DOA SEMPENA HARI SUKAN
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim ,
Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan
firman-Mu yang mulia :
. نن ييمملنَاعنلا بب رن هملل يتَاممو يَايحمو يكسنو يي تملن صن نن إم لي قق
Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah.
Allahumma , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,
Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami serta
pimpinlah kami kepada hidayah-Mu.
Allahumma , Ya Hayyu Ya Qayyum ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut dan akhlak
terpuji, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.
Allahumma , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghamm ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan kami menjadi insan yang cemerlang samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di
akhirat .
رانّلا بَ اذَ عَ انَقِوَ ةنَسَ حَ ةِرَخِلا يفِوَ ةنَسَ حَ ايَنْدد لا يفِ انَتِاءَ انَبّرَ