• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAMPIRAN. 1. Penggadai adalah pemilik berdaftar dan benifisial Hartanah.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAMPIRAN. 1. Penggadai adalah pemilik berdaftar dan benifisial Hartanah."

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 1 LAMPIRAN

Pihak yang diperihalkan di dalam Seksyen 1(a) Jadual Pertama (“Penggadai”) telah pada hari ini menggadai hartanah yang diperihalkan di dalam Jadual Gadaian dan di dalam Seksyen II Jadual Pertama (“Hartanah”) kepada AmBank (M) Berhad (No. Syarikat: 8515-D) (“Bank”) sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai lesen di bawah Akta Perbankan dan Kewangan 1989 (kemudiannya dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No.55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat kemudian dari ini dinyatakan di dalam Gadaian.

RESITAL

1. Penggadai adalah pemilik berdaftar dan benifisial Hartanah.

2. Peminjam telah memohon dan Bank bersetuju menyediakan dan/atau terus menyediakan Pinjaman kepada Peminjam tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat terkandung di dalam Perjanjian Pinjaman.

3. Sebagai balasan tersebut di atas, Penggadai bersetuju menandatangani Gadaian berpihak kepada Bank, berkaitan dengan Hartanah untuk menjamin pembayaran semula dan pembayaran Keterhutangan Peminjam kepada Bank.

MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut:- 1.0 Definisi

1.1 Di dalam Gadaian ini, perkataan-perkataan berikut hendaklah mempunyai makna dinyatakan terkandung kemudian ini:-

“Kumpulan AmBank” semua syarikat berhubungkait dan syarikat mempunyai kaitan dengan Bank dan syarikat pemegangannya.

“BNM” Bank Negara Malaysia, subsidiarinya, agensi dan biro yang ditubuhkan olehnya.

“Kadar Asas” kadar rujukan yang ditentukan oleh Bank dari masa ke masa bagi penetapan harga kadar terapung pinjaman/kemudahan pembiayaan, dan pengiraan mengikut penetapan oleh Bank Negara Malaysia sebagaimana yang boleh dikenakan dari semasa ke semasa atau mana-mana pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank di Malaysia.

“Peminjam” bermaksud pihak yang telah diperihalkan di dalam Seksyen 1 (b) Jadual Pertama kemudian ini.

(2)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 2 “Gadaian” Gadaian ke atas Hartanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965/Kanun Tanah Sarawak/Ordinan Tanah Sabah (mengikut sebagaimana terpakai) di dalam bentuk sebagaimana yang dikehendaki seperti dinyatakan sebelum ini di dalam undang-undang dan termasuk di dalam Gadaian, untuk ditandatangani oleh Penggadai berpihak kepada Bank sebagai jaminan Keterhutangan.

‘Penggadai’ pihak dinyatakan di dalam Seksyen 1(a) Jadual Pertama yang menggadai Hartanah kepada Bank untuk pembayaran / pembayaran semula Keterhutangan;

“Kejadian Kemungkiran” kejadian-kejadian kemungkiran dinyatakan di dalam Klausa 5.0 Gadaian.

‘Pinjaman’ kemudahan pembiayaan dinyatakan di dalam

Perjanjian Pinjaman.

“Perjanjian Pinjaman” Perjanjian Pinjaman ditandatangani di antara Bank dan Peminjam berkenaan dengan Pinjaman, sebagaimana diperihalkan di dalam Seksyen III Jadual Pertama.

“CBP” bermakna apa-apa cukai yang perlu dibayar ke atas pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang CBP. “Undang-undang CBP" bermakna Akta Cukai Barang dan

Perkhidmatan 2014, perundangan subsidiari, perintah berkanun dan peraturan yang terpakai bagi permohonan CBP, sebagaimana yang dipinda dari masa ke masa.

“Keterhutangan” mana-mana jumlah amaun terhutang oleh Peminjam kepada Bank (sama ada sebagai prinsipal/penjamin termasuk prinsipal, faedah, faedah dipermodalkan, faedah dikompaun, fi, kos, caj-caj lain) di bawah Perjanjian Pinjaman, Gadaian ini dan/atau lain-lain Dokumen Sekuriti.

“Pengurusan Perbadanan ” bermakna Pengurusan Perbadanan seperti dinyatakan di bawah Akta Strata 1985.

‘Hartanah’ hartanah yang diperihalkan butir-butirnya di dalam Seksyen II Jadual Pertama terkemudian dari itu. ‘Dokumen Sekuriti’ secara kolektif semua dokumen sekuriti untuk

(3)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 3 ‘Penjual’ sebagaimana terpakai, mana-mana satu atau lebih

dari pihak-pihak berikut:-

(a) pemaju yang memajukan Hartanah; (b) pemilik yang memiliki Hartanah;

(c) Penjual yang menjual Hartanah kepada Peminjam;

(d) Kontraktor yang membina dan membaikpulih Hartanah;

(e) Pembiaya yang memberi kemudahan pembiayaan kepada Peminjam.

“Perjanjian JualBeli” Sebagaimana terpakai, mana-mana satu perjanjian yang ditandatangani oleh Penggadai, seperti:-

(a) perjanjian jualbeli dengan pemaju dan/atau pemilik/penjual untuk pembelian Hartanah; (b) perjanjian pembinaan/pembaikpulih dengan

kontraktor untuk membina/membaikpulih Hartanah;

(c) kemudahan pembiayaan/perjanjian pinjaman dengan pembiaya jika Hartanah diletakkan sebagai jaminan kemudahan diberi kepada Peminjam.

1.0 Interpretasi Dan Pentafsiran

2.1 Rujukan kepada jantina maskulin hendaklah termasuk termasuk jantina feminine dan jantina neuter dan sebaliknya dan rujukan kepada perkataan tunggal hendaklah merangkumi majmuk dan sebaliknya.

2.2 Apabila dua pihak atau lebih memberi ungkapan dan/atau akujanji sebagaimana dikehendaki, ungkapan dan akujanji hendaklah boleh dikuatkuasakan terhadap pihak-pihak tersebut sama ada secara bersesama atau berasingan.

2.3 Mana-mana terma berkaitan dengan perkhidmatan perbankan dan pembiayaan yang tidak ditakrifkan secara khusus dalam Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut amalan umum perniagaan dan perdagangan industri perbankan dan pembiayaan di Malaysia. 2.4 Perkataan yang merujuk kepada individu adalah termasuk mana-mana pihak, orang

persendirian, syarikat, perbadanan, persatuan, korporat, firma/ usahasama/ selainnya dan sebaliknya.

2.5 Rujukan kepada 'undang-undang' hendaklah merangkumi tanpa limitasi: perundangan-perundangan / statut di Malaysia, enakmen negeri, perundangan-perundangan subsidiari, undang-undang kecil, garis panduan, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan di bawahnya dan mana-mana enakmen seperti perundangan / enakmen negeri.

