• Tidak ada hasil yang ditemukan

halangan dan cabaran pengurusan dakwah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "halangan dan cabaran pengurusan dakwah"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

[1]

~ Pengurusan Dakwah Dan Cabaran Kontemporari Masa Kini ~

Disediakan Oleh :

Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.”1

Mengimbas kembali sejarah mengenai bagaimana dakwah Islam mula tersebar,

berkembang dan disampaikan kepada umat manusia di zaman Nabi Musa a.s. Kita dapati bahawa

baginda menggunakan cara dan pendekatan dakwah yang bersesuaian dengan cabaran dan situasi

yang berlaku pada zaman tersebut. Pada zaman Nabi Musa a.s, baginda dianugerahkan oleh Allah SWT dengan mukjizat „tongkat sakti‟ bagi menempuhi cabaran yang dihadapi oleh baginda. Ini kerana baginda mempunyai kepakaran di bidang sihir yang merupakan salah satu

ciri-ciri kekuatan yang menjadi pelindung kepada kezaliman yang dilakukan oleh penguasa

Mesir iaitu Fir‟aun pada masa tersebut.

Namun, beralih pada masa kini, dakwah islamiah sedang memasuki era baru peralihan

zaman. Umat Islam sedang berada di dalam era yang dikenali sebagai „masyarakat terbuka‟.

Arus globalisasi dan kemajuan dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat menjadikan

masyarakat terbuka sebagai satu realiti. Selaku pendakwah yang memikul amanah dalam

menyebarkan dakwah dan seorang muslim yang perlu berpandangan positif, era peralihan zaman

ini harus dijadikan peluang untuk kita meningkatkan usaha untuk menyampaikan ajaran agama

Islam kepada seluruh masyarakat selaras dengan kemajuan yang ada. Kita perlu meningkatkan

1

(2)

[2]

seluruh saluran dan ruang penghebahan untuk memastikan ajaran agama Islam tersebar

seterusnya membangunkan masyarakat berasaskan panduan dan pedoman cahaya al-Quran dan

al-Hadith.

Bermulanya era yang baru ini juga maka semakin bertambah cabaran dan mehnah

tribulasi dalam menyebarkan dakwah islamiah. Kerana itulah juga perlunya kepada pengurusan

dakwah yang lebih berkesan dan efektif agar pelaksanaan aktiviti dakwah itu berterusan dan

sampai kepada masyarakat. Justeri itu, wujudlah pelbagai institusi dakwah yang mana terdapat

satu sistem pengurusan didalamnya yang bertanggungjawab menguruskan

perancangan-perancangan yang akan dilaksanakan bagi menjalankan kegiatan berkaitan dakwah, pengurusan

dakwah yang baik akan menghasilkan natijah yang baik dan semua pengurusan yang dilakukan

mestilah di ambil kira dari segi aspek strategi perancangan, sumber manusia dan juga prasarana

atau kemudahan yang akan diguna pakai. Mesej yang ingin disampaikan oleh pendakwah

Muslim mestilah sistematik dan melibatkan perancangan yang teliti, organisasi yang berstruktur

dan menggunakan tenaga manusia yang berkualiti serta diyakini

Tidak dinafikan bahawa kadangkala terdapat aktiviti atau program dakwah yang

dianjurkan tidak memenuhi keperluan dan kesesuaian sesuatu keadaan dalam sesebuah kelompok

masyarakat. Dan tidak juga dinafikan bahawa ada yang mendapati dakwah islamiah masih belum

dijadikan panduan atau ikutan oleh masyarakat dalam menghadapi perubahan dalam kehidupan

mereka. Maka pengurusan dakwah pada masa kini perlu lebih selaras dan pelaksanaannya yang

(3)

[3]

DEFINISI

Beberapa pendapat mendefinisikan dakwah sebagai:

a) Dr. Wan Hussein Azmi (1984 : 2)2

Menurut pendapat Sheikh Ali Mahfuz, dakwah adalah merangsang manusia kepada Allah

SWT dan melakukan kebaikan agar mereka selamat hidup didunia dan di akhirat.

b) Dr. Abdul Aziz Mohd Zin3

Memetik pandangan Prof H.M Ariffin bahawa dakwah adalah satu kegiatan ajakan yang

baik dalam bentuk lisan, tulisan, tingkahlaku dan sebagainya yang dilakukan secara sedar

dan bertujuan untuk mempengaruhi orang lain secara individu mahupun secara

berkelompok agar timbul dalam hati kesedaran, sikap penghayatan serta pengamatan

terhadap ajaran agama sebagai mesej yang disampaikan kepadanya dengan tanpa adanya

unsur-unsur paksaan.

c) „‟Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,

menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. merekalah orang-orang yang beruntung.‟‟4

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”5

Sebagai mana yang dinyatakan dalam al-Quran diatas, asalnya dakwah bermaksud

seruan, iaitu seruan yang mengajak kepada kebaikan, amar ma‟aruf nahi mungkar dan

beriman kepada Allah.

