• Tidak ada hasil yang ditemukan

Seni Peperangan FCPO

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Seni Peperangan FCPO"

Copied!
167
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

2 PRAKATA

Buku ini ditulis bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman diri sendiri sebagai full timer trader. Ia juga terhasil dari permintaan pengikut-pengikut saya, Tuan Penjejakx (ID Facebook) melalui Facebook serta pelajar-pelajar saya (working adults) yang dambakan sebuah buku nota yang lengkap berbanding handout yang saya berikan semasa sesi perkongsian setups. Untuk makluman, saya telah membuat perkongsian ilmu yang dikenali sebagai FCPO Sharing & Coaching Session sejak tahun 2011.

Buku ini sesuai untuk pembaca yang sudah mempunyai pengetahuan asas tentang trading. Ini kerana, lebih banyak perbincangan mengenai setups serta aspek pengurusan kewangan dan psikologi yang akan ditekankan berbanding penjelasan ke atas candlestick pattern atau chart pattern yang banyak boleh ditemukan dalam buku-buku serta dalam medium internet sama ada website, youtube serta blog berkaitan analisis teknikal.

Oleh kerana fokus perbincangan adalah kepada Futures Crude Palm Oil (FCPO) atau Pasar Hadapan Minyak Mentah Kelapa Sawit, istilah ticks akan digunakan berbanding pips (istilah forex) serta points (istilah ekuiti).

Bahagian awal buku ini adalah perkongsian pengalaman saya trade FCPO dari Malaysia ke Kenya dan kembali ke Malaysia. Dimuatkan juga sedikit-sebanyak faktor yang menyebabkan saya berhenti kerja sebagai seorang diplomat dan menjadikan trading as a living. Pengenalan FCPO serta spesifikasi juga disentuh dalam Bab 1- 3 supaya anda memahami apa itu FCPO walaupun lebih merupakan textbook content. Seterusnya Bab 4 dan 5 adalah berkenaan pembelajaran Analisis Teknikal yang mengandungi topik berkaitan Candlestick Pattern, Chart Pattern, Trend dan sebagainya.

(3)

3 Bab 6 adalah bab yang paling penting iaitu perkongsian setups yang saya gunakan hasil dari pembelajaran dengan pelbagai guru (locally dan internationally) serta silent, successful and seasoned traders. Setups tersebut saya gunakan dan dikongsikan semula dengan pengikut yang mana setups tersebut telah mampu memberikan pulangan yang baik sekiranya trader dapat mengekalkan disiplin trading melalui pendekatan Defensive Trading.

Secara jujurnya, setups yang dikongsikan telah wujud sejak berkurun lamanya. Namun, setups tersebut telah dikenalpasti mempunyai high winning percentages serta sesuai dengan market behavior FCPO. Lagipun, better to follow the existing successful formula jika ia bersesuaian dengan trading style kita dari membuat R&D yang akan memakan kos ribuan ringgit sebagai tuition fee market.

Seterusnya Bab 7 tentang Pengurusan Kewangan Dan Risiko. Bab ini menentukan WHY kita execute sesuatu trade dan sama ada ia berbaloi atau tidak dengan risk yang dilaburkan. Trading is a business. Untuk membuat pelaburan di dalam business faktor-faktor inilah yang akan menentukan kita boleh sustain di dalam market ataupun tidak.

Bab 8 walaupun ringkas sahaja, tetapi merupakan aspek terpenting dalam pelaksanaan trading iaitu Aspek Psikologi. Saya tidak mampu membuat rumusan dalam satu bab kerana buku ini lebih kepada setups teknikal analisis dalam trading FCPO. Namun aspek EQ (Emotion Quotient) adalah penentu kepada keupayaan trader untuk trade the plan setelah melalui proses plan the trade.

Penulis dengan segala upaya akan cuba menyampaikan penulisan ini dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat banyak istilah teknikal berkaitan market yang terpaksa disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Oleh

(4)

4 itu, keadaan ini tidak disengajakan dan penulis memohon maaf kepada pencinta bahasa

Jika anda masih baru dengan market seperti saham, Option, CFDs, Futures, Forex dan sebagainya, saya sarankan supaya anda dapat meluangkan sedikit masa untuk belajar teknikal analisis dan mengikuti perbincangan real time market serta updates secara percuma di FCPO Real Trader grup di Facebook. Followers di FRT terdiri dari pelbagai latar-belakang serta umur. Ada yang baru belajar seperti anda dan ada yang sudah menjadi seasoned traders. Semuanya bersatu di bawah FRT dengan niat untuk membantu dari segi perkongsian ilmu dan seterusnya membolehkan anda menjadi seorang pedagang FCPO yang konsisten.

Seterusnya, jika anda masih ghairah mengkaji market-market luar, saya sarankan anda supaya menjenguk perigi emas yang terdapat dibelakang rumah anda iaitu FCPO di bawah Bursa Derivaties Malaysia, anak syarikat Bursa Malaysia. Insya-Allah anda mampu menjana pendapatan yang baik jika anda sanggup melabur ke atas asset terpenting iaitu MINDA dan mampu mengekalkan DISIPLIN semasa trading. Ilmu tentang teknikal analisis ini adalah sesuatu yang boleh diwariskan dan mampu menjadi perisai peningkatan kos hidup serta masalah pengangguran.

Diharapkan dengan terhasilnya buku ini, anda mendapat manfaat dalam memperlengkapkan diri dalam menghadapi medan perjuangan FCPO yang mencabar tetapi mampu memberikan pulangan yang lumayan. Semoga usaha kita ini sama-sama diberkati Allah S.W.T hendaknya.

Salam hormat,

Mohd Azuri Zukainain aka Tuan Penjejakx www.exoticaliving.com

(5)

5 TENTANG PENULIS

Mohd Azuri Bin Zukainain (Matt) atau Tuan PenjejakX, 36 tahun merupakan seorang trader sepenuh masa FCPO selain beberapa kaunter kecil US CFDs (Nasdaq, S&P dan DowJones) sejak tahun 2005. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai seorang diplomat di Afrika di bawah MATRADE, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indsutri (MITI) sehingga awal tahun 2011. Walaupun berada di Afrika , beliau terus mengkaji dan trade market FCPO selama beberapa tahun sebelum memutuskan untuk meletakkan jawatan dan kembali ke Malaysia.

Selain trading, beliau juga mengendalikan kelas perkongsian analisis teknikal yang pada mulanya diadakan secara kecil-kecilan. Sehingga sekarang, kelas tersebut telah berkembang dan pelbagai latar belakang

(6)

6 pendidikan (teknikal, perubatan, ekonomi, kejuruteraan dan sains sosial) telah mengikuti kelas beliau. Seterusnya, beliau telah dijemput untuk mengendalikan kelas di CESMED, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai practitioner FCPO.

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda EKonomi, UKM serta Wealth Academy Trader (WATMY) kelolaan Conrad Alvin Lim. Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Beliau sekarang menetap di Kajang, Selangor.

Facebook ID : Tuan Penjejakx Facebook Group : FCPO Real Trader

Email : penjejakx@yahoo.com / penjejakx@gmail.com Website : www.exoticaliving.com

(7)

7 PENGHARGAAN

Tidak lengkap sekiranya saya tidak merakamkan penghargaan buat insan-insan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perjalanan saya ke arah menjadi FCPO Full Time Trader dan terhasilnya penulisan ini. Jutaan terima kasih kepada Putra78, Shafie Bustan, Hakimie FCPO serta DuanZ yang mula-mula memperkenalkan dunia FCPO. Seterusnya kepada Khalid Embong (GoldFinger), Prof. Fauzi, Mhz Don, Conrad Alvin Lim, Hj Halim, Jafli Yusof, Faizal Penang, Khuzaid Ahmad Zaki, Bill Wermine, Ridzuan Ibrahim, Peng Joon, Cikgu Saham, Mohd Khairi Forex, Mohd Khairo dan Ratna CESMED yang telah banyak memberi inspirasi serta terhasilnya buku ini.

Kepada admin dan follower grup Facebook: FCPO Real Trader (Khalid Embong, Jafli Yusof, Imura Kawari, MiZie, Draby Giggs, Ruzaini Gcorn, Zulkarnain Marzuki, Aishah, Mokhzani dan lain-lain yang tidak mampu saya ucapkan semuanya) saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sentiasa menceriakan grup tersebut serta membimbing newbies dalam proses pembelajaran trading.

Kepada rakan-rakan pembakar semangat: EngkuBujal, Rosli Mat Hashim, Aizal Elias, StopaAli, Sabri Deris, Wan Sahidallah, Aizuddin Khalid, AreKeyLee, Benie, Fariz Pandi, Zaidi Ismail, Radzi, TuanBri, Hanim, Mohd Uzair (juga pruf reader), Azrin Rahim, Ayiesimon, Encik Buntu dan lain-lain. Janji ABU – Asalkan Buat Untung!

