• Tidak ada hasil yang ditemukan

Research Methedology

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Research Methedology"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

BBRC 4103

RESEARCH METHODOLOGY

Nama: SHAHRUL ADZHA BIN SALLEH No Matric : RF161055001

No KP : RF161055 No Telefon : 019-7516948 Alamat Email : shah_adz@yahoo.com

Pusat Pembelajaran : PUSAT PEMBELAJARAN GREENHILL, PERAK

(2)

ABSTRAK

Kertas ini membuat penilaian terhadap proses literature review @ tinjauan literatur. Penulisan ini meliputi kajian-kajian yang dijalankan terhadap tinjauan literatur dalam pembelajaran penyelidikan. Hasil tinjauan ini telah dibahagikan kepada beberapa topik iaitu pengenalan, deskripsi terhadap kepentingan tinjauan literatur, penilaian terhadap prosuder tinjaun literatur, Kesimpulan dan Rujukan.

PENGENALAN

Tinjauan literatur adalah ringkasan bertulis yang boleh diperolehi daripada rujukan artikel, jurnal, buku, majalah dan dokumen lain yang mengandungi data, idea, maklumat, dan kaedah penyelidikan yang dapat digunakan oleh para penyelidik terhadap sesuatu masalah penyelidikan. Dalam proses menulis tinjauan literatur, ia diibaratkan sebagai menghantar penyelidik ke sebuah kolam yang penuh dengan pengetahuan tentang masalah penyelidikan yang telah pun ditetapkan. Selain daripada itu, tujuan tinjauan literatur adalah untuk mendekatkan para penyelidik dengan tubuh ilmu terhadap masalah penyelidikan berkenaan. Fungsi tinjauan literature adalah dengan memasukkan kata-kata hikmah atau petikan ucapan tokoh bagi menyedapkan huraian sesuatu pendapat. Tinjauan literatur dapat membantu penyelidik mengemas kini atau mengubah suai cadangan penyelidikan. Dalam proses menyusun bahan tinjauan bacaan hendaklah dimulai dengan mengumpul semua ambilan. Catatan perlu dibuat dalam bentuk kad, atau terus menyimpan dalam memori komputer. Apabila tiba masanya, segala bahan ditulis semula, kemudian kad atau maklumat berkenaan disusun mengikut klasifikasi, skema, atau tema tertentu. Sumber ambilan seperti penulis, tahun terbit, judul, muka surat, tempat terbit dan nama penerbit disenaraikan dalam bahagian rujukan.

(3)

1. Memahami bidang kajian yang akan dilakukan iaitu memahami konsep di bawah kajian, memahami teori dan model yang berkaitan dengan konsep di bawah kajian.

2. Memperolehi maklumat tentang dapatan kajian lepas iaitu kajian lepas di Malaysia dan kajian lepas di luar negara, termasuk aspek-aspek: Metodologi kajian, Pengenalan,Reka bentuk kajian, Populasi kajian/sampel kajian, Alat kajian, Teknik pengumpulan data, Kaedah analisis data

3. Memahami kaedah kajian lepas, yang boleh dijadikan sebagai rujukan dalam merancang kajian yang akan dilakukan.

Dapatan kajian oleh Azhar (2010) mendapati bahawa tujuan tinjauan literatur

:-1. Memastikan bahawa penyelidikan yang dilaksanakan adalah signifikan

Jika penyelidikan yang dilaksanakan berupa ulangan kepada tajuk yang sama, penyelidik boleh melakukan ubah suai dari segi populasi dan sampel yang berlainan. Tanpa tinjauan literatur, penyelidik mungkin menyangka bahawa penyelidikan yang dilaksanakan ialah yang pertama seumpamanya.

2. Memastikan data penyelidikan diperoleh dengan lebih mudah

Input ilmu daripada tinjauan literatur membantu penyelidik mereka bentuk instrumen penyelidikan. Pembinaan item untuk kaedah tinjauan hendaklah sejajar dengan penjelasan dalam Tinjauan Literatur. Bahkan, Tinjauan Literatur sendiri ialah sambungan kepada penyataan masalah penyelidikan dalam bentuk sokongan fakta yang telah diuji.

