• Tidak ada hasil yang ditemukan

ASPEK PSIKOLOGI

Dalam dokumen Seni Peperangan FCPO (Halaman 157-167)

is weak”, Sun Tzu

ASPEK PSIKOLOGI

IQ vs EQ (Intellectual Quotient vs Emotional Quotient)

Intellectual Quotient adalah skor yang digunakan untuk mengukur tahap keintelektualan seseorang menggunakan pelbagai ujian yang diilhamkan oleh ahli psikologi, William Stern.

Emotional Quotient pula bermaksud kebolehan untuk mengenalpasti, akses dan mengawal emosi sendiri. EQ mempunyai kaitan dengan kebijaksanaan tradisi serta personaliti.

Dalam dunia trading, kelihatannya semua orang boleh trade. Apabila mereka mulai trade, mereka akan dikenali sebagai trader. Trader bukan sahaja boleh trade, malah semua trader boleh bercakap mengenai Analisis Teknikal. Ramai trader akan menegakkan hujah mereka serta kenapa indicator yang mereka gunakan adalah lebih relevan berbanding indikator lain. Kenapa setups yang digunakan adalah lebih hebat kerana mampu win big, big time..!

Untuk belajar Analisis Teknikal bukanlah sesuatu yang begitu sukar. Malah banyak kelas dan “guru” yang sudi berkongsi rahsia menjadi jutawan FCPO. Pembelajaran Analisis Teknikal pula boleh diperolehi dengan percuma

158 melalui internet; website, blog dan youtube. Tetapi kenapa tak ramai juga yang menjadi jutawan? Sedangkan semua indikator dia tahu dan banyak pula dipakai dalam charting software. Malah boleh pula mempertikaikan setups lain dan mendakwa setups dia sahaja yang terbaik. Apakah yang diperlukan untuk menjadi trader yang consistent profit? IQ atau EQ?

Semasa trading anda memerlukan EQ yang tinggi berbanding IQ. Tetapi semasa membuat trading plan, anda perlu mempunyai IQ yang tinggi berbanding EQ. Oleh itu, plan your trade dan trade your plan adalah dua (2) perkara berbeza. Semasa trading, anda menggunakan 70% EQ dan 30% sahaja IQ. Oleh itu, EQ management adalah faktor penentu kejayaan semasa anda trade your plan.

Defensive Trading Style

Walaupun semua orang boleh menjadi trader, tetapi tahukah anda bahawa trader boleh dikelaskan kepada dua (2) golongan iaitu:

i. Winning trader ii. Losing trader

Winning trader pula boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu: i. Consistent win

159 Manakala Losing trader juga boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu:

i. Consistent loss ii. Unconsistent loss

Jadi, dalam kategori manakah anda tergolong?

Jika anda kaji, banyak buku-buku tentang trading menekankan bagaimana untuk menyerang. Tetapi bagaimanapula dengan aspek pertahanan? Adakah anda tergolong sebagai attacker trader atau defensive trader? Jika anda perhatikan, antara kesemua setups yang dibincangkan di dalam buku ini, semuanya adalah Defensive Trading kecuali setup KoonKuunKaap yang lebih untuk menyerang.

Defensive Trading Style lebih menekankan konsep Consistent Loss, Unconsistent Profit. Tiada kesilapan dalam penyataan di atas, jika anda berasakan tersalah baca. Pendekatan ini kedengaran luar dari kebiasaan, namun realitinya anda mesti menekankan Consistent Loss, Unconsistent Profit.

Consistent Loss bermaksud anda menekankan aspek penjagaan margin yang ketat melalui aplikasi Stoploss dengan disiplin yang tinggi. Loss biarlah dalam lingkungan yang mampu ditebus semula dalam pertarungan seterusnya. Trading Setups di dalam buku ini mengaplikasikan SL yang kurang dari 10 ticks sahaja. Stoploss maksimum pula ialah sebanyak dua (2)

160 kali sahaja dalam stau (1) hari trading. Ini kerana jika anda loss berturut-turut sebanyak dua (2) kali, maka ada sesuatu yang tidak kena. Sama ada emosi anda tidak stabil atau market dimanipulasi atau memang that day is your bad hair day!

Jadi lupakan market buat seketika. Tenangkan diri sama ada dengan mengayuh indoor bicycle atau hidupkan enjin naked bike, susuri lebuhraya sehingga ke hentian terdekat untuk menikmati secawan kopi…apa sahaja yang anda lakukan, tenangkan diri dan kosongkan minda untuk mengkaji kenapa berlakunya loss tersebut. Namun, apa yang penting, loss tersebut mestilah consistent.

