• Tidak ada hasil yang ditemukan

Meneroka persoalan apa dan bagaimana per

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Meneroka persoalan apa dan bagaimana per"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

Meneroka persoalan ‘apa’ dan ‘bagaimana’

peranan agama terhadap pembelajaran

Zulkifli Khair, Rosman Md. Yusoff & Mohd Azhar Abd Hamid Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia

(E-mel: [email protected])

Abstract

The purpose of the paper is to answer the question ‘what’ and ‘how’ of the role of religion on learning, from an Islamic perspective. This is based on in-depth interviews with three respondents of PhD students besides content analysis studies PhD travelogue, PhD: Kecil Tapi Signifikan (PhD: Small But Significant) by Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim. 10 themes on role of religion in learning according to Al-Ghazali and the concept of worship according to Al- Qaradawi have been identified from the interview transcriptions and text study. The question of how the role of religion in learning has been studied from the interview transcriptions with the aid of NVivo version 10 software. It was found that the role of religion in learning is through the recognition of the fact that knowledge is of God, the purpose of learning is for Allah and for Islam and Muslims as well as studying in earnest way. The question of how religion plays role in learning can be explained by the existence of the intent and purpose of components, cognitive understanding and spiritual practices which in turn can strengthen the soul.

Keywords: Religion and learning, spiritual, soul, higher education.

Abstrak

Tujuan tulisan adalah untuk menjawab persoalan „apa‟ dan „bagaimana‟ peranan agama terhadap pembelajaran, dari perspektif Islam. Ini berdasarkan kepada temubual mendalam terhadap tiga responden pelajar PhD dan analisis kandungan terhadap teks kajian berupa kembara PhD, PhD: Kecil Tapi Signifikan oleh Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim. 10 tema peranan agama dalam pembelajaran menurut Al-Ghazali dan konsep ibadah menurut al-Qardhawi dikenalpasti daripada transkripsi temubual dan teks kajian. Persoalan bagaimana peranan agama terhadap pembelajaran dikaji daripada transkripsi temubual dengan bantuan perisian NVivo versi 10. Didapati bahawa peranan agama terhadap pembelajaran adalah menerusi pengiktirafan bahawa hakikat ilmu adalah daripada Allah, tujuan belajar adalah kerana Allah, juga untuk Islam dan umat di samping tuntutan Islam untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Persoalan bagaimana agama dapat berperanan terhadap pembelajaran dapat dijelaskan oleh kewujudan komponen niat dan tujuan, kognitif dan kefahaman serta amalan kerohanian yang seterusnya dapat menghasilkan kekuatan jiwa.

(2)

Pengenalan

Alaf ini alaf agama. Demikian menurut Dupree (2006). Dalam sejarah manusia yang panjang,

agama telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Di Barat, peranan agama merosot

selepas dominasi sekularisme. Peranan agama turut merosot terhadap pembelajaran. Padahal

sebelumnya, institusi agama berperanan penting terhadap dunia keilmuan termasuk proses

pembelajaran di Barat sebagaimana menurut Minogue (2005). Namun kini terdapat

kecenderungan untuk mengiktiraf kembali peranan agama termasuk terhadap pembelajaran sama

ada secara langsung di atas nama „agama‟ mahupun secara tidak langsung seperti di atas nama „kerohanian‟.

Dalam Islam, peranan agama dalam kehidupan tidak dapat disangkal. Ini diakui oleh

Armstrong (1993), Huntington (1997) dan banyak lagi sarjana bukan Islam. Peranan agama

Islam terhadap pembelajaran pula diakui oleh sarjana Barat seperti Rosenthal (1992) dan

Merriam, Caffarella, dan Baumgartner (2007). Namun, paradigma sarjana Barat bukan Islam

tidak sepenuhnya selari atau disentuh secara holistik menurut paradigma Islam sebagaimana

menurut al-Attas (1978), al-Faruqi (1982) dan Mohd. Nasir (2005). Selain itu, umat Islam tidak

harus mendabik dada dengan khazanah sumber-sumber Islam yang membicarakan tentang

pembelajaran tanpa „dicanai‟ dalam bentuk model dan teori untuk diterbit di persada penerbitan akademik moden global.

Penulisan moden dalam membincangkan peranan Islam terhadap pembelajaran didapati

terhad, dan ia semakin terhad dalam konteks latar Malaysia, juga dalam konteks pengajian PhD

di samping kajian bersifat empirikal. Kajian-kajian empirikal dalam konteks Malaysia seperti

oleh Badli Esham dan Faizah (2010), Mahani (2011), Kaseh et al. (2010), Nik Hairi (1998) dan

Adanan dan Mohd. Azhar (2007) mendapati bahawa terdapat peranan agama terhadap

pembelajaran, namun tidak menjelaskan „bagaimana‟ agama berperanan terhadap pembelajaran.

Di atas landasan ini, kajian seumpama kajian ringkas ini perlu dijalankan, dengan tujuan

(3)

Objektif

Pengkaji meletakkan dua objektif utama dalam kajian ringkas ini sebagaimana berikut:

i. Mengenalpasti kewujudan 10 tema pembelajaran dalam Islam, dalam

kalangan responden temubual dan buku yang dikaji.

ii. Meneroka bagaimana agama berperanan terhadap proses pembelajaran.

Sorotan literatur

Peranan agama terhadap tingkah laku diakui oleh ramai sarjana Barat seperti Allport dan Ross

(1967), Zagzebski (2004), Dawson (2005), dan Byrd, Hageman dan Isle (2007). Seterusnya,

peranan agama terhadap pembelajaran oleh sarjana Barat seperti Jarvis (2009) yang mengiktiraf

peranan kuasa Tuhan kepada pelajar sewaktu membicarakan hubungan agama dengan

pembelajaran. Rata-rata pandangan ini adalah dalam kerangka Kristian, manakala Allport dan

Ross (1967) dan Zagzebski (2004) misalnya secara khusus berada dalam perspektif Protestan.

