Seminar Tamadun Islam, Tamadun Asian dan Hubungan Etnik (SeTH) 2014 – 1 Nov 2014 – (Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia)
Keistimewaan Bahasa Arab: Cabaran dan Kelangsungan Era Globalisasi
Muhammad Izuan Abd Gani1
‘Aisyah Nabilah Md Tahir2
Siti Salma Wahiduddin3 Adibah Sulaiman @ Mohamad4
Abstrak
Makalah ini meneliti keistimewaan bahasa Arab dalam kelangsungannya merentasi arus pemodenan dan globalisasi. Sejak penurunan al-Quran, bahasa Arab menjadi bahasa peradaban Islam dan berkembang seiring dengan peredaran zaman moden dan arus globalisasi tanpa terkesan dengan aliran kedua-dua arus ini. Bahkan identitinya sebagai bahasa peradaban Islam terus hidup walaupun penuturnya terdedah kepada ancaman pemodenan dan globalisasi. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti beberapa ciri istimewa yang terdapat dalam bahasa Arab. Di samping itu, tujuan lain kajian ini ialah untuk mengenal pasti identiti penting bahasa Arab sebagai bahasa peradaban Islam lantaran keupayaannya untuk terus hidup dan berkembang walaupun terdedah kepada pelbagai cabaran pemodenan dan globalisasi. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk analisa deskriptif iaitu kaedah mengenal pasti dan menganalisa ciri-ciri yang terdapat pada bahasa Arab. Hasil kajian ini menunjukkan
sembilan ciri istimewa dan utama pada bahasa Arab iaitu i’rab ( ا عإا), taraduf (فدا ت ا), isytirak ( ا تشاا), ttidhad (د ضتا), qiyas ( ي ا), isytiqaq ( تش , ta’rib ( ي عت ا)اا) , naht (تح ا), dan ijaz ( يإا) yang mengekalkan identitinya sebagai bahasa peradaban Islam. Kajian ini adalah signifikan kepada bahasa Arab kerana kelangsungan dan kelestariannya bukan hanya terhad kepada pengetahuan tentang ciri-ciri dan keistimewaan tersebut tetapi turut bergantung kepada peranan para penuturnya di serata dunia
Kata Kunci: Keistimewaan, Bahasa Arab, peradaban Islam, tamadun, globalisasi
PENGENALAN
Bahasa Arab merupakan satu-satunya bahasa utama yang digunakan di sebahagian besar negara Asia Barat iaitu negara-negara Arab keseluruhannya dan sebahagian negara Afrika dan menjadi bahasa kedua atau ketiga bagi sesetengah negara yang lain seperti Iran, Turki, India, Malaysia dan Indonesia. Penggunaan bahasa Arab sebagai bahasa utama di Asia Barat dan Afrika merujuk kepada asal usul bahasa ini iaitu daripada kumpulan bahasa Semit (Semitik) yang berkait rapat dengan asal usul kumpulan penutur Samit Kuno. Kumpulan bahasa Semit
1 Guru Bahasa, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Email: [email protected].
2
Guru Bahasa, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Email: [email protected].
3
Guru Bahasa, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Email: [email protected].
4
adalah disandarkan kepada keturunan Sam bin Nuh yang dikatakan mendiami kawasan barat Asia dan sebahagian dari Afrika. Antara bahasa-bahasa lain yang termasuk dalam kumpulan bahasa Semit adalah bahasa Ibri, Habsyah, Himyar, Saba’ dan Suryani. Namun sebahagian bahasa ini telah pupus dan hanya meninggalkan kesan ukiran-ukiran lama pada batu bersurat, kubur- kubur, patung dan kulit. Manakala bahasa Arab, Ibri dan Habsyah masih lagi kekal digunakan (Ali, 2004). Berbeza daripada bahasa Ibri dan bahasa Habsyah, bahasa Arab merupakan satu-satunya dari kelompok bahasa Semit yang terus hidup berkembang dengan meluasnya ke seluruh dunia sehingga ke hari ini.
Kenyataan di atas diperkukuhkan oleh kajian Swedish Nationalencyklopedin (2007) yang bertujuan untuk menganggarkan penutur asli bagi 100 bahasa-bahasa utama dunia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahasa Arab merupakan bahasa kelima penutur asli yang teramai dengan anggaran penutur asalnya di Asia Barat berjumlah lebih 265 milion. Jumlah ini mewakili 4.43% dari populasi dunia. Manakala penutur bahasa Arab dalam kalangan umat Islam seluruh dunia adalah dianggarkan berjumlah 1.6 bilion. Kajian ini membuktikan bahawa bahasa Arab menduduki tempat ke lima teratas di dunia dari segi penutur asli teramai di Asia Barat dan jumlah penutur yang ramai dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa Arab terus mendapat perhatian dan berkembang ke seluruh pelusuk dunia terutama di negara-negara Islam secara khusus dan negara minoriti Islam dan bukan Islam amnya.