Untuk isteri tersayang Gee Ahmad, yang sentiasa bersamaku for sun n rain, serta permata hatiku (Alya, Alani dan Aisy Izz). Untuk ayahanda dan bondaku (Pn. Siti Azizah dan En. Zukainain), terima kasih kerana melahirkan dan membesarkanku menjadi insan yang berguna.

(8)

8 KEBERKATAN ILMU

Ilmu yang berkat adalah dari sumber yang halal. Tindakan membuat pengedaran semula melalui re-forwarding kepada kenalan dengan niat untuk berkongsi ilmu adalah baik. Walau bagaimanapun, niat tidak menghalalkan cara. Disebabkan terlalu banyak usaha telah diberikan untuk menghasilkan penulisan ini, maka penulis amat berharap agar perkongsian ilmu boleh dilakukan dengan membuat pelaburan secara halal yang diredhai-Nya.

Menyedari bahawa tiada apa yang boleh menghalang pembaca dari membuat pengedaran semula secara haram, maka penulis dengan sedaya-upaya meletakkan kos yang agak minima dalam pelaburan ke atas ilmu yang amat berharga ini berbanding pulangan yang bakal diperolehi.

Harapan penulis, agar para pembaca dengan tulus hati dapat meluangkan sedikit bajet demi pelaburan ilmu agar keberkatan ini membolehkan anda diberi ganjaran-Nya serta dipermudahkan dalam meningkatkan ekonomi kendiri. Oleh itu, tiada apa-apa password serta blocking method dibuat kerana penulis percaya anda adalah seorang yang bertanggungjawab.

Salam hormat,

Mohd Azuri Zukainain aka Tuan Penjejakx www.exoticaliving.com

(9)

9 HAKCIPTA

Buku dan ebook ini adalah hakcipta terpelihara Mohd Azuri Zukainain aka Tuan Penjejakx (www.exoticaliving.com). Sebarang pengeluaran atau pengedaran semula dalam bentuk cetakan, elektronik, fotokopi dan lain-lain medium adalah tidak dibenarkan melain-lainkan mendapat keizinan penulis.

Diharapkan agar anda dapat menghormati Akta Hakcipta. Walau bagaimanapun, tindakan undang-undang boleh dipertimbangkan sekiranya kesalahan dilakukan secara serius.

Nota Penafian Penulis:

Penerbitan ini adalah bagi tujuan pembelajaran akademik sahaja. Pihak kami dengan sedaya upaya memastikan segala maklumat yang diberikan adalah tepat dan betul. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak boleh dianggap memberikan khidmat nasihat kewangan, perakaunan, pelaburan serta khidmat profesional yang lain. Pihak kami tidak boleh dipertanggungjawabkan diatas kerugian akibat dari penggunaan maklumat didalam penerbitan ini.

(10)

10

KANDUNGAN

MUKASURAT

BAB 1

INGIN MENJADI FCPO FULL TIME TRADER? 12

BAB 2

APA ITU FUTURES CRUDE PALM OIL (FCPO) atau

PASAR HADAPAN MINYAK MENTAH KELAPA SAWIT? 22

BAB 3

SPESIFIKASI KONTRAK FCPO 30

BAB 4

MENGANALISA PASARAN 39

BAB 5

(11)

11

BAB 6

SETUP TRADING PENJEJAKX 91

i. Candle Action ii. SnR Zone iii. PBX iv. Standard5X v. KoonkuunKaap vi. EMA

BAB 7

PENGURUSAN KEWANGAN DAN RISIKO 144

BAB 8

(12)

12 BAB 1

INGIN MENJADI FCPO FULL TIME TRADER?

Anda impikan pendapatan tambahan. Malah anda impikan pendapatan yang lumayan melalui trading. Setelah memasuki posisi buy 1 lot pada harga 2350, letakkan Stoploss (SL) pada 10 ticks dan Take Profit (TP) pada 20 ticks, anda tinggalkan market untuk menyambung kerja. Selepas 1 jam, anda kembali memeriksa posisi semasa. Wow, market sudah hit TP anda! Anda mula membuat kiraan, 20 ticks X RM25.00 = RM500.00. Setelah ditolak FBR fee sebanyak RM18.00, nett RM482.00 dalam masa sejam! Berdasarkan pencapaian tersebut, anda mulai mencongak jumlah pendapatan yang bakal diperolehi jika prestasi trading anda konsisten: Untuk seminggu, RM482 X 5 hari = RM2,410.00

Oleh itu, sebulan RM2,410 X 4 minggu = RM9,640.00 nett. Wow! Ini bukan lagi pendapatan tambahan, malah pendapatan hasil dari trading ini melebihi gaji hakiki anda! Ini baru trade 1 lot, bagaimana kalau trade 2 lot, atau 5 lot! Anda mulai tersenyum seorang diri memikirkan pendapatan yang bakal diperolehi nanti. Impian untuk memandu sebuah Audi A4 1.8T dengan bodykit Rieger tampak semakin jelas…

Seterusnya, anda mulai bercadang untuk meletakkan jawatan kerana pendapatan dari trading FCPO lebih tinggi dari jawatan sekarang. Lebih banyak kebaikan jika memilih untuk trade FCPO secara full time. Antaranya boleh bekerja dari rumah, ada kebebasan masa, pendapatan tanpa had. Anda akan jadi boss sendiri, mempunyai pejabat sendiri dengan konsep SOHO (Small Office Home Office) yang telah lama popular negara-negara Barat.

(13)

13 Tidak perlu lagi berkejar-kejar ke pejabat di waktu pagi. Kehidupan lebih santai di kopitiam semasa office hour, kontras dari kebanyakkan orang lain. Dengan berbekalkan laptop serta wifi yang terdapat di kopitiam tersebut, anda mulai berdagang FCPO sebaik jam menunjukkan opening market pada pukul 10.30 pagi.

Setelah market ditutup pada 12.30 tengahari, anda melihat semula paparan keuntungan di sistem J-Trader. Oleh kerana masa break yang agak panjang iaitu sehingga pukul 3.00 petang, anda masih mempunyai banyak masa untuk makan tengahari, solat serta bersantai sambil membaca akhbar. Indahnya hidup, dengan kebebasan kewangan dan masa, anda merasakan dunia ini adalah milik anda….

So U Think U Can Trade FCPO?

Anda telah banyak belajar mengenai Analisis Teknikal melalui internet. Banyak website-website yang telah dibaca sperti babypips.com, yourtradingcoach.com dan lain-lain. Anda juga telah banyak menghadiri seminar berkaitan Analisis Teknikal. Ada yang memakan kos beribu, ada yang ratusan sahaja. Malah anda juga meluangkan banyak masa untuk menghadiri seminar-seminar percuma serta market preview dari ramai guru serta syarikat naungan mereka. Pendek kata, ilmu teknikal analisis anda telah penuh didada.

Berbekalkan secawan Milo panas di suatu pagi yang hening, anda mulai memasuki trade secara real setelah berminggu-minggu melakukan Paper Trade (PT). Semuanya nampak senang sahaja dan Trade Plan pun sudah disediakan sejak semalam lagi.

Tapi entah kenapa, apabila order done sahaja, market reverse. Oleh kerana takut kehilangan duit, and pun cut loss. Tapi lepas aje kena Stop Loss (SL), market bergerak pula mengikut trend yang anda kehendaki. Anda mulai

(14)

14 gelisah. Semasa PT ok aje, ada entry, terus letak SL dan TP. Tapi apabila real trade masuk je salah. Segala jenis indikator telah dipelajari. MACD, Stochastis Slow, ADX, CCI, DMI, Chaikin Oscillator, Parabolic SAR dan pelbagai lagi. Malah anda berbangga dapat menayangkan skrin computer kepada rakan anda yang tidak tahu-menahu tentang market. Bangga dengan paparan carta yang nampak begitu sofistikated. Tetapi apa yang anda tidak sedari ialah, anda terlalu bergantung kepada lagging indicators. Sedangkan dalam trading, anda patut fokuskan kepada leading indicators. Dan semasa trading, anda juga tidak pasti siapa yang sedang melakukan trade sebenarnya. Sebab segala keputusan yang dibuat sudah tidak lagi mengikut perancangan asal. Emosi yang sebenarnya trade untuk anda…

Kisah Saya

Pada tahun 2007, saya telah ditugaskan ke Nairobi, Kenya sebagai seorang diplomat Malaysia selama hampir 3 tahun. Sebelum itu, saya merupakan Ketua Audit Dalam di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Semasa di Afrika, saya banyak terlibat dengan pengeksport dan pengilang dari Malaysia serta pemilik-pemilik perniagaan di Kenya serta Negara-negara Afrika Timur, disebabkan skop kerja saya ialah dalam bidang pembangunan dan fasilitasi eksport Malaysia.

Sebagai seorang diplomat, saya mendapat kemudahan-kemudahan seperti elaun sara hidup luar negara, rumah kerajaan serta kenderaan pejabat. Saya juga mempunyai seorang pemandu, empat orang pengawal, seorang pembantu rumah serta tukang kebun. Saya juga mempunyai dua ekor anjing German Shepperd! Tetapi saya sedar semua itu adalah pinjaman sahaja dan saya akan kembali kepada keadaan biasa apabila tamat tempoh perkhidmatan nanti.

