• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cabaran Globalisasi Dalam Memahami Keper

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Cabaran Globalisasi Dalam Memahami Keper"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Cabaran Globalisasi Dalam Memahami Keperluan

Waqi’

Kehidupan

Dan Pendidikan Islam: Satu Sorotan

1

Farah Farhana Rosli, 2 Mohd Anuar Ramli, 3Nordiana Asra A. Rahim, & 4Noraziah Ahmad Nadzim 1,2Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

3

Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya 4

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia

[email protected]

Abstrak: Kepantasan perkembangan teknologi kini menjadikan Malaysia semakin maju dan kian menghampiri Wawasan 2020 setelah hampir dua dekad merancang. Hasrat tersebut bertujuan menggerakkan perkembangan dan pembangunan negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial, rohani, dan psikologi. Bagi merealisasikan hasrat ini, semua aspek kehidupan dan minda mestilah maju ke hadapan dan bergerak seiring dengan arus kemodenan serta kemajuan terkini. Namun kecanggihan teknologi komunikasi telah membawa kepada cabaran yang besar terhadap dunia masa kini. Perubahan tersebut secara tidak langsung menyerap masuk arus globalisasi dalam semua skop kehidupan khususnya bidang pendidikan. Resapan berkenaan mendatangkan kepincangan dalam proses didikan, bimbingan, dan latihan kepada pelajar bercanggah dengan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan khususnya dalam aspek pembangunan dan pemantapan rohani. Sewajarnya kehadiran globalisasi dilihat dari sudut yang positif sebagai penambahbaikan dan dapat memberi modifikasi baru dalam membantu memantapkan sistem efikasi pendidikan Islam masa kini. Penambahbaikan tersebut juga seharusnya berupaya meningkatkan intelektual, emosi, jasmani, rohani, dan sahsiah kendiri pelajar dalam menjadi individu yang bertamadun dan berperibadi mulia. Oleh yang demikian, dalam membantu peningkatan keupayaan tersebut guru Pendidikan Islam sewajarnya perlu memahami dan meneliti wa i semasa supaya dapat diadun dengan konsep pendidikan untuk menghadapi cabaran globalisasi. Berdasarkan sorotan literatur yang ada, penulis melihat pemahaman dan penguasaan fiqh al-wa i dengan baik mampu mendominasi arus globalisasi dan membentuk peribadi serta akhlak yang mapan dalam mendepani cabaran. Justeru, artikel ini akan mengupas dengan terperinci tentang konsep globalisasi dalam kehidupan di samping mengaitkannya dengan kefahaman al-waqi untuk meneraju kehidupan dan pendidikan berteraskan Islam. Penerapan fiqh al-wa i dalam Pendidikan Islam yang disesuaikan dengan keperluan abad ke-21 turut diteliti dalam membantu kehidupan umat Islam. Situasi ini selaras dengan apresiasi Falsafah Pendidikan Islam yang memartabatkan pendidikan Islam

sebagai agen sosialisasi masyarakat dalam pembinaan akhlak, pemikiran, dan budaya hidup umat Islam amnya. Kata kunci : globalisasi, fiqh al-wa i, pendidikan Islam

(2)

Pengenalan

Pembangunan dan perkembangan tamadun dunia menjadikan manusia saling bergantung antara satu sama lain. Kemajuan teknologi yang dimiliki juga membuatkan manusia menyebar luaskan kepakaran dan pengetahuan yang ada. Malaysia turut mengambil peluang berkongsi dan mempelajari teknologi baru dengan membuat perancangan dan penelitian terhadap sesuatu perkara. Kepesatan budaya saintifik dan teknologi ini menghasilkan gelombang globalisasi antara satu sama lain. Fenomena ini merupakan perkembangan yang amat penting dan membawa implikasi yang pelbagai kepada manusia khususnya umat Islam dalam bidang politik, ekonomi, sosio-budaya, dan pendidikan.

Menurut Fauzi et al.(2009), dominasi Barat ke atas dunia mendatangkan cabaran baru kepada masyarakat dunia membangun dan dunia mundur dalam membentuk budaya dan identiti diri. Pengaruh

atas tiket pe je a aa global e yebabka

masyarakat menjadi leka dan hanyut dengan propaganda yang sengaja dicetuskan. Namun adalah tidak wajar jika kita melarikan diri daripada fenomena ini kerana ia melanda keseluruhan dunia. Cabaran yang mendatang seharusnya diatasi sebaik mungkin agar kita tidak kehilangan jati diri kepada kuasa-kuasa besar yang berhasrat menjadikannya sebagai neo-kolonalisme.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam dijadikan tonggak dalam mendidik dan membimbing generasi muda supaya kental dalam pembangunan dan pemantapan identiti diri. Sewajarnya kehadiran globalisasi dilihat sebagai suatu cabaran yang menambah baik dan memberi modifikasi baru dalam membantu memantapkan sistem efikasi pendidikan Islam masa kini. Penambahbaikan tersebut juga seharusnya berupaya meningkatkan intelektual, emosi, jasmani, rohani, dan sahsiah kendiri pelajar dalam menjadi individu yang bertamadun dan berperibadi mulia.

Pernyataan Masalah

Globalisasi yang melanda negara wajar ditangani dengan berhati-hati dan lebih terperinci dalam membantu penghayatan masyarakat Islam mengamalkan ajaran dan budaya Islam dalam kehidupan. Justeru melalui sistem pendidikan,

falsafah yang sedia ada berperanan dalam menguatkan serta memantapkan proses pentarbiahan dalam generasi muda dengan memberi bimbingan dan pengajaran sebagai persediaan dalam menangkis arus globalisasi.

Tujuan Kajian

Perbincangan artikel ini adalah berkisar tentang konsep globalisasi dan cabaran yang dihadapi dalam memahami wa i kehidupan dan pendidikan Islam terutamanya. Kefahaman dan penguasaan fiqh

al-wa i dalam kehidupan membantu masyarakat Islam

dalam menghadapi arus globalisasi.

