• Tidak ada hasil yang ditemukan

1.Wps Contoh

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1.Wps Contoh"

Copied!
39
0
0

Teks penuh

(1)

1. ABSTARK

Laporan tugasan tempat kerja ini dilakukan semasa aktiviti-aktiviti Coca Change Out di loji XXXXXXXXXX SDN BHD Paku,Pahang, di bawah kendalian dan kepakaran syarikat tempatan YYYYYYYYYYY (M) SDN BHD. Tugasan tempat kerja ini dijalankan pada 4 Jun 2009 hingga 10 Julai 2009. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang telah diwartakan pada 24 Febuari 1994 mempunyai empat tujuan utama dan tiga dari tujuan utama itu ialah memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja, melindungi orang lain selain dari pekerja di tempat kerja dan menggalakkan persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka. Tugasan ini adalah merupakan langkah bagi mencapai objektif seperti mengenalpasti dan menilai hazard, mengenalpasti keutamaan hazard deangan menentukan kiraan mata risiko yang diperolehi dan seterusnya mencadang dan melaksanakan langkah-langkah kawalan yang paling sesuai atau praktikal untuk dua hazard paling kritikal bagi hazard keselamatan dan kesihatan iaitu hazard ruang terkurung (confine space) dan ergonomic. Kaedah yang digunakan bagi mengenalpasti hazard ialah kaedah HIRARC yang terdiri daripa Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko, dan Kawalan Risiko. Proses penilaian risiko hazard dibuat melalui kaedah‘Qualititative dan Semi Quantitative ’. Hasil daripada penilaian tersebut, didapati dua hazard paling kritikal dalam hazard keselamatan dan hazard kesihatan dapat dikesan. Saranan bagi mengadakan langkah-langkah kawalan risiko adalah dengan menggunakan kaedah Hierarchy of control seperti kaedah penghapusan, penggantian, kawalan kejuruteraan, kawalan secara pengurusan dan kelengkapan perlindungan diri. Dengan adanya langkah ini, dapat mengurangkan, mengawal dan menghapuskan risiko yang kritikal tersebut.

(2)

2.1. Latar belakang Organisasi

2.1.1. YYYYYYYYYYYYYYYY SDN BHD

Cocas change out activity, to supply Cocas and all type of media & industrial waste disposal management YYYYYYYYYY Sdn Bhd merupakan syarikat anak tempatan yang berkembang maju mengikut arus pemodenan masa kini. Mula ditubuhkan pada tahun 1990 yang dahulunya dikenali sebagai TTTTTT (M) Sdn Bhd. YYYY merupakan syarikat tempatan yang mempunyai kepakaran dalam pemasangan mesin-mesin besar/berat seperti compressor, pump motor, dan reactor dan mempunyai pekerja seramai 60 orang staff dan 250 perkerja kontrak. Selain itu, YYYYYY juga mempunyai kepakaran dan hampir profesional

sepenuhnya dalam internal loading and unloading cocas bagi kerja-kerja di dalam

towers/vessel.

2.1.2. Profile Syarikat

a) YYYYYYYYYYYYYYYYYYYY (M) SDN BHD

Alamat Perniagaan : Lot. 00 & 00, Jalan Gebu 00/0, Kawasan Perindustrian Gebu,Mukim Bukit Terrang, 20080 Kuantan,

Pahang Darul Makmur Laman web : YYYYYcom.my

Jenis Perniagaan : xxxxxxxxxxx’llllllll

Sasaran Perniagaan : Oil and Gas, Petroleum Refineries, Petrochemical Plants 2.1.3. Struktur Organisasi

(3)

Dalam organisasi YYYY, jawatan tertinggi disandang oleh abc sebagai Pengarah Urusan dan dibantu oleh DEF merangkap sebagai

Pengerusi Eksekutif syarikat. Carta Organisasi YYYYMSSB dapat dilihat dalam Lampiran 1.

2.1.3.2.Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ( SHC )

Pengerusi bagi ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerja ialah Pengarah Urusan YYYYY MSSB iaitu Tuan ABC dan dibantu oleh setiausaha SHC iaitu En MKK yang menjawat jawatan sebagai Pegawai Keselamatan diikuti dua wakil dari pihak pekerja dan majikan. Untuk lebih jelas lagi, sila rujuk pada carta Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dalam Lampiran 2.

2.2. Tempat Kerja/Kawasan Kajiaan

Dilakukan di Loji XXXXXX Sdn Bhd ( P ) yang terletak diVVVVV di Gertak. XXX telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan menghasilkan produk Ammonia, Carbon Monoxide dan Oxogas. Terdapat pelbagai jenis bahan-bahan toksik yang berbahaya kepada kesihatan seperti gas ammonia, hydrocarbon, benzene, mentane, carbon monoxide dan banyak lagi. Tugasan tempat kerja ini dibuat semasa Loji XXX dalam proses penyenggaraan secara online (online maintenance)

2.2.1. Aktiviti

Di dalam loji XXX, YYYmenjalankan aktiviti “Cocas Change Out”. Dalam aktiviti ini, syarikat XXXXX dipertanggungjawab kan oleh XXX bagi mengeluarkan dan

(4)

menggantikan semula kesemua Cocas di dalam pengandung yang berukuran 8.72 meter tinggi, dan berdiameter dalam 2.13 meter. Aktiviti ini berlanjutan sehingga 10 biji vessel (V3-1602A–V3-1602J) yang perlu disenggarakan. Aktiviti yang terlibat termasuklah, aktiviti confine space, scaffolding, mobilization, blinding, romove/reinstall top spool, remove wire mesh, lifting, unloading, loading, manual handling, dan manual torque wrench. Gambar gajah Cocas dan aktiviti dapat dilihat dalam Lampiran 3.

2.2.2. Persekitaran Kerja

Kilang YYYYY mempunyai kawasan loji yang amat luas, tersusun dan mempunyai jalan keluar masuk yang mencukupi, mempunyai kemudah yang serba lengkap. YYYY

dikelilingi oleh loji-loji yang menjalankan aktiviti seperti chemical storage, gas, pipeline dan sebagainya. Di dalam loji YYY, pekerja terdedah dengan persekitaran kerja seperti kehadiran toksic gas, noise, suhu melampau, cuaca yang tidak menentu, kerja tempat tinggi, bahan kimia, sinaran dan banyak lagi. Selain daripada itu, aktiviti seperti lifting, scaffolding, confined space, dust juga dapat dilihat dalam persekitaran tempat kerja.

2.2.3. Proses Kerja

BUAT PROSES FLOWCHART DI SINI !!!!!!!!!!!!!!

