• Tidak ada hasil yang ditemukan

Elemen Patriotik dalam Filem P.Ramlee

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Elemen Patriotik dalam Filem P.Ramlee"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

ELEMEN PATRIOTIK DALAM FILEM P.RAMLEE1

Wiramanja2

Abstrak

Makalah ini mengungkapkan pembabitan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam bidang perfileman. Kebanyakan karya filemnya berkisar tentang permasalahan semua bangsa di Malaysia yang disifatkan ada nilai-nilai patriotik dalam jiwanya. Sifat kekitaan yang digambarkan dalam filem beliau banyak memberi cerminan sebenar kehidupan masyarakat dalam zamannya. Namun, paparan dalam filem tersebut masih boleh dijadikan rujukan dan panduan serta pendoman masyarakat audiens berbilang bangsa. Masyarakat audiens berbilang bangsa dirujuk mereka yang hidup dalam satu hasrat, satu perjuangan iaitu mencari kehidupan harmoni dan kesejahteraan hidup. Nilai patriotik yang digambarkan dalam filem tersebut secara sedar ataupun sebaliknya adalah realiti sebenar kehidupan rakyat Malaysia sebelum merdeka dan selepas mengecapi kemerdekaan. Seolah-olah pandangan P. Ramlee terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara ini lebih kehadapan. Unsur-unsur perpaduan yang diterapkan dalam filemnya membuahkan perhubungan erat pertalian persaudaraan di antara masyarakat Melayu dan kaum lain. Ini dapat dibuktikan dalam setiap filemnya membabitkan penyertaan kaum India, Cina, Sikh dan lain-lain yang hidup dalam satu negara bernama Malaysia. Justeru, kertas kerja ini sebagai satu penyelongkaran isi hati dalam karya P. Ramlee.

1

Makalah ini telah dibentangi sempena Forum Bicara Seni Seniman Agung P.Ramlee - Seniman Sepanjang Zaman”. 19 Julai 2007, Hotel Vistana, Pulau Pinang.

2

(2)

Pengenalan

Ketika makalah ini dihasilkan. peminat filem masih mengingati Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai legenda dalam dunia perfileman Melayu tanahair. Dunia perfileman Melayu, tanahair diwarnai pelbagai corak kegemilangan oleh P. Ramlee dan dilihat sebagai manusia yang tidak dapat ditandingi sehingga hari ini. Sebagai pembuka bicara dalam forum ini, saya ingin mengungkapkan kata-kata beliau:

Aku dilahirkan untuk menjadi bintang pujaan, selagi hayat dikandung badan, aku tetap berbakti dalam duniaku. Dan aku percaya mereka tetap mengingati kerja-kerja seniku”3

Dari ungkapan tersebut, dapatlah diukur P. Ramlee sememangnya memilih kehidupan sebagai anak wayang untuk sepanjang hayatnya. Bidang perfileman menandai profesionnya sehingga akhir hayat. Kata-katnya juga tidak merujuk untuk mencari kemewahan, tetapi dipuja dan barangkali dimaksudkan ialah karyanya menjadi tatapan sehingga bila-bila dan akhir zaman.

P. Ramlee tidak meninggalkan harta pusaka dan kekayaan dalam bidang yang pernah diceburinya tetapi meninggalkan khazanah ilmu perfileman yang serat menyimpan pelbagai ilmu. Walaupun ada sarjana barat mempertikaikan kewibaaan P. Ramlee menceduk idea daripada filem-filem ini, namun itu semua sebagai kritikan peribadi yang tidak berpijak dengan logik akal. Bagi kita masyarakat Malaysia menganggapkan semua karya P. Ramlee adalah asli, mana mungkin beliau memperolehi sumber-sumber luar diwaktu4 sedang dunia perfileman bermula daripada guru-gurunya yang datang daripada India.5

Makalah ini cuma menyingkap nilai patriotisme dalam filemnya yang terselindung dengan paparan komidinya.6 Filem ini banyak memberi kesan keseronokkan apabila individu menonton setiap filem7 tersebut. Barangkali, filem tersebut dianggap evergreen kerana paparannya merakyat sifatnya.8 Walaupun, Allahyarham telah lama meninggal dunia, tetapi karyanya yang dianggap sebagai masterpiece masih mendapat perhatian.

