• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDANDANAN RAMBUT DAN PENJAGAAN MUKA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENDANDANAN RAMBUT DAN PENJAGAAN MUKA"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN

KURIKULUM BERSEPADU

SEKOLAH MENENGAH

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2003.

PENDANDANAN RAMBUT

DAN PENJAGAAN MUKA

(2)

PENDAHULUAN

Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini membekalkan murid dengan kemahiran dalam solekan dan rawatan muka serta dandanan dan rawatan rambut. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah persediaan murid sebagai tenaga kerja yang berketrampilan dalam menempuh alam pekerjaan di industri kosmetik dan kecantikan.

Mata pelajaran ini merangkumi dua unsur utama iaitu penjagaan muka dan dandanan rambut. Dalam penjagaan muka, murid mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan beberapa jenis solekan muka, rawatan dan rawatan khas muka untuk kulit normal, berminyak, kering dan kombinasi. Dalam dandanan rambut pula, selain daripada pensyampuan, murid menguasai kemahiran beberapa jenis penggayaan, guntingan dan keriting rambut. Kemahiran ini juga termasuk rawatan, pewarnaan dan pelurusan rambut. Daya kreatif murid diberi penekanan dalam bidang penjagaan muka dan dandanan rambut. Di samping itu aspek pengiraan kos diberi penekanan semasa murid menjalankan amali.

Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai kecenderungan dan minat menceburkan diri dalam institusi kecantikan. Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperoleh, murid boleh menjalankan perniagaan sendiri, bekerja sebagai jurusolek dan pendandan rambut, sebagai tenaga pengajar atau perunding kecantikan selepas tamat persekolahan atau melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut adalah untuk melahirkan murid yang kreatif dan berkemahiran dalam kerja solekan dan rawatan muka, dandanan dan rawatan rambut dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam industri kosmetik dan kecantikan.

OBJEKTIF

Kurikulum Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut adalah untuk membolehkan murid : 1. Menyolek muka waktu siang, waktu malam dan untuk majlis tertentu

2. Membuat rawatan asas dan rawatan khas muka

3. Mensyampu, menggaya, menggunting, mengeriting dan mengeset rambut 4. Merawat rambut dan kulit kepala

5. Mewarna dan meluruskan rambut

6. Mereka cipta fesyen rambut yang kreatif untuk majlis tertentu

7. Memilih, menyedia dan menggunakan alat dan bahan yang sesuai untuk penjagaan muka dan dandanan rambut

8. Menguruskan kerja dengan baik dan mengamalkan langkah keselamatan dan kebersihan semasa melakukan tugas

9. Membuat pengiraan kos dalam perkhidmatan penjagaan muka dan dandanan rambut

(3)

10. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkomunikasi dengan berkesan.

ORGANISASI KANDUNGAN

Mata pelajaran Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut diolah dalam lapan bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dibahagikan kepada unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan senarai unit pembelajaran dalam lapan bidang pembelajaran ini adalah seperti berikut :

1. Pengurusan

Pengurusan salun dan tempat kerja yang sistematik diberi penekanan dalam bidang pembelajaran ini. Murid mematuhi dan mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti dan belajar cara memberi pertolongan cemas. Mereka dilatih cara menjaga kebersihan peralatan sebelum dan selepas digunakan serta cara menyimpan rekod rawatan. Di samping itu murid mengamalkan etika kerja, peraturan dan undang-undang kerja serta berusaha memelihara alam sekitar dalam institusi kecantikan.

1.1 Pengurusan salun

a. Langkah keselamatan b. Pertolongan cemas c. Pensterilan

d. Penyimpanan rekod rawatan 1.2 Pengurusan di tempat kerja

a. Pengurusan yang baik b. Etika dan budaya kerja

c. Peraturan dan undang-undang kerja

d. Pemeliharaan alam sekitar dalam industri kecantikan

2. Solekan Muka

Murid menguasai kemahiran solekan muka pada waktu siang, waktu malam dan untuk majlis tertentu. Mereka melakukan kerja solekan muka dengan mengikut prosedur mulai dengan analisis kulit muka, persediaan peralatan dan bahan, pembersihan, penyegaran dan pelembapan muka. Di samping itu murid dilatih membuat pengiraan kos mengikut jenis solekan muka.

