• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jms 320,315-Sejarah India Moden

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Jms 320,315-Sejarah India Moden"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

JMS 320/315 – SEJARAH INDIA MODEN JMS 320/315 – SEJARAH INDIA MODEN

Bincangkan tentang pemikiran Syah Waliyullah al-Dehlavi dan sumbangannya Bincangkan tentang pemikiran Syah Waliyullah al-Dehlavi dan sumbangannya terhadap gerakan tajdid di India.

terhadap gerakan tajdid di India. Pendahuluan :

Pendahuluan :

Sejarah telah membuktikan bahawa setiap kali bahtera Islam terperangkap di dalam ribut Sejarah telah membuktikan bahawa setiap kali bahtera Islam terperangkap di dalam ribut taufan yang sudah pasti akan menenggelamkannya, ada sahaja pertolongan Tuhan yang taufan yang sudah pasti akan menenggelamkannya, ada sahaja pertolongan Tuhan yang  berupa

 berupa orang orang istimewa istimewa muncul muncul untuk untuk mengemudikannya mengemudikannya dan dan menyelamatkannya menyelamatkannya daridari ribut taufan itu. Orang itu tidak akan menarik nafas lega selagi ia tidak meletakkan ribut taufan itu. Orang itu tidak akan menarik nafas lega selagi ia tidak meletakkan  bahtera itu di suatu tempat selamat di dalam menuju destinasinya.

 bahtera itu di suatu tempat selamat di dalam menuju destinasinya.11

Di sepanjang sejarah umat Islam di benua kecil India sekurang-kurangnya terdapat dua Di sepanjang sejarah umat Islam di benua kecil India sekurang-kurangnya terdapat dua kali malapetaka menimpa mereka di mana setiap orang yakin bahawa mereka tidak akan kali malapetaka menimpa mereka di mana setiap orang yakin bahawa mereka tidak akan dap

dapat at memenynyelelamaamatktkan an didiririnynya a lalagi gi dadariripapada da mamalalapetpetakaka a bebesasar r ititu. u. NaNamumun n tatakdkdir ir  menghendaki peribadi-peribadi unggul dari anak cucu Sayyidina Umar Al Farouq r.a. menghendaki peribadi-peribadi unggul dari anak cucu Sayyidina Umar Al Farouq r.a. sebagai penyelamat umat daripada bencana itu.

sebagai penyelamat umat daripada bencana itu.

Kali pertamanya ialah apabila malapetaka yang datang itu melanda benteng tamadun dan Kali pertamanya ialah apabila malapetaka yang datang itu melanda benteng tamadun dan kem

kemasyasyararakaakatatan n IsIslalam m apaapabibila la MaMahahararaja ja AkAkbabar r beberurusasaha ha memenynyebaebarkrkan an apapa a yayangng dinamakan ‘Din Ilahi’. Walaupun Akbar gagal dalam memperkenalkan agama barunya dinamakan ‘Din Ilahi’. Walaupun Akbar gagal dalam memperkenalkan agama barunya itu namun kesannya begitu mendalam kerana dari situlah telah bermula adat resam yang itu namun kesannya begitu mendalam kerana dari situlah telah bermula adat resam yang  bercanggah den

 bercanggah dengan Islam atau gan Islam atau dalam lain dalam lain perkataan adat perkataan adat resam yang resam yang berunsur kesyirikanberunsur kesyirikan telah bertapak di dalam masyarakat Islam India. Untuk menghadapi dan memulihkan telah bertapak di dalam masyarakat Islam India. Untuk menghadapi dan memulihkan suasana yang telah rosak ini, bangkitlah seorang hamba Allah yang menjulang panji suasana yang telah rosak ini, bangkitlah seorang hamba Allah yang menjulang panji

1

1Ustaz Muhammad ‘Asri Yusoff,Ustaz Muhammad ‘Asri Yusoff, Syah Waliyullah(r.a) Mujaddid Ulung Untuk Abad-abad KemudianSyah Waliyullah(r.a) Mujaddid Ulung Untuk Abad-abad Kemudian,,

Prosiding Seminar, Badan Perkhidmatan Penerangan Islam (BPPI), Selangor dan Wilayah Persekutuan, Prosiding Seminar, Badan Perkhidmatan Penerangan Islam (BPPI), Selangor dan Wilayah Persekutuan, 1994.

(2)

Islam iaitu Syeikh Ahmad Sarhindi yang kemudiannya dikenali dengan nama julukan

‘Mujaddid Alfi Ats Tsani”.2

Untuk kali keduanya pula umat Islam terdedah kepada bahaya yang mengancam  politik,ekonomi,ilmu dan agama.