Unconsistent Profit bermaksud janji ABU (Asal Buat Untung). Bagi scalpers dan intraday trading, “see money takes money”. Ini kerana, jangkaan TP berdasarkan setups yang dipelajari, RRR minima ialah 1:1. Namun semasa market trending, TP tersebut boleh diubah dengan mengaplikasikan TS, yang akan menyebabkan RRR juga berubah. Nisbah terbaru mungkin sudah menjadi 1:2 atau 1:3. Oleh itu, apabila anda dalam keadaan In The Money (ITM), maka biarkan profit berlari dan anda berlari bersamanya. Let profit runs, bukannya running out of you. Oleh itu, tidak salah profit tidak konsisten, kerana anda mampu mendapat TP yang optimum dan berbeza dari sasaran awal.

161 Fear Factor

Trader yang mempunyai Fear Factor dalam trading terbahagi kepada beberapa golongan:

i. Takut terlepas peluang (miss the bandwagon)

Keadaan in biasa terjadi kepada novice traders yang akan counter trend untuk mendapatkan first swing entry. Biasanya mereka akan kalah berturut-turut dan mulai goyah dengan indikator yang digunakan serta akan mula mencari-cari setups yang baru.

Apabila takut terlepas peluang, trader dalam golongan ini akan masuk posisi secara pramatang, iaitu walaupun signal yang wujud masih belum jelas, mereka akan cenderung untuk trade berdasarkan candle secara individu dan bukannya candle action yang membentuk formasi atau pattern tertentu.

ii. Takut salah

Disebabkan takut salah apabila memasuki posisi, trader dalam golongan ini akan membuat pelbagai analisis, membaca pelbagai pendapat penganalisa pasaran, membuat perbandingan dengan entry trader lain dan akan menunggu confirmation signal pelbagai indikator yang digunakan. Namun akhirnya, mereka tidak juga masuk trade kerana masih menunggu confirmation signal. Pada masa wujudnya confirmation signal, harga sudahpun berlalu terlalu jauh.

162 Golongan ini biasanya suka bertapa dalam jangka masa yang lama. Ini kerana mereka akan resah, gelisah, gelabah dan tidak tentu hala apabila masuk market.

iii. Takut kalah (being hit)

Golongan trader dalam kumpulan ini biasanya terlalu protectective dengan trade yang dilakukan. Biasanya mereka akan mengambil keuntungan (TP) yang kecil atau meletakkan TS dengan terlalu awal. Akibatnya, mereka akan banyak kali terlepas peluang untuk mendapatkan hasil trade yang baik serta setimpal dengan risiko.

Papertrade (PT) - Sesi Sparing Sebelum Berjuang

Ramai yang ambil mudah akan Paper Trade (PT). Antara alasan yang diberikan ialah jika hanya buat PT, tiada emosi yang terlibat. Oleh itu, lebih baik masuk posisi trade dengan duit sebenar.

Walaupun ada kebenaran penyataan tersebut namun melalui PT anda akan dapat melatih kekuatan emosi. Harus diingat bahawa, EQ terlibat ialah 70% dan IQ 30% dalam trading. Jika EQ kuat, anda akan dapat patuh kepada sistem dan disiplin sepertimana semasa anda membuat PT. Jika tiada emosi semasa PT, maka semasa real trading pun sepatutnya tiada emosi terlibat.

163 Semasa membuat trade plan untuk memasuki medan juang, traders sepatutnya mempunyai kemampuan untuk menganalisia sebelum masuk market, memilih senjata mana yang akan digunakan, posisi mana yang patut diambil, sama ada jual atau beli dan RRR yang terlibat.

Walau bagaimanapun, semasa trading, traders sepatutnya tidak mempunyai perasaan dan hanya ikut sahaja arahan yang dicatatkan di trade plan, umpama askar bawahan menerima arahan dari jeneral batalion perang. Oleh itu PT berfungsi sebagai sesi latih tubi untuk membiasakan mental dan mata. PT secara intensif akan membolehkan trader dapat mengesan setups yang wujud.

Sekali lagi ditegaskan, PT adalah sesi persiapan sebelum memasuki medan perang sebenar dan latihan mental untuk mengelakkan fear factor. Jika anda pernah memerhatikan askar yang berada dalam keadaan stand by, apabila bunyi siren sahaja askar tersebut akan terus bangun, memasukkan peluru serta membuka kunci senjata, mengacu senapang dan menunggu apa-apa pergerakan dihadapan. Ini kerana mereka tahu dalam radius tertentu di hadapan mereka hanya musuh yang akan muncul. Tugas askar tersebut ialah untuk pull the trigger sahaja, bukan lagi membuat andaian apakah yang akan muncul. Memang tidak dinafikan bahawa kadang-kadang ada collateral damage, tetapi itulah kos yang terpaksa ditanggung dalam medan peperangan. Dalam trading, collateral damage tersebut ialah stoploss.

