is weak”, Sun Tzu
PENGURUSAN KEWANGAN DAN RISIKO
Risk Reward Ratio (RRR): Pentingnya Menjaga Ekuiti
Sebelum membuat keputusan untuk masuk posisi trading, sebagai pemilik perniagaan, kita mesti melihat sama ada sesuatu trade berbaloi atau tidak. Anggaplah kita membuat keputusan sebagai Board of Director (BOD) untuk sesuatu syarikat. Oleh itu, untuk mencapai obkjektif perniagaan mendapat keuntungan dengan risiko yang minima, kita hendaklah mempertimbangkan sesuatu trade sama ada mempunyai kadar peratusan kemenangan yang tinggi (high winning percentage) atau tidak.
“In trading, it is better not to do anything than losing something”
Pilih trade yang betul-betul menguntungkan sahaja, melalui pengukuran Risk Reward Ratio (RRR). RRR bermaksud nisbah risko berbanding pulangan pelaburan. Secara ringkasnya, jika RRR 1:1, membawa maksud 1 unit modal dilaburkan untuk mendapat 1 unit pulangan. Jika RRR 1:2, membawa maksud 1 unit modal dilaburkan untuk mendapat 2 unit pulangan dan begitulah seterusnya.
145 Dalam membuat trade plan secara ringkas dan seterusnya membuat pengukuran RRR intraday trading, jangkamasa atau time frame (tf) yang saya biasa gunakan ialah :
i. 30tf
- digunakan untuk melihat SnR Zone
- untuk melihat kemungkinan SBR dan RBS akan berlaku
- untuk memerhatikan sifat candle yang wujud pada masa tersebut
ii. 5tf
- perhatikan sifat-sifat candle pada masa tersebut, sama ada mulai melemah atau dalam proses consolidation/accummulation
- tengok market pada masa tersebut adakah masih mematuhi Hukum Market Menaik atau Hukum Market Menurun
- untuk melihat previous SnR Zone bagi menentukan jangkaan TP - untuk mengira berbaloi ke tidak reward berbanding risk yang akan
146 Contoh RRR 1:1 adalah seperti Gambarajah 1 dibawah.
Gambarajah 1
Ringkasan entry Gambarajah 1 adalah seperti berikut: -1@2437 (Sell to Open 1 lot)
SL@2445 (Stoploss dengan Buy to Close) TP@2429 (Take Profit dengan Buy to Close) RRR (Risk Reward Ratio) 8:8 atau 1:1
147 Manakala Contoh RRR 1:3 adalah seperti Gambarajah 2 dibawah.
Gambarajah 2
Ringkasan entry Gambarajah 2 adalah seperti berikut: -1@2579 (Sell to Open 1 lot)
SL@2584(Stoploss dengan Buy to Close) TP@2564 (Take Profit dengan Buy to Close) RRR (Risk Reward Ratio) 5:15 atau 1:3
148 StopLoss (SL)
Jika anda perhatikan, semua contoh yang saya berikan dalam buku ini ada mempunyai Stoploss (SL). Malah, SL akan saya bandingkan dengan jangkaan Take Profit (TP) yang boleh dicapai melalui pembacaan Analisis Teknikal yang dilakukan.
SL adalah elemen terpenting dalam Defensive Trading. Sebagai BOD syarikat, anda mesti membuat feasibility study dan penilaian risiko sebelum membuat keputusan untuk meneruskan dengan rancangan perniagaan tersebut. Jadi, aplikasikan konsep tersebut ke dalam trading, kerana trading is a business! Trading bukanlah bermaksud memasuki apa-apa posisi pada setiap masa hanya kerana berasakan perlu berada dalam posisi.
SL adalah alat untuk memastikan anda mempunyai disiplin dalam trading serta mematuhi trading plan. Jika anda masih ingat, setelah membuat trading plan, tugas anda hanyalah untuk trade the plan. SL mesti diaplikasikan dalam trading pasar hadapan disebabkan faktor volatility yang tinggi. Ini berbeza dengan pasaran ekuiti atau saham (akan dibincangkan dalam kelas sahaja).
Setelah analisis dilakukan, SL diletakkan beberapa ticks di bawah Last Swing Low atau Pivot Low bagi posisi long atau beberapa ticks di atas Last Swing High atau Pivot High bagi posisi short. Terdapat dua (2) jenis SL iaitu:
149 (i) Tight SL – 2-3 pivot low/high
(ii) Wide SL – 2-3 previous pivot low/high
Gambarajah 1
Contoh dari Gambarajah 1 sekali lagi digunakan untuk menunjukkan SL yang dibuat sebelum memasuki trade.
150 -1@2437 (Sell to Open 1 lot)
SL@2445 (Stoploss dengan Buy to Close) TP@2429 (Take Profit dengan Buy to Close) RRR (Risk Reward Ratio) 8:8 atau 1:1
Berdasarkan perbandingan RRR dengan SL barulah anda boleh membuat keputusan untuk memasuki trade.
Mental SL vs Planned SL
Masalah utama trader ialah kecenderungan mengubah SL apabila harga mulai bergerak ke arah SL yang diletakkan. Yang paling ditakuti ialah SL terkena dengan ekor candle dan market bergerak semula ke arah TP yang ditetapkan. Situasi inilah yang menyebabkan trader cenderung untuk mengubah SL bagi trade seterusnya kerana berbaur perasaan geram dan marah apabila terkena SL tadi.
