• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENGANALISA PASARAN

Dalam dokumen Seni Peperangan FCPO (Halaman 39-55)

Dalam urusniaga FCPO, terdapat 2 jenis analisa yang terlibat iaitu Analisa Fundamental dan Analisa Teknikal. Kedua-dua analisa adalah amat penting bagi mengenalpasti trend dan target market. Kedua-dua analisa ini mempunyai hubung kait walaupun tidak mengandungi wajaran yang terlalu tinggi semasa market sedang berlangsung.

Analisa Fundamental

Analisa fundamental (FA) ialah satu kaedah melihat urusniaga melalui data eksport, data pengeluaran, data cuaca, harga minyak soya (Soyoil), harga minyak mentah (Crude Oil) dan pertukaran matawang Ringgit Malaysia terhadap USD yang menjejaskan bekalan dan permintaan CPO.

Contoh hubungkait Analisa Fundamental dengan CPO ialah seperti berikut:

 Jika data pengeluaran MENINGKAT, maka stok juga akan meningkat menyebabkan harga CPO TURUN. Harga CPO akan naik jika sebaliknya;

40

 Jika data eksport MENINGKAT, maka permintaan adalah tinggi. Jadi kemungkinan besar harga CPO NAIK. Harga CPO akan turun jika sebaliknya;

 Jika Ringgit MENGUKUH berbanding USD Harga CPO dijangka TURUN kerana pembeli/pengilang akan kerugian margin keuntungan. Jika Ringgit LEMAH berbanding USD, maka dijangka harga CPO akan naik;

Jika harga minyak mentah (NYMEX CRUDE OIL) NAIK, dijangka harga CPO turut NAIK, kerana CPO digunakan untuk menghasilkan minyak BIO-DIESEL. Sebaliknya akan berlaku jika harga minyak mentah turun;

Jika harga minyak soya (CBOT SOYBEAN OIL) NAIK, dijangka harga CPO turut NAIK, kerana CPO dan minyak soya adalah pesaing rapat. Pada kebiasaanya RBD daripada CPO mempunyai harga diskaun berbanding minyak soya yang dapat menarik minat pembeli. Data pengeluaran minyak soya juga amat perlu diambil kira kerana jika pengeluaran tinggi harga minyak soya akan jatuh.

 Faktor data cuaca di MALAYSIA & INDONESIA juga memainkan peranan penting kerana ia berkait rapat dengan kadar pengeluaran CPO. Taburan hujan yang mencukupi dapat menyuburkan tanah, justeru kadar tuaian meningkat. Sebaliknya jika musim kemarau,

41 tanah menjadi kering dan menjejaskan pertumbuhan buah sawit. Akibatnya pengeluaran CPO berkurangan.

Analisa Teknikal

Analisa teknikal adalah terdiri daripada pelbagai teknik pembacaan carta serta indikator yang dapat membantu kita dengan ketepatan masa untuk masuk dan keluar market ketika berurusniaga CPO.

Analisa teknikal bermaksud kajian terhadap pergerakan harga, terutama kajian melalui carta pergerakan harga (charting). Melalui charting kita dapat melihat pergerakan-pergerakan harga masa lalu (historical), dengan tujuan untuk membuat unjuran pergerakan harga yang akan datang.

Pada lazimnya corak carta yang terbentuk pada masa lalu akan melalui proses ulangan pada sesuatu masa tertentu. Melalui ulangan sebegini kita akan meramal pergerakan harga CPO samada menaik atau menurun. Sebagai contoh, pada masa dahulu harga CPO naik mencapai sehingga paras 4000 dan jatuh menjunam sehingga paras 2500 kemudiannya. Keadaan seperti ini besar kemungkinan akan berulang pada paras yang sama. Jadi kita akan menggunakan paras berkenaan sebagai aras rintangan (resistant) dan aras sokongan (support).

42 Terdapat dua (2) komponen penting di dalam analisa teknikal iaitu carta dan indikator. Carta (chart) melibatkan analisa ke atas sifat-sifat atau corak-corak harga market di dalam sesuatu julat masa tertentu. Manakala indikator pula melibatkan analisa berkaitan kajian market menggunakan formula tertentu.

Indikator biasanya dikenali sebagai lagging indicators iaitu terkemudian atau lambat. Contoh-contoh indikator ialah Relative Strength Index (RSI), Stochastics, Commodity Channel Index (CCI), Moving Averages (MA), Moving Average Convergence Divergence (MACD) dan seumpamanya.

