• Tidak ada hasil yang ditemukan

Candle Action

Dalam dokumen Seni Peperangan FCPO (Halaman 91-99)

TREND IS YOUR FRIEND UNTIL IT

SETUP TRADING PENJEJAKX

1. Candle Action

Setups Candle Action merupakan yang paling banyak digunakan oleh trader dan telah wujud sejak sekian lama. Di dalam buku Kazutaka Hoshii yang berjudul “Hajimete Kabuka Chato wo Yomu Hito no Hon (A Book for Those Reading Stock Charts for the First Time)”, ada diterangkan proses pembentukan candlestick, psikologi disebalik candle terlibat dan kenapa ia dinamakan sedemikin rupa. Walau bagaimanapun, buku yang paling popular dan dianggap kitab agung bagi pengamal Japanese Candlesticks ialah “Japanese Candlestick Charting Techniques” hasil usaha kompilasi dan terjemahan Steve Nisson yang telah diterbitkan pada tahun 1991.

Candlestick menggambarkan psikologi antara penjual dan pembeli di dalam market. Sifat badan candle menggambarkan siapa yang lebih dominan pada masa tersebut berdasarkan opening, close serta tanda penolakan harga yang digambarkan oleh ekor/kaki/bayang.

Candle adalah indikator terhadapan (leading indicator) berbanding indicator lain yang dikategorikan sebagai lagging indicators. Oleh itu, untuk Pasaran Saham, Pasar Hadapan (Futures Market), Options dan lain-lain, kita perlu menguasai leading indicators ini untuk membuat jangkaan

92 pergerakan harga pada masa hadapan dan seterusnya membuat keuntungan.

Antara setups yang paling lama dan paling banyak digunakan oleh traders ialah Candle Action. Secara ringkasnya, elemen Japanese Candlestick termasuklah Candle Pattern serta Chart Pattern. Walau bagaimanapun, saya tidak akan memfokuskan kepada pengenalan Candle Pattern serta Chart Pattern kerana bahan pembelajaran tersebut boleh diperolehi dengan mudah sama ada melalui internet atau buku-buku trading. Perbincangan adalah berdasarkan andaian anda sudah biasa dengan nama-nama candle serta formasi pattern yang terlibat.

93 Gambarajah 1 menunjukkan keadaan market dalam keadaan bullish sehinggalah terdapatnya candle Shooting Star di A serta candle Hanging Man di B. Kedua-dua candle ini adalah tanda-tanda penolakan kepada keadaan bullish yang ditunjukkan oleh ekor sebagai tanda penolakan (A) serta posisi close yang lebih rendah dari open (B) atau bearish close candle. Keadaan ini diperkuatkan lagi dengan lokasi candle di kedudukan Upper Bollinger Band serta keadaan market yang sudah oberbought (OB).

Walau bagaimanapun, pembacaan market bukanlah sesuatu yang objektif, dimana kita mesti tunggu confirmation candle seperti ditunjukkan oleh candle ketiga yang bearish dominan. Bagi tujuan entry, Pending Order (PO) Sellstop di bawah close candle Hanging Man (B) tersebut. Manakala paras Stoploss ialah 2 ticks di atas ekor Shooting Star (A).

Entry setups adalah seperti berikut: -1@2462 (Sell to Open 1 lot)

SL@2470 (Stoploss dengan Buy to Close) TP@2448 (Target Profit dengan Buy to Close) RRR (Risk Reward Ratio) ialah 8:14 atau 1:2

94 Gambarajah 2

Walaupun Setups Candle Action ini merupakan yang paling banyak digunakan oleh trader dan telah wujud sejak sekian lama, namun Candle Action ini hendaklah beraksi pada paras-paras tertentu sama ada di paras sokongan (support) atau paras rintangan (resistance). Jika tidak, candle action ini tidak valid dan biasanya akan meneruskan perjalanan ke sasaran seterusnya.

Bagi penentuan paras sokongan dan rintangan yang valid, kita hendaklah melihat Last Swing High (LSH) dan Last Swing Low (LSL) yang wujud ketika itu. Dalam kes ini, jangka masa (time frame) yang digunakan ialah 5 minit (5tf).

Seperti contoh di Gambarajah 2, candle Shooting Star dan Hanging Man tersebut beraksi di SnR Zone 25-26 Februari 2013. SnR Zone tersebut

95 pernah menjadi Support dan pernah juga menjadi resistance. Tetapi pada kali ini, paras tersebut telah berfungsi sebagai resistance yang baik, ditambah pula dengan Bullish Reversal Candle iaitu Shooting Star dan Hanging Man, maka bearish menjadi semakin valid. Jika wujud keadaan ini, Candle Action di SnR Zone biasanya memberikan kadar pulangan kemenangan yang tinggi.