Dengan kematian Aurangzeb Alamgir (1709 M ), timbul kekacauan politik yang kemudian memuncak dengan runtuhnya kekuasaan orang Islam pada ketika itu3. Pihak  musuh Islam sama ada dari luar mahupun dalam mula tampil ke depan untuk  melenyapkan kesultanan Islam Moghul. Raja-raja yang tidak layak dan menteri-menteri yang belot telahpun mereputkan akar dan umbi kerajaan Islam Moghul itu. Mereka juga kurang memperhatikan urusan agama, padahal maharaja-maharaja Hindu mulai bangkit mengaktifkan kembali kegiatan Hinduisasi di tengah-tengah masyarakat Islam. Dengan  pengaruh keagamaan yang tertanam dalam masyarakat maka dengan mudah

maharaja-maharaja Hindu tersebut berpakat menentang kerajaan pusat dan memisahkan diri daripadanya.4

Delhi dan bandar-bandar sekitarnya selalu sahaja bermandi darah. Kawasan Utara dan Tengah India menjadi mangsa keganasan puak-puak Sikh dan Marhat. Kawasan-kawasan Timur dan Selatan India pula telahpun dikuasai oleh bangsa-bangsa Barat.

Dalam pada itu, persaingan sengit juga berlaku antara penganut Syi’ah dengan Ahlus Sunnah dan sesama pendokong Ahlus Sunnah sendiri sehingga perpecahan di kalangan umat Islam menjadi cukup parah. Selain itu, perpecahan turut melanda beberapa kumpulan tariqat seperti Chisti, Qadiri, Naqshabandi, dan Suhrawardi. Para pengikut

2Ibid, Hlm 38.

3Jamil Ahmad, Hundred Great Muslims, Ferozsons Ltd., Lahore, 1976. hlm. 351

4Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, Sejarah Perkembangan Islam di India, Khazanah Banjariyah, Mahad

(3)

setiap kumpulan ini mempertahan dan menyebarkan doktrin tariqat masing-masing dengan fanatiknya.5

Orang-orang yang dianggap ulamak pula menjadi penganjur-penganjur kepada amalan  bid’ah dan khurafat. Merekalah yang berada di barisan hadapan dalam penyebaran fitnah dan bibit-bibit perpecahan. Merekalah juga yang melahirkan puak-puak di kalangan umat Islam yang begitu taksub dengan fahamannya. Perbincangan-perbincangan tentang masalah khilafiyyah baik yang berpunca dari Al Quran atau Hadis atau Fiqh seringkali  berakhir dengan pergaduhan dan masam muka. Apa yang pasti ialah ulamak-ulamak itu

nampaknya bersependapat di dalam mengekalkan orang-orang awam dalam kejahilannya. Maka dengan itu tetaplah agama menjadi monopoli mereka.

Dalam keadaan yang serba kacau ini, dengan kehendak Allah S.W.T., maka bangkitlah  para mujahid Islam, iaitu para pejuang yang berilmu dan berhati cekal serta tidak gentar 

dalam menghadapi ancaman-ancaman dari dalam mahupun luar. Mereka yang sanggup  berhadapan dengan maut itu telah bangun untuk melaksanakantajdid (pembaharuan),

yakni bagi memurnikan aqidah dan cara hidup umat Islam. 6 Keadaan seperti itulah selalunya menghendaki kedatangan seorang tokoh mujaddid seperti Shah Waliyullah. Sudah menjadi sunattullah pula menghantar orang-orang yang memulihkan kerosakan  berkaitan dengan agama yang telah sampai ke kemuncaknya seperti yang disebutkan oleh

Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadisnya:

“Sesungguhnya Allah menghantar untuk umat ini di permulaan setiap 100 tahun orang-orang yang memperbaharui untuknya agamanya”. Riwayat Abu Daud.

5Fadhlullah Jamil ,”Shah Waliyullah: Riwayat Hidup dan Sumbangannya Dalam Membangunkan Umat 

 Islam’,sebuah nota, 2004.

(4)

Shah Waliyullah juga dengan kehendak Allah (sama seperti mujaddid Alfi Ats Tsani daripada keturunan Sayyidina Umar r.a.) adalah orangnya yang telah menghapuskan  perselisihan di antara sesama Islam dan menghilangkan semangat fanatik daripada jiwa mereka. Beliaulah orangnya yang menjadikan ilmu-ilmu Islam yang sekian lama dimonopoli oleh golongan tertentu sebagai bidang yang sama-sama dimiliki oleh semua orang. Dengan itu, segala kebekuan yang selama beberapa abad menutupi permukaan Islam mengalir kembali ke serata pelusuk dunia.