2 Dr. Wan Hussein Azmi mengulas pendapat yang diutaran oleh Sheikh Ali Mahfuz, 3

Dr. Abdul Aziz Mohd Zin adalah mantan pensyarah di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya

4

Surah Al-Imran: 104

5

(4)

[4]

Beberapa kesimpulan yang dapat diambil daripada pengertian pengurusan adalah:

a) Perkataan “pengurusan” dari segi etimologinya adalah berasal daripada perkataan “urus” yang bererti “menyelenggarakan sesuatu dengan baik atau secara teratur”. Apabila penggunaan imbuhan “peng” dan “an” digunakan pada perkataan “urus” ia

bereti “perihal (kerja dan sebagainya) mengurus (syarikat, badan perniagaan dan lain-lain).6

b) Muhammad A. al-Buraey mendefinisikan “pengurusan” pula sebagai “menyelaraskan

tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain”

c) Secara keseluruhannya dapat kita ketahui bahawa perkataan “pengurusan” bermaksud

suatu usaha atau proses mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha

anggota-anggota organisasi, merancang dan menggunakan sumber-sumber lain organisasi

(kewangan, masyarakat dan lain-lain) bagi mencapai matlamat-matlamat organisasi yang

ditetapkan

Manakala definisi bagi pengurusan dakwah kontemporari pula adalah menguruskan diri dan

organisasi menggunakan kaedah, strategi serta langkah-langkah terkini dan sesuai dengan

perubahan persekitaran selagi tidak menyalahi batas-batas hukum syara‟. Pengurusan dakwah

sama sekali tidak boleh dipisahkan dengan gaya kepimpinan yang selari dengan matlamat asal

dakwah. Namun disebalik pelaksanaan pengurusan dakwah secara kontemporari terselit cabaran

yang merupakan rintangan dan ujian masa kini bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab

dakwah.7

6

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997 : 1529

7

(5)

[5]

 CABARAN PENDAKWAH

Kemajuan era globalisasi kini menyebabkan ideologi perkembangan mempengaruhi corak

pemikiran manusia, era globalisasi diertikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan

mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi

maklumat. Oleh kerana kepantasan teknologi jugalah yang telah meningkatkan tamadun

sesebuah negara. Maka, pengurusan dakwah yang lebih efektif dan berdaya saing diperlukan

bagi meletakkan dunia modenisasi bukan sahaja penghalang malahan sebagai pendorong untuk

dakwah terus maju kehadapan.

Diantara cabaran yang dihadapi pendakwah adalah:

 Gaya hidup:

Pendedahan kemajuan teknologi menyumbang kearah modenisasi yang menekankan

manusia kepada kebendaan dan kemodenan, akibatnya mereka lebih mementingkan hal

masing-masing tanpa memikirkan apa yang berlaku sekitar mereka. Secara tidak

langsung masyarakat akan lebih pentingkan peralatan teknologi dan menyisihkan

nila-nilai keagamaan dan ketimuran serta hal-hal yang berlaku sekitar mereka.

 Pegangan hidup:

Disebabkan teknologi yang terlalu moden akan menjadi ancaman kepada

program-program atau aktiviti dakwah yang ingin dijalankan kerana akan ada golongan yang akan

memanipulasikan kemajuan tersebut untuk kepentingan peribadi. Natijahnya, masyarakat

akan lebih pentingkan program yang berbentuk hiburan khususnya golongan belia

remaja.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi cabaran kepada pendakwah:

 Faktor dalaman

a) Individu, pembentukan sahsiah yang unggul dan berketerampilan bermula

dengan individu itu sendiri. Ilmu yang memainkan peranan penting bagi

seseorang individu dalam membuat perancangan. Tahap kecetekan atau

(6)

