• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mengenali Allah Melalui Firman-Nya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Mengenali Allah Melalui Firman-Nya"

Copied!
124
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Cetakan Pertama: Julai 2016 Petikan Alkitab diambil dari:

Alkitab Versi Borneo © 2016, LAB Network

Taking God At His Word: Why the Bible Is Knowable, Necessary and Enough, and What That Means for You and Me

Hakcipta © 2014 Kevin DeYoung Edisi Asli diterbitkan oleh:

Crossway, satu pelayanan penerbitan Good News Publishers Wheaton, Illinois 60187, U.S.A.

Edisi Bahasa Malaysia diterbitkan oleh: Wawasan Penabur Sdn. Bhd.

P.O.Box: 8327, Kelana Jaya 46787 Petaling Jaya, Selangor wawasan.penabur@gmail.com

Wawasan Penabur bekerja rapat dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia untuk mengembang, menerbit dan menyebarkan bahan-bahan sumber Kristian dalam Bahasa Malaysia yang berasaskan Alkitabiah bagi kegunaan gereja dan umat Tuhan.

Diilhamkan oleh pemimpin-pemimpin Kristian lintas-denominasi, Wawasan Penabur adalah satu organisasi bukan untuk keuntungan yang komited untuk melayani umat Kristian berbahasa Malaysia di Malaysia.

Hak Cipta terpelihara.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Penerbit.

(3)

Sekapur Sirih Prakata

1. Mempercayai, Merasakan, Melakukan 2. Sesuatu Yang Lebih Meyakinkan

3. Firman Allah Adalah Mencukupi 4. Firman Allah Adalah Jelas 5. Firman Allah Itu Muktamad 6. Firman Allah Itu Perlu

7. Kitab Suci Kristus Berkekalan 8. Berpegang Kepada Kitab Suci Lampiran Bibilografi 3 4 5 19 35 49 63 75 85 101 117

Daftar Isi

(4)
(5)

―Sekarang aku menyerahkan kamu kepada Allah dan kepada perkhabaran tentang kasih kurnia Allah, yang berkuasa meneguh-kan imanmu dan memberimeneguh-kanmu warisan yang diperuntukmeneguh-kan bagi seluruh umat uang telah disucikan‖ (Kisah Para Rasul 20:32)

Bagi kebanyakan orang, mengatakan ―Allahlah yang membina gereja‖ mungkin hanya semata-mata untuk menyatakan apa yang jelas. Mungkin yang kurang jelas adalah bagaimana Allah telah memilih untuk membina gereja-Nya: melalui ―firman kasih kurnia-Nya‖.

Tuhan kita boleh dan telah menggunakan banyak cara untuk membina gereja-Nya: pemimpin-pemimpin yang berwawasan, komuniti umat-Nya yang penyayang, pujian dan penyembahan yang membangkitkan, program kanak-kanak yang bersemangat dan bertenaga, jangkauan sosial yang disengajakan... Tetapi Tuhan telah menyatakan suatu perkara yang jelas: firman kasih kurnia-Nya akan sentiasa kekal menjadi pusat dan asas bagi gereja-Nya. Menggantikannya dengan sesuatu yang lain adalah seperti membina sebuah rumah di atas pasir (Matius 7:26)!

Selaras dengan keyakinan teguh ini, KVBC Trust bersukacita dan bersyukur kepada Tuhan kerana telah membuka peluang untuk bekerjasama dengan Wawasan Penabur dan TGC International dalam usaha untuk memperkenalkan satu siri baru sumber dalam Bahasa Malaysia melalui “Siri Kupasan Alkitab”. Pelbagai tajuk dalam siri ini bertujuan untuk melakukan satu atau lebih daripada yang berikut: 1) menggalakkan keyakinan dan pergantungan kepada Firman Allah; 2) meneguhkan keyakinan bagaimana Alkitab menjadi saksi kepada Yesus Kristus; dan 3) membolehkan rakan-rakan sepelayanan dilengkapi untuk menjadi lebih bersedia dalam mengendalikan Firman kebenaran. Untuk itu, kami berharap dan berdoa semoga siri ini akan menjadi satu sumber yang berguna umat Kristian dari Gereja BM - demi kemuliaan Allah Bapa yang Maha Besar dan Penyelamat kita Yesus Kristus!

(6)

Bolehkah kita mempercayai Alkitab sepenuhnya Adakah ia mencukupi untuk kehidupan kita yang rumit? Bolehkah kita benar-benar tahu apa yang ia ajarkan?