BAHASA ARAB SEBAGAI MEDIUM PERADABAN ISLAM
Sejarah peradaban Islam bermula dengan perutusan Nabi Muhammad S.A.W untuk berdakwah kepada manusia dengan ajaran Islam yang mentauhidkan Allah S.W.T melalui wahyu yang disampaikan oleh Jibril A.S. Wahyu yang diturunkan melalui al-Quran al-Karim mengandungi dustur perlembagaan yang memandu umat Islam ke arah kebaikan dan pengabdian kepada Allah S.W.T semata-mata.
Hubungkait al-Quran dan bahasa Arab menjadi sangat akrab apabila al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab lantaran mengiktiraf bahasa Arab sebagai bahasa rasmi Islam dan umatnya sebagaimana firman Allah S.W.T.:
Terjemahan: Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya (Yusuf : 2).
Bahasa Arab seolah-olah telah diberi nafas baru kerana menjadi medium perantaraan umat Islam untuk memahami Islam dan al-Quran al-Karim khususnya tanpa menafikan keunggulan bahasa tersebut sebelum kedatangan Islam. Bahasa Arab bukan sahaja menjadi medium untuk memahami agama Islam bahkan ia digunakan secara meluas dalam penyebaran ilmu dalam kalangan sarjana. Selain itu, bahasa al-Quran ini juga menjadi bahasa yang diguna pakai dalam aktiviti perniagaan bahkan menjadi bahasa utama perhubungan antara masyarakat antarabangsa. Kedudukan bahasa Arab yang tinggi dalam agama Islam menyumbang kepada perkembangannya serta menjadi justifikasi kepada kewajaran memeliharanya secara utuh hingga ke akhir zaman.
tamadun Islam hanya akan dapat disaksikan apabila penggunaan bahasa dijadikan sebagai syiar agama. Dalam konteks ini, bahasa yang dimaksudkan ialah bahasa Arab. Keunggulan bahasa tersebut menyuntik kekuatan kepada aspek-aspek lain dan akhirnya memperkukuhkan tamadun Islam.
CABARAN BAHASA ARAB DALAM ARUS GLOBALISASI
Arus globalisasi yang melanda dunia pada hari ini ada kebaikan dan keburukan yang tidak boleh dielakkan. Agenda yang dibawa dengan slogan dunia tanpa sempadan memberi ruang yang luas kepada semua manusia untuk melihat dan mengetahui segala maklumat yang berkaitan dengan kehidupan tanpa dipisahkan oleh jarak dan sempadan. Keadaan ini menyebabkan manusia terdedah kepada pengaruh yang besar dari segenap aspek kehidupan seperti kebudayaan, pemikiran, kemasyarakatan dan juga ekonomi. Kedudukan bahasa sebagai satu daripada aspek kebudayaan dalam sesuatu tamadun mendedahkannya kepada bahana globalisasi. Dalam hal ini bahasa Arab tidak terlepas daripada menerima tempias ancaman globalisasi. Kaitan bahasa Arab yang erat dengan agama Islam menyebabkan terdapat usaha-usaha untuk merosakkan, menghancurkan, menyekat perkembangannya dan melenyapkannya dengan menggunakan agenda globalisasi.
Dalam arus globalisasi, cabaran utama yang dihadapi oleh bahasa Arab adalah persaingan dengan bahasa Inggeris yang lebih luas penggunaannya dalam kehidupan. Bahasa Inggeris berada pada tempat pertama dalam interaksi di peringkat antarabangsa bahkan memonopoli sistem pendidikan dengan menjadi bahasa pengantar dalam penyampaian ilmu di segenap peringkat pendidikan. Cabaran bahasa Arab menjadi lebih getir kerana terdapat cubaan mengaplikasi sistem dan kaedah bahasa Inggeris ke dalam sistem dan kaedah bahasa Arab, seolah-olah bahasa Arab tidak memiliki keunggulan dan identiti dalam sistem dan kaedahnya untuk diubah suai dengan mudah.