[6]

tindakan yang melibatkan struktur masyarakat dan negara. Oleh itu, tahap

keilmuan yang tinggi membolehkan individu membuat penilaian sesuatu tindakan

yang akan dialkukan samada baik atau buruk. Kekurangan ilmu akan

menyebabkan seseorang pendakwah sukar untuk membuat penialaian.

b) Keluarga,Keluarga adalah institusi penyebaran dakwah dan perkembangan Islam

bermula dalam kalangan anggota keluarga. Apabila pembinaan institusi keluarga

berasaskan kepada ajaran Islam, hasilnya sebuah rumah tangga bahagia. Secara

tidak langsung, institusi keluarga bahagia boleh menjadi penggerak dakwah

melalui contoh ditunjukkan bukan saja terhadap ahlinya, tetapi juga pihak luar

pastinya ingin tahu rahsia kebahagiaan dikecapi. Keluarga sering dikaitkan

sebagai antara punca berlakunya gejala sosial dan keruntuhan akhlak remaja. Oleh

itu, jika keluarga menjadi punca, maka keluarga juga boleh menjadi penyelamat

atau sistem pertahanan bagi mengelak berlakunya gejala negatif.

 Faktor luaran:

a) Persekitaran, Model pembangunan masa kini terutamanya dalam bidang

sosioekonomi negara pada dasarnya berteraskan model liberal-kapitalis, maka

berkemungkinan wujudnya budaya barat atau sosiobudaya yang negatif yang

boleh meruntuhkan akhlak umat-umat islam yang membolehkan

penyakit-penyakit sosial seperti disko, perjudian bertaraf dunia, pengeksploitasian wanita

dan sebagainya semakin menular. Malahan budaya yang sering melanda

remaja-remaja khususnya dan masyarakat amnya ialah budaya k-pop dan rock yang mana

sedikit sebanyak mempengaruhi budaya pemikiran dan ia sangat mempengaruhi

emosi manusia.

b) Komuniti Masyarakat. Di Malaysia, masyarakat yang menetap disini berbilang

bangsa, kaum dan agama. Maka akan berlaku pertembungan dan percampuran

budaya yang pelbagai. Disinilah pendakwah menghadapi cabaran bila mana

(7)

[7]

melaksanakan penyebaran dakwah berasaskan kepada nila-nilai dan tahap

pemahaman sesuatu masyarakat supaya dakwah yang disebarkan tidak terlalu

rigid sehingga menyukarkan masyarakat untuk menerimanya. Malahan biar

dakwah itu berterusan walaupun perlahan asalkan tidak terhenti ditengah jalan.

c) Media Massa, Media massa sama ada elektronik mahupun media cetak yang

merosakan masyarakat ialah satu cabaran dan halangan dalam proses penyebaran

dakwah. Sistem komunikasi dan informasi yang canggih ini seperti internet dan

sebagainya adalah sukar bagi pendakwah menanganinya kerana maklumatnya

yang tidak terbatas, sama ada baik atau buruk, berfaedah atau tidak. Walaupun

tidak semua unsure jahat dan ada juga terdapat unsure baik yang dipaparkan tetapi

ada juga timbul isu atau unsur-unsur yang tidak sesuai dengan islam yang bole

merosakkan akidah. Maka seharusnya pendakwah mengambil ruang dan peluang

(8)

[8]

 CABARAN PENGURUSAN DAKWAH

Terdapat beberapa cabaran dalam pengurusan dakwah serta kelemahan yang terdapat dalam

aktiviti penyampaian dakwah yang dilaksanakan. Antaranya:

1. Program hanya sekadar bersifat Oral Communication:8

Pemahaman masyarakat terhadap aspek dakwah Islamiah pada umumnya lebih diertikan

sebagai aktiviti yang bersifat komunikasi lisan ( oral communication) atau bersifat tabligh

(menyampaikan) sehingga aktiviti dakwah tersebut lebih bersifat kepada penyampaian secara

lisan semata-mata ataupun aktiviti ceramah semata-mata. Dari sudut lain, kegiatan ceramah yang

banyak diadakan pada masa kini sama ada di surau, masjid, dewan, tempat-tempat awam atau di

mana sahaja memang mempunyai kekuatan yang tersendiri, kerana ia dapat mewujudkan

hubungan secara langsung antara pendakwah (daie) dengan sasaran dakwah atau kelompok yang

akan menerima dakwah (mad‟u). Selain itu para pendakwah yang terlibat dalam aktiviti jenis ini

tidak perlu memerlukan tenaga yang terlalu banyak untuk berfikir dan khalayak pula terdiri dari

pelbagai jenis kelompok pendengar.

