• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN 8 KONFLIK PELBAGAI KUMPULAN SYIAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN 8 KONFLIK PELBAGAI KUMPULAN SYIAH"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN 8

KONFLIK PELBAGAI KUMPULAN SYIAH

Aliran Syiah mengandungi beberapa fahaman yang berlawanan dengan pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Fahaman ini yang bersangkut paut dengan aqidah sudah mula dikenali dan didedahkan di negara kita kerana perkembangan fahaman ini dalam kalangan orang Melayu. Perkara ini, seperti juga di negara lain, menjadi ketara selepas Revolusi Iran berlaku pada tahun 1979 dengan kepulangan Ayatullah Khomeini ke negara itu dari Perancis. Sebelum itu, kebanyakan daripada kita di Malaysia mengenali Syiah melalui pelajaran dalam kelas agama di bangku sekolah. Maklumat yang disampaikan kepada kita ini tidak melebihi satu muka surat. Ini keranapada ketika itu negara kita tidak menghadapi apa-apa ancaman daripada pihak Syiah.

Walau bagaimanapun, Revolusi Iran telah mendatangkan minat mengenai aliran Syiah di seluruh dunia, termasuk negara kita.Ini disebabkan berdekad-dekad lamanya negara Islam di seluruh dunia tidak putus-putus dikuasai oleh negara Barat serta kuasa-kuasa besar dan apabila Iran menahan anggota kerja kedutaan Amerika Syarikat, orang ramai melihatnya sebagai satu tanda pembangunan Islam melawan Barat secara terbuka dan retorik Syiah juga begitu lantang, deras dan berani terhadap Barat. Ini telah menaikkan semangat orang Islam dan orang ramai mula tertanya-tanya apakah Syiah ini dan apakah ajaran dan pendiriannya mengenai Islam. Dalam jangka masa yang begitu singkat, Iran telah menyebarkan ideologinya melalui tulisan, terjemahan dan persidangan sama ada di dalam negara mahupun luar negaranya. Di Amerika Syarikat, mereka mengadakan persidangan Anjuman pada setiap tahun dan kata laungannya ialah, “Penyatuan Sunni dan Syiah”. Persidangan ini biasa dinaungi sepenuhnya oleh mereka; pelajar diberikan penginapan, bantuan perjalanan dan makanan.Buku-buku mereka diberikan secara percuma kepada semua dan usaha ini membawa kepada penerimaan mazhab ini dengan lebih mudah dan terbuka. Kebanyakan pengaruh Syiah di luar negara bermula dengan cara ini.

Kajian oleh ahli akademik di negara ini juga mendatangkan minat. Beberapa universiti tempatan secara terang-terangan menyokong Syiah. Tarikan kepada mazhab ini berpunca daripada kekuatan hujah rasionalnya berkenaan pelbagai isu, lebih-lebih

(2)

lagi sejarah Islam and masalah pemilihan pemimpin selepas wafatnya Rasulullah. Mereka menggunakan hadis-hadis Sunni untuk menguatkan hujah mereka, termasuk kedudukan istimewa Ali dalam Islam.

Antara golongan yang paling terpengaruh dengan Syiah ialah dari golongan Sayyid dan Syarifah. Hujah yang digunakan oleh penganut Syiah adalah mazhab Syiah ialah mazhab Ahlul Bait Maka, Sayyid dan Syarifah secara semula jadi seharusnya memilih dan mengikut mazhab ini. Ini merupakan satu hujah yang kuat yang dapat memujuk dan memuaskan ego dan sentimen keluarga Rasulullah. Dalam Syiah seorang Sayyid memakai serban hitam dan yang bukan Sayyid berserban putih. Keluarga Rasulullah menduduki satu tempat yang khas dan tinggi antara orang Syiah dan perhatian yang khas ini telah mempengaruhi ramai daripada golongan Sayyid dan Syarifah di negara ini.