2.1 Solekan muka waktu siang a. Analisis kulit muka

b. Persediaan peralatan dan bahan c. Pembersihan muka d. Penyegaran muka e. Pelembapan muka f. Prosedur menyolek muka g. Pengiraan kos 2.2 Solekan muka waktu malam

(4)

a. Analisis kulit muka

b. Persediaan peralatan dan bahan c. Pembersihan muka d. Penyegaran muka e. Pelembapan muka f. Prosedur menyolek muka g. Pengiraan kos

2.3 Solekan muka untuk majlis tertentu a. Bentuk muka

b. Persediaan peralatan dan bahan c. Pembersihan muka d. Penyegaran muka e. Pelembapan muka f. Prosedur menyolek muka g. Pengiraan kos

3. Rawatan Asas Muka

Murid memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran memberi rawatan asas pada muka yang berjenis kulit normal, berminyak, kering dan kombinasi. Mereka mempraktikkan proses rawatan yang berbeza dan sesuai mengikut jenis kulit muka. Di samping itu murid membuat pengiraan kos mengikut jenis kulit muka.

3.1 Rawatan asas muka untuk kulit normal a. Persediaan peralatan dan bahan b. Pembersihan muka

c. Urutan muka d. Pupur muka

e. Penyegaran dan pelembapan muka f. Pengiraan kos

3.2 Rawatan asas muka untuk kulit berminyak a. Persediaan peralatan dan bahan b. Pembersihan muka

c. Pengewapan muka d. Pengeluaran bintik e. Urutan muka

(5)

f. Pupur muka

g. Penyegaran dan pelembapan muka h. Pengiraan kos

3.3 Rawatan asas muka untuk kulit kering a. Persediaan peralatan dan bahan b. Pembersihan muka

c. Pengewapan muka d. Pengeluaran bintik e. Urutan muka f. Pupur muka

g. Penyegaran dan pelembapan muka h. Pengiraan kos

3.4 Rawatan asas muka untuk kulit kombinasi a. Persediaan peralatan dan bahan b. Pembersihan muka

c. Pengewapan muka d. Pengeluaran bintik e. Urutan muka f. Pupur muka

g. Penyegaran dan pelembapan muka h. Pengiraan kos

4. Rawatan Khas Muka

Murid memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran memberi rawatan khas muka dengan menggunakan peralatan rawatan. Mereka mempraktikkan proses pemilihan rawatan khas dengan menggunakan alat frekuensi tinggi, alat sedut vakum dan mesin galvanik. Murid juga membuat pengiraan kos mengikut jenis rawatan khas

4.1 Rawatan khas muka kulit berminyak menggunakan alat frekuensi tinggi terus a. Persediaan peralatan dan bahan

b. Pembersihan muka c. Pengewapan muka d. Pengeluaran bintik

e. Rawatan frekuensi tinggi terus f. Urutan muka

g. Pupur muka

h. Penyegaran dan pelembapan muka i. Pengiraan kos

(6)

4.2 Rawatan khas muka kulit kering menggunakan alat sedut vakum a. Persediaan peralatan dan bahan

b. Pembersihan muka c. Pengewapan muka d. Pengeluaran bintik

e. Rawatan sedut vakum f. Pupur muka

g. Penyegaran dan pelembapan muka h. Pengiraan kos

4.3 Rawatan desinkrustasi menggunakan mesin galvanik a. Persediaan peralatan dan bahan

b. Pembersihan muka c. Pengewapan muka d. Pengeluaran bintik e. Rawatan desinkrustasi f. Urutan muka g. Pupur muka

