• Tidak ada hasil yang ditemukan

POTENSI KOPERASI SOSIAL DI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "POTENSI KOPERASI SOSIAL DI MALAYSIA"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

POTENSI KOPERASI SOSIAL DI MALAYSIA

Halimah Harun

Radin Siti Aishah Radin A Rahman

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

___________________________________________________________________________

Abstrak

Malaysia turut menerima kesan ketidaktentuan ekonomi global yang kini menuntut kepada pendekatan ekonomi sosial sebagai mana yang diamalkan oleh negara Barat. Keadaan ini menjadi cabaran kepada kerajaan untuk mengimbangi kedudukan sosio-ekonomi warganya berikutan ancaman krisis pengangguran graduan yang semakin meruncing dan peningkatan kadar kemiskinan hidup berlaku setiap tahun. Mengambil kira hal tersebut, maka keusahawanan sosial adalah relevan untuk dilaksanakan melalui aktiviti koperasi sosial. Walau bagaimanapun, keberkesanan pengoperasian koperasi sedia ada berada pada tahap yang baik. Namun peranan ini perlu dikembangkan manfaatnya kepada masyarakat sekitar selari dengan tuntutan ekonomi semasa. Manakala konsep dan amalan koperasi sosial di negara ini masih di peringkat permulaan dan ianya perlu diterapkan dalam setiap amalan organisasi koperasi sedia ada. Hal ini disebabkan inovasi yang terhasil bukan sahaja mampu mengurangkan bebanan kerajaan dalam merancang belanjawan tetapi lebihan tersebut digunakan bagi meneruskan agenda pembangunan negara yang lain. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti potensi KS dengan amalan keusahawanan sosial di Malaysia. Perinciannya, objektif kajian ini adalah a) untuk mengenal pasti keinginan menubuhkan perusahaan sosial dalam kalangan pelajar IPT mengikut jantina; b) untuk mengenal pasti keinginan menubuhkan perusahaan sosial dalam kalangan pelajar mengikut kategori IPT. Kajian ini melibatkan seramai 330 pelajar Institusi Pengajian Tinggi dipilih menggunakan pendekatan persampelan berkelompok. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar berada di tahap mungkin menubuhkan perusahaan sosial. Secara khususnya, kajian mendapati pelajar lelaki mempunyai tahap kepastian yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan dalam menubuhkan perusahaan KS. Begitu juga, pelajar IPT Swasta didapati mempunyai tahap kepastian yang tinggi dalam menubuhkan perusahaan KS berbanding pelajar IPT Awam. Walaupun belum wujud KS di Malaysia, namun KS berpotensi untuk ditubuhkan oleh bakal graduan. Seterusnya, kajian ini memberi implikasi kepada amalan koperasi sedia ada dan pentadbir IPT akan dibincangkan.

Kata Kunci: Koperasi Sosial, Keusahawanan Sosial, Orientasi Sosial, Golongan Terpinggir ___________________________________________________________________________ Pendahuluan

(2)

pembangunan koperasi. Contohnya, aktiviti penyayang (caring activities) yang merangkumi pengurusan penjagaan kesihatan-sosial, perkhidmatan pendidikan, penyediaan rumah dan penjagaan kediaman, dan inisiatif untuk perlindungan alam sekitar atau aktiviti latihan pekerjaan dan peluang pekerjaan kepada individu yang kurang bernasib baik.

Sebaliknya kemunculan KS Asia bermula di negara Republik Korea. Penubuhan KS ini tertakluk kepada peruntukan perkhidmatan penjagaan sosial dan mendapat sokongan daripada Undang-Undang Asas Koperasi Korea pada bulan Disember 2012. KS ditakrifkan sebagai organisasi bukan keuntungan dengan sekurang-kurangnya 40% daripada perniagaan yang diperuntukan untuk kebajikan awam (An International survey of co-ops and mutuals at work in the health and social care sector, 2014). Ini bermakna anggota KS perlu mematuhi kriteria orientasi sosial yang lebih ketat berbanding koperasi umum. Undang-undang baru ini bertujuan untuk memudahkan pembangunan masyarakat dan kebajikan sosial dalam sektor kepentingan awam seperti koperasi kesihatan. Mengambil kira perbezaan penawaran produk dan perkhidmatan oleh negara Eropah dan Asia, KS menawarkan produk dan perkhidmatan kepada bakal pengguna iaitu individu yang berada dalam pasaran buruh dengan usaha dengan mewujudkan satu tempat kerja sendiri.

