• Tidak ada hasil yang ditemukan

prakata GAYE PHILLIPS Wakil UNICEF, Malaysia Wakil Khas UNICEF, Singapore & Brunei

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "prakata GAYE PHILLIPS Wakil UNICEF, Malaysia Wakil Khas UNICEF, Singapore & Brunei"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

pra-kata

Dikatakan bahawa bagi wartawan biasa, berita buruk merupakan berita baik. Tanpa bencana, minat akan menurun, kelesuan akan menjelma, dan isu-isu penting diketepikan di halaman yang lebih tersorok atau di slot berita yang kurang penting.

Tetapi pegawai-pegawai Malaysia tidak akan mengalah. Berkenaan Influenza Avian, usaha pihak berkuasa adalah berterusan, sama ada ter-dapat ancaman langsung atau tidak. Usaha yang gigih telah dijalankan sebelum negara ini berjaya menghindarkan kemungkinan berlakunya wabak-wabak besar. Sesungguhnya Malaysia telah terbukti sebagai model peranan dalam hal ini.

Mandat UNICEF, sebagaimana yang telah diketahui, adalah untuk melindungi kanak-kanak. Influenza Avian mungkin kelihatan terlepas daripada matlamat ini tetapi sebenarnya ia adalah berkaitan secara langsung. Suatu wabak memberikan berbilang reperkusi terhadap masyarakat. Seperti biasa, pihak yang paling rentan ialah kanak-kanak. Burung dijangkiti bermakna kehilangan pendapatan bagi isi rumah. Dengan wang yang kurang untuk keperluan asas, penekanan terhadap sekolah dan pendidikan menurun. Wabak ini juga bermakna kanak-kanak kehilangan sumber protein yang penting. Malah lebih dahsyat lagi adalah kemungkinan kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibu bapa kepada virus yang menggerunkan ini.

Dengan kemungkinan-kemungkinan yang amat nyata ini, UNICEF berpendapat bahawa peranan media adalah sangat penting. Kami berharap untuk bekerjasama dengan pihak media sebagai rakan supaya berita dapat disampaikan bukan hanya sewaktu kita sudah hampir-hampir dilanda krisis, tetapi sekarang, apabila orang ramai mempunyai kuasa yang lebih bagi mengelakkan malapetaka.

UNICEF berharap panduan ini akan terbukti berguna. Anda akan mendapat fakta-fakta tentang Influenza Avian, maklumat latar belakang, penjelas-an mitos dpenjelas-an nasihat pelaporpenjelas-an di dalamnya. Secar bersama, kita boleh berusaha ke arah memelihara kesihatan yang baik, dan yang lebih pent-ing lagi, memberi harapan kepada orang yang amat memerlukannya.

GAYE PHILLIPS Wakil UNICEF, Malaysia

(4)

P E R I H A L V I R U S

APAKAH INFLUENZA AVIAN?

Dikenali juga sebagai “selesema burung”, burung liar dan ayam itik mendapat penyakit ini apabila dijangkiti oleh virus influenza avian. Virus ini ber-beza dengan virus influenza manusia.

TERDAPAT BANYAK JENIS SELESEMA BURUNG. ADAKAH KESEMUANYA BERBAHAYA?

Terdapat 15 jenis selesema burung, atau unggas (avian). Strain paling mudah merebak yang biasanya membawa maut kepada burung, ialah H5 dan H7. Ter-dapat sembilan jenis H5 yang berbeza, sesetengahnya amat patogen, manakala yang lain adalah tidak berbahaya. Jenis yang pada masa ini menyebabkan kebimbangan ialah strain H5N1 yang amat berbahaya, ia terbukti boleh mem-bawa maut kepada sesetengah manusia. Virus ini juga dikenali sebagai influenza avian amat patogen [highly pathogenic avian influenza - HPAI].

BAGAIMANAKAH VIRUS TERSEBAR?

Itik liar diketahui sebagai pembawa virus, walaupun ia sendiri mungkin tidak mendapat jangkitan. Walau bagaimanapun, apabila itik-itik ini berhijrah dari setempat ke setem-pat, ia mudah menyebarkan virus kepada burung ternakan seperti ayam dan itik yang lebih rentan. Burung ternakan pula menjangkiti manusia. Di samping itik dan ayam bela jinak, angsa, puyuh malah khinzir, diketahui pernah dijangkiti virus ini.

