• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMASUKAN SESI 2021/2022 (JULAI)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEMASUKAN SESI 2021/2022 (JULAI)"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

KEMASUKAN SESI 2021/2022 (JULAI)

BUKU PANDUAN PROGRAM

DIPLOMA PERAKAUNAN (UDE)

(2)

2

BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PERAKAUNAN SESI 2021/2022 (JULAI) KANDUNGAN HALAMAN BAHAGIAN I MAKLUMAT AM 1. Latar Belakang 3 2. Kemudahan 3 3. Visi 3 4. Misi 3 5. Staf Akademik 4 6. Staf Pentadbiran 4 BAHAGIAN II MAKLUMAT PROGRAM 1. Pendahuluan 6 2. Pendaftaran 6 3. Struktur Program 6 4. Kehadiran Kelas 8

5. Skim Penggredan dan Gred 8 6. Mengulang Kursus 8 7. Mempertingkatkan Gred Kursus dan/atau Prestasi Akademik 8 8. Penentuan Prestasi Akademik Pelajar 9 9. Tidak Hadir Peperiksaan 10

10. Rayuan Terhadap Keputusan Peperiksaan 10

11. Eksesais Penilaian Kursus Dan Pengajaran (SES) 11

12. Kalendar Akademik 12

(3)

3

BAHAGIAN I MAKLUMAT AM 1. Latar Belakang

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) ditubuhkan secara rasmi sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) berautonomi di bawah Universiti Malaya melalui kelulusan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada 4 Ogos 2011. UMCCed menawarkan program-program akademik di peringkat Diploma dan Diploma Eksekutif, perkhidmatan perundingan, program-program dalaman (in-house), seminar serta kursus-kursus profesional/jangka pendek.

Untuk memastikan semua program benar-benar berjaya mencapai objektifnya, satu Jawatankuasa Akademik telah dibentuk untuk membuat kajian terperinci, memberi nasihat dan panduan berkenaan langkah-langkah pelaksanaan secara keseluruhannya. Tumpuan diberikan terhadap setiap aspek yang berkaitan terutama sekali mengenai struktur program, isi kandungan program, kelayakan para pensyarah dan kemudahan pembelajaran yang berteraskan kepada kehendak pasaran kerja serta perkembangan teknologi semasa. Setiap tenaga pengajar yang terlibat dalam kursus ini dipilih berdasarkan kepada kelulusan akademik dan pengalaman mereka dalam bidang berkaitan.

UMCCed berhasrat untuk menghasilkan individu-individu yang berupaya untuk mempamerkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajian mereka, penyelidikan dan amalan profesional yang bersesuaian serta proses-proses pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah.

Penawaran program-program yang berkualiti melalui UMCCed ini adalah bertujuan memenuhi hasrat Universiti Malaya untuk menyalurkan kepakaran serta memenuhi komitmennya untuk memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada segenap lapisan masyarakat. Usaha ini juga adalah selaras dengan aspirasi negara untuk mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif melalui Model Ekonomi Baru serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju.

2. Kemudahan

Para pelajar yang mengikuti program pengajian di UMCCed/ Pusat Pembelajaran UMCCed (PPU) dapat menikmati kemudahan-kemudahan tertentu di Universiti Malaya / PPU tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kemudahan yang memerlukan para pelajar menunjukkan kad matrik sebelum dapat menggunakannya, selain perlu mematuhi beberapa syarat tambahan yang ditetapkan oleh PTj berkaitan.

3. Visi

Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan berterusan.

4. Misi

Menyediakan peluang pendidikan berterusan kepada masyarakat umum, sama ada dari dalam atau luar negeri, dengan menawarkan kursus-kursus dan aktiviti yang bertujuan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan individu dari segi profesion atau pembangunan diri.