LATAR BELAKANG SHAH WALIYULLAH:

Shah Waliyullah atau nama sebenarnya Qutb al-Din Ahmad bin Abdul Rahim telah dilahirkan pada tanggal 4 Syawal 114 Hijrah bersamaan 10 Februari 1703 Masehi (Rabu) di Phulat, sebuah kampung dalam daerah Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, India. Pada mulanya, dia dinamakan Waliullah, tetapi kemudiannya dinamakan dengan rasmi sebagai Qutb al-Din Ahmad. Menurut A.D. Muztar, keturunannya di sebelah bapa  berbalik kepada ’Umar Khattab, Khalifah kedua daripada rangkaian Khulafa’ al-Rasyidin dan di sebelah ibunya kepada ‘Ali bin Abi Talib, Khalifah ke-4 dalam rangkaian yang sama. Moyangnya Shaikh Shamsuddin Mufti merupakan orang yang  pertama berpindah ke India dan mendiami bandar Delhi. Sejak itu, keturunan tersebut terus terkenal sebagai para ‘ulama dan kemudiannya ada juga dia antara mereka yang menyertai bidang pentadbiran atau ketenteraan.

Ayahnya, Shah Abdul Rahim adalah seorang ‘alim dan tokoh sufi yang hidup sezaman dengan Aurangzeb. Beliau pernah bertugas untuk waktu yang singkat dalam sebuah Jawatankuasa ‘Ulama yang diamanahkan oleh Maharaja Aurangzeb untuk menyusun

(5)

sebuah kitab undang-undang yang masyhur, iaitu Fatawa-i ‘Alamgiri. Namun, oleh kerana dirinya tidak secocok dengan suasana kehidupan di istana, maka beliau menarik  diri dan menumpukan perhatiannya kepada kegiatan mendidik dan beribadat.7

Shah Waliyullah memulakan pengajiannya ketika berumur 5 tahun di Madrasah-i Rahimiyyah, kepunyaan ayahnya sendiri. Ketika berumur 7 tahun, beliau telah berjaya menghafal Al Quran serta mahir membaca dan menulis. Di bawah asuhan ayahnya, Shah Waliyullah yang memangnya amat cerdik telah mulai mempelajari bahasa Arab dan  bahasa Parsi. Ketika usianya 10 tahun, beliau telah mampu memahami kitab Sharh

Mulla Jami, iaitu sebuah kitab nahu Arab yang lebih kurang setaraf dengan Ibnu ‘Aqil.8 Boleh dikatakan semua asas ilmu umum yang dipelajari oleh penuntut-penuntut di madrasah-madrasah Islam di India ketika itu dipelajari oleh Shah Waliyullah dari ayahnya sendiri. Di antara bidang ilmu yang dipelajari dari ayahnya ialah Tafsir, Hadith,Fiqh, Usul Fiqf, Mantiq, Ilmu Kalam, Tasawwuf, Ilmu Khawas Al Asma’ Wa Al Ayat, Perubatan, Falsafah, Nahu, Saraf, Balaghah, Ilmu Hisab dan Handasah.9

Pada tahun 1143 H Shah Waliyullah pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji dan  juga untuk menuntut ilmu pengetahuan. Shah Waliyullah mengambil kesempatan itu

untuk berguru kepada para ‘ulama yang masyhur, termasuk tokoh-tokoh hadith seperti

Shaikh Wafadullah, Shaikh Tajuddin Hanafi, Shaikh Abu Tahir Muhammad al-Kurdi, danShaikh Zainul ‘Abidin, iaitu Mufti Madinah dan pakar fikah yang terbilang. Dahlawi sangat mengkagumi peribadi gurunya ini dan sangat terpengaruh dengan ilmu yang diajarkannya, sehingga Dahlawi menghabiskan waktunya di sisi gurunya ini.

7Fadhlullah Jamil, op. cit ., hlm. 3.

8Ustaz Muhammad ‘Asri Yusoff, op. cit .. hlm. 41. 9Ibid., hlm. 42

(6)

Dahlawi banyak memberikan perhatian terhadap ilmu hadith yang tidak mendapat  perhatian dari ‘ulama-‘ulama India.10

Setelah 2 tahun belajar di Hijaz, Dahlawi pulang ke India untuk menyebarkan ilmunya. Banyak pelajar yang datang ke Kota Delhi untuk menimba ilmunya yang dibawa pulang dari Mekah dan Madinah itu. Kota Delhi dibanjiri oleh para pelajar yang datang dari seluruh pelusuk India. Kebesaran dan kedalaman ilmu Dahlawi telah memikat hati mereka untuk datang belajar kepadanya. Melihat keadaan yang begitu meriah terlintaslah di hati Sultan Muhamad Shah (yang memerintah dari tahun 1131-1161 H) untuk  menghadiahkan sebidang tanah yang luas kepada Dahlawi untuk dijadikan kompleks madrasah dan dilengkapkan dengan kemudahan bagi sesiapa yang hendak belajar di sana. Dahlawi tidak menolak pemberian sultan ini lalu dibangunkannya di tanah yang luas itu satu kompleks madrasah yang diberi nama Darul Ulum. Madrasah ini telah menjadi  pusat pendidikan dan pengajian tinggi di India.