Gambarajah 3

Gambarajah 3 di atas menunjukkan beberapa formasi candle yang mulai menunjukkan tanda-tanda reversal setelah market berada dalam keadaan bullish rally buat beberapa ketika. Candle A merupakan Hanging Man,

96 namun tidak begitu dominan kerana panjang ekor sama dengan body candle. Namun candle B memperkuatkan lagi kehadiran bearish sentiment dengan terbentuknya candle Shooting Star. Walaupun Bullish Shooting Star ini tidak mempamerkan sentimen bearish sekuat Bearish Shooting Star (candle berwarna merah), namun ia memberikan amaran bahawa bullish sudah mulai melemah yang ditunjukkan penolakan cubaan bullish untuk ke atas ditolak kembali ke bawah seperti yang digambarkan oleh ekor candle. Candle C iaitu Bearish Doji mengambarkan bahawa kekuatan antara Bull dan Bear adalah sama kuat, namun disebabkan candle tersebut adalah bearish candle, maka kecenderungan untuk market ke bawah adalah lebih tinggi.

Antara faktor penting untuk melihat sentimen mana yang lebih dominan, analisis momentum candle juga boleh dilakukan. Pada keadaan tersebut, momentum bullish yang mulai berkurang. Ini ditunjukkan oleh darjah kecuraman yang mulai melandai bermula dari Candle A.

97 Gambarajah 4

Gambarajah 4 di atas menunjukkan satu lagi entry setups yang digunakan berdasarkan Candle Action. Pergerakan A,B dan C yang mulai perlahan, momentum yang berkurangan ditunjukkan oleh sudut yang landai, kekuatan bullish berkurang yang ditunjukkan oleh badan candle yang pendek serta tanda-tanda penolakan bullish meneruskan perjalanan ditunjukkan oleh ekor. Candle-candle tersebut, Hanging Man, Shooting Star dan Doji tersebut adalah tanda-tanda jelas reversal akan berlaku. Namun, di dalam market tiada apa yang pasti, oleh itu sebagai trader, kita harus mengenalpasti fasa pertarungan diantara bull dan bear ini serta mengelakkan terperangkap semasa pertarungan berlangsung.

98 Fasa inilah yang saya kenalpasti melalui pewujudan Buffer Zone (BFZ). Bagi tujuan entry, letakkan Pending Order (PO) dengan menggunakan Sellstop Order di 2579. Kenal pasti level Stop Loss (SL) dan jangkaan profit, Take Profit (TP) untuk mengira Risk Reward Ratio. Jika RRR sesuai dan trade berbaloi untuk diteruskan, barulah boleh ambil keputusan untuk trade. Entry setups adalah seperti berikut:

-1@2579 (Sell to Open 1 lot)

SL@2584 (Stoploss dengan Buy to Close) TP@2564 (Target Profit dengan Buy to Close) RRR (Risk Reward Ratio) ialah 5:15 atau 1:3

Risk 5 ticks untuk mendapatkan Reward sebanyak 15 ticks, RRR 1:3. Trade ini sangat berbaloi untuk diambil kerana jangkaan untung bakal diperolehi ialah 3 kali ganda berbanding risiko.

Kaedah biasa untuk menentukan jangkaan TP ialah dengan melihat paras-paras terdahulu atau terbelakang. Biasanya, harga akan bertindak balas terhadap paras-paras tersebut kerana terdapat pembeli yang melepaskan posisi belian dengan menjual lalu menghasilkan aliran pesanan bersih jualan, serta terdapat juga penjual yang melepaskan posisi jualan dengan membeli lalu menghasilkan aliran pesanan bersih belian. Walau bagaimanapun, kita tidak tahu mana yang lebih dominan pada ketika tersebut. Disebabkan itulah, harga akan mengalami keadaan pause seketika sebelum meneruskan perjalanan ke arah yang lebih dominan. Keadaan pause ini biasanya berlaku di dalam Buffer Zone.

99 Setelah price pecah Buffer Zone, dan mulai turun, anda bolehlah melukis Channel yang saya namakan Channel Innersia. Channel merupakan Trendline yang terhasil setelah terbentuknya confirmed trend. Oleh itu, harga biasanya akan bergerak sepanjang channel. Pada masa inilah kita boleh membuat jangkaan pergerakan harga sehinggalah ia terbatal apabila channel tersebut pecah. TP1 ialah pada paras support terdahulu iaitu pada 2564.

“So, in a war, the way is to avoid

Dalam dokumen Seni Peperangan FCPO (Halaman 91-99)

Dokumen terkait