• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

1

Pendahuluan

Pada awal tahun 1956, satu delegasi yang terdiri daripada empat wakil Raja, Ketua

Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri persekutuan serta Pesuruhjaya

Tinggi British di Tanah Melayu dan penasihatnya mengadakan rundingan di London.

Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956. Selain menentukan

tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, perundingan tersebut juga bersetuju untuk

menubuhkan sebuah suruhanjaya perlembagaan untuk mengatur pertahanan Tanah Melayu dan

lebih penting lagi menggubal sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu (PTM)

yang merdeka.1 Suruhanjaya ini akan dipengerusikan oleh Lord Reid, dan ahlinya termasuk

Ivor Jennings (British), Sir William McKell (Australia), B. Malik (India), dan Hakim Abdul

Hamid (Pakistan).

Suruhanjaya Reid mengadakan mesyuarat di Tanah Melayu antara bulan Mei dan

Oktober, 1956. Sepanjang mesyuarat diadakan, sebanyak 131 buah pertubuhan dan individu

menghantar memorandum kepada Suruhanjaya tersebut. Namun, pendapat Perikatan

merupakan yang paling penting memandangkan pada peranan yang akan dimainkan sebagai

kerajaan di masa hadapan. Laporan yang panjang dan terperinci disiapkan pada Februari 1957.2

Pada masa yang sama, British telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja yang mengandungi

empat orang wakil Raja-raja Melayu, empat orang wakil Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi,

Setiausaha Persekutuan dan Peguam Negara sebagai wakil kerajaan British untuk mengkaji

Cadangan Suruhanjaya Reid tanpa mengambil kira bantahan atau pandangan luar.

Jawatankuasa ini menyiapkan kerja pada Mac 1957 dan seterusnya membincangkan beberapa

perkara teknikal dan tambahan yang ingin dilakukan oleh Jawatankuasa Kerja dengan

1 Virginia Matheson Hooker, A Short History of Malaya: Linking East and West, Crows Nest, NSW: Allen & Unwin, 2003, hlm. 206.

(2)

2

Suruhanjaya Reid. Laporan Reid dan tambahan dari pihak Jawatankuasa Kerja melahirkanlah

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) atau Merdeka Constitution. Perjanjian PTM

ditandatangani oleh Donald MacGillivray dan Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957 di King’s

House, Kuala Lumpur dengan menurunkan tandatangan dan cop mohor.3

Isi-Isi Penting

Terdapat tiga ciri utama dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang boleh

dibincangkan dalam kertas kerja ini. Antaranya:

Ciri 1: Konsep Raja Perlembagaan Diperkenalkan

Semasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan, perlembagaan ini

telah memulihkan kedudukan Raja-raja Melayu kepada status quo mereka. Apabila

Semenanjung mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, beberapa pemindahan dilakukan atas

kuasa Raja agar selaras dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan.4 Selepas

Perjanjian PTM ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, Raja-Raja pun setuju dengan

kemerdekaan negara dan menyerahkan kuasa mereka kepada rakyat. Walau bagaimanapun,

kedudukan dan keistimewaan mereka terjamin.5 Fungsi mereka telah ditakrifkan oleh

Perlembagaan. Malah peranan tambahan telah diberikan kepada mereka dalam peruntukkan

Perlembagaan Malaysia.

Mengikut Perjanjian PTM 1957, Raja-Raja yang dahulunya menerima nasihat daripada

pihak British kini menerima nasihat daripada menteri mereka dan perlu bertindak dengan

sewajarnya. Satu lagi lapisan institusi Raja ditambah dalam perlembagaan iaitu Yang

3 Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, KL: Penerbit Universiti Malaya, 1998, hlm. 281. 4 Aishah Bidin, ‘The Historical and Traditional Features of the Malayan Constitution,’ Jebat, Jil. 21, 1993, hlm. 6.

5 Raja Azlan Shah, ‘The Role of Constitutional Rulers in Malaysia,’ dalam F.A. Trindade dan H.P. Lee (editor),

(3)

3

Pertuan Agong (YDPA) yang merupakan ketua negara dan pihak berkuasa tinggi. Sebelum ini,

Pesuruhjaya Tinggi British merupakan pihak berkuasa tinggi yang dilantik oleh Ratu Britain

tetapi beliau bukan ketua negara.6 Perlembagaan Persekutuan 1957 telah membahagikan

institusi raja kepada peringkat persekutuan dan negeri di mana YDPA selaku Ketua Negara

bertindak atas nasihat kabinet dan Sultan-Sultan negeri selaku Ketua Negeri perlu bertindak

atas nasihat Majlis Eksekutif.7

YDPA adalah Raja Perlembagaan dan hal ini boleh dilihat dengan sumpah jawatan

yang perlu dilakukan di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara (Chief Justice).