Dahlawi telah mengorbankan jiwa dan tenaganya untuk mengikis fikiran jahiliyah di dalam masyarakat yang ada di sekelilingnya. Beliau berusaha membersihkan masyarakatnya dari segala kekeliruan dan salah faham terhadap agama serta membimbingnya untuk menjadi masyarakat yang aman, damai, berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Di samping itu, Dahlawi juga adalah seorang pengarang yang berbakat. Karya-karyanya telah menunjukkan ketajaman fikiran dan analisanya. Beliau memperkenalkan rahsia-rahsia ilmu syariat dan membentangkan kritikan yang membina terhadap amalan masyarakat serta menimbangkan segala masalah dengan sumber asli iaitu Al-Quran dan Hadith. Setakat yang diketahui karya-karya beliau melebihi 73 buah. Di antara yang 10Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, op. cit., hlm. 114

(7)

terpenting dan masyhur ialah Fathu Ar Rahman, Al Fauzu Al Kabir, Ta’wilu Al Ahadits, Al Musawwa, Al Musoffa, Hujjatu Allahi Al Baalighah, Qurratu Al ‘Ainain Fi Tafdhili Asy Syaikhain, Iqdu Al Jid Fi Ahkaami Al Ijtihad Wa At Taqlid, Al Insaf Fi Bayani Sababi Al Ikhtilaf, Al Khairu Al Katsir, Al Buduru Al Bazihghah, At Tafhimat Al Ilahiah, Sathaat, Lammat, Hamaat, Izalatu Al Khafa’ An Khilafati Al Khulafa’ dan lain-lain.11

KESEJAGATAN FIKRAH DAN SUMBANGAN SHAH WALIYULLAH

Sebagai seorang ‘alim yang berkaliber, Shah Waliyullah merasa amat perihatin terhadap kemelut yang sedang berlaku. Beliau melakukan pelbagai perkara bagi menyekat kehancuran politik yang melanda umat Islam di India dan membawa kebangkitan Islam. Melalui tulisannya, beliau mengkritik dengan keras dan tajam sekali mengenai  pencabulan kuasa oleh pihak pemerintah, menggesa mereka agar meninggalkan  perbuatan mengejar nikmat-nikmat dunia dan bertaubat di atas segala dosa mereka.

Shah Waliyullah sedar bahawa punca kejatuhan umat Islam ialah jauhnya mereka dari sumber utamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Untuk itu beliau telah menterjemahkan Al-Quran dengan sedikit huraian di tempat-tempat yang perlu ke dalam bahasa Farsi. Boleh dikatakan inilah dia terjemahan Al-Quran yang pernah dilakukan ke dalam bahasa tempatan. Walaupun ianya menimbulkan reaksi yang sungguh hebat lantaran ada sebilangan ‘ulama yang dengki kepadanya telah merancang untuk membunuhnya kerana  bagi mereka dengan terbukanya erti-erti Al-Quran maka orang ramai tidak boleh lagi diperbodohkan oleh mereka. Sememangnya terjemahan Al-Quran yang tepat dan baik  adalah sesuatu yang perlu kepada bangsa yang tidak mengerti bahasa asal Al-Quran itu. 11Ustaz Muhammad ‘Asri Yusoff, op. cit .. hlm. 45

(8)

Dengan menulis Maktubat Madani dan Syarah Ar Ruba’iyyatain sebenarnya Shah Waliyullah mahu mendamaikan di antara dua aliran orang-orang sufi yang mana  pertentangan di antara keduanya tidak berkesudahan iaitu aliran ‘Wujud’ dan aliran

‘Syuhudi’. Dengan menulis beberapa buah buku tasawuf dengan gaya dan nada falsafah Yunan, sebenarnya Shah Waliyullah mahu mengalihkan pandangan orang-orang yang  begitu terpesona dengan falsafah Yunan kepada hikmah Islam atau dengan kata lain

menundukkan falsafah kepada Islam bukan seperti orang-orang sebelumnya yang menundukkan Al-Quran dan As-Sunnah kepada falsafah.