3

Ungkapan tersebut dipetik dari perbualan dengan sahabat karibnya iaitu Datuk Aziz Sattar. Sepanjang hayatnya, beliau saya rapat dengan Aziz Sattar yang dianggap sebagai adik kandungnya sendiri.

4

Diwaktu P.Ramlee dalam zaman kegemilangannya, (sebelum dan selepas merdeka) Malaysia masih kurang filem-filem luar. Kesukaran ini disebabkan bahan tersebut terlalu mahal dan amat terhad. Pengedaran filem barat dan lain-lain tidak berupaya menembusi pasaran tanahair kerana faktor-faktor ekonomi.

5

V.B. Ryan, Atony Castella, dan banyak lagi.

6

Komidi yang dimaksudkan dalam filem P. Ramlee ialah memaparkan satira, kiasan, pemikiran, pendidikan dan lain-lain, mengikut kefahaman dan intrepetasi individu berbeza di antara individu lain.

7

Filem yang dikaitkan dalam makalah ini ialah, Pendekar Bujang Lapok, Masam-Masam Manis, Bujang Lapok, Sarjan Hassan, Semerah Padi, Keluarga 69, Gerimis, Anak Bapak dan; Panggilan Pulau.

8

(3)

Tayangan berulangan daripada pelbagai stesen tv memperlihatkan filemnya masih segar dalam ingatan peminatnya.

Patriotisme dan Nasionalisme

Perkataan „Patriotisme‟ berasal daripada bahasa Greek, iaitu „patriotes‟ bermakna rakan senegara dan „patrice‟ bermakna tanahair atau negara. Ia membawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan pada tanahair. Patriotisme juga merujuk pada kesediaan, perjuangan, mengorbanan yang tiada taranya. Seseorang yang mempunyai semangat patriotisme berupaya berbuat apa-apa tanpa ada niat mendapatkan balasan dan ganjaran. Selain dari itu patriotisme9 boleh disamakan dengan mereka yang sentiasa sanggup berdepan dengan apa jua rintangan dan permasalahaan. Rintangan dan permasalahan bukan lagi perkara meruncing tetapi perkara biasa.

Definisi patriotisme pula disamakan dengan nasionalisme, namun kedua-duanya ada kelainan. Patriotisme biasanya tidak berasaskan ideologi. Ia adalah satu keterikatan promodial terhadap sesuatu wilayah atau masyarakat, suatu sentimen kepunyaan dan perasaan satu identiti. Walau bagaimana kedua-dua perkataan tersebut mempunyai kesamaratan semangat dan perjuangannya. Setiap kehidupan memerlukan perjuangan, sama ada perjuangan disertai oleh pengikutnya adanpun perjuangan secara individu tanpa bantuan manusia lain.

Makanya dalam kontek perbincangan ini nilai patriotisme dan nasiolisme yang dipaparkan dalam filem P. Ramlee menjurus; pertama, cinta akan bangsa dan negara, kedua; peka masalah sosial dan rakyat, ketiga; bersatupadu dan bergotong-royong, keempat; muhibah dalam bermasyarakat, kelima; hormat dan menghormati, keenam; bersifat amanah dan ketujuh; mematuhi agama dan undang-undang. Tujuh perkara yang menyangkut mengenai nilai patriotisme dan nasiolisme menjadi tunjung peradaban masyarakat Malaysia yang didominasi oleh orang Melayu, manakala masyarakat Cina dan India sebagai masyarakat serumpun majmuk rakyat Malaysia.

Elemen-Elemen Patriotisme

Dalam kehidupan manusia nilai positif dalam kehidupan ditandaii dengan tingkahlaku dan pekerti yang mulia. Masyarakat memandang tinggi terhadap individu yang mempunyai nilai moral10 sebagai idola dalam

9 Patriotisme menandakan sikap-sikap positif dan sokongan untuk satu 'tanahair' (Huruf

Latin patria), oleh individu dan kumpulan-kumpulan. 'tanahair' (atau 'ibu pertiwi') boleh jadi sebuah rantau atau sebuah bandar, tetapi patriotisme biasanya digunakan atas sebuah negara dan / atau satu negara-bangsa. Patriotisme meliputi sikap-sikap sebagai sebagai: rasa bangga dalam pencapaian-pencapaiannya dan budaya, keinginan bagi mengekalkan aksaranya dan asas budaya, dan pengenalpastian dengan ahli-ahli lain negara.