Objektif Kajian

Dalam menghasilkan penulisan artikel ini, penulis berpandukan kepada tiga objektif utama iaitu: 1. Meneliti konsep globalisasi yang meresap

masuk dan mempengaruhi sistem kehidupan kini

2. Menjelaskan penguasaan fiqh al-wa i dalam memahami realiti kehidupan semasa

3. Melihat cabaran globalisasi dalam memahami wa i pendidikan Islam

Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian turut dijadikan panduan penulis dalam memandu proses penghasilan artikel ini iaitu:

1. Apakah konsep globalisasi dalam sistem kehidupan?

2. Apakah konsep fiqh al-wa i dalam memahami realiti kehidupan semasa?

3. Apakah cabaran globalisasi dalam memahami wa i pendidikan Islam?

Metodologi

Dalam menentukan keberhasilan artikel ini, penulis menggunakan beberapa metode.

Penyelidikan Perpustakaan

(3)

lalu. Penulis mengaplikasikan penggunaan bahan dari buku, tesis, jurnal, majalah dan internet yang berkaitan dengan cabaran globalisasi dalam realiti pendidikan negara khususnya dalam Pendidikan Islam.

Dokumentasi

Penulis menggunakan kaedah ini bagi membincangkan secara terperinci tentang cabaran globalisasi kepada masyarakat dalam memahami dan menguasai kefahaman wa i negara untuk membantu peningkatan akhlak, rohani, jasmani, emosi, dan intelek mereka. Penghayatan ini perlu diadun dan dicerna dalam diri pelajar supaya menjadi benteng pertahanan kendiri menangani arus globalisasi.

Metode Penganalisisan Data

1. Metode komparatif: Metode ini digunakan bagi membandingkan data dan maklumat yang diperoleh dari pelbagai sumber berkaitan tajuk yang dikaji.

2. Metode induktif: Penghasilan artikel ini juga melihat kepada perincian kajian secara terperinci bermula dari konsep umum globalisasi yang membawa kepada perkaitan dengan realiti fiqh al-wa i dalam pendidikan.

3. Metode deduktif: Penulis turut menggunakan metode ini bagi menganalisis cabaran dan kesan globalisasi dalam dunia pendidikan dan kesimpulan berkaitan dengan skop yang dikaji.

Konsep Globalisasi: Perspektif Islam dan Barat

Istilah globalisasi sering kali dikaitkan dengan aspek ekonomi. Walau bagaimanapun, kewujudan globalisasi turut dilihat dalam aspek politik, sains dan teknologi, kebudayaan, kesenian, ideologi dan pendidikan. Perkataan globalisasi menurut Kamus Dewan berasal daripada perkataan global yang membawa maksud dunia, luas, menyeluruh dan sejagat. Ia ditakrifkan sebagai dunia tanpa sempadan (borderless world), perkampungan dunia (global village) dan langit terbuka (open sky) (Shamsul & Hamzah, 2004). Faktor utama berlakunya globalisasi

adalah kerana ledakan teknologi tinggi dan canggih serta tamatnya perang dingin – tiada lagi sekatan ideologi serta globalisasi juga mudah berlaku tanpa saingan serta faktor peredaran zaman yang menggalakkan globalisasi meletus.

Ha idah & Sa aa e yataka

globalisasi adalah suatu siri aktiviti yang berperingkat iaitu memecahkan sempadan geografi dan menukarkan dunia ini kepada satu unit global manakala prosesnya berlaku berterusan dan keadaannya tidak statik. Asi & Mahe pula menambah globalisasi adalah satu fenomena multi-dimensi yang meliputi aspek ekonomi, politik, ideologi dan budaya dan tidak tertumpu kepada aspek ekonomi sahaja.

Menurut Hamad (2012) globalisasi adalah satu proses pengaliran global yang menggabungkan pelbagai aspek dan beliau berpendapat globalisasi dalam Islam menumpukan kepada empat bidang utama iaitu ilmu, ekonomi, agama dan sains. Beliau juga berpendapat bahawa globalisasi banyak memberi kesan kepada ekonomi dan hanya aspek tertentu sahaja meliputi bidang politik dan sosial. Pendapat ini juga seiring dengan pandangan Pusat Kajian Globalisasi Dan Serantau CSGR, Universiti Warwick, England yang bersetuju bahawa globalisasi adalah satu himpunan proses. Selain itu, pusat kajian ini turut menegaskan bahawa globalisasi tidak hanya tertumpu kepada bidang ekonomi sahaja. Menurut Mahathir Mohamad (2000) globalisasi menggabungkan semua negara menjadi satu entiti serta menekankan aliran bebas modal dan perdagangan bagi barangan dan perkhidmatan. Penulis berpendapat bahawa Mahathir Mohamad turut memberi penekanan yang mendalam terhadap globalisasi yang menjurus kepada bidang ekonomi.

(4)

Berdasarkan pandangan sarjana di atas, penulis menyimpulkan globalisasi adalah berkait rapat dengan semua aspek kehidupan selari dengan pendapat yang dikemukakan Buckley (2013) bahawa globalisasi adalah fenomena yang sedang berlaku di seluruh dunia meliputi aspek ekonomi, politik, pendidikan, kebudayaan malah keagamaan (Jaenudin, 2012). Walau apa sahaja takrif yang diberikan kepada globalisasi, ia bukanlah perkara baru malahan ia cuma diberi nama dan nafas baru dalam perubahan zaman ini.

Al-Qardhawi menyatakan bahawa globalisasi telah mewujudkan satu cabaran baru kepada dunia kerana ia telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap dunia. Namun begitu, ia bukanlah satu proses baru memandangkan Islam itu sendiri adalah agama yang universal dan fleksibel untuk sepanjang zaman. Perlaksanaan konsep persaudaraan Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W antara golongan ansar dan muhajirin, kesatuan kiblat dan kitab suci, ketauhidan dan sistem peribadatan juga melibatkan persefahaman sejagat yang membentuk masyarakat global umat Islam (Hamad, 2012).