3. OBJEKTIF

Objektif yang dapat dilihat dalam penghasilan laporan tugasan tempat kerja ini adalah untuk memberi pendekatan yang sistematik untuk mengenalpasti hazard serta merekod dan

(5)

menyenaraikan hazard tersebut. Seterusnya kita dapat menaksir hazard dan menganalisis risiko yang ditemui, yang mana ianya akan dapat memberikan pengukuran bagi hazard yang dikenalpasti, serta menyediakan kaedah bagi mengawal risiko tersebut. Ia merupakan satu daripada kewajipan majikan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, di mana majikan perlu menyediakan tempat kerja yang selamat unutk pekerjanya dan orang lain yang berkenaan. Objektif lain yang dapat disimpulkan dalam tugasan tempat kerja ini adalah seperti :

a) Untuk melengkapkan syarat wajib bagi Peperiksaan Pegawai Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan ( SHO ) untuk kertas 4 ( Paper 4 ).

b) Memberi peluang kepada calon dalam mempraktikan dan mendalami apa yang dipelajari di dalam kursus SHO.

c) Memberi peluang kepada calon merasai dan menghadapi situasi sebenar di alam pekerjaan.

d) Memberi peluang kepada calon memahami tugas – tugas dan tanggungjawab sebenar sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( SHO ). e) Mengenalpasti hazard di tempat kerja dan mengadakan langkah kawalan yang

bersesuian dengan kerja.

4. KAEDAH

4.1. Dalam seksyen ini, kaedah yang diguna pakai dengan menggunakan kaedah HIRARC. Kaedah HIRARC adalah merupakan salah satu teknik yang bersistematik untuk

(6)

Mengenalpastian Hazard, Menaksiran Risiko, dan Kawalan Risiko.Teknik lain ialah seperti HAZOP, HAZAN, Fault Tree Analysia dan lain-lain. Kaedah HIRARC ini bertujuan

:-a. untuk mengenal pasti hazard yang wujud yang boleh mendatangkan mudarat kepada pekerja dan orang lain .

b. untuk menentukan tahap risisko dengan cara menilai kemungkinan kejadian berlaku akibat dari hazard yang dikenalpasti dan keterukan yang mungkin boleh terjadi akibat dari kejadian yang berlaku daripadanya .

c. untuk membolehkan majikan merancang, memperkenalkan dan memantau langkah pencegahan untuk memastikan risiko tersebut dikawal secukupnya sepanjang masa

4.1.1. Pengenalpastian Hazard

Menentukan operasi kritikal di dalam tugasan, iaitu tugasan yang mendatangkan risiko yang ketara kepada keselamatan dan kesihatan pekerja serta menekankan hazard yang berkaitan dengan kelengkapan tertentu disebabkan oleh sumber tenaga, keadaan kerja atau aktiviti yang dilaksanakan. Hazard boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu hazard keselamatan dan hazard kesihatan.

4.1.1.1. Cara Pengenalpastian Hazard

Untuk melengkapkan pengenalpastian hazard, beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengenalpasti hazard. Beberapa contoh kaedah termasuk

(7)

a) Semakan semula dokumen, rekod-rekod dan maklumat media masa dan elektonik

b) Pemerhatian di tempat kerja

c) Pemantauan, Persampelan dan Pengukuran d) Analisis keselamatan kerja

a) Rujukan / Semakan semula

Hazard boleh dikenalpasti melalui kaedah merujuk atau menyemak maklumat-maklumat, data-data, rekod-rekod yang boleh diperolehi dari dokumen-dokumen tertentu seperti berikut :

:

i. Risalah Data Keselamatan Kimia ( CSDS ) – mengandungi 15 maklumat penting tentang bahan kimia bebahaya kepada kesihatan termasuk maklumat tentang hazard-hazard ,komposisis, nama bahan kimia, kawalan pendedahan dan lain-lain maklumat penting.

ii. Bahan Penerbitan – Garispanduan-Garispanduan, koda-koda amalan, buletin, journal , prosedur-proedur dan lain-lain yang dikeluarkan oleh agensia-agensi kerajaan seperti JKKP, SOCSO, NIOSH, Petronas .

iii. Peruntukan undang-undang yang dibuat di bawah Akta Keselamatan dan Kesihtan Pekerjaan 1994 , Akta Kilang dan Jentera 1967 dan peraturan-peraturan di bawahnya .

(8)

v. Statistik kemalangan dari agensi kerajaan seperti SOCSO, JKKP dan lain-lain b) Pemerhatian di tempat kerja

Pemerhatian ke atas cara kerja, proses kerja,persekitaran tempat kerja adalah berkaitan proses mengenalpasti keadaan tidak selamat dan perbuatan tidak selamat yang wujud dan berlaku di tempat kerja. Pemerhatian boleh juga dijalankan menggunakan senarai semak. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengenalpasti satu tugas (task), langkah kedua kenalpasti atau memahami langkah-langkah (step) untuk

menjalankan tugas itu (ringkaskan langkah kepada tidak lebih 10 langkah jika tugas itu rumit). Buat pemerhatian untuk mengenalpasti hazard yang ada. Dengan menjalankan pemerhatian ke atas sesuatu tugas tertentu , kita dapat mengenalpasti hazard-hazard yang wujud dari punca-punca hazard ia itu manusia, bahan-bahan yang digunakan, jentera-jentera atau peralatan-peralatan yang digunakan dan persekitaran tempat kerja.Oleh itu, kaedah pemerhatian persekitaran dapat mengenalpasti hazard-hazard yang wujud.

c) Pemantauan, Persampelan dan Pengukuran

Pemantauan ialah memantau tahap pencemaran di persekitaran kerja dengan cara persampelan dan pengukuran bagi mengenalpasti kewujudan hazard-hazard. Ini boleh dilakukan bagi mengenalpasti hazard berkaitan bunyi bising yang berlebihan, tegasan haba, habuk dan lain.

Persampelan ialah memungut sampel udara untuk mengetahui paras pencemaran yang terampai di udara atau paras yang mungkin disedut opleh pekerja. Pencemaran terampai

(9)

ialah seperti habuk termasuk habuk , wasap (fume), gas dan wap (vapor). Pengukuran ialah mengukur tahap tenaga dengan menggunakan peralatan tertentu bagi mengukur tahap tenaga yang hadir dipersekitaran kerja contoh bunyi bisisng, getaran, sinaran dan lain-lain.