Kepelbagaian takrifkan KS oleh penyelidik sebelum ini bergantung mengikut keadaan ekonomi sesebuah negara. Bagi mendalami terminologi KS, pengkaji menggunakan takrifan dari negara Itali iaitu Law 381/1991 dalam Disciplina delle cooperative sociali. KS merupakan sebuah persatuan bukan-keuntungan dengan matlamat untuk memperoleh keuntungan anggota atau pihak berkepentingan dan orang awam. Terdapat dua jenis KS iaitu i) jenis A yang melibatkan pekerja dan anggota lain merangkumi pengguna perkhidmatan dan sukarelawan dalam menyediakan perkhidmatan sosial, kesihatan dan pendidikan (kurang 50% anggota koperasi menjadi sukarelawan); ii) jenis B melibatkan pendekatan ‘integrasi kerja’ untuk memaksimumkan ekonomi golongan terpinggir sebagai pekerja (lebih 30%) mencakupi bidang lebih luas daripada jenis A termasuk sektor perdagangan, pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. Sehubungan itu, pengkaji memegang takrifan jenis B. Namun, laporan rasmi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (2014) mendapati tidak wujud jenis-jenis KS yang diamalkan oleh koperasi sedia ada di Malaysia. Kebanyakan koperasi ini dibina atas matlamat kesedaran golongan terpinggir sendiri untuk menjaga kepentingan sesama mereka seperti ibu tunggal, kebajikan am, nelayan, OKU, orang asli dan wanita.

(3)

Rajah 1. Kedudukan Koperasi Sosial (Thomas, 2004).

Potensi Golongan Belia Dalam Aktiviti Keusahawanan Sosial

Gerakan keusahawanan sosial dalam kalangan belia bermula daripada usia 10 hingga 18 tahun kerana mereka mempunyai kreativiti dan tenaga untuk membuat dan melaksanakan inisiatif baru yang boleh mengubah masyarakat sekeliling (UNICEF, 2007). Golongan ini berupaya mengubah matlamat kepentingan sendiri, motivasi dan idea dalam aktiviti keusahawanan sosial. Namun, memerlukan sumber kewangan, sokongan dan pengalaman daripada mentor supaya terus bertahan. Menyedari hal ini, kerajaan memandang serius kepentingan keusahawanan sosial melalui aktiviti perniagaan sosial. Selain peruntukan kerajaan melalui MaGIC sebanyak RM20 juta dalam bentuk geran perniagaan sosial, pihak pengurusan IPT juga berperanan dalam menggalakkan pelajar mengikuti kursus atau program keusahawanan sosial secara formal dan tidak formal. Keutamaan kumpulan sasaran ini kepada pelajar tahun akhir mengikuti kursus keusahawanan sosial berbentuk ‘finishing school’ sebagai persediaan awal sebelum tamat pengajian seperti Universiti Teknologi MARA. Penerapan subjek keusahawanan sosial juga ditawarkan kepada pelajar yang mengambil jurusan perniagaan seperti Universiti Malaysia Kelantan (UKM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan Open University Malaysia (OUM). Manakala aktiviti dalam program keusahawanan sosial yang sedia ada di IPT adalah berbentuk jangka pendek dalam bentuk kelab atau persatuan seperti kelab ENACTUS (Entrepreneurial Act Us) dan SEED (Social Entrepreneurship Empowerment and Development).

Kini, program-program tersebut telah berjaya melahirkan usahawan sosial muda di Malaysia seperti Brian Law yang mengasaskan firma perundingan ‘Scholar-list’ berbentuk perniagaan sosial khusus dalam memberikan khidmat perundingan kepada pelajar sekolah menentukan laluan kerjaya mereka. Selain itu, Engku Zaidah Engku Abdul Rahman yang mengasaskan firma ‘Worldwide Technocount Consulting Services’ yang member khidmat sistem kewangan kepada peniaga IKS yang lemah dalam merekod kewangan dengan harga perkhidmatan yang minimum dan berpatutan. Walaupun bilangan usahawan sosial setakat ini tidak ramai, namun bilangan tersebut memadai untuk menambah bilangan usahawan sosial sedia ada dan mencapai sasaran dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) untuk melahirkan 1000 usahawan sosial menjelang tahun 2020. Justeru, alternatif selain menubuhkan firma perniagaan sosial, belia juga mempunyai pilihan untuk menubuhkan koperasi sosial atau mengubah pengurusan koperasi konvensional sedia ada kepada matlamat berorientasi sosial.