(4)

4

5. Staf Akademik

JABATAN PROGRAM AKADEMIK (JPA)

JAWATAN NAMA NO. TEL. E-MEL

Ketua Jabatan /

Pensyarah Datin Farinda Abdul Ghani 03-22463459 farinda@um.edu.my

Pensyarah/Penyelaras

Akademik UDE Puan Siti Amiroh Md Isa 03-22463425 amiroh@um.edu.my

Pensyarah Puan Syahirah Mohd Baki 03-22463424 syahirah86@um.edu.my

Pensyarah Puan Norazima Md. Malia 03-22463426 norazimamd@um.edu.my

Pensyarah Puan Nurul Asyikin Mohd

Nordin 03-22463425 n.asyikin@um.edu.my

Pensyarah Puan Khairunnisa Bujang 03-22463426 khairunnisa.b@um.edu.my

Pensyarah Puan Che Suzana Aida

Che Nordin 03-22463424 suzanaaida@um.edu.my

Pensyarah Cik Nur Jannah Marni 03-22463426 nurjannah@um.edu.my

Pensyarah Puan Syarifah Nurul Adila

Syed Alwee 03-22463600 s.nuruladila@um.edu.my

Pensyarah Puan Norshahirah binti

Mohd Noor 03-22463426

shahirah.mohdnoor@um.edu. my

Pensyarah Encik Mustaffa Bin Bukhari 03-22463491 mustaffa89@um.edu.my

Pensyarah Encik Muhammad Yaqzan

Mohamad Yusoff 03-22463491 yaqzan.yusoff@um.edu.my

Pensyarah Puan Noordina Ab Aziz 09-7126491 noordina@um.edu.my

Pensyarah Cik Nor Syafiqah Abdullah 09-7126491 norsyafiqah@um.edu.my

Pensyarah Cik Najihah Abd Razak 03-22463491 najihah_abdrazak@um.edu.my

6. Staf Pentadbiran

PEJABAT PENGARAH

JAWATAN NAMA NO. TEL. E-MEL

Pemangku Pengarah Dr. Amiruddin Kamsin 03-22463633 amir@um.edu.my

Timbalan Pengarah Akademik

Prof. Madya Dr.Ainuddin Wahid Abdul Wahab

03-22463633 ainuddin@um.edu.my

JABATAN PROGRAM AKADEMIK (JPA)

JAWATAN NAMA NO. TEL. E-MEL

Ketua Jabatan Datin Farinda Abdul Ghani 03-22463459 farinda@um.edu.my

Pengurus Encik Mohd Nasran Abd

Halim 03-22463632 nasran@um.edu.my

Penolong Pengurus Puan Maryam Ishak 03-22463631 maryam@um.edu.my

Eksekutif Kanan Puan Nurziaty Alias 03-22463629 a_zetty@um.edu.my

Eksekutif Puan Siti Noraishah

Kalis 03-22463628 snoraishah@um.edu.my

Eksekutif Puan Wan Nurul Huda Wan

Hassan 03-22463629 wnhuda@um.edu.my

JABATAN PENGURUSAN KEWANGAN (JPK)

JAWATAN NAMA NO. TEL. E-MEL

Penolong Pengurus Puan Normaisarah Salim 03-22463647 nrmaisarah@um.edu.my

(5)

5

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JEP)

JAWATAN NAMA NO. TEL. E-MEL Penolong Pengurus Puan Noor Akidah Abdullah

Tahrin 03-22463495 akidah@um.edu.my

Eksekutif Puan Saliha Sairan 03-22463377 saliha@um.edu.my

Eksekutif Encik Wan Mohd Hanif

(6)

6

BAHAGIAN II MAKLUMAT PROGRAM

1. Pendahuluan

(1) Pelajar dinasihatkan supaya membaca maklumat tentang Sistem Semester melalui Buku Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Diploma) 2013 dan edisi terkini (jika ada pindaan terbaru) sebagai pelengkap kepada Buku Panduan Program Pengajian Diploma.