Berdasarkan huraian di atas, penulis berpendapat bahawa Islam tidak menolak secara bulat-bulat terhadap pembaharuan yang dijalankan sebaliknya mestilah mempunyai asas pengetahuan yang mencukupi bagi menghadapi apa jua situasi yang mendatang dalam kehidupan kita. Justeru, umat Islam mestilah mempunyai daya pemikiran yang tinggi dan berusaha memiliki ilmu agar dapat berdepan dengan segala cabaran yang melanda dunia Islam masa kini. Semangat persaudaraan dalam Islam juga amatlah dititik beratkan bagi membentuk kesatuan Ummah agar menjadi lebih kuat dalam menghadapi cabaran globalisasi ini.

Berdasarkan perbincangan sejarah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa globalisasi Barat juga bertujuan menyebarkan lagi ajaran Kristian dengan bercirikan penguasaan ke atas aspek ekonomi dan politik untuk mengembangkan lagi saluran jajahannya. Justeru, ideologi Barat terhadap globalisasi perlulah diberi perhatian yang serius agar anak muda kini tidak leka dengan budaya dan kesan globalisasi ini dengan menjalankan perintah agama Islam serta berusaha untuk menimba ilmu berdasarkan penghayatan yang tinggi terhadap ajaran Islam.

Penguasaan Fiqh Al-

Waqi’ dala Kehidupa

Dalam menyusun kehidupan manusia supaya menjamin kebahagiaan dan kemaslahatan, peranan

fiqh tidak dapat dinafikan lagi. Ilmu fiqh merupakan sebahagian cabang amalan dan ilmu berasaskan daripada al-Quran dan al-Sunah yang dipelajari, dikaji, diperhalusi dan disebarkan bagi memandu kehidupan umat Islam. Namun realiti kini terdapat miskonsepsi dalam pengajian ilmu fiqh yang dianggap hanya bertumpu kepada penghayatan agama, berpisah dari gerak kerja dan amalan kehidupan masyarakat, dan tidak disuaikan dengan keperluan masa dan tempat. Maka sewajarnya, perbahasan ilmu fiqh al-wa i disebar luaskan supaya masyarakat memahami dan mengamalkan fiqh dalam konteks yang bersesuaian dengan budaya tempatan tanpa meminggirkan nilai dan konsep serta prinsip asas dalam Islam.

Justeru dalam memahami pengertian fiqh, para sarjana sepakat meletakkan fiqh sebagai memahami, mengetahui atau bijaksana tentang sesuatu terutamanya dalam ilmu agama (dasar dan tunjang bagi setiap ilmu). Bahkan fiqh juga dinisbahkan kepada pemahaman yang jelas dan benar dalam ilmu syariah dan hukum-hukumnya termasuk ilmu usuluddin berdasarkan dalil tafsili yang diperolehi dari metode tertentu (Abdul Kareem Zaidan, 2014; al-Asnawi, 2008; al-Qardhawi, 1999; Muhammad,1997). Peranan fiqh berdasarkan firman Allah swt dalam surah Al-Hasyr 59:7 (mematuhi perintah dan larangan yang dibawa oleh Nabi saw). Menurut Abdul Kareem Syarf Ad-Deen,1985. Fiqh

merangkumi hukum-hukum perbuatan yang disebut dalam al-Quran, as-Sunnah dan apa yang ditawassulkan dengannya oleh para mujtahid da ipada aul, pe buata sahabat, tabi i , da i a -imam mujtahid apabila tidak terdapat nas yang qat ie dalam kitabullah. Ilmu fiqh juga menjaga hukum-huku sya ie a aliah ya g te ka du g dala al -Quran, as-Su ah, ij a , iyas, atau a a-mana dalil yang lain serta kumpulan hukum-hukum dan pe asalaha sya ie ya g te hasil pada ya sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Luqman 31:11 (semua yang ada di bumi ini adalah ketentuan Allah).

(5)

menanggung realiti semasa amat penting tanpa meminggirkan nilai-nilai insan (Supardin, 2014). Pemahaman tentang realiti dan fenomena yang berlaku dalam ruang litup kehidupan dapat dilihat dengan pancaindera yang mempunyai kesan positif dan negatif pada individu dan masyarakat. Dalam memahami al-waqi عقاولا) iaitu realiti dan fenomena semasa dalam keadaan dan situasi kehidupan manusia yang menyentuh pelbagai perkara merangkumi segala aspek. Ilmu fiqh al-wa i adalah mengkaji tentang pemahaman bebas dan rasional keadaan semasa yang membahaskan realiti dan fenomena sebenar berdasarkan faktor-faktor yang mendatangkan kesan kepada masyarakat dan individu, kenegaraan, pemikiran dan mengubah kepercayaan serta amalan kerana tuntutan keperluan semasa negara (Al-Qaradhawi, 2008; Ah ad Bu ud, 06; Al-Nadwi, 1998).

Prinsip yang Mendasari Pemahaman al-

Waqi’

Kehidupan manusia dikelilingi dan dibina dengan tamadun dan teknokrat zaman. Hasil daripada kemajuan ilmu pengetahuan dan sains teknologi menyebabkan munculnya pelbagai peristiwa dan fenomena berlaku dengan nilaian dan tafsiran masyarakat yang subjektif (Supardin, 2014). Setiap perkara yang menyentuh tentang isu-isu dalam syariah terutamanya fenomena baharu dalam aspek ibadat, muamalat, akhlak, perundangan, dan kenegaraan mempunyai solusi penyelesaiannya bersesuaian dengan keadaan manusia. Dalam surah al-Baqarah 2:286, Allah swt menjelaskan bahawa seseorang hamba itu tidak akan dibebani untuk melakukan perkara yang berada di luar kemampuan. Sehubungan itu, wajarlah bagi hamba-Nya untuk patuh dan bertakwa kepada Allah swt dengan sedaya upaya (surah at-Taghaabun 64:16). Firman Allah itu jelas menzahirkan kefahaman tentang Islam sebagai fiqh kemampuan (ةعاطتساا هقف atau نكمملا هقف) yang tidak memberati umatnya dengan perkara di luar kesanggupan dan kemungkinan kerana konsep syariah itu adalah memberi kemudahan, menghindari kemudharatan, dan menjauhkan kesukaran yang membawa pelbagai bentuk kefahaman istilah fiqh

dalam semua situasi. Seperti mana yang dijelaskan,

fiqh al-wa i amat diperlukan dalam konteks

kehidupan melitupi semua aspek. Mahmood Zuhdi (2010) dan Sidek Baba (2009a) meletakkan keperluan

fiqh al-wa i ini sebagai memenuhi maslahat umat berhubung dengan dharuriyat, haajiyat, dan tahsiniyat selagi mana ianya menuruti prinsip dan asas yang telah ditetapkan oleh para fuqaha.