Sektor ketiga Perusahaan

sosial

(4)

Pernyataan Masalah

Kerajaan telah menekankan kepentingan sumbangan sektor ketiga bagi mengukuhkah kemampanan ekonomi di Malaysia. Rentetan itu, usaha telah digalas terutamanya melibatkan penyertaan golongan belia dalam penceburan bidang keusahawanan sosial antaranya melalui kegiatan koperasi. Selain insentif cukai, pelaksanaan koperasi konvensional telah menunjukkan prestasi dari segi peningkatan bilangan dan perolehan yang baik setiap tahun (Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2015). Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM20 juta melalui Pusat Inovasi dan Kreatif Malaysia (MaGIC, 2015) dalam bentuk pemberian geran perniagaan sosial. Peluang ini seharusnya dimanfaatkan oleh belia terutama bakal graduan sebagai persediaan mereka sebelum menempuh alam pekerjaan kelak, lantaran krisis pengangguran graduan yang semakin meruncing tahun demi tahun. Buktinya, berlaku peningkatan kadar pengangguran graduan daripada 3.6 peratus bagi suku tahun pertama 2014 kepada 3.8 peratus bagi tahun 2015 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2015). Selain itu, penerapan keusahawanan sosial telah mendapat sambutan baik oleh agensi kerajaan seperti program Ekonomi Penjana Aspirasi Keluarga (eMAK) telah berjaya meningkatkan kelangsungan sosio-ekonomi ibu tunggal melalui konsep ‘small office small home’ bermula tahun 2011 oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Begitu juga, keprihatinan badan bukan-kerajaan (NGO) seperti Tendemic dan Yayasan Keusahawanan Sosial turut membantu kerajaan dalam menyokong bidang ini apabila berlaku pertambahan bilangan anggota pertubuhan setiap tahun.

Walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif dalam mensejahterakan kehidupan masyarakat. Ternyata pemupukan ini mengambil masa yang lama untuk ditentukan keberkesanannya. Amalan keusahawanan sosial di Malaysia masih di peringkat permulaan. Hal ini terbukti melalui laporan General Entrepreneurship Monitor (2009) menunjukkan bahawa penyertaan warga Malaysia yang berumur 16 tahun hingga 64 tahun dalam aktiviti keusahawanan sosial didapati masih rendah (0.2%). Dalam lingkungan umur tersebut, penyertaan warga lelaki (0.1%) dan perempuan (0.1%) masing-masing menyumbang kadar yang sama. Selain amalan keusahawanan sosial, aspek komitmen juga diambil kira disebabkan KS memerlukan keanggotaan secara sukarela. Laporan Indeks Belia Malaysia oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, (2015) menunjukkan golongan belia lebih kerap menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti sukan (39%) dan unit beruniform (23%) berbanding menjadi anggota sukarelawan (20%). Tren ini menunjukkan sikap empati belia dan faktor minat yang kurang dalam menangani keperluan semasa golongan terpinggir sekitarnya. Justeru, kegiatan sukarelawan sedia perlu diubah dan menarik minat belia dengan memberikan pulangan yang setimpal ke atas usaha tersebut. Hal ini telah meninggalkan jurang antara keinginan meneroka bidang keusahawanan sosial yang rendah dengan ketiadaan amalan KS dalam koperasi konvensional sedia ada di negara ini. Di mana, keinginan yang rendah oleh golongan belia khususnya pelajar dalam meneroka kegiatan keusahawanan sosial melalui KS. Justeru, pelaksanaan KS menjadi alternatif kepada perkembangan keusahawanan sosial dan relevan dengan keperluan arus perdana masyarakat.

Tujuan Kajian

(5)

1) untuk mengenal pasti keinginan menubuhkan perusahaan sosial dalam kalangan pelajar IPT mengikut jantina.

2) untuk mengenal pasti keinginan menubuhkan perusahaan sosial dalam kalangan pelajar mengikut kategori IPT.