(15)

15 Seperti tuan-puan, saya juga impikan pendapatan tambahan untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat serta mempunyai aset sebagai bekalan hari tua nanti. Tetapi sejak bertugas di bumi Afrika, keutamaan untuk hidup tenang tanpa terlalu memikirkan aspek keselamatan keluarga juga telah menyebabkan saya mempunyai push factor yang kuat untuk kembali trade dan melakukannya secara serius. Untuk makluman, saya telah mulai trade FCPO sejak di Malaysia lagi, tetapi tidak serius kerana pada masa itu saya masih berada dalam comfort zone. Jika dilihat career path, saya mungkin akan dihantar pula ke Lagos, Nigeria atau Accra, Ghana. Yang pasti, saya akan berada di benua Afrika untuk jangka masa yang lama. Disebabkan keadaan persekitaran yang tidak begitu selamat serta kemudahan asas yang tidak sempurna, saya tidak pasti berapa lama saya boleh hidup dan menikmati kehidupan seperti orang lain.

Kisah Trading di Kenya

Jam menunjukkan pukul 5 pagi di Nairobi, Kenya. Rutin biasa berdagang FCPO terpaksa bangun dinihari disebabkan waktu Malaysia adalah 5 jam kehadapan. Disebabkan market bermula pada pukul 10.30 pagi di Malaysia dan persediaan harus dibuat pada pukul 10.00 pagi, maka setiap hari bekerja saya akan bangun awal, dengan ditemani bunyi unggas serta sesekali salakan anjing di luar rumah, saya gagahi diri untuk trade.

Walau bagaimanapun, selama dua (2) tahun pertama di Kenya, trade saya tidak konsisten dan saya banyak loss. Tetapi disebabkan tekanan tinggi untuk berjaya dalam trading, saya teruskan usaha dan berterusan mengkaji sebab-sebab saya loss. Saya sering menyalahkan talian internet yang selalu terputus semasa trading, yang membuatkan Pending Order saya sentiasa tidak mengena.

(16)

16 Tetapi apabila dikaji semula, masalah utama saya ialah EMOSI. Saya cenderung untuk catch the bandwagon apabila terlepas, yang kebiasaannya disebabkan talian terputus. Macam chicken and egg rite..atau bangau oh bangau…

Walaupun saya mengalami kerugian, saya tetap tidak berputus asa dan berterusan mengkaji dan belajar sama ada melalui buku-buku yang dibeli, blog, ulasan di website terpilih dan chatbox. Sama ada saya sedari atau tidak pada masa itu, komunikasi secara langsung melalui Yahoo Messenger dengan kawan-kawan di Malaysia seperti Shafie Bustan (www.pie2020.com/blog) dan Putra78 serta Nasir di United Kingdom telah menaikkan semula semangat saya. Pendek kata, kami trade FCPO dan berkomunikasi secara langsung dari tiga (3) benua!

Sasaran saya pada masa tersebut memang agak tinggi. Kalau boleh saya tak mahu usik duit gaji dan mahu simpan semuanya. Manakala pendapatan melalui FCPO akan digunakan bagi tujuan pembayaran pinjaman perumahan saya.

Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Disebabkan ilmu dan pengalaman yang tidak mencukupi, ketiadaan mentor, tiada rakan seperjuangan untuk sentiasa bersembang dan berbincang tentang market semasa sesi TT saban malam, ditambah pula dengan internet line yang sentiasa terputus, saya lebih banyak rugi dari membuat keuntungan melalui FCPO.

Pada masa itulah saya menyesal kerana ketika masih berpeluang berguru dan berjumpa seasoned traders di Malaysia, saya tidak gunakan dengan sebaik-baiknya peluang tersebut. Ini kerana saya merasakan esok masih ada dan suka bertangguh.

(17)

17 Seterusnya, hidup saya pada hari-hari mendatang bertukar menjadi misi untuk memperlengkapkan lagi ilmu demi menjadi trader yang lebih baik. Setiap detik dan masa semasa saya bercuti di Malaysia saya gunakan dengan sebaik-baiknya. Saya menghadiri kelas, berjumpa seasoned traders dan belajar bagaikan tiada esok lagi untuk dibazirkan.

Dipendekkan cerita, tempoh dua tahun seterusnya adalah fasa mendapat kembali pulangan yang dilaburkan. Namun kejayaan untuk menjadi trader yang berdisiplin bukanlah mudah. Telah banyak masa dan wang ringgit yang saya korbankan, namun saya amat berpuas hati kerana mempunyai kemahiran yang kalis resesi (proof recession). Jika saya menyelak-nyelak semula printed YM serta email dahulu, saya akan tersenyum sendiri melihatkan betapa naifnya saya pada masa tersebut.

Trading is a Business

Diringkaskan disini kenapa saya memilih FCPO sebagai perniagaan saya: - Produk yang patuh syariah

- Produk ditawarkan dibawah Bursa Derivatives Malaysia, Bursa Malaysia, oleh itu pelaburan dijamin oleh kerajaan

- Masa berdagang yang sesuai seperti pekerjaan pejabat. Sesi pagi bermula 10.30 pagi – 12.30 tengahari dan sesi petang, 3.00 pm – 6.00 pm

- Ilmu Analisis Teknikal adalah kalis resessi (recession proof), walau dalam keadaan ekonomi gawat dan berlaku pembuangan pekerja, kita masih mampu memperolehi pendapatan melalui tradingFCPO.

Kebanyakkan trader mempunyai impian untuk mendapat pendapatan yang konsisten dan seterusnya menjadi full time trader. Anda mahu bebas dari

(18)

18 segi kewangan, mempunyai kebebasan masa, dapat keluar dari rat race serta mejadi boss sendiri.

Tetapi dalam realiti sebenar, berapa banyakkah pendapatan yang anda mampu perolehi dari trading? Ada yang mahukan pendapatan secara mingguan dan ada yang mahukan pendapatan secara bulanan.

Secara realitinya, market FCPO banyak dalam keadaan sideways serta banyak gap yang berlaku. Sedangkan dalam trading anda perlu market yang volatile dengan momentum yang baik bagi melakukan transaksi jual beli. Baiklah, saya terangkan sedikit jumlah pendapatan sederhana yang mampu diperolehi dengan 1 lot market ;

1 tick pergerakan (komoditi di panggil ticks, forex pips dan saham poin) bersamaan RM25.00.

Oleh itu, target minimum ialah 10 ticks sehari atau 50 ticks seminggu 50 X RM25.00 = RM1,250.00

Sebulan = RM1,250.00 x 4 minggu = RM5,000.00 (gross)

Target di atas adalah target yang ideal dan boleh dicapai. Lebih-lebih lagi jika anda mengaplikasikan setups yang baik dengan disiplin yang tinggi. Untuk pengetahuan, ada pelajar saya, seorang guru dari Selama, Perak pernah mendapat RM12,000.00 sebulan dan beliau hanya trade pada sebelah petang!

Andaikan pula kepada yang sibuk bekerja, anda hanya sasarkan 50% dari target di atas,maknanya anda hanya perlu mendapat 25 ticks seminggu.

25 ticks X RM25.00 = RM625.00

(19)

19 Jumlahnya kelihatan sedikit, tapi inilah target biasa yang saya letakkan kepada students. Kerana apabila capai sahaja target, anggaplah lebihan tersebut sebagai bonus. Dengan mindset ini, anda akan cenderung membuat TP berbanding TS serta akan lebih disiplin untuk see money takes money berbanding berharap market akan bergerak dengan lebih jauh dan memberi pulangan lebih tinggi. Biasanya, pelajar saya berupaya mendapat 10-20 ticks sehari dengan 1 lot. Anda bolehlah mengikuti updates serta perbincangan mereka di grup FB: FCPO Real Trader.

Leverage

Dengan modal RM7,000 untuk pembukaan 1 lot, anda sebenarnya boleh trade sebanyak 3 lot!

Disebabkan Maintenance Margin yang biasa ialah RM2,000 sahaja, 3 lot trade akan menggunakan kos sebanyak RM6,000 sahaja. Jadi, jika anda sudah mampu mengekalkan disiplin dengan trade 1 lot, maka anda bolehlah pula trade 2 atau 3 lot, asalkan disiplin yang sama dikekalkan. Jika anda mampu mendapat RM5,000 per 1 lot (dengan setups yang baik serta disiplin yang tinggi), maka dengan disiplin yang sama trade 3 lot anda akan mampu memperolehi pendapatan sebanyak RM15,000.00, tetapi dengan menggunakan jumlah modal yang sama. Menarik bukan? Walau bagaimanapun, ia tidaklah semudah yang disangka kerana akan melibatkan faktor emosi apabila anda melihat pergerakan turun-naik harga di dalam market. Topik Pengurusan Kewangan Dan Risiko serta Aspek Psikologi seorang trader akan dibincangkan pada bab-bab akhir nanti.