BAGAIMANAKAH SEBENARNYA BURUNG MENYEBARKAN VIRUS?

Burung mengumuhkan virus dalam najisnya, apabila najis kering, ia hancur, dan kemudiannya disedut melalui pernafasan.

(5)

APAKAH PERBEZAAN ANTARA INFLU-ENZA MANUSIA DENGAN UNGGAS?

Influenza di kalangan manusia ialah jangkitan pernafasan virus yang lazimnya mengganggu hidung, kerongkong dan kadangkala, paru-paru. Disebut ‘flu’ dalam bahasa Inggeris, ia berlaku mengikut musim, paling kerap berlaku pada bu-lan-bulan musim sejuk di negara-negara beriklim sederhana. Influenza manusia merebak dari manusia kepada manusia manakala influenza avian dari burung ke-pada burung dan kadangkala, dari burung kepada manusia. Jika selesema burung H5N1 berubah ansur menjadi strain yang boleh merebak dari manusia kepada ma-nusia maka ia akan dianggap virus influ-enza manusia atau pandemik yang baharu.

BOLEHKAH VIRUS INI BERMUTASI?

Boleh dan pernah berlaku.

“Setiap kali virus H5N1 merebak ke ka-wasan baharu, kebarangkalian dan pelu-ang virus bermutasi meningkat. Dengan setiap kes jangkitan manusia kebarang-kalian untuk virus bermutasi meningkat. Virus ini amat berbahaya” Dr Margaret Chan – Wakil Ketua Pengarah WHO untuk Influenza Pandemik dan Timbalan Ketua Pengarah untuk Penyakit Berjangkit [Buku Panduan WHO untuk Wartawan: Influenza Pandemik].

(6)

P E R K A D A R A N P A N D E M I K

APAKAH PANDEMIK?

Pandemik berlaku apabila versi atau “strain” baharu influenza muncul dan disebarkan dari manusia kepada manusia. Strain baharu ini boleh sama ada yang tidak pernah tersebar sebelum ini atau strain lama yang telah lama tidak dikesan di kalangan manusia. Strain ini akan merebak dengan lebih pantas dan meluas berbanding influenza bermusim kerana kekurangan keimunan manusia terhadap virus baharu ini. Sebaik sahaja virus pandemik ma-nusia boleh pindah sepenuhnya muncul, ia dijangka melingkungi dunia dalam masa tiga bulan. WHO menganggarkan antara dua hingga 7.4 juta kema-tian manusia mungkin berlaku akibat pandemik influenza yang baharu.

SEJARAH

Pandemik influenza jarang-jarang berlaku tetapi telah berlaku setiap 10-50 tahun dengan agak konsisten di sepanjang sejarah manusia. Abad ke-20 mengalami tiga episod pada tahun: 1918 [kira-kira 40 juta

kema-tian]; 1957 [lebih dua juta kematian] dan 1968 [kira-kira satu juta kematian].

APAKAH YANG BOLEH MENCETUSKAN PANDEMIK?

Tiga syarat mesti dipenuhi sebelum pandemik bermula: • Subjenis influenza baharu yang sebelum ini tidak pernah tersebar di kalangan manusia mestilah muncul • Subjenis baharu ini mestilah mampu menyebabkan penyakit terhadap manusia,

• Virus ini mestilah mampu disebarkan dengan mudah di kalangan manusia. Hanya syarat terakhir ini belum dipenuhi oleh HPAI.

APAKAH IMPAK SUATU PANDEMIK?

Kekurangan imuniti bermakna bertambahnya penyakit di kalangan manusia. Kadar kematian mungkin meningkat. Kanak-kanak terutamanya akan mendapat kesan langsung oleh jangkitan dan juga oleh impak sosial dan ekonomi yang berkemungki-nan membinasakan akibat pandemik.

BOLEHKAH PANDEMIK DIHALANG?