4.2. Kaedah Penaksiran Risiko

Risiko ialah penentuan kemungkinan berlakunya kemalangan/kejadian dan keterukan kemalangan/kejadian yang mungkin berlaku untuk menentukan tahap dan memberikan keutamaan kepada hazard yang dikenal pasti. Ia boleh dilakukan menurut kaedah kualitatif, kuantitatif atau semikuantitatif.

Analisis kualitatif menggunakan perkataan untuk menyatakan tahap keterukan yang mungkin dan kemungkinan keterukan tersebut akan berlaku. Skala ini boleh diubah suai atau dilaras untuk disesuaikan dengan keadaan dan keterangan berbeza boleh digunakan untuk risiko yang berbeza contoh RENDAH, SEDERHANA, TINGGI.

Dalam analisis semikuantitatif, skala kualitatif seperti yang diterangkan di atas diletakkan nilai berangka. Objektifnya adalah untuk menghasilkan skala penarafan yang lebih luas daripada yang biasanya dicapai dalam analisis kualitatif.

Analisis kuantitatif menggunakan nilai berangka untuk keterukan dan kemungkinan. Kemungkinan dinilai menggunakan data, rekod daripada pelbagai sumber seperti pengalaman lalu dan daripada penyelidikan saintifik. Keterukan boleh ditentukan dengan menjangka hasil kejadian atau impak yang lazimnya boleh berlaku, atau dengan mengambil kira kejadian-kejadian lalu yang pernah berlaku .

4.2.1 Keberangkalian atau Kemungkinan berlakunya kejadian

Nilai ini berdasarkan kemungkinan berlakunya kejadian. Soalan-soalan seperti ini boleh digunakan sebelum penilaian dibuat“Berapa kalikah kejadian ini pernah berlaku sebelum ini?” Kemungkinan ditaksir berdasarkan pengalaman pekerja, maklumat dan rekod kemalangan yang lepas ,analisis atau pengukuran. Tahap kemungkinan berjulat berdasarkan criteria daripada “paling mungkin” hingga “tidak dapat dijangka” Sebagai contoh, kejadian pekerja terpijak benda-benda tajam semasa bekerja di satu tempat kerja yang kekemasan tempat kerjanya buruk (bad housekepping) adalah yang’ paling mungkin berlaku’ dalam setiap syif kerja. Tetapi kejadian seperti itu ditafsirkan ‘tidak dapat dijangka’ dalam keadaan pekerja bekerja di dalam persekitaran tempat kerja yang sentiasa kemas dan teratur

(10)

Jadual A menunjukkan kemungkinan atau keberangkalian dengan menggunakan nilai berikut: KEMUNGKINAN

(L) KADAR

Paling mungkin Hazard/kejadian yang paling mungkin berlaku 5 Mungkin Mungkin boleh berlaku dan bukannya luar biasa 4 Dapat dijangka Mungkin berlaku pada masa akan datang 3 Jarang sekali Belum diketahui berlaku selepas beberapa tahun 2 Tidak dapat

dijangka Boleh dikatakan mustahil dan tidak pernah berlaku 1 JADUAL A

4.2.2 Keterukan hazard

Keterukan boleh dibahagikan kepada lima kategori. Keterukan berdasarkan tahap keterukan yang meningkat ke atas kesihatan individu, alam sekitar, atau kepada harta benda. Jadual B menunjukkan keterukan dengan menggunakan jadual berikut:

KETERUKAN

(S) KADAR

Mala petaka Banyak kematian, kerosakan harta benda dan 5 pengeluaran tidak dapat dipulihkan

Fatal Kira-kira satu kematian, kerosakan besar harta 4 benda jika hazard berlaku

Serius Kecederaan yang tidak fatal, hilang upaya kekal 3

Ringan Menyebabkan hilang upaya tetapi bukan 2

kecederaan kekal

Sedikit sahaja Sedikit lelasan, lebam, luka, kecederaan jenis 1 rawatan kecemasan

Jadual B

Risiko lazimnya dinilai berdasarkan jumlah hasil darab (X) yang paling tinggi dengan meletakan nombor ( ) yang mewakili Kemungkinan (LIKELIHOOD) didarab dengan nombor ( ) yang

(11)

mewakili Keterukan (SEVERITY) dan menghasilkan Kadar Risiko berlaku. Jumlah tersebut menunjukan tinggi atau rendahnya risiko sesuatu hazard.

RISIKO = Akibat (keterukan) X (Kemungkinan)

3. Keutamaan Risiko (Tinggi, Pertengahan, Rendah) dapat dikenalpasti apabila menggunakan jadual C di bawah.

4. Jumlah angka yang tertinggi dalam kurungan menunjukkan keutamaan hazard dan akhirnya dapat diputuskan untuk tindakan selanjutnya.( Kawalan Risiko).Penjelasan bagi setiap penaksiran dan penilaian risiko hazard yang dikenalpasti itu serta turutan keutamaan tindakan pencegahan dan kawalan.

RENDAH SEDERHANA TINGGI 4.2.1.1. Tahap Risiko JADUAL C

4.2.3 Contoh hazard Keselamatan - Ruang Terkurung

XXXXXXXX Sdn. Bhd. merupakan kontraktor yang dilantik bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan. Diantara aktivi utamanya ialah menjalankan kerja-kerja-kerja-kerja

(12)

menukar dan mengantikan Cocas di dalam proses tower atau proses vessel (internal loading and unloading catalyst). Tower dan vessel merupakan ruang terkurung. Hazard yang dikenalpasti pasti dalam task ini ialah Ruang Terkurung Aktivi kerja ini memerlukan pekerja memasuki ruang terkurang dan jumlah pekerja yang terlibat dengan aktiviti kerja agak ramai dan tempoh masa pekerja berada di dalam ruang terkurung adalah dalam tempoh yang lama untuk menyelesaikan tugas ini. Banyak kemalangan maut telah berlaku semasa menjalankan kerja-kerja di dalam ruang terkurung di siar di dalam akhbar sebagai contohnya sila lihat lampiran 2 yang menampilkan berita-berita mengenai kemalangan maut di dalam ruang terkurung. Selain dari itu tower atau vessel yang di masuki adalah mengandungi bahan kimia dalam bentuk gas atau cecair.

Dengan menggunakan fakta atau maklumat ini penilaian dibuat ke atas Tahap Risiko yang wujud . Tahap risiko dinilai berdasarkan kemungkinan dengan menggunakan jadual A dan Keterukan dengan menggunakan jadual B. Nilai yang diperolehi ialah (4) untuk Kemungkinan dan (4) untuk Keterukan . Tahap risiko yang diperolehi ialah (16). Dengan mengguna jaduaj C. Tahap Qualitative Risiko yang diperolehi ialah Tinggi .