(4)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 4 2.6 Jadual 16A atau Memorandum Gadaian hendaklah menjadi sebahagian penting kepada Perjanjian ini dan hendaklah dibaca dan ditafsir sebagai bahagian penting kepada Perjanjian ini.

2.7 Apa-apa rujukan kepada "Gadaian" hendaklah termasuk segala pindaan penambahan / perjanjian tambahan yang dibuat dari masa ke masa di antara Bank dan Peminjam. 2.8 Tajuk-tajuk kepada Seksyen Perjanjian ini adalah dimasukkan untuk tujuan memudahkan

sahaja dan tidak bertujuan untuk memberi kesan kepada interpretasi / pentafsiran Perjanjian ini.

2.9 Kecuali sebagaimana konteks memerlukan dan melainkan terma-terma Gadaian ini menyatakan dengan nyata, semua perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan ditafsirkan di dalam Perjanjian Pinjaman hendaklah mempuyai makna yang sama apabila digunakan/dirujuk di dalam Gadaian.

2.10 Semua peruntukan di dalam Perjanjian Pinjaman hendaklah dianggap dimasukkan ke dalam dan adalah sebahagian dari Gadaian (sama ada peruntukan tersebut adalah diulang di sini atau tidak) tertakluk kepada pemindaan atau perubahan jika perlu untuk memastikan peruntukan Perjanjian Pinjaman tidak bercanggah dengan peruntukan Gadaian.

2.11 Sekiranya berlaku mana-mana konflik atau perselisihan antara peruntukan Perjanjian Pinjaman dan Gadaian, peruntukan Perjanjian Pinjaman hendaklah mengatasi bagi tujuan mentafsirkan dan melaksanakan Gadaian.

3.0 Gadaian

3.1 Sebagai jaminan untuk pembayaran dan pelepasan Keterhutangan di bawah Perjanjian Pinjaman, Penggadai dengan ini menggadai Hartanah kepada Bank di atas terma-terma dan syarat-syarat Gadaian.

3.2 Gadaian hendaklah menjadi jaminan yang berterusan sehingga pembayaran penuh Keterhutangan oleh Peminjam kepada Bank di bawah Perjanjian Pinjaman.

4.0 Representasi, Waranti, Akujanji Dan Wa’ad oleh Penggadai

4.1 Penggadai mengakui bahwa Bank telah menerima Gadaian di atas kebergantungan penuh terhadap representasi, waranti dan akujanji dibuat oleh Peminjam seperti berikut:-

4.1.1 bahawa Gadaian adalah obligasi-obligasi diwujudkan mengikut undang-undang, sah dan mengikat Penggadai;

4.1.2 bahawa Perjanjian JualBeli yang telah ditandatangani oleh Penggadai adalah sah dan mematuhi undang-undang;

(5)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 5 (a) tidak akan melanggar mana-mana peruntukan undang-undang atau peraturan-peraturan atau mana-mana perintah atau dekri mana-mana pihak berkuasa, agensi atau mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas Penggadai;

(b) tidak akan melanggar mana-mana peruntukan mana-mana gadai-janji, kontrak atau akujanji atau instrumen yang mengikat Penggadai sebagai pihak berkontrak;

(c) tidak akan menyebabkan kewujudan atau mana-mana obligasi untuk mewujudkan atau mengenakan mana-mana gadai-janji, lien, pajak atau gadaian atas mana-mana aset Penggadai atau pendapatan mengikut peruntukkan mana-mana gadai-janji, kontrak atau akujanji lain atau instrumen.

4.1.4 bahawa semua kebenaran, kelulusan atau pemberikuasaan mana-mana pihak berkuasa relevan berhubung dengan menandatangani, penghantaran, pelaksanaan, kesahan dan penguatkuasaan Gadaian telah diperolehi dan mana-mana syarat-syarat terkandung didalam atau sebaliknya terpakai telah dipatuhi; 4.1.5 bahawa Penggadai adalah tidak melanggar mana-mana perjanjian yang

ditandatangani olehnya sebagai satu pihak berkontrak dan tiada litigasi, timbang tara atau prosiding pentadbiran boleh memberi kesan kepada kesolvenan Penggadai dan menjejaskan keupayaan Penggadai untuk melaksanakan obligasi-obligasi Penggadai kemudian dari ini.

4.1.6 bahawa Penggadai mempunyai kuasa penuh dan muktamad, hak dan otoriti untuk menandatangani Gadaian dan bahawa tiada pihak lain hendaklah mempunyai keutamaan melebihi Bank berhubung dengan Hartanah;

4.1.7 bahawa semua butir-butir dan deklarasi yang diberi, disediakan atau dibuat oleh Penggadai adalah benar, tepat dan betul;

4.1.8 bahawa Penggadai adalah berhak sepenuhnya ke atas Hartanah dari tarikh terkemudian dari ini, bebas dari mana-mana bebanan, dan tuntutan-tuntutan bahawa:

(a) tiada pelanggaran mana-mana undang-undang masih berterusan yang akan memberi kesan secara material atau kesan buruk terhadap nilai Hartanah atau mana-mana bahagian darinya;

(b) Penggadai telah mematuhi dengan dan hendaklah mematuhi segala kelulusan dikehendaki berkenaan Hartanah;

(c) tiada pihak ketiga mempunyai kepentingan, hakmilik atau manafaat ke atas Hartanah atau mana-mana bahagian darinya;

(d) Penggadai belum memasuki mana-mana perjanjian atau perkiraan (sama ada secara lisan atau bertulis) di mana Penggadai bersetuju untuk

(6)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 6 memindah hak, memindah milik, menyerah hak, menggadai atau mewujudkan mana-mana bebanan ke atas Hartanah atau mana-mana bahagian darinya;

(e) semua syarat-syarat kegunaan tanah (secara nyata atau tersirat) berhubung dengan Hartanah dan semua undang-undang lain, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, telah dan akan dipatuhi;

(f) semua cukai tanah dan lain-lain perbelanjaan yang berkaitan dengan Hartanah telah dan hendaklah dibayar sepenuhnya oleh Penggadai; (g) tiada notis atau pengambilan tanah wajib berhubung dengan Hartanah

atau mana-mana bahagian darinya telah diterima oleh Penggadai;

(h) jika Hartanah (atau mana-mana bahagian darinya) adalah dibangunkan, semua kelulusan yang diperlukan berhubung dengan pembangunan telah diperolehi dan adalah berterusan semasa permulaan dan sepanjang masa pembangunan hartanah atau mana-mana bahagian darinya;

4.1.9 jika Penggadai adalah pihak selain dari Peminjam, adalah bermanafaat kepada Penggadai untuk menandatangai dan melaksanakan Gadaian.