Era globalisasi dan pengaruh Barat kini menyebabkan umat Islam menjadi leka dan hanyut dengan budaya dan ideologi yang keterlaluan sehingga gagal mengimbangi dan membezakan antara hak dan batil. Wan Ji Wan Hussin (2014), Sidek Baba (2009b), dan Rosnani Hashim (2002) menyimpulkan umat Islam kini kian longgar pegangan agamanya kerana pengaruh dan desakan halus pihak Barat dalam kehidupan. Nasrul Hisyam (2004) dalam meneliti pandangan al-Qaradawi menyifatkan kepentingan fiqh al-wa i dalam kehidupan adalah sebagai pelaksanaan ajaran Islam yang menyeluruh, fleksibel dan anjal dalam setiap keadaan. Berdasarkan himpunan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi saw, jelas menunjukkan setiap perkara mengandungi hikmah, kebaikan dan peringatan untuk manusia. Justeru menurut Badri Khairuman (2013) dan al-Qaradawi (2008) pemahaman fiqh al-wa i sebenarnya memberi kemudahan dan keringanan dalam perkara yang bermanfaat tanpa membelakangkan prinsip dan asas fiqh yang sedia ada.

Elemen yang Mendasari Pemahaman dan

Penguasaan

al-

Waqi’

Fenomena keperluan menuntut kepada perubahan meliputi segenap aspek. Hukum fiqh juga tidak terkecuali mengalami perubahan bersesuaian dengan kaedah fiqhiyyah روصت نع ع ف ءيشلا ي ع مكحلا

(menghukum ke atas sesuatu adalah suatu gambaran terhadapnya) ); ام أا يغتب اكحأا يغت ك ي ا (perubahan hukum tidak dapat diingkari ekoran berubahnya masa); dan ة كحم ةداعلا (adat itu boleh dijadikan sebagai hukum) dijadikan asas sandaran kepada realiti yang berlaku (Supardin, 2014; Chozin, 2012).

(6)

nilai-nilai agama, sosial, universal, dan kehidupan dalam diri penganutnya bagi melengkapi pola kehidupan sebagai manusia dan hamba kepada Pencipta bersandarkan realiti yang ada dan jauh dari khayalan. Pemahaman fiqh yang mantap membentuk akhlak yang sederhana dan seimbang dalam kehidupan individu dan masyarakat.

Hal yang sama dianjurkan oleh Ja al Atiyyah & al-Zuhayli (2000) yang menegaskan perlunya pembaharuan dalam fiqh demi menyesuaikan kehidupan manusia agar sentiasa berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Pembaharuan itu seharusnya meraikan perkara-perkara yang tsabit (tetap) dan perkara yang berubah di samping memahami perkara yang memerlukan perubahan dan yang statik. Setiap yang dirai dan difahami itu perlu berlandaskan al-Quran, as-Su ah, ij ak, iyas, istihsa , istislah, u f, mazhab para sahabat, dan istishab mengikut susunan dan aturannya (al-Zuhayli, 2000). Dalam perkara tajdid fiqh i i Atiyyah e egaska te dapat

golongan yang hanya berpegang kepada fiqh sahabat da tabi i se ta e olak azhab i a ya g e pat iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali. Bahkan terdapat juga golongan yang berpegang kepada perundangan manusia yang dilabelkan sebagai memenuhi keperluan semasa masyarakat moden kini. Walau bagaimana pun, al-Qaradawi meletakkan pendekatan tawassuth (sederhana) sebagai yang terbaik dalam melengkapi kehidupan Muslim. Malahan pendekatan ini turut dipakai oleh semua fuqaha dan mujtahid dari pelbagai zaman kerana manhaj ini memelihara perkara yang tetap dan meraikan perubahan semasa dengan asas maslahat bersandarkan kepada nas-nas yang muktabar (Badri Khairuman, 2013; Rumaizuddin ; Atiyyah & al -Zuhayli 2000; al-Qaradawi 1999).

Oleh yang demikian, pengkaji menyimpulkan aspek-aspek perubahan tersebut menjadi elemen-elemen yang menyokong pemahaman dan penguasaan ilmu al-wa i dalam diri umat Islam selagi ianya tidak mengubah perspektif keharmonian kehidupan manusia sejagat.

Cabaran Globalisasi dalam Memahami

Keperluan

al-

Waqi’

dalam Pendidikan Islam

Antara cabaran terbesar dalam mendepani globalisasi adalah fahaman sekularisme dan dualisme yang meresap masuk ke dalam sistem pendidikan.

Menurut Noor Hisham (2012) biar pun isu ini dianggap lapuk dan berulang-ulang oleh segelintir pihak namun ianya tetap menjadi ancaman yang berabad lamanya meski pun diperbahaskan oleh para sarjana Islam. Pelbagai langkah penyelidikan dan cadangan persidangan diambil bagi memastikan hasilnya, namun hasilnya tidak begitu memuaskan. Sikap kebergantungan dan kejumudan umat Islam sendiri menyebabkan lemas dalam gelombang globalisasi. Walhal globalisasi adalah ciptaan manusia yang boleh memberi dominan positif kepada manusia sekiranya bijak dalam memanfaatkannya. Rentetan perbincangan dan perdebatan sarjana dalam pelbagai bidang khususnya pendidikan Islam, mewujudkan pemahaman tentang konsep global yang melingkari umat Islam terutamanya. Namun ianya seakan tidak memperlihatkan jalan penyelesaian dalam mengubah kemelut ini. Justeru pendekatan kefahaman al-wa i berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah cuba diketengahkan dengan memperincikan konsep fiqh al-wa i dalam memacu kehidupan global umat Islam.