“Sepanjang sejarah, campur tangan manusia tidak pernah berjaya menghalang suatu pandemik apabila ia bermula...Kita berpeluang memadamkan percikan api kebakaran sebelum ia merebak. Ini bergan-tung, waktu itu, pada pengesanan kerebakan penjangkitan manusia dengan cepat, dan bertindak dengan segara.” Dr Margaret Chan, Buku Panduan WHO untuk Wartawan: Influenza Pandemik.

(7)

SIAPAKAH YANG BERADA DI PONDOK PENINJAU?

WHO mempunyai 115 Pusat Influenza Negara di 84 buah negara. Rangkaian-rangkaian ini secara berterusan memantau aktiviti influenza dan melaporkan kemunculan apa-apa virus influ-enza “luar biasa” dengan segera kepada WHO atau kepada salah satu daripada empat Pusat Kerjasama WHO. Proses komunikasi ini adalah amat penting untuk gerak balas yang berkesan terhadap pandemik.

WHO juga mengadakan mesyuarat dengan rakan antarabangsa untuk merancang dan me-nyelaras aktiviti kesiapsiagaan, dan juga untuk mengumpul dana. WHO telah membentuk Pelan Kesiapsiagaan Menghadapi Pandemik Influenza untuk mentakrifkan tanggungjawab WHO dan pihak berkuasa negara sekiranya berlaku pan-demik. Suatu jadual terperinci tindakan telah dihantar kepada negara-negara anggota untuk membantu mereka bersiap sedia menghadapi pandemik (http://www.who.int/csr/disease/influ-enza/en/).

Langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk • mengurangkan peluang jangkitan kepada manusia

• memperkukuh sistem amaran awal • membendung atau melengahkan sebaran virus pandemik di punca

• mengurangkan morbiditi, kadar kematian dan gangguan sosial akibat pandemik

• menjalankan penyelidikan untuk menunjuk ajar langkah-langkah gerak balas

(8)

V I R U S I N I D A N M A N U S I A

BOLEHKAH VIRUS INI

MENULAR KEPADA MANUSIA?

Boleh. Walau bagaimanapun, virus H5N1 hanya mengakibatkan jangkitan manusia dalam bilangan orang yang sangat sedikit yang terdedah kepadanya, dan biasan-ya memerlukan pendedahan biasan-yang keterlaluan dan dekat dengan burung sakit atau najisnya.

TETAPI IA TIDAK BOLEH MENULAR DARI MANUSIA KEPADA MANUSIA?

HPAI ini masih virus burung dan walaupun ia menular dengan cukup mudah dari burung kepada burung, ia masih belum berubah ansur menjadi virus manusia. Namun begitu, ia telah men-gakibatkan beberapa jangkitan terhadap manusia, sebagaimana yang dapat dilakukan oleh virus binatang tanpa menyesuaikan diri sepenuhnya kepada manusia.

Mungkin telah ada contoh transmisi manusia kepada manusia, tetapi bukti-nya setakat ini adalah tidak muktamad, dan masih jauh daripada situasi yang boleh menyebabkan pandemik. Mereka yang telah mendapat virus ialah mer-eka yang sangat dmer-ekat sentuhannya dengan burung sakit. Ini biasanya penternak ayam itik dan kanak-kanak kecil yang suka memelihara burung ternakan.

BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN TRANSMISI MANUSIA KEPADA MANUSIA?

Semasa wabak pada bulan Mei 1997 di Hong Kong, seorang doktor mung-kin mendapat penyakit dari seorang pesakit yang dijangkiti, tetapi ini tidak dapat dibuktikan. Suatu kes di Thailand dalam tahun 2004 menunjukkan ke-mungkinan transmisi virus dari seorang budak perempuan yang mempunyai penyakit kepada ibunya, yang juga telah meninggal dunia. Ibu saudara gadis tersebut juga dijangkiti tetapi terselamat.

(9)

U N I C E F I 0 7 Pada bulan Januari 2004, dua

orang adik-beradik perempuan meninggal dunia di Vietnam mung-kin selepas mendapat selesema burung dari abang mereka yang telah mati akibat suatu penya-kit pernafasan yang tidak dapat dikenal pasti. Kedua-dua adik-bera-dik perempuan yang menjaganya mengalami gejala pada 10 Jan. Kedua-duanya telah dimasukkan ke hospital pada 13 Jan, kedua-duanya telah didapati positif H5N1 dan kedua-duanya meninggal dunia pada 23 Jan. Salah seorang daripada mereka tidak mempunyai sejarah menyentuh burung maka transmisi kelompok nampaknya meyakinkan.