4.1.10 semua representasi dan waranti seperti dinyatakan di dalam Perjanjian Pinjaman (sebagaimana terpakai) hendaklah mengikat Penggadai.

4.2 Penggadai dengan ini berwa’ad dan bersetuju bahawa sepanjang keberterusan Gadaian, Penggadai hendaklah:-

4.2.1 membenarkan Bank mempunyai jagaan atau milikan geran hakmilik kepada Hartanah selagi Gadaian masih belum dilepaskan;

4.2.2 menghuni Hartanah sebagai pemegang lesen Bank dan hendaklah memberi milikan kosong Hartanah kepada Bank atau pihak atau pihak-pihak sebagaimana Bank boleh arahkan sekiranya lesen menghuni Hartanah telah dibatalkan melalui notis bertulis oleh Bank;

4.2.3 mematuhi semua syarat-syarat, sekatan-sekatan dan kategori kegunaan tanah secara nyata atau tersirat yang dikenakan ke atas atau memberi kesan kepada Hartanah atau jika Hartanah tertakluk kepada mana-mana peruntukan mana-mana Akta Parlimen Ordinan atau Enakmen pada masa ia berkuatkuasa dan mana-mana kaedah atau peraturan atau perintah dibuat terkemudian darinya;

4.2.4 tidak akan menggunakan Hartanah atau membenarkan Hartanah digunakan untuk tujuan-tujuan selain dari mengikut tujuan ia dibina dengan khusus atau meletakkan atau membawa ke atas Hartanah mana-mana bahan-bahan khas mudah menyala, mudah terbakar atau sifat bahaya atau membuat atau membenarkan apa-apa perkara dibuat atas sebab olehnya mana-mana polisi atau polisi-polisi insuran boleh dijadikan terbatal atau boleh batal;

(7)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 7 4.2.5 membayar cukai tanah, taksiran, caj-caj penyelenggaraan, kadar-kadar,

cukai-cukai dan semua perbelanjaan pasti lain kepada kerajaan atau pihak berkuasa atau badan statutori atau kepada Perbadanan Pengurusan dari semasa ke semasa berhubung dengan Hartanah sebagaimana ianya hendaklah menjadi kena dibayar dan berbayar dan akan memberi kepada Bank apabila dituntut semua resit-resit bayaran tersebut;

4.2.6 memberi indemniti kepada Bank terhadap semua tuntutan, tindakan, denda, penalti dan perbelanjaan-perbelanjaan yang ditanggung, dialami atau sebab tiada pembayaran cukai hartanah, kadar-kadar, caj-caj, belanja pasti dan belanja dikenakan berhubung dengan Hartanah atau mana-mana bahagian darinya atau pelanggaran atau kegagalan melaksanakan wa’ad, obligasi-obligasi dan perjanjian-perjanjian terkandung kemudiannya;

4.2.7 memastikan mana-mana bangunan, struktur atau lekapan sekarang atau pada bila-bila masa kemudian dari ini dibangunkan atau dilekapkan ke Hartanah di dalam keadaan pembaikan dan sesuai untuk disewakan dan membenarkan Bank pada masa-masa munasabah memasuki Hartanah untuk melihat dan memeriksa keadaan Hartanah. Jika gagal kemudiannya, ianya hendaklah sah tetapi tidak wajib ke atas Bank untuk melakukan membaik pulih sebagaimana Bank merasakan perlu di atas kos dan perbelanjaan Penggadai dan semua jumlah amaun yang dibelanjakan hendakah dibayar semula oleh Penggadai apabila dituntut berserta dengan faedah yang ditentukan oleh Bank DENGAN SYARAT WALAUPUN Bank melaksanakan pembaikan pulih dan ia hendaklah tidak bertanggungjawab sebagai penerima hak dalam milikan.

4.2.8 menyediakan untuk Bank salinan-salinan kepada atau dari semua otoriti kerajaan berkenaan berhubung dengan Hartanah tidak lebih dari tujuh (7) hari dari tarikh notis diberi atau notis-notis oleh atau ke atas Penggadai dan mematuhi dengan semua keperluan kerajaan dan lain-lain keperluan undang-undang dan notis-notis atau sebaliknya berhubung dengan Hartanah;

4.2.9 memaklumkan kepada Bank jika Hartanah atau mana-mana bahagian darinya hendaklah pada bila-bila masa menjadi hal perkara di dalam mana-mana notis, notifikasi atau deklarasi berhubung dengan atau bersabit dengan perolehan oleh kerajaan atau mana-mana otoriti kerajaan atau apa-apa pertanyaan atau prosiding berkait dengan perkara sama. Berhubung dengan perolehan tersebut:

(a) Penggadai hendaklah memajukan kepada Bank salinan-salinan mana-mana notis, notifikasi atau deklarasi sebaik sahaja ianya dihantar atau diserahkan ke atas Penggadai.

(b) Bank hendaklah berhak di atas perbelanjaan Penggadai untuk mendapatkan khidmat penasihat-penasihat dan ejen-ejen (termasuk peguamcara dan penilai) sebagaimana difikirkan sesuai manafaat untuk tujuan menghadiri atau menasihati jika ada apa-apa pertanyaan atau prosiding berkaitan atau berhubung dengan mana-mana perolehan. (c) semua jumlah amaun diterima atau dibayar sebagai ganti rugi untuk

mana-mana perolehan Hartanah atau mana-mana bahagian hendaklah digunakan untuk pelepasan atau pembayaran Keterhutangan dan

(8)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 8 Penggadai mengesahkan bahawa Bank boleh menerima dan membuat pelepasan untuk semua jumlah amaun diteirma oleh Bank.

(d) jika Penggadai menerima jumlah amaun untuk perolehan dari pihak berkuasa kerajaan, Penggadai hendaklah memegang semua jumlah amaun sebagai amanah untuk Bank dan akan membayar Bank dengan serta merta apabila menerima jumlah amaun untuk membayar Keterhutangan yang dijamin oleh Gadaian , Penggadai bersetuju:

4.2.10 melaksanakan, mengamal, melepaskan dan mematuhi semua dan setiap kewajipan, tanggungjawab, liabiliti, obligasi dan wa’ad dikenakan ke atas Penggadai oleh Kanun Tanah Negara 1965/Kanun Tanah Sarawak/Ordinan Tanah Sabah/Akta Strata 1985 atau undang-undang kecil atau mana-mana peraturan-peraturan, resolusi atau undang-undang kecil diluluskan oleh Perbadanan Pengurusan, berhubung dengan hak-hak Penggadai, penggunaan dan menikmati Hartanah dan hartanah umum dan tidak akan atau menyebabkan apa-apa perkara bertentangan atau bercanggah dengan kewajipan-kewajipan seperti dinyatakan sebelum ini, tanggungjawab-tanggungjawab, liabiliti-liabiliti dan wa’ad-wa’ad berhubung dengan penggunaan, menikmati dan hak-hak Penggadai berkaitan dengan Hartanah dan hartanah umum oleh Penggadai.