Dalam pada itu, menurut Rosnani Hashim (2007) pendirian umat Islam terhadap isu ketidakneutralan ilmu sains moden menjadi perbahasan hebat dalam kalangan para sarjana Islam semasa juga tidak berapa jelas walau pun implikasinya kepada sistem pendidikan umat amat besar. Ini kerana sesuatu pembaharuan sukar diterima umum kerana kebanyakan manusia lebih menyukai status quo terutamanya dalam realiti masyarakat Islam yang gagal memahami konsep dan falsafah Pendidikan Islam sebagai salah satu sub sistem dalam keseluruhan sistem syariah Islam (Noor Hisham, 2012).

Dualisme dalam Sistem Pendidikan

(7)

sekular ini bukan bererti agama tidak langsung diajarkan bahkan agama diajarkan sebagai satu subjek dan tidak mampu menimbulkan satu fahaman terhadap pemikiran Islam yang lengkap malah subjek tersebut dilihat terpisah dengan mata pelajaran yang lain. Oleh itu tidak wujudnya mata pelajaran agama tersebut merentasi disiplin ilmu yang lain.

Dualisme yang dimaksudkan dalam pendidikan ialah kurikulum yang memisahkan di antara pengajaran agama (kerohanian) dengan disiplin-disiplin ilmu akal di mana wujudnya dua sistem yang berjalan seiring, masing-masing membentuk kepentingan masing-masing sehingga tidak wujud kemungkinan kedua-duanya bertemu apatah lagi bersepadu (Douglass & Shaikh (2004). Daripada pandangan di atas dapat diringkaskan bahawa tidak mungkin sistem Islam yang benar-benar Islamik dapat dijalankan selagi mana sistem ini masih lagi berada sebumbung dengan sistem pendidikan sekular. Ini selari dengan pandangan Nawi (2012) yang menyatakan bahawa untuk menegakkan sistem pendidikan Islam harus diruntuhkan terlebih dahulu sistem sekular yang ada.

Selain itu, penulis juga berpandangan di dalam pendidikan hari ini matlamat belajar adalah lebih kepada untuk lulus periksa dan mendapat ijazah yang paling tinggi dan cemerlang tetapi dalam Islam yang lebih diutamakan ialah mencari kebenaran menerusi ilmu kerana kebenaran ilmu akan menjadikan manusia berjaya di dalam hidupnya dan seterusnya akan dapat menghampirkan diri dengan Penciptanya. Ini selari dengan pandangan Nawi (2012) yang menyatakan bahawa disebabkan disiplin akal terlalu ditekankan di dalam peperiksaan, akibatnya mata pelajaran agama tidak diberi peruntukkan sewajarnya. Oleh itu akan lahirlah nanti dua kumpulan generasi muda yang mana satunya terlalu mementingkan daya intelek tanpa penghayatan agama dan kerohanian manakala kumpulan yang kedua ahli agama yang langsung tidak menguasai asas-asas ilmu dari disiplin akal seperti ilmu matematik, sains dan teknologi maklumat (ICT).

Pendidikan Islam dan Gejala

Keruntuhan Akhlak

Menurut Othman et al. (2014), pendidikan adalah merupakan proses pemupukan serta peningkatan

kesedaran di dalam diri manusia sehingga terserlah fitrah, bakat, potensi dan nilai-nilai insaniah. Nilai-nilai yang baik akan menjadi petunjuk bagi segala tingkah laku manusia. Manakala Sidek Baba (2009b) pula menyatakan bahawa matlamat yang dingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Islam itu sendiri ialah kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Namun dari sudut realitinya matlamat yang ingin dicapai tersebut pada pandangan penulis agak sukar untuk dicapai bahkan menghadapi cabaran yang begitu hebat khususnya dalam era globalisasi ini. Masalah keruntuhan akhlak seperti zina, rogol serta kegagalan remaja Islam untuk melaksanakan tuntutan asas sebagai seorang Islam telah menimbulkan kesangsian masyarakat terhadap pendidikan Islam itu sendiri sedangkan Rohizan et al. (2012) mengatakan proses didikan Islam adalah untuk melatih akal, jasmani, rohani, dan emosi berasaskan sumber wahyu al-Quran dan as-Sunnah dan pengalaman ilmuan muktabar yang lain dalam melahirkan insan soleh dan bertanggungjawab.

Justeru, daripada pernyataan di atas penulis dapat merumuskan bahawa matlamat utama pendidikan Islam itu sendiri adalah untuk melahirkan individu muslim yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti luhur yang dapat memakmurkan alam ini dan memikul amanah selaku khalifah berlandaskan hukum Allah yang digariskan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ini bertepatan dengan perutusan Nabi Muhammad SAW selaku Rasul Allah untuk membentuk akhlak dan peribadi seluruh umat manusia. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“esu gguh ya aku diutuska u tuk e ye pu aka akhlak.

(8)

bagaimanapun, pada pandangan penulis globalisasi lebih meninggalkan kesan yang merisaukan ke atas umat Islam di negara ini khususnya. Cara hidup, nilai dan amalan harian juga semakin berubah. Ini selari dengan pandangan Halstead (2007) yang menyatakan bahawa materialisme dan individualisme telah menular dengan hebatnya di dalam masyarakat hari ini. Manakala kejayaan sering diukur berasaskan kebendaan dan bukan kepada pembangunan diri dan akidah itu sendiri.

Kekurangan dan kecetekan agama adalah faktor utama berlakunya gejala sosial dalam kalangan masyarakat Islam hari ini. Mereka kurang memahami konsep keimanan kepada Allah dan Rasul yang seharusnya menjadi benteng kepada kemaksiatan. Pemahaman masyarakat terhadap Islam sebagai satu Din yang syumul ataupun sekadar memahami Islam sebagai masyarakat sekular memahami agama dalam ruang lingkup yang sempit wajar dipersoalkan (Jaenudin, 2012). Selain itu, kewujudan bahan-bahan negatif dari majalah hiburan, surat khabar hiburan, cakera padat, TV, radio dan internet telah menimbulkan masalah yang serius kepada perkembangan anak-anak muslim hari ini. Remaja malah orang dewasa sekali pun mudah terjebak dan terjerumus ke lembah maksiat disebabkan pendedahan negatif ini (Buckley, 2013).