(20)

20 Kos Berniaga FCPO

Kos berniaga atau trade FCPO adalah pelbagai, bergantung kepada lokasi serta pelan internet yang anda gunakan. Disini saya kongsikan kos berniaga FCPO bagi kes diri sendiri:

Starting up cost:

Perkara Kos (RM)

1. Modal 1 lot kontrak FCPO (sekali sahaja)

6,500.00

2. Internet 30.00 (sebulan)

3. Bursa Station Professional 95.00 (6 bulan)

Jumlah 6,625.00

Kos perniagaan bulan ke-2 sehingga bulan ke-6 (disebabkan langganan Bursa Station saya adalah untuk tempoh 6 bulan):

Perkara Kos (RM)

1. Modal 1 lot kontrak FCPO tiada

2. Internet 30.00

3. Bursa Station Professional tiada untuk 5 bulan seterusnya

(21)

21 Untuk makluman, ada yang menggunakan charting platform percuma seperti OSK, jadi kos perniagaan terlibat ialah kos talian internet sahaja.

Kos Membina Senjata Ampuh

Dalam apa-apa perniagaan serta pekerjaan, kos yang terpenting harus dilaburkan ialah kos untuk mendapatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran. Begitu juga dengan trading, anda harus sanggup melabur dalam mendapatkan ilmu dan seterusnya mengelakkan “tuition fee” yang dibayar agak tinggi kepada market. “Tuition fee” yang dimaksudkan ialah jumlah yang biasanya trader lost didalam market kerana melakukan pelbagai R&D.

Bagi sesetengah golongan, mereka tidak sanggup melaburkan kepada ilmu dan hanya belajar secara percuma melalui internet dan buku. Tanpa mereka sedari, jumlah “tuition fee” yang telah diberikan kepada market adalah berkali ganda lebih tinggi dibandingkan kos pembelajaran ilmu trading secara formal.

Bagi kes saya, kos yang saya belanjakan untuk pelaburan ilmu adalah hampir RM8,000 dan “tuition fee” pula hampir RM25,000 sejak berkecimpung dalam market FCPO.

(22)

22 BAB 2

APA ITU FUTURES CRUDE PALM OIL (FCPO) atau PASAR HADAPAN MINYAK MENTAH KELAPA SAWIT?

Bab ini membincangkan tentang FCPO serta spesikasinya secara lanjut. Walaupun berupa textbook content, tetapi adalah penting untuk anda mengenali FCPO sebelum memulakan trade.

FCPO adalah salah satu dari produk futures yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia Derivatif (BMD). Ia adalah produk futures yang mematuhi syariah (syariah compliant) yang disandarkan kepada market fizikal kelapa sawit dunia.

FCPO didefinisikan sebagai suatu kontrak derivatif (yang diperakui undang-undang Malaysia) di antara pembeli dan penjual untuk menerima atau menghantar minyak sawit mentah (1 lot FCPO bersamaan dengan 25 Tan Metrik minyak sawit mentah) pada suatu masa tertentu di masa hadapan. Market niaga hadapan CPO adalah penanda aras harga minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit di seluruh dunia. Pada awalnya ia menggunakan sistem open outcry dan kemudiannya pada tahun 2001 ditukar kepada platform elektronik yang membolehkan urusniaga yang lebih efisien dan mampu menarik lebih ramai pelabur.

(23)

23 FCPO diniagakan dalam Ringgit Malaysia. Satu pergerakan minima harga (satu tick) bagi FCPO adalah RM1 di futures yang membawa nilai sebenar RM25.00. Oleh itu jika harga FCPO bergerak sebanyak RM5.00, ini bermakna nilai sebenar kepada trader adalah RM25.00 X RM5.00 = RM125.00.

Kontrak FCPO adalah urusniaga patuh syariah (syariah compliance) dimana ia telah diiktiraf oleh Shariah Advisory Bursa Malaysia.

Oleh yang demikian pedagang-pedagang market hadapan muslim tidak perlu ragu-ragu akan halal dan haram kontrak FCPO ini berbanding lain-lain instrumen pelaburan.

Tujuan Kontrak FCPO Di Bursa Malaysia Derivative

 Pengurusan risiko – Kontrak FCPO digunakan oleh syarikat perladangan, pengilang dan pengeksport untuk mengurus risiko dan

hedge (lindung nilai) terhadap risiko ketidaktentuan pergerakan

harga CPO di market fizikal.

 Spekulasi – Pedagang kontrak market hadapan boleh menjana keuntungan daripada pergerakan turun naik harga FCPO.

 Menambah pegangan/keuntungan dalam market komoditi – Pengurus dana dan pelabur hartanah dapat menyertai secara terus dalam market komoditi.

(24)

24 Kelebihan Pasaran Hadapan CPO (FCPO)

Kelebihan FCPO adalah seperti berikut:

 Pasaran Hadapan CPO adalah sah disisi undang-undang kerajaan Malaysia dan syariah. FCPO diuruskan oleh Bursa Malaysia Derivatives (BMD).

 Tiada unsur-unsur penipuan dan deposit haram.

 Market adalah dua hala. Turun naik harga market kita boleh menjana keuntungan.

 Boleh menjana keuntungan yang lumayan dalam satu hari. Dengan 1 lot kita mampu memperolehi RM 250.00 – RM 800.00 bergantung kepada pergerakan market.

 Boleh memperolehi keuntungan secara harian, mingguan atau bulanan. Bergantung kepada strategi pelabur.

 Modal permulaan yang rendah. FCPO diniagakan dalam matawang Ringgit Malaysia

 Market yang sangat aktif berbanding komoditi lain. Fakta Futures Crude Palm Oil (FCPO) Dunia

 Pengeluaran tahunan minyak sawit menjangkau 25-27 million tons dan merupakan minyak sayuran kedua terbesar dunia.

 Malaysia merupakan pengeluar nombor dua (2) terbesar minyak sawit dunia selepas Indonesia.

(25)

25

 Malaysia (10 million tons) dan Indonesia (13 million tons) adalah pengeluar minyak sawit terbesar dunia. Jumlah pengeluaran meliputi 85% daripada keseluruhan minyak sawit dunia.

 Lebih kurang 80% (21-23 million tons) pengeluaran global adalah untuk market eksport.

 India, China dan EU adalah pengimport terbesar minyak sawit.

 Harga yang kompetetif menjadi asas utama peningkatan permintaan minyak sawit dunia.

Fakta Penting Market FCPO Dunia

 Bursa Malaysia Derivatives (BMD) adalah market hadapan CPO yang terbesar dunia

 Harga minyak sawit FOB Malaysia dan Indonesia mempengaruhi harga market fizikal CPO.

Faktor Fundamental Harga FCPO Dunia

 Faktor permintaan dari pengguna seluruh dunia

Harga CPO banyak dipengaruhi oleh permintaan daripada penduduk dunia. Peningkatan populasi penduduk dunia merancakkan penggunaan minyak sawit melalui penambahan permintaan makanan, pengeluaran produk-produk oleokemikal dan penggunaan bio-fuel sebagai alternatif kepada sumber petroleum untuk bahan bakar.

(26)

26

 Bekalan daripada negara pengeluar minyak sawit seperti Malaysia dan Indonesia

Jumlah pengeluaran minyak sawit Malaysia dan Indonesia menjadi pengukur kepada turun naik harga CPO. Peningkatan hasil tuaian kelapa sawit banyak menyumbang kepada peningkatan pengeluaran minyak sawit.

 Senario permintaan daripada negara pengguna seperti China, India dan EU

Faktor permintaan daripada China, India dan EU-27 amat mempengaruhi harga market CPO kerana negara-negara berkenaan merupakan pengguna terbesar minyak sawit dunia. Permintaan semakin menggalakkan apabila tiba pada hari-hari perayaan tertentu di negara mereka.

Paras harga gantian (substitution) antara minyak soya dan minyak sawit.

Harga premium minyak sawit terhadap minyak soya menggalakkan permintaan dari negara-negara pengguna berbanding minyak soya. Harga CPO yang lebih murah dapat menjimatkan kos secara keseluruhan.

(27)

27 Carta Soybean Oil (Daily)

 Turun naik harga minyak mentah dunia. CPO digunakan untuk pengeluaran bio-diesel.

Faktor harga minyak mentah dunia memberi impak besar kepada harga CPO kerana ia digunakan untuk pengeluaran minyak bio-diesel.

(28)

28 Semakin tinggi harga minyak mentah, harga CPO turut mengikut trend yang sama.

Carta Crude Oil (Daily)

Bandingkan pergerakan CPO dengan Minyak Soya Mentah (Soybean Oil) dan Minyak Mentah (Crude Oil).

(29)

29 Carta FCPO (Daily)

(30)

30 BAB 3

SPESIFIKASI KONTRAK FCPO

Spesifikasi kontrak FCPO adalah seperti berikut:

Contract Code

FCPO Underlying

Instrument

Crude Palm Oil

Contract Size 25 metric tons Minimum Price Fluctuation

RM1 per metric ton

Daily Price Limits

With the exception of trades in the spot month, trades for future delivery of Crude Palm Oil in any month shall not be made, during any one Business Day, at prices varying more than 10% above or below the settlement prices of the preceding Business Day ("the 10% Limit") except as provided below.