Peranan agama terhadap pembelajaran pula diakui oleh sarjana Barat seperti oleh

Rosenthal (1992) dan Sommerville (2006). Rosenthal (1992) secara mendalammembincangkan

bagaimana nilai ilmu yang tinggi dan unik dalam Islam telah membolehkan peradaban Islam

pernah dibangunkan dengan gemilang khususnya dalam tempoh yang diistilahkan oleh sarjana

Barat sebagai Era Keemasan Islam. Pengkaji memilih karya Al-Ghazali (2009) sebagai literatur

utama dalam memahami peranan agama terhadap pembelajaran dari perspektif Islam, disokong

oleh literatur lain dalam kalangan sarjana muslim. Ia dapat dibahagikan kepada sembilan tema

yang selanjutnya menjadi kerangka kajian seperti berikut:

i.Hakikat ilmu daripada Allah ii.Niat dan tujuan belajar iii.Tanggungjawab belajar iv.Adab belajar

v.Adab ilmuwan

vi.Ganjaran buat pelajar vii.Ganjaran buat ilmuwan

(4)

Pertama, mengakuri bahawa ilmu adalah hakikatnya daripada Allah dan Allah Maha

Berilmu dan Bijaksana adalah intipati kepada konsep ilmu dalam Islam. Ini antara lain dapat

difahami daripada dialog antara Allah dengan malaikat dalam al-Quran di surah al-Baqarah, 2:

30-31 dan juga di Ayat Kursi, surah al-Baqarah, 2: 251. Doa „Wahai Allah, tambahkanlah

ilmuku‟ (surah Thaha, 20: 114) juga mengukuhkan lagi akan tema ini. Menurut Muhammad

Mumtaz (1994), al-Quran yang datang daripada Maha Pencipta merupakan sumber paling utama

kepada ilmu dan hikmah, sekali gus memberikan makna bahawa ilmu itu hakikatnya daripada

Allah, manakala manusia berusaha mencari ilmu dan hikmah.

Kedua, niat dan tujuan belajar adalah penting dalam Islam (Al-Ghazali, 2009; Sidek,

2006). Tema tujuan belajar ternyata hampir disentuh oleh semua sarjana Islam sewaktu

membahaskan mauduk pembelajaran dan pendidikan. Malah tujuan pembelajaran dalam Islam

dikaitkan dengan agama sebagaimana setiap perbuatan dan pekerjaan hendaklah berupa suatu

pengabdiaan diri kepada Allah (Al-Qardhawi, 1988; Nooraini, 2011), untuk mendekatkan diri

kepada Allah (Mazanah dan Mazalan, 2007), memupuk kebaikan dalam diri atau dengan kata

lain membentuk peribadi yang beradab (al-Attas, 1980), melaksanakan tanggungjawab dan untuk

tanggungjawab seterusnya seperti mencari rezeki dan nafkah keluarga (Salihan, 1993) dengan

matlamat akhir untuk mendapat kebahagiaan abadi di syurga (al-Ghazali, dikutip oleh Abdul

Salam, 2003).

Ketiga, tanggungjawab belajar dapat dilihat dalam al-Quran di surah al-„Alaq, 96: 1, an

-Nahl, 16: 43 dan al-Anbiya‟, 21: 7 serta pernah ditegaskan oleh Al-Ghazali (2009). Hadis yang

berkaitan dengannya sebagaimana yang direkodkan oleh Ibn Majah, sabda Nabi Muhammad,

“Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan ke atas setiap orang Islam.” Dalam hadis yang

direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad bersabda: “Sesiapa yang

menginginkan dunia wajiblah ia memiliki ilmunya; dan sesiapa yang menginginkan akhirat

(selamat dan bahagia) wajiblah (juga) ia berilmu, dan sesiapa yang menginginkan kedua-duanya

wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya.”

Bagaimanapun, terdapat hadis berupa galakan belajar yang harus diteliti dari segi status

(5)

hingga ke liang lahad sebagai hadis palsu, manakala menurut Yusuf al Qaradhawi, walaupun

maksud hadis tuntutan ilmu hingga ke China itu benar, bukanlah bermakna itu adalah hadis yang

benar-benar datang daripada Nabi Muhammad (Adlan, 2006). Selain itu, dalam literatur sarjana

Barat, Merriam, Caffarella, dan Baumgartner (2007) misalnya pernah menyebutkan bahawa

menuntut ilmu adalah suatu kewajipan dalam Islam.

Adab belajar antara yang ketara ditekankan oleh Imam Al-Ghazali (2009). Ia menjadi

tradisi dalam peradaban Islam. Adab-adab belajar itu termasuklah adab terhadap ilmu, adab

terhadap buku serta adab terhadap guru juga pensyarah. Zulkifli (2007) misalnya menyatakan

sifat yang perlu pada pelajar antara lainnya adalah meminta perlindungan daripada Allah,

membaca basmalah, menunaikan kewajipan terhadap pelajaran, bertawakal, bersyukur bila

berjaya, tidak sempit dalam perasaan bila gagal, bagai yang perempuan haruslah menjaga aurat

dan tidak meninggikan suara.

Adab belajar penting untuk dipatuhi agar ilmu itu mudah difahami sebagaimana Noor

Shakirah (2008) menggariskan lima sebab mengapa kalbu tidak dapat menerima ilmu iaitu belum

matang seperti kanak-kanak, dosa, menyimpang daripada mendokong kebenaran, terhijab dan

kalbu yang menolak kebenaran. Hal ini pernah digambarkan oleh asy-Syafei dalam syairnya

yang mahsyur, „Aku mengadu kepada guruku Waki‟ akan lemahnya hafazanku, lalu guruku

menasihatiku agar meninggalkan maksiat, dia memberitahuku bahawa ilmu itu cahaya, dan

cahaya Allah itu tidak akan masuk kepada ahli maksiat‟.