Kita sudah ketahui pelbagai perkara mengenai Syiah dalam jangka masa yang pendek di Malaysia, terutamanya konsep sembahyang lima waktu dalam tiga masa, sembahyang di atas turbat (batu yang dibuat daripada tanah dari Karbala), mut’ah,

khums, azan yang berbeza, kepercayaan kepada dua belas imam, dan perkara-perkara

lain. Namun, tidak ramai yang ketahui antara Syiah juga terdapat pendapat yang berbeza dan pelbagai mazhab yang mempunyai perbezaan yang ketara. Antara mazhab yang kita selalu mendengar ialah Ithna Ashari, yang juga dikenali dengan nama Ja’fari, Zaidi, Ismaili dan Alawi. Walaupun ini adalah satu cara yang baik untuk mengenali golongan Syiah, ada juga beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk membahagikan mereka. Sebelum kita membincang perkara itu, mari kita lihat secara ringkas pegangan golongan-golongan yang kita sebut tadi.

Ithna Ashari merupakan golongan Syiah yang terbesar di dunia. Seperti yang kita fahami daripada namanya, ia adalah golongan yang mempercayai ada dua belas Imam dalam mazhab ini yang bermula dengan Saiyyidina Ali dan berakhir dengan Imam Mahdi yang ghaib.Kesemuanya, temasuk Fatimah dan Muhammad, iaitu, bilangan empat belas ini, dianggap ma’sum. Kedudukan mereka lebih tinggi daripada Rasul lain. Pada masa Imam Mahdi ghaib dan tidak dikenali orang, iaitu, zaman sekarang, mereka menganggap wakilnya di bumi ini mempunyai hubungan dengan Imam Mahdi. Ramai orang sehingga hari ini mempercayai Ayatullah Khomeini secara berterus berhubung

(3)

dengan Imam Mahdi. Sebelum Ayatullah Khomeini muncul, sesiapa yang digelar marjai

taqlid, iaitu orang yang mempunyai ilmu yang paling tinggi dalam Islam pada suatu

masa, dipertanggungjawabkan untuk memberi fatwa pelbagai isu. Dengan cara ini, individu ini menjaga kesucian agama ini. Pada zaman Ayatullah Khomeini kedudukan ini dipegang oleh beliau kerana beliau ketua dars al khaarij, institusi pelajaran tertinggi dalam sistem pelajaran Syiah. Oleh sebab Ayatullah Khomeini hidup sehingga usia 92 tahun, beliau menjadi guru kepada pelajar-pelajar terkemuka di dunia Syiah. Maka, tiada orang yang dianggap lebih berpengetahuan daripada beliau mengenai pelbagai isu. Kedudukan ini tidak dipertikaikan. Selepas pemergian beliau, Ayatullah Gulpaygani mengambil tempatnya. Gulpaygani juga mempunyai kedudukan ini tanpa diragui orang kerana pengetahuannya mengenai pelbagai isu sangat meluas dan mendalam. Selepas kepulangan Ayatullah Khomeini ke Iran, beliau memberikan tanggungjawab vilatul

faqih kepada marjai taqlid.Vilayatul faqih dianggap wakil kepada Imam Mahdi dan

menjadi pemimpin terunggul mazhab Syiah.Secara kesimpulannya, marjai taqlid ialah orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang paling tinggi padasesuatu masa, dan

vilayatul faqih ialah ketua negara. Sama ada seseorang yang menjadi vilatul faqih perlu

menjadi marjai taqlid perkara ikhtilaf dalam kalangan cendekiawan Syiah. Perdebatan ini telah menyebabkan Perlembagaan Iran ditukar dalam sejarah Iran moden untuk mencerminkan pendapat pada satu-satu masa.

Golongan Zaidi pula yang mempunyai majoriti di Yaman dianggap mazhab yang paling dekat dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka percaya kepada lima Imam tetapi tidak percaya yang mereka itu ma’sum. Perlu disebut di sini Zaidi adalah daripada aliran yang sama daripada Ithna Ashaari, tetapi pada abad kelapan berlaku perselisihan antara dua puak di mana satu pihak berpendapat mereka harus memerangi dan membalas dendam atas apa yang berlaku di Karbala dan satu lagi pihak pula mengatakan mereka harus menguatkan kedudukan mereka sebelum memerangi pihak Umayyah. Pihak Zaidi, iaitu nama yang diambil daripada Imam kelima, iaitu cucu kepada Sayyidina Hussein, gugur semasa berperang dengan Umayyah. Golongan Zaidi menganggap kewafatan ini yang kedua terpenting selepas kesyahidan Sayyidina Hussein. Mereka memang daripada dahulu lagi bersikap militan dan akan melawan untuk hak mereka seperti apa yang berlaku di Yaman dengan puak Houthi yang adalah Zaidi. Mereka juga percaya hanya keluarga Rasulullah sahaja harus memimpin. Imam

