1
KOLEJ UNITI
PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ UNITI KALI KE-19
21-MEI-2022 (SABTU)
BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE (BACC)
BERILMU. BERAKHLAK. BERBAKTI.
2
SALAM SEJAHTERA
Para Graduan yang Budiman
MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ UNITI PORT DICKSON
Terlebih dahulu pihak KOLEJ UNITI ingin merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan saudara/saudari.
Graduan yang diraikan hendaklah lengkap dua (2) dos vaksin dan telah mencapai tempoh matang vaksinasi seperti perincian berikut:
VAKSIN TEMPOH MATANG
Pfizer 14 hari selepas suntikan dos kedua AstraZeneca 14 hari selepas suntikan dos kedua Sinovac 14 hari selepas suntikan dos kedua Sinopharm 14 hari selepas suntikan dos kedua Moderna 14 hari selepas suntikan dos kedua
Cansino 28 hari selepas suntikan Johnson & Johnson 28 hari selepas suntikan
3
Sebarang perubahan pelaksanaan majlis adalah tertakluk kepada keputusan
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa
1. TARIKH MAJLIS KONVOKESYEN.
Majlis Konvokesyen KOLEJ UNITI Kali Ke-19 akan diadakan:
TARIKH : 21hb Mei 2022 (SABTU)
TEMPAT : Bangi Avenue Convention Centre (BACC) SIDANG 1 : 7:30 pagi – 1:00 petang
SIDANG 2 : 2:00 petang – 6:00 petang
Graduan boleh menyemak dari masa ke semasa mengenai sebarang maklumat Majlis Konvokesyen di http://konvo.unitisis.my/ atau Facebook Kolej UNITI.
2. PENGESAHAN KEHADIRAN
a) Graduan perlu mengemaskini maklumat dan membuat Pengesahan Kehadiran Graduan di http://konvo.unitisis.my/ .
b) Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan mengikut sesi yang ditetapkan.
c) Graduan tidak dibenarkan menangguhkan Majlis Konvokesyen
ataupun mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri Majlis
Konvokesyen.
4 2
. 3. YURAN KONVOKESYEN.
Yuran Konvokesyen bagi tahun 2022 adalah seperti berikut:
STATUS YURAN
HADIR
RM 400 :
SKROL
TRANSKRIP AKADEMIK
FOLDER
KAD ALUMNI
CENDERAHATI
SESI FOTOGRAFI
GAMBAR (pentas)
SEWA JUBAH
TIDAK HADIR
RM 350 :
SKROL
TRANSKRIP AKADEMIK
FOLDER
KAD ALUMNI
CENDERAHATI
Bayaran bagi pakej gambar diluar dewan
TIDAK
termasuk dalam yurangraduan. Sekiranya terdapat sebarang masalah, graduan boleh berhubung terus dengan pihak syarikat Jurufoto Rasmi bagi Majlis Konvokesyen Kolej UNITI kali ke-19 yang dilantik
Bagi graduan yang telah menjelaskan bayaran yuran tetapi tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen, bayaran yang telah di buat
TIDAK
akan dikembalikan.5 4. KAEDAH BAYARAN YURAN
a) Pembayaran perlu di buat ke akaun :
BANK MUAMALAT
05020000182713
atas nama
KOLEJ UNITI SDN.BHD
b) Pembayaran perlu di buat sebelum atau pada
10hb Mei 2022 (Selasa)
Graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen boleh membayar yuran konvokesyen pada bila-bila masa.
Skrol/Transkrip graduan hanya dikeluarkan selepas tamat sidang graduan dan setelah segala yuran termasuk yuran konvokesyen dan hutang tertunggak (jika ada) telah dijelaskan.
6
BORANG
1. Graduan
WAJIB
mematuhi arahan-arahan berikut: Mengembalikan borang
LAMPIRAN A (Borang Kehadiran dan
Vaksinasi)
danLAMPIRAN C (ALUMNI)
kepada Pegawai Pendaftaran Konvokesyen beserta salinanSijil Digital Vaksinasi graduan
dan2 orang Wakil
yang akan hadir ke Majlis Istiadat. Sijil Digital Vaksinasi yang ditangkap layar
(screenshot)
adalahTIDAK
dibenarkan. Jika graduan tidak dapat hadir untuk mengambil Jubah Konvokesyen, sila lengkapkan borang
LAMPIRAN B (WAKIL).