When at least 3 non-spot month contracts are trading at the 10% Limit, the Exchange shall announce a 10-minute cooling off period ("the Cooling Off Period") for all contract months (except the spot month) during which trading shall only take place within the 10% Limit. Following the Cooling Off Period, all contract months shall be specified as interrupted for a period of 5 minutes, after which the prices traded for all contract months (except the spot month) shall not vary more than 15% above or below the settlement prices of the preceding Business Day ("the 15% Limit").

(31)

31 Contract

Code

FCPO

end of the first trading session, the following shall apply:- a. the contract months shall not be specified as

interrupted;

b. the 10% Limit shall be applied to all contract months (except the spot month) for the rest of the first trading session; and

c. the 15% Limit shall be applied for all contract months (except the spot month) during the second trading session.

If the 10% Limit is triggered less than 30 minutes before the end of the second trading session, the 10% Limit shall be applied to all contract months (except the spot month) for the rest of the Business Day.

Contract Months

Spot month and the next 5 succeeding months, and thereafter, alternate months up to 24 months ahead

Trading Hours

First trading session: Malaysian time 10:30 a.m. to 12:30 p.m. Second trading session: Malaysian time 3:00 p.m. to 6:00 p.m. Speculative

Position Limits

The maximum number of net long or net short positions which a client or a participant may hold or control is:

800 contracts for the spot month

10,000 contracts for any one contract month except for spot month

15,000 contracts for all months combined

The above position limit will be a combined limit for Crude Palm Oil Futures Contracts and Options on Crude Palm Oil Futures. (Please note that spot month futures limit will not be

(32)

32 Contract

Code

FCPO applicable to the options)

Final Trading Day and Maturity Date

Contract expires at noon on the 15th day of the delivery month, or if the 15th is a non-market day, the preceding Business Day.

Tender Period

1st Business Day to the 20th Business Day of the delivery month, or if the 20th is a non-market day, the preceding Business Day.

Contract Grade and Delivery Points

Crude Palm Oil of good merchantable quality, in bulk, unbleached, in Port Tank Installations approved by the Exchange located at the option of the seller at Port Kelang, Penang/Butterworth and Pasir Gudang (Johor).

Free Fatty Acids (FFA) of palm oil delivered into Port Tank Installations shall not exceed 4% and from Port Tank Installations shall not exceed 5%.

Moisture and impurities shall not exceed 0.25%.

Deterioration of Bleachability Index (DOBI) value of palm oil delivered into Port Tank Installations shall be at a minimum of 2.5 and of palm oil delivered from Port Tank Installations shall be at a minimum of 2.31.

Deliverable Unit

25 metric tons, plus or minus not more than 2%.

Settlement of weight differences shall be based on the simple average of the daily Settlement Prices of the delivery month from:

(33)

33 Contract

Code

FCPO

tender, if the tender is made before the last trading day of the delivery month; or

b. the 1st Business Day of the delivery month to the Business Day immediately preceding the last day of trading, if the tender is made on the last trading day or thereafter Sesi Urusniaga Trading Phases Financial Futures (SSFs/FKLI/OK LI) Non-Equity Financial Futures (FKB3/FMG3/FMG5/FM GA) Commodity Futures (FCPO/FUPO/FP KO) Pre Opening 8:15:00 8:30:00 10:00:00 No Cancel 8:44:30 8:59:30 10:29:30 Trading 8:45:00 9:00:00 10:30:00 Intra Day Pause 12:45:00 12:30:00 12:30:00 Intra Day

Pre-Open 14:00:00 14:00:00 14:30:00 No Cancel 14:29:30 14:29:30 14:59:30 Trading 14:30:00 14:30:00 15:00:00 Market Close/Surveilla 17:15:00 17:00:00 18:00:00 (FCPO/FUPO)

(34)

34 Trading Phases Financial Futures (SSFs/FKLI/OK LI) Non-Equity Financial Futures (FKB3/FMG3/FMG5/FM GA) Commodity Futures (FCPO/FUPO/FP KO) nce 18:05:00 (FPKO) End of Day 17:30:00 17:15:00 18:15:00 (FCPO/FUPO) 18:20:00 (FPKO) Opening Auction

 Tiada arahan /quote boleh dimasukkan atau diubah

 Harga pembukaan dan jumlah kontrak sepadan disebarkan

 Harga pembukaan (Opening Price) adalah kiraan harga TOP akhir sebelum padanan.

 Dari fasa Opening Auction, system secara automatik akan bergerak berterusan kepada fasa urusniaga (Trading)

 Jika tiada sepadanan berlaku dalam fasa Opening Auction, harga urusniaga pertama dilaksanakan dalam sesi perdagangan utama ditandai sebagai Opening Price.

Continuous Trading

 Tempahan boleh dimasukkan, dipinda dan dibatalkan pada sesi ini.

(35)

35

 Setiap tempahan disemak segera untuk padanan niaga

 Bahagian tempahan yang tidak diniagakan dimasukkan kedalam order book bergantung kepada pengesahan

 Pemadanan tempahan bergantung kepada Price & Time priority Closing Auction

 Sama seperti Opening Auction

 Harga Penutup bagi setiap instrumen pada hampir penutup sesi dagangan dipadankan

 Jika tiada dagangan pada fasa ini, harga terakhir pada fasa Continuous Trading akan diambil sebagai Closing Price

DEFINISI URUSNIAGA MARKET HADAPAN CPO Lot(S)

 Lot ialah jumlah minimum ekuiti (CPO) yang diniagakan di market hadapan Bursa Malaysia

 1 lot bersamaan 25 tan

 Modal permulaan (initial margin) yang diperlukan untuk urusniaga FCPO satu (1) lot bergantung kepada market semasa dan ia ditentukan oleh pihak Bursa Malaysia dari masa ke masa. Pada masa ini 1 lot urusniaga FCPO adalah bersamaan dengan RM7,000.00

(36)

36 Margin Call

 Margin call ialah deposit tambahan yang perlu dimasukkan oleh pedagang kedalam akaun jika wang initial margin tidak mencukupi semasa sesi dagangan akibat kerugian semasa proses dagangan berlangsung.

 Jika pedagang gagal mendeposit wang yang diperlukan, broker akan menutup urusniaga anda pada kerugian semasa sesuatu dagangan.

Nilai Market

 Nilai market ialah harga dimana para pedagang FCPO boleh membeli dan menjual pada sesi urusniaga. Nilai market berubah-ubah mengikut masa bergantung kepada supply & demand.

 Perubahan nilai ini dipanggil point atau tick Satu tick bersamaan dengan RM 25.00.

Bullish & Bearish

 BullIish ialah bermaksud apabila market berada dalam arah menaik dan Bearish pula ialah bermaksud apabila market berada dalam arah menurun.

 Untuk membuat keuntungan dalam urusniaga CPO anda perlu menentukan dahulu trend market samada menaik atau menurun. Jika menaik ambil posisi LONG (BUY) dan jika menurun ambil posisi SHORT (SELL).

(37)

37 Contoh menerangkan posisi BUY (LONG) dan SHORT (SELL) ialah seperti berikut:

Long (Buy)

Berdasarkan analisa teknikal yang dilakukan, Pelabur A membuat keputusan seperti berikut:

Beli FCPO pada harga 2450 sebanyak 1 kontrak (Buy to Open). Apabila harga meningkat kepada 2480, tutup posisi tersebut dengan menjual (Sell to Close).

Secara ringkasnya urus niaga tersebut ialah seperti berikut:

+1@2450 (Buy to Open) -@2480 (Sell to Close)

Dapatan: 30 ticks X RM25 = RM750

Short (Sell)

Berdasarkan analisa teknikal yang dilakukan, Pelabur A membuat keputusan seperti berikut:

Jual FCPO pada harga 2490 sebanyak 1 kontrak (Sell to Open). Apabila harga jatuh sehingga 2440, tutup posisi tersebut dengan membeli (Buy to Close).

(38)

38 -1@2490 (Sell to Open)

+1@2440 (Buy to Close)

(39)

39 BAB 4

MENGANALISA PASARAN

Dalam urusniaga FCPO, terdapat 2 jenis analisa yang terlibat iaitu Analisa Fundamental dan Analisa Teknikal. Kedua-dua analisa adalah amat penting bagi mengenalpasti trend dan target market. Kedua-dua analisa ini mempunyai hubung kait walaupun tidak mengandungi wajaran yang terlalu tinggi semasa market sedang berlangsung.

Analisa Fundamental

Analisa fundamental (FA) ialah satu kaedah melihat urusniaga melalui data eksport, data pengeluaran, data cuaca, harga minyak soya (Soyoil), harga minyak mentah (Crude Oil) dan pertukaran matawang Ringgit Malaysia terhadap USD yang menjejaskan bekalan dan permintaan CPO.