4.2.4 Contoh Hazard Kesihatan - Ergonomic

Masaalah ergonomic dikenalpasti sebagai salah satu hazard kesihatan yang melibatkan kerja-kerja yang dijalankan oleh syarikat ini. Diantara aktiviti kerja penting yang dijalankan oleh pekerja-pekerja syarikat ini ialah pemasangan dan perobohan perancah, kerja-kerja dalam ruang terkurung dan kerja-kerja pemasangan mesin-mesin berat dan besar. Kebanayakan aktiviti-aktiviti

(13)

kebanyakan menggunakan kaedah manual. Ini menyebabkan berlakunya faktor –faktor risiko seperti berikut

i) Penggunaan daya yang banyak (force) akibat beban yang berat

ii) Postur badan yang tidak sesuai atau statik ( contoh ;bekerja di dalam ruang terkurung dalam keadaan sempit)

iii) Melakukan kerja secara berulang

iv) Penggunaan peralatan tangan yang boleh menyebabkan berlaku contact stress Selain dari itu aktiviti kerja dilakukan dalam tempoh yang lama dan melibatkan banyak pekerja. Dengan menggunakan fakta atau maklumat ini penilaian dibuat ke atas Tahap Risiko yang wujud . Tahap risiko dinilai berdasarkan kemungkinan dengan menggunakan jadual A dan Keterukan dengan menggunakan jadual B. Nilai yang diperolehi ialah (5) untuk Kemungkinan dan (3) untuk Keterukan . Tahap risiko yang diperolehi ialah (15). Dengan mengguna jaduaj C. Tahap Qualitative Risiko yang diperolehi ialah Tinggi.

5.HASIL DAN PERBINCANGAN ( Rujuk pada Lampiran 8 )

5.1 Senarai Hazard yang dikenalpasti

Dalam perbincangan diatas, beberapa hazard dikenalpasti dan dibahagi kepada dua iaitu hazard Keselamatan dan Hazard Kesihatan seperti mana disenaraikan dibawah . Jadual hasil yang diperolehi adalah seperti di Lampiarn 3 yang menunjukkan senarai hazard yang dikenalpasti dan keutamaan risiko yang dinilai

5.1.2 Senarai Hazard Keselamatan

i. Tempat tinggi ( bekerja di temapt tinggi jatuh , objek jatuh dan ) i. Objek bergerak

(14)

ii. Kren Bergerak ( Mengangkatdan menurun beban secara mekanikal menggunakan jentera kren)

iii. Ruang Terkurung

5.1.3 SenaraiHazard Kesihatan i. Toxic Gas

ii. Masaalah Ergonomic ( Mengangkat, menarik, menurun dan menolak beban berat secara manual )

iii. Bunyi bising

5.2 Keutamaan Hazard

Berdasarkan jadual D di bawah, hazard yang berisiko tinggi dikenalpasti berdasarkan Nombor paling tinggi dalam kurungan ( ) selepas proses pengiraan yang diperolehi.seperti mana ditunjukkan didalam lampiran 6.

i. Hazard Keselamatan

Ruang Terkurung (16) Tinggi ii Hazard Kesihatan

Masaalah Ergonomic (15) Tinggi

Setelah disenaraikan hazard yang dikenal pasti seperti di lampiran 3, hasil mengikut turutan nombor paling tinggi ditunjukkan dalam jadual D seperti di bawah ini.

Bil HAZARD KUMPULAN KESAN KEUTAMAAN

1 Ruang Terkurung

(Aktiviti Kerja Dalam Ruang Terkurung)

Hazard

Keselamatan Kemalangan maut Tinggi ( 16 ) 2 Kren Bergerak

Aktiviti mengankat dan

Hazard Keselamatan

Kemalangan maut/kerosakan

(15)

menurun beban) hartabenda 3 Objek Bergerak Hazard

keselamatan Dihimpit, dilanggar dll Sederhana ( 9) 4 Tempat tinggi

Berkerja di tempat tinggi) Hazard Keselamatan Kemalangan jatuh Sederhana (9) 5 Masaalah Ergonomic Hazard kesihatan

(Ergonomik)

Muskulurskletel Disorder,Sakit pinggang ,

Sakit belakang otot , sakit atau bengkak pada kaki

Tinggi ( 15)

6 Bising (dari kenderaan) Hazard Kesihatan kerosakan pendengaran

Sederhana (9) 7. Toxic Gas Hazard Kesihatan Penyakit

pekerjaan

Sederahana (9)

JADUAL D

5.3 Kesan setiap risiko keselamatan dan kesihatan yang dikenalpasti paling kritikal adalah seperti berikut

5.3.1 Hazard Keselamatan – Ruang Terkurung

Ruang terkurung iakah suatu kawasan (area) tertutup atau sebahagiannya tertutup dimana ukurannya cukup untuk seseorang pekerja memasuki. Ianya tidak direkabentuksebagai tempat kerja biasa tetapi pekerja mungkin perlu memasukinya untuk tugas-tugas tertentu seperti

menjalankan kerja-kerja pemeriksaan, pembersihan, penyelenggaraan, pembaikan, pengujian dan lain-lain.. Mempunyai laluan keluar masuk yang terhad. Contoh-contoh ruang terkurung ialah pengandung tekanan, tangki, silo, lubang dan saluran pembentungan, perigi .

Punca-punca hazard yang biasa menyebabkan kemalangan dalam ruang terkurung ialah seperti berikut :

(16)

i) Kekurangan Oksigen ( Lack of Oxygen) merupakan punca utama yang boleh menyebabkan kematian kepada yang memasuki ruang terkurung.. Oksigen tidak dapat dilihat atau dihidu, kekurangan oksigen boleh menyebabkan kesan serius kepada otak dan boleh menyebabkan jantung terhenti beberapa ketika. Udara biasa mengandungi 20.8% Oksigen dan manusia memerlukan oksgen di dalam udara sekurang-kurangnya 19.0% di dalam udara. Pada kadar 12% oksigen pekerja akan mengelami pengsan (unconscious) dan pada kadar 6% kadar oksigen di dalam uadara boleh menyebabkan pekerja maut.Kekurang oksigen dalam udara boleh berlaku di dalam ruang terkurung disebabkan oleh proses kimpalan, tindakbalas kimia, proses pernafasan oleh manusia yang berada di dalam ruang terkurung., tindakbalas biologi, pengantian oksigen oleh gas lengai (inert gas) seperti gas nitrogen, gas mudah terbakar (flammeble gas) seperti gas Methane.

ii) Kandungan oksigen berlebihan dalam ruang terkurung menyebabkan kebakaran dan letupan . Kejadian ini mungkin berlaku apabila kandungan isispadu oksigen di dalam udara meningkat melebihi 23%

iii) Kehadiran gas atau ceacair mudah tebakar di dalam ruang terkurang seperti bahan kimia pelarut atau gas asli atau lain-lain bahan petroleum boleh menyebabkan berlaku kebakaran dan letupan

iv) Kehadiran gas-gas toksik di daklam ruang terkurung seperti hydrogen sulphide, carbon monoxide, bahan pelarut yang digunakan untuk pencucian dan degreasing seperti methl chloroform, methylene chloride dan lain-lain.