4.2.11 (a) memastikan Hartanah diinsurankan terhadap sebarang kehilangan atau kerugian oleh kebakaran dan risiko-risiko lain sebagaimana Bank boleh menghendaki sehingga nilai insuran penuh dengan syarikat insuran yang dibenarkan dan Bank dinamakan sebagai penerima pembayaran tunggal bayaran polisi dan akan meletakkan polisi insuran dengan Bank dan akan dari semasa ke semasa membayar premium kemudiaannya dan memberi resit-resit pembayaran kepada Bank.

(b) jika berlaku kemungkiran, Bank hendaklah bebas tetapi tidak bertanggungjawab untuk mengekalkan atau memperbaharui mana-mana insuran berhubung dengan Hartanah terhadap risiko insuran sebagaimana Bank fikirkan sesuai pada kos dan perbelanjaan Penggadai;

4.2.12 hendaklah membayar sumbangan, langganan, tanggungan dan perbelanjaan kepada tabung pengurusan, dalam gaya dan pada masa sebagaimana ditentukan oleh Perbadanan Pengurusan, untuk tujuan mengekalkan, mengawal, mengurus dan mentadbir hartanah umum, membayar sewa, kadar, taksiran, caj pengurusan, cukai dan premium insuran dan melakukan mana-mana obligasi lain dipihak Perbadanan Pengurusan. Sekiranya ada kemungkiran, ia hendaklah tidak bersalahan dengan undang-undang tetapi tidak wajib ke atas Bank untuk membuat pembayaran atau mana-mana bahagian darinya dan pembayaran tersebut hendaklah dianggap hutang berbayar dari Peminjam kepada Bank dan hendaklah sebahagian dari jumlah amaun yang dijamin dengan faedah dikenakan oleh Bank dan hendaklah atas semua tujuan menjadi berbayar serta merta apabila dituntut; dan

4.2.13 hendaklah dengan segera memaklumkan kepada Bank mengenai apa-apa perubahan berkenaan alamat Penggadai, kegagalan berbuat demikian akan memberi hak kepada Bank untuk melepaskan dari segala liabiliti-liabiliti dengan

(9)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 9 menghantar mana-mana notis ke alamat terkini dan/atau nombor terdapat di dalam rekod Bank.

4.3 Selagi Gadaian masih berkuatkuasa, Penggadai hendaklah tidak, tanpa kebenaran Bank:- 4.3.1 memindah, menjual, menggadai atau berurusan dengan Hartanah atau

mana-mana bahagian darinya/membiarkan ia tertakluk kepada apa-apa tanggungan, gadaian, liabiliti atau lien/membuat apa-apa permohonan untuk perubahan kegunaan tanah atau untuk membuat kegunaan tanah di bawah kategori kegunaan tanah yang baru berhubung dengan Hartanah atau untuk membatalkan, pemindahan atau pindaan mana-mana syarat atau sekatan berhubung dengan Hartanah.

4.3.2 memajak/menyewa/ memberi apa-apa lesen atau melepaskan pemilikan atau membuat atau menerima penyerahan mana-mana pajakan berhubung dengan Hartanah atau mana-mana lekapan atau struktur atau mana-mana bahagian kemudian dari ini kepada mana-mana pihak ketiga. Dalam hal ini, Seksyen 251 Kanun Tanah Negara atau peruntukan yang relevan di dalam Akta-Akta yang terpakai hendaklah tidak terpakai terhadap Gadaian ini.

4.3.3 merubah/merobohkan/mengubahsuai/mengalih mana-mana binaan, struktur atau lekapan pada masa ini atau pada bila-bila masa kemudian ini dibina atau

dilekatkan ke atas Hartanah dan hendaklah kemudian dari itu menggantikan atau membaik pulih sekiranya ubahsuai dibuat;

4.3.4 membenarkan mana-mana individu atau pihak selain dari Penggadai untuk mendiami Hartanah dan sekiranya Hartanah dijual di Lelongan Awam mengikut peruntukan terkandung dari ini atau suatu perintah Mahkamah atau Pentadbir tanah, Penggadai hendaklah apabila dikehendaki oleh Bank pada kos Peminjam dan perbelanjaan menyerahkan milikan kosong Hartanah kepada Bank atau kepada mana-mana pihak sebagaimana Bank boleh arahkan;

4.3.5 melaksanakan atau mengekalkan mana-mana insuran terhadap apa-apa risiko berhubung dengan Hartanah bersama dengan mana-mana lekapan atau struktur di atasnya jika Bank telah melaksanakan atau mengekalkan apa-apa insuran seperti dinyatakan sebelum ini.

4.4 ADALAH DIPERSETUJUI bahawa sekiranya Penggadai mengingkari pematuhan dengan perjanjian dan akujanji yang terkandung di dalam Gadaian ini, Bank boleh tetapi tidak wajib memperbetulkan pelanggaran dan mana-mana wang yang telah dibayar atau dibelanjakan oleh Bank bersama-sama dengan faedah selepas itu pada kadar ditentukan oleh Bank dari tarikh pembayaran hendaklah apabila dituntut dibayar kepada Bank dan sehingga pembayaran dibuat, hendaklah dianggap sebagai jumlah didahulukan oleh Bank kepada Peminjam dan hendaklah menjadi sebahagian wang yang dijamin.

4.5 Representasi, waranti, akujanji dan wa’ad dinyatakan hendaklah berterusan dan terpakai terhadap penandatangani serta pelaksanaan Gadaian dan penggunaan kemudahan Pinjaman. Penggadai hendaklah disifatkan mewakili, memberi waranti, mengakujanji dan berwa’ad dengan Bank bahawa representasi, waranti, akujanji dan wa’ad dinyatakan di sini adalah benar dan betul di dalam segala aspek dan akan terus disifatkan sedemikian

(10)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 10 selagi mana-mana wang masih berbayar di bawah Perjanjian Pinjaman dan Gadaian seolah-olah ia diulang dengan merujuk kepada situasi semasa.

4.6 Bank hendaklah bersetuju menyediakan dan berterusan menyediakan kemudahan Pinjaman kepada Peminjam di atas kebenaran dan kesahihan representasi, waranti, akujanji dan wa’ad dinyatakan di sini. Sekiranya mana-mana representasi, waranti, akujanji dan wa’ad terdahulu hendaklah pada bila-bila masa kemudian ini didapati tidak benar dan/atau tidak tepat, Bank kemudiannya hendaklah diatas budi bicara mutlaknya menangguh penggunaan atau pengeluaran atau menyemak atau menamatkan kemudahan Pinjaman dan/atau melaksanakan hak-hak dan remedi di bawah Gadaian.