(2) Pelajar perlu mengambil perhatian bahawa pendaftaran kursus adalah berdasarkan kursus-kursus yang ditawarkan pada semester berkenaan.

(3) Bilangan pelajar untuk sesuatu kursus juga adalah tertakluk kepada kapasiti bagi kursus berkenaan.

(4) Maklumat Am Program ini hanya terpakai untuk pelajar Diploma Perakaunan kemasukan Sesi 2021/2022 (Julai) sahaja. Buku ini hendaklah diguna pakai sepanjang tempoh pengajian pelajar.

2. Pendaftaran

(1) Tempoh minimum bagi menyempurnakan sesuatu pengajian diploma ialah 6 semester dan tempoh maksimum pengajian adalah 9 semester.

(2) Pada amnya bilangan kredit maksimum yang boleh diambil bagi Semester I adalah 9 kredit manakala Semester II dan Semester III adalah 20 kredit. Pelajar baharu dihadkan mengambil tidak melebihi 18 kredit dalam semester permulaan pengajian.

(3) Pelajar hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya 12 kredit bagi Semester II dan Semester III. Mana-mana pelajar yang ingin mendaftar kurang dari yang ditetapkan hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengarah UMCCed.

3. Struktur Program

(1) Pelajar dikehendaki mengambil sejumlah minimum 92 kredit. Komponen kursus yang melayakkan seseorang pelajar dianugerahi Diploma Perakaunan ialah:

(a) Kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (14 kredit) (b) Kursus Teras Umum (24 kredit)

(c) Kursus Teras Disiplin (54 kredit) (2) Pemindahan Kredit

(a) Pemindahan kredit bermakna pemindahan kredit bersama-sama dengan gred

yang diperolehi bagi kursus yang diambil oleh pelajar selepas diterima masuk untuk mengikuti program pengajian di Universiti.

(b) Kredit yang diperolehi bersama-sama dengan gred dan mata gred bagi kursus berkenaan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar. Kebenaran untuk pemindahan kredit tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(7)

7 (i) Kursus yang dipohon untuk pemindahan kredit mempunyai pertindihan

sekurang-kurangnya 75% dengan kursus yang ditawarkan di Universiti ini;

(ii) Gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan adalah tidak kurang daripada C atau 2.0; dan

(iii) Kursus yang dipohon untuk pemindahan kredit hendaklah merupakan kursus dari program pengajian yang setaraf dengan program pengajian yang sedang diikuti di Universiti.

(3) Pengecualian Kredit

(a) Pengecualian kredit bermakna pengecualian dari mendaftar dan mengikuti

kursus yang ditetapkan untuk sesuatu program pengajian berdasarkan kursus yang diambil oleh pelajar sebelum diterima masuk ke program pengajian Universiti ini seperti mana yang diluluskan oleh Senat. Kursus yang diluluskan pengecualian kredit akan diberikan gred K dan kredit tidak diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK.

(b) Bagi maksud pertimbangan pengecualian kredit:

(i) Pelajar dikehendaki mengemukakan slip keputusan peperiksaan atau transkrip separa bagi program pengajian terdahulu; dan

(ii) Permohonan dikemukakan dalam semester pertama pengajian. (c) Syarat-syarat untuk pengecualian kredit adalah seperti berikut:

(i) Kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit mempunyai pertindihan

sekurang-kurangnya 75% dengan kursus yang ditawarkan di Universiti ini;

dan

(ii) Gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan adalah tidak kurang daripada C atau 2.0.

(d) Semua urusan pengecualian kredit hendaklah diselesaikan dalam semester pertama pengajian pelajar.