10

(4)

bermasyarakat. Selain itu, keperibadian mulia sebegitu mencakupi pelbagai aspek sebagaimana pendapat Charles Darwin (1871);

“A tribe including many members who, from possessing in a high degree the spirit of patriotism, fidelity, obedience, courage, and sympathy, were always ready to aid one another, and to sacrifice themselves for the common good, would be victorious over most other tribes; and this would be natural selection...”11

Filem karya P. Ramlee banyak memaparkan nilai-nilai patriotisme yang menjadikan filem tersebut bernilai tinggi dari sudut pemikiran masyarakat Malaysia. Pemikiran masyarakat Malaysia adalah berlandaskan pemikiran semua kaum yang dianggap rakyat peribuminya. Justeru, semua kaum menerima filemnya sebagai karya kaum mereka juga, kerana pembabitan mereka turut dipaparkan.12 P. Ramlee menghasilkan filemnya seolah-olah memimpin sebuah negara.13 Dia berjaya memimpin manusia penonton belajar mencintai bangsa dan negara. Selain itu, menyatukan masyarakat Malaysia dalam dunia perfilemannya.

Cinta akan bangsa dan negara

Cinta akan bangsa dan negara sudah menjadi kewajiban semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia telah dilatih dengan mencinta negara melalui lagu negaraku. Lagu tersebut secara didaktik memasuki sanubari setiap rakyat Malaysia yang melalui alam persekolahan sehingga liriknya diingati secara langsung dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Begitu yang terjadi dalam karya Filem P. Ramlee, menyuntik cintakan bangsa dan semangat perjuangan dalam filem Sarjan Hassan.14 Gambaran dalam filem ini, jelas menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi ditunjukkan oleh Hassan. Walaupun beliau pernah dijemuh, dihina dan dipersendakan oleh orang kampung, rakan-rakan dan tidak ketinggalan Buang dan Ajis itu itu anak bapak angkatnya. Namun, seorang pemuda yang berhati waja dan berpekerti mulia mengambil segala itu sebagai cabaran untuk memenuhi hasratnya menjadi seorang askar.15

Watak Hassan merujuk sebagai pekerti mulia orang-orang Melayu ketika itu. Dia sedar kerana menumpang di rumah bekas majikan tempat

11

Lihat... The Descent of Man and Selection in Relation to Sex ( ISBN 1-57392-176-9).

12 Kebanyakan Filem P.Ramlee menonjolkan watak pelbagai bangsa sebagai

memperpaduankan bangsa Malaysia.

13

Allahyarham pernah bergurau dengan Dato Aziz Sattar, ingin menjadi Perdana Menteri. Pada hakikatnya dia sememangnyamenjadi Perdana Menteri dalam pembikinan idea

filemnya. Temubual dengan Dato Aziz Sattar di Pustaka P. Ramlee “Forum Hanya Dikau” 13 Mac, 2009.

14

Dalam filem sebenar ejaan tajuknya adalah Sergeant Hassan yang menggunakan perkataan Inggeris. Filem ini diterbitkan pada tahun 1958, yang diarahkan Lamberto V. Avellana.

15 Di zaman pembikinan filem tersebut, sering panggil seldadu ataupun askar dan

(5)

orang tuanya bekerja dahulu, dan tidak mahu mencatatkan keruh tinta hitam dalam keluarganya yakni menderhaka ataupun sebagai pepatah Melayu mengatakan; seperti kacang lupakan kulit. Walaupun yang dihadapinya ketika menumpang di rumah tersebut, dia sentiasa dihina oleh Ajis sebagaimana dailog berikut.16 Penghinaan demi penghinaan Hassan tanggung dengan penuh ketabahaan sehingga dewasa dan menjadi askar.