Contoh hubungkait Analisa Fundamental dengan CPO ialah seperti berikut:

 Jika data pengeluaran MENINGKAT, maka stok juga akan meningkat menyebabkan harga CPO TURUN. Harga CPO akan naik jika sebaliknya;

(40)

40

 Jika data eksport MENINGKAT, maka permintaan adalah tinggi. Jadi kemungkinan besar harga CPO NAIK. Harga CPO akan turun jika sebaliknya;

 Jika Ringgit MENGUKUH berbanding USD Harga CPO dijangka TURUN kerana pembeli/pengilang akan kerugian margin keuntungan. Jika Ringgit LEMAH berbanding USD, maka dijangka harga CPO akan naik;

Jika harga minyak mentah (NYMEX CRUDE OIL) NAIK, dijangka harga CPO turut NAIK, kerana CPO digunakan untuk menghasilkan minyak BIO-DIESEL. Sebaliknya akan berlaku jika harga minyak mentah turun;

Jika harga minyak soya (CBOT SOYBEAN OIL) NAIK, dijangka harga CPO turut NAIK, kerana CPO dan minyak soya adalah pesaing rapat. Pada kebiasaanya RBD daripada CPO mempunyai harga diskaun berbanding minyak soya yang dapat menarik minat pembeli. Data pengeluaran minyak soya juga amat perlu diambil kira kerana jika pengeluaran tinggi harga minyak soya akan jatuh.

 Faktor data cuaca di MALAYSIA & INDONESIA juga memainkan peranan penting kerana ia berkait rapat dengan kadar pengeluaran CPO. Taburan hujan yang mencukupi dapat menyuburkan tanah, justeru kadar tuaian meningkat. Sebaliknya jika musim kemarau,

(41)

41 tanah menjadi kering dan menjejaskan pertumbuhan buah sawit. Akibatnya pengeluaran CPO berkurangan.

Analisa Teknikal

Analisa teknikal adalah terdiri daripada pelbagai teknik pembacaan carta serta indikator yang dapat membantu kita dengan ketepatan masa untuk masuk dan keluar market ketika berurusniaga CPO.

Analisa teknikal bermaksud kajian terhadap pergerakan harga, terutama kajian melalui carta pergerakan harga (charting). Melalui charting kita dapat melihat pergerakan-pergerakan harga masa lalu (historical), dengan tujuan untuk membuat unjuran pergerakan harga yang akan datang.

Pada lazimnya corak carta yang terbentuk pada masa lalu akan melalui proses ulangan pada sesuatu masa tertentu. Melalui ulangan sebegini kita akan meramal pergerakan harga CPO samada menaik atau menurun. Sebagai contoh, pada masa dahulu harga CPO naik mencapai sehingga paras 4000 dan jatuh menjunam sehingga paras 2500 kemudiannya. Keadaan seperti ini besar kemungkinan akan berulang pada paras yang sama. Jadi kita akan menggunakan paras berkenaan sebagai aras rintangan (resistant) dan aras sokongan (support).

(42)

42 Terdapat dua (2) komponen penting di dalam analisa teknikal iaitu carta dan indikator. Carta (chart) melibatkan analisa ke atas sifat-sifat atau corak-corak harga market di dalam sesuatu julat masa tertentu. Manakala indikator pula melibatkan analisa berkaitan kajian market menggunakan formula tertentu.

Indikator biasanya dikenali sebagai lagging indicators iaitu terkemudian atau lambat. Contoh-contoh indikator ialah Relative Strength Index (RSI), Stochastics, Commodity Channel Index (CCI), Moving Averages (MA), Moving Average Convergence Divergence (MACD) dan seumpamanya.

Contoh-contoh penggunaan indikator:

(43)

43 MA – Moving Average (1 Hour / 60 minute Chart)

(44)

44 Slow Stochastic & Bollinger Band (1 Hour / 60 minute Chart)

MACD – Moving Average Convergence Divergence & Bollinger Band (Daily Chart)

(45)

45 MACD – Moving Average Convergence Divergence & Bollinger Band (60tf)

(46)

46 RSI – Relative Strength Index & Bollinger Band (1 Hour / 60 minute Chart)

(47)

47 JENIS-JENIS CARTA

Secara amnya, terdapat tiga (3) jenis carta yang sering digunakan semasa urusniaga. Carta-carta yang terlibat ialah:

 Line Chart

 Bar Chart

 Candlestick Chart Line Chart

Secara umumnya carta ini dilukis berpandukan harga penutup bagi setiap urusniaga kepada urusniaga yang berikutnya. Apabila disambungkan, maka akan terhasil garisan yang membentuk unjuran arah atau trend keseluruhan urusniaga. Dibawah adalah contoh Line Chart:

(48)

48 Bar Chart

Bar chart adalah carta yang juga menunjukkan harga penutup dan dalam masa yang sama menunjukkan harga pembukaan, harga tinggi dan harga rendah bagi sesuatu urusniaga. Garisan dasar paling bawah menunjukkan harga terendah, garisan paling atas menunjukkan harga paling tinggi. Garisan lintang pendek kiri dan kanan masing-masing menunjukkan harga buka dan harga tutup bagi urusniaga.

(49)

49 Candlestick Chart

Carta ini adalah sama dengan bar chart, tetapi ia lebih kemas dan mudah dilihat. Di samping itu carta ini dapat menggambarkan emosi market berdasarkan warna dan setiap candlestick mempunyai perwatakan tersendiri.

Pada kebiasaannya warna candlestick adalah hijau dan merah, masing-masing menggambarkan harga adalah menaik dan menurun pada sesuatu urusniaga. Jika warna candlestick berwarna hijau pada suatu urusniaga bermakna harga penutup adalah lebih tinggi daripada harga buka. Sebaliknya pula bagi candlestick berwarna merah dimana harga penutup lebih rendah daripada harga buka.

Maklumat Lengkap Candlestick

Body Upper Shadow Lower Shadow Open Close Close Open Low High Low High

(50)

50 Candlestick Chart

Daripada gambarajah di atas jelas dapat dilihat emosi market melalui warna dan bentuk candlestick.

Berdasarkan ketiga-tiga jenis carta yang diterangkan tadi. Candlestik chart mempunyai kelebihan yang amat ketara berbanding yang lain. Antara kelebihan-kelebihannya ialah:

 Candlestick mudah untuk ditafsirkan walaupun bagi seorang beginner

 Candlestick mudah digunakan. Melalui pandangan mata sahaja anda dapat melihat trend atau aliran market.

(51)

51

 Setiap bentuk candlestick memberi makna yang tertentu, justeru ia memudahkan para pedagang mentafsir arah market.

 Candlestick dapat menentukan titik perubahan market. Ia dapat mentafsirkan trend berpatah balik reversal daripada market menaik ke arah market menurun dan sebaliknya.

Maksud Candlestick

Maksud-maksud dan formasi penting candlestick yang boleh meramalkan perubahan harga dan arah aliran adalah seperti berikut:

(52)

52 Berdasarkan rajah diatas real body yang panjang menunjukkan momentum belian dan jualan yang kuat bagi sesuatu urusniaga. Lebih panjang real body maka lebih kuat tekanan urusniaga. Bagi real body yang pendek pula ia menunujukkan belian atau jualan yang lemah. Selain itu, ia menunjukkan kurangnya minat belian atau jualan dalam urusniaga.

Biasanya, real body yang pendek kadang-kadang menunujukkan emosi pedagang yang keliru dan ini akan menentukan aliran menaik atau menurun sesuatu urusniaga.

Secara ringkasnya, candlestick dapat menggambarkan setimen pasaran denagn jelas seperti keadaan berikut:

- LONG GREEN CANDLE menggambarkan tekanan belian yang kuat, pembeli agresif = Major Bullish

- LONG RED CANDLE menggambarkan tekanan jualan yang kuat, penjual agresif = major Bearish

Tail/Legs/Shadows

Untuk makluman tail/legs/shadow yang terdapat pada candlestick memberikan maksud yang tersendiri pada tingkah-laku market. Jadi amat penting untuk kita memahami apakah maksud-maksud yang tersirat.

(53)

53 1. Jika tail/legs/shadow atas lebih panjang berbanding body dan shadow bawah, ini menunjukkan tawar-menawar dalam market adalah aktif pada harga yang tinggi. Tetapi harga kembali turun dan ditutup di bawah harga bukaan.

2. Jika tail/legs/shadow bawah lebih panjang berbanding body dan shadow atas, ini menunjukkan tawar-menawar dalam market adalah aktif pada harga yang rendah. Tetapi harga kembali naik dan ditutup di atas harga bukaan.

(54)

54 CANDLESTICK PATTERN DAN FCPO

Disenaraikan ringkasan bentuk-bentuk candlestick yang harus anda fahami dan ingati dalam market CPO. Ia amat berguna untuk menentukan tingkah-laku market, arah market dan reversal.