Namun, terdapat kelemahan dalam program yang berbentuk ceramah ini, antaranya ialah

penceramah atau pendakwah yang terlibat perlu menyediakan waktu yang banyak untuk program

ini. Lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat kita pada hari ini masyarakat lebih suka dan tertarik dengan penceramah yang popular dan „menghiburkan‟ atau para penceramah yang perlu „diimport‟ dari jauh. Selain dari itu masyarakat juga perlu menyediakan masa yang cukup untuk mengikut kegiatan ceramah ini yang diadakan di pelbagai tempat sedangkan pada masa kini,

masyarakat tidak mempunyai banyak masa akibat dari pelbagai aktiviti bagi memenuhi

kehidupan seharian termasuk keperluan bekerja dan tuntutan yang lain. Kemungkinan juga

program ceramah-ceramah yang diadakan itu menjemukan atau tidak menepati sasaran

khalayaknya kerana terdapat perbezaan daya intelektual para pendengar ataupun terdapatnya

kelemahan-kelemahan yang lain dari para pendakwah sendiri.

8

(9)

[9]

2. Pemantapan dari sudut keilmuan9

Dakwah dalam era kini bukan lagi bersifat biasa (routine), sementara (temporary) dan juga segera (instant) tetapi dakwah masa kini memerlukan kekuatan keilmuan. Dengan adanya keilmuan dakwah Islamiah tentunya aspek-aspek yang berkaitan dengan strategi pelaksanaan

dakwah dapat dilaksanakan berdasarkan teori dakwah Islamiah yang telah diperkatakan oleh

alim ulama atau para cendekiawan yang terdahulu. Perlu akui bahawa aktiviti-aktiviti atau

program dakwah yang dilaksanakan pada hari ini pada umumnya tidak menggunakan kaedah

pendekatan ilmiah atau kerangka teori dakwah yang jelas. Akibatnya semua program dan aktiviti

dakwah yang dilaksanakan terus berjalan tanpa perancangan dan penilaian yang jelas. Masalah

yang timbul berkaitan dengan aspek keilmuan dakwah Islamiah ini ialah disebabkan dari segi

epistemologi ilmu dakwah tidak selari dengan khazanah ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu

kalam, filsafat Islam, tasawuf, hadis, fikah dan lain-lainnya. Ternyata ilmu dakwah yang muncul

agak lewat dari segi perkembangan ilmu dan ilmu ini baru dikuasai oleh para ilmuwan

terkemudian dan masa kini.

Kelemahannya, program-program atau aktiviti-aktiviti dakwah yang bakal dijalankan tidak

menepati perancangan yang dilakukan. Hal ini kerana setiap daripada perancangan yang

dilakukan menitik beratkan risiko, kelebihan dan kelemahan serta keberkesanan selepas program

tersebut, maka apabila tidak dinilai dengan keilmuan yang tinggi serta strategi pelaksanaan yang

berkesan maka program yang berjalan berkemungkinan tidak seperti yang dirancangkan.

3. Modal Insan10

Dalam aspek ini jika diperhatikan aktiviti dakwah yang dilaksanakan masih lagi di tahap

sederhana. Kesan dari ini terdapatnya para pendakwah yang tidak profesional dan ini

menyebabkan masyarakat memberi penghargaan yang rendah kepada para pendakwah.

Pandangan yang sama juga ditujukan kepada agensi atau organisasi dakwah akibat dari lemahnya

9 Mejar Burhanuddin Abdul Jalal, (2007) Cabaran dakwah islamiah masa kini. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

(USIM), Kuala Lumpur. ibid

10

(10)

[10]

daya kepimpinan dan juga aspek pengurusan organisasi dakwah. Para pendakwah yang masih

gagal menguasai alat-alat teknologi dakwah ataupun kemudahan yang terdapat ada masa kini

yang dapat memberikan kesan dalam menyampaikan dakwah, tidak mampu melaksanakan

pengurusan dakwah yang berkesan yang merangkumi aspek perancangan, pengorganisasian,

pengawalan dan juga kepimpinan yang berkesan. Secara idealnya para pendakwah pada masa

kini tidak hanya menguasai ilmu-ilmu asas pendakwah seperti penguasaan ilmu pengajian Islam

yang mantap, akhlak yang baik tetapi juga perlu menguasai ilmu-ilmu bantu yang lain seperti

ilmu komunikasi dan juga kaedah atau metodologi dakwah, sekali gus ia mampu menterjemah

ilmu atau kemahiran yang ada dalam usaha untuk menyampaikan dakwah Islamiah secara lebih

berkesan.