(17)

vi) Tempat tinggi boleh menyebakan kemalangan jatuh dan lain-lain lagi.

5.3.2 Hazard Kesihatan – Masaalah Ergonomic

Ergonomic berasal dari perkataan Greek, “ergon & nomos yang bermaksud kerja & aturan. Ergonomic bermaksud kajian dia antara hubungan manusia dengan peralatan, jentera, prosedur dan persekitaran kerja. Satu bidang saintifik yang cuba untuk menyesuaikan sistem kerja, peralatan kerja, tempatkerja dengan manusia. Tujuannya untuk peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan kerja, meninkatkan produktiviti dan memudahkan kerja. Selain dari itu ianya juga untuk peningkatan nilai-nilai

kemanusiaan yang positif, meningkatkan keselamatan, mengurangkan kepenatan dan tekanan dan mencegah dari berlakunya penyakit pekerjaan.

Kesan jangka panjang yang kepada risiko ergonomik ini ialah :

i) penyakit Muskuloskeletal (MSDs) yang berlaku disebabkan oleh penggunaan yang berlebihan yang mengakibatkan kehausan (wear and tear) kepada otot-otot, tendon, sendi dan tisu disekelilingnya.

Ii) boleh mengakibatkan ketidakupayaan untuk menggunakan anggota badan yang terbabit dalam jangkamasa yang panjang contohnya

Sebagai contoh nya aktiviti memasang di mana bahan- bahan kerja yang digunakan diangkat menggunakan tangan ataupun tali yang mana ditarik dengan kuasa tangan. Kerja mengikat pengunci “ Clamp” perancah dan penyambungan tiub terpaksa dibuat secara berulang-ulang. Saiz Tiub yang digunakan biasanya bersaiz diameter 38.8 mm, ketebalannya 3.0 mm dan panjang 6 meter kebiasaannya berat melebihi 20 kg terpaksa

(18)

diangkat oleh seorang pengendali. Keadaan berat ini akan memberi tekanan kepada anggota badan pengendali perancah dan memerlukan tenaga yang banyak. Ini jelas akan menyebabkan kesan pada pinggang dan tulang-tulang yang menyokong beban tersebut.. Situasi ini amatlah memerlukansuatu tindakan langkah kawalan yang perlu diutamakan dan dilaksanakan seberapa segera.

6 SARANAN/ CADANGAN DAN KAWALAN

6.1 Langkah-langkah kawalan

Langkah kawalan hendaklah seboleh-bolehnya menggunakan kaedah yang paling berkesan mengikut keutamaan. Ianya BOLEH dilakukan mengikut kaedah kawalan HIRARC iaitu penghapusan, penggantian, pengurungan, kawalan kejuruteraan, kawalan pentadbiran, dan PPE. Hierarchy of control dapat dilihat seperti dalam Rajah E atau boleh menggunakan KODA KODA AMALAN atau garispanduan yang diluluskan atau dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

(19)

Rajah E

6.1.1 Hazard Keselamatan Paling Kritikal – Ruang Terkurung

Langkah-langkah kawalan yang dibuat adalah berdasarkan kepada garispanduan yang dikeluarkan di dalam Koda Amalan Bekerja Di dalam Ruang Terkurung 2001 yang dikeluarkan oleh JKKP. Seperti berikut :

Perancangan - Menenalpasti aktiviti kerja yang memerlukan dilakukan di dalam ruang terkurung. Satu program perlu di adakan dan dalam program itu elemen-elemen seperti berikut adalah perlu ;

(20)

1. Mengenalpasti hazard dan Penilaian Risiko perlu dilakukan bagi semua kerja-kerja yang melibatkan Ruang Terkurung bagi mengenal pasti langkah-langkah keselamatan, kesihatan dan persedian jika berlaku kecemasan

2. Prosedur Kerja Selamat perrlu di adakan .

3. Permit Sistem yang mengambil kira kaedah persedian, pelaksanaan , pengesahan dan pembatalan..

4. Tanda Amaran 5. Latihan

6. Peralatan- peralatan yang perlu seperti peralatan menguji dan pemantauan

oksigen, gas toksik dan lain-lain, peralatan komunikasi. Peralatan pelindung diri yang sesuai, peralatan pengalih udara, pencahayaan, pengadang dan pagar, tangga, peralatan menyelamat dan pertolongan cemas dan lain-lain peralatan yang perlu untuk bekerja dalam ruang terkurung

7. Prosedur menyelamat

8. Permit kerja – Prosedur dirangka bagi pelaksanaan system Permit Kerja

9. Kenalpasti tangungjawab individu terlibat dalam tugas berkaitan dan senaraikan tangungjawab tersebut dengan jelas

10. Maklumat jelas tentang hazard, peraturan keselamatn, kecemasan 11. Korodinasi dengan pihak lain yang terlibat

Pelaksanaan system Permit Kerja

(21)

• Suatu dokumen operasi yang dikawal

• Memberikan kuasa secara bertulis untuk memasuki dan menyemak semua prosidur

• Hendaklah dikawal oleh orang yang bertanggung-jawab PemilahanPekerja

o Pilihlah pekerja yang;

 Stabil dari segi fizikal dan mental  Berumur antara 18 hingga 50 tahun  Telah menjalani pemeriksaan perubatan Latihan

• Semua pekerja perlu diberi latihan secukupnya; terutama

o Penyelia

o Mereka yang akan memusuki… o Pembantu

o Pasukan Penyelamat

Perlulah merangkumi perkara berikut:

o Sistem Kerja Yang Selamat

o Penggunaan dan Penyenggaraan alat keselamatan o Penggunaan peralatan pemonitoran

o Prosidur menyelamat dan penyenggaraan peralatan menyelamat o Prosidur pertolongan cemas dan kejutan

o Prosidur melawan kebakaran o Komunikasi

(22)

Laluan Masuk dan Keluar

o Sais minimum bagi laluan keluar/masuk adalah 460mm X 410 mm jika empat segi atau 460mm garis-pusat jika berbentuk bulat.

