Kejayaan pensyarah dan pelajar FSSR UiTM Perak di dalam Pertandingan Bakat Muda Sezaman.
Oleh : Mohamad Hafiz b. Yahaya
Pertandingan Bakat Muda Sezaman (BMS) adalah satu pertandingan yang menghimpunkan karya-karya seni visual pelukis muda dari seluruh Negara. Tujuan dipertandingkan ini
diwujudkan ialah bagi mencari karya seni yang bersifat intelek. Pertandingan ini tidak tertumpu kepada karya seni yang telah siap, tetapi ianya lebih mementingkan kajian dan proses
penghasilan karya seni oleh pelukis muda. Fokus utama pertandingan ini ialah untuk melihat potensi-potensi pelukis muda dalam penghasilan karya visual mereka. Idea dasar pertandingan BMS diinspirasikan dari pertandingan dan pameran The Young And Contemporaries Exhibition
yang telah dianjurkan di London sekitar tahun 1960 an dan ianya banyak membantu kepada perkembangan seni lukis di Britain pada masa tersebut.
Pertandingan BMS telah mula dianjurkan pada 1974 di Malaysia. Ianya diilhamkan oleh beberapa orang pelopor seni visual yang menginginkan kemajuan di dalam bidang seni visual tanah air. Pelopor seni ini terdiri dari Ahli Jawatankuasa Pameran dan Pembelian Balai Seni Lukis Negara pada tahun itu yang terdiri dari Farid Wardi, Johan Arif, Redza Piyadasa, Mat Yasser Juli, Joseph Tan, Zuraina bt Majid, Ismail Zain dan T.K. Sabapathy. Pameran dan
Poster BMS 1974
Syed Alwi b. Syed Abu Bakar telah memenangi hadiah kecil di dalam pertandingan BMS pada tahun 1996 menerusi karya instalasi elektronik bertajuk Kelmarin, Hari Ini, Esok. Karya-karya beliau pernah dipamerkan di beberapa galeri di dalam dan luar Negara. Aznan b. Omar yang telah memenangi Hadiah Juri menerusi arca logam bertajuk New Born pada tahun 2000. Pada tahun 2004 Aznan b. Omar sekali lagi memenangi hadiah kecil menerusi karya arca instalasi bertajuk Pangkin. Daud b. Abd Rahim telah memenangi hadiah kecil di dalam pertandingan BMS pada tahun 2006. Beliau memenangi hadiah kecil melalui karya bertajuk Gergasi Dalam Ruang. Hazrul Mazran b. Rusli memenangi hadiah utama menerusi karya M.O.U : Takkan Melayu Hilang Di Dunia pada BMS 2004. Mohd Farizal Puadi memenangi hadiah kecil menerusi karya Memories Of Make-up Cabinet pada BMS 2012. Nama-nama pelukis dan pemenang BMS di atas merupakan pensyarah yang berkhidmat di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Perak. Hazrul Mazran b. Rusli dan Mohd Farizal Puadi juga merupakan bekas pelajar di Jabatan Seni Halus FSSR UiTM Perak.
Selain tenaga pengajar, beberapa bekas pelajar dari jabatan seni halus FSSR UiTM Perak juga telah berjaya mencipta nama serta memenangi hadiah di dalam pertandingan BMS sepanjang ia dianjurkan. Diantaranya ialah Mohd Faizal b. Sidik pada tahun 2000, Mokhzaini Hairim b. Mokhtar pada tahun 2002, Tengku Azahari b. Tengku Azizan pada tahun 2004, Hasanul Isyraf b. Idris pada tahun 2006, Nuriman Amri b. Manaf pada tahun 2006, Mohd Fazli b. Othman pada tahun 2006, Helmi Azam Tajol Aris pada tahun 2010 dan Samsudin Wahab pada tahun 2012.
Kejayaan para pensyarah dan pelajar UiTM Perak yang telah memenangi hadiah di dalam pertandingan BMS sepanjang penganjurannya diadakan merupakan kejayaan yang harus