Selain itu, pertuturan harian yang mencampuradukkan bahasa Arab dan bahasa Inggeris juga merupakan kesan arus globalisasi. Pada hari ini, bahasa Inggeris yang dilihat gah di mata dunia mendorong sebahagian masyarakat menjadikan bahasa ini sebagai bahasa komunikasi alternatif, selain bertutur bahasa Arab dalam kehidupan seharian. Penggunaan bahasa alternatif ini menimbulkan kecelaruan bahasa kerana terdapat beberapa istilah bahasa Inggeris digunakan secara berleluasa dalam kalangan penutur bahasa Arab walaupun bahasa Arab mempunyai istilahnya sendiri. Sebagai contoh, perkataan o.k sebagai ganti فا م, class
sebagai ganti فص, mobile sebagai ganti ح افت ا, dan copy sebagai ganti خس.Penggunaan istilah-istilah seumpama ini akan disangka sebagai sebahagian daripada bahasa Arab jika penutur bahasa Arab menjadikannya sebagai satu kebiasaan dalam komunikasi harian mereka. Keadaan ini bertambah rumit dengan peredaran zaman yang mungkin akan menyaksikan istilah-istilah ini diwartakan sebagai bahasa Arab dan dimasukkan ke dalam kamus-kamus Arab seperti perkataan ت ا yang telah mendapat pengiktirafan al-Majma’ al-Lughawi al-Mesri dan telah dimasukkan ke dalam kamus-kamus Arab (Jakli, t.t).
Selain itu, monopoli dialek tempatan atau ‘ammiyyah dalam pertuturan harian juga dilihat menimbulkan permasalahan kepada bahasa Arab fushah. Hal ini kerana dialek tempatan tidak menggunakan kaedah tatabahasa yang betul, bahkan gaya bahasanya juga tidak menepati jati bahasa Arab itu sendiri. Penggunaan dialek tempatan secara meluas bukan sahaja berlaku dalam pertuturan harian yang tidak formal, tetapi juga digunakan dalam penyampaian ilmu di sekolah mahupun di universiti. Keadaan ini boleh dilihat daripada senario pelajar-pelajar pengajian Islam dari Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah terpengaruh menggunakan dialek tempatan dalam pengajaran mereka di sekolah-sekolah mahupun di universiti di Malaysia bahkan menggunakannya dalam wawancara di televisyen dan di radio. Penggunaan dialek tempatan dengan meluas oleh media massa juga menjadi ancaman kepada bahasa Arab fushah.
KEISTIMEWAAN BAHASA ARAB DALAM MERENTASI ARUS GLOBALISASI
Secara lahiriah, arus globalisasi memberi cabaran besar kepada bahasa Arab kerana gelombang tersebut seolah-olah membawa kemusnahan dan melenyapkan bahasa itu. Namun, penelitian secara terperinci ke atas bahasa Arab memperlihatkan beberapa keistimewaan dalam sistem bahasa ini. Sistem yang menyerupai sistem pertahanan ini mampu mengekalkan identiti asal bahasa Arab, menghidupkannya tanpa dimamah usia dan menjadikan perkembangannya bersifat dinamik seiring dengan perkembangan zaman. Antara keistimewaan yang utama pada bahasa Arab ialah:
1. Mempunyai kaedah al-I’rob )
بارعإا
(Antara ciri utama kekuatan dan keistimewaan bahasa Arab yang tidak ada pada bahasa lain ialah al-I’rob. Al-I’rob merupakan suatu perubahan yang berlaku pada perkataan -perkataan disebabkan oleh perubahan pada ayat itu sendiri dari sudut struktur dan fungsinya. Perubahan yang berlaku ini digambarkan oleh baris akhir perkataan atau huruf akhir seperti membuang huruf akhir (hazf) atau menggantikannya. Ia juga merupakan satu kaedah analisis struktur ayat yang sempurna di mana setiap perkataan apabila berada dalam struktur ayat yang lengkap terikat dengan hukum tatabahasa Arab berdasarkan kepada ciri perkataan itu sendiri, pola ayat dan maksud yang dikehendaki oleh ungkapan tersebut. Kaedah ini dapat menzahirkan kesempurnaan dan kesalahan struktur ayat secara jelas. Kaedah analisis struktur ayat ini dapat dilihat seperti contoh berikut:
Jadual 1: Contoh analisis struktur ayat dalam kaedah I’rob
Ayat I’rob
دْيَز َماَق
Zaid telah berdiri
ةر اظلا ةمضلاب عوفرم لعاف
اًدْيَز ُتْيَأَر
Saya telah melihat Zaid
ةر اظلا ةحتفلاب بوص م ب لوعفم
دْيَزِب ُتْرَرَم
Dengan merujuk kepada perkataan yang bergaris di atas, perkataan Zaid mempunyai tiga bacaan berbeza iaitu Zaidun berbaris hadapan (marfu’), Zaidan berbaris atas (mansub), dan Zaidin berbaris bawah (majrur). Melalui analisis i’rob ini, perkataan
Zaidun dibaca marfu’ kerana kedudukannya sebagai subjek kepada kata kerja, manakala perkataan Zaidan dibaca mansub kerana kedudukannya sebagai objek langsung bagi kata kerja, dan perkataan Zaidin dibaca majrur kerana kedudukannya selepas kata sendi. Sekiranya perkataan yang bergaris ini dibaca dalam struktur yang sama dengan baris yang berbeza, maka kesalahan atau kecacatan pada ayat tersebut dapat dikesan.