Metodologi

Kajian ini menggunakan sumber daripada data primer dan sekunder. Bagi data primer, pengkaji menjalankan kajian tinjauan melibatkan populasi seramai 1,923 ahli ENACTUS Malaysia. ENACTUS merupakan sebuah kelab badan bukan kerajaan (non-governmental organization) di bawah Yayasan ENACTUS Malaysia sejak tahun 2000. Seterusnya, berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970), penetapan saiz persampelan minimum yang diperolehi adalah 320 responden daripada populasi pelajar yang menganggotai ENACTUS. Justeru, pengkaji telah melebihkan sebanyak 3 peratus daripada jumlah asal menjadikan jumlah sampel yang baru adalah 330 pelajar. Penambahan ini adalah memadai dengan mengambil kira ralat persampelan semasa mengumpul data sebagaimana yang dicadangkan oleh Salkind (2009). Di mana, kadar tersebut tidak melebihi 50 peratus. Pengkaji juga telah menghadkan pemilihan sampel kajian kepada pelajar prasiswazah yang telah bergiat selama setahun dalam ENACTUS. Persampelan rawak berkelompok mengikut kategori yang ditetapkan oleh Institusi Pengajian Tinggi dan mendaftar dengan Yayasan ENACTUS Malaysia. Setelah menetapkan bilangan sampel bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu IPT Awam (IPTA) dan IPT Swasta (IPTS), pengumpulan soal selidik dijalankan menggunakan teknik persampelan rawak mudah.

Pengumpulan maklumat diperolehi menggunakan borang soal selidik ringkas untuk mendapatkan pandangan responden berkaitan faktor demografi. Pengkaji telah mendapat kebenaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan ENACTUS Malaysia bagi menjalankan penyelidikan di setiap IPT. Pengedaran soal selidik dilakukan oleh pengkaji sendiri pada Semester II Sesi 2013/2014 secara bersemuka dengan pelajar. Kajian ini juga melibatkan penggunaan data primer dan data sekunder. Analisis kajian ini hanya melibatkan analisis berbentuk kekerapan dan peratus. Manakala data sekunder diperolehi berdasarkan analisis menerusi kajian literatur, kenyataan akhbar, laporan jabatan perangkaan dan kementerian mengenai fenomena keusahawanan sosial, gerakan koperasi dan kecenderungan belia di Malaysia. Tinjauan awal ini melibatkan sampel seramai 330 pelajar yang masing-masing mempunyai kadar yang sama iaitu 50 peratus bagi jantina dan kategori IPT (Jadual 1). Jumlah perkadaran sampel sebanyak 50 peratus untuk setiap kategori telah ditentukan terlebih dahulu oleh pengkaji dengan berdasarkan keperluan objektif kajian.

Jadual 1: Jadual Demografi Pelajar

Bilangan pelajar Kekerapan (%) Jantina

Lelaki 166 50.3

Perempuan 164 49.7

Kategori IPT

Awam 166 50.3

Swasta 164 49.7

(6)

Dapatan dan Perbincangan

Mengenal Pasti Keinginan Menubuhkan Perusahaan Sosial Dalam Kalangan Pelajar IPT Mengikut Jantina.

Sedia maklum bahawa KS menggunakan pendekatan keusahawanan sosial. Maka, pengkaji telah menjalankan kajian dengan mengenal pasti keinginan pelajar untuk menubuhkan perusahaan sosial. Bagi mencapai objektif 1, Jadual 2 menunjukkan secara keseluruhan pelajar IPT lelaki dan perempuan hanya berkemungkinan menubuhkan perusahaan sosial. Secara perincian pelajar perempuan menyumbang sebanyak 73 peratus kemungkinan menubuhkan perusahaan sosial lebih tinggi berbanding pelajar lelaki (70%). Sebaliknya, kajian mendapati pelajar lelaki (27%) mempunyai keinginan menubuhkan perusahaan sosial lebih tinggi berbanding pelajar perempuan (24%).

Jadual 2: Keinginan Menubuhkan Perusahaan Sosial Dalam Kalangan Pelajar IPT Mengikut Jantina Keinginan Peratus (%) Lelaki Perempuan

