i KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
TEKNOLOGI VOKASIONAL
- SAINS
TINGKATAN 1
iii
DOKUMEN STANDARD
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)
MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL
SAINS
TINGKATAN 1
iv
Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2013
v
KANDUNGAN
1. RUKUN NEGARA
vi
2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
vii
3. KATA PENGANTAR viii
4. PENGENALAN
4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard
1 1 1 1
5. PELAKSANAAN
5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P
2 2
6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul
6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul
6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.5 Organisasi Standard Kurikulum
6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian
vi
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
viii
Kata Pengantar
Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad
ke-21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.
Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini
diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh
diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran
tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini
menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan
cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat
membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri,
pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah
memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA)
Pengarah
1 PENGENALAN
Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat Pendidikan Asas Vokasional
Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Objektif Pendidikan Asas Vokasional
Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.
Kurikulum Berasaskan Kompetensi
Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Kurikulum Modular Berasaskan Standard
Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan Kriteria Pencapaian
2 PELAKSANAAN
Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 4 waktu seminggu selama 14 minggu menjadikan keseluruhan 56 waktu setahun.
Guru berlatarbelakang opsyen Sains paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Penggunaan Teknologi Dalam P&P
Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik
3
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM
4 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)
Matlamat Modul
Kurikulum Sains Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bertujuan mengembangkan potensi individu agar berpemikiran logik, kritis, kreatif dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni selaras dengan perkembangan sains dan teknologi untuk menangani cabaran abad ke-21.
Objektif Modul
Di akhir modul ini, murid akan dapat; .
1. menghubungkait aktiviti seharian dengan Sains
2. menghubungkaitkan peraturan-peraturan dalam makmal dengan langkah-langkah keselamatan 3. Mengenal pasti simbol beberapa contoh bahan berbahaya di dalam makmal
4. mengenal pasti langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik 5. mengenal pasti radas dan fungsinya dalam makmal
6. menyatakan kuantiti asas iaitu panjang, jisim, masa, suhu, dan arus elektrik serta radas yang sesuai 7. menyatakan unit SI bagi setiap kuantiti asas
8. menyatakan kaedah pengukuran yang betul untuk mendapatkan bacaan yang persis dan jitu 9. menyatakan imbuhan unit kuantiti fizikal
10. menyedari kepentingan menggunakan unit SI 11. mengenal pasti sel haiwan dan sel tumbuhan 12. mengenal pasti jenis-jenis sel manusia
13. menyatakan bahawa sel membentuk tisu, organ dan sistem dalam badan manusia 14. mengenal pasti contoh mikroorganisma
15. mengenal pasti mikroorganisma unisel dan multisel
16. mengenal pasti kesan mikroorganisma dalam kehidupan harian 17. mengenal pasti pelbagai bentuk tenaga
18. mengenal pasti sumber pelbagai bentuk tenaga
19. mengenal pasti Matahari sebagai sumber tenaga utama
20. mengenal pasti perubahan bentuk tenaga dalam kehidupan harian 21. Mengenal pasti tiga keadaan jirim
5 Fokus Modul
Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Sains memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:
Pendekatan modular berasaskan kompetensi
Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti
Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk
Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)
Pembelajaran kolaboratif dan koperatif
Pembelajaran masteri
Integrasi TMK merentas kurikulum
Integrasi keusahawanan merentas kurikulum
Lawatan industri
Pengurusan kewangan berhemah
Organisasi Standard Kurikulum
Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3.
Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang
pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai
mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.
Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya
6
UNIT 1: KAEDAH SAINS
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
1.0 Memahami sains dalam kehidupan.
EK: Prinsip tanggungjawab sosial menjaga kebersihan diri dan tempat perniagaan.
1.1 menghubungkait aktiviti seharian dengan Sains.
1.1.1 menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 contoh aktiviti harian.
1.1.2 menyatakan kaitan antara aktiviti harian seperti mengambil sarapan pagi, menjaga kebersihan diri dan persekitaran dengan Sains.
1.1.3 memberi contoh-contoh aktiviti harian lain dan kaitannya dengan Sains.
2.0 Memahami makmal sains anda.
EK: menitikberatkan perlunya mengikut peraturan semasa menjalankan tugasan dalam urusan perniagaan.
2.1 menghubungkaitkan peraturan- peraturan dalam makmal
dengan langkah-langkah keselamatan.
2.1.1 mengenal pasti peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan di dalam makmal melalui aktiviti.