Oleh kerana umat Islam di India berjiran dengan penganut agama Hindu dan jumlah mereka sedikit jika dibandingkan dengan penganut agama Hindu dan oleh kerana kurangnya perhatian kerajaan Islam terhadap pendidikan masyarakat, maka banyak orang Hindu yang sudah memeluk Islam tetapi aqidah dan keyakinan mereka masih dipengaruhi oleh ajaran Hindu. Apabila menyaksikan keadaan ini, Dahlawi pun bangun untuk memberikan bimbingan dengan menulis sebuah kitab yang bernama“Al-Aqidatul Hasanah” (Aqidah Yang Sebenar). Di dalam kitab ini Dahlawi menerangkan dengan  jelas ajaran-ajaran yang murni dan bersih dari pengaruh ajaran Hindu dan dari falsafah

Yunani yang telah meresap masuk ke dalam ajaran tauhid yang telah sebati dalam masyarakat Islam di India pada waktu itu.

Kebanyakan ulama yang ada pada zaman Dahlawi lebih banyak mendalami ilmu mantiq, falsafah,, masalah furu’ dan khilafiyyah di dalam fiqh mazhab Hanafi.12 Bahkan mereka sering tenggelam dalam perdebatan yang sengit pada masalah-masalah khilafiyyah yang tidak menguntungkan Islam. Maka sehubungan dengan itu , Dahlawi telah mengarang sebuah kitab berjudul “ Iqdul Jid Fi Ahkamil Ijtihadi Wat Taqlid”. Di dalam kitab ini 12 Ibid , hlm. 59

(9)

Dahlawi telah menghuraikan masalah-masalah yang berhubung dengan ijtihad dan taqlid. Mengenai ijtihad, hampir dalam kebanyakan kitabnya beliau menekankan perlu dan malah wajibnya berijtihad. Beliau benci kepada sikap bertaqlid buta sahaja.Sebab itulah beliau bersungguh-sungguh mengajak umat Islam mengkaji Al-Quran dan Hadith. Sebenarnya beliau tidaklah membuang taqlid kepada para ‘ulama mazhab empat tersebut Cuma belaiu tidak menyenagi mereka yang berpegang kepada mazhabnya sahaja, kerana ini bererti menolak kebenaran.13

Beliau juga menganjurkan kepada setiap golongan agar mencari penyelesaian dengan kembali kepada Al-Quran dan Hadith. Kepada ahli-ahli tasawwuf yang jahil tentang kitab dan As Sunnah Shah Waliyullah berkata,”Ahli-ahli tasawwuf yang jahil tentang Al-Quran dan As Sunnah adalah perompak-perompak dan pencuri-pencuri agama. Meraka adalah dajjal, pendusta besar dan pembawa fitnah. Jagalah baik-baik kamu daripada mereka. Janganlah kamu turuti kecuali orang-orang yang menyeru kepada Allah dan RasulNya.”

Kitab-kitab seperti Hujjatullahi Al Baalighah ditulis untuk menyelesaikan persoalan- persoalan dan kemusykilan-kemusykilan orang-orang yang b erada di dalam keraguan dan

selalu mahukan bukti-bukti aqliah tentang prinsip-prinsip serta hukum-hukum agama. Kitab ini adalah sebuah kitab yang tidak ada imbangannya dalam membentangkan rahsia-rahsia yang terkandung dalam syariat dan tujuan hukum Islam, sehingga dapat membuktikan bahawa hukum-hukum Al Quran yang dianggap oleh sebahagian orang hanya merupakan undang-undang yang berlaku di padang pasir itu ternyata dapat ditegakkan di mana-mana dan bila-bila sahaja dan sentiasa dapat membuahkan alam

13Abdul Rahman Abdullah, Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran, DBP, Kuala Lumpur, 1992.

(10)

fikiran yang maju dan kebudayaan yang tinggi. Dahlawi telah meneliti bahawa dunia Islam pada suatu masa yang akan datang akan menghadapi suatu zaman yang dilambangi oleh akal, maka tulisannya dalam kitab ini dapat menjawab segala kemusykilan dan salah faham terhadap Islam oleh beberapa golongan yang sangat mendewakan akal.

Dari isi kitab ini juga dapatlah kita katakan bahawa Dahlawi adalah seorang Fallasuf 

(ahli falsafah) yang menandingi Al-Ghazali dan Ibnu Rusyd bahkan melebihi mereka  pada beberapa perkara.14Beliau adalah seorang yang kritis dan penganalisa yang  berfikiran secara mendalam. Pandangannya tajam dan jauh menyelami ke dasar   permasalahan yang dibahasnya. Karya-karyanya dapat menjadi cermin bagi sesiapa yang

ingin mengikuti jejak langkah dan pola pemikirannya.

