• Tidak ada hasil yang ditemukan

هل هه. Khutbahkini.wordpress.com السالم عليكم

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "هل هه. Khutbahkini.wordpress.com السالم عليكم"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

مكيلع ملاسلا

هلل ُد ْم َحلا

!!!

هلل ُد ْم َحلا

َ

أ َن ْو ُكهر

ْشُلما َههرَك ْوَلَو ههه لُك هنْيه دلا ىَلَع ُهَرههْظُيهل ه قَحلا هنْيهدَو ىَدُهلاهب ُهَلْو ُسَر َل َسْرَأ ْيهذَّلا

ُد َه ْش

ْكهراَبَو ْمه ل َسَو ه لَص َّمُه للا ُهُلْو ُسَرَو ُهُدْبَع اًدَّمَحُم اَنَده ي َس َّنَأ ُدَه ْشَأَو ُالله لاهإ َهلهإلا ْنَأ

هههلآ ى

َلَعَو ٍدَّمَحُم اَنهده ي َس َىلَع

هنْي ه دلا همْوَي ىَلهإ ٍنا َسْحهإهب ْمُهَعهبَت ْنَمَو هههباَح ْصَأَو

... ُدْعَب ا َّم

أ

َ

َن ْو ُم هل ْس ُم ْمُتْن

أ َو لاهإ َّن

َ

ُت ْْ ُوَمتلاَو هههتاَقُت َّقَح َالله اْوُقَّتا ! هالله َداَبهع اَيَف

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Ruum:

ا ًفيهن َح هني

هدل هل

َكَه ْجَو ْمهقَأَف

ْ

َساَّنلا َر

ط َف ي هت

َ

َّلا ههـَّللا َتَرْطهف

ا َهْيَل َع

ْ

ههـ

َّللا هقْلَخ هل َليهدْبَت َلا

ْ

ُم هي

َقْلا ُني هدلا َكهلََٰذ

َنو ُمَلْعَي

لا هساَّنلا َر

َ

ث ْك

َ

أ َّن هك

َ

ـ

َٰ

ل َو

َ

﴿

٣٠

Maksudnya : (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Islam adalah agama kesejahteraan dan keamanan. Ini amat bertepatan dan bersesuaian dengan perkataan Islam itu sendiri, di mana ia berasal daripada perkataan Arab, salima atau salama yang bermaksud aman, selamat dan sejahtera. Jika ditinjau dari sudut logik pemikiran dan penggunaan bahasa, ia adalah satu amalan yang bertujuan untuk mewujudkan suasana dan keadaan selamat, sejahtera serta aman. Namun, bagi umat Islam, pemahaman umumnya ialah bahawa agama Islam merupakan satu ajaran yang bersistem dan berstruktur dengan membawa misi keamanan dan kesejahteraan serta keselamatan, dengan tujuan untuk menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih bersistematik dan teratur dalam segenap aspek kehidupan, yang pada akhirnya akan mewujudkan suasana kesejahteraan, kestabilan, keamanan, kebenaran, kedamaian dan kebahagiaan kepada seluruh alam dan juga kehidupan di akhirat.

(2)

Pada hakikatnya, seluruh manusia itu diciptakan oleh Allah dengan sifat sukakan kepada keselamatan, kebenaran, keselesaan, kesejahteraan dan kebahagiaan serta menghindari kesempitan, kecelakaan, kepalsuan dan kegusaran. Sifat tersebut merupakan fitrah. Dalam ertikata yang lain, manusia diciptakan dengan fitrah yang tersendiri, iaitu sukakan kepada perkara yang molek, dan membenci perkara yang jelik, serta sentiasa mencari kebenaran bagi menghindari sebarang kepalsuan. Inilah fitrah kejadian manusia, selaras dengan naluri semula jadi yang telah dianugerahkan kepada mereka. Fitrah adalah sunnatullah, suatu ketetapan dari Allah, yang dicipta bagi mewujudkan kemaslahatan kepada umat manusia dan akan membawa kemajuan dalam kehidupan mereka kerana ia akan memandu mereka ke jalan yang benar menurut landasan syarak. Allah yang telah menjadikan manusia dan seluruh alam ini, dan amat wajar hanya Allah sahaja yang memahami naluri dan fitrah

manusia. Selagi mana umat manusia itu menuruti amalan fitrah seperti yang dituntut