Ketika Hassan menjadi askar dia mengetuai platon yang mana Ajis dibawah pemimpinannya. Namun, Hassan tidak pula membalas dendam ataupun menunjukkan sifat egonya sebagai seorang ketua. Sikap ini ditunjukkan juga ketika Ajis mendapat kemalangan parah ketika diserang hendap oleh tentera Jepun. Ajis walaupun dalam keadaan parah, tetapi tetap mencemuh dan mengherdik Hassan.17 Dialog disaat Hassan dan Ajis diserang hendap oleh Jepun memperlihatkan keangkuhan Ajis, walaupun dalam keadaan segenting itu. Sifat perjuangan yang kental dan tidak menyimpan dendam terhadapl Ajis, Hassan terus berusaha untuk menyelamatkan Ajis yang disifatkan sebagai adik kandungnya sendiri.

Hasan dibelasah sewaktu kanak-kanak oleh Buang

Buang dibelasah sewaktu dewasa oleh Hassan

Masing-masing ingin menunjukan kejantanan

Filem “Sergeant Hassan”

Dalam peperangan menentang pendudukan Jepun, Hassan bertindak sebagai wira yang tidak pernah tunduk dengan kekuatan tentera Jepun yang ramai jumlahnya. Semangat perjuangannya terus membakar sehingga dapat membebaskan orang-orang kampung daripada acaman Jepun. Lebih-lebih lagi menyelamatkan bakal mentuanya yang dijadualkan kena hukuman pancung di Melaka. Gambaran ketaataan dan kesetiaannya kepada bangsa, dia mengadaikan nyawa menyerang hendap tentera Jepun

16

Bapak Ajis: (marah dan menuding jarinya) Duduk! (ajis duduk di kerusi) dia anak angkat aku. aku tak mahu kau bergaduh dan aku mahu kau berbaik dengan dia. (Ajis bangun dari kerusi memandang tepat ke arah bapaknya) Ajis : Tapi, dia hanya anak seorang kuli, dia pengotor, dia pakai baju Ajis, seluar Ajis, barang-barang Ajis semua dia pakai. apa...bapak suruh dia tinggal di sini?

17

(6)

yang membawa bapa Salmah18 dalam perjalanan ke Melaka. Selain itu, maruahnya tetap terbalas apabila dapat menjejaki Buang yang menjadi tali-barut bangsa dan negara. Buang dapat diberkas dan dibunuh dihadapan khalayak19 untuk membuktikan kejantaannnya dan menunjukkan petualang sebenar menakhodakan peristiwa berdarah di kampungnya.

Peka Masalah Sosial dan Rakyat

Permasalahan sosial banyak dipaparkan dalam filem P. Ramlee. Ketika zaman pembikinan filem tersebut, masalah sosial di negara ini berdepan dengan pelbagai kerumitan. Kehidupan selepas merdeka, rakyat masih menagih pembangunan. Masyarakat Melayu ketika itu tidak mempunyai rumah sendiri, tetapi menyewa bilik. Sudah tentu suasana kehidupan tidak selesa ketika itu. Namun, tidak sahaja itu yang termampu oleh orang-orang Melayu hidup di bandar untuk mengurangkan perbelanjaan untuk menyewa rumah. Gambar tersebut sangat jelas memperlihatkan masyarakat di zaman selepas kemerdekaan tertekan dengan masalah ekonomi yang membabitkan pendapatan bulanan mereka.

Dalam filem Masam-Masam Manis P. Ramlee menggambarkan suasana itu, yang mana dia sendiri seorang guru duduk menyewa sebuah bilik bersebelah seorang perempuan kabaret yang kemudian menjadi isterinya. Bagi mereka yang baru berkahwin atau bujang, suasana begitu tidak menjadi masalah, tetapi bagi yang berkeluarga menjadi sebaliknya. Mereka yang tinggal sebegitu perlu memahami kehidupan berjiran dengan cara perkongsian pelbagai kemudahan dengan rela hati dan bertimbangrasa. Berbagai karenah yang ditanggung oleh penghuni-penghuni yang menyewa rumah kedai milik Mak Minah. Mereka terpaksa berkongsi bilik mandi dan sebagainya, walaupun dalam keadaan tidak selesa tetapi terpaksa diharungi. Suasana menjadi gamat jika berlaku perkara-perkara yang diluar jangkaan penghuni sebagaimana babak dalam bilik sewa Cikgu Shaari dan Nurliah yang digambarkan dalam filem “Masam-Masam Manis”.