Contoh-contoh penggunaan indikator:

43 MA – Moving Average (1 Hour / 60 minute Chart)

44 Slow Stochastic & Bollinger Band (1 Hour / 60 minute Chart)

MACD – Moving Average Convergence Divergence & Bollinger Band (Daily Chart)

45 MACD – Moving Average Convergence Divergence & Bollinger Band (60tf)

46 RSI – Relative Strength Index & Bollinger Band (1 Hour / 60 minute Chart)

47 JENIS-JENIS CARTA

Secara amnya, terdapat tiga (3) jenis carta yang sering digunakan semasa urusniaga. Carta-carta yang terlibat ialah:

 Line Chart

 Bar Chart

 Candlestick Chart Line Chart

Secara umumnya carta ini dilukis berpandukan harga penutup bagi setiap urusniaga kepada urusniaga yang berikutnya. Apabila disambungkan, maka akan terhasil garisan yang membentuk unjuran arah atau trend keseluruhan urusniaga. Dibawah adalah contoh Line Chart:

48 Bar Chart

Bar chart adalah carta yang juga menunjukkan harga penutup dan dalam masa yang sama menunjukkan harga pembukaan, harga tinggi dan harga rendah bagi sesuatu urusniaga. Garisan dasar paling bawah menunjukkan harga terendah, garisan paling atas menunjukkan harga paling tinggi. Garisan lintang pendek kiri dan kanan masing-masing menunjukkan harga buka dan harga tutup bagi urusniaga.

49 Candlestick Chart

Carta ini adalah sama dengan bar chart, tetapi ia lebih kemas dan mudah dilihat. Di samping itu carta ini dapat menggambarkan emosi market berdasarkan warna dan setiap candlestick mempunyai perwatakan tersendiri.

Pada kebiasaannya warna candlestick adalah hijau dan merah, masing-masing menggambarkan harga adalah menaik dan menurun pada sesuatu urusniaga. Jika warna candlestick berwarna hijau pada suatu urusniaga bermakna harga penutup adalah lebih tinggi daripada harga buka. Sebaliknya pula bagi candlestick berwarna merah dimana harga penutup lebih rendah daripada harga buka.

Maklumat Lengkap Candlestick

Body Upper Shadow Lower Shadow Open Close Close Open Low High Low High

50 Candlestick Chart

Daripada gambarajah di atas jelas dapat dilihat emosi market melalui warna dan bentuk candlestick.

Berdasarkan ketiga-tiga jenis carta yang diterangkan tadi. Candlestik chart mempunyai kelebihan yang amat ketara berbanding yang lain. Antara kelebihan-kelebihannya ialah:

 Candlestick mudah untuk ditafsirkan walaupun bagi seorang beginner

 Candlestick mudah digunakan. Melalui pandangan mata sahaja anda dapat melihat trend atau aliran market.

51

 Setiap bentuk candlestick memberi makna yang tertentu, justeru ia memudahkan para pedagang mentafsir arah market.

 Candlestick dapat menentukan titik perubahan market. Ia dapat mentafsirkan trend berpatah balik reversal daripada market menaik ke arah market menurun dan sebaliknya.

Maksud Candlestick

Maksud-maksud dan formasi penting candlestick yang boleh meramalkan perubahan harga dan arah aliran adalah seperti berikut:

52 Berdasarkan rajah diatas real body yang panjang menunjukkan momentum belian dan jualan yang kuat bagi sesuatu urusniaga. Lebih panjang real body maka lebih kuat tekanan urusniaga. Bagi real body yang pendek pula ia menunujukkan belian atau jualan yang lemah. Selain itu, ia menunjukkan kurangnya minat belian atau jualan dalam urusniaga.

Biasanya, real body yang pendek kadang-kadang menunujukkan emosi pedagang yang keliru dan ini akan menentukan aliran menaik atau menurun sesuatu urusniaga.

Secara ringkasnya, candlestick dapat menggambarkan setimen pasaran denagn jelas seperti keadaan berikut:

- LONG GREEN CANDLE menggambarkan tekanan belian yang kuat, pembeli agresif = Major Bullish

- LONG RED CANDLE menggambarkan tekanan jualan yang kuat, penjual agresif = major Bearish

Tail/Legs/Shadows

Untuk makluman tail/legs/shadow yang terdapat pada candlestick memberikan maksud yang tersendiri pada tingkah-laku market. Jadi amat penting untuk kita memahami apakah maksud-maksud yang tersirat.

53 1. Jika tail/legs/shadow atas lebih panjang berbanding body dan shadow bawah, ini menunjukkan tawar-menawar dalam market adalah aktif pada harga yang tinggi. Tetapi harga kembali turun dan ditutup di bawah harga bukaan.

2. Jika tail/legs/shadow bawah lebih panjang berbanding body dan shadow atas, ini menunjukkan tawar-menawar dalam market adalah aktif pada harga yang rendah. Tetapi harga kembali naik dan ditutup di atas harga bukaan.

54 CANDLESTICK PATTERN DAN FCPO

Disenaraikan ringkasan bentuk-bentuk candlestick yang harus anda fahami dan ingati dalam market CPO. Ia amat berguna untuk menentukan tingkah-laku market, arah market dan reversal.

DOJI

CIRI-CIRI: Harga buka dan tutup sama atau sangat menghampiri satu sama lain

PISIKOLOGI: Bulls & Bears bersaing hebat dan hasilnya seri. Risiko untuk perubahan trend adalah kuat.

55 Doji Chart

Dalam dokumen Seni Peperangan FCPO (Halaman 39-55)

Dokumen terkait