Dalam Jadual Keempat Perlembagaan PTM 1957, sumpah tersebut menyatakan baginda akan

taat setia menjalankan pemerintahan dengan adil bagi Persekutuan Tanah Melayu dengan

mengikut undang-undang dan perlembagaan negeri yang telah atau akan disahkan dan

dimasyhurkan pada masa hadapan...dan memeliharakan agama Islam pada setiap masa dan

berpegang teguh pada pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri.8 Sumpah ini dibawa

ke Persekutuan Malaysia seterusnya.

Fungsi raja perlembagaan adalah bersifat simbolik. Secara umumnya, Perlembagaan

Merdeka 1957 menyatakan YDPA boleh bertindak menurut budi bicaranya melantik seorang

Perdana Menteri, tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen dan meminta

diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja (Perkara 40). Selain itu, YDPA juga bertindak sebagai

Pemerintah tertinggi angkatan tentera (Perkara 41) dan ketua agama Islam di negeri sendiri,

Penang dan Melaka yang tidak mempunyai Sultan Negeri (Perkara 3). YDPA berkuasa

memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah

dibicarakan dalam mahkamah tentera (Perkara 42). YDPA hendaklah melantik suatu Jemaah

6 Tunku Sofiah Jewa, Salleh Buang, dan Yaacob Hussain Merican (editor), Tun Mohammed Suffian’s An

Introduction to the Constitution of Malaysia: 3rd Edition, Petaling Jaya: Pacifica Publications, 2007, hlm. 21. 7 Aishah Bidin, ‘The Historical and Traditional Features of the Malayan Constitution,’ hlm. 6.

(4)

4

Menteri untuk menasihatinya dalam urusan pentadbiran (Perkara 43). Tambahan pula, YDPA

boleh mengisytiharkan darurat sekiranya ketenteraman negara terancam (Perkara 150). Di

peringkat negeri, Sultan-Sultan juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan YDPA

seperti melantik Menteri Besar, tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Dewan

Undangan Negeri dan merupakan Ketua Agama Islam dan apa berkaitan dengan adat Melayu

di negeri sendiri.9

Perkara 34 seterusnya menyatakan bahawa YDPA tidak boleh a) menjalankan

fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua agama Islam, b) memegang

apa-apa jawatan yang memberikan keuntungan, c) melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa

perusahaan komersil, d) menerima apa-apa jenis emolumen yang kena dibayar kepadanya

sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri, dan e) meninggalkan

Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja kecuali

semasa lawatan Negara ke suatu negara lain.10

YDPA dipilih dalam kalangan Raja-Raja yang sedia ada dalam sembilan Negeri-Negeri

Melayu dalam Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja diimplementasikan semasa Malayan Union

dan dikukuhkan dalam Perjanjian PTM 1948. Berdasarkan Perjanjian PTM 1957, majlis ini

terdiri daripada sembilan Raja-Raja dan dua gabenor atau yang dipertua negeri. YDPA secara

teknikal bukan ahli dalam majlis tetapi YDPA perlu disertai oleh Perdana Menteri dalam majlis

semasa mengambil bahagian dalam perkara-perkara mengenai dasar negara yang penting.11

Walaupun Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang,

mengenakan cukai atau menyekat perbelanjaan awam, Majlis berpengaruh kerana mampu

menghubungkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di peringkat tertinggi. Dalam

9 Tunku Sofiah Jewa et al., Tun Mohammed Suffian’s An Introduction to the Constitution of Malaysia: 3rd Edition, hlm. 42.

10 Colonial Office, Constitutional Proposal for the Federation of Malaya, hlm. 45.

(5)

5

mesyuarat Majlis yang dihadiri oleh YDPA dan Perdana Menteri bagi pihak kerajaan

persekutuan serta semua Sultan dan Gabenor masing-masing dan Menteri Besar atau Ketua

Menteri bagi pihak kerajaan negeri, mereka diberi peluang untuk membincangkan

perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama yang menyusahkan mana-mana pihak.12 Bukan

sahaja itu, mesyuarat juga dilakukan secara tertutup malah perbincangan mereka boleh

dilakukan secara bebas. Sementara itu Perdana Menteri juga boleh menjelaskan dasar

persekutuan sama ada diputuskan atau belum diputuskan.