(4) Permohonan Pemindahan dan Pengecualian Kredit

(a) Permohonan untuk pemindahan atau pengecualian kredit hendaklah dibuat dengan menggunakan borang pemindahan kredit/pengecualian kredit yang boleh didapati di UMCCed. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah UMCCed tidak lewat dari hari Jumaat minggu kuliah kedua semester bersama-sama dengan:

(i) Bayaran yuran proses atas suatu kadar yang ditetapkan. Yuran ini tidak akan dikembalikan; dan

(ii) Dokumen sokongan seperti hasil pembelajaran kursus, silibus/kandungan kursus dan skim penggredan kursus yang dipohon untuk pemindahan atau pengecualian kredit.

(b) Jumlah maksimum kredit yang boleh dipindahkan dan/atau dikecualikan tidak boleh melebihi satu pertiga jumlah kredit program pengajian berkenaan.

(c) Pelajar akan dimaklumkan secara bertulis oleh Pengarah UMCCed mengenai keputusan permohonan pemindahan atau pengecualian kredit yang dipohon.

(8)

8

4. Kehadiran Kelas

(1) Pelajar diwajibkan menghadiri semua kelas (kuliah dan tutorial).

(2) Seseorang pelajar yang tidak dapat hadir kelas seperti yang ditetapkan mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pengarah UMCCed. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit, perlu mengemukakan surat akuan daripada pegawai perubatan berdaftar ke UMCCed selewat-lewatnya 7 hari selepas ketidakhadirannya.

(3) Mana-mana pelajar yang mencapai kehadiran di bawah 80% tanpa sebab yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran boleh dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir kursus.

5. Skim Penggredan Dan Gred

(1) Gred rasmi Universiti serta maksudnya seperti berikut:

Markah Gred Mata Gred Maksud

90-100 80-89 75-79 A+ A A- 4.0 4.0 3.7 Amat Cemerlang Cemerlang Cemerlang 70-74 65-69 60-64 B+ B B- 3.3 3.0 2.7 Kepujian Kepujian Kepujian 55-59 50-54 C+ C 2.3 2.0 Lulus Lulus 45-49 40-44 35-39 00-34 C- D+ D F 1.7 1.3 1.0 0.0 Gagal Gagal Gagal Gagal

(2) Gred lulus bagi semua kursus adalah gred C kecuali bagi kursus yang dinilai hanya dari segi memuaskan atau tidak memuaskan.

6. Mengulang Kursus

(1) Pelajar yang memperolehi gred gagal bagi sesuatu kursus dikehendaki mengulang kursus berkenaan sehingga mencapai sekurang-kurangnya gred lulus tertakluk kepada pelajar masih berada di dalam program pengajiannya.

(2) Walau bagaimanapun sekiranya pelajar memperolehi gred F sebanyak tiga kali bagi kursus yang sama, pelajar adalah dianggap gagal keluar dari program pengajiannya di Universiti.

7. Mempertingkatkan Gred Kursus Dan/Atau Prestasi Akademik

Seseorang pelajar dibenarkan mengulang mana-mana kursus sekali sahaja untuk mempertingkatkan gred kursus yang telah lulus kepada satu gred yang lebih baik.

(9)

9

8. Penentuan Prestasi Akademik Pelajar

(1) Kaedah Pengiraan PNG dan PNGK

(a) Prestasi akademik pelajar bagi sesuatu semester ditunjukkan oleh PNG dan PNGK.

Contoh Pengiraan PNG:

Kursus Gred Mata

Gred Kredit Kredit X Mata Gred K1 K2 K3 K4 Jumlah A C+ C- C 4.0 2.3 1.7 2.0 4 3 3 3 13 4 X 4.0 = 16.0 3 X 2.3 = 6.9 3 X 1.7 = 5.1 3 X 2.0 = 6.0 PNG = 34 13 = 2.62

(b) PNG ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi dengan jumlah kredit yang diambil dalam sesuatu semester.

(c) PNGK ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi dengan jumlah kredit yang telah diambil mulai semester pertama sehingga semester terkini bagi kursus di dalam program pengajiannya.

