• Tidak ada hasil yang ditemukan

masalah dalam kaedah sejarah lisan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "masalah dalam kaedah sejarah lisan"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Sejarah merupakan rujukan pada masa lalu yang terhasil daripada persoalan yang timbul dan dikemukakan. Sejarah merupakan sebuah cerita tentang peristiwa di masa lampau yang mengungkap fakta apa, siapa, bila, di mana dan menerangkan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku tanpa menggunakan teori atau metodologi,1

kebanyakan teori dan metodologi telah mengalami proses tokak tambah dalam fakta sejarah. Oleh itu, sejarah boleh terhasil daripada sejarah lisan, sejarah bertulis dan melalui kajian artifak. Hal ini disebabkan, sebelum masyarakat manusia mengenal huruf mereka telah menjadikan lisan sebagai perantaraan ilmu dan begitu sejarah. Sejarah ini akan diceritakan secara turun temurun dan diwarisi dari nenek moyang mereka. Tradisi lisan ialah sumber sejarah yang sangat asli di mana sumber ini didapati daripada sumber yang tidak bertulis dan dari mulut ke mulut serta ia diperturunkan dari generasi ke generasi. Selain itu, tradisi lisan ini merupakan sumber penghantaran lisan yang berkaitan dengan kekuatan memori seseorang untuk mengingati sesuatu peristiwa yang berkaitan2. Berbeza tradisi lisan dengan sejarah

lisan ialah sejarah lisan mempunyai elemen yang sangat saintifik dan mempunyai ciri-ciri sejarah serta peralatan yang digunakan dalam menghasilkan sejarah lisan, jika dilihat kepada tradisi lisan ia lebih berkonsepkan mitos, lagenda dan menjadi buah mulut yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Di samping itu, sejarah lisan ialah nothing more than a branch of historical research3 ini menunjukkan bertapa penting sejarah lisan dalam mengekalkan sejarah

dan teknik ini diambil melalui teknik purba dan lebih moden daripada teknologi kerana ia bermain dengan memori seseorang4 terutama sejarah yang berhubung

dengan sejarah sosial dan masyarakat setempat fokus kepada Malaysia. Selain itu sejarah lisan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang menyebabkan ia sangat sesuai dijadikan bahan utama dalam penyelidikan sejarah dan sumber utama dalam mengungkai perkara yang sudah lepas. Sejarah lisan ialah sejarah yang diambil daripada kekuatan memori seseorang secara saintifik dengan merekodkan temu ramah

1 Sartono Kartodirdjo,Pendekatan Ilmu Sosial Dalam Metodologi Sejarah,1992,Penerbitan PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta, hlm 1

2 Jan Vansina, Oral Tradition A Study in Historical Methodolog,1961,Terj. H.M. Wright. Routledge & Kegan Paul Londan.hlm 1

3 Cullom Davis,Kathryn Back dan Kay Maclean,Oral History from Tape to Type, 1977,Chicago American Library Assocition, hlm 1

(2)

tersebut5. Menurut, Nadzan Haron, sejarah lisan ialah keterangan yang berkaitan

dengan sejarah dan ia harus dalam bentuk lisan6. Seterusnya, tradisi lisan ini tidak

boleh dianggap sebagai sumber primary kerana sumber yang diterima tidak sahih dan banyak tokak tambah berbeza dengan sejarah lisan yang mana sumber yang diperoleh sangat sedikit dan sukar untuk didapati serta lebih saintifik.. Jika membandingkan sumber lisan dan sumber bertulis, sumber lisan lebih berbentuk semula jadi di mana tidak semua manusia suka mencatatkan sesuatu perkara yang berlaku dan sumber lisanlah yang menjadi sumber utama dalam penulisan sesuatu dokumen dalam sesebuah sosialiti. Tetapi kebanyakan sejarawan tidak bersetuju menjadikan sumber lisan sebagai sumber utama untuk membuktikan kejadian sejarah tersebut berbanding dengan sumber bertulis.