Buku Mengenali Allah Melalui Firman-Nya akan membantu anda memahami apa yang dikatakan Alkitab tentang dirinya dan ciri-ciri utama yang menyumbang kepada kepentingannya yang berkekalan. Dalam lapan bab pendek, DeYoung menjejaki kontur asas ajaran Alkitab mengenai Kitab Suci. Dia bermula di bab 1 dengan penjelasan yang ringkas tentang Mazmur 119, kerana ―tujuan buku ini adalah supaya kita mempercayai apa yang kita harus percaya tentang Alkitab, merasakan apa yang kita harus rasakan tentang Alkitab, dan supaya kita melakukan apa yang seharusnya kita lakukan dengan Alkitab‖ (muka surat 14). Bab 2 mengupas 2 Petrus 1:16-21 yang mengajar bahawa Kitab Suci adalah pasti, meyakinkan, dan tak pernah salah, meletakkan asas teologi untuk seluruh buku ini.

Empat bab yang akan seterusnya menjelaskan sifat-sifat klasik yang mengesahkan Kitab Suci: kecukupan, kejelasan, muktamad dan perlu. Bab 7 mengupas kepercayaan Yesus sendiri tentang Kitab Suci, memberi tumpuan terutamanya kepada kenyataan-Nya bahawa ―Kitab Suci tidak boleh dibatalkan‖ dalam Yohanes 10:35. Dan bab 8 diakhiri dengan penjelasan daripada 2 Timotius 3:14-17 yang mengukuhkan asas doktrin buku ini dan menyeru satu panggilan untuk kita terus berada dalam Kitab Suci.

Jika anda seorang pastor, anda perlu membaca buku ini untuk mendalami dan menyegarkan keyakinan anda sendiri dalam Kitab Suci. Anda juga perlu menggalakkan jemaat gereja anda bagi melengkapkan mereka untuk berfikir, merasa, dan bertindak dengan betul berhubung dengan Firman Tuhan. Iman saya telah dipelihara dan diperdalamkan dengan membaca buku ini. Anda juga pasti akan begitu.

(7)

Jiwaku mematuhi peraturan-Mu, dan aku sungguh mencintainya.

Mazmur 119:167

B

uku ini bermula di tempat yang istimewa: dengan sebuah

puisi cinta.

Jangan bimbang, ia bukan daripada saya atau isteri saya. Juga bukan daripada kad, filem, atau balada menarik yang terbaru. Ia bukan sebuah puisi baru atau sebuah puisi pendek. Tetapi yang jelas ia adalah sebuah puisi cinta. Anda mungkin pernah membacanya sebelum ini. Anda mungkin juga pernah menyanyikannya. Ia adalah bab yang terpanjang dalam kitab yang terpanjang daripada separuh koleksi kitab-kitab yang sangat panjang. Daripada 1,189 bab yang terdapat dalam 66 kitab yang ditulis sepanjang dua milenium, Mazmur 119 ialah

bab yang terpanjang sekali.1

1

1 Mazmur 119 ialah bab yang terpanjang di dalam Alkitab oleh mana-mana definisi

(jika kita berminat untuk melihat bab-bab, yang mana harus kita ingati, ia tidak diilhami dengan pembahagian bab). Agak sukar untuk menentukan kitab mana yang paling panjang. Mazmur ialah kitab yang terpanjang jika anda menghitung bilangan bab atau ayat. Ia juga meliputi muka surat yang paling banyak dalam Alkitab kita. Tetapi oleh kerana bab, ayat dan bilangan muka surat bukan sebahagian daripada manuskrip yang asal, para ilmuwan telah memutuskan cara lain untuk menentukan panjang sesebuah kitab. Bergantung kepada cara-cara pengiraan, kitab Yeremia, Kejadian, dan Yehezkiel mungkin lebih panjang daripada Mazmur.

(8)

Dan ia mempunyai sebab yang baik. Mazmur ini adalah dalam bentuk akrostik. Setiap rangkap mempunyai 8 ayat, dan dalam setiap rangkap, 8 ayat itu dimulakan dengan huruf Ibrani yang sama. Jadi, ayat 1-8 kesemuanya bermula dengan aleph, ayat 9-16 dengan beth, ayat 17-24 dengan gimel, dan seterusnya bagi kesemua 22 rangkap dan 176 ayat. Setiap daripadanya menggambarkan sukacita mereka terhadap firman Allah. Dalam 169 ayat ini, pemazmur membuat beberapa rujukan kepada firman Allah. Hukum, kesaksian, perintah-perintah, ketetapan-ketetapan, peraturan-peratutan, janji-janji, firman – perkataan-perkataan ini muncul hampir dalam setiap ayat, dan selalunya lebih dari sekali dalam ayat yang sama. Istilah-istilah ini mempunyai nuansa makna yang berlainan (contohnya, apa yang Allah inginkan, apa yang Allah putuskan, apa yang dituntut oleh Allah, atau apa yang Allah telah firmankan), tetapi semuanya tertumpu kepada satu idea yang besar: wahyu Allah dalam bentuk perkataan.