Oleh yang demikian, penulis merumuskan bahawa kemajuan dalam bidang informasi dan teknologi juga merupakan jalan memudahkan pencerobohan perkara negatif ke dalam nilai-nilai ke-Islaman dan ketimuran yang dipegang oleh masyarakat kita. Masyarakat hanyut dalam budaya keseronokan melampau tanpa mempedulikan nilai-nilai murni dan akhlak Islam yang mulia. Hamidah &

Sa aa e egaska pe yelesaia da hu aia

berkaitan penyalahgunaan dadah, masalah disiplin, materialisme dan sekularisme yang membawa kepada krisis kehidupan moden haruslah berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Allah SWT berfirman di dalam Surah at-Tin 95:4 yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang

sebaik-aik ya…

Sebagai kesimpulannya, nilai dan akhlak dalam Islam meliputi segenap aspek kehidupan.

Individu muslim yang beriman kepada Allah SWT perlu melaksanakan semua tuntutan yang digariskan oleh Islam. Kefahaman dan keupayaan seorang muslim terhadap ajaran Islam yang menyeluruh mampu menjadikan mereka rasional dalam membuat pertimbangan dalam menghadapi dan menangani permasalahan keruntuhan akhlak di dalam masyarakat terutamanya di dalam arus globalisasi hari ini.

Percambahan Ideologi

Selepas berakhirnya blok komunis Soviet Union dalam era perang dingin antara dunia, tiada lagi kedengaran sekatan ideologi ke atas negara-negara yang lain. Ini menyebabkan negara Barat khususnya Amerika terus mengambil peluang menyebarkan doktrin dan fahaman mereka ke atas yang lain Buckley (2013). Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Menurut Zubaidi (2006) terdapat tiga elemen penting yang harus ada dalam mana-mana gerakan perubahan sosial iaitu sistem sedia ada telah korup dan rosak, sehingga majoriti rakyat mudah diyakinkan bahawa ia perlu ditukar, kehebatan ideologi atau sistem pemerintahan baru yang ditawarkan sebagai alternatif bagi menumbangkan sistem lama yang menekan dan menzalimi rakyat, dan kemunculan pemimpin yang berkarisma.

(9)

Justeru, menurut Rosnani & Rossidy (2000) pada permulaan abad ke-20 telah berlaku beberapa perubahan yang bersifat kebangkitan dan pembaharuan dalam Islam. Kelahiran gerakan-gerakan Islam seperti salafiyah dan modernis di negara-negara Asia Tenggara khususnya tidak dapat diterima oleh masyarakat secara menyeluruh. Ini kerana berlakunya percanggahan pemikiran dalam melaksanakan sesuatu perkara meski pun pada dasarnya adalah jelas berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah.

Namun begitu, kewujudan pelbagai krisis dan keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat remaja khususnya umat Islam kini berada pada tahap yang membimbangkan. Rentetan itu, satu diskusi ilmiah iaitu Ko g es Pertama Rejuvenasi Pendidikan Me a tabatka I sa ya g dia ju ka oleh Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia dan Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Perak telah membincangkan sejauh mana kewajaran sistem pendidikan kini disemak semula untuk memastikan masyarakat khususnya remaja Islam tidak terpesong daripada ajaran dan tuntutan Islam dan dapat membentengi diri dari gejala-gejala negatif Barat (http://www.harakahdaily.com.my - 11 Julai 2009).

Sehubungan itu, dalam menghadapi cabaran globalisasi ini aliran materialisme, atheisme, dan hedonisme amat kuat mencengkam masyarakat. Mereka lebih percaya kepada kekuasaan kebendaan yang menyebabkan mereka hanyut dan leka dengan budaya keseronokan melampau tanpa memperdulikan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia. Oleh yang demikian, penyakit ini hanya boleh diubati dengan menyuntik kembali asas-asas tauhid iaitu kepercayaan kepada Tuhan yang Esa (Othman et al., 2014). Di samping itu, pihak Barat juga telah memasukkan ideologi M Do aldisatio iaitu materialisme, hedonistik, individualistik, westernisasi, dan nasionalisme sempit dalam minda dan fahaman masyarakat Islam umumnya sebagai usaha untuk menghakis nilai dan jati diri Islam secara dalaman.

Penularan ini jelas membimbangkan umat Islam khususnya kerana setiap kejayaan hanya diukur berasaskan kebendaan dan bukannya pada pembangunan diri dan akidah (Halstead, 2007). Hal yang demikian telah dinyatakan oleh Banks (2009) di mana budaya tersebut menimbulkan implikasi yang

dapat menyegarkan pancaindera dan mematikan rohani di samping menyebarkan budaya pengguna yang bertentangan dengan nilai kerohanian dan merendahkan martabat insan.

Oleh itu penulis berpendapat, meskipun banyak persidangan dan perbincangan yang telah dicapai ia tidak akan memperoleh keberkesanan seperti yang diharapkan ekoran daripada pencampuran sistem dualisme dan sekuralisme yang menyelinap masuk dalam institusi pendidikan Islam kini. Ini kerana manusia dalam pendidikan sekular, gambaran dan coraknya diserahkan kepada pandangan majoriti iaitu kepada cita-cita dan keinginan seseorang atau kelompok semata (Rosnani,2014; Rosnani, 2002). Justeru, pendidikan Islam sejak dahulu lagi berusaha untuk membangun dan memantapkan lagi fitrah tauhid dalam diri anak didik.

Teknologi dalam Pendidikan Islam

Kelahiran teknologi maklumat telah mencorakkan perkembangan hidup yang mencabar dan berhadapan dengan pelbagai tuntutan baru. Dengan berlakunya pelbagai perkembangan baru seperti globalisasi, liberalisasi maklumat, ledakan ilmu pengetahuan melalui komputer dan multimedia, kurikulum pendidikan Islam perlu mengorak langkah ke arah matlamat yang lebih jelas dengan membantu para pelajar mengawal disiplin diri semasa mendalami ilmu teknologi maklumat. Justeru, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi merupakan pemangkin kepada arus globalisasi yang melanda dunia hari ini.