(4)

Muhammad Baqir, yang mengetuai kumpulan yang satu lagi, menyambung talian Ithna Ashari yang digelar juga dengan nama Ja’fari selepas anaknya, Ja’far As-Sadiq, mengeluarkan pelbagai ajaran dan buku yang mengikut pengikut mereka, mengukuhkan mazhab itu.

Kumpulan Ismaili wujud selepas berlakunya perselisihan mengenai siapa yang harus menjadi Imam seterusnya daripada zuriat Imam Ja’far as-Sadiq. Pihak Ithna Ashari mengikut Musa al-Kazim dan pihak Ismaili mengikut Imam Ismail. Daripada aliran inilah datangnya dinasti Fatimi yang dimulakan oleh Muhammad al-Mahdi. Penekanan Ismaili adalah bersifat batin. Maka banyaklah tarekat yang muncul daripadanya. Pada suatu masa, aliran ini mempunyai pengikut yang paling banyak. Disebabkan ada perbezaan antara tarekat-tarekatnya, maka yang kita kenali pada masa ini adalah Ismaili Aga Khan yang mempercayai mazhab mereka mempunyai Imam secara tidak putus daripada Rasulullah. Aga Khan pada zaman ini merupakan yang ke-49. Mereka adalah golongan Ismaili terbesar zaman ini. Pihak Orientalis banyak mengkaji mereka pada kebelakangan ini, mungkin disebabkan pihak Ismaili kaya raya dan dapat membiayai pelbagai pengajian di universiti dan institusi terkemuka di dunia. Mereka mendirikan kerusi pengajian di Harvard, Hartford Seminary dan pelbagai universiti terkemuka.

Golongan Alawi merupakan kumpulan yang paling rumit untuk didefinisi. Ini kerana mereka merahsiakan kepercayaan mereka sehingga tidak banyak diketahui. Apa yang ada berupa maklumat yang bercanggah. Yang pastinya, kedudukan Ali, Muhammad dan Salman Al-Farasi begitu tinggi sehingga roh atau cahaya Ali dan Muhammad dianggap adalah dari satu sumber. Ada yang mengatakan yang golongan Alawi mentuhankan Ali. Ini terdapat dalam banyak risalah. Namun, ada yang menidakkannya. Mereka juga dikenal dengan nama Nusayri, tetapi penggunaan perkataan ini membawa maksud yang kurang menyenangkan bagi mereka. Perbezaan besar antara mereka dan Ithna Ashari adalah Ithna Ashari menekan interpretasi agama secara zahir pada permulaan sejarahnya, sementara Ismaili hanya menumpukan kepada aspek batin. Lama-kelamaan, golongan Syiah juga menuju ke arah mengkaji kebatinan.

Disebabkan ini, satu lagi perpecahan besar berlaku di kalangan Ithna Ashari, iaitu, Akhbari dan Usuli. Seperti disebut sebelum ini, pergerakan fahaman akhbari

(5)

wujud dari dulu lagi. Pengikut akhbari melihat isu-isu secara zahir dan harfiah dengan mengikut apa yang ada dalam al-Qur’an, hadis Rasul dan Imam-imam mereka. Qias dan ijtihad ditolak terus. Mereka berpendirian bahawa imam-imam tidak pernah menggunakan cara-cara ini untuk menyelesaikan masalah. Pergerakan ini berleluasa pada penghujung Kerajaan Safavi. Secara ironik, golongan Akhbari ini adalah Salafi dalam Syiah. Lawannya pula, gerakkan Usuli; mereka berpegang kepada ijtihad dengan menggunakan al-Qur’an, hadis daripada Rasul dan daripada Imam ma’sum mereka dan juga ijma’ dan akal .Perkataan usuli datang daripada usulal- fiqh. Lambat laun, pihak Usuli telah mengatasi pihak Akhbari dan sama sekali memusnahkan kewujudan mereka beberapa ratus tahun yang lalu. Namun, pengikut Akhbari wujud di beberapa negara dalam bilangan yang kecil.