Demikian juga dengan menulis kitab-kitab sepertiAl Insaf Fi Bayani Sababi Al Ikhtilaf 

. Shah Waliyullah bermaksud memecahkan kebekuan dan fanatik terhadap sesuatu mazhab serta meniupkan roh ijtihad dalam jiwa penganut-penganut mazhab itu.Beliau menerangkan sebab-sebab perselisihan pendapat para ‘ulama dalam satu masalah dan  juga memberikan penjelasan bahawa perselisihan ‘ulama salaf dahulu merupakan rahmat dan kebaikan kepada umat, bukan membuat fitnah dan perpecahan di kalangan umat Islam.

Selain itu, Dahlawi sama sekali tidak membantah pendapat satu golongan dengan melupakan kebaikan yang terdapat di dalamnya. Malah beliau berusaha mengambil apa yang baik dari semua pendapat yang berlainan kerana kebenaran itu milik bersama dan ia akan diambil meskipun dari tangan orang lain walau dari musuh sekalipun.15 Sebagai mana sabda Rasulullah s.a.w.;

14 Ibid , hlm. 63

(11)

“Kebenaran itu laksana barangmu yang tercicir. Bila-bila saja kau temui kau pasti mengambilnya”.

Pemikiran politk Shah Waliyullah dan huraian-huraian mengenainya tidaklah tersusun di dalam sebuah buku yang khusus tetapi ianya berselerak di sana sini di dalam kitab-kitab  beliau seperti Hujjatullahi Al Baalighah, Al Budur Al Baazighah, Fuyudhu Al Harmain, Al Khairu Al Katsir, ‘Izaalatu Al Khafa’ dan juga di dalam surat-surat politik beliau yang kemudiannya dikumpulkan oleh Khaleeq Ahmad Nidzami.16

Shah Waliyullah menganggap sesuatu bangsa sama seperti seorang individu. Walaupun  bilangan mereka mungkin berjuta-juta, bagi beliau individu-individu yang hidup di  bawah satu sistem tamadun merupakan satu bangsa. Masyarakat pula perlulah dipimpin oleh cerdik pandai yang dipilih dan mempunyai kuasa untuk memaksa orang ramai mengikut peraturan-peraturan tertentu dan menghalang mereka daripada melanggar   peraturan yang telah ditetapkan. Kalau tidak dilakukan pemilihan dan pelantikan  pemimpin dengan sebaik-baiknya maka kekacauan dan huru-hara pasti akan berlaku.

Bagi Shah Waliyullah adalah menjadi tanggungjawab kerajaan mengekalkan keamanan dan kedamaian masyarakat dengan menutup segala pintu yang membawa kepada kerosakan, pembunuhan, perampasan hak, pemberontakan, pengkhianatan dan jenayah- jenayah yang merobohkan akhlak masyarakat. Selain dari itu, menjadi tanggungjawab kerajaan juga memelihara nyawa, harta, kehormatan rakyat dengan menghukum pesalah- pesalah dan membasmi unsur-unsur yang boleh menghalang kemajuan dan

16Ustaz Muhammad ‘Asri Yusoff, op. cit .. hlm. 63

(12)

 perkembangan bangsa seperti pemberontakan yang dilakukan oleh sesetengah pihak, lelaki-lelaki yang menyerupai perempuan dan yang sebaliknya, minum arak, judi, rasuah dan lain-lain lagi.Beliau juga menegaskan bahawa mungkin juga kemunduran sesuatu masyarakat itu disebabkan oleh pembahagian kerja yang tidak seimbang atau kebanyakan orang memilih kerja yang tertentu dengan meninggalkan kerja-kerja lain yang diperlukan oleh mereka juga.

Shah Waliyullah mengatakan bahawa di antara sebab runtuhnya sesuatu tamadun itu ialah kerana anggota-anggota masyarakat kebanyakannya bergantung kepada kerajaan. Ramai di antara mereka mendapat wang daripada perbendaharaan negara kerana sesuatu sumbangan yang sebenarnya tidak berfaedah kepada negara seperti hadiah-hadiah besar  yang dianugerahkan kepada penghibur-penghibur, penyair-penyair pengampu dan lain-lain. Akhirnya bila bilangan mereka ini semakin bertambah , maka dengan sendirinya  berkurang pula tenaga-tenaga yang menyumbangkan sesuatu yang benar-benar berguna

kepada masyarakat umumnya.

