• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota bahan Audio.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Nota bahan Audio.pdf"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK 9 BAHAN AUDIO

Sinopsis

Tajuk ini bertujuan memberi gambaran bagaimanakah bahan audio boleh dihasilkan dan

membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara bahagian yang akan dijelaskan

termasuk konsep dan prinsip penghasilan bahan audio untuk tujuan pendidikan, jenis dan

penggunaan peralatan audio, proses perancangan dan penyediaan rakaman, proses rakaman

dan penyuntingan audio untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat:

i. Mengenalpasti jenis dan cara menggunakan peralatan audio yang sesuai untuk

membuat rakaman audio.

ii. Merancang dan menghasilkan bahan audio untuk tujuan pendidikan.

iii. Membuat rakaman audio dengan peralatan audio yang sesuai.

iv. Melakukan penyuntingan audio menggunakan perisian yang sesuai.

KERANGKA TAJUK

9.1 Pengunaan Audio Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran

9.2 Peralatan Audio

9.3 Perancangan Dan Persediaan Bahan Audio

(2)

9.1 Pengunaan Audio Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran

Audio merupakan julat gelombang bunyi yang boleh didengar oleh manusia. Bahan audio

dapat membantu murid yang kurang mahir membaca mendapat gambaran keseluruhan tanpa

melibatkan pembacaan petikan teks yang panjang lebar. Elemen audio berbentuk naratif

seperti penceritaan, ulasan dan diaolog antara watak, dapat menghidupkan lagi gaya

penyampaian maklumat. Deria pendengaran murid boleh dirangsang deria melalui

pengintegrasian suara manusia, bunyi haiwan dan alam sekitar, muzik serta pelbagai jenis

kesan bunyi.

Penggunaan bunyi dapat menghidupkan lagi persembahan semasa menyampaikan idea dan

konsep di samping mewujudkan hubungkaitan antara elemen naratif dengan membangkitkan

mod, emosi dan imaginasi murid-murid terhadap setting cerita ataupun peristiwa yang terbabit.

Penggunaan kesan bunyi dan muzik latar dapat mewujudkan senario yang menggambarkan

persekitaran untuk sesuatu cerita atau pementasan bagi membangkitkan minat, mencetuskan

mood dan emosi tertentu serta merangsang imaginasi murid-murid.

Fikirkan

Apakah bunyi latar yang sesuai untuk senario yang digambarkan dalam rajah-rajah

berikut:

Penggunaan bahan audio jika digunakan dengan baik dapat memupuk kemahiran mendengar,

bertutur dan berkomunikasi yang baik dalam kalangan murid. Murid perlu dilatih mendengar

secara aktif (Active listening) supaya mereka dapat memahami mesej yang diterima dengan

baik serta mewujudkan persefahaman antara penyampai dan pendengar. Pemahaman ini akan

dapat membawa perubahan tingkah laku yang diingini dan menjayakan usaha pembentukan

(3)

Murid yang mendengar secara aktif mengamalkan tabiat mendengar yang berikut:

i. Menumpukan perhatian kepada penceramah ataupun guru (termasuk aspek lisan dan

gerak badan bukan lisan)

ii. Melibatkan diri secara aktif seperti memberikan respon yang bersesuaian mengikut

keperluan dan keadaan

iii. Sanggup menundakan sikap menghakimi sehingga selesai menerima kesemua

maklumat

Kemahiran mendengar yang baik dalam kalangan murid dapat membawa kepada pembentukan

kemahiran komunikasi yang berkesan kerana murid telah dapat mentafsir dan memahami

mesej lisan dan emosi yang terlindung di sebalik pertuturan. Kemahiran mendengar yang baik

dapat membantu murid mewujudkan hubungan yang baik semasa berinteraksi dengan guru,

rakan sebaya dan ahli keluarga. Ia juga membantu murid-murid memperoleh maklumat yang

sesuai untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

9.2 Jenis peralatan audio

Peralatan audio boleh dikategorikan kepada beberapa jenis berdasarkan fungsi alat termasuk:

i. Peralatan input untuk merakam bunyi

ii. Peralatan output untuk mendengar hasil rakaman bunyi

iii. Peralatan storan untuk menyimpan hasil rakaman bunyi

iv. Peralatan/perisian mengedit untuk mengedit hasil rakaman bunyi

Terdapat dua jenis audio iaitu audio analog dan audio digital. Terdapat perbezaan dari segi jenis peralatan dan perisian bagi merakam, menyunting dan storan antara audio analog dan audio digital.