5.0 Pelanggaran Perjanjian

5.1 Bank hendaklah berhak untuk menamatkan keseluruhan kemudahan Pinjaman (prinsipal dan faedah) yang tertunggak, bersama dengan kesemua wang yang dijamin akan dibayar oleh Peminjam; sekiranya:

(a) Peminjam/Penjamin gagal membayar mana-mana amaun yang perlu dibayar pada tarikh ia perlu dibayar/ apabila dituntut, sekiranya ia berbayar;

(b) Peminjam/mana-mana Pihak Sekuriti gagal mematuhi/melaksanakan mana-mana perjanjian, wa’ad, stipulasi, akujanji, terma dan syarat untuk dipatuhi/dilaksanakan di bawah Gadaian, Perjanjian Penjual/Dokumen Sekuriti; (c) Peminjam/Pihak Sekuriti mengubah/memaklumkan perubahan/sifat/skop

perniagaan;

(d) Peminjam/Pihak Sekuriti melakukan tindakan kebankerapan/menjadi bankerap/mati/menjadi gila/dipenjarakan (terpakai untuk Peminjam individu); (e) Peminjam/Pihak Sekuriti adalah digulung/memasuki mana-mana

komposisi/pengurusan dengan pemiutang/membenarkan mana-mana penghakiman tidak diselesaikan/memohon kepada Mahkamah untuk mana-mana perintah sekatan/telah melantik penerima ke atas aset (terpakai sekiranya Peminjam adalah syarikat);

(f) kemudahan Pinjaman adalah digunakan/dimanafaatkan untuk mana-mana tujuan selain dari tujuan dinyatakan di dalam Surat Tawaran;

(g) mana-mana representasi didapati tidak benar, tidak tepat/diingkari pada waktu material;

(h) mana-mana matlumat dan dokumen dibekalkan kepada Bank oleh Peminjam/Pihak Sekuriti untuk permohonan Pinjaman kemudiannya didapati tidak benar, tidak sahih, tidak tepat, diubah/dipalsukan;

(i) mana-mana Keterhutangan Peminjam/Pihak Sekuriti, sama ada kepada Bank/Kumpulan AmBank, menjadi berbayar sebelum tarikh matang;

(11)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 11 (j) mana-mana tindakan undang-undang diambil terhadap Hartanah oleh mana-mana

individu/pihak;

(k) mana-mana litigasi/timbang tara dimulakan terhadap Peminjam/Pihak Sekuriti yang pada pandangan Bank adalah memberi kesan kepada keupayaan Peminjam/Pihak Sekuriti untuk melaksanakan obligasi di bawah Gadaian/mana-mana Dokumen Sekuriti;

(l) mana-mana tindakan undang-undang, prosiding/saman dimulakan oleh Peminjam/Pihak Sekuriti terhadap Bank, sama ada berhubung dengan Pinjaman/sebaliknya; dan

(m) mana tindakan undang-undang, prosiding/saman dimulakan oleh mana-mana pihak ketiga terhadap Bank berhubung dengan kemudahan Pinjaman/Hartanah.

5.2 Setelah berlakunya Pelanggaran, Bank hendaklah selepas itu berhak melaksanakan semua/mana-mana remedi tersedia ada sama ada melalui Gadaian dan/Dokumen Sekuriti/melalui undang-undang.

5.3 Bagi mengelak ketidakpastian, Bank hendaklah berhak melaksanakan kesemua remedi tersedia ada secara serentak, termasuk memulakan remedi melalui penjualan Hartanah/prosiding penutupan/pemilikan mengikut Gadaian dan/atau Dokumen Sekuriti dan prosiding sibil untuk mendapatkan keterhutangan yang kena dibayar dan berbayar. 6.0 Remedi Bank

6.1 Setelah dituntut dan/atau kejadian mana-mana Kejadian Kemungkiran sebagaimana dinyatakan didalam klausa 5.0, Bank hendaklah berhak melaksanakan kesemua atau mana-mana hak dan kuasa berikut:-

6.1.1 memasuki ke dalam dan/atau mengambil milikan Hartanah;

6.1.2 menyewa, memberi pajak Hartanah atau mana-mana bahagian atau bahagian dari itu di atas terma-terma sebagaimana dianggap sesuai oleh Bank;

6.1.3 menuntut dan menerima wang sewa terhadap Hartanah dari pemilik semasa dan/atau menamatkan sewaan;

6.1.4 menjual dan menyerahhak Hartanah sebagai pemilik tanpa bebanan pada harga dan dalam keadaan sebagaimana Bank hendaklah di atas budibicara mutlaknya fikirkan sesuai;

6.1.5 bagi tujuan menjual Hartanah (atau menawarkannya untuk jualan), membaiki, menggantikan dan membangun Hartanah dan memohon untuk mana-mana permohonan yang sesuai, lesen atau kebenaran pada kos dan perbelanjaan Penggadai dan/atau Peminjam;

(12)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 12 6.1.6 membuka mana-mana lekapan atau struktur/bahagian boleh alih dari Hartanah

dan menjualnya berasingan dari Hartanah sekiranya Bank sifatkan perlu; 6.1.7 memberi notis kepada pemiutang-pemiutang Penggadai lain;

6.1.8 hak-hak dan remedi Bank sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang. 6.2 Apabila Hartanah dijual, Bank akan menggunapakai hasil penjualan di dalam cara

berikut:-

PERTAMA Untuk pembayaran mana-mana caj, perbelanjaan pasti, cukai dan perbelanjaan berbayar kepada pihak berkuasa berkenaan berhubung dengan Hartanah atau jika pembayaran telah dibuat oleh Bank; didalam membayar balik Bank bagi pembayaran yang telah dibuat;

KEDUA Untuk pembayaran mana-mana yuran, kos dan perbelanjaan ditanggung atau akan ditanggung oleh Bank kepada peguamcara (atas asas peguamcara-klien), pelelong, penilai dan ejen-ejen yang dilantik oleh Bank untuk pelaksanaan atau dikatakan untuk pelaksanaan Gadaian.

KETIGA Untuk atau terhadap kesemua faedah yang terakru dan masih belum dibayar berhubung dengan Pinjaman atau baki terkemudian dari itu yang masih terhutang.

KEEMPAT Untuk atau terhadap pembayaran amaun prinsipal tertunggak di bawah kemudahan Pinjaman.

KELIMA Untuk atau terhadap pembayaran lain-lain keterhutangan Penggadai terhutang dan berbayar kepada Bank.