Di samping itu, dalam kaedah lisan juga terdapat masalah-masalah yang harus dihadapi oleh pengkaji dalam menyempurnakan sesuatu projek sejarah lisan. Hal ni kerana terdapat perbezaan kategori antara sejarah lisan dengan tradisi lisan. Menurut Bernheim,, terdapat beberapa kategori tradisi lisan iaitu lagenda, naratif, peribahasa, susunan sejarah dan anekdot7. Kadang-kadang kategori tradisi lisan ini akan

mengubah sumber sejarah di mana ia akan ditokak tambah kerana ia berbentuk percakapan. Oleh itu, keterangan lisan amat penting untuk sejarah lisan kerana ia berkaitan dengan keterangan daripada responden yang mengalami peristiwa tersebut, dan diperoleh melalui proses wawancara. Sumber melalui sejarah lisan berisiko mengubah fakta sejarah atau sumber sejarah yang sebenarnya. Di samping itu, sejarah lisan ialah suatu cara bagi mendapatkan keterangan sejarah yang berbentuk lisan, untuk menambah dan bukan untuk menggantikan sumber-sumber yang bertulis yang ada seperti rekod, surat-surat, catatan harian dan apa-apa sumber bertulis yang berkaitan, yang telah dihasilkan dalam jangka waktu yang berkenaan8. Oleh itu, untuk

mendapatkan sumber yang sahih, pengkaji perlu mendapatkan sumber yang mempunyai kekuatan memori yang sangat baik dan sumber betul-betul mengalami peristiwa tersebut.

5 Donald A.Ritchie,Doing Oral History, 2003,Oxford University Press Inc 198 Madison Avenue. NY,hlm 19

6Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee(pngr),Alam Pensejarahan dari Pelbagai Persepktif,1996,Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 45

7 Jan Vansina, hlm 3

(3)

2.0 MASALAH YANG DIHADAPI.

Seterusnya, untuk menyempurnakan sesuatu projek sejarah lisan. Pengkaji akan menghadapi masalah yang berkaitan yang bermula daripada sebelum menjalankan projek sejarah lisan, semasa menjalankan projek sehinggalah kepada pasca menjalankan projek sejarah lisan. Antara contoh masalah yang dihadapi seperti masalah mencari responden, kewangan, kenderaan dan sebagainya. Bagi menjalankan sesuatu projek sejarah lisan terdapat permasalahan yang harus dihadapi agar sesuatu projek dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.

2.1 SEBELUM MENJALANKAN PROJEK SEJARAH LISAN

Dalam menjalankan sesuatu projek sejarah lisan terdapat permasalahan yang harus diambil kira dan tidak boleh dianggap sebagai perkara yang remeh temeh. Hal ini disebabkan, perkara yang remeh-temeh ini akan menjadikan sesuatu projek berjaya tetapi tidak sempurna yang dikehendaki. Oleh itu, permasalahan yang pertama yang harus diambil kira ialah siapa responden yang harus ditemu bual9 supaya kajian yang

hendak dilakukan boleh dijalankan dengan sempurna. Masalah siapa yang akan ditemu bual, haruslah yang tahu akan peristiwa yang terjadi. Di samping itu, seharusnya wujud badan penasihat yang mampu membantu dalam memberikan senarai nama orang yang berkait untuk ditemu bual. Selalunya untuk mencari responden dalam menghasilkan sejarah lisan ialah semestinya responden pernah mengalami peristiwa tersebut dan mempunyai kekuatan memori yang kuat walaupun sudah berusia. Di samping itu, kita boleh menjadikan keterangan saksi mata sebagai interviewee kerana mereka menyaksikan peristiwa tersebut walaupun tidak mengalami. Hanya saksi mata dan orang mengalami peristiwa boleh dianggap sebagai sumber sejarah lisan dan sumber itu adalah benar dan tiada tokak tambah.

Seterusnya, masalah sebelum pengkaji menjalankan projek sejarah lisan ialah mendapat kerjasama interviewee. Untuk mendapatkan kerjasama daripada interviewee terutama dalam kalangan orang-orang Melayu strata menengah dan bawahan tidak akan menjadi masalah. Masalah akan timbul apabila berhubung dengan