DOJI

CIRI-CIRI: Harga buka dan tutup sama atau sangat menghampiri satu sama lain

PISIKOLOGI: Bulls & Bears bersaing hebat dan hasilnya seri. Risiko untuk perubahan trend adalah kuat.

(55)

55 Doji Chart

BULLISH ENGULFING

CIRI-CIRI: Body pada hari kedua lebih besar meliputi body pada hari pertama.

PISIKOLOGI: Pattern menunjukkan tekanan Bull sangat kuat. Kemungkinan harga menaik dengan tinggi.

(56)

56 Bullish Engulfing

BEARISH ENGULFING

CIRI-CIRI: Body pada hari kedua lebih besar meliputi body pada hari pertama.

PISIKOLOGI: Pattern menunjukkan tekanan Bear sangat kuat. Kemungkinan harga menurun.

(57)

57 Bearish Engulfing

HAMMER

CIRI-CIRI: Shadow bahagian bawah minimum dua(2) kali lebih panjang daripada body. Warna body tidak memainkan peranan.

PISIKOLOGI: Hammer – Jika pattern berada dibawah semasa trend menurun. Kemungkinan trend menaik sangat tinggi setelah berlaku 2 atau 3 bullish candlestick selepasnya.

(58)

58 Hammer

HANGING MAN

Jika pattern berada diatas semasa trend menaik. Kemungkinan trend menurun sangat tinggi setelah berlaku 2 atau 3 bearish candlestick selepasnya.

(59)

59 Hanging Man

PIERCING LINE

CIRI-CIRI: Bearish candlestick panjang terbentuk dan berikutnya diikuti oleh bullish candlestick panjang.

Bullish candlestick panjang mestilah open gap down dan ditutup melebihi separuh daripada bearish candlestick.

PISIKOLOGI:

Dalam satu arah aliran menurun atau semasa pullback dalam arah menaik, harga buka merenggang jauh, lalu mendapat permintaan tinggi daripada pembeli secara berterusan. Pembalikan (reversal) akan lebih ketara jika

(60)

60 jurang jatuh berlaku pada paras sokongan (support) dan disokong pula oleh volume yang tinggi. Kebarangkalian berlakunya trend menaik adalah SEDERHANA.

Piercing Line

DARK CLOUD COVER

CIRI-CIRI: Bullish candlestick panjang terbentuk dan berikutnya diikuti oleh bearish candlestick panjang.

Bearish candlestick panjang mestilah open gap up dan ditutup melebihi separuh daripada bullish candlestick.

(61)

61 PISIKOLOGI: Dalam satu arah aliran menaik, harga buka merenggang jauh, lalu mendapat permintaan amat rendah daripada pembeli secara berterusan. Pembalikan (reversal) akan lebih ketara jika jurang naik berlaku pada paras halangan (resistance) dan disokong pula oleh volume yang tinggi. Kebarangkalian berlakunya trend menurun adalah SEDERHANA.

(62)

62 MARUBOZU

CIRI-CIRI: Full body tanpa shadow atau terlalu sedikit shadow sama ada bullish candle atau bearish candle.

PISIKOLOGI: Dalam satu arah aliran menurun atau menaik, pembelian/penjualan amat tinggi sehinggakan tiada penawaran menjadikan paras harga sangat kukuh. Kewujudan corak marubozu menunjukkan aliran trend akan berterusan.

(63)

63 Bullish Marubozu

BEARISH HARAMI

CIRI-CIRI: Dalam satu arah aliran menaik, BULLISH candlestick panjang terbentuk diikuti BEARISH candlestick dengan open gap down dan real body candlestick sebelumnya meliputi keseluruhan bearish candle.

PISIKOLOGI: Selepas sesuatu arah aliran menaik yang kuat, harga dibuka dengan open gap down lalu menyebabkan bears menguasai market dan bulls pula akan menjual untuk mengambil untung.

(64)

64 Bearish Harami

BULLISH HARAMI

CIRI-CIRI: Dalam satu arah aliran menurun, BEARISH candlestick panjang terbentuk diikuti BULLISH candlestick dengan open gap up dan real body candlestick sebelumnya meliputi keseluruhan bearish candle.

PISIKOLOGI: Selepas sesuatu arah aliran menurun yang kuat, harga dibuka dengan open gap up lalu menyebabkan bulls menguasai market dan bears pula akan mengubah posisi.

(65)

65 Bullish Harami

INVERTED HAMMER

CIRI-CIRI: Real body kecil terbentuk pada akhir sesi urusniaga. Biasanya shadow atas tidak melebih dua kali ganda real body dan hampir tiada/tiada shadow bawah.

PISIKOLOGI: Pada sesuatu arah aliran menurun yang kuat, harga dibuka dengan open gap down lalu menyebabkan bulls menguasai market dan sehingga sampai satu waktu, bears mengambil alih urusniaga sehingga sesi urusniaga ditutup atas daripada harga buka. Untuk memastikan BULLISH reversal terjadi, kekuatan volume diperlukan pada sesi urusniaga pada berikutnya.

(66)

66 Inverted Hammer

MORNING DOJI STAR

CIRI-CIRI: Candle Bearish panjang yang diikuti oleh Doji, dibuka open gap down. Pada candle ketiga, terbentuk BULLISH candle yang ditutup tinggi daripada setengah BEARISH candle.

PISIKOLOGI: Pada sesuatu arah aliran menurun yang kuat, harga dibuka dengan open gap down lalu membentuk doji star. Bulls dan Bears berada dalam kedudukan seri pada penghujung sesi urusniaga. Pada sesi berikutnya harga dibuka open gap up dan bulls berterusan menguasai market sehingga ditutup melebihi separuh daripada harga bears candle.

(67)

67 Morning Doji Star

MORNING STAR

CIRI-CIRI: Candle Bearish panjang yang diikuti oleh Bullish candle kecil, dibuka open gap down. Pada sesi berikutnya, terbentuk BULLISH candle yang ditutup tinggi daripada separuh BEARISH candle.

PISIKOLOGI: Pada sesuatu arah aliran menurun yang kuat, harga dibuka dengan open gap down lalu membentuk candle kecil. Bulls sedikit menguasai Bears pada penghujung sesi urusniaga. Pada hari berikutnya harga dibuka open gap up dan bulls berterusan menguasai market sehingga ditutup melebihi separuh daripada harga bears candle.

(68)

68

Morning Star

(69)

69 EVENING DOJI STAR

CIRI-CIRI: Candle Bullish panjang yang diikuti oleh Doji, dibuka open gap up. Pada sesi berikutnya, terbentuk BEARISH candle yang ditutup rendah daripada separuh Bullish candle.

PISIKOLOGI: Pada sesuatu arah aliran menaik yang kuat, harga dibuka dengan open gap up lalu membentuk doji star. Bulls dan Bears berada dalam kedudukan seri pada penghujung sesi urusniaga. Pada hari berikutnya harga dibuka open gap down dan bears berterusan menguasai market sehingga ditutup melebihi separuh daripada harga bulls candle.

(70)

70 EVENING STAR

CIRI-CIRI: Candle Bullish panjang yang diikuti oleh Bearish candle kecil, dibuka open gap up. Pada sesi berikutnya, terbentuk BEARISH candle yang ditutup melebihi daripada separuh BULLISH candle.

PISIKOLOGI: Pada sesuatu arah aliran menaik yang kuat, harga dibuka dengan open gap up lalu membentuk candle kecil. Bear sedikit menguasai bull pada penghujung sesi urusniaga. Pada sesi berikutnya harga dibuka open gap down dan bears berterusan menguasai market sehingga ditutup melebihi separuh daripada harga bull candle.

(71)

71 Evening Star

SHOOTING STAR

CIRI-CIRI: Real body kecil terbentuk pada akhir sesi urusniaga. Biasanya shadow atas tidak melebih dua kali ganda real body dan hampir tiada/tiada shadow bawah.

PISIKOLOGI: Pada sesuatu arah aliran menaik yang kuat, harga dibuka dengan open gap up lalu menyebabkan bulls menguasai market dan sehingga sampai satu waktu bears mengambil alih urusniaga sehingga sesi urusniaga ditutup bawah daripada harga buka. Untuk memastikan BEARISH

(72)

72 reversal terjadi kekuatan volume diperlukan pada sesi urusniaga pada sesi berikutnya.

(73)

73 CORAK CARTA (CHART PATTERN) YANG PENTING

Disenaraikan ringkasan corak carta (chart pattern) yang harus anda fahami dan ingati dalam market CPO. Ia amat berguna untuk menentukan tingkah-laku market, arah market dan reversal. Walau bagaimanapun, buku ini tidak akan membincangkan secara mendalam corak carta yang terlibat kerana anda boleh belajar melalui pelbagai buku berkaitan teknikal analisis di market serta melalui medium internet website dan youtube dan blog.