Dalam babak Cikgu Shaari bergaduh dengan Nurliah seorang gadis yang menyewa di sebelah biliknya, membabitkan semua penghuni yang lain. Ketika frame gambar yang ingin dicampakkan oleh Nurliah ke bilik Cikgu Shaari tersasar dan terkena jiran mereka.20 Penyewa yang terkena frame gambar terus keluar dari bilik ditemani isterinya, menjadi kecuh dan gamat di subuh itu. Sehingga menyebabkan penghuni lain turut terjaga dan

18

Bapak Salmah seorang Guru yang sering membela nasib Hassan ketika dia dimarahi ataupun difitnah. Kerana itu, Hassan amat terhutang budi dan selain itu, dia adalah bapak mentuanya.

19Ada di kalangan mereka pernah mencerca dan menghina Hassan sewaktu kanak-kanak

dan ada di antara mereka adalah tali-barut Buang, tetapi berpaling tadah kerana perjuangan Buang yang sia-sia.

20 Penyewa: (Marah) Di tengah malam lempar-lempar barang ni dalam bilik orang?.

(7)

berlaku insiden melucukan ialah ketuk mengetuk kepala di antara satu sama lain. Muncul Mak Minah menenangkan keadaan, tetapi dia juga turut terkenal ketukan frame gambar yang mana memperlihatkan kelucuannya.

Filem Pendekar Bujang Lapok Filem Ibu Mentuaku Filem Bujang Lapok

Kesan dramatik yang digambarkan dalam filem tersebut memperlihatkan kelojikannya; yakni perkara tersebut barangkali pernah berlaku dengan isu yang berlainan. Ianya kelihatan sebagai perkara biasa tetapi sindiran P. Ramlee dalam filem itu yang berlaku dalam kehidupan masyarakat bandar ketika itu. Beliau paparkan dalam filem kerana perihatin masalah yang serupa sememangnya berlaku. Begitu juga berlaku dalam filem “Bujang Lapok”, berlaku pergaduhan jiran sebelah bilik mereka.21 Pergaduhan suami-isteri merupakan asam-garam kehidupan berumahtangga, tetapi yang menjadi kelucuannya, perkara yang dipaparkan sangat simplistik dirungkai dengan penuh sinis dan melucukan.

Sememangnya isu-isu begitu berlaku dalam masyarakat Melayu yang mana pergaduhan mereka (suami-isteri) tanpa kawalan dapat didengari dan diketahui oleh jiran tetangga mereka. Barangkali orang-orang Melayu sukar mengawal perasaan apabila bergaduh dengan pasangan mereka, menyebabkan P. Ramlee gambarkan situasi sebenar dalam filemnya sebagai panduan dan pengajaran.

Dalam filem “Pendekar Bujang Lapok”, memaparkan kehidupan masyarakat Melayu yang buta huruf. P. Ramlee mendokumentasi sejarah yang mana kerajaan amat prihatin masalah rakyat dengan mengadakan sekolah dewasa untuk golongan tua. Kerajaan peka masalah sosial yang dihadapi oleh orang Melayu kerana buta huruf. Mereka diajar mengeja dan menggira sebagai usaha kerajaan meningkatkan celik huruf di kalangan rakyat selepas kemerdekaan. Jika P. Ramlee tidak menggambarkan isu tersebut dalam filemnya, barangkali generasi mutakhir akan buta sejarah tentang peranan kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat.

21

(8)

Filem Pendekar Bujang Lapok merupakan satu lonjakkan paradigma pemikiran P. Ramlee mengorak langkah menghasilkan filem berlatarsosialkan kehidupan sebenar masyarakat Melayu selepas mengecapi kemerdekaan. Negara ketika itu, berdepan dengan pelbagai kekurangan daripada infrastruktur, pendidikan, perubatan dan ekonomi. Ketika itu, masyarakat Malaysia lebih maklum dan memahami keadaan ekonomi negara yang mana kerajaan tidak berkemampuan mengadakan segala-galanya secara drastik.