3. Memastikan saranan penyelidikan terdahulu masih relevan dengan persekitaran semasa

(4)

Kebiasaannya Tinjauan Literatur akan menemukan penyelidik dengan sejumlah saranan penyelesaian atau penjelasan terhadap fenomena, yang diperoleh menerusi penyelidikan terdahulu. Dalam kata lain, penyelidik dapat memastikan sama ada saranan dalam bentuk campur tangan, intervensi, atau penambahbaikan berkenaan masih boleh diteruskan. Dalam bahagian Tinjauan Literatur, penyelidik boleh membuat ulasan secara kritis sebagai ramalan sebelum data penyelidikan diperoleh kelak.

Kajian yang dijalankan oleh maharam (2010) terhadap tinjauan literatur dilakukan untuk: 1. Membentuk sebuah kerangka teori untuk topic atau bidang penelitian

2. Menjelaskan definisi, kata kunci dan terminologi

3. Menentukan kajian, model, dan lain-lain yang mendukung topik 4. Menentukan lingkup penelitian

5. Topik penelitian.

DESKRIPSI DARIPADA KEPENTINGAN

TINJAUAN LITERATUR

(5)

Komponen yang perlu ada dalam tinjauan literatur ialah: 1. Teori atau konsep bagi persoalan kajian.

Pengkaji akan menentukan teori formal berkaitan dengan idea ataupun persoalan yang hendak dikaji. Berdasarkan teori formal inilah pengkaji dapat memastikan bahawa terdapatnya hubungan di antara konsep-konsep yang terlibat dalam persoalan kajiannya dan seterusnya dapat menyatakan idea kajiannya dengan lebih jelas dan teliti.

2. Pemilihan dan penentuan pemboleh ubah yang berkaitan.

Pengkaji akan menyatakan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dan perlu diukur bagi mewakili konsep-konsep tertentu dalam teori ataupun model yang digunakan. Selain itu, instrumen yang digunakan untuk mengukur pembolehubah tersebut turut dinyatakan sekiranya ia adalah berkaitan dengan persoalan kajian.

3. Hubungkait antara pembolehubah

Pengkaji akan menyatakan hubungkait di antara pembolehubah yang terlibat dalam persoalan kajian. Hubungkait di antara pemboleh ubah ini boleh dinyatakan berpandukan kajian-kajian yang lepas ataupun berpandukan teori atau model yang berkaitan.

4. Kajian yang lepas

Bagi komponen kajian yang lepas, pengkaji dapat menyatakan sekiranya terdapat persetujuan ataupun perbezaan di antara pengkaji-pengkaji lain berkenaan kajian yang hendak dijalankan.

Literatur merupakan ringkasan ke atas bahan bacaan yang telah dibaca seperti jurnal, artikel, kertas seminar dan lain-lain (Mohd Khairul Azmi bin Shoeib, 2010). Dalam lliteratur, beberapa kaedah digunakan iaitu:

1. Membanding dan membeza

 Mencari perbezaan dan persamaan dari segi ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

(6)

 Digunakan apabila terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan dan juga ketika membuat keputusan atau pilihan.

 Langkah penggunaan:

a) perhatikan dan berikan tumpuan pada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan. b) kenalpasti ciri kajian tindakan tersebut.

c) nyatakan ciri persamaan dan perbezaan

2. Menganalisis

 menceraikan maklumat kepada bahagian yang lebih kecil dan menghuraikan maksud yang tersirat.

 digunakan untuk memahami dan mengetahui hubungkait antara bahagian dan mengenai prinsip-prinsip yang terlibat.

3. Menilai

 mempertimbangkan dan menilai kebaikan dan kelemahan yang wujud terhadap sesuatu perkara berdasarkan bukti yang sah.

 digunakan apabila ingin memilih sesuatu atau menerima atau menolak sesuatu idea.

4. Kesimpulan

 menyatakan hasil sesuatu kajian berdasarkan pada 1 hipotesis dan mengukuhkan berdasarkan penyiasatan.

 digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong kenyataan.

5. Mensintesis

 menggabungkan idea-idea, unsur atau item yang berasingan seterusnya menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan esei, lukisan atau artifak.