Kelima adalah adab ilmuwan yakni adab bagi orang yang memiliki ilmu. Ilmuwan

sewajarnya tidak menyombongkan diri lantaran ilmuwan dalam Islam adalah sentiasa takutkan

Allah sebagaimana disebutkan dalam al-Quran di surah Fathir, 35: 28: “Sesungguhnya yang

takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama.” Juga dalam al-Quran

disebutkan “Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan

(6)

Tema keenam adalah ganjaran buat pelajar sebagaimana yang dibicarakan oleh

Al-Ghazali (2009) dan Muhammad „Ustman Najat (2008) sekali gus ada banyak penindanan dengan

tema ketujuh iaitu ganjaran buat para ilmuwan. Al-Quran membicarakan hal ini seperti di surah

al-Mujadilah, 58: 11: “…Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dalam

kalangan kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat…”

Rosenthal (1992) sewaktu menganalisis literatur klasik mendapati bahawa terdapat terlalu

banyak hadis menyentuh soal ilmu dan keilmuan, manakala bab atau monograf atau buku khas

tentang ilmu atau disebut „Kitab Ilmu‟ telah ditulis oleh sarjana klasik Islam seperti Malik, al -Bukhari, Muslim, at-Tarmizi, Abu Khaitamah, Ibn Wahab, al-Marwazi, Abu Bakar bin Abi

„Asim, at-Tabarani, dan al-Ghazali. Sebahagiannya pula merekodkan hadis tentang soal ganjaran sebagaimana berikut:

i. Laluan mudah untuk ke syurga atau membuka jalan ke syurga buat mereka yang menuntut ilmu (al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan at-Tirmizi).

ii. Ilmuan mengalami seribu kali kurang mendapat gangguan syaitan berbanding ahli ibadat yang taat (Malik dan at-Tirmizi).

iii. Ilmuwan lebih mulia berbanding ahli ibadat yang taat (Malik dan at-Tirmizi). iv. Beroleh doa daripada Tuhan, para malaikat sehingga semut dalam lubang dan

ikan buat mereka yang mengajar kebaikan kepada orang lain (Malik dan at-Tirmizi).

v. Mendapat kedudukan tinggi di langit buat mereka yang beramal dengan ilmu yang ada (Malik dan at-Tirmizi).

vi. Berada dalam keadaan berjihad di jalan Allah selama mana sedang menuntut ilmu (At-Tirmizi).

vii. “Ulama (ilmuwan) adalah pewaris para nabi.” (Hadis direkodkan oleh al -Bukhari).

viii.“Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia terputuslah amalan kebajikan melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan

anak soleh yang sentiasa berdoa kepadanya.” (Hadis direkodkan oleh

Muslim).

ix. “Sebaik-baik sedekah adalah seseorang Muslim menuntut ilmu lalu mengajar

sahabatnya yang Muslim.” (Hadis direkodkan oleh Ibn Majah).

Tema kelapan adalah epistemologi ilmu atau boleh juga dilihat dari segi perspektif

keutamaan ilmu sebagaimana menurut Al-Ghazali (2009) dan disokong oleh Al-Attas (1980) dan

(7)

namun pembahagian ilmu kepada fardu ‘ain (kewajipan secara individu) dan fardu kifayah

(kewajipan secara kolektif) adalah suatu yang disepakati.

Tema kesembilan atau terakhir adalah suatu bentuk amaran iaitu bencana apabila belajar

bukan kerana Allah tapi bermaksud belajar dengan niat dan tujuan untuk mendapat kekayaan dan

kemasyhuran semata-mata (Al-Ghazali, 2005; Muhammad Syukri, 2002). Tema yang tidak

disentuh langsung dalam konteks pembelajaran Barat sekular ini antara lain wujud dalam hadis

sahih yang direkodkan oleh Ibn Majah dan Abu Daud seperti berikut: Diriwayatkan daripada

Abu Hurairah berkata: „Bersabda Rasulullah saw: „Sesiapa mengajar ilmu kerana bukan mengharapkan dari ilmu itu wajah Allah (ikhlas kerana Allah), tidak belajar dia ilmu (kecuali)

untuk dapat harta dengan ilmu itu dari harta dunia, (jika itu tujuannya maka) tidak menjumpai

dia bau syurga pada hari kiamat.‟

Ini disokong oleh Muhammad Syukri (2002) bahawa ilmuwan kalau tidak diringi dengan

kerohanian yang tinggi akan memberikan sekurang-kurangnya tiga natijah buruk:

i. Mudah terdedah kepada penulisan dan pembacaan yang sia-sia dan bertentangan dengan syariat sekali gus lebih menyuburkan sifat-sifat terkeji (mazmumah) berbanding sifat-sifat terpuji (mahmudah).

ii. Apabila ilmu tidak mampu lagi menyerap masuk ke hati, ia tersekat di akal

dan hanya tersimpan dalam penulisan, ibarat kata pepatah Arab, „ilmu di dada dan bukannya di helaian buku‟.

iii. Ilmu tanpa amal bukan sahaja ilmu tidak dimanfaatkan bahkan menjerumuskan diri ke dalam azab neraka.

Selain daripada Al-Ghazali (2009), konsep belajar sebagai ibadah juga perlu diambil kira.

Untuk itu, pengkaji merujuk pandangan Al-Qardhawi (1988) yang menganggap bahawa setiap

tingkah laku boleh dianggap ibadah dalam Islam apabila menepati ciri-ciri berikut:

i. Bersesuaian dengan hukum Islam. ii. Dilakukan dengan niat kerana Allah. iii. Dilakukan dengan sebaik mungkin.

iv. Sentiasa menepati hukum Islam sewaktu melakukannya.

(8)

Ini bemakna ibadah dalam Islam tidak terhad kepada amalan sembahyang dan berdoa.

Pembelajaran sebagai contoh juga boleh dianggap ibadah apabila ia mempunyai ciri-ciri seperti

berikut:

i. Bersesuaian dengan hukum Islam, termasuklah subjek pembelajaran yang tidak bertentangan dengan Islam seperti belajar ilmu sihir. Ini termaktub dalam tema epistemologi ilmu.

ii. Niat untuk belajar adalah kerana Allah sebagaimana yang telah ditetapkan sebelum ini.

iii. Dilakukan dengan sebaik mungkin termasuk cuba sebaik mungkin untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang.

iv. Proses pengajian yang menepati kehendak Islam seperti tidak menipu data kajian dan menghormati penyelia. Ini boleh dimasukkan dalam kategori tema adab belajar.

v. Tidak mencuaikan ibadah khusus seperti tidak meninggalkan solat lima waktu. Ini juga boleh dimasukkan dalam kategori tema adab belajar dan ilmuwan bahawa pelajar dan ilmuwan Islam mesti menjaga ibadah khusus.