h. Penyegaran dan pelembapan muka i. Pengiraan kos

4.4 Rawatan iontoforesis menggunakan mesin galvanik a. Persediaan peralatan dan bahan

b. Pembersihan muka

c. Pembersihan muka dengan skrub d. Pengewapan muka

e. Pengeluaran bintik

f. Rawatan iontoforesis g. Urutan muka

h. Pupur muka

i. Penyegaran dan pelembapan muka j. Pengiraan kos

5. Pensyampuan dan Penggayaan Rambut

Dalam bidang pembelajaran ini, murid menguasai kemahiran mensyampu, mengeset dan menggayakan rambut. Mereka mempraktikkan beberapa teknik pengeringan dan penggayaan rambut serta pengiraan kos.

(7)

a. Persediaan peralatan dan bahan b. Prosedur mensyampu rambut c. Pengiraan kos

5.2 Pengeringan dan penggayaan rambut dengan cara tiup kering a. Persediaan peralatan dan bahan

b. Teknik meniup kering dan menggayakan rambut c. Pengiraan kos

5.3 Pengeringan dan penggayaan rambut dengan cara kering sendiri a. Persediaan peralatan dan bahan

b. Teknik kering sendiri dengan menggunakan alat elektrik c. Pengiraan kos

5.4 Penggayaan rambut dengan pengetak elektrik a. Persediaan peralatan dan bahan

b. Teknik menggayakan rambut dengan pengetak elektrik c. Pengiraan kos

5.5 Penggayaan rambut dengan pengikal elektrik a. Persediaan peralatan dan bahan

b. Teknik menggayakan dengan pengikal elektrik c. Pengiraan kos

5.6 Set dan penggayaan rambut

a. Persediaan peralatan dan bahan

b. Teknik membahagi dan menggulung rambut c. Pengeringan rambut

d. Teknik memberus dan menggaya rambut e. Pengiraan kos

5.7 Penggayaan rambut dengan sanggul a. Persediaan peralatan dan bahan b. Prosedur mengeset rambut c. Pembahagian rambut d. Teknik menyikat songsang e. Prosedur membuat sanggul f. Pengiraan kos

(8)

5.8 Penggayaan rambut dengan jalinan a. Persediaan peralatan dan bahan b. Prosedur menjalin rambut c. Pengiraan kos

6. Guntingan dan Keriting Rambut

Murid menguasai kemahiran menggunting rambut mengikut stail selapis, lapisan terhad dan berlapis. Mereka juga mempraktikkan teknik mengeriting rambut melalui cara keriting dingin asas dan keriting susuk. Di samping itu murid membuat pengiraan kos mengikut jenis guntingan dan keriting rambut.

6.1 Guntingan rambut stail selapis a. Persediaan peralatan b. Pembahagian rambut

c. Pengguntingan stail selapis d. Penggayaan stail rambut e. Pengiraan kos

6.2 Guntingan rambut stail lapisan terhad a. Persediaan peralatan b. Pembahagian rambut c. Pengguntingan stail lapisan terhad d. Penggayaan stail rambut

e. Pengiraan kos 6.3 Guntingan rambut stail berlapis

a. Persediaan peralatan b. Pembahagian rambut c. Pengguntingan stail berlapis d. Penggayaan stail rambut e. Pengiraan kos 6.4 Keriting dingin (cold waving) asas

a. Persediaan peralatan dan bahan b. Prosedur mengeriting rambut c. Penggayaan stail rambut d. Pengiraan kos

(9)

6.5 Keriting susuk (body perm)

a. Persediaan peralatan dan bahan b. Prosedur mengeriting rambut c. Penggayaan stail rambut d. Pengiraan kos

7. Rawatan, Pewarnaan dan Pelurusan Rambut

Dalam bidang pembelajaran ini, murid menguasai kemahiran merawat rambut dan kulit kepala jenis normal, berminyak, kering dan berkelemumur. Murid juga mempraktikkan prosedur mewarna dan meluruskan rambut. Pengiraan kos dibuat untuk setiap jenis perkhidmatan.