2. Keistimewaan kosa kata bahasa Arab
Bahasa Arab mempunyai kosa kata yang sangat luas. Oleh itu, ia menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa peradaban dunia yang unggul dan berdaya tahan. Hal ini dapat dilihat melalui perkataan-perkataan yang terdapat dalam kamus bahasa Arab, contohnya Lisanul Arab, yang mengandungi beribu-ribu perkataan dan dicetak buat kali pertama antara tahun 1299H – 1308 H sebanyak 20 jilid. Keistimewaan ini menyumbang kepada keindahan dan keunikan bahasa Arab. Bahkan ciri ini merupakan faktor kekuatan bahasa Arab untuk merentasi era globalisasi. Ciri-ciri keistimewaan kosa kata ini adalah seperti huraian berikut:
i. Al-Taraduf (
فدارلا
(Al-Taraduf ialah sebilangan perkataan, sama ada dua atau lebih, yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama. Dalam ungkapan ayat bahasa Arab, terdapat beberapa perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada satu makna atau makna-makna yang hampir sama. Istilah-istilah yang mempunyai ciri al-Taraduf antaranya ialah nama-nama haiwan seperti nama singa, ular, kuda, unta dan nama-nama senjata seperti pedang dan panah yang diungkapkan dengan beberapa perkataan yang membawa maksud yang sama atau hampir sama. Sebagai contoh, istilah-istilah yang menunjukkan kepada maksud pedang diungkapkan seperti berikut: al-Sorim (
مراصلا
(,al-Batir (
رِتاَبلا
), al-Qadib(بضاقلا
), al-Soqil (ليقصلا
) (Abd. Tawwab, 1999).ii. Al-Ishtirak (
كارشاا
)Al-Ishtirak bermaksud satu perkataan yang mengandungi dua makna atau lebih. Dalam penggunaan bahasa Arab, pembentukan satu perkataan boleh membawa kepada beberapa makna bahkan ada perkataan yang mengandungi lebih daripada 10 makna.
Contohnya perkataan ‘ain ( يع ا) yang bermaksud mata, mata air, penduduk, sihir, kedengkian, penghuni, mata-mata gelap, ketua askar, askar peninjau, pemuka, sesuatu, zat sesuatu, wang tunai, hadir dan yang bahaya (Hanafi, 2006).
Jadual 2: Contoh perkataan bahasa Arab yang mengandungi pelbagai makna
Perkataan (Tola’a,
علط
) MaknaTola’a al-shamsu
)سمشلا علط(
Terbit matahariTola’a al-nakhlu
)لخ لا علط(
Mayang kurma keluarTola’a ‘alaihi
) يلع علط(
Datang kepadanyaTola’a ‘anhu
) ع علط(
Hilang darinyaTola’a as-sahmu ‘an al-hadaf
)فدها نع مهسلا علط(
Melepasi had yang diingini,tersasar
Tola’a al-shai’ wa fihi
) يفو ءيشلا علط(
Memanjatnya, naik ke atasnyaTola’a al-makan
)ناكما علط(
Sampai ke tempat tersebutTola’a al-badru
)ردبلا علط(
Muncul bulan purnama
Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa ciri al-Ishtirak pada bahasa Arab memiliki keistimewaannya yang tersendiri apabila sesuatu binaan perkataan dapat diungkapkan dengan pelbagai makna yang berbeza.