Pasti 27.1 23.8

Mungkin 69.9 73.2

Tidak sama sekali 3.0 3.0

Dapatan ini menunjukkan pelajar IPT mempunyai potensi untuk menubuhkan KS walaupun kadar peratusan untuk ‘pasti menubuhkan’ tidak banyak berbanding ‘mungkin menubuhkan’ perusahaan sosial. Hal ini dipengaruhi oleh 5.5 peratus graduan pada tahun 2015 memilih untuk bekerja sendiri (Laporan Kajian Pengesanan Graduan, 2016). Selain itu, pelajar juga didapati tidak bersedia untuk bekerja sendiri memandangkan kedudukan kewangan mereka belum kukuh. Dari perspektif perniagaan, kajian Afirudin dan Armanurah (2006) ke atas lulusan UUM yang pernah mengikuti Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) mendapati hanya 9.8 peratus sahaja daripada bekas peserta kursus ini yang menubuhkan perniagaan secara sepenuh masa. Dari aspek jantina, kajian Hayati, Safaai dan Siti Fatimah (2002) mendapati perempuan mempunyai tahap yang rendah berbanding lelaki dalam gerakan koperasi. Hal ini dipengaruhi oleh taraf pendidikan yang rendah dan kekangan masa disebabkan komitmen terhadap keluarga. Konsisten dengan Wilson, Kickul dan Marlino (2007); Kirkwood, (2009); dan Wilson, Kickul, Marlino, Barbosa & Griffiths, (2009) mendapati perempuan memiliki kurang keyakinan diri dalam keusahawanan berbanding lelaki. Sebaliknya Ernst (2011) mendapati pelajar perempuan menyumbang pembentukan keinginan keusahawanan sosial lebih tinggi (R2=52%) daripada lelaki (R2=47%). Justeru, wujud

perbezaan tekad keusahawanan dengan jantina dan pengalaman keusahawanan pelajar (Siti Hawa, 2009). Begitu juga halnya dalam konteks KS. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan berpotensi untuk bergiat aktif dalam KS, sekiranya pendedahan awal diterapkan semasa peringkat awal pengajian.

Mengenal Pasti Keinginan Menubuhkan Perusahaan Sosial Dalam Kalangan Pelajar Mengikut Kategori IPT

(7)

Jadual 3. Keinginan Menubuhkan Perusahaan Sosial Dalam Kalangan Pelajar Mengikut Kategori IPT Tahap keinginan Peratus (%) IPTA IPTS

Pasti 25.3 25.6

Mungkin 71.7 71.3

Tidak sama sekali 3.0 3.0

Tren ini dipengaruhi oleh faktor kurang pendedahan perniagaan secara hands-on. Di mana bekas pelajar jurusan keusahawanan kurang pengalaman berniaga di Universiti Utara Malaysia (UUM) berbanding bekas pelajar yang telah mengikuti Program Siswaniaga (Habsah, Armanurah, Norashidah, Ooi & Syahrina, 2012). Konsisten dengan itu, kajian Ibrahim, Wan dan Noorun (2009) atas bekas peserta Pembangunan Usahawan Siswa di IPT yang mendapati hanya 2.3 peratus graduan memilih kerjaya usahawan yang disebabkan oleh kurangnya penglibatan pelajar dalam perniagaan secara hands-on. Hal ini menyebabkan bilangan graduan IPTA yang masih mencari pekerjaan adalah tinggi dengan kadar 78.7 peratus berbanding graduan IPTS iaitu 69.9 peratus (Perangkaan Pendidikan Negara, Sektor Pendidikan Tinggi, 2013). Manakala, kajian Zaidatol, Abd. Rahim & Mohd Majid (2002) mendapati pelajar lebih beraspirasi untuk bekerja makan gaji (44%) daripada bekerja sendiri (32%). Dapatan ini dikuatkan lagi melalui laporan Perangkaan Pendidikan Negara, Sektor Pendidikan Tinggi (2013) mendapati graduan IPTS (8.8%) mempunyai kadar peratusan pemilikan perusahaan sendiri lebih tinggi daripada graduan IPTA (8.5%). Sehubungan itu, bagi menggalakkan lebih ramai pelajar menyertai kegiatan keusahawanan sosial adalah melalui KS. Pelajar boleh dilatih dalam KS di mana aktiviti berupaya meningkatkan jaringan koperasi dengan IPT dan komuniti sekeliling dan keinginan menjadi usahawan sosial setelah bergraduat kelak.