DENGAN SYARAT BAHAWA Bank boleh pada budibicara mutlaknya mengubah susunan pembayaran di atas atau menyimpan wang di dalam akaun tangguh tanpa faedah. Walaubagaimanapun, perubahan mengikut susunan pembayaran atau pembayaran ke dalam akaun tangguh hendaklah tidak memprejudiskan hak Bank untuk menerima amaun penuh yang ia sepatutnya berhak terima sekiranya susunan pembayaran telah dipatuhi atau mana-mana amaun yang kurang dan diperolehi dari sekuriti mencukupi sebagai pembayaran. Mana-mana lebihan setelah pembayaran sepenuhnya kesemua liabiliti Peminjam di bawah Perjanjian Pinjaman dan Penggadai dibawah Gadaian hendaklah dibayar kepada atau mengikut arahan susunan Penggadai atau pihak pada masa itu berhak terima.

6.3 Sekiranya amaun diperolehi oleh Bank hasil dari penjualan Hartanah adalah kurang dari amaun perlu dibayar kepada Bank, Peminjam hendaklah mempunyai liabiliti untuk membayar kepada Bank perbezaan di antara amaun perlu dibayar dan amaun diperolehi sehingga pembayaran dan akan juga membayar faedah atas baki pada kadar ditentukan oleh Bank.

(13)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 13 6.4 Bagi mengelakkan ketidakpastian, Bank hendaklah berhak melaksanakan kesemua remedi tersedia ada secara serentak termasuk memulakan remedi melalui penjualan Hartanah/prosiding penetupan/pemilikan mengikut Gadaian dan/atau Dokumen Sekuriti dan prosiding sibil untuk mendapatkan Keterhutangan yang perlu dibayar dan tertunggak kepada Bank.

7.0 Pindaan Dan Kelonggaran

7.1 Bank boleh pada bila-bila masa dan tanpa dalam apa-apa cara memberi kesan kepada sekuriti yang diwujudkan dan tanpa notis terdahulu kepada Penggadai:-

7.1.1 menetapkan, mempelbagaikan, meminda, menstruktur, mengurang/menambah kemudahan Pinjaman;

7.1.2 memberi kepada Peminjam, Penggadai atau pihak sekuriti lain/penjamin mana-mana kelonggaran;

7.1.3 mengurus mengenai pertukaran pelepasan atau meminda atau menahan dari menyempurnakan atau melaksanakan mana-mana sekuriti atau jaminan lain atau hak yang boleh pada masa sekarang atau pada bila-bila masa kemudian dari ini dari atau terhadap Penggadai atau pihak lain; berurus dengan, menukar, melepaskan, meminda/menahan dari menyempurnakan/melaksanakan mana-mana sekuriti/lain-lain jaminan/hak ia boleh atau dari semasa ke semasa ada dari/terhadap Peminjam/Pihak Sekuriti.

8.0 Pendedahan Maklumat

8.1 Penggadai memberikan kebenaran kepada Bank untuk mendedah, atas budi bicara Bank, kesemua/mana-mana maklumat dan dokumen berhubung dengan Gadaian:-

8.1.1 waris terdekat/pentadbir/wasi/benefisiari kepada Penggadai yang meninggal dunia/peguamcara bertindak bagi pihak mereka bertujuan memohon suatu perintah mahkamah/pihak yang telah memohon perintah mahkamah berhubung dengan estet Penggadai yang meninggal dunia;

8.1.2 BNM/pihak berkuasa lain bertindak di bawah kuasa yang diberi oleh mana-mana undang-undang terpakai;

8.1.3 penginsurer, broker, pengadjust kerugian mengikut mana-mana tuntutan akan dibuat oleh Bank di bawah polisi insuran berhubung dengan kemudahan Pinjaman;

8.1.4 tujuan mana-mana saman undang-undang/prosiding difailkan terhadap Bank oleh mana-mana pihak ketiga berhubung dengan kemudahan Pinjaman/Gadaian/Hartanah;

8.1.5 tujuan mana-mana saman undang-undang/prosiding difailkan oleh Bank terhadap mana-mana pihak ketiga untuk mendapat wang bagi menanggung kerugian dibawah Gadaian/kemudahan Pinjaman/Hartanah;

(14)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 14 8.1.6 pihak polis/pihak berkuasa penyiasat lain, bagi tujuan siasatan terhadap

mana-mana jenayah (termasuk mana-mana-mana-mana pengubahan wang haram dan aktiviti pembiayaan keganasan) sama ada oleh Peminjam/Penggadai/sebaliknya;

8.1.7 pihak polis/pihak berkuasa penyiasat lain, untuk tujuan membuat lapuran berkenaan oleh Bank dan siasatan kemudiannya, sekiranya Bank adalah berpandangan bahawa jenayah telah dilakukan/mencegah/mendapatkan wang menampung kerugian oleh Bank/mencegah jenayah;

8.1.8 mana-mana pihak yang ingin mendapatkan Hartanah menerusi lelongan/jualan/mana-mana pihak yang ingin mendapatkan kepentingan Bank, aset dan liabiliti dibawah Gadaian/Keberhutangan/Hartanah;

8.1.9 mana-mana pihak pada masa hadapan boleh menyatakan niatnya untuk mendapatkan mana-mana kepentingan/pegangan syer di dalam Bank/mengikut mana-mana cadangan susunan, komposisi, gabungan, pemerolehan/penstrukturan diantara Bank dan pihak-pihak berkenaan;

8.1.10 penasihat professional luaran pihak Bank dan Kumpulan AmBank Group.

8.2 Dalam kejadian mana-mana prosiding undang-undang dimulakan oleh Bank terhadap Penggadai di bawah Gadaian untuk mendapatkan Keterhutangan atau mengikut hak-hak dan remedi di bawah Gadaian, Penggadai memberikan kebenaran kepada Bank untuk mendedahkan butiran, matlumat berhubung dengan Penggadai dan suratcara kausa bersabit dengan prosiding undang-undang kepada mana-mana agensi laporan kredit di Malaysia.

9.0 Notis

9.1 Penggadai hendaklah dengan segera memaklumkan Bank secara bertulis akan mana-mana perubahan di dalam alamat Penggadai, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Bank dilepaskan dari kesemua liabiliti dengan menghantar mana-mana notis kepada alamat terkini dan/atau nombor yang tertulis di dalam rekod Bank.

9.2 Tiada perubahan terhadap alamat Penggadai walaubagaimanapun hendaklah berkesan/mengikat Bank sehingga notis rasmi mengenai perubahan alamat diterima dan diakui oleh Bank.

9.3 Kesemua notis oleh Peminjam kepada Bank hendaklah diserahkan kepada cawangan Bank ditempat kemudahan Pinjaman dikekalkan.

9.4 Tertakluk kepada Gadaian, Bank boleh memberi notis sebagaimana perlu diberi kepada Peminjam dengan menghantar notis melalui pos biasa/serahan persendirian kepada alamat Peminjam sebagaimana terdapat di dalam rekod Bank. Notis hendaklah disifatkan telah diserahkan kepada pemegang akaun pada hari kelima selepas ianya dihantar secara pos atau sekiranya diserahkan secara tangan, pada hari ianya diserahkan.