SIAPAKAH MANGSA

MANUSIA YANG PERTAMA DAN BAGAIMANAKAH PENYEBARAN VIRUS INI SEJAK ITU?

Mangsa selesema burung yang pertama terhadap manusia ialah seorang budak lelaki berumur tiga tahun di Hong Kong. Dia mening-gal dunia pada bulan Mei 1997. Lapan belas orang lain telah dijan-gkiti, dan enam daripadanya telah meninggal dunia. Selama hampir-hampir enam tahun selepas itu, tidak ada kesan virus sehingga ia dikesan semula pada bulan Febru-ari 2003 apabila seorang bapa dan anak lelaki didiagnosis dengan H5N1, sekali lagi di Hong Kong. Sejak itu virus ini telah merebak ke arah barat melalui Asia, Timur Tengah, Eropah dan Afrika. Wa-laupun ada usaha mengekang penyebarannya, virus H5N1 masih terlepas daripada kal besar-besa-ran, zon penyisihan dan kawalan sempadan.

Pada bulan April 2005, virus ini telah ditemui pada seekor angsa mati di Scotland. Buat pertama

kalinya pada bulan Februari 2006, virus ini telah dikesan pada bu-rung liar di Austria, Bulgaria, Mesir, Greece, Jerman, Itali, India, Iran dan Slovenia.

Strain H5N1 yang beredar seka-rang adalah agak berbeza dari-pada strain H5N1 yang dikesan di Hong Kong pada tahun 1997. Lama-kelamaan, virus yang telah bermutasi beberapa kali dengan strain baharu dan endemik dike-san. Ia juga membentuk keu-payaan untuk menjangkiti lebih banyak spesis burung, dan telah menemui cara untuk masuk ke dalam mamalia – khususnya, kuc-ing yang telah memakan burung berjangkit.

BERAPA RAMAIKAH MANUSIA YANG TELAH DIJANGKITI DAN DI MANA?

Antara tahun 1997 dengan bulan September 2006, lebih 250 orang telah dijangkiti dan 147 kematian. Jumlah kes paling tinggi adalah di Vietnam [93], diikuti oleh Indone-sia (68), Thailand [25] dan China [21].

(10)

ayam

se-lamat

di-makan

0 8 I U N I C E F

F A K T A T E R B A R U

27 September 2006

Bilangan kumulatif kes Influenza Avian manusia yang disahkan:

Kes Kematian AZERBAIJAN 8 5 CAMBODIA 6 6 CHINA 21 14 DJIBOUTI 1 0 EGYPT 14 6 INDONESIA 68 51 IRAQ 3 2 THAILAND 25 17 TURKEY 12 4 VIETNAM 93 42 JUMLAH: 251 147 Sumber: WHO

SIAPAKAH YANG PALING RENTAN TERHADAP VIRUS?

Mengikut kedudukan, kanak-kanak adalah kira-kira separuh daripada semua kes manusia yang dilapor-kan dan satu pertiga daripada kematian. Ini mungkin disebabkan kanak-kanak – khususnya perem-puan – biasanya menjaga ayam itik ternakan, memberinya makan, membersihkan rebannya dan mengutip telur. Sesetengah kanak-kanak juga menganggap ayam sebagai binatang peliharaan.

APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA YANG BOLEH DIAMBIL OLEH INDIVIDU?

Pakar kesihatan mencadangkan perkara-perkara berikut:

• Jauhi burung yang sakit atau yang telah mati

• Maklumi diri anda tentang perkembangan baru virus • Laporkan burung sakit atau rung mati kepada pihak berkuasa • Jauhi ternakan dari kanak-kanak dan kawasan kediaman

• Cuci tangan dengan kerap

menggunakan sabun dan air • Makan produk ayam itik yang dimasak sepenuhnya sahaja • Dapatkan rawatan

APAKAH GEJALA SELESEMA BURUNG?