Islam, selagi itulah mereka terpandu ke arah kebenaran dan kebaikan, kerana Islam adalah agama fitrah. Maka terhindarlah mereka dari kekejian zina dan penyelewengan rasuah, serta jauhlah budaya songsang dari pemikiran dan tingkahlaku mereka.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 256 surah al-Baqarah:

هني

هدلا ي هف

َهاَرْكهإ َلا

ْ

هي

َغْلا َنهم ُد ْشُّرلا َنَّيَبَّت دَق

ْ

هة َوْرُع

لاهب

ْ

َك َسْمَت ْسا هدَقَف ههـَّللاهب نهمْؤُيَو هتوُغاَّطلاهب ْرُفْكَي نَمَف

ا َه

ل َما َص هفنا

َ

لا َٰى َقْث ُو

َ

لا

ْ

ْ

ٌميهلَع ٌعي هم َس ُهـ

َّللاَو

﴿

٢٥٦

Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Cabaran-cabaran ke atas agama Islam, ajaran dan Syariatnya semakin hari semakin hebat. Tetapi pada masa sama Islam juga berkembang di serata pelusuk dunia dengan begitu pesat. Atas janji Allah dalam Al-Quran bahawa Islam itu agama yang sempurna. Sifat Islam yang sempurna dan jaminan Allah tentang kelangsungan Islam di alam ini sehinggalah datangnya Hari Kiamat tidak bermakna kita umat Islam tidak perlu berusaha untuk menjelaskan tentang Islam dan merealisasikan kesempurnaannya. Keadaan ini juga tidak membenarkan kita umat Islam bertindak pasif dalam menegakkan hukum Syariah serta syiar Islam. Di sinilah munculnya

(3)

kewajipan untuk setiap kita melakukan dakwah, mengajak ke arah kebaikan dan cara hidup Islam serta menegakkan hukum Allah yang jelas dan nyata.

Di negara kita, antara cabaran utama kepada Islam dan umatnya di negara ini ialah cabaran berkaitan akidah. Perkara yang menjadi fokus semasa ialah berkaitan kebebasan menganut dan mengamal doktrin yang diisytiharkan salah oleh pihak berautoriti agama. Timbulnya golongan liberal yang meminta supaya pegangan agama diserahkan kepada setiap individu untuk memilih dan mengamal doktrin serta menentukan akidah masing-masing tanpa sebarang peduli atau perhatian dan jagaan daripada pihak berautoriti agama. Perkara ini sudah tentu tidak selaras dengan kefahaman Islam sebenar kerana akidah Islam itu mempunyai paksi tertentu dan tidak boleh diubah

Begitu juga jeritan pihak-pihak tertentu untuk memansuhkan sekatan yang boleh dikenakan ke atas penyebaran doktrin bukan Islam di kalangan orang Islam. Alasannya ialah kebebasan beragama sedangkan sekatan penyebaran doktrin ini adalah suatu hak orang Islam yang dimaterai dan diiktiraf Perlembagaan Negara.

Apa yang lebih malang bila adanya cadangan agar Majlis Agama Islam Negeri tidak mengambil tindakan kepada orang Islam sekiranya maksiat dilakukan secara tertutup yang membuka kepada segala pintu kemaksiatan semakin berleluasa. Kita bimbang peranan Majlis Agama dalam membanteras gejala maksiat semakin dikecilkan malah mungkin tidak berperanan lagi.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 29 surah at-Taubah:

ُه

لو ُسَر َو ُهـَّللا َمَّر َح ا َم َنو ُم هر َحُي

ُ

لاَو هر هخ

َ

لْا همْوَي

ْ

لاهب

ْ

لاَو ههـ

َ

َّللاهب َنوُنهمْؤُي َلا َنيهذَّلا اوُلهتاَق

َني هذ

َّلا َنهم هقَحْلا َنيهد َنوُنيهدَي َلاَو

ْ

لا او

طْعُي َٰى َّت َح َباَت هك

ُ

لا اوُتو

ْ

أ

ُ

َنوُر هغا َص ْم ُهَو ٍدَي نَع

َةَيْز هج

﴿

٢٩

Maksudnya : Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri. Perbincangan berkenaan Siyasah shar’iyyah oleh ulama telah meletakkan 3 asas thawabit (kekal) yang menjadi tiang utama kepada konsep politik Islam iaitu kedaulatan Islam, syura dan keadilan. Berdasarkan asasnya ini sahaja pun sudah cukup untuk menolak pandangan-pandangan yang menyatakan bahawa siyasah itu adalah keadilan semata-mata atau siyasah itu adalah demokrasi berdasarkan syura.