Berdasarkan penjelasan ini, terdapat satu tema tambahan berkaitan pembelajaran dalam

Islam yang perlu diambil kira dan dapat berdiri dengan sendiri. Tema tambahan tersebut adalah

„Belajar dengan bersungguh-sungguh‟. Tema ini selari dengan sabdaan nabi Muhammad saw

yang bemaksud, “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat sesuatu

kerja dengan memperelokkan kerjanya.” (HR Muslim). Al-Sharjabi dan Hamad (1995) sewaktu membuat sorotan model pembelajaran dari perspektif Islam oleh al-Zarnuji (meninggal dunia

pada 1195) dan al-Shawkani (meninggal dunia pada 1834) mendapati bahawa ciri pertama model

adalah kesediaan yang merangkumi persoalan niat, ketekunan dan tawakal kepada Allah.

Oleh yang demikian, berdasarkan sorotan literatur dalam kalangan sarjana Islam,

pengkaji mendapati terdapat sepuluh tema utama pembelajaran berdasarkan perspektif Islam

(9)

vii. Ganjaran buat ilmuwan

viii. Amaran belajar bukan kerana Allah ix. Epistemologi ilmu

x. Belajar dengan bersungguh-sungguh

Kajian bersifat empirikal tentang peranan agama terhadap pembelajaran berlatar

Malaysia adalah terhad. Badli Esham dan Faizah (2010) misalnya mendapati bahawa terdapat

peranan budaya (termasuk aspek agama) terhadap pembelajaran. Peranan agama terhadap

pembelajaran formal disokong oleh Mahani (2011) dan Kaseh et al. (2010) manakala peranan

agama terhadap pembelajaran non-formal (Nik Hairi, 1998; Adanan dan Mohd. Azhar, 2007)

dan terhadap pembelajaran tidak formal (Zulkifli, 2008). Didapati bahawa ruang vakum ketara

dalam bidang kajian ini adalah dari segi menjawab persoalan „bagaimana‟ agama berperanan

terhadap pembelajaran.

Metodologi

Penerokaan berdasarkan kepada temubual mendalam terhadap tiga pelajar PhD di sebuah

Universiti Penyelidikan tempatan. Pengajian PhD dipilih berdasarkan keadaan pengajian yang

paling mencabar di universiti berbanding pengajian yang lain selain daripada kedudukan ijazah

tertinggi berbanding yang lain. Lovitts (2001) misalnya menyifatkan pengajian ke peringkat

ijazah kedoktoran (termasuk PhD) adalah suatu yang berisiko tinggi dan terdedah kepada

kegagalan untuk mendapatkannya.

Tiga pelajar PhD sepenuh masa yang dipilih sudahpun melepasi fasa mempertahankan

proposal di samping mempunyai prestasi yang baik dalam pengajian. Ini berdasarkan kepada

pencapaian mereka menerusi penerbitan artikel di jurnal dan pembentangan di persidangan

akademik. Dua orang daripada mereka lelaki dan seorang perempuan. Dua orang daripada

mereka daripada fakulti bukan kejuruteraan dan seorang lagi daripada fakulti kejuruteraan.

Seorang daripada mereka pula merupakan pelajar PhD fast track. Mereka diberikan kod SDP

(10)

Jadual 1: Demografi responden kajian SDP JSP Lelaki Kejuruteraan Lelaki Pelajar dan

bekerja

Triangulasi data juga dilakukan berdasarkan analisis kandungan terhadap terhadap naratif

penulisan PhD: Kecil Tapi Signifikan oleh Muhd. Kamil (2004), yang membabitkan kembara

PhD penulis dan lebih 50 pemegang ijazah PhD. Pengkaji menganggap buku kembara PhD ini

sebagai yang paling komprehensif dihasilkan di negara ini. Kedua, semua responden mereka

yang berjaya dalam PhD masing-masing dalam buku ini adalah beragama Islam.

Para responden telah ditanya tentang persoalan „apa‟ dan „bagaimana‟ peranan agama

terhadap pengajian PhD masing-masing. Seterusnya dengan berdasarkan transkrip temubual dan

teks kajian, 10 tema ilmu dalam Islam seperti yang digariskan sebelum ini telah dikenalpasti bagi

menjawab persoalan „apa‟ peranan agama terhadap pembelajaran. Transkripsi temubual juga telah dianalisis bagi menjawab persoalan „bagaimana‟ agama berperanan terhadap pembelajaran.

NVivo versi 10 telah digunakan oleh pengkaji bagi membina koding terbuka, koding bersilang

dan koding terpilih khususnya dalam menjawab persoalan „bagaimana‟ tersebut.

Dapatan dan analisis apakah peranan agama terhadap pembelajaran

10 tema pembelajaran dari perspektif Islam telah dikenalpasti daripada transkrip temubual.

(11)

Jadual 2: Pengenalpastian tema pembelajaran dari perspektif Islam dalam transkripsi temubual

8 Amaran belajar bukan kerana Allah

9 Epistemologi ilmu /

10 Belajar dengan bersungguh-sungguh / / /

Pengkaji mendapati bahawa empat tema peranan agama dalam pembelajaran wujud

dalam kesemua responden iaitu „Hakikat ilmu daripada Allah‟, „Niat dan tujuan belajar‟,

„Ganjaran buat pelajar‟ dan „Belajar dengan bersungguh-sungguh‟. Jika dilihat secara holistik, ada tiga lagi tema yang wujud walaupun tidak melibatkan kesemua responden. Tema-tema

tersebut adalah „Tanggungjawab belajar‟, „Ganjaran buat ilmuwan‟ dan „Epistemologi ilmu‟.

„Hakikat ilmu daripada Allah‟ diakui oleh kesemua responden. SDP AMM misalnya berkata, “Hanya Allah tempat mengadu dan mengharapkan petunjuk.” Ini antara lain mengiktiraf Allah sebagai tempat mengadu sebarang masalah berkaitan pembelajaran, sekali gus mengiktiraf

Allah sebagai pemilik mutlak ilmu. SDP NAJ pula akur bahawa segala kemudahan sewaktu

dalam proses pembelajaran hakikatnya adalah anugerah Allah sebagaimana katanya, “Lagi-lagi

bila mana Allah dah kurniakan supervisor yang sangat baik, sangat membantu pelajarnya, bila

rasa down bagi semangat kepada anak buahnya.”