Kepentingan Kajian Literatur.

1. Mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah penting.

Melalui tinjauan literatur, penyelidik boleh mendapat idea yang jelas tentang pembolehubah-pembolehubah yang penting dalam sesuatu persoalan yang ingin dikaji. Kajian Literatur juga membantu penyelidik membuat definisi istilah konsep penting dalam sesuatu kajian.

(7)

Pengkaji yang menjalankan kajian bukan sahaja mengkaji apa yang akan dikaji tetapi juga akan mengkaji kajian-kajian lepas sebagai asas kepada perasalahan yang ingin dikaji. Kajian lepas dapat memperkenalkan hala tuju baru kepada kajian yang bakal dilakukan.

3. Membuat sintesis ke arah perspektif berbeza.

Melalui tinjauan literatur, pengkaji biasanya akan membuat rumusan ke atas kajian-kajian lepas seterusnya membolehkan seseorang penyelidik itu membuat sintesis tentang bidang ilmu.

4. Menentukan makna dan hubungan.

Pembolehubah-pembolehubah yang ada dalam setiap kajian perlu dinyatakan, didefinisikan dan digabungkan dalam permasalahan atau hipotesis yang akan dibuat. Sekiranya kajian literatur dijalankan, penyelidik tidaklah terikat untuk membina makna dan hubungan asli.

5. Menyediakan konteks kepada permasalahan.

Tinjauan literatur memberi konteks kepada peyatan masalah sesuatu penyelidikan dan ianya penting sebagai justifikasi kepada ” setting ” dimana masalah tersebut diambil.

6. Memperkuatkan signifikasi permasalahan.

Biasanya penyataan masalah biasanya didasarkan kepada justifikasi teoritikal. Untuk ini, biasanya seorang penyelidik mengambil rujukan daripada tinjauan literatur yang dibuat.

Keutamaan Sumber Tinjauan Literatur

1 Laporan penyelidikan berkenaan tajuk yang sama atau hampir sama

Memandangkan penyelidikan yang dilaksanakan terhad populasinya, maka penyelidik perlu mengutamakan rujukan dalam negara terlebih dahulu, sebelum meninjau dapatan penyelidikan luar negara. Malah, andai kata penyelidik muda mendapati bahawa penyelidikan dengan tajuk yang sama pernah dilaksanakan oleh pelajar prauniversiti terdahulu, dapatan mereka hendaklah diberi keutamaan. Penyelidik boleh mengesan kekurangan yang masih belum terjawab, lalu ditulis sebagai ulasan ringkas, tetapi kritis.

(8)

2 Buku, dokumen, jurnal, majalah dan rekod rasmi

Pengetahuan dan penjelasan yang diperoleh daripada Tinjauan Literatur akan menyediakan justifikasi dan sandaran bahawa segala maklumat dalam cadangan penyelidikan (sentiasa dikemas kini dalam bab pengenalan) memiliki kesejajaran (allignment). Penyelidik membuktikan bahawa akses pengetahuannya terhadap masalah penyelidikan yang dipilih adalah cukup. Maka, penentuan kaedah penyelidikan, instrumentasi dan analisis data menjadi lebih jelas.

3 Bahan internet

Kelebihan rujukan laman sesawang ialah akses yang mudah, segera dan terkini terhadap bahan Tinjauan Literatur yang dikehendaki. Penyelidik harus memilih laman yang berwibawa, khususnya laman sesawang organisasi penyelidikan rasmi seperti institut penyelidikan, portal rasmi kementerian, pertubuhan Bangsa Bersatu, universiti, atau laporan penyelidikan yang telah disahkan (refereed report). Rujukan terhadap laman yang tidak diketahui statusnya bakal menjejaskan kegunaan maklumat Tinjauan Literatur terhadap proses pelaksanaan penyelidikan selanjutnya.

PENILAIAN TERHADAP PROSUDER TINJAUAN

TINJAUAN LITERATUR

LANGKAH 1.