Wakil perlu membawa bersama surat kuasa yang
ditandatangan oleh graduan
sendiri dengan menyatakan dengan jelas nama penuh serta nombor kad pengenalan/pasport wakil serta nama penuh, nombor kad pengenalan serta nombor matrik graduan yang diwakilkan danmelampirkan bersama satu salinan kad pengenalan graduan. Dokumen yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
Graduan boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil Skrol dan Transkrip Akademik dengan cara melengkapkan borangLAMPIRAN D
(WAKIL)
serta mengemukakan salinan kad pengenalan graduan dan juga wakil. Borang tersebut perlulah dilengkapkan sertaditandatangani
oleh graduan sendiri.
7
JUBAH
1. PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH
ACARA TARIKH & MASA TEMPAT
Pengambilan Jubah/
Kad Jemputan dan Kad Graduan
17hb - 19hb Mei 2022 (SELASA – KHAMIS) 9:00pagi – 5:00petang
WAKTU REHAT 1:00pm hingga 2:00pm (SELASA hingga KHAMIS)
Pejabat Pentadbiran Kolej UNITI
Pemulangan Jubah
21hb Mei 2022 (SABTU) Selepas Perarakan Graduan keluar dewan.
*akan dimaklumkan*
8 PENGAMBILAN JUBAH
Graduan/wakil hanya dibenarkan mengambil jubah mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan sahaja.
Graduan/wakil di minta untuk mengenakan pakaian yang sopan pada hari pengambilan jubah.
Hanya graduan atau seorang wakil yang telah lengkap (2) dos vaksin, tidak bergejala dan bukan dari kalangan kontak rapat sahaja dibenarkan hadir dengan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal sepanjang sesi pengambilan jubah.
Sila serahkan
PASS
pelepasan kepada Petugas Jubah Konvokesyen (rujuk gambar dibawah/ akan diberikan semasa hari pengambilan jubah) Graduan digalakkan mengambil jubah sendiri untuk menentukan saiz yang sesuai. Tiada urusan penukaran jubah selepas jubah diterima.
Graduan tidak dibenarkan mengubah suai di mana-mana bahagian jubah.
Sebelum meninggalkan kaunter pengambilan jubah, graduan/wakil perlu memastikan set jubah yang diterima adalah lengkap (jubah, hood dan mortar board) termasuklah kad jemputan, kad alumni dan cenderahati.
9 PEMULANGAN JUBAH
Jubah hendaklah dipulangkan kembali kepada Jawatankuasa Jubah
Konvokesyen pada
21hb MEI 2022 (SABTU)
iaitu selepas sahaja Majlis Istiadat Konvokesyen berakhir di Bilik Pemulangan Jubah (BACC) Ketika pemulangan jubah, graduan diminta untuk menyerahkan Kad Alumni graduan kepada Jawatankuasa yang bertugas bagi pengesahan pemulangan jubah.
Mana-mana graduan yang telah memulangkan jubah dan atau mana-mana kelengkapan (mortar board dan hood) dalam keadaan rosak, akan dikenakan denda sebanyak RM350.
Denda RM100 akan dikenakan bagi graduan yang memulangkan jubah pada keesokkan hari dan penambahan RM50 pada hari berikutnya beserta caj yang berkaitan (hilang ataupun rosak)
Bagi graduan yang menghilangkan jubah atau mana-mana kelengkapan seperti (mortar board dan hood) akan dikenakan denda kehilangan iaitu sebanyak RM475.
Pengesahan pemulangan jubah untuk tujuan tuntutan Skrol dan Transkrip Akademik hanya akan dikeluarkan selepas pemulangan jubah dan tunggakan kewangan dijelaskan.
Sila serahkan
PASS
pelepasan kepada Jawatankuasa Pendaftaran dan Akademik. (rujuk gambar dibawah/ akan diberikan selepas pemulangan jubah)10
TUNTUTAN SKROL DAN TRANSKRIP AKADEMIK
Skrol dan Transkrip Akademik boleh diambil selepas sahaja selesai semua urusan pemulangan jubah akademik graduan.