(4)

golongan atasan khasnya peringkat pegawai tinggi kerajaan dan menteri. Untuk mendapat keterangan sejarah lisan daripada golongan atasan merupakan masalah besar. Terdapat dua sebab utama yang dapat dilihat pertama tidak mahu mempersoalkan tentang sesuatu yang berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan rahsia kerajaan serta untuk menjaga kepentingan kedudukan mereka dan kedua mereka ini tidak dapat melapangkan masa kerana kesibukan10. Di samping itu,

rakyat di Malaysia yang berbilang kaum, agak susah untuk mendapat kerjasama kaum-kaum lain khas kepada orang cina, fokus kepada peristiwa 13 Mei. Hal ini kerana mereka merupakan sumber proto yang pernah mengalami peristiwa tersebut. Kerjasama ini agak susah kepada pengkaji Melayu untuk mendapatkan maklumat yang dianggap sensitif berkemungkinan ramai di antara ahli keluarga interviewee ini terkorban ataupun sikap segelintir golongan ini tidak berminat untuk memberi maklumat berkaitan dengan peristiwa tersebut. Hal ini menyebabkan, pengkaji hanya tertumpu pada kaum Melayu dan hasilnya hanya berdasarkan keterangan daripada sebelah pihak sahaja.

Masalah seterusnya ialah masalah kewangan. Kebanyakan sesuatu projek yang mahu dijalankan semestinya perlu mempunyai kewangan yang kukuh agar pelaksanaan dapat dilaksanakan dengan baik. Begitu juga dalam melaksanakan kajian ini ia memerlukan bajet yang besar terutama dalam perbelanjaan yang melibatkan penyediaan alat-alat perakam, perjalanan, surat-menyurat, memproses rakaman dan sebagainya. Sebagai contoh, alat- alat perakam yang berharga sangat mahal dan memerlukan kos yang tinggi jika alat perakam rosak. Selain itu, alat-alat perakam mestilah di bawa lebih daripada satu kerana berkemungkinan terdapat masalah terhadap alat perakam semasa melakukan interview. Oleh sebab itu, untuk melaksanakan program sejarah lisan memerlukan kewangan yang tinggi. Di samping itu, perbelanjaan perjalanan, juga diambil kira di mana aspek ini yang penting kerana kenderaan yang dinaiki memerlukan kosnya tinggi untuk perjalanan ulang-alik. Oleh itu, sebelum melaksanakan sesuatu projek perlu menubuhkan satu badan yang mampu menampung perbelanjaan dalam program-program sejarah lisan. Jadi, di Malaysia, pelaksanaan kaedah sejarah lisan masih berkurang kerana tiada badan yang mahu menanggung perbelanjaan bagi pelaksanaan projek-projek sejarah lisan.

(5)

2.2 SEMASA MENJALANKAN PROJEK SEJARAH LISAN

Semasa menjalankan projek sejarah lisan maslah yang dihadap semestinya dengan interviewee. Antara masalah yang kerap dihadapi ialah, seorang interviewee memulakan wawancara dengan membaca keterangan yang telah tersediakan dengan panjang lebar. Hal ini berlaku apabila interviewee telah menulis naratif yang panjang lebar tentang pengalamannya dalam projek yang dikaji. Apabila hal ini berlaku, interviewer hendaklah membiarkan interviwee membaca seketika dan memberhentikan rakaman secara sopan. Apa juga cara yang digunakan jangan sesekali menyinggung perasaan interviewee11. Oleh itu, apa yang harus dilakukan ialah

memberi pujian kepada interviewee yang bertukus-lumus menghasilkan naratif dan meminta naratif yang ditulis untuk diteliti. Seterusnya, jika mendapati naratif tidak mendapati maklumat mengikut tajuk kajian atau kurang menepati seperti yang dikehendaki, maka gunakan sesi berkenaan untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut. Sebaliknya, jika interviewer berpuas hati dengan naratif yang ditulis oleh interviewee, gunakan sesi berkenaan untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut tentang maklumat yang sedia bertulis.

Seterusnya, semasa menjalankan projek sejarah lisan, masalah yang kerap berlaku semasa menjalankan interview ialah interviewee memberi keterangan yang bertentangan dengan soalan yang di utarakan dan tidak releven dengan dengan tajuk. Oleh itu, sebagai interviewer tidak seharusnya tergesa-gesa untuk menarik interviewee kembali kepada tajuk. Hal ini disebabkan takut interviewee tersinggung sekiranya interviewer memberhentikan wawancara berkenaan12.Biarkan interviewer

meneruskan keterangannya sehingga selesai. Oleh itu, bahagian yang tidak diperlukan boleh disunting semasa menjalankan proses transkripsi nanti. Sekiranya interviewer masih berasa interviewee perlu kembali kepada tajuk, hendaklah mengajukan soalan pendek yang menjurus untuk kepada pengakhiran ayat. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa tersinggung pihak interviewee. Jika interviewee tidak menjawab soalan yang diutarakan oleh interview, sebagai interview yang berkebolehan mereka haruslah

