BORANG PENYIARAN BERITA PORTAL RASMI TLDM
TAJUK HARI TERBUKA ARMADA 2018 MAWILLA 1
Kuantan, 29 April 18 - TLDM di Markas Wilayah Laut 1 yang berpangkalan di Tanjung Gelang, Kuantan menganjurkan Hari Terbuka Armada 2018 bertempat di jeti Operasi Pangkalan TLDM
Tg.Gelang yang bermula pada 28 dan 29 April 18. Seluruh lapisan masyarakat dijemput memeriahkan program ini.
Dianggarkan lebih 9000 orang pengunjung telah membanjiri ke Hari Terbuka Armada yang merupakan acara tahunan bagi meraikan Hari Ulang Tahun TLDM. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya persembahan band oleh Rhythm One serta lawatan kapal, pameran statik agensi-agensi kerajaan dan swasta, pertandingan memancing, boat ride,horse ride,pameran statik pesawat udara iaitu Super Lynx milik TLDM dan EC725 milik TUDM dan pameran static kenderan berperisai AV8 GEMPITA 8x8 dan ADNAN.
Seluruh Pangkalan Utama TLDM termasuk Pangkalan TLDM Tg.Gelang mengadakan Hari Terbuka Armada (HTA). Tujuan Hari Terbuka Armada diadakan antaranya ialah untuk menghargai sokongan rakyat kepada TLDM serta memberi peluang kepada mereka mengenali TLDM secara dekat agar mereka memahami peranan dan tanggungjawab TLDM dalam memelihara kedaulatan dan
keselamatan perairan negara. Hari Terbuka Armada 2018 ini diadakan bersempena Hari Ulang Tahun TLDM ke- 84 dimana ia melibatkan 5 buah kapal TLDM iaitu KD PAHANG, KD GEMPITA, KD
GANYANG, KD PERDANA, KD HANDALAN dan 2 buah kapal milik APMM iaitu KM PEKAN dan KM LANGKAWI dibuka untuk lawatan orang ramai.
Program ini bukan sahaja membuka peluang orang ramai untuk melihat secara lebih dekat lagi aset-aset TLDM, malah mengeratkan hubungan masyarakat setempat terutamanya di Kuantan dengan memberi ruang beramah mesra bersama anggota TLDM terutamanya yang bertugas di kapal-kapal. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Hj Muhamad Adib bin Abdul Samad , Panglima Wilayah Laut 1 di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Tg.Gelang.
Keterangan Gambar:
Gambar 1-2:PANGWILA 1 diiringi konvoi motor berkuasa tinggi memasuki Pangkalan TLDM Tg.Gelang
Gambar 3-5: Antara pengunjung yang hadir. Gambar 6-8: Antara pengunjung cilik HTA 2018.
Gambar 9-10: Pengunjung merasai menaiki bot TLDM. Gambar 11-12: Menyaksikan demotrasi mengeledah.
Gambar 13: Perasmian Hari Terbuka Armada MAWILLA 1 2018.
Gambar 14: Pemandangan kapal-kapal TLDM Jeti Pangkalan TLDM Tg.Gelang.
Sumber Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel Lt Muda Muhammad Riduan bin Abu Bakar TLDM Jurufoto LK PBS Mohd Shahfulnizam bin Abu Kasim
BORANG PENYIARAN BERITA PORTAL RASMI TLDM
Kelulusan
Unit/Markas KPST MAWILLA 1 Rujukan
(Diisi oleh POLW)
Tarikh/Masa Hantar
(Diisi oleh POLW)
Tarikh Dikemaskini
(Diisi oleh POLW)
Disahkan Oleh Pengurus Laman Web TLDM Diluluskan Oleh Pengarah Teknologi Maklumat