Mesyuarat lazimnya diadakan tiga kali setahun dan sebelum setiap mesyuarat, kertas

akan diedarkan atas kehendak sama ada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana kerajaan negeri

melalui setiausaha majlis, iaitu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.13 Apa-apa persetujuan,

pelantikan atau nasihat Majlis perlu melalui Mohor Besar Raja-Raja. Beliau akan menghadiri

mesyuarat dan menyimpan minit. Beliau juga akan mengadakan mesyuarat apabila

dikehendaki oleh YDPA atau oleh tidak kurang dari tiga orang anggota Majlis itu.

Pada mulanya, Suruhanjaya Reid tidak membuat apa-apa syor atau memberi peranan

yang penting kepada Majlis Raja-Raja. Suruhanjaya hanya menyebut kuasa Majlis Raja-Raja

hanyalah melantik YDPA.14 Perakuan atau cadangan yang dikemukakan dalam Kertas Putih

telah memperincikan kuasa dan kedudukan majlis berkenaan. Berdasarkan kepada

Perlembagaan PTM 1957, selain melantik YDPA, Majlis juga boleh melantik Timbalan Yang

di-Pertuan Agong. Perkara 38 juga menyatakan Majlis boleh mempersetujui atau tidak

mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluaskan ke

Persekutuan secara menyeluruh, dan memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa

undang-undang dan membuat atau memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan di bawah

12 Tunku Sofiah Jewa et al., Tun Mohammed Suffian’s An Introduction to the Constitution of Malaysia: 3rd Edition, hlm. 53.

13 Ibid., hlm. 59.

(6)

6

Perlembagaan yang perlu diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja atau dikehendaki dibuat oleh

atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.15

Selain itu, tiada undang-undang secara langsung boleh menyentuh keistimewaan,

kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis

Raja-Raja. Majlis hendaklah dirunding sebelum apa-apa perubahan tentang dasar yang

menyentuh tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153 (Kedudukan istimewa orang Melayu).16

Jadual kelima Perlembagaan Persekutuan 1957 juga menerangkan Gabenor Melaka dan

Penang tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-raja bagi maksud mesyuarat berhubung

dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan

jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-raja.17

Ciri 2: Pembentukan Satu Persekutuan yang Melibatkan Sembilan Negeri

Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ditubuhkan oleh Perjanjian PTM tahun 1948.

Perjanjian itu akhirnya digantikan oleh perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka pada tahun

1957.18 Prinsip Perlembagaan 1957 menegaskan dasar am memerlukan penurunan kuasa dari

pusat kepada negeri demi keseragaman. Penguatkuasaan PTM 1957 juga menyebabkan Ratu

Inggeris atau Parlimen United Kingdom tidak lagi berhak atas negeri-negeri dalam persekutuan.

Malah, apa-apa perjanjian yang dilakukan antara Raja-Raja Melayu dengan Ratu Inggeris

termasuk Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dimansuhkan.

Menurut Perkara 1 Perjanjian PTM 1957, mulai daripada 31 Ogos 1957, sembilan

Negeri Melayu dan dua Negeri Selat dijadikan sebuah Persekutuan

15 Penambahan dilakukan pada tahun 1993 untuk memperluaskan kuasa Majlis Raja-Raja dengan melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Perkara 182 dan memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42. Perlembagaan Persekutuan.

16 Colonial Office, Constitutional Proposal for the Federation of Malaya, hlm. 46. 17 Ibid., hlm. 119.

(7)

7

Negeri yang baharu yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Bahasa Inggeris

Federation of Malaya. Seterusnya, dalam Perkara 2 Perlembagaan 1957, Parlimen boleh

melalui undang-undang menerima masuk Negeri-negeri lain ke dalam Persekutuan dan

mengubah sempadan mana-mana Negeri.19 Maka penambahan negeri seperti Sabah dan

Sarawak boleh dilakukan selepas itu serta memperkenalkan status wilayah persekutuan.

Semasa PTM 1957 dirangka, terdapat beberapa pegawai British berpendapat bahawa

Pulau Pinang dan Melaka perlu diteruskan sebagai tanah jajahan British atau Crown Colonies.

Walaupun dalam PTM 1948 sudah termaktub bahawa kedua-dua negeri ini berada dalam

persekutuan. Mengikut rekod-rekod Pejabat Tanah Jajahan, kerajaan British pernah

menimbang bahawa Pulau Pinang dan Melaka diletakkan di bawah bidang kuasa Queen

Elizabeth lanjutan daripada tuntutan yang dibuat oleh beberapa Menteri British dan perwakilan

Straits Chinese Association. Walau bagaimanapun, Pesuruhjaya Tinggi Sir Donald

MacGillivray, menasihatkan Pejabat Tanah Jajahan bahawa cadangan itu tidak praktikal kerana

sebarang usaha British untuk meneruskan pemerintahannya di Pulau Pinang dan Melaka akan

ditentang kuat oleh Parti Perikatan dan akan dilihat sebagai tindakan yang bercanggah dengan