Gejalanya adalah sama dengan jenis selesema yang lain – demam, dedar, sakit kerongkong dan batuk-batuk. Manusia juga boleh mendapat konjunktivitis.

BOLEHKAH SAYA TERUS MEMAKAN AYAM?

Pakar-pakar telah menjelaskan bahawa selesema unggas bu-kanlah virus bawaan makanan, jadi ia selamat di¬makan. Walau bagaimanapun, WHO mengesy-orkan bahawa untuk sama sekali selamat, semua daging hendaklah dimasak pada suhu sekurang-kurangnya 70 °C. Telur juga henda-klah dimasak dengan sempurna. Memandangkan virus ini dibawa dalam isi perut ayam, pengenda-lian, penyembelihan dan penyedi-aan ayam berjangkit yang mentah boleh membawa risiko.

(11)

U N I C E F I 0 9

T I N J A U A N G L O B A L

BAGAIMANAKAH SITUASI SEMASA DI SELURUH DUNIA?

Sejak tahun 2003, HPAI telah menye-babkan jangkitan teruk terhadap bu-rung. Ia merebak pantas melalui kelom-pok ayam itik membunuh 90 hingga 100 peratus burung yang dijangkiti dalam tempoh 48 jam. Dua ratus juta burung di seluruh dunia telah dibunuh secara langsung oleh virus H5N1 atau dikal. Terdapat lebih 230 kes manusia yang separuh daripadanya membawa maut. Virus ini telah bermutasi dan strain baharu dan strain endemik telah muncul selewat bulan Ogos 2006. Lebih 30 buah negara telah dijangkiti. Memandangkan virus telah menyebab-kan beberapa jangkitan manusia, ini membuktikan ia berpotensi menjadi virus manusia. Evolusi strain H5N1 ini mungkin berlaku secara tiba-tiba; mungkin mengambil masa bertahun-tahun, atau mungkin tidak terjadi langsung. Walau bagaimanapun, oleh sebab ia telah merebak dari Asia ke Er-opah , Timur Tengah, malah Afrika, ahli sains bimbang ia mungkin bergabung dengan strain manusia lalu menghasil-kan mutasi yang sukar dibenteras.

NEGARA MANAKAH YANG ADALAH LEBIH RENTAN? Negara dengan perdagangan ayam itik rentas sempadan yang berterusan dan negara yang tidak ada langkah-langkah kawalan HPAI rentas sempadan adalah berisiko.

(12)

Wabak selesema unggas yang melanda burung ternakan bermakna keluarga yang menternak ayam itik kehilangan sumber makanan dan pendapatan yang penting. Ini boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan mengancam peluang pendidikan mereka. Apabila pendapatan jatuh secara mendadak, keluarga kadangkala tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau membayarkan perkhidmatan kesihatan asas. Di peringkat negara, kehadiran H5N1 bermakna langkah-langkah yang mahal untuk mengawal wabak. Ia akan menjejaskan perdagangan antarabangsa burung hidup dan produk daging ayam itik. Pelancongan negara yang terjejas juga sangat berkemungkinan menurun.

Di Thailand pada masa lalu, kehadiran H5N1 yang tinggi menyebabkan embargo perdagangan ternakannya, menjejaskan ekonomi eksport-nya dengan teruk. Dianggarkan pertumbuhan pertanian Thailand telah menurun 50% semasa wabak December 2003—Oktober 2004.

Di Hong Kong wabak 1997 telah menyebabkan pembunuhan dan pe-musnahan kesemua ternakan ayam itik sebanyak 1.5 juta ekor burung. Ini dianggarkan telah mengakibatkan kerugian negara sebanyak bera-tus-ratus juta dolar. Skala impak H5N1 di sesebuah negara sebahagian besarnya bergantung pada dua perkara: bagaimana pentingnya pasaran eksport ayam itiknya, dan bagaimana pentingnya pelancongan bagi negara itu. Dalam kes Thailand, kedua-duanya memainkan peranan yang amat penting dalam ekonomi mereka.

I M P A K S O S I A L D A N E K O N O M I

(13)

U N I C E F I 1 1

R A W A T A N

ADAKAH TERDAPAT VAKSIN?