Walaupun begitu, kerajaan tetap mengadakan sekolah khas untuk warga emas bagi mengambil berat dan perihatin kepada mereka. Pendidikan merupakan teras utama menjadi agenda politik kerajaan, yakni jika rakyat ramai yang buta ilmu dan buta huruf, sudah tentu implikasinya melemahkan jentera kerajaan. Jentera kerajaan berpaksi kemantapan pendidikan dan keintelektuan rakyatnya.

Bersatupadu dan Bergotong-royong

Bersatupadu dan bergotong-royong dalam masyarakat Malaysia telah menjadi satu kemestian dan kewajipan mereka. Kehidupan bermasyarakat memerlukan kerjasama dan faham-memahami di antara satu dengan lain. Kehidupan sosial masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu ditonjolkan dalam filem karya P. Ramlee, umpamanya dalam kehidupan bergotong-royong dan bekerjasama menangani setiap masalah. Agama Islam anuti masyarakat Melayu menjadi perisai dan pedoman mereka.

Dalam filem Semerah Padi memaparkan adegan orang kampung bergotong-royong mengerjakan sawah dan ladang. Mereka berkerja secara berkumpulan dalam ertikata menyemerak dan memakmurkan suasana silaturahim di antara pendudukan kampung. Perlakuan dan perbuatan orang-orang kampung Semerah Padi, menggambarkan situasi sebenar kehidupan masyarakat Melayu di zaman silam. Masyarakat Melayu di zaman silam mempraktikkan semangat bergotong-royong, kerana telah mendarahdaging amalan tersebut sejak nenek-moyong mereka.

Kesan daripada berganding bahu dalam mengusahakan bidang pertanian yakni bercucuk tanam, makanya terbit semangat kesepaduan dan kasih-sayang sebagai hubungan kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan bersendikan khidmat sosial secara bersepakatan, membuahkan hasil yang

(9)

menyeluruh. Mereka dapat mengukuhkan ekonomi pendudukan kampung secara sepadu.22 Kerja bergotong-royong adalah satu sistem kemasyarakatan yang diamalkan dari generasi ke generasi sebagai amalan adat masyarakat Melayu.

Muhibah dalam bermasyarakat

Muhibah dalam bermasyarakat telah menjadi teras utama pembinaan keperibadian manusia sama ada di zaman silam dan semasa penulisan ini dihasilkan. Di zaman lampau, para pemimpin melaungkan slogan “Muhibah dalam bermasyarakat” untuk memenangi hati semua kaum. Slogan itu penting untuk menyatupadukan semua rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum mempunyai fahaman dan anuti agama yang berbeza, tetapi menjalani kehidupan aman dan sentosa.

P. Ramlee menyahut seruan dan saranan kerajaan, menjadi muhibbah dalam bermasyarakat di dalam filemnya. Cetusan rasa dan keperihatinan beliau menghasilkan beberapa buah filem menyelitkan isu-isu kemuhibbahan di antara kaum adalah menjadi tanggungjawabnya. Sama ada audiens sedari ataupun tidak peranan P. Ramlee melaksanakan kehendaki kerajaan terserah pada penerimaan dan persepsi mereka sendiri. Jaluran kemuhibbahan di antara kaum dapat dilihat dan dihayati dalam filem Sesudah Subuh, Sarjan Hassan, Gerimis, Seniman Bujang Lapok, Bujang Lapok dan lain-lain.

Selain itu, susunan masyarakat dalam disatukan di bawah satu bumbung perpaduan pelbagai kaum dan keturunan. Gambaran tersebut jelas dipaparkan di dalam filem-filem yang dinyatakan di atas. Umum mengetahui bahawa filem adalah wadah yang paling dekat dengan masyarakat audiens. Mereka terdedah dengan maklumat dan mesej yang

22 Melakukan kerja secara berkelompok ataupun „estet‟ adalah resam kehidupan di

kampung. Pendapatan secara berkelompok dapat menjana ekonomi orang kampung yang

kini mereka mengamalkan tradisi „syarikat koperasi‟ dimilik secara bersama tetapi bukan

individu.