Dari sudut kelemahan yang mungkin akan terlihat adalah ketelusan dalam merancang aktiviti

yang lebih berstrategik dan berkesan. Ini kerana modal insan atau sumber manusia memainkan

peranan penting sebagai penggerak yang akan melancarkan gerakan penyebaran dakwah. Ini

kerana proses pengurusan dakwah itu bukan dilakukan secara persendirian namun ada organisasi

atau jawatankuasa yang membantu dengan kepakaran dan bidang masing-masing bagi

melancarkan dan melicinkan lagi perancangan-perancangan yang akan dilakukan kelak. Selain

itu juga, setiap bidang tugas dalam sesebuah organisasi memainkan peranan penting dalam

kebersamaan menilai kelemahan dan kekuatan bidang tugas yang lain dari perspektif lain untuk

membolehkan sesebuah organisasi itu mencapai kematangan dalam pengurusan yang fleksibel.

4. Prasarana11

Untuk mencapai tujuan dakwah, pihak yang menguruskan dakwah juga memerlukan

prasarana serta kemudahan-kemudahan yang sedikit sebanyak menyumbang kepada

keberkesanan dan kelancaran penyebaran dan aktiviti dakwah yang dijalankan. Dari satu sudut

kita melihat bahawa memang benar tugas berdakwah adalah satu jihad disisi islam, malahan

dakwah yang terbaik adalah dakwah fisabilillah. Namun begitu bukanlah dimaksudkan dengan

prasarana dan kemudahan untuk berdakwah diatas untuk kepentingan pendakwah itu sendiri.

11

(11)

[11]

Tetapi kemudahan yang diperlukan adalah bagi membantu kelancaran program dakwah yang

akan dijalankan seperti kemudahan dana, kemudahan tempat, kemudahan dari sudut sumber

manusia atau kakitangan dalam sesebuah organisasi serta kemudahan-kemudahan yang berkaitan

dengan gerak kerja islam.

Namun terdapat kelemahan andaikata segala prasarana yang diperlukan diberikan secara

secukupnya. Manusia itu sendiri tidak lari dari melakukan kesilapan begitu juga

pendakwah-pendakwah kerana mereka juga merupakan manusia biasa. Berkemungkinan apabila prasarana

dan kemudahan diberikan kadangkala timbul permasalahan seperti penyelewangan ataupun

dengan kata mudahnya kemudahan yang diberikan tidak digunakan sebaiknya untuk tujuan

dakwah. Disini akan nampaklah kepincangan dari sudut kejujuran dalam berorganisasi dan

ketelusan dalam merancang aktiviti dakwah dengan menggunakan kemudahan yang telah

(12)

[12]

 CARA MENGATASI

“Dia (Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa diberi hikmah, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan yang amat besar.”12

Al-Quran telah menerangkan bahawa semua nabi telah diajar hikmah oleh Allah.

Keistimewaan hikmah yang dimiliki oleh para nabi inilah yang menyebabkan mereka yang

paling istimewa dan yang paling berilmu. Hadis nabi juga menyebutkan bahawa hikmah

merupakan barang mukmin yang hilang. Ertinya manusia yang betul-betul layak untuik memiliki

hikmah adalah dari kalangan orang yang beriman. Nabi juga menasihatkan orang mukmin

supaya mengambil hikmah di mana-mana sahaja hikmah itu ditemui kerana hikmah itu adalah

barang mukmin yang hilang.

Dalam konteks dakwah, Allah telah menjelaskan hikmah dalam beberapa makna mengikut

kondisi keadaan yang berlaku. Antaranya hikmah dalam erti kemampuan memilih saat bila harus

berbicara dan bila harus diam. Para pendakwah seharus mengetahui saat ia harus berbicara dalam

menyampaikan dakwah supaya dakwahnya mudah diterima. Hikmah dalam erti memilih dan

menyusun kata-kata. Seorang pendakwah perlu menggunakan bahasa yang baik, tepat dan padat.