(4)

Hakikatnya siyasah shar’iyyah jauh lebih menyeluruh daripada nilaian tersebut. Pada siyasah itu ada aqidahnya (kedaulatan Islam), ada sistemnya (syura) serta ada nilai utamanya (keadilan) menjadikan konsep politik Islam jauh berbeza dengan konsep politik lainnya.

Konsep kedaulatan Islam dalam masyarakat meletakkan asasnya seluruh individu tanpa mengira agama mempunyai tanggungjawab untuk mengiktiraf kedaulatan Islam. Atas sebab inilah masyarakat ini dinamakan mujtama’ islami atau ummah (seperti dalam piagama Madinah), kesepakatan mereka bukan menganut agama yang sama tetapi mengiktiraf prinsip yang sama iaitu kedaulatan Islam. Dalam piagam Madinah jelas menunjukkan pengiktirafan itu diberikan atas beberapa asas iaitu mengiktiraf Islam rujukan utama (fasal 23, 42), mengiktiraf kepimpinan Muhammad bukan sebagai manusia biasa tetapi sebagai utusan Allah (fasal 47), berjanji mempertahankan Madinah daripada musuh Islam (fasal 46). Apabila semua ini dipenuhi barulah layak menyebut mereka ‘satu ummah’ bersama orang beriman.

Al-‘Asqalani meriwayatkan bahawa Imam al-Shafie menyebut yang

dimaksudkan dengan ‘taat dan merendah diri’( َنو ُرِغٰـَص ۡمُه َو) ialah dalam keadaan

mereka rendah, tunduk serta mengiktiraf pemerintah, kepimpinan dan sistem perundangan Islam dalam negara tersebut. Oleh itu, tindakan bermudah menolak terus konsep kafir harbi-zimmi adalah satu tindakan yang tidak teliti dalam membahas siayasah shar’iyyah. Kafir harbi-zimmi bukanlah setakat berbicara soal jizyah atau ‘halal darah’ semata, tetapi ianya mempunyai maqasid lebih asas iaitu isu kesetiaan (wala’) setiap ahli yang berada dalam sebuah negara Islam. Jizyah adalah lambang kesetiaan begitu jugalah diperangi atas asas hilangnya kesetiaan.

Membayangkan konsep kafir harbi-zimmi sebagai satu yang kejam sehingga tidak releven untuk hari ini juga adalah tindakan yang tidak jujur dalam berbahas siyasah shar’iyyah. Mulianya konsep ini sehingga Baginda SAW sendiri sanggup menjadi perisai bagi kafir zimmi yang dizalimi oleh orang lain seperti dalam hadis. Tetapi kesemuanya berdiri atas asas tidak memerangi Islam

Dalam konteks negara kita maka seluruh individu dalam masyarakat majmuk di negara ini perlu mengiktiraf kedaulatan Islam, sesiapa yang mempertikai atau menolak perkara ini perlulah ditegur dan diperbetulkan kerana telah hilangnya kesetiaan pada negara dalam jiwa mereka. Kita bimbang menukar kepada istilah kewarganegaraan sehingga bukan Islam tidak lagi perlu mengiktiraf Islam, boleh sesuka hati mempertikai Islam maka ia telah jauh tersasar daripada siyasah shar’iyyah. Konsep kafir harbi-zimmi

(5)

mempunyai asas hak dan tanggungjawab, begitu jugalah sepatutnya dalam konsep kewarganegaraan. Tanggungjawab itu hendaklah selamanya berdiri atas asas mengiktiraf kedaulatan Islam. Kalau bukan ini maka ia bukanlah siyasah shar’iyyah. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

َلاَق

َمَّل َس َو ههْي

َلَع ُ َّاللَّ ىَّلَص ه َّاللَّ َلو ُسَر

:

ُ

ْ

لما و ُخ

أ ُم هل ْس

َ

ُ ْلما

ُ َّاللَّ َناَك ههي هخ

أ هة َجا َح ي هف َناَك ْنَمَو ُهُمهل ْسُي لاَو ُهُمهلْظَي لا همهل ْس

َ

ْن َم َو هة َماَي هق

لا همْوَي هتاَبُر

ْ

ُك ْنهم ًةَبْرُك ُهْنَع ُ َّاللَّ َجَّرَف ًةَبْرُك ٍمهل ْسُم ْنَع َجَّرَف ْنَمَو هههتَجاَح يهف