Perjanjian yang dipersetujui di persidangan London pada Januari 1956.20 Suruhanjaya Reid

juga mengatakan tindakan itu tidak konsisten kerana kedua-dua wilayah ini akan menjadi

sebahagian daripada PTM yang akan diberi kemerdekaan dan mencadangkan kedua-dua

wilayah ini dijadikan sebagai dua negeri yang berautonomi adan bertaraf sama dengan

negeri-negeri yang lain.21 Bukan sahaja itu, terdapat beberapa percubaan yang pernah dilakukan oleh

negeri untuk menarik diri dari persekutuan dengan sebab-sebab tertentu. Antaranya, empat

19 Colonial Office, Constitutional Proposal for the Federation of Malaya, hlm. 33.

20 Joseph M Fernando, ‘Dato Onn Jaafar dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957,’ dalam Arba’iyah Mohd Noor, Mohammad Redzuan Othman, Suffian Mansor, Salina Zainol (editor), Persada Jauhari: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Prof. Emiritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff b. Haji Hashim, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, University Malaya, 2012,hlm. 196.

(8)

8

percubaan oleh Pulau Pinang antara tahun 1948 dan 1949 dan sekali lagi antara 1953 dan 1957,

sekali oleh Johor dan Kelantan antara tahun 1955 dan 1956.22

Federalisme Malaya yang ditubuhkan ini ingin menggabungkan pemodenan kerajaan

pusat dengan penyelenggaraan corak budaya tradisional yang ada pada negeri Melayu.23

Formula persekutuan boleh dilihat sebagai untuk meredakan orang Melayu dengan

mengekalkan kuasa nominal raja-raja Melayu, dalam konteks cabaran daripada bukan Melayu.

Federalisme digabungkan bersama-sama dengan Islam, bahasa dan budaya Melayu mampu

mengekalkan sumber dan simbol kuasa dan kesahihan Melayu.24 Oleh itu, Semenanjung

walaupun saiznya yang kecil masih sebuah persekutuan yang ditubuhkan pada dasarnya bukan

kerana tuntutan etnik tetapi untuk menampung warisan negeri-negeri Melayu disertakan

dengan institusi kesultanan dan kepelbagaian wilayah.

Seterusnya, satu ciri penting negara persekutuan adalah wujudnya perlembagaan

bertulis. Perlembagaan menjadi sangat penting untuk pembahagian kuasa dan autoriti kerana

tanpanya, pertikaian antara pihak berkuasa pusat dan negeri akan berlaku. Peruntukkan dalam

perlembagaan dapat menyelesaikan pertikaian itu.25 Dalam PTM 1957, sekiranya berlaku

konflik antara Perlembagaan Persekutuan dengan negeri-negeri, keutamaan akan diberi kepada

Perlembagaan Persekutuan (Perkara 75). Hal ini dapat menunjukkan keinginan perlembagaan

untuk membentuk satu kuasa pusat yang kuat. Suruhanjaya Reid telah diminta untuk

mengemukakan gagasan persekutuan yang mempunyai Pihak berkuasa pusat yang kuat. Hal

ini banyak dipengaruhi oleh sejarah dan suasana politik ketika itu. Ada yang menyebut bahawa

22 Mohd. Salleh bin Abas, ‘Federalisme di Malaysia: Perubahan dalam Dua Puluh Tahun yang Pertama,’ dalam Tun Mohamed Suffian, H.P. Lee dan F.A. Trindade (editor), Perlembagaan Malaysia, Perkembangannya: 1957-1977, PJ: Fajar Bakti, 1983, hlm. 194.

23 Martin Rusner, ‘The Structure of Government in the Colonial Federation of Malaya,’ South East Asian Studies, Jil.13, No.4, 1976, hlm. 498.

24 Shafruddin Hashim, ‘Thirty Years on the Road between Centre and States in Malaysia,’ Reflection on the

Malaysian Constitution, Penang: Aliran Kesedaran Negara, 1987, hlm. 170.