Implikasi dan Kesimpulan

Kajian ini merupakan tinjauan awal yang memberi kesan kepada amalan koperasi sedia ada yang tidak hanya mementingkan keuntungan anggota yang mempunyai kepentingan sahaja, tetapi mengambil kira nasib golongan terpinggir. Selain itu, pengurusan organisasi sedia ada juga dapat dipertingkatkan melalui penyertaan komuniti terpinggir menggunakan pendekatan keusahawanan sosial. Sekaligus, menambah baik dasar koperasi sedia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memandangkan kepentingan pelaksanaan KS dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan kebajikan oleh kerajaan. Dapatan ini juga menjadi petunjuk dalam mensasarkan satu Koperasi satu Universiti menjelang tahun 2020 bagi merealisasikan sasaran Dasar Koperasi Negara 2011-2020, yang mana kini bilangan koperasi sedia ada masih tidak selari dengan bilangan university atau IPT. Menjadi pilihan kepada pentadbir IPT yang belum menubuhkan koperasi untuk mewujudkan KS. Seterusnya, pendedahan awal KS boleh diterapkan melalui integrasi kursus perniagaan secara formal di peringkat pengajian lagi melibatkan pelajar berlatar belakang keluarga yang miskin selain dapat meningkatkan pengalaman keusahawanan sosial. Justeru, dapatan ini dapat memberikan maklumat kepada organisasi bukan-keuntungan (NGO) untuk mengamalkan budaya KS dalam meningkatkan sumber modal sosial seperti dana kewangan dan jaringan dengan agensi kerajaan.

(8)

kelebihan dalam memelihara kepentingan anggota dan masyarakat sekitarnya. Walaubagaimana pun, seperti mana-mana program/aktiviti keusahawanan di IPT memerlukan penilaian dan pemantauan secara berkala. Kerjasama awal secara formal atau tidak formal anggota-anggota koperasi, Ahli Lembaga Koperasi dan komuniti terpinggir perlu diadakan untuk menambah baik program atau aktiviti pendidikan keusahawanan sosial yang lebih berkesan. Justeru, KS berpotensi untuk dilaksanakan di Malaysia memandangkan kepada keperluan semasa masyarakat selari dengan tuntutan peringkat global.

Rujukan

Afiruddin Tapa & Armanurah Mohamad. (2006). Kajian pengesanan bekas peserta kursus Asas Keusahawanan Siswazah (KAKS): Kes UUM. Prosiding Persidangan Kebangsaan Industri Kecil dan Sederhana 2006, 364-375.

An International survey of co-ops and mutuals at work in the health and social care sector. (2014). Better health & social care. Vol. 2: National Cases. LPS Productions: Montréal, Québec, Canada.

Disciplina delle cooperative sociali. (1991). Wikisource.http://it.wikisource.org/wiki/L._8_

novembre_1991,_n.381_Discipli na_delle_cooperative_sociali. 27 Mac 2016

Ernst, K. (2011). Heart over mind-an empirical analysis of social entrepreneurial intention formation on the basis of the theory of planned behaviour. Ph.D Dissertation. University of Wuppertal, Germany.

General Entrepreneurship Monitor (2009). General entrepreneurship monitor, adult population survey. Global Report on Entrepreneurship, Babson College.

Habshah Bakar, Armanurah Mohamad, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat & Syahrina Abdullah. (2012). Kajian pengesanan graduan Sarjana Muda Keusahawanan (SMK). Laporan Penyelidikan Geran LEADS. Kolej Perniagaan: Universiti Utara Malaysia.

Hansmann, H. (1980). The role of nonprofit enterprise. Yale Law Journal, 89, 835-901.

Hayati Md. Salleh, Safaai Said & Siti Fatimah Sajadi. (2002). Kajian penglibatan wanita dalam gerakan koperasi

semenanjung Malaysia. Pautan: http://www.mkm.edu.my/index.php

/my/69- penerbitan/penyelidikan/penyelidikan/358-kajian-penglibatan-wanita-dalam-gerakan-koperasi-semenanjung-malaysia.

Ibrahim Mamat, Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang & Noorun Nashriah Binti Ramli. (2009). Nilai, sikap dan amalan pegawai kanan institut pengajian tinggi terhadap Program Pembangunan Usahawan Siswa.

Jurnal Kemanusiaan 14(12), 96-115.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. (2015). Indeks Belia Malaysia. Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Putrajaya.

Kirkwood, J. (2009). Is a lack of self-confidence hindering women entrepreneurs? International Journal of Gender

and Entrepreneurship, 1 (2), 118-133.

Laporan Kajian Pengesanan Graduan. (2016). Trend taraf pekerjaan (warganegara) 2006-2015. Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia. Pautan

http://graduan.mohe.gov.my/skpg-report/Dashboard/TrendTarafPekerjaan.aspx.