MEMBACA BAHAN-BAHAN YANG BERKAITAN

Langkah pertama dalam membuat tinjaun literatur adalah mengenalpasti bahan-bahan yang akan diteliti sebagai kajian lepas. Sumber utama yang perlu dicari berdasarkan tulisan-tulisan yang diterbitkan dalam jurnal, laporan penelitian, kajian atau mendapatkan informasi daripada seseorang yang pakar dalam bidang berkenaan melalui wawancara samaada secara terus atau melalui mel elektronik. Analisis akan dilakukan terhadap tulisan-tuilisan yang telah dipilih ini akan dilakukan melalui beberapa tahap bacaan ilmiah iaitu;

(9)

Setelah menemui sesuatu artikel atau tulisan, melihat struktur dan teks berkenaan seperti daftar isi, abstrak, pengenalan, sub topik yang dibincangkan dan keseluruhan tulisan berkenaan sama ada sesuai atau tidak dengan apa yang dicari. Tulisan berkenaan perlu dilihat dari sudut keberkaitan dengan apa yang ingin dikaji dalam tulisan.

Bacaan Secara Terperinci

Apabila tulisan berkenaan sesuai dengan penelitian kajian, pengkaji membacanya dengan lebih terperinci untuk mencari penelitian tertentu yang akan mendukung tinjauan literatur. Teknik ini membolehkan untuk mengenalpastikan kesesuaian bahan berkenaan. Pada peringkat ini, adalah pengkaji akan membaca sebanyak mungkin bahan bacaan untuk memperolehi sebanyak mungkin maklumat dan pengertian umum mengenai kajian yang ada di dalam bidang kajian itu. Pada peringkat ini, tujuan membaca adalah untuk memberi penilaian dan kritikan terhadap kajian atau tulisan orang lain yang dipilih. Jadi, tidak sepatutnya hanya memilih kajian atau tulisan yang sependapat dengan apa yang dianggap benar sahaja. Adalah membaca semua tulisan yang berkaitan secara telus walaupun tidak bersetuju dengan pendapat atau pengangan penulis tersebut.

Panduan Membaca Sumber

i. Skimming

 Proses membaca dokumen objek secara cepat sambil mengambil inti-inti dari setiap perenggan. Proses atau cara ini dapat membantu melakukan penelitian dengan lebih cepat dan menyeluruh.

ii. Paragraph Statement (Statement Utama di dalam suatu perenggan)

 Membantu pengkaji untuk memahami apakah statement utama dalam perenggan berkenaan.

iii. Document Statement (Masalah kajian/Tema Penelitian)

Statement utama dalam dokumen yang dibaca membantu pengkaji memahami tema secara keseluruhan.

(10)

LANGKAH 2:

MENILAI SEMUA TULISAN YANG DIBACA

Semasa menilai sesebuah tulisan yang akan dijadikan rujukan dalam kajian lepas, beberapa perkara diteliti bagi memastikan kesesuaian sumber berkenaan:

A. Autoriti Penulis

Apabila meneliti tulisan yang ingin dijadikan kajian lepas atau Tinjauan Literatur, autoriti seseorang penulis juga diambil kira. Adalah tidak boleh menjadikan semua tulisan yang ditemui sebagai bahan rujukan tanpa menyemak kredibiliti bahan berkenaan termasuk penulisnya. Tulisan-tulisan di internet yang perolehi tanpa sumber yang boleh dipercayai tidak boleh dijadikan bahan rujukan untuk tulisan ilmiah. Walau bagaimanapun, sekiranya tulisan berkenaan perolehi di laman web yang boleh dipercayai yang seperti dibina oleh Jabatan Kerajaan. Hendaklah perlu tahu Siapa yang melakukan penelitian? Apakah pengarang berkenaan merupakan orang yang memiliki autoriti dalam bidang tersebut? Apa bukti yang dapat mendukung hal ini?

(11)

Sumber bacaan yang digunakan juga terdiri daripada tulisan yang berkualiti. Ini bermakna, tulisan-tulisan bersifat popular yang disiarkan untuk bacaan umum seperti di majalah, akhbar dan bahan bacaan popular tidak sesuai untuk dijadikan rujukan dalam kajian. Boleh mendapatkan sumber rujukan yang terdapat dalam Jurnal elektronik dan database yang disediakan secara dalam talian. Walau bagaimanapun, net yang menghasilkan laman sawang tidak dapat disahkan kebolehpercayaannya.