iii. Al-Ttidad (
ضاضت
لا(
Al-Ttidad ialah perkataan yang mengandungi dua makna berlawanan pada lafaz yang sama. Perbezaan di antara dua makna ini dapat dikenalpasti melalui konteks ayat, contohnya:
Jadual 3: Contoh perkatan Bahasa Arab yang mengandungi makna berlawanan
Perkataan Makna
Al-jaun
)نْوَْْا(
Hitam , putihAl-sorikh
)خِراَصلا(
Yang meminta pertolongan, yang memberipertolongan
Al-sorim
)مِرَصلا(
Secebis siang atau malamJada
)اَدَج(
Meminta, memberiAl-sadafah
)ةَفَدَسلا(
Malam dan kegelapannya, waktu subuh di antaraterbit fajar sehingga terang
Al-jalal
)لَلَْْا(
Yang besar dan mulia, yang kecil dan hinaAl-qani’
)عِناَقْلا(
Yang berpuas hati, peminta yang merendah diriQasata
)َطَسَق(
Berlaku adil, berbuat jahatAl-zauj
)جْوَزلا(
Suami, isteriAl-mufrah
)حَرْفُمْلا(
Gembira, sedih (kerana dibebani hutang)3. Mempunyai kaedah al-Qiyas
)سايقلا(
Al-Qiyas dari sudut bahasa bermaksud menyamakan, membandingkan atau mengukur. Sepertimana kaedah qiyas yang digunapakai dalam ilmu usul al-fiqh, qiyas juga digunakan dalam ilmu usul al-nahw dalam menetapkan satu kaedah bagi perkataan-perkataan baru yang bukan berasal daripada bahasa Arab. Dalam arus pemodenan yang pesat seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi baru, pelbagai istilah-istilah baru yang diungkapkan oleh para ilmuan telah lahir. Dalam hal ini, kaedah qiyas memainkan peranannya agar dapat mengekalkan identiti bahasa Arab dalam meneruskan kelangsungannya sebagai bahasa peradaban Islam pada era globalisasi.
Sebagai contoh, perkataan-perkataan yang tergolong dalam kategori peralatan atau pertukangan yang dinamakan sebagai ism al-alah terbina di atas beberapa timbangan (wazan) antaranya adalah mif’āl ( عْ م) seperti miftāh ( تْ م) bererti kunci dan mif’al
( عْ م) seperti minjal ( ْ م) bererti sabit, diqiyaskan kepada perkataan baru seperti
mihrār ( ا ْحم) iaitu termometer dan mijhar ( ْ م) iaitu mikroskop. Kedua-dua perkataan ini terbina di atas wazn ( عْ م) dan ( عْ م). Perkataan mihrār berasal daripada harra ( ح) yang bererti panas atau suhu, manakala perkataan mijhar berasal daripada jahar ( ج) yang bererti terang atau jelas.
Contoh tersebut menunjukkan bahawa bahasa Arab mampu merentasi cabaran pemodenan dengan wujudnya istilah-istilah baru dan pada masa yang sama masih mengekalkan ciri-ciri bahasa Arab itu sendiri.
4. Mempunyai kaedah al-Ishtiqaq
(
قاقتشاا
)
Al-Ishtiqaq ditakrifkan sebagai proses derivasi iaitu menghasilkan perkataan daripada perkataan yang lain. Kebanyakan perkataan dalam bahasa Arab adalah mushtaqah iaitu boleh diderivasikan. Begitupun, kurang daripada 10% kosa kata Arab yang tidak boleh diderivasikan dan ia terdiri daripada kata kerja tetap ( دم ا عفأا), kata sendi (ف ا), kata ganti diri
( ئ ض ا)dan yang seumpamanya. Manakala baki kosa kata yang terdiri daripada kata kerja
( مأا ض ا يض ا ع ا), kata nama pelaku ( ع ا)( مسا), kata nama objek yang dilakukan ke atasnya ( ع ا مسا), kata nama sifat ( ص ا ش ا), kata nama yang merujuk kepada waktu, tempat dan alat ( آا مسا، ا مسا ، م ا مسا) dan sebagainya merupakan pecahan kata yang terhasil daripada kata akar (al-Barazi, 1989)
Bahasa Arab merupakan bahasa yang amat kaya kosa kata kerana terdiri daripada pecahan kata. Menurut al-Jundi (t.t.), bahasa Arab mengandungi ratusan ribu perkataan yang kebanyakannya terhasil melalui ishtiqaq, sama ada dengan makna yang sama atau berlainan. Antara pecahan kata itu ialah kosa kata yang terdiri di atas
Perkataan ( تك), contohnya, bermaksud (dia telah menulis) boleh menghasilkan beberapa perkataan lain seperti ( ت ك) iaitu penulis, ( تك) iaitu buku, ( ت م) iaitu perpustakaan, ( ت م) iaitu meja. Pembinaan kosa kata baru daripada satu kata akar dilakukan tanpa membuang huruf-huruf asal pada perkataan dasarnya. Hal ini berbeza daripada kaedah bahasa Inggeris yang memperlihatkan perbezaan yang jelas dalam pembinaan kata contohnya wrote ( تك), book ( تك) dan library ( ت م).