(2) Keperluan minimum program pengajian

Untuk memenuhi keperluan minimum program pengajian di Universiti, seseorang pelajar hendaklah memperolehi PNG dan PNGK tidak kurang daripada 2.0 pada setiap semester sehingga tamat pengajiannya.

(3) Tempoh Pemerhatian Akademik dan Amaran

Mana-mana pelajar yang memperolehi PNG di bawah 2.0 dalam sesuatu semester akan diberi keputusan Pemerhatian bagi semester berkenaan dan diletakkan di dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dalam Semester berikutnya. Tempoh ini akan terus kekal sehingga PNG pelajar tersebut mencapai 2.0.

(4) Gagal Keluar

(a) Seseorang pelajar boleh ditamatkan daripada program pengajiannya sekiranya: (i) sedang berada dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dan selepas itu

mendapat PNG 1.5 atau kurang untuk dua semester berturut-turut; (ii) memperoleh PNG kurang daripada 2.0 untuk tiga semester berturut-turut; (iii) memperoleh gred F sebanyak tiga kali bagi kursus yang sama;

(iv) memperoleh PNGK kurang daripada 1.0 untuk dua semester berturut-turut; dan

(10)

10 (v) gagal menyempurnakan keperluan program pengajiannya dalam tempoh

maksimum yang ditetapkan.

(b) Mana-mana pelajar yang diterima masuk semula selepas gagal keluar dan memperolehi PNG kurang dari 2.0 akan ditamatkan pengajiannya.

9. Tidak Hadir Peperiksaan

(1) Peraturan Am

Mana-mana pelajar yang tidak hadir pada mana-mana kertas peperiksaan akan diberi markah sifar bagi komponen peperiksaan akhir kursus berkenaan.

(2) Tidak hadir peperiksaan atas sebab perubatan/perikemanusiaan:

(a) Pelajar yang tidak mengambil sebahagian atau keseluruhan peperiksaan atas alasan perubatan (sakit) atau perikemanusiaan (simpati) iaitu ditimpa musibah atau kematian ibu bapa serta waris terdekat seperti penjaga, anak, suami/isteri, adik beradik, datuk/nenek hendaklah mengemukakan permohonan bertulis kepada Pengarah/Ketua Bahagian tidak lewat daripada dua (2) minggu dari tarikh peperiksaan kursus berkenaan. Sekiranya tidak ada permohonan bertulis diterima, komponen peperiksaan akhir kursus berkenaan akan diberikan markah sifar. (b) Permohonan bertulis itu mestilah disertakan dengan:

(i) sijil sakit dan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Doktor Klinik Kesihatan Pelajar atau hospital kerajaan atau Pusat Perubatan Universiti Malaya atau Pusat Perubatan/Hospital Swasta sekiranya atas sebab perubatan. Sijil cuti sakit tanpa laporan perubatan tentang jenis penyakit pelajar tidak akan diberi pertimbangan; atau

(ii) satu laporan daripada pegawai daerah atau pegawai polis yang menjadi ketua daerahnya jika telah tidak memasuki sebahagian atau seluruh peperiksaannya disebabkan oleh sebab perikemanusiaan (simpati).

10. Rayuan Terhadap Keputusan Peperiksaan

(1) Pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan termasuk komponen penilaian berterusan dan peperiksaan akhir kursus boleh membuat rayuan untuk keputusan tersebut disemak semula. Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh dua minggu dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan.

(2) Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengarah bersama dengan resit asal bayaran yang ditetapkan. Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

(3) Rayuan tidak akan diterima sekiranya:

(a) dikemukakan selepas tempoh yang dinyatakan di atas; atau (b) tidak dikemukakan bersama-sama dengan resit asal bayaran.

(4) Jawatankuasa Rayuan UMCCed akan memutuskan sama ada markah dan/atau gred keputusan peperiksaan tersebut dikekalkan atau dipinda.