Beliau juga turut mengatakan , “ Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan juga memberikan perhatian khusus kepada pembangunan yang membawa kemakmuran dan ketenteraman rakyat seperti membangunkan pekan, menyediakan tempat-tempat  persinggahan untuk kemudahan orang yang bermusafir, mengadakan kemudahan infra struktur dan kemudahan komunikasi, melengkapkan pasukan keselamatan di setiap tempat terutamanya di perbatasan negeri. Selain itu, kerajaan juga bertanggungjawab memajukan ilmu pengetahuan supaya tidak terdapat lagi orang yang buta huruf dan supaya mereka juga mahir di dalam ilmu hisab, perubatan, sejarah, geografi, dan lain-lain.”

(13)

Ketika membincangkan tentang pegawai-pegawai kerajaan, beliau menulis bahawa:  perkara pertama yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan di dalam melantik 

seseorang memegang sesuatu jawatan ialah kesedaran yang cukup tentang tanggungjawab yang diserahkan kepadanya selain daripada dia memiliki keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan tugas yang diserahkan kepadanya dengan sebaik  mungkin.Pelantikan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan daripada kaum kerabat dan ahli keluarga juga adalah suatu yang tidak baik. Kerajaan juga semestinya sentiasa mempastikan orang-orang yang berpura-pura menyokong untuk kepentingan peribadi. Di dalam bidang ekonomi negara, Shah Waliyullah paling mengutamakan bidang  pertanian, perlombongan, dan penternakan selain daripada perniagaan. Beliau menganggap kerja-kerja yang melahirkan kehidupan yang berfoya-foya, penuh dengan kemewahan, perhiasan dan untuk memuaskan hawa nafsu merupakan racun yang membunuh sesuatu kerajaan dan mematikan sesebuah negara.

Kepada ahli-ahli perniagaan dan perusahaan Shah Waliyullah tujukan kata-katanya, “Wahai ahli-ahli perniagaan dan ahli-ahli perusahaan ! Amanah sudah hilang dari hati kamu. Fikiranmu sudah kosong dari takut kepada Allah. Kamu sekutukan Tuhan dengan menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada thaghut, kamu naik haji ke kubur-kubur Madai dan Salar. Alangkah buruknya perbuatan kamu ini ! Di antara kamu ada yang hanya mengusahakan arak dan ada pula di antara kamu yang memelihara perutnya dengan memperdagangkan wanita. Alangkah malangnya manusia-manusia seperti ini. Mereka sebenarnya membinasakan dunia dan akhirat mereka sendiri…”

Berpandukan pandangan dan fikrah Shah Waliyullah di dalam politik dan ekonomi dapat diketahui bahawa beliau tidak menyetujui sistem hidup kapitalis yang menjadikan

(14)

seseorang yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin, di samping melahirkan pula kemiskinan, pengangguran, hasad dengki dan pemberontakan di dalam  jiwa masyarakat. Demikian juga beliau tidak merestui sistem hidup sosialis kerana Shah Waliyullah menerima konsep hak milik peribadi yang merupakan pendorong besar  kepada manusia untuk bekerja dan berusaha dengan sekuat-kuatnya.

Kepentingan ekonomi di dalam pemikiran Shah Waliyullah merupakan suatu yang amat  penting sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebelumnya tidak pernah ada

seorang ahli fikir Islam yang telah memberikan perhatian yang sewajarnya dalam bidang ini. Kewafatan Shah Waliyullah terdahulu 56 tahun daripada kelahiran Karl Marx namun  begitu, perbincangan tentang ketidakseimbangan ekonomi dengan berlandaskan prinsip- prinsip logik sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak dapat ditemui walaupun di dalam

teori Karl Marx.

Sementara fikrah Shah Waliyullah berhubung dengan kemasyarakatan pula dapat dilihat daripada teori yang dikemukakannya tantang “Irtifaqat” dalam 4 peringkatnya dan  perkara ini sebenarnya belum pernah dikemukakan oleh sesiapapun dari kalangan ulamak 

(15)

PENUTUP

Sesungguhnya kelahiran tokoh-tokoh mujaddid Islam itu adalah sesuatu yang di luar   jangkaan dan perkiraan manusia. Ia berlaku ketika mana umat Islam telah begitu jauh

menyimpang daripada ajaran Rasulullah s.a.w. yang sebenarnya. Tidak terdapat pula sebab-sebab yang menyokong mereka. Meskipun begitu kesan pengajaran mereka amat mendalam sehingga penyakit yang selama ini tidak terubat, hilang dalam masa yang sesingkat-singkatnya. Seolah-olah pengajaran mereka itu merupakan cebisan daripada ruh pengajaran Rasulullah s.a.w.