Vaksin pandemik mestilah hampir-hampir padan dengan virus pan-demik sebenar. Oleh itu pengeluaran komersial vaksin tidak boleh bermula sebelum kemunculan dan pencirian virus pandemik. Walau bagaimanapun, prototaip berdasarkan strain H5N1 se-dang dihasilkan, menawarkan perlind-ungan terhadap HPAI.

Pada bulan Ogos 2005, penyelidik A.S. mengumumkan keputusan awal dari-pada suatu vaksin influenza pandemik uji kaji yang menimbulkan gerak balas imun yang kuat dalam diri manusia dalam suatu ujian klinikal. Perkem-bangan ini sepatutnya memendekkan masa tunggu yang diperlukan untuk menghasilkan vaksin daripada empat hingga enam bulan kepada dua hingga tiga bulan. Walau bagaimanapun, vak-sin ini hanya akan berkesan jika strain H5N1 yang benar-benar menimbulkan pandemik, dan jika strain itu tidak ban-yak berubah berbanding strain yang digunakan untuk menghasilkan vaksin.

ter-dapat

ubat

yang

berke-san

(14)

BAGAIMANA DENGAN ANTIVIRUS?

Antivirus ialah komponen kesiapsiagaan pandemik yang sangat bernilai disebabkan besar kemungkinan vaksin tidak boleh didapati pada masa mula wabak. Ia berke-san untuk rawatan dan juga pencegahan influenza. Pada masaa ini hanya terdapat satu kelas antivirus yang telah ditunjukkan berkesan menentang semua pencilan H5N1 manusia dari Asia. Vaksin ini adalah oseltamivir, juga dikenali sebagai Tamiflu dan zanamivir, dikenali sebagai Relenza. Kepentingan menyimpan stok antivirus di-tekankan ddalam Bengkel Latihan tentang Pengawasan dan Kawalan Influenza Manusia yang Diadakan di Kuala Lumpur oleh Pejabat Serantau WHO untuk Pasifik Barat pada bulan April 2005.

LANGKAH-LANGKAH HALANGAN AWAL

Sekiranya tercetus wabak, beberapa gerak balas bukan perubatan patut dilakukan:

• Kuarantin • Pengasingan • Nasihat perjalanan

• Penyaringan pintu masuk dan pintu keluar • Penutupan sekolah dan tempat kerja

• Menjauhkan diri daripada perhimpunan orang ramai • Mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air

• Menutup mulut apabila batuk atau bersin • Membuang tisu dengan berhati-hati • Memakai topeng

BAGAIMANAKAH MANUSIA YANG DIJANGKITI VIRUS DIRAWAT SETAKAT INI?

Terdapat ubat yang berkesan menentang virus influenza avian dalam manusia. Kadang-kadang orang yang mengidap influenza membentuk jangkitan bakteria sekunder dan ini boleh dirawat dengan antibiotik.

(15)

P E R K E M B A N G A N B A H A R U

PERKAITAN SELESEMA BURUNG MANU-SIA KEPADA MANUMANU-SIA DI INDONEMANU-SIA

Menurut laporan New Straits Times (22/6/06) transmisi manusia kepada manusia terhad bagi virus H5N1 yang berbahaya dipercayai menyebabkan kematian tujuh ahli keluarga di Sumatera Utara pada bulan Julai tahun yang sama. Berita mengatakan bahawa sia-satan bersama oleh WHO dan kementerian kesihatan Indonesia menunjukkan bahawa daripada tujuh kematian dalam keluarga tersebut, enam daripada mangsa “paling berkemungkinan” dijangkiti melalui transmi-si manutransmi-sia kepada manutransmi-sia terhad daripada ahli keluarga pertama yang jatuh sakit.

MESIR MENGALAMI WABAK PALING TERUK DI LUAR ASIA

Mesir mengalami wabak selsema unggas yang paling teruk pada tahun 2006 di luar Asia [rujuk jadual di halaman 08]. Penya-kit ini sebahagian besarnya dapat dikawal, walaupun tetap ada kebimbangan tentang wabak baharu.