11Nadzon Haron, Panduan Penyelidikan dan pendokumentasian Sejarah Lisan,2012, Persatuan Sejarah Malaysia, hlm 130

(6)

pandai mengubah topic kepada topik asal dan tanpa menyebabkan interviewee berasa hati. Hal ini membolehkan masa temu bual akan menjadi lebih panjang dan melalut. Oleh sebab itu, seorang interview yang hebat dan mahir mampu mengawal situasi yang dihadapi. Di samping itu, masalah yang akan di hadapi oleh interviewer ialah interviewer yang kehabisan idea untuk memberi soalan kepada interviewee. Oleh itu, mereka haruslah pandai bermain dengan kata tanya seperti mana, bila, siapa, bagaimana dan sebagainya. Oleh itu, ia interviewer boleh cuba mengaitkan tajuk untuk membina soalan baru dan berdasarkan jawapan yang diberikan oleh interviewee. Oleh itu, wawancara ini akan mengambil masa lebih lama dan terdapat perkaitan antara soalan ke soalan yang disoalkan kepada interviewee.

Semasa berlaku sesi temu bual berlaku gangguan seperti bunyi mesej, deringan telefon dan gangguan sampingan seperti kanak-kanak menangis, alat jentera dan alat-alat penghawa dingin semasa temu bual dijalankan. Hal ini menyebabkan hasil interview terganggu dan berlaku gangguan dalam proses transkripsi. Di samping itu, semasa menggunakan alat perakam pasti alat perakam berfungsi dengan baik dan pastikan alat perakam terpasang semasa memulakan sesi temu bual berlaku. Alat perakam harus diletakkan berdekatan dengan interviewee supaya sesi temu bual dapat dijalankan dengan baik tanpa banyak berlaku pergerakan. Kedua-dua pihak dalam sesi temu bual hendaklah duduk, walaupun di atas sesi atau lantai dengan selesa sebab sesi temu bual mengambil masa yang panjang. Selain itu, jika semasa sesi temu bual, sumber mengatakan off the record? Maka, jika rakaman diteruskan, kita tidak boleh menggunakan13. Jadi, apabila interviewee meminta rakaman diberhentikan dan kita

mesti memamtuhi kehendaknya apabila interview haruslah membawa alat perakam yang lain rosak. Seterusnya, alat perakam haruslah dibawa lebih daripada satu berkemungkinan alat perakam mengalami kerosakan dan menyebabkan sesi temu bual tergendala seterusnya mengganggu emosi interviewee yang sudah bersedia untuk ditemu bual.

Masalah yang kerap berlaku semasa berlangsung proses temu bual ialah interviewee bangun untuk mencari sesuatu seperti gambar dan sebagainya semasa dia sedang memberi keterangan14. Jika hal ini berlaku perjalanan temu bual akan 13 Jerini Amir, Teknik Wawancara, 2005,PTS Profesional Publishing,hlm 34

(7)

terganggu dan mungkin menjejaskan hasil temu bual tersebut. Oleh itu, interviewer hendaklah jangan membiarkan interviewee berbuat demikian. Interviewer cuba tunjuk sikap minat ingin melihat objek berkenaan tetapi pada akhir sesi nanti. Seterusnya, keterangan interviewer yang kurang jelas, hal ini menyebabkan interviewee tidak dapat menjawaB soalan tersebut. Sebagai contoh, berlaku semasa lima belas minit pertama semasa sesi temu bual, maka interviewer hendaklah melakukan catatan agar dapat mengemukan soalan yang akan dikemukan kemudian. Sebaliknya, jika berlaku selepas masa berkenaan soalan kejelasan boleh dikemukan ketika itu.