Pastikan tunggakan kewangan dengan pihak Kolej UNITI telah dijelaskan.
Memulangkan buku yang dipinjam kepada pihak Perpustakaan Kolej UNITI.
Sila kemukakan Resit Rasmi Kolej UNITI dan slip pemulangan jubah akademik graduan apabila berurusan untuk mendapatkan Skrol / Transkrip Akademik.
Hanya Graduan sahaja yang dibenarkan berurusan dengan Jawatankuasa Pendaftaran dan Akademik.
Graduan boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil Skrol dan Transkrip Akademik dengan cara melengkapkan LAMPIRAN D (WAKIL) serta
mengemukakan salinan kad pengenalan graduan dan juga wakil.
Graduan perlu menyemak dan memastikan semua maklumat pada Skrol dan Transkrip Akademik yang diterima adalah lengkap dan tepat.
Pihak Kolej UNITI tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan / kerosakan pada Skrol dan Transkrip Akademik selepas diserahkan pada graduan.
Sekiranya terdapat kesilapan maklumat pada Skrol dan Transkrip Akademik ianya akan diganti baharu dengan syarat kesilapan itu berpunca daripada Kolej UNITI dan hendaklah dilaporkan secara bertulis dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh konvokesyen. Selepas tempoh ini, Skrol dan Transkrip Akademik tidak akan lagi dikeluarkan.
11
PENDAFTARAN MASUK KE BACC
Graduan perlu mengikuti arahan seperti berikut:-
Bagi graduanSIDANG 1: 6.30 pagi (berada didalam perkarangan BACC) SIDANG 2: 12.30 tengahari (berada didalam perkarangan BACC)
Hanya tiga (3) orang sahaja dibenarkan masuk ke perkarangan BACC (seorang (1) graduan dan 2 (dua) wakil). Mengikut kepada serahan nama pada LAMPIRAN A yang telah diserahkan kepada Jawatankuasa Pendaftaran.
Pastikan graduan dan wakil telah mengemaskini Mysejahtera sebelum memasuki perkarangan BACC. Digalakkan untuk mengemaskini 1jam awal dan sebelum tiba di Balai Pengawal, pastikan Mysejahtera telah dibuka. Ini bagi mengelakkan kesesakan berlaku di pintu masuk utama BACC.
Sila patuhi arahan Pengawal Keselamatan yang bertugas semasa berada di perkarangan BACC.
Graduan yang hadir sendiri, parkir kenderaan di lokasi yang disediakan, ikuti arahan Pegawai yang bertugas.
Bagi yang dihantar oleh ibu bapa/penjaga atau pasangan, kenderaan yang dinaiki akan menurunkan graduan di zon yang telah ditetapkan di zon drop- off point berdasarkan arahan daripada Pegawai yang bertugas.
Graduan yang tiba hendaklah lengkap mengenakan pakaian akademik yang lengkap (jubah,hood dan mortar board)
Mengikut SOP dengan sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakkan fizikal serta arahan petugas.
12
Menjalani saringan Deklarasi Risiko COVID-19 seperti berikut:- a) Mengimbas kod QR MySejahtera
b) Mensanitasi tangan
c) Menunjukkan paparan Status Risiko COVID-19, MySejahtera.
Graduan yang bergejala tidak akan dibenarkan hadiri Upacara Konvokesyen.
Graduan OKU atau berkeperluan khas perlu melaporkan diri di Kaunter Urus Graduan.
Pastikan graduan membawa sekaliKAD ALUMN
I yang telah diberikan semasa sesi pengambilan jubah.Kegagalan untuk membawa
bersama kad akan menyebabkan graduan tidak dibenarkan
memasuki Dewan Konvokesyen.
13
PANDUAN RINGKAS UNTUK GRADUAN
GraduanDIWAJIBKAN
memakai pelitup muka sepanjang masa ketika berada didalam perkarangan BACC.
Para graduan dikehendaki hadir dengan berpakaian lengkap jubah akademik.