o Bagi loji yang bergerak; siasnya ialah 410mm X 360mm jika empat segi atau 410mm garis pusat jika berbentuk bulat.

o Hendaklah memperuntukan lurang yang secukupnya untuk kerja menyelamat

o Mempunyai tanda yang jelas o Tidak terhalang

Bahan Toksid atau Mudah Terbakar.

o Tidak ada bahan yang boleh dianggap tidak toksid o Punca-puncanya…

• Ruang itu sendiri telah sedia mengandungi bahan toksid/mudah terbakar

• Proses terdahulu • Kandungan terdahulu • Loji yang bersambungan • Aktiviti yang berhampiran

Pemonitoran Udara. – Authorised Gas Tester menjalani latihan sebagai AGT dengan `pusat latihan bertauliah ia itu NIOSH dan berdaftar dengan JKKP

• Keadaan boleh bertukar menjadi tidak selamat sebelum/selepas dimasuki

(23)

• Jangan bergantung dan percaya pada bau tanpa menjalankan ujian • Deria bau berbeza antara seseorang

o (Contoh: Carbon Monoxide dan Methane tidak berbau. Hydrogen Sulfide melumpuhkan deria bau)

• Tiada sesiapa boleh memasuki, sehingga orang yang kompeten mengesahkan ianya selamat

• Hendaklah disediakan gantian udara yang secukupnya • Hapuskan habuk, wasap atau gas

• Tentukan tidak berlaku kekurangan atau berlebihan oksigen • Tiada bahan beracun

Kekurangan Oksigen

• Kandungan udara biasa = 21% O2 79% N

• < 17% O2, api tidak akan bernyala dan tidak selamat untuk bernafas

• Kita tidak akan menyedari bahaya dan akhirnya akan sukar bernafas,lemah dan pengsan

• Keluar dengan segera jika mengalami masalah pernapasan • Situasi yang menyebabkan kekurangan O2

o Selepas proses `purging’ o Proses karat

o Tanah yang telah tercemar

o Pemeraman bahan-bahan organic

Berlebihan Oksigen

• Sama bahayanya dengan kekurangan oksigen

(24)

• Oksigen berlebihan boleh menyebabkan; o Kebakaran tiba-tiba

o Letupan

Langkah Keselamatan Bekerja • Ujudkan shif bekerja

• Memantau had masa dalam Permit Kerja • Menyediakan gantian udara yang cukup

• Tentukan suhu dan kelembapan yang menvukupi • Menjalankan ujian udara secara berjadual

• Jangan merokok atau menggunakan api

• Jangan gunakan peralatan yang boleh menghasilkan `spark’ • Gunakan peralatan eletrik yang tahan bakar

• Semua tangki, paip gas hendaklah dikeluarkan jika tiada orang menggunakannya

Kerja Menyelamat

• Prosidur menyelamat hendaklah disediakan dengan dengan jelas. • Tentukan tugas dan orang yang bertanggung-jawab

• Adakan latihan kerja menyelamat (drill)

• Sediakan sistem komunikasi yang lengkap dan sedia untuk digunakan

(25)

• Perkara-perkara perlu bagi kerja-kerja menyelamat

o Pembantu perlulah mengetahui dengan segera bahawa seorang yang bekerja di dalam Ruang Terkurung menghadapi masalah

o Pasukan Penyelamat mestilah mengutamakan tugas mengeluarkan mangsa

o Pertolongan cemas hendaklah diberikan dengan segera dan diikuti rawatan perubatan sepenuhnya.

Peralatan Menyelamat

• Peralatan untuk pernafasan dan oksigen • Tali dan `safety hardness’

• Lampu

• Peralatan pertolongan cemas • Alat Pemadam Api

• Penggera Bunyi • Set komunikasi

(26)

a) Memaklumkan kepada kontraktor bahawa Ruang Terkurung hanya boleh dimasuki hanya apabila semua langkah-langkah keselamatan dipatuhi.

b) Memaklumkan kepada kontraktor elemen-elemen, temasuklah bahaya-bahaya yang mungkin ujud

c) Memaklumkan kepada kontraktor langkah-langkah yang diambil olehnya untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja yang bekerja di dalam atau

berhampiran Confined space

d) Menyelaras operasi bersama-sama kontraktor apabila pekerja kedua-dua pihak terlibat dengan kerja di dalam atau berhampiran Confined Space

e) Membincang dengan kontraktor berkaitan dengan kerja-kerja yang telah dilakukan dan apap bahaya yang dikesan ketika kerja dilakukan

Tanggung-jawab Kontraktor

a) Mendapatkan apa-apa maklumat berhubung dengan bahaya di sesuatu confined space dari Majikan

b) Menyelaras operasi bersama dengan Majikan jika pekerja kedua pihak terlibat c) Memaklumkan kepada Majikan sebarang program yang dijalankan dan jika ada

apa-apa bahaya yang dikesan atau dihasilkan

Tanggung-jawab Orang Yang Dibenarkan Masuk

a) Mengetahui bahaya-bahaya yang akan dihadapi termasuklah maklumat, tanda-tanda awal dan akibat jika terdedah kepada bahaya tersebut

b) Menggunakan peralatan dengan cara yang betul

c) berkomunikasi dengan `standby person’ agar statusnya dan bagi membolehkan `standby person’ mengambil langkah awal jika berlaku sesuatu yang tidak diingini d) memaklumkan dengan segera kepada `standby person’ jika;

(27)

• mengesan sesuatu keadaan yang dilarang e) Keluar dengan segera apabila;

• Diberi arahan oleh `standby person, atau penyelia • Mengesan sesuatu tanda bahaya yang ujud • mengesan sesustu keadaan yang dilarang • penggera (alarm) dihidupkan

Tanggung-jawab `Standby Person’

a) mengetahui bahaya-bahaya yang mungkin ujud

b) mengetahui sifat-sifat orang yang terdedah kepada bahaya

c) mengetahui kaedah yang digunakan bagi menentukan bilangan mereka yang memasuki `confined space’

d) sentiasa berada di tempat yang ditetapkan di luar confined spsce sehingga pengganti mengambil alih tugas

e) berkomunikasi dengan mereka yang berada di dalam confined space untuk mengetahui status mereka

f) memantau aktiviti di luar dan di dalam confined spsce bagi menentukan keselamatan mereka yang berada di dalamnya

g) mengarahkan mereka yang memasuki confined space supaya segera keluar apabila; • mengesan sesuatu yang dilarang