Secara rambang, kita boleh mengatakan perpecahan Syiah kepada Ithna Ashari, Zaidi serta Ismaili dan beberapa mazhab lain yang akan dibincang kelak adalah berunsur perbezaan yang timbul mengenai penentuan imam, dan perpecahan dan perbalahan yang berlaku antara pihak Akhbari dan pihak Usuliadalah daripada sudut falsafah.

Terdapat kajian yang mengatakan ada lebih daripada 70 pecahan Syiah. Dalam buku Allamah Sharistani beliau memberi rumusan mengenai pelbagai mazhab Syiah; kebanyakannya sudah tidak wujud lagi. Dari satu sudut, kita dapat lihat mendewakan manusia dan mentuhankan manusia menjadi satu aspek yang ketara dalam golongan Syiah. Mereka begitu ta’assub dengan pegangan mereka dan taat setia mereka kepada individu. Mazhab Syiah yang bersikap keterlaluan seperti ini banyak yang telah pupus; namun sikap emosi dan bertaklid masih menjadi satu aspek mazhab ini yang tidak dapat dikikis. Antara mazhab-mazhab yang ekstrem adalah:

• Golongan yang dimasukkan dalam kelompok Ghulat

1.

• Golongan yang dimasukkan dalam kelompok Zaidi

2.

• Golongan yang dimasukkan dalam kelompok Imami

3.

• Golongan yang dimasukkan dalam kelompok Ismaili

(6)

• Bazighiyyah percaya yang Ja'far al-Sadiq adalah Tuhan.

• Dhamiyyah yang percaya Ali adalah Tuhan dan Muhammad Rasulnya. • Kaysaniyyah percaya bahawa Muhammad al-Hanafiyyah seharusnya

menjadi pengganti Hussein.

Golongan yang dimasukkan dalam kelompok

Ghulat

• Dukayniyyah: Golongan yang percaya pengikut Rasulullah kufur semuanya kerana tidak mengangkat Ali menjadi pemimpin.

• Jarudiyyah: Golongan yang percaya yang pengikut Rasulullah berdosa kerana tidak memilih Ali.

• Khasabiyyah: Golongan yang percaya pemimpin harus daripada Hassan atau Hussein.

Golongan yang dimasukkan dalam kelompok

Zaidi

• Aftahiyyah: Golongan yang percaya bahawa Abdullah al-Aftah patut mewarisi Ja'far al-Sadiq.

• Muhammadiyyah: Golongan yang percaya Muhammad Al-Hadi adalah imam yang ke sebelas dan bukannya Hasan al-Askari.

• Tasuwwiyyah: Golongan yang percaya Ja'far al-Sadiq adalah Mahdi dan beliau tidak meninggal dunia.

• Waqifiyyah: Mereka yang percaya Musa al-Kazim adalah imam tetapi bukan Ali al-Ridha.

Golongan yang dimasukkan dalam kelompok

Imami

• Hafiziyyah: Mereka yang percaya pemimpin Dinasti Fatimi Hafiz adalah imam zaman itu.

• Karmaniyyah: Mereka yang percaya kehidupan kita akan berulang sebagai satu putaran yang tidak kehabisan.

Golongan yang dimasukkan dalam kelompok

(7)

Kebanyakan pendapat Syiah bercampur aduk dengan falsafah dan ajaran agama lain yang bawa kepada kekeliruan. Ada ajaran yang diambil daripada agama Hindu, Kristian dan Yahudi. Ada yang mempercayai bahawa sekiranya seseorang tidak melakukan perkara baik di dunia, dia akan dihidupkan sebagai binatang. Ini adalah satu pendirian kaum Alawi dan sangat bermiripagama Hindu. Ada pula yang mengatakan Ali, Muhammad dan Salman adalah tiga aspek satu ketuhanan.Ini pula bermirip agama Kristian.