Sesungguhnya puisi terpanjang dalam Alkitab ini — yang rumit, halus, tersirat, tersurat serta bersifat peribadi ini sangat signifikan. Ia bukan mengenai perkahwinan atau kanak-kanak, makanan atau minuman, pergunungan atau matahari yang terbenam, sungai atau lautan, tetapi mengenai Alkitab itu sendiri.

Keghairahan Penulis Puisi

S

aya dapat membayangkan ramai di antara kita yang pernah

berjinak-jinak dengan dunia puisi sebelum ini. Mungkin beberapa tahun sebelum anda mempunyai anak, sebelum anda bertunang, atau mungkin baru semester lepas jika anda masih muda. Saya pernah menulis beberapa buah puisi semasa masih muda, tetapi saya tidak akan menunjukkannya kepada anda walaupun kita adalah sahabat baik. Saya tidak berasa malu tentang subjek puisi itu – dituliskan tentang dan untuk pengantin saya yang cantik – tetapi saya berasa ragu bentuknya adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Bagi kebanyakan daripada kita, menulis sebuah puisi cinta adalah seperti membuat biskut daripada tepung gandum – ia seharusnya menjadi suatu benda yang nyata tetapi rasanya tidak begitu baik.

(9)

Ada puisi cinta yang menakjubkan, seperti Soneto 116

Shakespear: ―Aku tidak akan membiarkan perkahwinan yang

sebenar akur kepada apa-apa halangan. Cinta bukan cinta yang boleh diubah begitu sahaja hanya kerana ia mendapat sesuatu yang dapat diubahkan.‖ O sungguh indah, bijak dan mengkagumkan.

Ada puisi yang tidak seberapa. Seperti sebuah puisi yang saya temui dalam internet ini, yang ditulis oleh seorang lelaki yang cuba menghidupkan kembali kisah romantik zaman remajanya:

Lihat! Seekor lembu yang bersendirian Hei! Lembu!

Jika aku adalah lembu, akulah lembu itu

Jika cinta adalah lautan, maka aku adalah Titanic. Sayang, tanganku terbakar

Di atas kuali cinta kita

Tetapi ia tetap terasa lebih baik

Daripada gula-gula getah yang mengikat kita bersama Yang telah engkau pijak

Kata-katanya gagal menggambarkan sesuatu, bukan? Tidak kira dari segi kritik atau pun puisi itu sendiri. Namun, karya seni yang bertemakan lembu dan gula-gula getah ini lebih baik dan lebih beralogeri daripada sebuah puisi lain yang bertajuk ―Dompet Cinta‖:

Sayang, engkau membuatkan aku Memberus gigiku

Menyikat rambutku Menggunakan deodoran Memanggilmu

Dan engkau sangat membusungkan

Saya rasa puisi ini boleh merakam pengorbanan sebenar wira remaja kita. Tetapi walau apa pun niat yang ingin disampaikan, puisi ini adalah sebuah puisi yang buruk. Jika kita mengimbas kembali kebanyakan puisi yang ditulis semasa kita masih muda dan sedang dilamun cinta, mereka agak janggal sekali. Ini adalah kerana tidak ramai remaja yang mempunyai naluri penyair yang

(10)

baik. Kebanyakannya biasa-biasa sahaja. Tetapi sebab lain mengapa puisi cinta kita yang lama agak menyakitkan apabila dibaca adalah kerana kita berasa tidak selesa dengan keghairahan yang melampau-lampau dan pujian yang melebih-lebih. Pada fikiran kita, ―Alamak! Saya kedengaran seperti seorang remaja berusia sembilan belas tahun yang sedang dilamun cinta. Saya tidak percaya dahulu saya seorang yang melebih-lebih. Jiwang-jiwang betul!‖ Ianya sangat memalukan apabila mengingati diri kita yang lalu, mengenai keghairahan yang tidak bersempadan dan cinta yang tidak tertahan, terutama sekali jika hubungan yang diagung-agungkan itu tidak berhasil atau jika cinta itu berubah menjadi dingin.

Saya tertanya-tanya adakah kita mempunyai perasaan malu yang sama bila kita membaca puisi seperti Mazmur 119? Cuba lihat ayat 129-136 sebagai contoh:

Peraturan-Mu menakjubkan; oleh itu jiwaku mematuhinya.

Kedatangan firman-Mu membawa cahaya; memberi pengertian kepada orang yang tulus. Aku membuka mulut dan tercungap-cungap, kerana aku merindui perintah-perintah-Mu. Pandanglah aku dan kasihanilah aku, sebagaimana yang biasa Kaulakukan kepada mereka yang mencintai nama-Mu. Pandulah langkahku dengan firman-Mu; dan jangan biarkan dosa menguasaiku. Lepaskan aku daripada penindasan manusia, supaya aku mematuhi ajaran-ajaran-Mu.

