tanah yang beragam. Hasil analisis sidik ragam (ANOVA)