STRAIN BAHARU

Pada bulan Ogos 2006, FAO melaporkan strain HPAI yang baharu dan endemik telah diasingkan semasa wabak terbaharu di Asia Tenggara.

(16)

1. VIRUS BOLEH MEREBAK DARI MANUSIA KEPADA MANUSIA SEPERTI SELESEMA MANUSIA YANG BIASA

Kecuali bagi beberapa kes yang terpencil, sesetengahnya tidak dapat dibuktikan dengan pasti, selesema burung masih tetapi selesema unggas.

2. BURUNG TIDAK BOLEH DIVAKSIN

Pada tahun 2004-2005, Vietnam mengalami wabak selesema bu-rung yang merosakkan di seluruh negara tersbut. Berjuta-juta bu-rung telah dikal. Empat puluh dua orang dijangkiti virus dan mening-gal dunia. Pada tahun 2005 kera-jaan Vietnam membuat keputusan untuk memvaksin semua ayam negara tersebut yang berjumlah 220 juta ekor. Kejayaan kempen

P E N J E L A S A N M I T O S

pemvaksinan Vietnam dapat diu-kur dengan hakikat bahawa pada tahun 2006, hingga bulan Mei, tidak ada seorang pun meninggal dunia akibat H5N1, dan tidak ada satu pun kejadian wabak terhadap ayam itik ternakan.

3. JANGAN MAKAN AYAM DAN TELUR

Tidak timbul bahaya memakan ayam itik atau produk ayam itik asalkan makanan dimasak dengan betul. Untuk garis panduan ma-sakan WHO, rujuk halaman 08.

4. PANDEMIK MELANDA KITA!

Tiada siapa pun yang dapat mera-mal bila pandemik akan berlaku. Walau bagaimanapun, pakar dari seluruh dunia sedang

memerha-tikan keadaan H5N1 di Asia den-gan teliti dan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan virus mula merebak lebih dengan ber-kesan dan meluas dari manusia kepada manusia.

5. VIRUS DAPAT DIBUNUH DENGAN MUDAH DAN TIDAK TAHAN LAMA DI LUAR BADAN

Sebenarnya virus dapat hidup untuk suatu tempoh yang lama di luar badan. Walau bagaimanapun, haba yang melebihi 70° Celsius selama 30 minit akan membunuh virus. Pada suhu 80° virus akan terbunuh dalam masa satu minit. Penjagaan kebersihan yang baik – mencuci tangan dengan kerap dan pembersihan permukaan – juga akan menghilangkan virus.

Referensi

Dokumen terkait

Skripsi berjudul Perkecambahan Biji Saga (Adenanthera pavonina) Dengan Teknik Skarifikasi Pada Berbagai Konsentrasi Media Tanam Ampas Tahu Sebagai Bahan Ajar Pada Materi

Dari hasil penelitian dapat dilihat bahwa teori didalam Relationship marketing yang diutarakan oleh Robinette dalam Sandra (2005:14) yang dimana variabel dari

T : Setujukah bapak bila di sekolah ini di terapkan sebuah sistem yang mempermudah pihak sekolah (Kepala Sekolah, Wakil Kepala Sekolah, bagian Tata Usaha, Guru) dalam

Gerakan merupaka bahasa Non – verbal yang digunakan untuk menyampaikan apa yang kita rasakan. Sering kali kita mengetahui makna atau pesan yang ingin disampaikan

penampungan air lainnya, sebesar 14,2% responden saat memantau jentik jika tidak tampak ditunggu sampai ± 0,5-1 menit, jika ada jentik pasti akan muncul ke permukaan

2,5 Oral candidiasis merupakan infeksi oportunistik* yang umum baik pada oral maupun perioral yang biasanya dihasilkan dari perkembangan endogenik jamur candida secara

Oleh sebab itu, tingkat keprofesionalan seorang guru dapat dilihat dari kompetensi sebagai berikut: (1) kemampuan untuk menguasai landasan kependidikan, misalnya paham akan tujuan

tumbuh dan terus berkembang sesuai kelompok masyarakat pendukungnya, salah satu Tari Nusantara yaitu: Tari Wira Pertiwi. Sekolah Menengah Atas yang telah peneliti