Terdapat dua aspek penting dalam menyusun sesebuah organisasi dalam usaha untuk

mendapatkan pengurusan yang terbaik dalam sesuatu perancangan yang dibuat. Antaranya:

1) Wadah Sumbangan:

Organisasi dakwah berusaha untuk mendidik dan menyediakan ramai aktivis dakwah dengan

berbagai potensi dan keahlian. Semua potensi dan keahlian yang dimiliki oleh para aktivis

dakwah sangat bermanfaat bagi organisasi dalam mengelola semua aktiviti dan programnya

untuk meraih tujuan yang ingin dicapai. Keseluruhan potensi tersebut ditempatkan dalam bingkai

struktur organisasi di mana ia menempatkan orang yang layak pada posisi yang tepat sesuai

dengan kemampuan, keahlian dan potensi yang dimiliki.

12

(13)

[13]

Dengan pengurusan yang tepat, semua potensi diolah dalam sebuah orkestra pengurusan

yang harmoni sehingga menghasilkan simfoni yang indah, teratur, berirama dan terarah. Dalam

perspektif ini, menjadi pengurus organisasi dakwah mampu menjadi wadah bagi aktivis dakwah

untuk menyumbang waktu, tenaga, pemikiran dan semua potensi yang dimiliki untuk tercapainya

tujuan-tujuan organisasi dakwah. Keterlibatan dalam struktur organisasi menjadi wasilah ke arah

tersalurnya berbagai kemampuan dan keahlian aktivis dakwah yang sesuai dengan dinamik

dalaman dan luaran organisasi tersebut. Ini merupakan makna yang penting, di mana segala

potensi aktivis dakwah boleh disalurkan dalam wahana dan wasilah yang tepat untuk

disumbangkan bagi pencapaian tujuan.

Pada sudut yang lain, organisasi dakwah dipenuhi oleh para aktivis dakwah yang memang

memiliki kapasiti yang memadai sehingga menyebabkan organisasi menjadi dinamik dan

memiliki keunggulan yang kompetitif. Pada akhirnya bertemulah antara wadah sumbangan

aktivis dakwah dengan keperluan organisasi dakwah yang dinamik. Potensi aktivis dakwah dapat

disumbangkan secara optimum dan pada masa yang sama organisasi dakwah akan menjadi kuat

dan unggul kerana ianya dikelolakan oleh para aktivis dakwah yang penuh potensi.

2) Wadah pembinaan:

Dalam masa yang sama kita juga memahami bahwa pengurusan organisasi dakwah adalah

satu wadah pembinaan. Inilah makna kedua dari pengurusan organisasi dakwah dan ia

merupakan makna yang sangat penting bagi sebuah organisasi.Menjadi pengurus organisasi

adalah wadah untuk melakukan pembinaan, di mana setiap saat dan setiap masa pengurusan,

aktivis dakwah datang silih berganti mengisi pos-pos yang sesuai bagi dirinya. Dalam perspektif

sinergi, pengurusan dalam organisasi dakwah adalah wadah sumbangan bagi potensi aktivis

dakwah yang sekaligus menjadi wadah pembinaan struktur dalaman.

Dalam setiap proses pergantian pengurusan organisasi dakwah melalui mekanisma

musyawarah, sentiasa ada suasana khas. Ada pengurus lama yang sudah berpengalaman dan

(14)

[14]

namun ada ramai lagi aktivis dakwah yang berpotensi untuk menempatkan diri mereka dalam

pos-pos pengurusan dengan menjadi pengurus yang baru.

3) Wadah Perlaksanaan

Dalam erti kata lain setiap apa yang dirancang dan objektif yang telah dirumuskan perlu

diterjemahkan kedalam bentuk tindakan dan agihan kerja-kerja dan bidang tugas dan perlu juga

untuk dilaksanakan mengikut segala perancangan yang telah ditetapkan. Diperingkat

pelaksanaan perlulah kita menitik beratkan usaha melancarkan apa yang telah dirumuskan

sebelum ini dengan mengenalpasti kemahiran yang diperlukan kerana sesuatu tugas yang akan

dilaksanakan akan lebih berkualiti sekiranya yang melaksanakan itu mempunyai kepakaran

terhadap bidang tersebut, memastikan mereka yang terlibat memahami perancangan yang akan dilaksanakan serta apa yang dilakukan itu adalah mengenalpasti sasaran mad‟u yang akan menerima dakwah apakah pelaksanaan yang lebih berkesan.