(11)

11

11. Eksesais Penilaian Kursus Dan Pengajaran (SES)

(1) Eksesais Penilaian Kursus dan Pengajaran (PKP/SES) akan dibuka pada tempoh cetakan slip menduduki peperiksaan akhir.

(2) Semua pelajar program Diploma diwajibkan membuat PKP/SES bagi semua kursus yang didaftar.

(3) Tujuan utama eksesais PKP/SES dijalankan adalah untuk menggunakan maklumat dari penilaian pelajar untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus berkenaan.

(4) Pelajar yang gagal menyelesaikan eksesais PKP/SES akan dihalang daripada mencetak slip menduduki peperiksaan akhir.

(12)

12

12. KALENDAR AKADEMIK

TAHUN 1 (SESI 2021/2022)

SEMESTER I

Pendaftaran & Taklimat 2-4 Julai 2021

Kuliah 05 Julai 2021 - 22 Ogos 2021 (7 minggu)

Peperiksaan Akhir 23 Ogos 2021 - 29 Ogos 2021 (1 minggu)

Cuti Semester 30 Ogos 2021 - 12 September 2021 (2 minggu)

SEMESTER II

Kuliah 13 September 2021 - 31 Oktober 2021 (7 minggu)

Cuti Antara Semester 01 November 2021 - 07 November 2021 (1 minggu)

Kuliah 08 November 2021 - 26 Disember 2021 (7 minggu)

Minggu Ulangkaji 27 Disember 2021 - 02 Januari 2022 (1 minggu)

Peperiksaan Akhir 03 Januari 2022 - 16 Januari 2022 (2 minggu)

Cuti Semester 17 Januari 2022 - 06 Februari 2022 (3 minggu)

SEMESTER III

Kuliah 07 Februari 2022 - 27 Mac 2022 (7 minggu)

Cuti Antara Semester 28 Mac 2022 - 03 April 2022 (1 minggu)

Kuliah 04 April 2022 - 22 Mei 2022 (7 minggu)

Minggu Ulangkaji 23 Mei 2022 - 29 Mei 2022 (1 minggu)

Peperiksaan Akhir 30 Mei 2022 - 12 Jun 2022 (2 minggu)

Cuti Semester 13 Jun 2022 - 03 Julai 2022 (3 minggu)

TAHUN 2 (SESI 2022/2023)

SEMESTER I

Kuliah 04 Julai 2022 - 21 Ogos 2022 (7 minggu)

Peperiksaan Akhir 22 Ogos 2022 - 28 Ogos 2022 (1 minggu)

Cuti Semester 29 Ogos 2022 - 11 September 2022 (2 minggu)

SEMESTER II

Kuliah 12 September 2022 - 30 Oktober 2022 (7 minggu)

Cuti Antara Semester 31 Oktober 2022 - 06 November 2022 (1 minggu)

Kuliah 07 November 2022 - 25 Disember 2022 (7 minggu)

Minggu Ulangkaji 26 Disember 2022 - 01 Januari 2023 (1 minggu)

Peperiksaan Akhir 02 Januari 2023 - 15 Januari 2023 (2 minggu)

Cuti Semester 16 Januari 2023 - 05 Februari 2023 (3 minggu)

SEMESTER III

Kuliah 06 Februari 2023 - 26 Mac 2023 (7 minggu)

Cuti Antara Semester 27 Mac 2023 - 02 April 2023 (1 minggu)

Kuliah 03 April 2023 - 21 Mei 2023 (7 minggu)

Minggu Ulangkaji 22 Mei 2023 - 28 Mei 2023 (1 minggu)

Peperiksaan Akhir 29 Mei 2023 - 11 Jun 2023 (2 minggu)

Cuti Semester 12 Jun 2023 - 02 Julai 2023 (3 minggu)

Nota :

(13)

13

13. Jadual Struktur Program Pengajian

MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT

Kursus Matapelajaran

Pengajian Umum GDG1003 - Bahasa Inggeris untuk Komunikasi 3 GDG1012 - Penghayatan Etika dan Peradaban 3