„Niat dan tujuan belajar‟ juga diakui oleh kesemua responden. Menurut SDP JSP

misalnya, “Kita bukan kejar Dr ni bukan sebab Dr, kita kejar ni kerana Allah. Dengan Dr ni memudahkan, ia jadi suatu alat untuk memudahkan lagi kerja-kerja agama.” Ini bermakna,

sungguhpun terdapat niat dan tujuan yang secara zahirnya tidak secara langsung bersifat

„keagamaan‟, ia sebenarnya mahu dimanfaatkan untuk tujuan keagamaan atau untuk agama.

Begitu juga dengan SDP AMM yang belajar untuk sampai ke peringkat tertinggi, agar dapat

(12)

Dalam konteks „Ganjaran buat pelajar‟, SDP JSP misalnya mengakuri bahawa

pembelajaran memberikan peluang laluan mudah untuk masuk syurga atau beri lebih peluang

untuk dapat rahmat Allah. Ujar beliau, “First saya buat keputusan untuk buat PhD ni, salah satu

sebab saya nak terlibat dengan aktiviti agama. Nak belajar al-Quran semuanya. Sebab itu, saya

rasa kalau saya ke arah industri, sembahyang pun susah nak cukup.” Tema ini juga diakui oleh

kesemua responden.

„Belajar dengan bersungguh-sungguh‟ juga diakui oleh kesemua responden. SDP AMM misalnya didapati bersungguh-sungguh mengumpul data kajian PhD hingga sanggup bermusafir

dengan memandu seorang diri membabitkan beberapa buah negeri di segenap pelosok

Semenanjung Malaysia. Kesungguhan SDP JSP pula dapat dibuktikan apabila dimaklumkan

bahawa beliau sudah hasilkan lebih 20 artikel ilmiah di jurnal sewaktu temubual dijalankan. SDP

NAJ pula sewaktu awal tahun menanam azam untuk menjadi, “Muslim yang lebih produktif dan bersungguh-sungguh serta yang tidak lagi sambil lewa dalam bekerja.”

Terdapat empat tema penting peranan agama dalam pengajian PhD berdasarkan teks

PhD: Kecil Tapi Signifikan oleh Muhd Kamil (2004). Tema-tema tersebut adalah „Hakikat ilmu

daripada Allah‟, „Niat dan tujuan belajar‟, „Adab belajar‟ dan „Belajar dengan

bersungguh-sungguh‟. Ini ditunjukkan dalam Jadual 3 berikut beserta kekerapan (n) yang didapati wujud

dalam teks.

Jadual 3: Tema penting peranan agama dalam pembelajaran berdasarkan teks

PhD: Kecil Tapi Signifikan oleh Muhd Kamil (2004)

Tema n

Hakikat ilmu daripada Allah 8 Niat dan tujuan belajar 6 Adab belajar 9 Belajar dengan bersungguh-sungguh 22

Tema „Belajar dengan bersungguh-sungguh‟ paling banyak wujud dalam Muhd Kamil (2004). Antara frasa penting yang wujud dalam teks kajian adalah „mahu berjaya secepat

(13)

membuktikan dirinya berjaya menyiapkan tesis PhD setempoh 24 bulan dan lulus viva PhD

selepas 32 bulan pengajian.

Adab belajar memang dititikberatkan dalam Islam, yang membabitkan soal keberkatan

ilmu. Ini wujud dengan ketara dalam teks kajian biarpun terhadap guru atau pensyarah atau

penyelia yang bukan beragama Islam. Menurut Muhd Kamil (2004: 51), apa yang sepatutnya ada

bagi mereka yang memiliki PhD, tidak mengata penyelia di belakang, “Satu kenyataan yang

tidak mahu saya sangkal kerana sayalah satu-satunya pelajarnya yang tidak pernah mengeluh

atau menyatakan suatu yang negatif tentang Stuart (penyelia) sama ada di depan atupun di

belakang.”

Tumpuan rayuan, syukur, tawakal dan mengiktiraf kuasa Tuhan adalah antara aspek yang

termaktub dalam teks kajian bagi menyokong tema „Hakikat ilmu daripada Allah‟, manakala

aspek menolong orang lain, memanjangkan ilmu, meneladani kejayaan orang lain dan

meningkatkan penyelidikan pula menyokong tema „Niat dan tujuan belajar‟. Sungguhpun niat

dan tujuan belajar tidak berlaku secara langsung untuk bersamaan „keagamaan‟, namun pengkaji

mendapati ia wujud secara tidak langsung.

Menurut Muhd Kamil (2004), tujuan belajar untuk menolong orang lain dan menolong

orang lain sewaktu pembelajaran adalah penting. Tulis Muhd Kamil (2004: 68), “...Tuhan akan

memberi pertolongan jika kamu membantu orang yang meminta pertolongan. Walaupun

pandangan ini bersifat holistik dan sukar untuk dibuktikan, inilah pengajaran yang paling

berharga semasa saya belajar di peringkat Ph.D.”

Dalam kalangan responden, SDP AMM didapati paling banyak tema yang berkaitan.

Lalu diikuti oleh SDP JSP dan NAJ. Ini mungkin disebabkan oleh latar belakang pengajian asal

SDP AMM adalah daripada latar pengajian Islam, sekali gus memberikan kelebihan kepada

beliau dalam membicarakan aspek pembelajaran dari konteks agama. Sebagaimana yang

dijangka, tema „Epistemologi ilmu‟ dianggap sukar untuk wujud. Bagaimanapun, ia disentuh

(14)

mencari ilmu ini merupakan suatu daripada perintah yang besar dalam Al-Quran. Fardu ‘ain

sebenarnya.”

Seterusnya, taburan tema peranan agama terhadap pembelajaran dalam kalangan

responden dan teks kajian digambarkan dalam Jadual 4 berikut.