2.1.2 mewajarkan kepentingan adanya peraturan dan langkah- langkah keselamatan di dalam makmal.
2.2 Mengenal pasti simbol beberapa contoh bahan berbahaya di dalam makmal.
2.2.1 menyatakan makna simbol beberapa contoh bahan berbahaya di dalam makmal melalui aktiviti.
7
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
3.0 Memahami langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik.
3.1 mengenal pasti langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik.
3.1.1 mengenalpasti kemahiran proses sains dengan menjalankan satu eksperimen.
3.1.2 melengkapkan laporan berdasarkan eksperimen yang dijalankan.
4.0 Memahami radas di dalam
makmal.
4.1 mengenal pasti radas dan fungsinya dalam makmal.
4.1.1 menamakan radas sains di dalam makmal. 4.1.2 menyatakan fungsi radas di dalam makmal.
4.1.3 mengelaskan radas mengikut kegunaannya melalui aktiviti.
5.0 Mengetahui kuantiti-kuantiti fizikal, pengukuran dan unit- unitnya.
EK: menitikberatkan
pengukuran yang persis dan tepat dalam perniagaan.
5.1 menyatakan kuantiti asas iaitu panjang, jisim, masa, suhu, dan arus elektrik serta radas
yang sesuai.
5.1.1 mengenal pasti kuantiti asas iaitu panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik.
5.1.2 memilih radas yang sesuai untuk mengukur setiap kuantiti asas melalui aktiviti.
5.2 menyatakan unit SI bagi setiap kuantiti asas.
5.2.1 mengenal pasti unit SI bagi setiap kuantiti asas. 5.2.2 mewajarkan kepentingan penggunaan unit SI dalam
8
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
5.3 menyatakan kaedah
pengukuran yang betul untuk mendapatkan bacaan yang persis dan jitu.
5.3.1 mengukur panjang menggunakan pembaris, benang dan pembaris, dan pita pengukur melalui aktiviti dalam kumpulan.
5.3.2 mengukur jisim menggunakan neraca yang sesuai melalui aktiviti dalam kumpulan.
5.3.3 mengukur masa ayunan bandul menggunakan jam randik melalui aktiviti dalam kumpulan.
5.3.4 mengukur suhu air menggunakan termometer melalui aktiviti dalam kumpulan.
5.3.5 mengukur isipadu cecair menggunakan silinder penyukat melalui aktiviti dalam kumpulan.
5.3.6 mengukur isipadu pepejal melalui kaedah sesaran air menggunakan silinder penyukat melalui aktiviti dalam kumpulan.
5.3.7 mengukur arus elektrik dalam satu litar elektrik ringkas menggunakan ammeter melalui aktiviti dalam kumpulan. 5.3.8 mewajarkan kepentingan pengukuran yang persis dan jitu
9
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
5.4 menyatakan imbuhan unit kuantiti fizikal.
5.4.1 menyusun atur imbuhan unit kuantiti fizikal mengikut nilainya seperti ’Tera, Giga, Mega, kilo, desi, senti, mili, mikro’.
5.4.2 menyatakan contoh penggunaan imbuhan unit kuantiti fizikal dalam kehidupan harian.
5.5 menyedari kepentingan menggunakan unit SI.
10
UNIT 2: SAINS HAYAT
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
6.0 Memahami sel sebagai unit asas kehidupan.
6.1 mengenal pasti sel haiwan dan sel tumbuhan.
6.1.1 mengenal pasti struktur sel pipi dan sel bawang di bawah mikroskop.
6.1.2 melukis dan melabel struktur asas sel pipi dan sel bawang. 6.1.3 membanding dan membezakan antara struktur asas sel
haiwan dengan sel tumbuhan dari segi dinding sel, membran sel, sitoplasma, nukleus, kloroplas dan vakuol melalui persembahan multimedia.
7.0 Memahami organisasi sel manusia.
7.1 mengenal pasti jenis-jenis sel manusia.
7.1.1 menyatakan jenis-jenis sel manusia iaitu sel saraf, epitelium, otot, sel pembiakan, darah dan sel tulang. 7.1.2 melukis bentuk setiap jenis sel manusia.
7.2 menyatakan bahawa sel membentuk tisu, organ dan sistem dalam badan manusia.
7.2.1 menyusun organisasi sel manusia dari yang ringkas kepada yang kompleks.
7.2.2 mengenal pasti sistem yang menyokong kehidupan iaitu sistem saraf, pencernaan, rangka, pengangkutan, perkumuhan, respirasi, pembiakan dan otot serta fungsinya.