2.3 SELEPAS MENJALANKAN PROJEK SEJARAH LISAN

Terdapat satu lagi langkah dalam proses kaedah sejarah lisan iaitu proses transkripsi iaitu satu proses mengadaptasikan tape kepada penulisan atau proses transcribing. Di mana, terdapat tiga proses yang sangat penting iaitu sunting dengar(auditing), penyuntingan(editing) dan penghasilan tanskrip kekal15. Di dalam

setiap proses mempunyai masalah yang harus diselesaikan. Proses ini disusun mengikut kronologi atau mengikut topik.

Melalui proses sunting dengar(auditing), ini akan mengambil masa yang lama dan harus dibuat secara berterusan. Hal ini disebabkan, jika proses ini diberhentikan akan mengganggu perjalanan proses di mana terpaksa mendengar tape berulang kali. Mengikut pengalaman ahli-ahli sejarah lisan di Amerika, hitung panjang bagi memproses tiap-tiap satu jam rakaman akan mengambil masa yang lama iaitu antara 25 hingga ke-30 jam, ini tidak termasuk masa yang digunakan oleh interviewee bagi menyemak draf transkripsi, manakala masa persediaan untuk temu bual yang berjalan selama satu jam temu ramah, soal jawab, masa untuk persediaan dan memprosesnya ialah antara empat puluh hingga kelima puluh jam16. Hal ini menyebabkan masa yang

diperuntukkan untuk sesuatu projek sejarah lisan adalah sangat lama. Selain itu, pengkaji harus mendengar dengan teliti sebutan-sebutan yang diperkatakan oleh interviewee dan harus ditulis dengan perkataan yang disebut oleh interviewee.

15 Ronald J.Grele.1987. On Using Oral History Collections: An Introduction. The Journal of American History.Vol 74, No 2: 576

(8)

Pengkaji tidak boleh mengubah sebutan-sebutan tersebut kerana ini merupakan proses sunting dengar dan merupakan proses peringkat awal dalam menghasilkan sesuatu transkripsi. Permasalahan yang dialami oleh pengkaji semasa proses sunting dengar ini ialah pengkaji harus mendengar beberapa kali untuk memastikan sebutan yang digunakan oleh interviewee sama dengan apa yang ditulis oleh pengkaji dalam transkripsi semasa proses transcribing berlaku.. Hal ini kerana, sesebuah transkripsi seharusnya mempunyai bahagian temu bual yang asli sebelum melakukan pengeditan sehingga menghasilkan transkripsi kekal. Dalam transkripsi kekal hanya maklumat yang penting sahaja dan tidak diperlukan akan dibuang.

Selepas proses sunting dengar( auditing) akan disambung dengan proses penyuntingan (editing), proses ini merupakan proses draf persediaan sehingga kepada penyiapan transkripsi17. Proses mengedit transkrip mestilah dilakukan dengan tersusun

di mana pembaca akan membaca tanpa henti dan tertarik dengan transkripsi yang di hasilkan. Selain itu, proses penyuntingan merupakan proses mengedit bahan-bahan yang tidak ada kaitan dengan tajuk dan mengedit penggunaan bahasa basahan kepada bahasa formal. Hal ini merupakan perkara yang sangat merumitkan dan mengambil masa yang lama dalam mengedit semula kerana perlu menyusun semula ayat dan memastikan penggunaan tatabahasa yang betul supaya mudah dibaca dan difahami. Selain itu, pengkaji harus membaca transkripsi yang telah diedit beberapa kali supaya bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam inskripsi dibuang dan hanya maklumat yang diperlukan sahaja yang ada dalam transkripsi.

Selepas proses editing, maka terhasilah transkripsi kekal di mana, melalui transkripsi kekal maklumat yang tidak pernah dianggap sebagai sumber sejarah telah diguna pakai untuk rujukan pada masa hadapan. Selain itu, transkripsi kekal ini akan diberi kepada interviewee, untuk simpan mereka, jika interviewee merasakan maklumat yang ditulis oleh pengkaji mempunyai unsur-unsur yang boleh menyusahkan interviewee18, maka pengkaji harus mengedit semula transkripsi

tersebut sebagai jaminan terhadap interviewee, walhal sebelum menghasilkan transkripsi pengkaji harus menghasilkan draf transkripsi untuk diberikan kepada interviewee untuk diteliti. Ini merupakan masalah yang sangat merumitkan kerana

17 Cullom Davis,Kathryn Back dan Kay Maclean,Oral History from Tape to Type,1977, Chicago American Library Assocition, hlm 48

(9)

terpaksa mengedit semula transkripsi yang sudah siap tersebut. Oleh itu, pengkaji terpaksa mengambil masa beberapa hari untuk mengedit dan mengubahsuai transkripsi tersebut.