(10)

pantas sehingga kesan penerimaannya juga pantas. Perubahan sosial berlaku dengan drastik tanpa menggunakan baget yang besar.23 Tugas P. Ramlee membawa perubahan ini seharusnya mendapat pengitirafan secara global, tetapi tidak hanya rakyat negara ini sahaja mengetahui sumbangannya.

Justeru, karya dalam filemnya membariskan beberapa pelakon bukan Melayu, dapat mengassimilasikan slogan “Muhibah dalam bermasyarakat”. Paparan elemen-elemen muhibah dalam filem P. Ramlee jelas memberi kesan optimun melonjakkan paradigma kehidupan bermasyarakat yang berharmoni di Malaysia.

Hormat dan menghargai

Satu bangsa yang disanjungi dan dihormati adalah bangsa bersopan-santun dan berbudi bahasa. Sifat hormat dan menghargai sesama insan menjadi tonggak aplikasi tabiat itu sejak turun-temurun lagi. P. Ramlee mendasari pemikiran sebegitu sehingga dapat melonjakkan filem karyanya diterima pelbagai lapisan masyarakat, contohnya filem Gerimis, Sesudah Subuh, dan lain-lain.

Dalam filem Sarjan Hassan umpamanya, P. Ramlee memaparkan sikap Hassan yang sangat menghormati bapa angkat dan orang gaji yang membelanya dan menganggapkan Hassan macam anak sendiri. Begitu juga Hassan yang menghormati rakan-rakannya dan Ajis yang dianggap adiknya sendiri. Namun, Ajis sentiasa mencari helah untuk memercikkan suasana kebencian terhadap Hassan. Hassan tetap dengan pendiriannya, iaitu tetap menghormati Ajis kerana tidak mahu dikatakan “anak yang tidak sedar diuntung”.

Begitu juga dailog-dailog yang terdapat dalam filem tersebut amat merakyat sifatnya, kerana mudah ditauladani dan menusuk sanubari audiens. Paparan ataupun gambaran kehidupan kekampungan yang sangat realiti sebagai bukti sejarah sosial masyarakat Melayu yang sentiasa terbela. Umpamanya, dalam filem Nujum Pak Belalang memaparkan kehidupan orang kampung saling bantu-membantu dalam kerja perladangan dan lain-lain. Mereka bekerja berpasukan dalam berusaha bercucuk tanam. Jika berlaku musibah dan lain-lain hal, mereka sekampung cuba menyelesaikan tanpa menggira darjah dan keturunan.

P. Ramlee menggambarkan Kacong dan Cinkaduk cuba memujuk Pak Belalang berusaha di bendang bersama orang kampung. Ini memperlihatkan keprihatinan orang kampung mengenai kehidupan rakan-rakan dan jiran mereka yang lain. Penghulu yang bertindak sebagai orang tengah dalam segala hal, memperlihatkan tanggungjawapnya yang tidak berbelah bagi. Gambaran ini sememangnya berlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu di zaman silam yang sangat menghormati jiran

23

(11)

sekampung. Jika berlaku sakit pening dan kematian, mereka sekampung turun beramai-ramai melaksanakan. Sejarah sosial sebegini dapat digambarkan dengan jelas dalam filem-filem yang dikaji iaitu filem Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok.

Kesimpulan

Zaman silam dan zaman mutakhir iaitu ketika tinjauan dilakukan, adalah dua peralihan zaman yang banyak digambarkan dalam filem karya P. Ramlee. Gambaran kehidupan masyarakat Melayu yang membabitkan masyarakat majmuk menunjukkan bukti sejarah sosial kehidupan masyarakat Malaysia. Kontrak sosial yang disebut dan dilaungkan dan dipertikaikan individu tertentu sudah difilemkan sebagai tanda dan pengesahannya sebagai modal insan negara. Gadingan kehidupan pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa dalam filem tersebut dapat melahirkan perasaan kasih-sayang dan perpaduan di kalangan mereka.