(9)

9

suasana darurat wujud pada masa itu tidak mengizinkan negeri-negeri yang tidak mempunyai

kekuatan ketenteraan sendiri untuk beroperasi secara bersendirian. 26

Perlembagaan 1957 telah membentuk persekutuan yang lebih menyebelahi kerajaan

pusat berbanding dengan kerajaan negeri dan seterusnya menjadikan asas untuk pemusatan.27

Hal ini boleh dilihat dalam bidang kuasa yang ada pada Senarai Persekutuan, Senarai Negeri

dan Senarai Bersama dalam perlembagaan. Perkara-perkara yang penting bagi negeri terus

berada pada negeri. Kerajaan negeri bertanggungjawab bagi fungsi-fungsi yang memberi kesan

secara langsung dan jelas terhadap alam sekitar dan kehidupan masyarakat. Kebanyakan

berkaitan dengan persekitaran fizikal seperti hutan.28 Perkara-perkara peringkat kerajaan yang

utama penting serta memerlukan peruntukkan wang yang tinggi seperti hal-ehwal luar negeri,

pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, undang-undang dan tatacara sivil, dan

pentadbiran keadilan, kewarganegaraan, perdagangan dan perindustrian adalah terletak dalam

persekutuan. 29 Peruntukan-peruntukan kewangan dalam Bahagian VII perlembagaan

menguntukkan sumber-sumber hasil yang terpenting kepada kerajaan persekutuan kecuali hasil

dari tanah dan hutan kepunyaan kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan juga Pihak berkuasa

pencukai yang utama (Perkara 96) dan mengawal kuasa-kuasa peminjaman (Perkara 111) bagi

negeri.30 Senarai Bersama pula membenarkan parlimen dan dewan undangan negeri untuk

menggubal undang-undang untuk perkara yang sama. Asalkan undang-undang tersebut tidak

bercanggah, ia boleh terus wujud dan berkuat kuasa bersama.

Kecenderungan satu kerajaan pusat yang kuat sebenarnya sudah wujud seawal tahun

1948 dan hal ini jelas dilihat dalam bidang kuasa perundangan yang disenaraikan dalam Jadual

26 Ibid., hlm. 202.

27 Shafruddin Hashim, ‘Thirty Years on the Road between Centre and States in Malaysia,’ hlm. 174.

28 Andrew Harding, The Constitution of Malaysia: A Contextual Analysis, Oregon: Oxford and Portland, 2012, hlm. 138.

(10)

10

Kedua PTM 1948. Sebanyak 144 perkara yang merangkumi dasar-dasar awam yang penting

telah diberikan kepada pihak berkuasa Persekutuan.31 Jadual tersebut kemudian dipindahkan

ke Perlembagaan PTM 1957 dan seterusnya Perlembagaan Malaysia dalam Jadual Kesembilan.

Selain itu, di bawah Perkara 76, Parlimen diberi kuasa untuk menggubal undang-undang

berkenaan dengan perkara dalam senarai negeri ini dalam tiga situasi. Antaranya, untuk

melaksanakan perjanjian antarabangsa, untuk menggalakkan keseragaman undang-undang

antara dua negeri atau lebih dan Parlimen boleh menggubal undang-undang selepas diminta

oleh badan perundangan negeri. Perubahan yang dilakukan tidak boleh bercanggah dengan

agama Islam dan adat Melayu.32

Seterusnya, prinsip kesaksamaan antara negeri juga termaktub dalam perlembagaan.

Namun, hak kesaksamaan berhubung dengan kerajaan pusat itu dicabar semasa pembentukan

Malaysia 1963. Hal ini kerana, Singapura, Sabah dan Sarawak diberi lebih banyak autonomi

berbanding dengan Semenanjung. Kesannya, penyertaan ketiga-tiga negeri ke dalam

persekutuan yang asal telah mereka bentuk persekutuan baru yang bertujuan untuk menghalang

atau menyekat ‘overcentralization’.33

Ciri 3: Bidang Legislatif Berasaskan Demokrasi Berparlimen

Perlembagaan Merdeka membentukkan satu demokrasi berparlimen yang mengikut

sistem Westminster.34 Sistem ini merupakan sistem parlimen kerajaan demokratik yang

dimodelkan mengikut acuan kerajaan British. Sistem pilihan raya, tanpa mengambil kira sistem

alternatif oleh Suruhanjaya Reid, dibentuk mengikut garisan Westminster dengan sistem

'first-past-the-post'. Di samping itu, Perlembagaan menggabungkan banyak konvensyen

Westminster terutamanya hubungan antara Kerajaan, Ketua Negeri dan Parlimen. Kerajaan,

31 Martin Rusner, ‘The Structure of Government in the Colonial Federation of Malaya,’ hlm. 499. 32 Ibid., hlm. 139.

33 Ibid.

(11)

11

mengikut definisi, mesti menguasai majoriti di Parlimen. Satu sistem perikatan yang dominan

(Perikatan) telah beroperasi secara berterusan sejak Merdeka. Oleh itu, parlimen secara

langsung menyokong kehendak kerajaan. 35 Struktur Westminster yang diikuti dalam

perlembagaan 1957 juga memperuntukkan Perdana Menteri dan menteri dalam kabinet mesti

menjadi ahli dalam salah satu daripada dua majlis dalam sistem parlimen (Perdana Menteri

dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat boleh mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan

Rakyat). Konfigurasi perlembagaan 1957 secara keseluruhan mempunyai perbezaan daripada

model Westminster terutama dalam beberapa hal yang penting seperti ketuanan diletakkan

pada perlembagaan dan bukannya kehendak Parlimen dan struktur persekutuan juga berbeza

dengan sistem kerajaan British.