Malah dalam sesetengah keadaan, SL tidak di key in ke dalam order pad, tetapi hanya dicatatkan ke dalam trading jurnal. Bagi sesetengah trader, SL hanya ditetapkan di dalam minda sahaja. Keadaan inilah yang dinamakan mental SL. Keadaan ini berlaku kerana mungkin SL yang diletakkan tidak sesuai dengan momentum semasa market yang sangat volatile atau SL
151 diletakkan terlalu tight. Oleh itu, mengenalpasti paras SL yang betul adalah sangat penting dalam trading.
Bagi trader yang berdisiplin, SL akan dipatuhi walau dalam apa keadaan sekalipun. SL adalah alat untuk disiplin dan amat penting untuk membiasakan diri dengan SL. Ini kerana sistem yang manusia hasilkan termasuk trading setups dalam buku ini hanya mempunyai 80% winning percentage. Sistem manusia tidak sempurna, hanya sistem Allah yang sempurna.
Oleh itu, jika anda telah mengenalpasti trade signal yang betul, mempunyai setups yang betul, mempunyai trading plan yang betul serta berjaya trade the plan, tetapi masih terkena SL, maka anggaplah market yang tidak favour kepada anda pada masa tersebut dan terima dengan redha. Malah anda patut berbangga kerana telah berjaya melaksanakan trade dengan disiplin. Belajar terima kekalahan kerana berdasarkan setups yang dikongsikan di dalam buku ini, loss yang terkena adalah pada tahap munasabah dan mampu di tebus semula dalam trade-trade seterusnya. Begitulah adat berniaga, ada masa untung dan ada masa rugi. Apa yang penting ialah, jika anda berdisiplin, anda akan mampu mendapat nett profit pada penghujung bulan perniagaan anda.
152 Trailing Stop (TS)
Trailing Stop (TS) digunakan untuk mengunci keuntungan apabila anda berada dalam keadaan In the Money (ITM) atau floating profit. Secara perbandingan, SL digunakan semasa Out the Money (OTM) untuk mengawal risiko loss.
TS sebenarnya adalah SL yang diubah sebaik sahaja market favour kepada anda dan menuju ke arah TP seperti perancangan sebelum memasuki trade berdasarkan analisa yang dibuat. Contoh TS terlibat ialah seperti di Gambarajah 3.
Ringkasan entry ialah seperti berikut: +1@2399 (Buy to Open 1 lot)
SL@2394 (Stoploss dengan Sell to Close) TP@2404 (Take Profit dengan Sell to Close)
153 Gambarajah 3
Seterusnya apabila harga bergerak ke paras 2402 seperti gambarajah diatas, SL boleh diubah dari 2394 ke 2400 untuk mengunci keuntungan sebanyak 1 tick. Paras SL terbaru di 2400 tersebut dinamakan TS dan bukannya lagi SL. Jika harga terus bergerak ke atas, maka TS tadi boleh diubah sehinggalah market reverse.
154 Gambarajah 4
Satu lagi contoh penggunaan TS adalah berdasarkan Gambarajah 4 di atas. Ringkasan entry ialah seperti berikut:
+1@2429 (Buy to Open 1 lot)
SL@2424 (Stoploss dengan Sell to Close) TP@2434 (Take Profit dengan Sell to Close) RRR terlibat ialah 5 risk:5 reward atau 1:1.
155 Seterusnya apabila harga bergerak ke paras 2437 seperti gambarajah diatas, SL boleh diubah dari 2424 ke 2435 untuk mengunci keuntungan sebanyak 6 ticks. Paras SL terbaru di 2435 tersebut dinamakan TS dan bukannya lagi SL. Pada masa ini, harga semasa telahpun melebihi TP asal yang diletakkan iaitu 2434. Tetapi, dalam trading apabila market berada dalam keadaan trending, kita boleh sahaja memegang posisi sehinggalah trend menunjukkan tanda-tanda akan melemah atau berubah.
Jika harga terus bergerak ke atas, maka TS tadi boleh diubah sehinggalah market reverse. Oleh itu, kita akan berupaya mendapatkan keuntungan yang optimum.
TS atau Trailing Stop adalah satu finance management yang baik kerana kita tidak membiarkan sahaja keuntungan yang boleh direalisasikan. Disebabkan market behavior FCPO yang boleh membuat reversal secara tiba-tiba disebabkan pelbagai faktor, maka amatlah perlu untuk kita menguruskan trade secara aktif (active trade management).
Dalam contoh di atas, jika market mulai melemah seperti yang ditunjukkan oleh candle Doji dan Bullish candle yang semakin mengecil dan mendatar, atau reversal berlaku dengan kadar yang pantas, maka kadar keuntungan yang telah dikunci sebanyak 6 ticks pada paras 2435 tersebut akan direalisasikan (realised profit).
156 Walau bagaimanapun, jika market meneruskan pendakian ke atas, maka TS tadi boleh diubah mengikut kadar kenaikan tersebut. Oleh itu, strategi aplikasi TS adalah baik untuk mengunci keuntungan yang ada dalam mengejar keuntungan maksimum.
157 BAB 8