Para graduan diingatkan supaya tidak berkumpul dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal. KAD ALUMNI
akan digunakan untuk tujuan paparan maklumat graduan semasa graduan berjalan di atas pentas.SILA SIMPAN KAD
TERSEBUT DAN BAWA BERSAMA KE ATAS PENTAS.
KEGAGALAN UNTUK MEMBAWA BERSAMA KAD AKAN MENYEBABKAN GRADUAN TIDAK DIBENARKAN UNTUK NAIK KE PENTAS.
Graduan perlu mengikut arahan Pegawai yang bertugas di pintu masuk dengan menunjukkan sijil lengkap dua (2) dos vaksin dan telah mencapai tempoh matang vaksinasi.
Semasa menunggu giliran di pintu masuk, graduan WAJIB mematuhi penjarakkan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dengan mengikut penandaan yang telah ditetapkan oleh Urus setia majlis.
Mematuhi apa-apa arahan dari petugas keselamatan dan kesihatan serta petugas Konvokesyen ketika berada dalam kawasan dewan.
Pastikan telefon bimbit berada dalam mood senyap.
Tidak dibenarkan keluar/masuk sehingga sidang konvokesyen tamat.
Para graduan tidak dibenarkan membawa masuk beg, kamera, bunga, makanan, minuman dan lain-lain.
Graduan tidak dibenarkan memasuki dewan jika tidak mematuhi peraturan berpakaian seperti yang ditetapkan.
14
Para graduan tidak dibenarkan mengambil gambar atau mendapatkan bantuan orang lain untuk berbuat demikian semasa majlis berlangsung didalam dewan. Semua gambar semasa Majlis Konvokesyen akan dikendalikan oleh syarikat fotografi yang dilantik oleh Kolej UNITI.
Graduan keluar dewan konvokesyen melalui pintu yang telah ditetapkan dan bergerak menuju ke bilik pemulangan jubah akademik.
Setelah selesai urusan pemulangan jubah, graduan diminta ke bilik penyerahan Skrol dan Transkrip Akademik. Graduan juga diminta untuk membawa slip/bukti dari Pegawai Kewangan.
Selesai mengambil Skrol dan Transkrip Akademik, graduan tidak dibenarkan lagi berada didalam perkarangan BACC. Ini bagi memudahkan proses
pendaftaran bagi graduan SIDANG 2 dan mengelakkan kesesakan berlaku.
15
PANDUAN RINGKAS UNTUK TETAMU
Para tetamu DIWAJIBKAN memakai pelitup muka sepanjang masa ketika berada didalam perkarangan BACC
Memakai pakaian rasmi seperti yang telah ditetapkan.
Para tetamu perlu mengikut arahan Pegawai yang bertugas di setiap check point bagi melancarkan proses pendaftaran masuk ke dalam dewan.
Pastikan sebelum memasuki dewan Konvokesyen, para tetamu telah mengimbas QR MySejahtera.
Sebelum memasuki dewan utama Konvokesyen, para tetamu perlu mempamerkan KAD JEMPUTAN (yang telah diberikan semasa sesi pengambilan jubah) kepada Pegawai yang bertugas untuk pendaftaran masuk.
Hanya 2 orang wakil yang namanya telah didaftarkan di dalam sistem (BUTIRAN LAMPIRAN A – KEHADIRAN & VAKSINASI) sahaja dibenarkan masuk.
Para tetamu diminta untuk mengambil tempat didalam dewan setengah jam sebelum majlis bermula.
Tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar/masuk dewan sepanjang Majlis Istiadat berlangsung
Tidak dibenarkan mengambil gambar.
Pastikan telefon bimbit berada dalam mood senyap.
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
16
ETIKA PAKAIAN GRADUAN
17
18
ETIKA PAKAIAN TETAMU
19
RUJUKAN
Pegawai Jubah Konvokesyen dan bayaran ( CIK. ASIAH / CIK SHAHIRA)
06-6490350 sam.202 019-6412305 (whatsapp) Pegawai Pendaftaran, Skrol dan Transkrip Akademik
( CIK. SURIYA)
06-6490350 samb. 203 019-6412305 (whatsapp) Pembekal Jubah/ Gambar Konvokesyen 016-2008903