Berdasarkan demokrasi berparlimen yang mengikut sistem Westminster, Suruhanjaya

Reid dalam proses merangka Perlembagaan 1957 telah memutuskan untuk membahagikan

kuasa kepada tiga cawangan kerajaan iaitu perundangan, pemerintah dan pihak berkuasa

kehakiman. Namun, mereka menganggap cawangan perundangan sebagai punca tenaga

kerajaan dan tempat letaknya kuasa negara. Mereka menganggap parlimen sebagai saluran

utama dorongan demokratik.36 Mengikut Perkara 44 dalam Perlembagaan 1957, Parlimen

mengandungi YDPA, Dewan Negara, dan Dewan Rakyat. Kuasa perundangan Persekutuan

untuk menggubal undang-undang secara rasmi yang terletak dalam Perkara 66 Perlembagaan

Persekutuan 1957.

Sebahagian dari parlimen, YDPA tidak duduk bersidang dalam parlimen dan juga tidak

mempunyai kata pemutus tentang undang-undang yang dibuat kerana dalam perkara-perkara

perundangan baginda bertindak mengikut nasihat kabinet (Perkara 40). YDPA berkuasa untuk

35 Ibid., hlm. 86.

36 Nik Abdul Rashid, ‘Parlimen Malaysia,’ dalam Tun Mohamed Suffian et al., Perlembagaan Malaysia:

(12)

12

memberi ucapan dalam Majlis Parlimen (Perkara 60), memanggil parlimen dari semasa ke

semasa tidak kurang daripada enam bulan (Perkara 55(1)) serta memberhenti atau

membubarkan parlimen (Perkara 55(2)).37 Seterusnya, perlembagaan pada hari ini menyatakan

YDPA dalam masa 30 hari perlu memperkenankan Rang Undang-Undang yang dikemukakan

kepadanya. Rang Undang-Undang yang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

dalam masa 30 hari akan menjadi undang-undang. (Perkara 66 (4 dan 4a)).38 Perkara ini tidak

dimasukkan dalam Perlembagaan 1957. Maka, YDPA mempunyai kuasa untuk tidak

memperkenankan sesuatu rang undang-undang. Keadaan berubah dengan pemindahan

perlembagaan pada tahun 1983 dan seterusnya pada tahun 1994.

Walaupun sistem berparlimen yang ditubuhkan oleh Perlembagaan berkuat kuasa pada

Hari Merdeka, parlimen hanya mula berfungsi pada tahun 1959. Sebelum itu, badan

perundangan adalah Majlis Perundangan Persekutuan. Sejak 1 Februari 1948, majlis ini terdiri

daripada 76 orang ahli seperti berikut: Pesuruhjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha, Peguam

Negara, Setiausaha Kewangan, 9 Presiden Majlis negeri Melayu, 1 wakil daripada Kerajaan

Melaka dan Pulau Pinang, 11 ahli rasmi dan 50 ahli tidak rasmi.39 Pada tahun 1955,

perlembagaan 1948 dipinda untuk menambah bilangan ahli dalam majlis selepas pilihan raya

pertama diadakan. Jumlah tersebut meningkat sehingga 98 ahli dengan 52 ahli dipilih melalui

pilihan raya. Mengikut perlembagaan baru, Majlis Perundangan Persekutuan akan diteruskan

selepas Hari Merdeka sehingga 27 Jun 1959 apabila pilihan raya umum pertama selepas

merdeka telah diadakan dan digantikan oleh parlimen.40 Selain itu, pindaan kecil dibuat di

mana kuasa perundangan diletakkan di bawah YDPA dan kuasa eksekutif diserahkan kepada

Kabinet. Perbezaan boleh dilihat kerana sebelumnya, Pesuruhjaya Tinggi British secara teori

37 Ibid., hlm. 158-159.

38 Andrew Harding, The Constitution of Malaysia: A Contextual Analysis, hlm. 101.

39 Tunku Sofiah Jewa et al., Tun Mohammed Suffian’s An Introduction to the Constitution of Malaysia: 3rd Edition, hlm. 69-70.