5. Mempunyai kaedah al-Ta’rib (
بيرعتلا
)At-Ta’rib merupakan proses mengarabisasikan perkataan asing mengikut kaedah bahasa Arab dan menjadikannya perkataan Arab. Contohnya perkataan yang berasal daripada bahasa Parsi iaitu (paradis) telah diarabisasikan menjadi)
سودرفلا
(, manakala(binafsyah) menjadi )
جسف ب
( (al-Barazi, 1989).6. Mempunyai kaedah al-Naht )
تح لا
(Al-Naht adalah perkataan yang dibina hasil gabungan daripada dua perkataan atau lebih, contohnya (al-Barazi, 1989):
ةيئامورهك
diambil daripadaءام + ءابرهك
لمسب
pula diambil daripada lafazميحرلا نمرلا ها مسب
لدم
pula diambil daripada lafazنماعلا ب
ر ه دمحا
7. Mempunyai kaedah al-Ijaz )
زاجإا
(Antara keistimewaan bahasa Arab juga adalah keupayaannya dalam menyampaikan mesej dengan cara yang ringkas, padat dan tepat. Hal ini kerana dalam bahasa Arab terdapat gaya bahasa yang disebut sebagai kinayah( ي ك), majaz ( م) dan isti’arah
( عتسا). Contoh kaedah al-Ijaz dalam ungkapan bahasa Arab ialah kaedah pelenyapan
( يد ت ا ف ح ا) yang terdapat dalam ayat berikut تي ا يف دي (Zaid di rumah) yang berasal daripada, تي ا يف ئ ك دي (Zaid berada di rumah) (Maktabi, 1991).
KESIMPULAN
terus kekal digunakan walaupun sering terdedah kepada pelbagai ancaman seiring peredaran zaman dan arus globalisasi. Justeru, para penutur bahasa Arab secara amnya dan umat Islam khususnya bertanggungjawab untuk memastikan kelangsungan dan kelestarian bahasa yang menjadi medium penting peradaban Islam agar bebas daripada pencemaran dan selamat daripada usaha untuk menjatuhkan bahasa Arab dan Islam.
BIBLOGRAFI
Al-Quran al-Karim
Ibn Khaldun, Abdul Rahman ibn Muhammad. ( t.t.) Muqaddimah Ibn Khaldun. Beirut: Dar al-Jil.
al-Barazi, Majd Muhammad al-Bakir. (1409H/1989M). Mushkilat Lughat Arabiyyah
al-Mu’asirah. Jordan: Maktabah al-Risalah al-Hadithah.
al-Jundi, Anwar. (t.t.). al-Mawsu’ah al-Islamiyyah Arabiyyah 10 (Fusha Lughah al-Quran). Darul Kitab al-Lubnani-Darul Kitab al-Misri.
al-Mu’jam al-Wasit. (1972). Kaherah: Majma’ Lughah al-Arabiyyah.
Ali Abdul Wahid Wafi. (2004). Ilmu al-Lughah. Kaherah: Dar al-Nahdah Misr.
Azhar Muhammad. (2005). Beberapa Aspek Keunikan dan Keistimewaan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran. Jurnal Teknologi, 42(E) Jun, Universiti Teknologi Malaysia, 61-76.
Ibn Manzur. (2000). Lisan al-Arab. Beirut: Dar Sodir.
Hanafi Dollah. (2006). Kamus Konstektual Lengkap al-Khalil. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmiah al-Khalil.
Maktabi, Nazir Muhammad. (1991). Al-Fusha fi Muwajahat al-Tahaddiyat. Dar al-Basha’ir al-Islamiyyah.
Abd. Tawwab, Ramadhan. (1999). Fusul fi Fiqh al-Lughah al-Arabiyyah. Kaherah: Maktabah al-Khanaji.
Umairan, Salim. (2012). Al-Lughah Arabiyyah wa Muwakibat Tatawwur wa al-Hadharah. [On-line]. Sumber: http://www.alwaei.com/site/index.php?cID=1191. [Capaian pada 11/09/2014].