Jadual 4: Taburan tema pembelajaran dari perspektif Islam dalam kalangan responden dan teks

kajian

8 Amaran belajar bukan kerana Allah

9 Epistemologi ilmu /

10 Belajar dengan bersungguh-sungguh / / / /

Pengkaji mendapati bahawa responden dan teks kajian menyokong akan peranan agama

dalam pengajian PhD. Tiga tema pembelajaran dari perspektif Islam wujud dalam kesemua

responden dan teks kajian. Kajian mendapati bahawa, berdasarkan kepada responden temubual

dan teks kajian, peranan agama terhadap pembelajaran berlaku dalam tiga bentuk utama seperti

berikut:

i. Mengiktiraf bahawa hakikat ilmu adalah daripada Allah. Ini selari dengan

pandangan Al-Ghazali (2009). Ia disokong oleh Syed Muhammad Dawilah, (1993) yang mengatakan bahawa ilmu itu hakikatnya daripada Allah dan Allah pemilik segala ilmu manakala ilmu diperolehi adalah dengan keizinan Allah, dan juga disokong oleh Al-Attas (1980), Muhammad Mumtaz (1994), Wan Mohd Nor (2005) dan Sidek (2006).

ii. Tujuan belajar adalah kerana Allah, juga untuk Islam dan umat. Ini

(15)

iii. Islam menuntut untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Ini prasyarat ibadah

sebagaimana menurut Al-Qardhawi (1988) yang selari dengan pandangan Al-Ghazali (2009). Hal ini selari dengan kembara PhD oleh Sidek (2007) dan Kamarul Zaman (2003) serta selari dengan konsep „jihad intelektual‟ oleh Al-Qardhawi (2010).

Dapatan dan analisis bagaimana agama berperanan terhadap pembelajaran

Untuk bahagian kedua dalam kajian ini, transkripsi temubual telah dianalisis bagi

meneroka bagaimana agama berperanan terhadap pembelajaran masing-masing. Para responden

memberikan kepelbagaian bentuk jawapan namun pengkaji mendapati terdapat beberapa tema

persamaan yang akan dirumuskan kelak.

Untuk responden pertama, SDP AMM, pengkaji mendapati bahawa peranan agama

terhadap pembelajaran berlaku apabila beliau menganggap pembelajaran sebagai suatu jihad. Ini

digambarkan dalam Rajah 1 berikut.

(16)

Responden SDP AMM mengibaratkan pembelajaran sebagai berada di medan jihad

sebagaimana contoh Salahuddin al-Ayubi di medan perang. Ujar beliau, “Ya. Tadi itu ibarat...

belajar ini ibarat satu peperangan. Kita dah berada di medan perang. Satu sunnatullah (ketentuan

Allah) maknanya. Kerana peperangan itu luas. Kita lihat dengan kaca mata yang luaslah.

Berjihad itu luas. Kata pergi jihad. Jihad perang ataupun jihad mencari ilmu.”

Niat yang betul dan kefahaman yang jelas memberikan semangat untuk belajar persis

bersungguh-sungguh di medan perang. Pun begitu, amalan kerohanian menjadi keutamaan

sebagaimana yang telah diberi perhatian oleh Salahuddin al-Ayubi di medan perang. Beberapa

amalan kerohanian dicadangkan dan diistilahkan oleh beliau sebagai „pendamping‟. Ujar beliau, “Kita perlu ada pendamping kita. Pendamping kita mungkin kita amalkan Yasin katakan. Setiap kali nak buat kerja baca Yasin. Lepas itu baca lagi. Ini kekuatan yang kita nak. Sampai

maknanya kita habis. Masa habis tulis report itu, pendampingnya beritahu. Ada pendamping

yang dekat dengan kita iaitu al-Quran. Ambil surah-surah yang tertentu.”

Persoalan bagaimana agama berperanan terhadap pembelajaran menurut responden

kedua, SDP JSP dapat dirumuskan oleh frasa „lakukan yang terbaik demi imej muslim dan

(17)

Rajah 2: Pembelajaran demi imej muslim dan aktivis Islam menurut SDP JSP

SDP JSP melihat peranan agama terhadap pembelajaran dari konteks untuk lakukan yang

terbaik demi nama baik agama dan kedudukan diri beliau yang aktif dengan aktivisme kebajikan

Islam. Menurut beliau, Ok, sebab saya muslim, terlibat dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, jadi

saya rasa benda ni sangat penting untuk saya untuk buat to the best lah. As saya dalam bidang

education, saya kena all the way out, dapat Dr, specialize dalam bidang saya, kalau tak saya rasa

malulah, malu sebagai Muslim.” Dari segi amalan kerohanian, beliau melihat solat fardu sebagai

yang paling utama.

Keadaan ini ada keselarian dengan pengalaman PhD oleh Prof Dr Sidek Baba dalam

Sidek (2007) sebagaimana menurut beliau seperti berikut:

(18)

dituduh mementingkan kegiatan dakwah lebih dari tanggungjawab

akademik.”

Responden ketiga, SDP NAJ pula menjelaskan bagaimana agama berperanan terhadap

pembelajaran sebagaimana digambarkan dalam Rajah 3 berikut, yang dapat dirumuskan oleh

pengkaji sebagai „Orang beriman takkan putus asa‟.

Rajah 3: Orang beriman takkan putus asa menurut SDP NAJ

Responden SDP NAJ melihat bahawa agama telah dapat membantu beliau dalam

menghilangkan rasa putus asa, sekali gus memberikan kekuatan untuk rajin berusaha dalam

pengajian. SDP NAJ sebagai satu-satunya responden yang belum berkahwin sewaktu

ditemubual, banyak dipengaruhi oleh ibu bapa. Kata beliau, “Yang banyak mendorong ayah

sayalah sebenarnya.” Kata beliau lagi, “Bila mana dah putus asa tu, ayah saya kata, orang beriman takan putus asa. Jadi benda macam itu pun meningkatkan lagi. Kita yakinlah, bila kita

buat kerana Allah SWT apa semua, semangat tu bila turun, insya-Allah dia akan naik balik.”