Shah Waliyullah sememangnya merupakan seorang alim yang hebat, terkenal terutamanya dalam bidang Fiqh dan Hadith. Ilmu dan sumbangan beliau terhadap gerakan tajdid di India begitu luas meliputi bidang tafsir, hadith, fiqh, mantiq, usul fiqh, ilmu kalam, tasawwuf, perubatan, falsafah, tatabahasa, ilmu hisab dan sebagainya. Tidak  cukup dengan segala kitab yang dikarang, pengakuan dan pengiktirafan dari para ulamak  lain tentang beliau boleh menceritakan segalanya.

Allamah Syibli Nu’mani berkata, “ Selepas zaman Ibn Rusyd dan Ibn Taimiyyah, kejatuhan pemikiran umat Islam begitu ketara sekali sehingga boleh dikatakan tidak ada harapan lagi akan lahirnya ahli fikir yang setanding dengan orang-orang sebelumnya tetapi kuasa Tuhan mahu menunjukkan kepelbagaiannya apabila lahir peribadi seperti Shah Waliyullah. Islam berada dalam serba kekurangan dan kemunduran namun begitu lantaran amat cerah sinar pemikirannya, maka kelihatan malaplah pemikiran Al Ghazali, Ar Radzi dan Ibn Rusyd di hadapannya”.

(16)

 Nawab Siddiq Hasan Khan berkata, “ Jika Shah Waliyullah hidup di zaman permulaan Islam, tentulah dia dianggap Imam dan ikutan para mujtahidin bahkan tentu sekali diberi gelaran “Taajul Nujtahidin dan Imamul Aaimah”.

Syeikh Abul Hasan Ali An Nadwi pula berkata, “ Sekiranya Allah tidak melahirkan 2 tokoh penting di India17 untuk menjaga kesucian agamanya maka bagaimanapun Allah itu Penjaga agamaNya dan untuk menjaganya ia mempunyai beribu-ribu cara. Tetapi jika mengikut ukuran adat, sebelum abad ke-13 lagi Islam telahpun terhapus sama sekali dari  bumi India atau kalau tidak terhapuspun tentulah ia telah terpesong daripada bentuknya

yang asal sama seperti agama Hindu.

17Dua tokoh istimewa yang dimaksudkan ialah yang telah begitu berjasa kepada umat Islam iaitu Syeikh

(17)

, Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran , DBP, Kuala Lumpur, 1992.

, Sejarah Perkembangan Islam di India , Khazanah Banjariyah, Mahad Tarbiyah Islamiyah, Derang Kedah, 1992

 ,”Shah Waliyullah: Riwayat Hidup dan Sumbangannya Dalam  Membangunkan Umat Islam ’,sebuah nota, 2004

, Hundred Great Muslims , Ferozsons Ltd., Lahore, 1976.

, Syah Waliyullah(r.a) Mujaddid Ulung Untuk   Abad-abad Kemudian , Prosiding Seminar, Badan Perkhidmatan Penerangan Islam

Referensi

Dokumen terkait

Sebagai bagian dari membangun hubungan, pelaku melakukan penyesuaian perilaku dan gaya berkomunikasi sehingga membuat korban nyaman berbicara dengan pelaku. Selain

mempunyai cabang di tengah pusat kota. Cakupan wilayah berada di pusat kota dan ibukota provinsi diuntungkan dan bisa bekerja secara optimal dalam menggalang dana ziswaf.

Membentuk Tim Terpadu Percepatan Penyelesaian Pengalihan Personel, Pendanaan, Sarana dan Prasarana serta Dokumen (P3D) Pelabuhan Pengumpan Regional dan Pelabuhan

ب صخلم ةيفصو ةسارد( سي ةروس في تابسانلما نع )يمركلا نآرقلا روسل يعوضولما يرسفتلا باتك وتنياراه يدور 34.2.3.11289 لص دممح بينلا تازجعم مظعأ نم

Berkaitan dengan tujuan penelitian yaitu memvalidasi modul pada program pelatihan “berbagi Untuk Sahabat” dalam meningkatkan keterampilan fasilitator teman sebaya

Sumber: Data dari hasil pengolahan SPSS Dari itabel i4 idiatas imenunjukkan ibahwa inilai ikoefisien ikorelasi iberganda ipada ipenelitian iini isebesar i0.933 iatau imendekati

ANALISA DATA DAN PEMBAHASAN Setelah rancangan bangun sistem pengukuran yang telah dilakukan, didapatkan hasil selisih antara pembacaan kadar oksigen dari persamaan

Tujuan dari pelaksanaan penelitian tindakan kelas ini adalah untuk mengetahui efektivitas suatu metode/model pembelajaran dan media pembelajaran yang digunakan dalam proses