Beberapa persoalan dijadikan panduan untuk menentukan kualiti sesebuah tulisan; i. Dari mana asal tulisan itu? Apakah berasal dari sumber yang valid?

ii. Apakah penelitian ini dijadikan rujukan oleh orang lain atau telah diterima oleh badan editorial misalnya. Apakah jurnal tersebut diterbitkan dalam mana-mana jurnal? iii. Jika berasal dari laman sawang (website), apakah memuat informasi pengarang,

apakah laman sawang berkenaan adalah dari sebuah institusi pendidikan? Apakah ada tarikh diterbitkan?

C. Kebolehpercayaan sumber

Kebolehpercayaan sumber boleh diteliti berdasarkan beberapa perkara iaitu; i. Apa yang dibahaskan oleh kajian?

ii. Apakah kajian ini diterima dalam bidang? Bagaimana boleh tahu sekiranya tulisan berkenaan diterima dalam bidang? Salah satu cara untuk menjawab persoalan ini adalah dengan melihat apakah penelitian yang sama telah digunakan dalam sumber atau tulisan lain apabila membincangkan topik yang sama, dan adakah sumber rujukan ini telah digunakan secara berterusan dengan sumber yang lain?

iii. Apa yang membuatkan tulisan ini dapat dipercayai? Apakah rujukan dalam tulisan ini juga menggunakan sumber rujukan yang boleh dipercayai juga? Sesebuah tulisan yang mempunyai bahan rujukan terhadap sumber yang boleh dipercayai, maka tulisan tersebut secara teorinya boleh dipercayai.

(12)

i. Apakah tulisan berkenaan terdapat bukti yang bias tentang sesuatu hal, contohnya, apakah pengkaji akan percaya apabila tulisan berkenaan menyatakan bahawa asap rokok tidak bahayakan kesihatan?

ii. Apakah statistik yang dinyatakan sesuai dengan penerbitan lain? Jika tidak, apakah argumen (metode, rancangan penelitian dll) yang dipakai sebagai pegangan dasar dalam penelitian itu cukup meyakinkan?

iii. Apakah data yang dikemukakan itu benar? Adakah sumbernya boleh dipercayai?

E. Mutakhir dan Terkini

Apabila menulis tulisan ilmiah, pengkaji memastikan bahawa sumber rujukan yang digunakan terdiri daripada tulisan yang terkini. Rangkuman tulisan berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun terkebelakang. Jika pengkaji menulis pada tahun 2010, bahan rujukan yang digunakan meliputi antara tahun 2000 hingga 2010.

Walau bagaimanapun, terdapat kekecualian terhadap sumber rujukan berkenaan, antaranya; i. Jika menulis tentang sejarah sesuatu perkara atau rentetan peristiwa

ii. Menggunakan rujukan asal yang mencetus kepada sesuatu perkara; contoh teori darwin menjadi asas kepada kasjian tentang kejadian alam, merujuk tulisan hikayat-hikayat lama sebagai teks kajian dan sebagainya.

iii. Membandingkan perbezaan pendapat antara dua perkara atau tokoh yang berlaku pada zaman yang berbeza.

iv. Dan sebab-sebab lain yang dirasakan relevan.

Jadi, pengkaji meneliti perkara berikut untuk menentukan kekinian sesebuah tulisan; • Tahun tulisan tersebut diterbitkan.

• Apakah mungkin terdapat informasi yang lebih terkini?

• Apakah pengkaji menemukan tulisan yang lebih baru dan menimbulkan keraguan atau menentang beberapa penemuan sebelumnya?

(13)

F. Cakupan

• Apakah informasi yang tersedia sudah lengkap? Berdasarkan penelitian pengkaji sejauh ini, apakah informasi berkenaan telah pun mencakupi bidang yang diteliti? • Berapa ukuran sampel? Apakah sampel ini mencukupi?

• Apakah ada penelitian lebih lanjut yang tidak disebut atau secara sengaja dihilangkan dari penemuan?