Pengkaji mendapati bahawa terdapat tiga cara utama bagaimana agama dapat berperanan

terhadap pembelajaran sebagaimana berikut:

i. Niat dan tujuan keagamaan iaitu sebagaimana yang dibincangkan

(19)

Mohamad Zaki (2005) dan Mahani (2011). Menurut Salihan (1993), tanpa niat dan tujuan yang jelas menyebabkan seseorang pelajar jadi tidak menentu, tidak bersungguh-sungguh serta tidak mempunyai ketabahan dan kegigihan.

ii. Kognitif dan kefahaman keagamaan yang merujuk kepada galakan

dan tanggungjawab agama terhadap pembelajaran. Ini disokong oleh Alawneh (1999) dan Al-Ghazali (2009). Merriam, Caffarella, dan Baumgartner (2007) juga mengakui bahawa menuntut ilmu adalah suatu kewajipan dalam Islam.

iii. Amalan kerohanian. Ini disokong oleh Mohd. Kamal (1988),

Alawneh (1999), Zulkifli (2003), Al-Ghazali (2009) dan Sidek (2006). Menurut Muhammad Syukri (2002), ilmuwan kalau tidak diringi dengan kerohanian yang tinggi akan memberikan sekurang-kurangnya tiga natijah buruk iaitu (a) mudah terdedah kepada penulisan dan pembacaan yang sia-sia dan bertentangan dengan syariat sekali gus lebih menyuburkan sifat terkeji (mazmumah) berbanding sifat-sifat terpuji (mahmudah), (b) apabila ilmu tidak mampu lagi menyerap masuk ke hati, ia tersekat di akal dan hanya tersimpan dalam penulisan, ibarat kata pepatah Arab, „ilmu di dada dan bukannya di

helaian buku‟, (c) ilmu tanpa amal bukan sahaja ilmu tidak dimanfaatkan bahkan menjerumuskan diri ke dalam azab neraka.

Pengkaji berpendapat bahawa, ketiga-tiga perkara yang disebut di atas hakikatnya adalah

untuk menghasilkan kekuatan jiwa dan seterusnya memberikan suntikan semangat dalam proses

pembelajaran. Niat dan tujuan serta kognitif dan kefahaman semata-mata tidak dapat

menghasilkan pembelajaran yang diakibatkan oleh peranan agama. Untuk itu, ia perlukan

sokongan khususnya daripada diri pelajar itu sendiri menerusi amalan kerohanian sama ada

yang wajib mahupun yang sunat, selaku „pendamping‟ dalam pembelajaran.

Kemurnian dan kekuatan jiwa adalah persoalan penting dalam tradisi ilmu Islam.

Berdasarkan kepada tulisan Imam Al-Ghazali, Noor Shakirah (2008) menggariskan lima sebab

mengapa kalbu tidak dapat menerima ilmu, iaitu belum matang seperti kanak-kanak, dosa,

menyimpang daripada mendokong kebenaran, terhijab dan kalbu yang menolak kebenaran.

Rumusan

Kajian mendapati bahawa agama berperanan terhadap pembelajaran menerusi pengiktirafan

(20)

juga untuk Islam dan umat di samping tuntutan Islam untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Bagaimana agama dapat berperanan terhadap pembelajaran dapat dijelaskan oleh

kewujudan komponen niat dan tujuan, kognitif dan kefahaman serta amalan kerohanian

yang seterusnya dapat menghasilkan kekuatan jiwa.

Masih terdapat banyak „lompang‟ peranan agama terhadap pembelajaran apabila banyak

tema pembelajaran dari perspektif Islam tidak disentuh sama ada oleh responden mahupun

daripada teks kajian. Ini tentunya memerlukan suatu program sistematik dalam mengenengahkan

tema-tema pembelajaran dalam Islam khususnya yang berdasarkan kepada Al-Quran dan sunnah

di samping kembara pengajian ilmuwan silam yang diakui oleh umat sejagat. Ini mungkin boleh

dilakukan pada awal pengajian, dan harus dilihat sama penting dengan pengenalan metodologi

penyelidikan.

Pengkaji mendapati bahawa kajian ini dapat dijadikan landasan buat para pengamal

pembelajaran agar dapat melihat peranan agama terhadap pembelajaran dalam konteks yang

lebih luas, yang tidak terhad kepada aspek solat hajat sewaktu peperiksaan atau viva, atau juga

tidak terhad kepada peranan agama dalam menangani permasalahan pelajar yang mengalami

tekanan jiwa akibat beban pembelajaran atau permasalahan pelajar yang histeria.

Suatu kajian yang lebih mendalam dan meluas perlu dibuat bagi menjelaskan lagi

fenomena peranan agama dalam pembelajaran seperti kajian terhadap kumpulan responden

berbeza seperti pelajar sarjana atau sarjana muda, kumpulan pelajar yang lebih khusus seperti

dalam bidang Pengajian Islam atau Seni Fesyen, kumpulan pelajar non-formal dan tidak formal,

kumpulan pelajar di luar negara majoriti muslim dan negara minoriti muslim dan sebagainya.

Selain itu, ia boleh dikembangkan kepada kajian kuantitatif atau gabungan kuantitatif-kualitatif

serta kajian yang membabitkan lebih ramai responden dan lebih banyak teks kajian.

Rujukan

(21)

Felda. Laporan Penyelidikan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia UTM.

Alawneh, Shafiq Falah. (1999). „Human Motivation: An Islamic Perspective‟ dalam The American Journal of Islamic Social Science, 15(4): 19-39.

Alizi Alias dan Mohamad Zaki Samsudin (2005). „Psychology of Motivation from an Islamic

Perspective‟ dalam Proceeding of 3rd International Seminar on Learning and Motivation, Langkawi (10-12 September 2005).

Allport, G.W. dan Ross, J.M. (1967), „Personal religious orientation and prejudice‟ dalam Journal of Personality and Social Psychology, 5: 432-443.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ABIM.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib (1980). The Concept of Education in Islam. Kuala Lumpur: ABIM.

Al-Faruqi, I. R. (1982). Islamization of Knowledge. Herndon: IIIT.

Al-Ghazali (2009). Ringkasan Ihya’ ‘Ulumuddin (Pentakhrij dan pentahkik: Ahmad Abddurraziq al-Bakri; Penterjemah: Fudhailurrahman dan Aida Humaira). Jakarta: Sahara.