7.1 Rawatan rambut dan kulit kepala jenis normal a. Persediaan peralatan dan bahan b. Analisis rambut dan kulit kepala

c. Prosedur merawat rambut dan kulit kepala jenis normal d. Penggayaan stail rambut

e. Pengiraan kos

7.2 Rawatan rambut dan kulit kepala jenis berminyak a. Persediaan peralatan dan bahan

b. Analisis rambut dan kulit kepala

c. Prosedur merawat rambut dan kulit kepala jenis berminyak d. Penggayaan stail rambut

e. Pengiraan kos

7.3 Rawatan rambut dan kulit kepala jenis kering a. Persediaan peralatan dan bahan b. Analisis rambut dan kulit kepala

c. Prosedur merawat rambut dan kulit kepala jenis kering

d. Penggayaan stail rambut e. Pengiraan kos

7.4 Rawatan rambut dan kulit kepala berkelemumur menggunakan arus frekuensi tinggi terus

a. Persediaan peralatan dan bahan b. Analisis rambut dan kulit kepala

c. Prosedur merawat rambut dan kulit kepala berkelemumur

(10)

e. Pengiraan kos

7.5 Pewarnaan rambut dengan pewarna kekal a. Persediaan peralatan dan bahan b. Ujian kulit

c. Prosedur mewarna rambut dengan pewarna kekal d. Penggayaan stail rambut

e. Pengiraan kos 7.6 Pelurusan rambut

a. Persediaan peralatan dan bahan b. Prosedur melurus rambut c. Penggayaan stail rambut d. Pengiraan kos

8. Keusahawanan dan Projek Kerjaya

Murid merancang perniagaan yang mudah dan mengenal pasti peluang kerjaya yang terdapat dalam industri komestik dan kecantikan. Mereka mempraktikkan teknik berkomunikasi dengan berkesan dan membuat keputusan. Di samping itu mereka dapat menonjolkan ciri keusahawanan dan daya kreativiti melalui projek kerjaya.

8.1 Keusahawanan

a. Kemahiran berkomunikasi

b. Kemahiran membuat keputusan c. Rancangan perniagaan

d. Agensi yang membantu usahawan e. Promosi perkhidmatan

f. Peluang kerjaya dalam industri kecantikan 8.2 Projek kerjaya

a. Rawatan muka

b. Rawatan rambut dan kulit kepala c. Peragaan fesyen rambut dan solekan

Referensi

Dokumen terkait

Struktur dump body yang digunakan selama ini tidak aman dengan komponen kritis stiffner longitudinal dan stiffner melintang dimana tegangan yang terjadi diatas kekuatan yield

K : Suara terdengar agak lirih, wajah terlihat sedih memandang ke arah lain P : Memandang klien dengan sikap bersahabat dan mempertahankan sikap terbuka Perawat menunjukkan

Tujuan : mengetahui perbedaan ekspresi dari Vascular Endothelial Growth Factor pada karsinoma WHO tipe 3 stadium III dan stadium IV, overekspresi VEGF

Aziz yang telah sudi menjadi penyelia bagi kertas projek ini, bagi memnuhi sebahagian daripada syarat pengijazahan kursus Sarjana Pengurusan Sumber Manusia,

PROSES DAN DAMPAK PROGRAM PELATIHAN TATA BOGA TERHADAP MOTIVASI BERWIRAUSAHA WARGA BELAJAR (Studi Deskriptif pada Program Pelatihan Tata Boga PKBM

Jika banyak siswa pada kelas pertama 25 orang, dan banyak siswa pada kelas ketiga 5 orang lebih banyak dari jumlah siswa kelas kedua, maka nilai rata-rata seluruh

Berdasarkan analisis Multiatribut Fishbein Atribut yang dipertimbangkan konsumen dalam keputusan pembelian buah jeruk lokal maupun buah jeruk impor di Kabupaten Kudus

Dalam merancang struktur kayu, hal penting pertama yang harus di lakukan adalah menetapkan besarnya gaya yang bekerja pada batang, kemudian menetapkan besarnya tegangan ijin kayu