9.2.1 Peralatan merakam bunyi

(4)

9.2.1.1 Alatan Merakam bunyi

Jenis Audio Alat Perakam

Analog Perakam pita gulung

Perakam kaset audio

Digital Komputer

Digital voice recorder iPod Perakam MP3

iPod

Telefon mudah alih

Kamera digital multi fungsi

Rajah 11.3.3 – Contoh Alatan Perakam Audio

9.2.1.2 Mikrofon

Mikrofon boleh dikelas mengikut bentuk, mekanisme dan arah penerimaan bunyi.

Jenis Mikrofon Ciri

Mikrofon jenis dinamik

Ia sesuai untuk bunyi dari jarak dekat dan bahana bunyi

outputnya pula tidak begitu kuat, namun ia tahan lasak dan

lebih murah harganya. Ia sesuai untuk merakam suara pada

pic bass dan mid-range, punca suara yang dekat dan

bahana bunyi outputnya rendah.

Ia sesuai digunakan untuk rakaman suara untuk untuk

konsert Pop ataupun rock n roll, instrumen muzik seperti

genderang, gitar, dan perakam bunyi untuk kamera.

Mikrofon jenis kondenser

(condenser )

Mikrofon jenis bermutu tinggi , lebih sensitif. Ia respons

kepada pic ataupun frekuensi bunyi yang lebih tinggi dan

liputan (range) bunyi yang lebih luas dan berupaya

mengeluarkan bunyi yang kuat.

Ia sesuai digunakan untuk merakam audio di dalam studio

dan persembahan Okestra.

(5)

Jenis Mikrofon Ciri

(Unidirectional) biasanya dari dari arah hadapan, pola penerimaan signal

bunyi termasuk pola cardioid, dan Hypercardioid. Ia sesuai

digunakan sekiranya kita ingin meminimumkan gangguan

bunyi dari sekeliling subjek.

Mikrofon dua hala

(bi-directional)

Ia berkeupayaan menerima signal dari dua arah yang

bertentangan.

Mikrofon semua hala

(Omnidirectional)

Ia dapat menerima signal a sesuai untuk digunakan dalam

senario bertemuramah.audio dari semua arah. Ia sesuai

digunakan dalam situasi di mana terdapat ramai juru cakap

yang menggunakan mikrofon yang tunggal. Ia juga boleh

digantung di syiling untuk merakam suara penyanyi dan

kumpulan pemain alat muzik di bawahnya.

Jenis mikrofon mengikut bentuk dan penggunaan

Shotgun dipasang pada kamera video

Lavaliere dipakai pada tubuh badan ataupun pakaian

Headset

lebih sesuai untuk tujuan rakaman dalam studio dan

pementasan bagi membolehkan pengulas ataupun artis

yang berkenaan ditempatkan ke lokasi ataupun berupaya

bergerak dengan lebih bebas

Tanpa wayar Mikrofon tanpa wayar membenarkan penggunanya

bergerak dalam kawasan yang lebih luas.

9.2.1.3 Alat Pembesar suara

Alat pembesar suara (speaker) membolehkan pendengar mendengar bunyi yang dikeluarkan

oleh alat perakam/pemain audio.

Biasanya terdapat 3 pemacu (driver) untuk speaker, iaitu,

 Tweeter – paling kecil tetapi dapat menghasilkan bunyi frekuensi (gelombang audio)

(6)

 midrange - menghasilkan bunyi frekuensi dalam ranj gelombang audio yang sederhana.  woofer – menghasilkan bunyi frekuensi yang rendah.

Rajah 9.1 - Speaker terdiri daripada 3 pemacu yang dapat menghasilkan bunyi.

(sumber: http://www.hometheaternetwork.com/HTN_speaker1.htm)

9.2.4 Pengadun (mixer) dan Editor bunyi

Pengadunan audio dapatmenggambarkan senario dan mood dalam sesuatu cerita, pementasan

drama, penerangan dll.