Maka, tidaklah hairanlah bahawa mazhab Syiah Imami mempunyai pengikut yang begitu terbuka dengan pendapat yang bersifat asing dan merangkumi perkara yang jauh daripada aqidah, seperti kesatuan semua agama ditahap metafizika. Sejarah mereka menunjukkan pernah ada usaha untuk mengambil ciri-ciri agama lain untuk disatukan untuk menjadi satu agama yang baharu. Ini tidak berbeza daripada dinilahi Maharaja Akbar.

Jurang perbezaan antara mazhab-mazhab Syiah begitu jauh kalau dibandingkan dengan perbezaan antara mazhab Sunni .Mereka juga begitu ta’assub dengan kepercayaan mereka. Tidak pasti sama ada ini disebabkan perwatakan orang yang menganuti mazhab ini atau sebab kepercayaan mereka terhadap mazhab mereka.

Walaupun jurang perbezaan antara mazhab ini sangat ketara, namun mereka bantu membantu meskipun sekiranya mereka tidak sehaluan. Ini ternyata dengan bantuan yang diberi oleh Iran kepada pihak Houthi dari Zaidi di Yaman dan juga kepada Alawi di Syria.

Kajian ini menunjukkan ramai orang di kalangan Syiah yang tidak tahu akan perpecahan yang berada dalam mazhab ini dan perpecahan yang wujud pada masa lampau yang begitu banyak sehingga adanya berpuluh-puluh mazhab yang saling berganti. Daripada Safavid ke Fatimid, aliran fikiran berlainan memerintah serta mempunyai dasar kepercayaan yang sangat berbeza. Apa yang perlu ditekankan di sini adalah pendapat dan pendirian yang dilaungkan oleh pihak Syiah bahawa mereka bersatu haluan dan bersatu hati adalah tidak betul. Perselisihan pemikiran mereka sangat jelas dan retorik yang mengatakan mereka senang bersatu dan tidak berpecah belah seperti orang Sunni tidak benar. Mereka bukan bergerak dan bernaung di bawah

(8)

harus diperjelaskan dengan bukti dan kajian tertentu. Penulisan yang menyeluruh harus diterbitkan untuk menerangkan hakikat sebenar Syiah dan kepelbagaiannya.

Sekiranya kita dapat menghasilkan penulisan dan karya yang baik dan memuaskan serta dapat dijadikan sebagai rujukan, kita akan dapat membendung penyebaran Syiah yang berlaku dengan hujah-hujah sedemikian rupa yang dapat dipatahkan dengan mudah.

Referensi

Dokumen terkait

Data ini menunjukkan bahwa air laut pada Maret dan Juli 2011 lebih banyak menerima masukan limbah yang mengandung B(b)F dibandingkan dengan bulan Maret dan

6. Time deposits: money put in savings accounts usually stays there for a periotl time. Demand deposits: money put into a checking can be withclrawn or transferred from the

Shalawat serta salam senantiasa kita junjungkan kepada Rasullullah Muhammad SAW, sehingga dapat menyelesaikan penyusunan skripsi ini dengan judul “Prestasi Belajar

Homogenitas, ukuran serbuk yang halus dan dengan kemurnian tinggi memungkinkan untuk dilakukan proses pengontrolan pertumbuhan kristalit fasa heksaferit, sehingga diperoleh sifat

Perbedaan kualitas tersebut diinterpretasikan disebabkan oleh kondisi gambut pembentuk kedua batubara tersebut berada pada kondisi lingkungan pengendapan topogeneus mires

kemudian dilakukan proyeksi produksi daging sapi selama 10 tahun yang

Instrumen tes tulis uraian yang dikembangkan haruslah disertai kunci jawaban dan pedoman penskoran. Pelaksanaan penilaian melalui penugasan setidaknya

a. Sikap ingin mendapatkan sesuatu yang baru c. Sikap tidak putus asa e. Sikap kedisiplinan diri.. Berdasarkan sembilan aspek di atas dapat disimpulkan, bahwa maksud dari