(13)

13

mempunyai kedua-dua kuasa eksekutif dan perundangan di peringkat persekutuan dan boleh

menerima atau menolak nasihat majlis.41 Hal ini kerana kedudukan yang berbeza dengan Raja

Berperlembagaan di mana YDPA hanya boleh bertindak mengikuti nasihat kabinet.

Peranan Dewan Negara dalam legislatif adalah minimum. Salah satu sebab Dewan

Negara wujud adalah untuk mewakili kepentingan negeri-negeri. Oleh itu, kepentingan negeri

diambil kira dalam pembuatan undang-undang di peringkat persekutuan.42 Tertakluk kepada

Perkara 45 (1), Dewan Negara hendaklah terdiri daripada dua orang ahli bagi setiap Negeri

hendaklah dipilih dan 16 orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, (2)

ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah orang yang pada pendapatnya

telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam

profesion, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial

atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli, dan (3)

tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Negara ialah enam tahun dan tempoh itu tidak terkesan

dengan pembubaran Parlimen. Selain itu, menurut Perkara 47 (a), setiap warganegara yang

bermastautin di Persekutuan layak menjadi Dewan Negara dengan berumur 30 tahun dan ke

atas. Penambahan serta penurunan ahli Dewan Negara juga boleh dilakukan oleh Parlimen

melalui undnag-undang berdasarkan Perkara 45 (4).

Dewan Rakyat adalah dewan yang lebih berfungsi dalam Parlimen. Rakyat boleh

memilih ahli-ahli Dewan Rakyat, dewan yang lebih berkuasa dalam dwidewan Parlimen.

Perjanjian PTM 1957 menerangkan dalam Perkara 46(1) bahawa Dewan Rakyat hendaklah

terdiri daripada 100 ahli kecuali Dewan Rakyat pertama yang ditubuhkan perlu mempunyai

104 ahli.43 Parlimen berdasarkan kuasa undang-undang boleh menambah nombor ahli dalam

41 Abdul Aziz Bari: Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah, hlm. 52. 42 Ibid., hlm. 54.

(14)

14

Dewan Rakyat setelah banci dilakukan selepas merdeka (Perkara 46(2)). Perkara 47 (b) juga

menyatakan setiap warganegara yang bermastautin di Persekutuan layak menjadi ahli Dewan

Rakyat jika berumur tidak kurang daripada 21 tahun.

Dengan melihat perlembagaan persekutuan Malaysia, suatu dapat melihat bahawa ahli

dalam kedua-dua dewan sudah bertambah. Dewan Negara mengandungi 70 ahli manakala

Dewan Rakyat mengandungi 222 orang. Hal ini kerana populasi negara yang semakin

bertambah dan juga pertambahan negeri Sarawak dan Sabah. Selain itu, sedikit pemindahan

juga dilakukan dalam kedua-dua dewan. Contohnya, tempoh jawatan seseorang ahli dalam

Dewan Negara sekarang adalah tiga tahun walaupun tempoh tersebut masih tidak terkesan

daripada pembubaran parlimen. Berdasarkan Perkara 48, seseorang boleh menghilangkan

kelayakan untuk menjadi ahli dalam mana-mana Majlis Parlimen jika a) dia didapati atau

diisytiharkan tidak waras, atau b) dia masih bankrap, atau c) dia memegang sesuatu jawatan

yang berpendapatan atau d) setelah dinamakan dalam mana-mana satu Majlis Parlimen, atau

setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian dan dia

tidak membayar perbelanjaan yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan cara

yang dikehendaki, atau e) dia telah disabitkan kesalahan dalam mahkamah di Persekutuan dan

dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan dia tidak mendapat

pengampunan bebas; atau f) dia secara sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana

negara di luar Persekutuan, atau secara sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di

mana-mana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana-mana-mana

negara di luar Persekutuan.44

(15)

15

Penutup

Kesimpulannya, terdapat lagi banyak ciri-ciri yang boleh dibincangkan dalam

Perjanjian PTM 1957 ini seperti kerakyatan, bidang eksekutif, bidang kehakiman, hak

keistimewaan orang Melayu dan lain-lain. Tujuan kertas kerja memilih tiga ciri utama yang

dibincangkan di atas adalah kerana ciri-ciri tersebut adalah penting dalam membentuk kerajaan

Persekutuan Malaysia pada hari ini. Dalam tiga ciri yang telah dianalisis, boleh didapati

bahawa adanya ciri-ciri yang terdapat dalam Perjanjian PTM 1957 telah dibawa dari Perjanjian

PTM 1948. Contohnya, kewujudan satu persekutuan yang melibatkan sembilan Negeri-negeri