َم ْوَي ُ َّاللَّ ُهَرَت َس ا ًم هل ْس ُم َر

َت َس

هق

لا

ْ

. هة َماَي

-

هاور

يراخبلا

Maksudnya : Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari qiamat

Islam adalah agama yang mementingkan ikatan persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah, hubungan persaudaraan itu amat kuat apabila diikat dengan ikatan agama. Oleh itu, Islam melarang keras perbuatan menzalimi atau menganiayai

Muslim yang lain dan membiarkan Muslim yang lain dizalimi. Menjadi kewajipan dan

tanggungjawab setiap Muslim membantu dan meringankan beban apabila ada di antara Muslim yang ditimpa musibah serta kesulitan. Orang yang berbuat

demikian, Allah SWT akan memperkenankan hajatnya. Betapa besarnya nilai

persaudaraan dalam Islam sehingga ia telah menjadi tanggungjawab setiap Muslim agar menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain.

Oleh menjadi tanggungjawab bersama untuk membantu saudara seagama yang berdepan dengan musibah peperangan termasuk di bumi Palestin, Kashmir, Syria, Yaman, Myanmar dan lain-lain. Memperjuangkan nasib saudara seagama bukannya rasis dan melanggar hak asasi manusia malah ia merupakan suatu kewajipan bersama yang akan disoal oleh Allah. Ini adalah isu agama yang melampaui isu kemanusiaan kerana yang sedang membunuh dan menzalimi umat Islam ialah pelampau agama masing-masing. Jangan biarkan umat Islam terus berada dikandang pesalah yang dituduh pengganas sedangkan kita adalah mangsa penindasan. Bangkitlah atas nama Islam untuk Berjaya dunia akhirat.

َب

همْي هك َحلا هر

ْك ه ذلاَو هتاَيلْا َنهم ههْيهف اَمهب ْمُكاَّيهإَو يهنَعَفَنَو همْي هظَعلا هنآْرُقلا يهف ْمُكَلَو ْيهل ُالله َكَرا

ُمْي هلَعلا ُعْيهم َّسلا َو ُه ُهَّنهإ ُه

َتَولاهت ْمُكْنهمَو ي ه نهم َلَّبَقَتَو

هئا َسهل َو ْم

ُكَلَو ْيهل َمْي هظَعلا َالله ُرهفْغَت ْساَو

َن اَي َو َنْيهرهف

ْغَت ْسُلما َزْوَف اَيَف ُهْوُرهفْغَت ْساَف هتاَنهمْؤُلماَو َنْيهنهمْؤُلماَو هتاَمهل ْسُلماَو َنيْمهل هسْ ُلما هر

َنْيهبهئاَّتلا

َةاَج

Referensi

Dokumen terkait

Populasi objek penelitian ini adalah semua video Iklan Layanan Masyarakat (ILM) Pemilu Presiden (Pilpres) tahun 2014 yang diproduksi oleh KPU.. Dengan demikian,

bakteri dari cincaluk pada media agar MRS setelah dilakukan pemurnian sebanyak 4 kali ditemukan sebanyak 12 isolat kandidat bakteri asam laktat dengan ukuran,

Di Kabupaten Bandung dan Garut pengetahuan dan sikap petani responden alumni SLPHT kubis dan Non SLPHT kubis terhadap pestisida tidak mempengaruhi mereka dalam mematuhi

Tingkat penyebaran sedimentasi yang terdapat di dasar waduk dapat di lihat pada gambar hasil analisa melaui AutoCad .Tingkat sedimentasi di waduk Cipta Karya ini ditenggarai

Dalam pemilihan kapasitas perancangan pabrik asam oksalat ada beberapa pertimbangan, yaitu prediksi kebutuhan asam oksalat di Indonesia, ketersediaan bahan baku,

Altkomite SC11; Kaynak ve ilgili proseslerle ilgili personelin vas Kaynak ve ilgili proseslerle ilgili personelin vas ıı fland  fland  ıı rma rma ş ş artlar  artlar  ıı , i

Ikan payus ini sebenarnya ikan yang sangat merugikan bagi pemilik tambak ikan bandeng karena ikan payus merupakan ikan parasit dan dapat memakan nener bandeng

Pada tahap ini hasil keluaran reaktor yang berupa etilen dan campuran sisa bahan baku akan dipisahkan dengan proses pengembunan parsial.. Etilen merupakan gas