Al-Qardhawi, Y. (1988). Ibadah dalam Islam. Kuala Lumpur: Percetakan FS.

Al-Qardhawi, Y. (2010). Fiqih Jihad (Penterjemah: Irfan Maulana Hakim dan lain-lain). Bandung: Mizan.

Armstrong, K. (1993). A History of God. London: Heinemann.

Badli Esham Ahmad dan Faizah Abd Majid (2010). „Self-directed Learning and Culture: A study on Malay adult learners‟ dalam Procedia Social and Behavioral Sciences, Jilid 7: 254-263.

Byrd, K.R., Hageman, A. & Isle, D.B. (2007). „Intrinsic Motivation and Subjective Well-Being:

The Unique Contribution of Intrinsic Religious Motivation‟ dalam The International Journal for the Psychology of Religion, 17(2): 141-156.

Dowson, M. (2005). (Ed. Martin L. Maehr and Stuart A. Karabenick) „Metaphysical motivation: an expectancy-value perspective on why religious beliefs motivate‟ dalam Motivation and Religion. Sydney: Elsevier.

Dupree, N. (2006). „The Religion Century‟ di http://www.nickscrusade.org/the-religion-century/, 12 September 2006 [Diakses pada 13 Oktober 2012].

Garrison, D.R. (1997). „Self-directed learning: Toward a comprehensive model‟ dalam Adult Education Quarterly, Musim Luruh 1997, Jilid 48, No 1: 18-33.

(22)

Jarvis, P. (2009). The Routledge International Handbook of Lifelong Learning. London: Routledge.

Kamarul Zaman Ahmad (2003). So You Want to Get a Ph.D. Singapura: Thomson.

Kaseh Abu Bakar, Nik Farakh Sulaiman dan Zeti Akhtar Muhammad Rafaai. (2010). „Self -Determination Thoery And Motivational Orientations of Arabic Learners: A Principal

Component Analysis‟ dalam GEMA Online Journal of Language Studies, Jilid 10 (1) 2010: 71-86.

Lovitts, B.E. (2001). Leaving the Ivory Tower. Lanham: Rowman & Littlefield Publishers.

Mahani Mokhtar (2011). Exploring the Intentions, Expectations and Experiences of Female PhD Students in the Fields of Education and Engineering at one University in Malaysia. Disertasi PhD University pf Bristol, UK.

Merriam, S.B., Caffarella, R.S. dan Baumgartner, L.M. (2007). Learning in Adulthood: A Comprehensive Guide. San Francisco: Jossey-Bass.

Minogue, K.R. (2006). The Concept of a University. New Brunswick: Transaction Publishers.

Mohd. Kamal Hassan (1988). Pendidikan dan Pembangunan Satu Perspektif Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Mohd. Nasir Omar (2005). Gagasan Islamisasi Ilmu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Muhammad Syukri Saleh (2002). Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication Distributors Sdn. Bhd.

Muhammad Mumtaz Ali (1994). Islam and the Western Philosophy of Knowledge: Reflections on Some Aspects. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.

Muhd. Kamil Ibrahim (2005). PhD Kecil Tapi Signifikan. Shah Alam: UPENA.

Nik Hairi Omar (1998). Penyertaan Penduduk Bandar Baru Bangi dalam Pendidikan dan Latihan. Tesis Sarjana Universiti Putra Malaysia.

Noor Shakirah Mat Akhir (2006). Al-Ghazali and his theory of the soul: A comparative study. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Rosenthal, F. (1992). Keagungan Ilmu. Pent. Syed Muhammad Dawilah Syed Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salihan Siais (1993). Teknik Belajar Berkesan. Kajang: Purwati Enterprise.

Sidek Baba (2006). Pendidikan Rabbani: Mengenal Allah melalui Ilmu Dunia. Shah Alam: Karya Bestari.

(23)

23

Wan Mohd Nor Wan Daud (2005). Falsafah dan amalan pendidikan Islam Syed M. Naquib Al- Attas: Satu huraian konsep asli Islamisasi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Zagzbsky, L.T. (2004). Divine Motivation Theory. Cambridge: Cambridge University Press.

Zulkifli Khair (2003). „The world-class university of Sankore, Timbuktu‟ dalam

MuslimHeritage.com; 5 Jun 2003 di

http://www.muslimheritage.com/topics/default.cfm?ArticleID=371 [Diakses pada 9 Julai 2010).

Referensi

Dokumen terkait

Oleh kerana perbezaan agama antara waris dengan pewaris merupakan satu daripada halangan pewarisan dan mereka tidak boleh saling mewarisi, adalah wajar keperluan

Sementara Al-Ghazali sendiri memandang bahwaa ilmu-ilmu yang wajib „aini bagi setiap muslim itu adalah ilmu-ilmu agama dengan segala jenisnya mulai dari kitab Allah,

Peranan visual imej perlu dpertingkatkan dan digunakan oleh guru dalam proses pembelajaran, kerana penggunaan imej adalah sumber budaya yang melibatkan semua bidang ilmu

At-Taubah (9) ayat 122 di atas, kewajiban menuntut ilmu pengetahuan yang ditekankan di sisi Allah adalah dalam bidang ilmu agama. Akan tetapi agama adalah suatu sistem hidup

• Bahawa kaum Yahudi daripada bani Auf adalah satu umat bersama orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka dan orang-orang Islam dengan agama mereka, begitu juga

Menurut Haron Din 2008, belajar ilmu perubatan seelok-eloknya mendapatkan ijazah daripada guru kerana itu adalah warisan yang diterima secara bersambung daripada guru kepada guru sampai

Contoh lain ialah daripada surah al-Baqarah ayat 256 iaitu “Tidak ada paksaan dalam agama.” Abdul Halim dan rakan-rakannya menulis bahawa terdapat tujuan ayat ini dibincangkan kerana

oleh kerana dapatan kajian menunjukkan bahawa antara faktor kebimbangan bahasa yang mencapai tahap tertinggi adalah faktor bimbang penilaian negatif daripada rakan-rakan dalam kelas,