Terdapat dua kumpulan corak carta yang utama:

BULLISH PATTERNS

(74)

74 Bullish Symmetrical Triangles:

(75)

75 Bullish Rectangle Pattern:

(76)

76 Bearish Rectangle Pattern:

(77)

77 Ascending Triangle Pattern:

(78)

78 Bullish Pennants: Bearish Pennants:

(79)

79 Bullish Flags:

(80)

80 Bullish Wedges: Bearish Wedges:

(81)

81 Head and Shoulder:

Head

Shoulder Shoulder

“Technical Analysis is a science,

but trading is an art”,

(82)

82 Bullish Cup & Handle:

Terdapat pelbagai bahan bacaan yang terperinci berkenaan Analisis Teknikal serta pembelajaran melalui video/youtube yang anda boleh ikuti. Namun buku yang paling lengkap berkenaan Candle Pattern dan Chart Pattern ialah Japanese Candlestick Charting Technique yang ditulis oleh Steve Nisson.

Nota penulis:

Oleh kerana kandungan nota Analisis Teknikal adalah hampir standard, sebarang persamaan dengan penulisan lain adalah tidak disengajakan.

(83)

83 BAB 5

KONSEP TREND MARKET

Terdapat dua(2) jenis trend iaitu Uptrend dan Downtrend. Trend terdiri daripada minor, major, short term dan long term. Intipati tentang trend adalah seperti berikut:

 Minor trend dapat dilihat pada timeframe yang lebih kecil iaitu 30tf, 15tf dan 5tf

 Major trend dapat dilihat pada 1Htf dan Daily

 Short term trend dapat dilihat pada Daily dan Weekly chart

 Long term trend boleh dilihat pada Weekly dan Monthly chart. UPTREND

Dalam keadaan Uptrend, market akan membuat high dan low yang lebih tinggi (Higher High dan Higher Low)

(84)

84 DOWNTREND

Dalam keadaan Downtrend, market akan membuat high dan low yang lebih rendah (Lower High dan Lower Low)

KEPENTINGAN TREND

 Adalah penting untuk mengenal pasti sama ada market mempunyai trend atau tidak, iaitu keadaan uptrend atau downtrend

 Jika market kelihatan seperti tidak mempunyai trend, ia dikenali sebagai sideway atau ranging market. Ranging bermaksud price bergerak dalam satu range atau jarak

(85)

85

 Apabila market sedang ranging, ia memberikan peluang kepada trader untuk menungu signal perubahan trend atau breakout yang menunjukkan trend itu akan berterusan

 Jika ranging market tersebut mempunyai range yang besar, kita mempunyai peluang untuk trade dalam kawasan range itu sendiri

HUKUM MARKET

Apakah yang dimaksudkan dengan Hukum Market? Jadi, apakah signifikan mengetahui Hukum Market?

Umumnya, keadaan market terbahagi kepada tiga (3) iaitu 1. Menaik

2. Menurun 3. Sideways

Walau bagaimanapun, kita hanya akan membincangkan keadaan Menaik dan Menurun sahaja dalam penulisan ini.

HUKUM MARKET MENAIK

Hukum Market Menaik ialah harga akan akan membuat Higher High dan Higher Low sahaja. Market masih dalam keadaan menaik selagi tidak membuat Lower Low dan Lower High. Oleh itu, kita dapat mengenalpasti sama ada trend sudah berubah atau belum. Berdasarkan pengetahuan ini, trader boleh membuat keputusan untuk memegang posisi beli.

(86)

86 Contoh market yang masih dalam keadaan menaik ditunjukkan oleh Gambarajah 1.

(87)

87 HUKUM MARKET MENURUN

Hukum Market Menurun ialah harga akan membuat Lower High dan Lower Low sahaja. Market masih dalam keadaan menaik selagi tidak membuat Higher High dan Higher Low. Oleh itu, kita dapat mengenalpasti sama ada trend sudah berubah atau belum. Berdasarkan pengetahuan ini, trader boleh membuat keputusan untuk memegang posisi jual.

(88)

88 HUKUM MEMBELI DAN MENJUAL

Secara umumnya, untuk mendapat keuntungan dalam trading, trader hanya perlu patuh kepada hukum-hukum ini iaitu:

1. Hukum Membeli: - Buy@Support - Buy Low, Sell High - Buy High, Sell Higher

Contoh market yang mematuhi Hukum Market Menaik serta Hukum Membeli adalah seperti di bawah:

(89)

89 2. Hukum Menjual:

- Sell@Resistance - Sell High, Buy Low - Sell Low, Buy Lower

Contoh market yang mematuhi Hukum Market Menurun serta Hukum Menjual adalah seperti di bawah:

Gambarajah 4

Dalam realiti, semua orang tahu akan hukum di atas. Malah hukum-hukum tersebut adalah ringkas sahaja. Jika masih ada yangbertanya macam mana hendak membuat keuntungan di dalam market, maka itu sahaja perlu dilakukan untuk membuat untung di dalam market ini. Tiada holy grail, ramuan ajaib atau sistem terhebat.

(90)

90 Persoalan yang biasa ditanyakan dalam dunia trading ialah, how low is low dan how high is high? Jika Hukum Market, Hukum Membeli dan Menjual adalah begitu jelas, kenapa ramai juga yang gagal mematuhi hukum ini? Bagaimana mahu menguruskan IQ sebanyak 30% berbanding EQ sebanyak 70% semasa trading? Persoalan di atas akan cuba dikupas di dalam penulisan ini.

TREND IS YOUR

FRIEND UNTIL IT

(91)

91 BAB 6

SETUP TRADING PENJEJAKX

Topik ini merupakan topik terpenting yang terbit hasil dari pembelajaran, proses trading serta perbincangan dengan seasoned traders. Setups-setups ini relevan digunakan dalam pelbagai jenis market asalkan mempunyai carta. Namun ia lebih relevan diaplikasi kepada market FCPO disebabkan market behavior FCPO yang unik. Saya dengan sedaya-upaya akan menerangkan konsep dan aplikasi dengan bahasa yang mudah dipelajari semua:

1. Candle Action

Setups Candle Action merupakan yang paling banyak digunakan oleh trader dan telah wujud sejak sekian lama. Di dalam buku Kazutaka Hoshii yang berjudul “Hajimete Kabuka Chato wo Yomu Hito no Hon (A Book for Those Reading Stock Charts for the First Time)”, ada diterangkan proses pembentukan candlestick, psikologi disebalik candle terlibat dan kenapa ia dinamakan sedemikin rupa. Walau bagaimanapun, buku yang paling popular dan dianggap kitab agung bagi pengamal Japanese Candlesticks ialah “Japanese Candlestick Charting Techniques” hasil usaha kompilasi dan terjemahan Steve Nisson yang telah diterbitkan pada tahun 1991.

Candlestick menggambarkan psikologi antara penjual dan pembeli di dalam market. Sifat badan candle menggambarkan siapa yang lebih dominan pada masa tersebut berdasarkan opening, close serta tanda penolakan harga yang digambarkan oleh ekor/kaki/bayang.

Candle adalah indikator terhadapan (leading indicator) berbanding indicator lain yang dikategorikan sebagai lagging indicators. Oleh itu, untuk Pasaran Saham, Pasar Hadapan (Futures Market), Options dan lain-lain, kita perlu menguasai leading indicators ini untuk membuat jangkaan

(92)

92 pergerakan harga pada masa hadapan dan seterusnya membuat keuntungan.

Antara setups yang paling lama dan paling banyak digunakan oleh traders ialah Candle Action. Secara ringkasnya, elemen Japanese Candlestick termasuklah Candle Pattern serta Chart Pattern. Walau bagaimanapun, saya tidak akan memfokuskan kepada pengenalan Candle Pattern serta Chart Pattern kerana bahan pembelajaran tersebut boleh diperolehi dengan mudah sama ada melalui internet atau buku-buku trading. Perbincangan adalah berdasarkan andaian anda sudah biasa dengan nama-nama candle serta formasi pattern yang terlibat.

Referensi

Dokumen terkait

'3 ('ropiltiourasil menghambat sintesis hormon tiroid dengan memhambat oksidasi dari iodin dan menghambat sintesistiroksin dan triodothyronin. ?bat ini

pengujian perlu diperhatikan ,karena akan brpengaruh terhadap hasil data pengujian, oleh karena itu sebaiknya memilih dan membandingkan dengan batasan nilai yang masuk

Standarisasi pelayanan patologi klinik sesuai dengan ruang lingkup fungsi dokter spesialis patologi klinik dalam pelayanan medik, mencakup fungsi pengelolaan dan

Perancangan i nterface ini menampilkan halaman utama dengan hak akses admin yang memiliki menu-menu sebagai berikut : data user , data menu, data meja, data transaksi,

[r]

Setelah nilai dari sunk cost telah diperoleh, maka nilai sunk cost akan dimasukkan ke dalam perhitungan biaya diferensial terhadap keputusan terhadap aset tetap

Segala puji dan syukur penulis panjatkan ke hadirat Tuhan Yang Maha Esa atas segala berkah dan rahmat yang telah dilimpahkan-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan

Peranan Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan (Studi Kasus Pada PT. Asuransi Jiwasraya Madiun Branch Office). Skripsi Program Sarjana, Jurusan Manajemen, Universitas