Laporan Prestasi Tahunan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (2014). Ringkasan statistik am koperasi mengikut kumpulan sasar. Pautan http://www.skm.gov.my/images/images/ Statistik-Gerakan-Koperasi/Statistik-Tahunan/statistic-tahunan-2014/2014-01-03i-Ringkasan-Statistik-Am-Mengikut-Kumpulan-Sasar.pdf. MaGIC. (2015). KBS mahu kerjasama dengan lebih universiti (20 April). Pautan

https://mymagic.my/en/kbs-mahu-bekerjasama-dengan-lebih-universiti/.

Perangkaan Pendidikan Negara, Sektor Pendidikan Tinggi. (2013). Bilangan dan Peratus Graduan Warganegara Malaysia Mengikut Jenis IPT Berdasarkan Sebab Belum Bekerja (2012 - 2013). Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Putrajaya.

Salkind, N.J. (2009). Exploring research. New Jersy: Pearson Education.

Siti Hawa Binti Mohamed Idris. (2009). Kecenderungan keusahawanan di kalangan pelajar bidang kejuruteraan di Institusi Pengajian Tinggi Awam di kawasan utara semenanjung Malaysia. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (2015). Ringkasan statistik am koperasi mengikut negeri. Pada 23 Mac 2016. Pautan http://www.skm.gov.my/index.php/my/mengenai-skm/gerakan-koperasi /statistik-gerakan-operasi/statistik-interim.

Thomas,A. (2004). The rise of social cooperatives in Italy. Voluntas: International Journal of Voluntary and

(9)

UNICEF. (2007). Adolescents and civil engagement: social entrepreneurship and young people. Learning series, no.3. Adolescent Development and Participation Unit, United Nations Children’s Fund: New York. Weisbrod, B. A. (1975). Toward a theory of the Voluntary Non-Profit Sector in a Three Sector Economy. In E.S.

Phelps (Ed.) Altruism, Morality and Economic Theory (171- 195). New York: Russell Sage Foundation. Wilson, K., Kickul, J. & Marlino, D. (2007). Gender, entrepreneurial self-efficacy, and entrepreneurial career

intentions: Implications for entrepreneurship education. Entrepreneurship Theory and Practice 13(3),

387-406.

Wilson, F., Kickul, J., Marlino, D., Barbosa, S.D. & Griffiths, M. (2009). An analysis of the role of gender and

self-efficacy in developing female entrepreneurial interest and behavior. Journal of Developmental

Entrepreneurship, 14(2), 105-119.

Zaidatol, Abd. Rahim & Mohd Majid (2002). Pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan di Malaysia: Kesan

Referensi

Dokumen terkait

Mungkin, penggunaan rumput sintetis ini ditujukan untuk mengakomodasi gaya sepak bola konvensional yang dianut para pemain futsal kita.. Asal tahu saja, Ronaldinho,

Satuan-satuan yang mempunyai struktur fonologik yang berbeda merupakan satu morfem apabila satuan-satuan itu mempunyai arti atau makna yang sama, dan perbedaan struktur

Dengan tidak adanya norma hukum yang jelas dan tegas untuk dapat dijadikan pegangan bagi aparat penegak hukum, khususnya hakim dalam menetapkan seseorang sebagai

Pada tanggal 31 Desember 2003, nilai wajar CCIRS sebesar US$320.906 ditentukan berdasarkan nilai tunai atas arus kas yang timbul pada masa yang akan datang sampai dengan saat

Berdasarkan identifikasi masalah di atas, maka yang pembahasan dalam penelitian ini dibatasi pada permasalahan Pemanfaatan Laboratorium Komputer dan Motivasi Belajar

Tabel 5 .4 Rekapitulasi biaya dan waktu alternatif kombinasi alat IV Jenis Pekerjaan Volume (m3) Alat Berat (unit) Waktu (hari) • — Biaya (Rp.) Galian Tanah untuk urugan 15.385 2

Peran tersebut dapat diwujudkan dalam suatu masterplain bagi kedua status lahan tersebut yang berbasis pada pengelolaan dan pemanfataan yang didasarkan pada

Bahwa Saksi I dan Saksi II yang intinya menerangkan bahwa rumah tangga Pemohon sudah tidak harmonis lagi dikarenakan Termohon selingkuh dengan laki-laki lain yang