LANGKAH 3:

BUAT RINGKASAN

Pengkaji boleh membuat ringkasan tentang sumber bacaan sambil membaca. Catatan berkenaan perlu mengikut perkara berikut;

• Apakah isi penting, teori, masalah utama yang diangkat dalam tulisan berkenaan? • Rangkumkan isi penting yang diajukan pengarang.

• Catatkan secara terperinci sumber rujukan yang digunakan pengarang ini termasuk halaman yang dirujuk yang anda anggap mungkin berguna dalam Tinjauan Literatur. • Pastikan pengkaji memiliki semua maklumat bibliografi seperti pengarang, tahun

terbitan, judul buku, penerbit, halaman dll.

• Catat bagaimana pengarang menggunakan sumber asal rujukannya. Jika pengkaji meniru atau menyalin kata-kata pengarang asal secara langsung, pengkaji perlu pastikan anda menulisnya dalam tanda petik dan menyebut halamannya.

• Apa tujuan pengarang; baik yang tersurat mahupun tersirat?

• Apa kesimpulan yang dibuat oleh pengarang? Apa yang disimpulkan atau penemuan dalam kajian ini?

• Tulis juga pendapat pengkaji tentang bacaan tersebut. Hal ini akan sangat berguna apabila pengkaji melihat semula catatan tersebut atau menggunakannya semasa menulis.

Secara lebih mudah, senarai yang pengkaji catatkan pada bahagian ini adalah seperti berikut; i. Penulis

(14)

ii. Tahun iii. Judul

iv. Sumber (Nama Jurnal atau Prosidings) v. Tujuan Penelitian

vi. Hipotesis kajian

vii. Metode Penelitian, Material, reka bentuk eksperimen yang dijalankan viii. Data/Hasil

ix. Kesimpulan/Diskusi

LANGKAH 4: GABUNGKAN MENJADI SATU CERITA YANG

LENGKAP DALAM BENTUK TULISAN

MENULIS TINJAUAN

LITERATURE

Gunakan rangkuman dan catatan untuk mengidentifikasikan hubungan dan kaitan antara pelbagai penelitian yang telah anda lakukan. Pengkaji menentukan:

• Persamaan dan perbezaan antara ramai pengarang dan penelitian yang telah mereka lakukan

• Penelitian yang mana yang saling menyokong dan menentang? • Apa persoalan utama yang masih belum terjawab?

• Arah penelitian yang mungkin boleh dilakukan kajian lebih lanjut?

Merangkum/menggabungkan semua tulisan

Untuk merangkumkan semua penelitian ini yang akhirnya menjadi kajian lepas atau Tinjauan Literatur, pengkaji akan membuat penggelompokan (kategorikan) semua penelitian yang mirip dan boleh digandingkan secara bersama contohnya maklumat yang sama atau berbeza. Salah satu teknik yang sangat berguna untuk diamalkan bagi tujuan ini adalah dengan menggunakan peta minda yang akan menyusun penelitian ke dalam bentuk isi utama dalam setiap tema.

(15)

ii. Rujukan/bibliografi iii. Citing

Parafrasa (Paraphrasing)

Parafrasa adalah menulis semula apa yang ditulis penulis lain (dengan menggunakan ayat sendiri) tanpa menghilangkan maksudnya. Tulisan ini kelihatan berbeza dengan tulisan asal kerana ayatnya telah diubahsuai, tetapi masih lagi mempunyai maksud yang sama. Cara ini dapat menghindarkan kita untuk mengutip statement seseorang secara langsung seperti apa yang diungkapkan oleh orang itu. walau bagaimanapun, penulisan yang telah dilakukan parafrasa masih lagi memerlukan anda memasukkan sumber rujukan sebagai tanda pengkaji mengiktiraf tulisan asal dan mengelakkan daripada terjebak dalam plagiat.

Mengutip (Citing)

Mengutip tulisan atau lebih dikenali sebagai Citing merupakan kegiatan mencantumkan beberapa tulisan yang ditulis oleh penulis lain dalam buku, jurnal, prosiding seminar, internet dan sebagainya, terhadap pernyataan orang lain secara langsung. Pernyataan berkenaan kemudiannya akan diparafrasa mengikut kesesuaian.