Seorang pendakwah adalah contoh kepada orang didakwah. Justeru, apa yang disebarkan

oleh pendakwah perlulah menepati apa yang diamalkan. Pendakwah yang gagal menunjukkan

contoh tauladan tidak akan menghasilkan tindakbalas yang dihajati. Hal ini tidak menepati

konsep komunikasi berkesan. Allah amat murka kepada mereka melakukan sesuatu tidak sama

seperti dikatakan. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu

memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya13.

13

(15)

[15]

 KESIMPULAN

Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh

yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”14

Dakwah adalah cara hidup dan menjadi darah daging kita semua. Pengurusan dakwah secara

lebih terancang dan sistematik merupakan aspek yang sangat penting dalam menegakkan

kalimah Allah di atas muka bumi ini. Maka, adalah menjadi harapan kita bersama bahawa

usaha-usaha untuk meningkatkan tahap perlaksanaan dakwah Islamiah di kalangan para pendakwah

dan juga organisasi dakwah sama pihak kerajaan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO ) akan terus

diusahakan dan sekali gus aktiviti dakwah Islamiah di negara kita akan mengalami proses

pencerahan (enlightenment) dalam memfokuskan persoalan-persoalan dakwah Islamiah yang berkembang dalam era kontemporari masa kini.

14

(16)

[16]

 RUJUKAN

1) Abdul Ghafar Don, (2008) Dakwah dan cabaran de-islamisasi di Malaysia. Karisma

Publication Sdn Bhd, Shah Alam.

2) Fariza Md Sham, Sulaiman Ibrahim & Ideris Endot. (2000) Dakwah dan perubahan social.

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

3) Syamsul Bahri Andi Galigo, Khairunneezam Mohd Noor & Rozita Abdullah. (2005)

Membangun masyarakat moden yang berilmu dan berakhlak. Fakulti Kepimpinan dan

Pengurusan (USIM), Kuala Lumpur

4) Mejar Burhanuddin Abdul Jalal, (2007) Cabaran dakwah islamiah masa kini. Fakulti

Kepimpinan dan Pengurusan (USIM), Kuala Lumpur

5) Nurhafizah Bt Kasbullah. (2009) Pengurusan dan cabaran dakwah kontemporari.

Retrieved Oktober 29, 2012, from http://indahkhairani.wordpress.com /2009/09/ 28/

6) Abdul Hamid Othman. (1989). Pengurusan dan konsep rancangan dakwah. Muzakarah

Pelaksanaan Rancangan Dakwah Ambilan Tempatan: Dakwah Bersepadu : Kuala Lumpur.

7) Muhammad Yusuf Khalid. (2005) Isu dakwah dan kemanusiaan dalam era globalisasi.

Fakulti Dakwah & Pengurusan Islam, Kolej Universiti Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Referensi

Dokumen terkait

Tabel I.3 Data Hasil Survei Pendahuluan pada Pegawai Kantor Dinas Perikanan dan Kelautan Kota Pangkalpinang .... Tabel I.4 Data Spesifikasi Jabatan Pegawai Struktural di

Disarankan mengenai tindak pidana yang menyangkut hutan, kawasan hutan dan hasil hutan selain penyelidik Polri pejabat kehutanan tertentu hendaknya diberikan kewenangan

bahwa berdasarkan ketentuan Pasal 16 ayat (1) Peraturan Komisi Pemilihan Umum Nomor 13 tahun 2010 tentang Pedoman Teknis Tata Cara Pencalonan Pemilihan Umum Kepala Daerah dan

Untuk dosis 5 mg/kg BB juga memiliki kemampuan menurunkan edema tetapi belum maksimal dan lebih rendah kemampuannya dibanding kontrol positif, sedangkan dosis 500

Pemohon memahami proses asesmen untuk skema Klaster Perawatan Pencegahan ( Preventive Maintenance ) Alat Berat Big Bulldozer yang mencakup persyaratan dan ruang

Tidak seperti sistem operasi lain yang hanya menyediakan satu atau 2 shell, sistem operasi dari keluarga unix misalnya linux sampai saat ini dilengkapi oleh banyak shell

pembuangan dan itu mengakibatkan dampak bagi lingkungan di sekitar tetapi sekarang banyak ditemukan cara atau solusi untuk menangani dampak-dampak yang dihasilkan oleh limbah,

Tujuan : Mengetahui hubungan riwayat BBLR, riwayat ISPA, riwayat diare, asupan protein, asupan seng dan kejadian stunted pada anak usia 7-24 bulan di Desa Hargorejo,