Bagi audio analog, pengadun merupakan alat yang dapat mengabung dan mengawal output

pelbagai saluran signal audio sehingga mencapai kesan audio yang diingini.

Bagi audio digital, pengadun dan editor merupakan aplikasi komputer yang boleh mengadun

dan mengedit bunyi digital bagi membentuk satu fail bunyi yang dapat memenuhi citarasa

pengguna.

9.2.5 Storan fail audio

Audio yang dirakam disimpan dalam storan agar audio dapat diedit mengikut keperluan atau

diguna dalam diguna berulang kali. Pita audio dan kaset audio merupakan storan utama audio

analog. Audio digital pula merupakan fail digital yang boleh disimpan dalam storan komputer

(7)

9.3 Perancangan Dan Persediaan Bahan Audio

Perancangan dan penyediaan bahan audio menjadi asas kejayaan penyampaian mesej

pendidikan melalui media audio. Guru yang mempunyai kemahiran mengolah dan

membentangkan maklumat menggunakan audio mengikut keupayaan muridnya, dapat

menyumbang kepada tercapainya objektif pembelajaran yang dirancang.

Perancangan dan persediaan sebelum rakaman melibatkan:

i. Menentukan objektif dan hasil pembelajaran

a. Berpandukan kepada sukatan pelajaran dan subjek, kita dapat mengenalpasti

objektif dan aras kemahiran, ruang lingkup isi kandungan, bentuk aktiviti dan nilai

yang perlu diterapkan dalam persembahan audio nanti.

ii. Analisis murid (kumpulan sasaran)

a. Dengan menganalisispengetahuan sedia ada, kebolehan dan kecenderungan

kumpulan sasaran, kita dapat menentukan pendekatan, laras bahasa, skop dan

liputan isi kandungan, contoh dan huraian yang bersesuaian supaya dapat

membangkit dan mengekalkan minat murid di samping menyampaikan mesej

pendidikan yang penting.

iii. Mendapatkan maklumat (tajuk, kemahiran, isi kandungan pengajaran dan pembelajaran)

dan bahan (kesan bunyi, muzik latar, CD dll.)

iv. Menyediakan skrip – Menetapkan turutan penyampaian isi kandungan, kesan bunyi,

muzik latar, tempat untuk berhenti, memberikan penekanan dll.

Skrip merupakan panduan bagi penerbit, pelakun dan lain-lain lagi bagi mengetahui cara

penyampaian dan menandakan masa yang sesuai untuk menyelitkan muzik latar

dan/ataupun kesan bunyi.

Jadual 9.1 merupakan contoh skrip rakaman audio yang diadaptasi daripada IELTS

(8)

Pelakon /

You will hear a telephone

conversation between a

customer and an agent at a

company which ships large

boxes overseas.

Pelakon A Good morning, Packham’s

Shipping Agents. Can I help

you?

Pelakon B Oh yes, I’m ringing to make

enquiries about sending a

large box, a container, back

home to Kenya from the UK.

Pelakon A Yes, of course. Would you

like me to try and find some

Pelakon B It’s Jacob Mkere.

Pelakon A Can you spell your surname,

(9)

Pelakon /

Penyampai

Dialog / Teks Muzik Kesan Bunyi

Pelakon B Yes, it’s M-K-E-R-E. Muzik Fade in Bunyi menaip

Jadual 9.1 - Contoh Skrip Untuk Rakaman Audio.

Penyampai dan para pelakon perlu mengkaji skrip dan membuat raptai sebelum

rakaman sebenar berlangsung.

v. Mengenalpasti pembaca skrip ataupun pelakun yang sesuai bagi menghidupkan lagi

penceritaan yang disediakan.

vi. Menyediakan peralatan dan menempah bilik rakaman jika perlu.

9.3 Rakaman Dan Penyuntingan Audio

Langkah-langkah merakam audio:

i. Sebelum rakaman, pastikan semua peralatan berfungsi dengan baik.

ii. Dapatkan tempat rakaman yang sunyi.

iii. Semasa menjalankan rakaman sebenar, pastikan tahap bahana input mikrofon dan

bahana output speaker adalahbersesuaian, iaitu tidak terlalu tinggi ataupun sebaliknya.

iv. Anda boleh merakamkan penceritaan (narration) tanpa iringan kesan bunyi dan muzik

latar bagi memudahkan anda membuat pengadunan audio kemudian.

v. Memainkan semula rakaman tersebut bagi mengenalpasti mutu rakaman itu

(10)

Penyuntingan audio

Audio digital pula merupakan fail digital yang boleh dirakam dan disimpan dalam pelbagai

format dan boleh diedit dan dimain kembali menggunakan pelbagai aplikasi bunyi.