7.2.3 mengenal pasti organ utama dalam setiap sistem.
11
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
8.0 Memahami mikroorganisma
EK: Boleh menggunakan
pengetahuan yang diperolehi untuk menghasilkan produk yang boleh dikomersialkan. EK: mengutamakan kebersihan diri
dan persekitaran dalam perniagaan.
8.1 mengenal pasti contoh mikroorganisma.
8.1.1 menyatakan maksud mikroorganisma.
8.1.2 mengenal pasti jenis-jenis mikroorganisma iaitu bakteria, virus, fungi, protozoa dan alga.
8.1.3 memerihalkan kulapuk roti sebagai satu contoh mikroorganisma melalui aktiviti dalam kumpulan. 8.2 mengenal pasti mikroorganisma
unisel dan multisel.
8.2.1 menyatakan maksud mikroorganisma unisel dan multisel. 8.2.2 melukis dan melabel contoh mikroorganisma unisel dan
multisel.
8.2.3 mengelaskan contoh mikroorganisma kepada unisel dan multisel melalui persembahan multimedia.
8.3 mengenal pasti kesan mikroorganisma dalam kehidupan harian.
8.3.1 menyatakan contoh mikroorganisma yang memberi faedah kepada manusia seperti yis dalam pembuatan roti, bakteria Bacillus dalam pembuatan dadih susu; dan penghasilan baja kompos daripada sisa domestik oleh bakteria dan fungi.
8.3.2 menyediakan doh dengan menggunakan yis.
8.3.3 menyatakan kesan mikroorganisma berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia seperti demam, cirit birit dan penyakit kulit.
12
UNIT 3: SAINS FIZIKAL
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
9.0 Mengetahui pelbagai bentuk tenaga dan sumbernya.
EK: mengenal pasti peluang dan peka kepada perkembangan
teknologi hijau dalam perniagaan.
EK: menyedari peluang dalam perniagaan melalui inovatif dan rekacipta.
9.1 mengenal pasti pelbagai bentuk tenaga.
9.1.1 menyatakan maksud tenaga.
9.1.2 menyenaraikan pelbagai bentuk tenaga melalui aktiviti.
9.2 mengenal pasti sumber pelbagai bentuk tenaga.
9.2.1 memadankan pelbagai bentuk tenaga dengan sumbernya. 9.2.2 meramalkan keadaan kehidupan manusia sekiranya tiada
sumber tenaga elektrik.
9.3 mengenal pasti Matahari sebagai sumber tenaga utama.
9.3.1 menyatakan Matahari sebagai sumber tenaga utama kepada semua sumber tenaga yang lain melalui persembahan multimedia.
9.3.2 memberi contoh-contoh alatan yang menggunakan tenaga solar dalam kehidupan harian melalui aktiviti dalam kumpulan.
9.4 mengenal pasti perubahan bentuk tenaga dalam kehidupan harian.
9.4.1 menyatakan tenaga boleh berubah bentuk.
9.4.2 menyatakan perubahan bentuk tenaga oleh alat pengubah tenaga seperti lampu suluh, televisyen, kipas, jam loceng. 9.4.3 mengenal pasti alat pengubah tenaga yang lain dengan
13
UNIT 4: SAINS BAHAN
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
10.0 Memahami jirim. 10.1 Mengenal pasti tiga keadaan jirim.
10.1.1 menyenaraikan contoh-contoh bahan pepejal, cecair dan gas dalam kehidupan harian.
10.1.2 membezakan tiga keadaan jirim berdasarkan sifat-sifat fizikal melalui persembahan multimedia.
10.1.3 membandingkan tiga keadaan jirim berdasarkan susunan dan pergerakan zarah-zarah dan memerihalkan melalui main peranan.
10.1.4 memerihal perubahan keadaan jirim semasa proses pembekuan, peleburan, pendidihan, kondensasi, dan pemejalwapan.
14
UNIT 5: TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
11.0 Memahami tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
EK: Menggunakan sumber yang pelbagai /sumber kitar semula/ sumber alternatif untuk
menghasilkan sesuatu produk dalam perniagaan.
11.1 menerangkan tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
11.1.1 menyatakan maksud tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
11.1.2 memberi contoh tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui melalui
persembahan multimedia.
11.1.3 membina sebuah model dapur solar yang efisien daripada bahan terbuang melalui aktiviti dalam kumpulan.
11.1.4 memerihalkan kebaikan dapur solar berbanding dapur konvensional dari aspek kesannya kepada alam sekitar.
20