• mengesan sesiapa yang memasuki confined spsce terdedah kepada bahayai • mengesan sesustu keadaan di luar yang boleh membahayakan mereka yang

di dalam

• tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna

(28)

i) mengambil langkah berikut jika mendapati sesiapa yang tidak berkenaan menghapiri `confined space’

• mengarahkan mereka supaya menjauhi kawasan tersebut

• jika mereka telah memasuki confined spsce, arahkan mereka keluar segera • memaklumkan kepada Penyelia

j) menjalankan `non-entry rescue’ sepertimana yang dinyatakan dalam prosidur yang disediakan.

k) Jangan melakukan tugas lain yang boleh mengganggu tugas utamanya sebagai `standby person,

Tanggung-jawab Penyelia

a) mengetahui bahaya yang mungkin dihadapi dan akibatnya

b) menentukan semua langkah-langkah yang dinyatakan dalam Permit Kerja telah dipatuhi dan memberi kebenaran untuk memasuki confined spsce.

c) membatalkan permit kerja

d) memastikan Pasukan Penyelamat sentiasa bersiap sedia dan kaedah bagi memamggil mereka boleh digunakan

e) mencegah mereka yang tidak berkenaan dari memasuki atau menghampiri confined spsce

(29)

6.1.2 Hazard Kesihatan – Masaalah Ergonomic i. Penghapusan ( Elimination )

Keadaan yang menyumbangkan kepada ergonomik tidak boleh dihapuskan sepenuhnya, ianya boleh direndahkan dengan mengurangkan keadaan kerja yang berulang-ulang.

ii. Pengasingan ( Isolation )

Pengasingan sumber atau keadaan yang boleh menyebabkan ketegangan atau “Stress” boleh dibuat untuk mengelak pekerja berada dalam keadaan tertekan atau memaksa pekerja bekerja dalam keadaan terdesak yang mana akan memberi kesan kerja dilakukan berulang ulang, contohnya peralatan yang rosak diasingkan lebih awal, peralatan dan pekerja disediakan secukupnya.

iii. Penggantian ( Substituion )

Penggantian mungkin dapat digunakan dengan menggunakan tenaga mesin untuk mengankat seperti kren.

iv. Kawalan Kejuruteraan ( Engineering Control )

a) Reka bentuk atau pemasangan dilakukan tidak memerlukan diulang beberapa kali. b) Saiz tiub perancah di pendekkan untuk mengurangkan berat yang diangkat.

(30)

c) Penggunaan tenaga kerja secukupnya. Kerja dibahagi sama rata dan teratur. d) Beban berat diangkat dengan bantuan jentera ( Kren dsb.)

v. Kawalan Pentadbiran (Administrative Control)

a) Menyediakan latihan dan pengetahuan tentang bahaya, langkah mencegah dan cara mengangkat yang betul

b) Mengkaji dan menyediakan cara pemasangan yang lebih jimat, mudah dan selamat. c) Kawasan persekitaran yang bersih dan teratur.

d) Meletakan tanda amaran bahaya dan langkah keselamatan yang perlu diambil atau dipatuhi.

e) Pemeriksaan kesihatan berkala. f) Jadual rehat pekerja yang secukupnya

vi. Alat Perlindunga Diri ( PPE )

Peranti perlindungan diri yang dibekalkan mestilah yang berkualiti dan bersesuaian dengan keadaan serta aktiviti kerja. Abah-abah yang dibekalkan hendaklah dari jenis yang

mempunyai penyokong bahagian belakang dan sesuai dengan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan.

(31)

kesihatan atau menghapuskan keadaan tidak selamat. Ini memerlukan kerjasama dan keseluruhan organisasi syarikat termasuk pelanggan, pengeluar atau pereka bentuk, pengguna, pekerja atau individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab terutama pihak pengurusan.

Ini jelas terkandung dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) bahagian 5 ( Kewajipan Am Majikan dan Orang Yang Bekerja Sendiri) dan kewajipan pekerja dalam Seksyen 24 Akta yang sama (Kewajipan Am Pekerja).

Maka pihak pengurusan perlu memberi komitmen sepenuhnya dan mengambil langkah dalam menghapuskan atau mengurangkan risiko hazard seperti

:-i Memb:-ina perancah yang selamat

ii Melantik pekerja yang mahir dan berkelayakan

iii Mengkaji dan menyediakan kaedah kerja yang mudah dan tidak membebankan. iv Mengadakan prosedur kerja selamat

vi Mengadakan latihan mencukupi dan berterusan antaranya

;-vii Menyediakan penyelia secukupnya supaya kerja dapat diatur dengan berkesan

dan teratur, tidak menggunakan jalan pintas seterusnya mengelak dari melanggar

peraturan yang disediakan.

viii Mengadakan pemantauan berkala di tempat kerja, pekerja dan keadaan kerja bagi menjamin segala kaedah selamat dipatuhi dan mengambil tindakan pencegahan dan kajian semula jika langkah yang diambil tidak berkesan. Pemantauan tersebut bolehlah dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Keselamatan

(32)

dan Kesihatan dengan dibantu oleh Pegawai dan Penyelia Keselamatan dan Kesihatan.

6.2 Semakan Semula

Kajian semula adalah merupakan salah satu elemen penting dalam sistem. Kajian semula amat penting dalam sistem pengurusan keselamatan di tempat kerja. Kajian semula bertujuan untuk :

i. Memastikan keberkesanan atau kelemahan langkah-langkah kawalan ii. Membolehkan tindakan segera diambil bagi membaiki kelemahan yang ada. iii. Mengenalpasti kelemahan yang ada.

iv. Mengenalpasti hazard hazard baru yang muncul

v. Menganalisa risiko hazard dan membuat langkah kawalan baru yang lebih berkesan dan selamat.

Program semakan semula diatas mestilah dilaksanakan:-i. Berterusan Perlu

ii. Dalam tempoh tertentu Perlu

iii. Sekiranya ada pertambahan atau perubahan kerja. Perlu segera

iv. Apabila ada menerima laporan dari pekerja tentang ketidaksempurnaan atau hazard. Perlu segera

v. Apabila ada laporan nyaris kemalangan, kejadian berbahaya atau kemalangan. Perlu segera

(33)

vi. Ada garispanduan baru yang dikeluarkan oleh JKKP, NIOSH atau lain lain badan yang diiktiraf oleh JKKP.