UDE1001 - Program Pembangunan Kendiri 2 UDE1005 - Prinsip Ekonomi 4 UDE1004 - Pemikiran Kritis dan Kemahiran

Penyampaian Berkesan 4

UDE1002 - Pengenalan kepada Pengurusan 4 UDE1006 - Statistik Perniagaan 3 UDE1003 - Perakaunan Kewangan dan

Pelaporan I 3 UDE1007 - Perakaunan Pengurusan dan Kos I 3 UDE1009 - Perakaunan Kewangan dan Pelaporan III 3 UDE1008 - Perakaunan Kewangan dan Pelaporan II 3 UDE1010 - Pengurusan Kewangan 3

UDE1013 - Pengauditan I 3 UDE1012 - Percukaian I 3

UDE1011 - Aplikasi Komputer dalam Perakaunan 3

Jumlah Kredit 8 20 19 47

MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT

GDG1009 - Sistem Undang-Undang Malaysia 3 GDG1008 - Asas Keusahawanan di Malaysia 3 GDG1011 - Tanggungjawab Sosial 2

Teras Umum UDE2003 - Prinsip Pemasaran 4 UDE2008 - Pengenalan kepada Penulisan Perniagaan

dan Profesional 3

UDE2002 - Perakaunan Kewangan dan

Pelaporan IV 3 UDE2001 - Perakaunan Pengurusan dan Kos II 3 UDE2009 - Etika Profesional Perniagaan 3 UDE2004 - Percukaian II 3 UDE2010 - Konsep Kewangan dan Perakaunan Islam 3 UDE2005 - Pengauditan II 3 UDE2011 - Teori Perakaunan dan Isu Kontemporari 3 UDE2006 - Perakaunan Kewangan dan Pelaporan V 3 UDE2012 - Penyelidikan Perniagaan 3 UDE2007 - Undang-undang Perniagaan dan Syarikat 3

Jumlah Kredit 10 20 15 45

92 DIPLOMA PERAKAUNAN (UDE)

SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH) KOMPONEN

TAHUN 1

JUMLAH KREDIT

SEMESTER I SEMESTER II SEMESTER III

Teras Disiplin

JUMLAH KREDIT KESELURUHAN

Teras Umum Teras Disiplin KOMPONEN TAHUN 2 JUMLAH KREDIT

SEMESTER I SEMESTER II SEMESTER III

Kursus Matapelajaran Pengajian Umum

(14)

Referensi

Dokumen terkait

[r]

mengakuinya sebagai hasil kerjanya sendiri “PNG” (Purata Nilai Gred) ialah ukuran pencapaian akademik seseorang pelajar dalam sesuatu semester “PNGK” (Purata Nilai

Permohonan kemasukan ke UPM bagi ambilan terus ke Program UPM (Saluran Alternatif) bagi Semester Pertama Sesi 2021/2022 boleh dibuat dengan mengisi borang Ambilan

JADWAL KULIAH SEMESTER GASAL 2021/2022 FAKULTAS PERTANIAN.. SEMESTER III

Yuran pengajian yang dikenakan tertakluk kepada subjek yang diambil pada semester semasa dengan kadar jam kredit =RM 280 / jam Jumlah yuran tidak termasuk fee kemasukan (RM50),

Mata Kuliah Peminatan Adminitrasi Kebijakan Kesehatan Jumlah SKS Semester IV.. Jumlah SKS

i) Pelajar mesti telah membuat pembayaran secara penuh untuk yuran semester semasa dalam masa satu (1) bulan dari tarikh pendaftaran semester berkenaan. Rebat pembayaran

(d) Pelajar yang berhenti daripada menghadiri kuliah sesuatu kursus tanpa penarikan diri secara rasmi boleh diberi gred F dan dicatatkan dalam rekod rasmi pelajar bagi