Penyuntingan audio digital dilakukan menggunakan aplikasi editor bunyi komputer . Antara

aplikasi editor bunyi termasuk Windows Sound Recorder, Soundforge, dan Audacity.

Format Audio Digital File extension Ciri

Waveform Audio File Format .wav

Format audio standard yang biasa digunakan

untuk komputer yang menggunakan sistem

operasi “Windows”. Ia biasanya tidak

dikompres, dengan ini, saiz failnya agak

besar.

MPEG Layer-3format) .mp3

Format audio yang popular untuk memuat

turun dan menyimpan fail audio

menggunakan internet

Musical Instrument Digital

Interface) .mid

Merupakan satu set arahan yang

menyelaraskan komunikasi antara alat muzik

elektronik, pengawalan persembahan dan

komputer supaya dapat menerbitkan bunyi

dan kesan audio yang lain.

Audio Interchange File Format .AIFF Format fail audio yang biasanya digunakan

untuk komputer peribadi Apple Macintosh.

Jadual 9.2 – Format file audio digital.

Bacaan Lanjutan

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai jenis format fail audio, anda boleh

layari laman web yang berikut:

(11)

Amali

Hasilkan satu rakaman audio digital yang dapat membantu anda mengajar satu

standard pembelajaran bagi mata pelajaran yang anda ajar.

Sediakan skrip audio yang mencatatkan teks ucapan, diiringi dengan muzik

latar serta penggunaan kesan bunyi yang bersesuaian bagi menghidupkan lagi

hasil kerja anda. Anda bebas menggunakan alat perakam dan aplikasi editor

bunyi mengikut pilihan anda.

Rumusan Sub-Tajuk  

Penghasilan bahan audio untuk proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan perancangan

dan persediaan yang rapi supaya dapat menyediakan bahan sumber maklumat yang membawa

kepada pencapaian objektif pembelajaran. Pengetahuan tentang jenis peralatan dan prinsip

membuat rakaman dan suntingan audio akan membantu kita mencapai kesan optimum yang

memanafaatkan murid kita. Mudah-mudahan anda dapat menggunakan kemahiran ini untuk

(12)

Penilaian Kendiri

Sila jawab soalan-soalan yang berikut bagi menguji kefahaman anda berhubung topik ini.

A. Soalan Aneka Pilihan

1. Pernyataan-pernyataan yang berikut menggambarkan kelebihan penggunaan bahan

audio dalam pengajaran dan pembelajaran kecuali

A. boleh mengulang seksyen-seksyen tertentu untuk meningkatkan pemahaman.

B. turutan untuk memainkan fail audio adalah tetap dan tidak berubah.

C. sesuai digunakan untuk murid yang menghadapi masalah membaca.

D. mudah diperbanyakkan dan kos penghasilannya adalah murah

2. Mikrofon yang sesuai untuk digunakan untuk senario temubaul ialah:

A. Satu hala (unidirectional)

B. Dua hala (bi-directional)

C. Semua hala (Omnidirectional)

D. Mikrofon lavalier (lavaliere microphone)

3. Kesan penyuntingan yang manakah menggambarkan muzik latar beransur lenyap

ataupun hilang?

A. Amplify

B. Fade in

C. Fade out

D. Silence

4. Bagaimanakah anda dapat memanjangkan capaian mikrofon anda kepada subjek

yang berdiri jauh daripada anda?

Kita boleh menggunakan:

A. Boom

B. Pop-filter

C. Stand

(13)

B. Soalan Esei

1. Penyampaian audio yang berkesan datang daripada perancangan dan persediaan

yang rapi.

Terangkan apakah perancangan dan persediaan yang perlu anda lakukan sekiranya

anda ingin membuat rakaman audio untuk persembahan slaid (PowerPoint)

berhubung menerangkan budaya Kaum Iban.