Rujukan/bibliografi

Memasukkan penerbitan yang dijadikan rujukan dalam kajian mengikut cara penulisan yang betul.

(16)

KESIMPULAN

Tinjauan literatur membabitkan proses mencari dan menilai literatur sedia ada tentang topik tertentu. Subjek kajian didapati mengetahui langkah umum bagi tinjauan literatur. Dalam aspek pencarian, pengkaji menghadapi kesulitan untuk mengenal pasti literatur tempatan sebab literatur tersebut kurang diterbitkan. Dalam aspek penilaian pula, kebanyakan subjek perlu memberi perhatian kepada usaha untuk menganalisis, mentafsirkan, dan mempertimbangkan teori, andaian, metodologi, hasil, dan kesimpulan kajian yang dibaca. Proses tinjauan literatur subjek perlu berasaskan kerangka teori yang jelas. Pembelajaran penyelidakan boleh meningkatkan kualiti tinjauan literatur melalui pemahaman dan kemampuan untuk menjalankan proses penilaian. Pengkaji perlu membuat analisis secara kritis terhadap semua aspek kajian lepas yang dipilih seperti latar belakang, soalan atau hipotesis, konteks, campur tangan, metodologi, hasil, dan kesimpulan kajian untuk mempertimbangkan implikasi kajian tersebut terhadap kajian yang hendak dijalankan. Pengkaji perlu cekap melakukan tiga aktiviti, iaitu meninjau secara menyeluruh literatur berkaitan dengan topik kajian, menganalisis dan mensintesiskan maklumat yang dikumpulkan secara kritis, dan mempersembahkan maklumat yang diringkaskan mengikut sistem organisasi tertentu.

(17)

RUJUKAN

1. Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. T. Subahan Mohd. Meerah, Rohaty Mohd Majzud dan Ahmad Jaffni Hassan ( 1994 ).

Pembangunan Sumber Manusia. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Abdul Rashid Moten (1998). A Guide To Research Proposal and Report Writing. Kuala Lumpur: Research Centre, International Islamic University Malaysia.

4. Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education.

5. Creswell. John W. (2008). Educational Research. New Jersey, USA : Pearson Education

6. Azhar Rodzi (2010). Tinjauan Bacaan dalam Penyelidikan : Blog 7. Maharam (2010). Menulis Kajian Lepas : Petua Menulis .

8. Mohd Khairul Azmi bin Shoeib (2010). Sejarah Penyelidikan Ilmiah. Penyelidikan Ilmiah , 6-7.

Referensi

Dokumen terkait

Misalkan pada Gambar 2, jika Anda ingin bepergian dari stasiun Okayama menuju stasiun Kurashiki, maka Anda harus menaiki kereta dengan line hijau (keterangan mengenai jenis

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa dengan model pembelajaran pemberian modul pembelajaran, lab-sheet, shoptalk, melakukan perancangan, praktik memprogram, dan menguji

suara untuk bermain musik rock pengambilan keputusan para gitaris rock dalam pembelian gitar elektrik dan spare part-nya dipengaruhi oleh peran artis idola mereka, merek yang

Guru sebagai insan akademik memiliki peranan untuk menyampaikan materi pembelajaran kepada siswa. Dalam kegiatan penyampain materi pembelajaran, bahasa merupakan

Timbangan ini dipasang pada bagian luar pabrik Casting (Penuangan) yang digunakan untuk menimbang MTC (Metal Transportation Car), yang digunakan untuk membawa ladle yang

Bagi CV Duta Gunung Salak, penelitian ini diharapkan dapat memberikan tambahan informasi khususnya mengenai pengawasan mutu pada pengolahan dodol salak, sehingga dapat

Ginjal bisa kehilangan fungsinya sehingga tidak bisa mengeluarkan zat-zat sisa metabolisme dari dalam tubuh, bahkan zat-zat yang masih bisa dipergunakan tubuh seperti glukosa

apakah citra Kereta Api Prambanan Ekspres dimata Komunitas Pramekers Joglo sudah sesuai dengan citra yang diharapkan perusahaan mengenai Kereta Api Prambanan Ekspres