9.5 Di dalam mana-mana prosiding berhubung dengan Gadaian, surat tuntutan, notis, penyata, peringatan atau sijil iaitu:-

(15)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 15 (a) ditandatangani oleh pegawai atau peguamcara atau ejen lain yang dilantik oleh

Bank;

(b) dalam bentuk dokumen cetakan komputer dari Bank tanpa keperluan ianya ditandatangani;

hendaklah dianggap muktamad dan mengikat Penggadai sebagai bukti muktamad Keterhutangan di dalam mahkamah undang-undang, kecuali terdapat mana-mana kesilapan nyata.

10.0 Resolusi Pertikaian

10.1 Semua aduan daripada Penggadai terhadap Bank berkenaan dengan Perjanjian ini akan dihantar secara bertulis kepada: POBOX 12617 GPO Kuala Lumpur, 50784 Kuala Lumpur / Nombor Fax: 03-21713171 / Alamat E-mel: customercare@ambankgroup.com. 10.2 Perjanjian ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia

dan dalam menguatkuasakan Perjanjian ini, Bank adalah bebas untuk memulakan dan mengambil tindakan / prosiding terhadap Penggadai di mana-mana Mahkamah di Malaysia yang Bank fikirkan patut.

10.3 Semua suratcara pemula untuk saman terhadap apa-apa prosiding undang-undang yang dimulakan oleh Bank terhadap Penggadai di bawah Perjanjian ini hendaklah disampaikan melalui kediri / pos biasa ke alamat Penggadai seperti yang terdapat di dalam rekod Bank.

10.4 Semua suratcara pemula untuk saman terhadap apa-apa prosiding undang-undang yang dimulakan oleh Penggadai terhadap Bank di bawah Perjanjian ini hendaklah disampaikan secara kediri / A.R pos berdaftar kepada alamat berdaftar Bank, yang pada masa material adalah Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. Penggadai bersetuju untuk tidak menyerahkan suratcara pemula untuk saman ke cawangan Bank. Penyampaian sedemikian tidak boleh disifatkan sebagai penyampaian sah kepada Bank. Penggadai bersetuju tanpa syarat untuk menyerahkan dan ditadbir di bawah bidang kuasa mahkamah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia, berkenaan dengan semua prosiding undang-undang yang difailkan oleh Penggadai terhadap Bank.

11.0 Hak Penolakan

11.1 Dalam keadaan Penggadai gagal membayar mana-mana fi, caj, perbelanjaan pasti (termasuk mana-mana faedah kemudian ini) berhubung dengan Hartanah (‘Bayaran Ingkar’), Bank hendaklah berhak membekukan baki tersedia ada didalam akaun deposit Penggadai dengan Bank/AmBank Group yang bersamaan dengan Bayaran Ingkar dan memberi notis kepada Penggadai untuk menyelesaikan Bayaran Ingkar dibawah Gadaian. 11.2 Dalam keadaan Penggadai gagal menyelesaikan bayaran fee, caj, perbelanjaan pasti berkait dengan Hartanah dalam tempoh notis, Bank hendaklah berhak menolak dengan mutlak bahagian dari baki didalam akaun deposit Penggadai dengan jumlah keseluruhan perlu dibayar kepada Bank dibawah Gadaian.

(16)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 16 11.3 Bagi mengelak ketidakpastian, hak Bank untuk membuat penolakan boleh dilaksanakan

oleh Bank:

11.3.1 terhadap akaun deposit Penggadai dipegang oleh Penggadai secara bersama dengan pihak lain;

11.3.2 terhadap kejadian Penggadai meninggal dunia, kebankerapan/insolvensi, komposisi dengan pemiutang/mana-mana prosiding undang-undang terhadap Penggadai.

12.0 Terma Umum

12.1 Tiada apa-apa jua terkandung di sini hendaklah memprejudiskan mana-mana lien yang mana Bank berhak atau mana-mana sekuriti lain yang boleh dipegang oleh Bank pada bila-bila masa untuk atau atas akaun wang dengan ini dijamin dan tiada apa-apa hendaklah terkandung disini dianggap seperti akan bergabung atau memprejudiskan atau memberi kesan kepada mana-mana bil, nota, jaminan, gadaijanji atau sekuriti lain yang mana boleh dipegang oleh Bank pada masa ini untuk mana-mana wang yang dimaksudkan dengan ini atau sebaliknya dijamin atau mana-mana hak atau remedi Bank kemudian dari ini.

12.2 Setelah pembayaran kepada Bank akan keterhutangan dan kesemua wang dijamin dibawah Gadaian, bersama dengan kesemua faedah diatasnya pada kadar dinyatakan, Penggadai hendaklah berhak atas kos dan perbelanjaan (termasuk kos peguamcara untuk pelepasan Gadaian dan prosiding undang-undang oleh Bank) untuk mendapatkan pelepasan gadaian dan pelepasan Hartanah dari Bank, pelepasan tersebut adalah di dalam bentuk dan kandungan sebagaimana Bank hendaklah dalam keadaan tersebut menganggap sebagai wajar.

12.3 Tiada kegagalan / kelewatan oleh Bank dalam melaksanakan apa-apa hak, kelayakan, kuasa / kuasa diberikan kepada Bank di sini akan dianggap bahawa Bank telah membenarkan pengecualian dari melaksanakan apa-apa hak, kelayakan, kuasa/kuasa Bank.

12.4 Semua caj dan perbelanjaan kos ditanggung / yang diberikan oleh Bank di bawah Perjanjian ini / Dokumen Sekuriti, sama ada secara tersurat / tersirat akan dibayar oleh Peminjam kepada Bank atas permintaan Bank dan akan dikenakan faedah ke atasnya jika tidak dibayar pada tarikh ia perlu dibayar.

12.5 Bank boleh menyerah hak dan / atau memindahkan hak dan obligasi di bawah Perjanjian ini / mana-mana bahagian daripadanya, mengikut budi bicara yang dianggap wajar, kepada pemegang serah hak / penerima pindahan hakmilik. Penggadai tidak boleh menyerah hak mana-mana hak Penggadai di bawah Perjanjian ini.

12.6 Mana-mana terma / syarat / ketentuan / peruntukan / perjanjian / aku janji / representasi yang terkandung dalam Perjanjian ini yang diputuskan sebagai tidak sah, dilarang / tidak boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana tribunal / mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa hendaklah menjadi tidak efektif setakat menyalahi undang-undang, keterbatalan, larangan / tidak boleh dikuatkuasakan, tanpa membatalkan peruntukan-peruntukan di dalam Perjanjian ini.

(17)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 17 12.7 Bank hendaklah tidak bertanggungjawab untuk mana-mana kegagalan pada pihaknya untuk melaksanakan mana-mana obligasi disini diakibatkan secara lansung oleh tindakan atau tiada tindakan oleh mana pihak berkuasa kerajaan atau tempatan, atau mana-mana mogok, boikot, sekatan, perbuatan Tuhan, gangguan awam atau sebab diluar kawalan Bank.