(10)

untuk mengasuh, memupuk dan menjelmakan kebaikan dalam diri insan (Rosnani & Rossidy,2000). Penulis berpendapat teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan sama seperti ilmu-ilmu yang lain. Bahkan, kepentingan alat dan matlamat juga perlu berjalan seiring dalam membangunkan personaliti pelajar supaya peka tentang pentingnya alat dan dalam masa yang sama tidak mengurangi matlamat pendidikan itu sendiri iaitu membentuk sahsiah dan sistem nilai yang baik.

Menurut Jaenudin (2012), kewujudan produk berteknologi tinggi ini juga turut menyebabkan berlakunya kepincangan dan keruntuhan akhlak remaja Islam khususnya. Penggunaan laman web lucah, pencetakan dan penjualan VCD lucah dan cetak rompak juga berleluasa hasil penyalahgunaan teknologi maklumat. Keadaan ini turut menyebabkan berlakunya pembanjiran maklumat yang tidak berguna dan boleh membantutkan usaha ke arah melahirkan manusia yang berilmu dalam mewujudkan budaya ilmu yang sihat. Menurut Shamsul et al. (2004) kesepaduan yang wujud antara teknologi maklumat dan kurikulum pendidikan Islam adalah sangat penting dan memainkan peranan dalam memahami konsep akidah dan syariat Islam untuk pembangunan diri seseorang dalam melakukan kebaikan. Oleh itu, kaedah pendidikan teknik dan vokasional bolehlah digabung jalinkan dalam kurikulum pendidikan Islam ini bagi meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar dan menambahkan keperluan negara. Justeru, tidak dapat dinafikan lagi teknologi dan vokasional adalah perkara yang seiring dalam memastikan kemajuan dan kemodenan sesebuah negara. Namun, kemajuan teknologi sahaja tidak mampu mengimbangi jati diri dan keutuhan nilai, akhlak dan moral seseorang individu (Rohizan et al., 2012)

Justeru, penulis berpendapat teknologi memang boleh membawa implikasi negatif dan positif terhadap sistem pendidikan dan peradaban manusia. Namun, kita perlulah mengimbangi situasi tersebut dengan akal yang diberikan dan bukannya berlandaskan nafsu semata. Teknologi juga merupakan satu kaedah yang bertujuan untuk memudahkan sesuatu perkara. Lantaran itu, umat Islam khususnya tidak seharusnya menolak teknologi secara langsung mahupun tidak bahkan ia sepatutnya digunakan bagi tujuan pembangunan ummah.

Kesimpulan

Secara sedar atau pun tidak, globalisasi menyelinap masuk ke dalam setiap aspek kehidupan. Islam secara amnya tidak menolak kemajuan dan kemodenan namun haruslah disertai dengan disiplin diri dan keimanan yang kuat dalam menghadapi arus ini. Meskipun pelbagai rintangan dan cabaran yang melanda, kesatuan hati dan fikiran mestilah wujud dalam setiap diri umat Islam. Kesepaduan ilmu adalah satu agenda besar yang terbaik yang harus didokongi oleh semua lapisan masyarakat Islam sedunia sebagai pra-syarat dalam mendidik generasi muda. Pemahaman dan penguasaan fiqh al-wa i

dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia adalah sesuatu yang penting dalam mengimbangi arus globalisasi yang melanda. Bahkan fiqh al-wa i perlu dipelajari oleh pelbagai lapisan masyarakat Islam bagi melahirkan generasi yang bertunjangkan iman kepada Pencipta. Namun tidak perlulah memahami dan mengetahui secara mendalam sebagaimana ahli dalam bidang pengajian Islam tetapi memadailah mengetahui hukum yang berkaitan dengannya bagi memudah dan melancarkan urusan kehidupan serta memastikan perjalanan hidup berada di atas landasan perkara-perkara yang dihalalkan oleh syarak dalam menempuh era globalisasi.

Rujukan

Asi al-aa aji & Mahe al-aa aji. . Al-Haajah ila manzur la taqlidi al-idaa i fi as al-aula ah fi al-ala al-a abi. Majalah al-Gha i Lil Ulu al -Ikhtisadiyah wa al-Idariah, 9(29).

Abdul Kareem Syarf Ad-Deen. 1985. Tarikh at-tasy i al-Islami. Kaherah: Dar Al-A abi.

Abdul Kareem Zaidan. 2014. Al-Wajiz fi usul al-fiqh. Damsyik: Muassasah al-Resalah.

Ah ad Bu ud. . Fiqh al-wa i usul wa dawa it . Kaherah: Dar al-Salam.

Al-Asnawi, Abdul Rahim al-Hasan. 2008. Al-Tamhid fi takhrij al-fu u ala al-usul.

Al-Nadwi, Ali Ah ad. . Al- awa id al-fiqhiyyah. Cet.4. Damsyik: Dar Al-Qalam.

(11)

Al-Qardhawi,Yusuf Abdullah. 1999. al-Fiqh al-Islami

baina al-asolah wa at-tajdid. Kaherah:

Maktabah Wahbah.

Baba, S. 2009 (a). Sinergi pendidikan tinggi islam serantau: cabaran dan prospek.

http://www.irep.iium.edu.my

Baba, S. 2009 (b). Tajdid ilmu dan pendidikan. Milenia Muslim, 62-63.

Badri Khairuman. 2013. Kontribusi Yusuf al-Qaradhawi bagi pengembangan pemikiran hukum islam: studi atas fatwa-fatwa kontemporer yang berkaitannya dengan tantangan perubahan-perubahan sosial. Buckley, K. 2013. Global Civil Society: The Dialectics

of Concept and Reality.Globalizations, 10(2), 231-244.

Chozin Nasuha, A. 2012. Epistemologi ushul fiqh, al-Risalah vol 2, no 1 (Mei 2012). 63-78.

Douglass, S. L., & Shaikh, M. A. 2004. Defining islamic education: differentiation and applications. Current Issues In Comparative Education, 7(1), 5-18.

Halstead, J. M. 2007. Islamic values: a distinctive framework for moral education?. Journal Of Moral Education, 36(3), 283-296.

Hamad, D. A. H. 2012. The Effect of Cultural Globalization on the Citizens of the West Bank. Ha idah & Sa aa . . Taksii al-aula ah ala al

-nizam as-siyasi al-jazaairi.