2. Anda merupakan penerbit rakaman sesi bercerita untuk murid Tahun 1 hingga 3

pada waktu rehat sekolah. Anda akan menyediakan rakaman audio untuk

menyampaikan cerita dogeng dan lagenda.

Bagaimanakah anda dapat mempelbagaikan rangsangan deria audio murid anda

dengan membekalkan pengalaman audio yang dapat membangkitkan minat dan

merangsang daya imaginasi murid-murid?

Bibliografi

Boyer, M. (2012). HowStuffWorks: 10 types of microphones. Akses pada September 10, 2012,

daripada

[http://electronics.howstuffworks.com/gadgets/audio-music/question3091.htm]

CDC Centers for disease control and prevention (2011). CDC audio script writing guide. Akses

pada September 12, 2012, daripada

[http://www2c.cdc.gov/podcasts/AudioScriptWritingGuide.pdf]

FileInfo.com (2012). Audio file types. Akses pada September 4, 2012, daripada

[http://www.fileinfo.com/filetypes/audio]

Harris, T. (1998-2012). HowStuffWorks: How speaker works. Akses pada September 10, 2012,

daripada

(14)

Holman, T. (2005). Sound for digital video. Amsterdam: Focal Press.

Home Theater Network, LLC. (2005-2012). Speaker. Akses pada September 10, 2012,

daripada

[http://www.hometheaternetwork.com/HTN_speaker1.htm]

IELTS 2012. IELTS Test takers: listening sample . ILETS listening samples - Recording 1.

Akses pada September 12, 2012, daripada

[http://www.ielts.org/pdf/Listening%20Sample%20Task%20-%20Form%20Completion.pdf]

Malamed, C. (2012). The Elearning Coach: Audio recording: prepare your script. Akses pada

September 12, 2012, daripada

[http://theelearningcoach.com/media/audio/audio-recording-scripting-conventions/]

Microphones. (n.d.). Akses pada September 10, 2012, daripada

[https://microphones.audiolinks.com/microphones.shtml]

Noraiti, A. R., Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah, S. A., & Wan Kamaruddin, W. H. (2012).

Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Edisi kemas kini. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.

Bhd.

Norasiah, A., Nor Risah Jamilah, M. L., & Rosnah, A. Z. (2009). Teknologi dalam pengajaran

dan pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

OmniProductionMoriam. (2011, February 14). Radio equipment. Akses pada September 10,

2012, daripada [http://msproductionmoriam.blogspot.com/2011/02/radio-equipment.html]

Rogers, C. R., & Farson, R. E. (1987). Active listening. Retrieved september 4, 2012, daripada

[http://www.go-get.org/pdf/Rogers_Farson.pdf]

Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R., & Molenda, M. (2002). Instructional technologi and

(15)

Types of dynamics microphones. (2012). Akses pada September 10, 2012, daripada

Referensi

Dokumen terkait

Kelompok perlakuan sebelum pemberian jus buah sirsak yang mendapat pemberian pakan tinggi lemak memiliki rata-rata kadar trigliserida yang tinggi,

Betina miktik ini kemudian akan menghasilkan telur yang kemudian akan berkembang menjadi hewan jantan.. Bila Brachionus Plicatilis jantan dan betina miktik kawin maka akan

Data tersebut diperoleh dari Laporan Realisasi Anggaran Pendapatan dan Belanja Daerah (APBD) yang berasal dari Pemerintah Daerah Kabupaten/Kota di Provinsi Jawa

[r]

0,430. Dengan demikian, pengaruh positif kompensasi terhadap kepuasan.. kerja karyawan berarti semakin tinggi kompensasi yang diberikan maka. semakin tinggi pula

Diadakan dengan melakukan pengadaan komputer pada bagia yang akan dikoneksikan yang akan mengimplementasikan sistem-sistem perangkat lunak yang

9 Tabel 4.3 juga dapat di ambil kesimpulan lagi bahwa dengan keluarga yang mendukung tapi tetap tidak patuh kontrol sebesar 2,6% hasil ini juga membuktikan adanya faktor

Pada zaman Yura dimulai dengan penurunan geosinklin yang diikuti dangan vulkanik bawah laut dengan proses ofiolitnya, sebagai awal mulainya pembentukan batuan