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah masyarakat yang ideal dan terbilang, kerana boleh hidup dengan aman dan sentosa semacam satu rumpun bangsa dan keluarga. Dalam filem P. Ramlee, bangsa lain tidak ketinggalan dipaparkan dan digandingankan dengan pelakon bangsa Melayu. Contohnya; orang Cina memegang watak peniaga, orang India sebagai jiran tetangga, orang Sikh sebagai (jaga) bertindak mendamaikan pertikaian dalam berbahasa dan hormat-menghormati. Paparan ini dapat dilihat dalam Seniman Bujang Lapok, ketika seorang Jaga berketurunan Sikh mengajar dan menyedarkan Sudin dan Aziz berbahasa iaitu menghormati orang lain.

Kesemuanya ini dapat memperbetul dan mengajar manusia berbahasa dan menghormati orang lain. Budaya mementingkan diri sendiri tidak perlu wujud dalam masyarakat Malaysia, kerana gabungan semua adat daripada semua bangsa dapat menjernih dan memberi nilai tambah kepada budaya tempatan. Warna-warni kehidupan masyarakat Malaysia yang dibangunkan oleh semua bangsa menjadi kontrak sosial serta merakamkan sejarah sosialnya yang tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Filem karya agong tersebut telah menggambarkan semua aspek kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang sungguh menarik dan dapat dikongsikan oleh semua bangsa.

(12)

Rujukan

1. Asmah bt. Idris. (1999). Filem Melayu: Satu Analisis Historikal Tumpuan Terhadap Idea, Bentuk dan Kandungan. Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

2. Ahmad Sarji. (1999). P. Ramlee: Erti Yang Sakti. Kuala Lumpur: Pelandok Publication.

3. Aimi Jarr. (2008). Jejak Terbilang. Selangor: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.

4. Nik Amirul Mu‟min bin Nik Min. (1999), Filem: Pengaruh Medianya Ke Atas Masyarakat Tinjauan Terhadap Filem-Filem Melayu. Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

5. Ninozaireen Hassan. (1999). Filem Melayu: Sejauhmana Paparan Budaya Melayu. Jabatan Pengajian Media, Faklti Sastera dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

6. Mansor Puteh (2009). Filem Melayu Dilema Dua Era. Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

7. Madzniyah bt. Md. Jaafar (1985). Filem-Filem Arahan P. Ramlee: Suatu Penelitian Dari Perspektif Budaya. Universiti Kebangsaan Malaysia.

8. Haniff Haji Hassan. (1990). Filem Komedi: Satu Analisa Ke atas Filem-Filem Bujang Lapok. Universiti Kebangsaan Malaysia.

9. Ramli Mohamed. (2003). Senima dan Penontonan di Malaysia. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Komunikasi USM.

10.Lizawati Bahaman. (2000). Filem Penarik Beca Sebagai Karya Klasik Melayu: Satu Kajian Konsep dan Teoritikal. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

11.Syed Muhad Kahirudin Aljunid. (2002). Films As Social History – P. Ramlee‟s “Seniman Bujang Lapok” and Malays in Singapore (1950s -60s). National University of Singapore.

12.Timothy White (2008). Historical Poetics, Malaysian Cinema, and the Japanese Occupation: A Journal fof Film and audiovisual Media. University of Waterloo Site.

Referensi

Dokumen terkait

Pada bab ini, tidak hanya berisi mengenai perkembangan secara umum namun juga analisis secara singkat dari sebab dan akibat penurunan fungsi lingkungan hidup di dalam kasus

Disebutkan bahwa faktor- faktor yang mempengaruhi intensi untuk membeli asuransi di Thailand adalah faktor agen dan perusahaan dimana faktor agen meliputi Agen harus jujur dan

Analisis gugus fungsi, distribusi, dan ukuran partikel tinta stempel dari ekstrak gambir (Uncaria gambir Roxb) dengan senyawa pengomplek NaOH dan.. Al 2 (SO 4

Refleksi meliputi kegiatan: analisis, penafsiran, menjelaskan dan menyimpulkan serta dianalisa, dengan data observasi guru dapat merefleksi diri apakah dengan metode

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

Penilaian acuan patokan (PAP) merupakan penilaian yang diacukan pada tujuan instruksional yang harus dikuasai oleh siswa, sedangkan penilaian acuan norma (PAN)

Dinas Perumahan, Kawasan Permukiman dan Cipta Karya melalui Bidang Permukiman berupaya untuk selalu mereview dan memperbaharui status dari Database infrastruktur,