3.0 KESIMPULAN

Setiap projek yang dilaksanakan semestinya mempunyai masalah begitu juga dalam melaksanakan projek kaedah sejarah lisan ini. Masalah-masalah yang kerap berlaku bermula sebelum melaksanakan projek kaedah sejarah lisan sehinggalah dalam proses pasca dalam menyiapkan projek sejarah lisan itu sendiri. Oleh itu, dalam melaksanakan projek ini memerlukan kesabaran dan ketahanan mental terutama semasa melakukan proses interview dan dalam proses menyiapkan transkripsi tersebut.

Secara umumnya, dalam proses menyiapkan projek sejarah lisan ini kita akan berjumpa dengan pelbagai kerenah manusia dan halangan-halangan yang tidak dapat dielakkan. Menurut Alessandro Portelli;

the complexity of oral history as a sequence of verbal processes and constructs generated by cultural and personel encounters in the context of fieldwork between the narrator and the historian derives to a large extent from the rich heteroglossia resulting from a dialogic shaping of discourse.”19

Hal ini menunjukkan kerumitan yang harus dihadapi oleh pengkaji dengan narrator terutama untuk mendapat sumber-sumber maklumat sejarah yang tidak pernah diungkai dan dihebahkan. Selain itu, pengkaji akan menghadapi kesulitan apabila mahu memilih tajuk untuk projek sejarah lisan, di mana projek sejarah lisan ini terbahagi kepada lima iaitu projek-projek am, projek berkenaan dengan perkara tertentu, projek-projek sejarah kedaerahan, projek pelajaran dan latihan akhir sekali projek yang dilaksanakan secara sukarela. Dalam lima jenis projek kajian sejarah lisan ini, setiap projek yang dilaksanakan haruslah mempunyai impak dan kesan untuk sumber sejarah yang baru. Selepas diteliti, kelima-lima jenis projek sejarah lisan ini merupakan kaedah mengumpul keterangan–keterangan sejarah untuk kegunaan

(10)

pengkaji yang akan menggunakannya sebagai sumber sampingan untuk penulisan sejarah yang berkaitan dan mempunyai impak tersendiri dalam sesuatu peristiwa..

Kesimpulan secara menyeluruh mendapati, permasalahan yang utama berlaku dalam melaksanakan projek sejarah lisan ini ialah masalah mendapat seorang interviewee, masalah ini sangat besar terutama mahu mendapatkan interviewee berkaitan dengan sejarah Malaysia, fokus kepada masyarakat Melayu, di mana mereka susah untuk berkerjasama dan memberi respon terhadap kehendak untuk maklumat yang dianggap penting kepada sejarah negara. Berbeza dengan Amerika, untuk mendapatkan seorang interviewee sangat mudah kerana mereka mempunyai persatuan sejarah lisan. Selain itu, mereka mengutamakan maklumat daripada sumber proto ini sebagai rujukan kerana sumber ini yang mengalami peristiwa tersebut. Oleh itu, Malaysia harus memperbanyakkan lagi pertubuhan sejarah lisan yang memudahkan sumber lisan ini ditemui dan disimpan sebagai rujukan pada masa hadapan.

4.0 RUJUKAN

Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee(pngr). 1996.Alam Pensejarahan dari Pelbagai Persepktif. Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

(11)

Davis Cullom, Back Kathryn danMaclean Kay.1977.Oral History from Tape to Type. Chicago American Library Assocition

Grele J.Ronald.1987. On Using Oral History Collections: An Introduction. The Journal of American History.Vol 74, No 2: 576

Jerini Amir.2005.Teknik Wawancara. PTS Profesional Publishing

Nadzon Haron.2012. Panduan Penyelidikan dan pendokumentasian Sejarah Lisan. Persatuan Sejarah Malaysia

Ritchie A Donald.2003.Doing Oral History. Oxford University Press Inc 198 Madison Avenue. NY.

Sartono Kartodirdjo.1992. Pendekatan Ilmu Sosial Dalam Metodologi Sejarah. Penerbitan PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta

Referensi

Dokumen terkait