12.8 Perjanjian ini hendaklah mengikat Penggadai dan penerima hak Penggadai dan boleh dikuatkuasakan oleh Bank dan penguatkuasaannya hendaklah untuk kepentingan Bank dan penerima hakmilik Bank.

12.9 Masa di mana dinyatakan di dalam perjanjian ini hendaklah menjadi intipati perjanjian Gadaian.

12.10 Sejauh mana undang-undang hendaklah membenarkan pemakaian Seksyen 244(2) Kanun Tanah Negara dan peruntukan yang bersamaan dengan Akta-Akta berkaitan hendaklah dihadkan kepada keadaan jika mana-mana dokumen perlu bagi tujuan mana-mana tindakan atau perkara dimulakan atau dibuat oleh kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan dan ianya tidak terpakai jika dokumen tidak diperlukan bagi apa-apa tujuan atau memberi kesan kepada urusan transaksi atau dimulakan oleh Penggadai DAN Bank hendaklah dianggap tidak memberi kebenaran (sama ada secara nyata atau tersirat) terhadap mana-mana tindakan atau transaksi menurut kuasa di dalam Seksyen 244(2) atau peruntukan yang bersamaan.

12.11 Perjanjian Gadaian ini mungkin menyebabkan Penggadai hilang milikan atau kawalan ke atas Hartanah apabila Bank melaksanakan hak-haknya di bawah Gadaian ini terhadap Hartanah. Oleh yang demikian, Penggadai adalah dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat nasihat undang-undang yang bebas berkaitan dengan perjanjian Gadaian ini sebelum menandatangi perjanjian Gadaian ini.

12.12 Kecuali dinyatakan sebaliknya di dalam Gadaian ini, pihak-pihak bersetuju bahawa yuran dan wang lain yang kena dibayar daripada penyediaan apa-apa yang dibekalkan oleh Bank di bawah Gadaian ini dan Dokumen Sekuriti adalah tidak termasuk GST sebagaimana yang terpakai di bawah peruntukan Undang-undang GST dan GST tersebut hendaklah ditanggung oleh Peminjam.

12.13 Perjanjian Pinjaman, Gadaian, dan lain-lain Dokumen Sekuriti adalah instrumen yang digunakan untuk menjamin kesemua wang atau liabiliti termasuk faedah kemudian dari itu sepertimana sekarang atau dari masa ke semasa perlu dibayar dan terhutang dibawah Perjanjian Pinjaman sebagaimana dimaksudkan didalam Seksyen 4 (3) Akta Setem 1949 (Digabung dan Disemak, 1988). Bagi maksud Seksyen tersebut, Perjanjian Pinjaman adalah disifatkan sebagai instrumen utama atau instrumen prinsipal dan Gadaian, dan lain-lain Dokumen Sekuriti adalah disifatkan sebagai tambahan atau instrumen sekunder.

(18)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 18 DALAM MENYAKSIKAN HAL TERSEBUT Penggadai dan wakil Bank dengan ini melaksanakan Perjanjian ini pada hari, bulan dan tahun yang tertulis di atas

DITANDATANGANI oleh ) AmBank (M) Berhad

Dan ) oleh wakilnya:-

Sebagai wakil untuk dan bagi pihak ) )

di hadapan ) ………..

(jika Penggadai adalah seorang individu)

Ditandatangani oleh )

Penggadai )

di hadapan ) ……….

(jika Penggadai adalah sebuah syarikat)

Meterai Rasmi daripada )

Penggadai telah mengecap pada lampiran )

mengikut seperti )

kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan )

di hadapan ) .…………. ..………

Pengarah Pengarah/ Setiausaha

(19)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 19 JADUAL PERTAMA

(hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian penting kepada Perjanjian ini)

SEKSYEN PERKARA BUTIRAN

I(a). Penggadai No. K/P Alamat I(b). Peminjam No. K/P Alamat

II. Perihal Hartanah

(20)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 20 WA’AD OLEH PEMINJAM

(terpakai untuk Gadaian Pihak Ketiga)

Saya/Kami, Peminjam sebagaimana diperihalkan di dalam Seksyen 1(b) Jadual Pertama, dengan ini mengakui, bersetuju, berwa’ad dan mengakujanji bahawa saya/kami hendaklah mematuhi, melaksanakan dan mengikat dengan kesemua terma-terma dan syarat-syarat dinyatakan di dalam Gadaian dan wa’ad selanjutnya untuk mendapatkan pematuhan dengan terma-terma oleh Penggadai:-

DITANDATANGANI oleh Peminjam ) ) ) )

di hadapan ) ………..

Meterai Rasmi daripada )

Peminjam telah mengecap pada lampiran )

mengikut seperti )

kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan )

di hadapan )

.……….. ……… Pengarah Pengarah/Setiausaha

(21)

RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 21 Bertarikh hb, , 20 DI ANTARA DAN ________________________________________________________________________

LAMPIRAN

_____________________________________________________

Referensi

Dokumen terkait

PENTINGNYA INFORMASI DALAM PEMBUATAN KEBIJAKAN: • UNTUK MEMECAHKAN PERMASALAHAN DIPERLUKAN INFORMASI.. • DALAM PERUMUSAN/ PEMBUATAN KEBIJAKAN DIPERLUKAN

Dalam tugas akhir ini dipaparkan pentingnya penjagaan keandalan peralatan yang dimiliki melalui bantuan perangkat lunak yang membantu dalam penyimpanan data tentang kegiatan

Klasifikasi agregat menjadi kasar, halus dan filler adalah berdasarkan ukurannya yang ditentukan menggunakan saringan. Mutu agregat mempengaruhi kekuatan dan ketahanan konkrit. Adapun

1) Pendekatan Data Pasar (Market Data Approach) hanya dapat digunakan apabila diperoleh properti pembanding yang sebanding dan sejenis dengan obyek penilaian. 2) Pendekatan

Berdasarkan hasil penelitian diperoleh kesimpulan bahwa pelaksanaan ekstrakurikuler pramuka penggalang di SD Jaranan Banguntapan Bantul dapat dilihat dari 1) perencanaan pihak

Penyalur Alat Kesehatan (PAK) dan Cabang PAK memiliki peranan penting dalam menjamin keamanan, mutu, dan manfat alat kesehatan yang beredar di masyarakat. CDAKB digunakan oleh

Produk Olah Geometri Peter Eisenman Geometri diperlakukan sebagai bentuk dasar yang diolah dengan teknik sedemikian hingga geometri tetap tampil juga sebagai bentuk akhir

ЗАКЉУЧАК За утврђене брзине осциловања тла код минирања са полу- секундним и милисекундним начином иницирања, применом закона осциловања тла,