164 Seni Peperangan – Defensive Trading

Berdasarkan kerja-kerja intipan yang telah dibuat, kadar peratusan untuk musuh sahaja yang akan muncul dalam radius tertentu di hadapan batalion adalah tinggi. Jadi kadar peratusan tembakan akan mengena musuh dan bukan sebaliknya juga adalah tinggi. Jika disiplin ini dapat dikekalkan dengan baik, maka batalion mempunyai peluang yang baik untuk menang.

Di dalam Seni Peperangan FCPO ini, ada enam (6) setups yang telah dikongsikan iaitu: i. Candle Action ii. SnR Zone iii. PBX iv. Standard5X v. KoonkuunKaap vi. EMA

Tugas anda ialah untuk mengenalpasti sistem mana yang anda selesa, yang mana banyak muncul di dalam market dan yang paling penting, yang mana mudah dikuasai serta dikesan awal. Sebagai contoh, jika kedua-dua setups Candle Action dan SnR Zone wujud dalam masa yang sama, beranikan diri anda untuk memasuki posisi dengan meletakkan PO. Bila PO mengena, letak SL dan kemudian TP. Anda boleh gunakan order type OCO (Order

165 Cancel One Another) dan biarkan sahaja entry tersebut tanpa perlu melihat lagi. Ini kerana OCO akan membatalkan salah satu PO apabila satu PO lagi telah mengena.

Semua ini dilaksanakan setelah anda mempunyai trading plan. Seterusnya, tugas anda ialah untuk trade the plan, sebagaimana askar bawahan yang menurut perintah jeneral di medan perang tadi. Apa yang diperlukan ialah untuk terus mara dan jangan sesekali mengubah plan semasa di medan perang kerana segala faktor telah diambil kira termasuk kekuatan anda, kelemahan musuh, kesesuaian senjata dan peratus keberkesanan strategi yang dipilih.

Kekalkan Defensive Trading Style dengan membuat perancangan yang rapi sebelum berjuang, iaitu kerja-kerja intipan yang teliti (plan the trade). Batalion digerakkan apabila semua sudah bersedia dan pelaksanaan dibuat mengikut perancangan yang telah diluluskan oleh pihak tertinggi dengan jangkaan kadar kejayaan yang tinggi (trade the plan).

Jika ditentang hebat oleh musuh dan ada yang tercedera, batalion harus bertenang seketika untuk mengumpul kekuatan. If all else fails, retreat – Sun Tzu.

Dalam konteks ini, berundur bukan bermakna menyerah kalah, tetapi berundur untuk mengumpul semula kekuatan serta memulihkan askar yang

166 tercedera. Kaji semula kekuatan musuh, kenali medan perjuangan dan kenali semula kekuatan diri. Kemudian rancang semula strategi perang, bina kekuatan dan kembali ke medan juang.

Dalam konteks trading, cutloss jika market tidak favour dan kaji semula entry. Tunggu semula signal yang muncul dan tentukan setup mana yang akan digunakan. Jika berjaya berdisiplin dengan Stoploss, maknanya masih ada lagi margin yang boleh digunakan. Masih ada lagi peluru yang boleh ditembak ke arah musuh.

Berjuang dengan lebih matang, supaya tidak tertewas lagi dengan taktikal serangan yang sama. Dalam kes trading, anda seharusnya sudah boleh mengenalpasti false breakout dan false signal. Elakkan masa yg tidak sesuai untuk mulai trade jika tidak mampu menangani volatiliti yang agak keterlaluan, iaitu semasa sesi pembukaan dan sesi penutup. Kenali juga fasa-fasa stalled stage atau accummuluation/consolidation stage.

Untuk memenangi sesuatu peperangan, batalion harus terus mara jika masih mempunyai peluru untuk dilepaskan dan masih mempunyai keupayaan untuk menang. Walau bagaimanapun, keputusan ini diambil setelah dibuat kajian teliti dan penuh berhati-hati. Tembak apabila sudah berada dalam radius yang betul. Bidik dengan yakin. Tembak dengan peluru yang berharga, jangan bazirkannya. Trade apabila market mematuhi setups. Ambil TP dulu apabila market mulai menunjukkan tanda-tanda reversal.

167 Trade lot yang kecil dan aplikasikan TS untuk mengunci keuntungan. Tambah lot apabila ada pullback. Berjuanglah dengan bijak, trade dengan penuh kematangan.

Fight wisely. Trade brillianty. That’s how to win the battle.

Attack on the weakness. Retreat if all fails. Retreat not to

surrender. Retreat to study the strength and weakness.

Re-attack during the dawn. Consistent, persistent and be

discipline. It’s worth the risk, if trade wisely and without fear. -

Dalam dokumen Seni Peperangan FCPO (Halaman 157-167)

Dokumen terkait