Hashim, R. 2002. Dualisme pendidikan umat Islam di Malaysia: sejarah, perkembangan dan cabaran masa depan. Jurnal Pendidikan Islam, 10(2), 9-28.

Hashim, R. 2007. Intellectualism in higher Islamic traditional studies: Implications for the curriculum. American Journal of Islamic Social Sciences,24(3), 92-115.

Hashim, R. 2014. The curriculum of Islamic studies and Islamic studies education programmes in meeting the challenges of globalization: a case study of selected Malaysian Universities.

http://www.irep.iium.edu.my

Hashim, R., & Rossidy, I. (2000). Islamization of knowledge: a comparative analysis of the conceptions of al-attas and al-faruqi. Intellectual Discourse,8(1), 19-44. Hitt, M., Ireland, R. D., & Hoskisson, R.

2012. Strategic management cases:

competitiveness and globalization. Cengage

Learning.

Jaenudin, R. 2012. Pengaruh Globalisasi Terhadap Pendidikan Ilmu Pengetahuan Sosial (PIPS). dalam Forum Sosial (Vol. 5, No. 1, pp. 77-86). Jurusan Pendidikan Ilmu Pengetahuan Sosial Fakultas Keguruan Dan Ilmu Pendidikan Universitas Sriwijaya.

Ja al Atiyah & az-Zuhayli, Wahbah. 2000. Tajdid al-fiqh al-islami. Damsyik: Dar al-Fikr.

Mahathir Mohamad. 2000. Globalisation, smart

partnership and government. Kuala Lumpur:

Pelanduk Publications.

Mahmood Zuhdi. 2010. Transformasi fikah semasa: Evolusi hukum Islam. Selangor: PTS Islamika. Mohd Fakhruddin, F., Alwi, N. H., & Suhid, A.

Penerapan elemen ilmu oleh guru pendidikan islam dalam pengajaran pendidikan islam

sekolah menengah.

http://Www.Psasir.Upm.Edu.My

Mohd Rumaizuddin Ghazali. 2012. Yusuf al-qaradawi dan pengaruhnya dalam masyarakat Islam di Malaysia. Negeri Sembilan: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Muhammad Bakr Ismael. 1997. al-Fiqh al-wazih min al-kitab wa as-sunah. Kaherah: Dar Al-Manar. Muhammed Fauzi Othman, Mohd Kohruddin Balwi,

& Mohd Azhar Abdul Hamid. 2009. Globalisasi dan hubungan etnik. dalam

http://eprints.utm.my/14545/1/.pdf

Nasrul Hisyam Nor Muhamad. 2004. Pandangan Yusuf al-Qaradawi terhadap fiqh semasa. Dalam Islamiyyat 26 (2) 2004. 69-81.

Nawi, N. H. M. 2012. Islamisasi kurikulum pendidikan islam di institusi pendidikan guru: tribulasi dan cadangan.

http://www.umkeprints.umk.edu.my

Noddings, N. (2010). Moral education in an age of globalization. Educational Philosophy and Theory, 42(4), 390-396.

Othman, Z. B., Ali, H. A. B., & Zin, M. 2014. Pendidikan integratif dalam islam: kesepaduan iman, ilmu dan amal. Jurnal Al-Muqaddimah, 2(2).

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Diakses pada 2 November 2015.

(12)

Siddiq Fadzil. 2002. Institusi pengajian tinggi Islam: Peluang dan cabaran. Dalam Jurnal Pendidikan Islam Jilid 10, Bil 4.45-56.

Shamsul, A. B., Mohamed, R., & Hamzah, H. 2004. Globalisasi, teknologi maklumat dan ilmu: Menyuluh pengalaman Malaysia. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 22, 77-96.

Supardin. 2014. Analisis sosiologi hukum dalam realitas fikih sosial. dalam al-Daulah, vol 3, no 1:80-90.

Wan Ji Wan Hussin. 2014. Fiqh tawaqqu. Dalam

Seminar Fiqh Malaysia pada 23-24 Ogs 2014, Shah Alam.

Ya, R., Tamuri, A. H., Jaafar, M. M., Abd Rahim, K. N., & Abd Hamid, M. H. 2012. Peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam dalam membentuk kemenjadian individu murid yang berakhlak. dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPG (Vol. 1, No. 1).

Zubaidi. 2006. Membangun fikih yang berorientasi sosial: Dialektika fikih dengan realitas empirikal masyarakat. dalam al-Jaa i ah vol 44, no 2. 429-452.

Arkib Harakah Daily. Diakses pada 2 November 2015.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan evaluasi parameter komponen lingkungan pada setiap kegiatan (prakonstruksi, konstruksi, pasca konstruksi) terhadap Baku Mutu Lingkungan Hidup dan

Penyampaian Peraturan Walikota tentang RKPD kepada Gubernur melalui Kepala Barenlitbang Provinsi paling lambat minggu kesatu;.. Penetapan Renja Perangkat Daerah dengan

Dengan demikian dapat berarti bahwa hipotesis H3 motivasi dan etos kerja islam mempunyai pengaruh signifikan terhadap kinerja karyawan. Motivasi dan etos kerja Islam

Dari empat Bank Umum Syariah yang diteliti dapat dibuat analisis perbandingan sebagaimana yang tercantum dalam tabel 7 Dari tabel ini terlihat dengan menggunakan metode yang

Kendatipun demikian mufassir-mufassir sufi tidak pula berani mengatakan bahwa tafsir isyari hasil dari produk mereka ini merupakan satu satunya tafsiran yang dimaksud oleh ayat

Berdasarkan skenario uji coba yang telah dilakukan dengan mengganti nilai parameter awal, dapat diketahui bahwa sistem Klasifikasi EEG Alkoholik menggunakan Wavelet

Mahasiswa mampu menyelesaikan permasalah teknik sipil dengan berbagai metode Diferensial dan Deret (S.4, S.9, S.11, S.12, S.13, KK.3).. EVALUASI TENGAH SEMESTER (mg ke 8)

- Menggambar pada peta Kampung Nelayan, bangunan- bangunan yang terdapat di Kampung Nelayan Integrasi terhadap pengguna - Interpretasi masyarakat setempat terkait