Melayu dan dua Negeri-negeri Selat. Di samping itu, terdapat juga ciri yang baru dimasukkan

dalam Perjanjian itu. Misalnya, pengenalan Yang di-Pertuan Agong. 3 ciri yang dibincangkan

juga boleh memperlihatkan bahawa kebanyakan aspek yang didapati dalam Perjanjian PTM

1957 juga dibawa depan kepada pembentukan Perlembagaan Malaysia. Sedikit pemindahan

tetap dilakukan supaya dapat melicinkan pentadbiran negara serta melibatkan semua pihak

dalam persekutuan. Contohnya, penambahan bilangan ahli dalam kedua-dua Dewan Negara

dan Dewan Rakyat untuk menampung kemasukan negeri baru seperti Sarawak dan Sabah serta

(16)

16

Rujukan

Abdul Aziz Bari: Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka, 2003.

Aishah Bidin, ‘The Historical and Traditional Features of the Malayan Constitution,’ Jebat, Jil. 21, 1993, hlm. 3-20.

Ceramah Awam Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah di Raffles Hotel, Singapore pada 27 Julai 2004, The Monarchy in Contemporary Malaysia.

Colonial Office, Constitutional Proposal for the Federation of Malaya, dibentang oleh Setiausaha Negara atas perintah Ratu British, June 1957.

Fernando, Joseph M., ‘Dato Onn Jaafar dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957,’ dalam Arba’iyah Mohd Noor, Mohammad Redzuan Othman, Suffian Mansor, Salina Zainol (editor), Persada Jauhari: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusof b. Haji Hashim, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, University Malaya, 2012,hlm. 191-208.

Harding, Andrew, The Constitution of Malaysia: A Contextual Analysis, Oregon: Oxford and Portland, 2012.

Hooker, Virginia Matheson, A Short History of Malaya: Linking East and West, Crows Nest, NSW: Allen & Unwin, 2003.

Kennedy, J., A History of Malaya, KL: S. Abdul Majeed & Co., 1993.

Mohd. Salleh bin Abas, ‘Federalisme di Malaysia: Perubahan dalam Dua Puluh Tahun yang Pertama,’ dalam Tun Mohamed Suffian, Lee H.P. dan Trindade, F.A., (editor), Perlembagaan Malaysia, Perkembangannya: 1957-1977, PJ: Fajar Bakti, 1983, hlm. 189-222.

Nik Abdul Rashid, ‘Parlimen Malaysia,’ dalam Tun Mohamed Suffian et al., Perlembagaan

Malaysia: Perkembangannya 1957-1977, hlm. 158-188.

Perlembagaan Persekutuan.

Raja Azlan Shah, ‘The Role of Constitutional Rulers in Malaysia,’ dalam Trindade, F.A. dan Lee H.P. (editor), The Constitution of Malaysia: Further Perspectives and Developments, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1988, hlm. 76-91.

Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, KL: Penerbit Universiti Malaya, 1998.

Rusner, Martin, ‘The Structure of Government in the Colonial Federation of Malaya,’ South East Asian Studies, Jil.13, No.4, 1976, hlm. 495-512.

Shafruddin Hashim, ‘Thirty Years on the Road between Centre and States in Malaysia,’

Reflection on the Malaysian Constitution, Penang: Aliran Kesedaran Negara, 1987, hlm. 169-185.

Referensi

Dokumen terkait

Setelah merdeka pada tahun 1957, Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tan -Budak Pengakap Tanah ah Melayu, menjadi ahli dalam

Ya, saya (bersetuju.) ✅ Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 diperoleh melalui (perundingan dan persetujuan Raja-raja Melayu.) ✅ (Pemerintahan beraja seterusnya diteruskan

mengukuhkan kuasa di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) melalui Perjanjian Persekutuan 1895..

• Pengisytiharan Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara baru menggantikan Persekutuan Tanah Melayu telah berlaku dalam jangka masa enam tahun selepas kemerdekaan dicapai pada

Perbincangan mengenai perkara tersebut lebih menjurus kepada rasionalnya agama Islam dijadikan agama persekutuan kerana Islam telah bertapak lama di Tanah Melayu, banyak

Konsep utama yang menjadi analisis dalam mewujudkan bangunan berarsitektur Melayu, yaitu dengan penekanan desain yang mengacu pada ciri-ciri bangunan berarsitektur Melayu

Kertas Kerja Seminar Tanah Rizab Melayu * Perspektif Pembangunan. Anjuran Jabatan Penilaian dan

Bahagian ini akan mengupas lebih lanjut beberapa aspek PTP khususnya isu-isu yang dihadapi oleh PTP dalam Pengurusan Tanah-tanah Persekutuan di Malaysia seperti kedudukan struktur