• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep etnik dan budaya politik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Konsep etnik dan budaya politik"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

2.0 konsep etnik dan budaya ETNIK

Ahli sosiologi merujuk etnik sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama, ras, mahupun asal usulnya. Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. Perkongsian nilai telah menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak langsung membahagikan masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza. Etnik juga didefinisikan sebagai:“An ethnic group is defined as a collectivity within a larger society having real or putative common ancestry, memories of a shared historical past, and cultural focus on one or more symbolic elements defined as the epitome of their peoplehood. Examples of such symbolic elements are: kinship patterns, physical contiguity, religious affiliation, language or dialect forms, tribal affiliation, nationality, or any combination of these.” (Schermerhorn, R. 1996:17)

ETNISITI

Etnisiti merujuk kepada gabungan pelbagai sifat dan komponen yang kebiasaannya dimiliki oleh kumpulan etnik (Smelser, 1988). Etnisiti merangkumi perkongsian kepercayaan, norma, nilai, keutamaan di dalam kumpulan, ketaatan dan menyenangi kelompoknya sendiri.

ETNOSENTRISME

Satu tanggapan bahawa kumpulannya adalah yang terbaik berbanding dengan kumpulan yang lain. Ini mengakibatkan kegagalan untuk menerima pandangan orang daripada kumpulan lain. Contohnya seperti dalam sistem kasta, golongan Brahmin menganggap diri mereka adalah suci dan mulia. Oleh itu mereka tidak boleh bergaul dengan kasta lain, sebagai contoh, individu yang datang daripada kasta Sudra.

JARAK SOSIAL

Jarak sosial merujuk kepada pengasingan secara fizikal atau emosi antara individu yang mempunyai perbezaan tanggapan. Jarak sosial boleh wujud akibat sikap negatif terhadap kelompok lain. Kewujudan jarak sosial disebabkan oleh ketiadaan interaksi sosial di antara kelompok kerana perbezaan tempat tinggal, pekerjaan, bahasa, agama, adat resam dan perbezaan etnik. INTEGRASI

Integrasi ialah penyatuan antara kelompok yang berbeza tetapi hidup di bawah sistem pemerintahan yang sama. Setiap kelompok hidup bersama secara aman tanpa mengira latar belakang dan bebas mengamalkan budaya masing-masing. Integrasi boleh berlaku melalui proses akomodasi, akulturasi dan asimilasi.

AKOMODASI

Akomodasi merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih pihak yang

(2)

menang-menang (win-win situation) di mana kedua-dua pihak yang bertentangan pendapat atau matlamat akan memperoleh faedah daripada satu matlamat baru yang telah dibina secara bersama dan kolektif. Sebagai contoh, di Malaysia, meskipun bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun demikian bahasa-bahasa lain masih boleh digunapakai selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip perlembagaan.

**(masukkan asimilasi)

Daripada jumlah penduduk di malaysia pada tahun 2000, kira-kira 21.89 juta orang atau 94.1 peratus adalah penduduk warganegara Malaysia. Daripada jumlah ini, kaum Bumiputera terdiri daripada 65.1 peratus, Cina 26 peratus, dan India 7.7 peratus. Komposisi etnik ini adalah 60.6 peratus, 28.1 peratus dan 7.9 peratus masing-masing pada tahun 1991. Penduduk bukan warganegara Malaysia berjumlah 1.38 juta orang atau 5.8 peratus pada tahun 2000 berbanding 805 ribu orang atau 4.4 peratus pada tahun 1991.

Di Sarawak, kumpulan etnik terbesar bagi tahun 2000 ialah Iban, dimana mereka merupakan 30.1 peratus daripada jumlah penduduk warganegara Malaysia diikuti oleh Cina 26.7 peratus dan melayu 23 peratus. Data yang serupa bagi Sabah menunjukkan bahawa kumpulan etnik yang terbesar ialah Kadazan Dusun 18.4 peratus diikuti oleh bajau 17.3 peratus dan melayu 15.3 peratus.

Konsep Kebudayaan

Budaya seringkali ditafsirkan dalam pengertian yang sempit. Masyarakat menganggap kebudayaan hanyalah merujuk kepada tarian, permainan tradisional dan majlis-majlis kesenian. Sebenarnya pengertian kebudayaan itu adalah sesuatu yang lebih luas yang merangkumi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam, teknologi dan lain-lain

Referensi

Dokumen terkait

Muslimah yang dimaksud dalam penelitian ini adalah muslimah yang ada dalam Novel Bidadari-bidadari Surga karya Tere-Liye, mencakup segala kepribadian dan gambaran seorang

Wujud percakapan seperti dalam penggalan percakapan (2) sering terjadi dalam percakapan pendidik dengan peserta didik SMA. Peserta didik SMA yang mudah dalam

Dengan pendekatan komponen sistem dapat didefenisikan sebagai kumpulan komponen yang saling berhubungan satu dengan yang lainnya membentuk satu kesatuan untuk mencapai

Arsyad (2009: 6-7) melengkapi pendapat yang disampaikan oleh beberapa ahli.Media pendidikan memiliki pengertian umum sebagai berikut. 1) Media pendidikan memiliki pengertian

Dari hasil simulasi, pada sistem MMSE Linear Detector nilai BER target dapat dicapai pada SNR 5-6 dB untuk jumlah user 5.. Terjadi perbaikan sistem oleh MMSE Linear Detector

Media dalam kultur jaringan memiliki pengaruh yang besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan eksplan, karena media merupakan tanah yang harus mengandung nutrisi yang dibutuhkan

Sesuai dengan problem, tujuan penelitian dan pembahasan, maka dapat disimpulkan bahwa problem yang dihadapi PKBM Wira Bakthi dalam pengentasan buta huruf di

Kebutuhan Dana / Pagu Indikatif 10 11 Urusan/Bidang Urusan Pemerintah Daerah dan Program/Kegiatan Kebutuhan Dana / Pagu Indikatif Target Capaian Kinerja Catatan Penting