Antara kaedah-kaedah yang boleh diambil untuk mengkaji semula program kawalan termasuklah

melalui:-i. Analisis Langkah Kerja Selamat ( Job safety Analysis) yang sentiasa dilakukan dari masa kesemasa

ii. Pemeriksaan keselamatan oleh AJK Keselamatan dan Kesihatan , Pegawai dan Penyelia Keselamatan dan Kesihatan dan juga pihak Pengurusan.

iii. Hasil pemeriksaan dibincangkan sama ada meneruskan langkah kawalan yang sedia ada atau membuat langkah kawalan yang baru.

iv. Audit dalaman atau audit pihak ketiga

v. Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja

vi. Jika berdapat berita kemalangan di aktiviti kerja yang sama yang diperolehi dari media masa

vii. Dari laporan aduan dari orang awam atau pekerja

viii. Laporan kemalangan atau kemalangan nyaris yang diterima siasatan akan dibuat segera untuk mengenalpasti punca-punca dan langkah-langkah pembaikan akan dibuat dengan segera

(34)

6.3 Manfaat Kepada Organisasi

Bedasarkan daripada langkah-langkah kawalan dan saranan yang telah dibuat, amat jelas sekali dimana pihak syarikat berada di atas landasan yang amat tepat dalam memastikan keselamatan dan kesihatan perkerjaan terjamin dan terpelihara. Ini dibuktikan dimana, pihak syarikat telah membuat keputusan berjaga-jaga bagi mengelak untuk menangung kerugian yang tidak terkira jika terjadi sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku. Ini dapat dilihat dimana syarikat dapat mengelak daripada menanggung sebarang kesan daripada kemalangan seperti

:-i. Kerosakan harta benda

ii. Membayar ganti rugi kepada mangsa (pekerja, orang awam)

iii. Membayar kos membaiki peralatan (Lori, forklift, vacuum, generator set, )

iv. Membayar kos kerja-kerja pembersihan (Tumpahan minyak, bahan kimia dan sebagainya) v. Proses kerja terganggu dan menyebabkan kelewetan menyiapkan projek

vi. Hilang keyakinan pihan yang melantik dan kontrak boleh ditamatkan vii. Kehilangan masa bekerja disebabkan proses siasatan dan sebagainya viii. Kehilangan pekerja yang terlatih dan berpengalaman

ix. Moral syarikat atau imej akan jatuh sekiranya dimasukkan didalam alat sebaran am (TV, radio)

(35)

mahkamah

Namun yang demikian, pihak syarikat juga mendapat keuntungan dan juga manfaat yang berguna bagi masa depan syarikat dengan terlaksanya langkah-langkah kawalan ( langkah pencegahan dan pembetulan) dan saranan yang dicadangkan bagi mengawal setiap hazard keselamatan dan kesihatan yang kritikal. Dengan adanya langkah dan saranan tersebut, pihak syarikat bukan sahaja dapat meningkatkan mutu kerja dan keuntungan, malah pihak syarikat juga akan dapat :-

i. mencegah kemalangan atau kejadian yang tidak di ingini dari berlaku ii. Meningkatkan moral setiap pekerja

iii. Menyakinkan orang ramai terhadap keselamatan yang diamalkan iv. Meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan pekerja

v. Mengurangkan aduan orang ramai atau pekerja terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

vi. Menaikan imej yang cemerlang

vii. Mempunyai persekitaran pekerjaan yang selamat dan sihat

(36)

7 RUJUKAN/SUMBER

i. Rujukan Buku : Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,

International Law Book Services, January 2003

: Factory and Machinery Act 1967, MDC Plublishers Sdn Bhd, April 2004

: Safety and Health Officer Course Training Module, Niosh : Chemical Data Sheet for Silica Gel, Activated Alumina, Activated Carbon

: Garis panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko ( HIRARC ) 2008 – DOSH : INTRODUCTION TO ERGONOMIC by Dr. Fauziah Binti Hj Nordin – Kursus Ergonomic dan Manual Handling untuk anggota Kesihatan.

Code Of Practice For Safe Working In A Confined Space 2001 JKKP

Working Safely In Confine Space – MSA S.E.Asia Pte. Ltd

ii. Rujukan Laman Web : International Labour Organisation

http://www.ilo.org/global/lang--en/index.htm : OSHA, Safety and Health Topics Ergonomics

(37)

http://www.osha.gov/SLTC/ergonomics/index.html

8 LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 - Struktur Organisasi

LAMPIRAN 2 - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ( SHC )

LAMPIRAN 3 - Aktiviti Kerja

LAMPIRAN 4 - Proses Kerja

LAMPIRAN 5 - Pemerhatian di tempat kerja

LAMPIRAN 7 - Contoh JHA

LAMPIRAN 8 - Borang Hirarc

LAMPIRAN 9 - Jenis mesin angkat yang digunakan

(38)

LAMPIRAN 4 – Proses Kerja

1. Preparation

2. Blinding shall be done by PASB. Upon completion, contractor will be notified. 3. Removal of top elbow and opening of manhole

4. Unloading of activated carbon

5. Unloading of bottom 1" ceramic balls 6. Preparation of vessel for inspection

7. Waste management (spent carbon and ceramic balls) 8. Loading of ceramic balls and activated carbon 9. Box up and de-blinding

10. PASB reserves the right to amend anv part of this detail work scope should it be deemed necessary, based on actual work requirements.

(39)

Referensi

Dokumen terkait

Guru  meminta  peserta  didik  untuk  membaca   sebentar  tentang  peran daerah tempat  tinggal

Slameto (1995:97-98) mengemukakan bahwa dalam proses belajar mengajar, guru mempunyai tugas untuk mendorong, membimbing, dan memberi fasilitas belajar bagi siswa untuk

Teman-teman seperjuangan satu angkatan 2008/2009 terutama untuk Program Keahlian Tata Busana, yang telah berbagi pengetahuan dan memberi suport kepada penulis

3. Guru memberi kesempatan kepada peserta didik untuk mengamati beberapa permasalahan yang terkait dengan tentang terbentuknya bumi, zaman batu dan logam serta sistem

Guru memberi kesempatan kepada peserta didik untuk mengamati beberapa permasalahan yang terkait dengan tentang hakikat, persiapan, dan pelaksanaan pameran karya seni

Program pengembangan seni berarti ada guru yang memahami pengembangan seni bagi anak, memberi kesempatan, menyediakan tempat, waktu dan alat yang dapat digunakan

• Menurut Sawyer : Audit internal adalah suatu penilaian yang sistematik dan objektif oleh auditor internal dari berbagai operasi dan pengendalian dalam organisasi untuk

Objektif utama membangunkan Aplikasi Pencarian Pencuci Mulut Sekitar Kuala Lumpur ialah untuk memberi maklumat kepada pengguna tentang tempat makan yang menawarkan