Limpahkanlah sinar wajah-Mu ke atas hamba-Mu dan ajarlah aku ketetapan-Mu.

Air mataku mengalir laksana sungai, kerana manusia tidak mematuhi hukum-Mu.

Ini adalah puisi yang penuh dengan emosi – kelelahan, kerinduan, linangan air mata. Jika kita jujur, ianya kedengaran seperti sebuah puisi cinta seorang remaja yang menggunakan steroid. Ia bersemangat dan ikhlas, tetapi agak tidak realistik. Terlalu

(11)

dramatik untuk kehidupan sebenar. Siapakah yang benar-benar berasa seperti ini terhadap perintah-perintah dan ketetapan-ketetapan?

Berakhir pada Permulaan

S

aya dapat memikirkan tiga reaksi yang berbeza terhadap

keghairahan yang panjang dan berulang-ulang untuk firman Allah di Mazmur 119.

Reaksi yang pertama ialah, ―Iyalah tu.‖ Ini adalah sikap mereka yang mencurigai, mencemuh dan sinis. Anda berkata kepada diri anda sendiri bahawa, ―Eloklah kerana orang pada zaman dahulu mempunyai rasa hormat yang seperti itu terhadap hukum-hukum Allah dan firman-Nya, tetapi kita tidak boleh menganggap perkara ini terlalu serius. Kita tahu bahawa manusia selalu menggunakan firman Allah untuk kepentingan mereka sendiri. Kita tahu bahawa setiap kata-kata ‗ilahi‘ telah bercampur dengan pemikiran, penyusunan dan pentafsiran manusia. Alkitab yang kita miliki mengandungi bahagian yang diinspirasikan. Tetapi ia juga bersifat kuno, kadang-kadang tidak dapat difahami dan sejujur-nya ada basejujur-nyak bahagian yang tidak betul.‖

Reaksi yang kedua ialah ―O, OK.‖ Anda tidak mempunyai masalah yang tertentu dalam menghormati firman Allah atau mempercayai Alkitab. Di atas kertas, anda memandang tinggi terhadap ayat-ayat Alkitab. Tetapi dalam amalan, anda merasakan bahawa ianya membosankan dan tidak relevan. Anda berkata dalam hati, ―Mazmur 119 terlalu panjang. Ia membosankan. Hari ini adalah hari yang paling teruk dalam rancangan pembacaan Alkitab saya. Ia menyebut perkara yang sama berulang-ulang kali. Saya lebih menyukai Mazmur 23.‖

Jika reaksi pertama ialah ―Iyalah tu‖ dan reaksi yang kedua ialah ―O, OK‖, kemungkinan reaksi yang ketiga ialah ―Ya! Ya! Ya!‖ Inilah yang akan anda katakan apabila setiap perkara yang tertulis dalam Mazmur 119 diterima benar dalam fkiran anda dan terkesan dalam hati anda, apabila pemazmur berjaya menangkap

(12)

keinginan, perasaan dan tindakan anda (atau sekurang-kurangnya apa yang anda mahu terjadi pada mereka). Di sinilah anda akan berkata dalam hati, ―Saya suka mazmur ini kerana ia menyuara-kan lagu yang bermain dalam jiwa saya.‖

Tujuan buku ini adalah untuk menjadikan kita menerima dengan jujur, konsisten dan sepenuhnya respons yang ketiga ini. Saya menginginkan supaya semua perkara yang tertulis dalam Mazmur 119 ini menjadi luahan dari apa yang ada di dalam fikiran dan hati kita. Untuk itu, saya memulakan buku ini dengan sebuah kesimpulan. Mazmur 119 ialah tujuannya. Saya mahu meyakinkan anda (dan memastikan bahawa saya telah meyakinkan diri saya sendiri) bahawa Alkitab tidak terdapat apa-apa kesalahan, dapat difahami, tidak dapat diterbalikkan, dan merupakan perkataan yang paling penting dalam kehidupan anda. Ia adalah perkara yang paling relevan yang anda boleh baca pada setiap hari. Hanya apabila kita telah meyakini hal ini, barulah kita dapat berkata ―Ya! Ya! Ya!‖ setiap kali kita membaca bab yang terpanjang dalam Alkitab ini.

Fikirkan bab ini sebagai aplikasi dan tujuh bab selepas itu sebagai bahagian-bahagian yang penting supaya kesimpulan Mazmur 119 dapat terjamin. Atau jika saya boleh menggunakan sebuah metafora yang mudah untuk diingati, anggaplah bab 2 sehingga 8 adalah tujuh rencah yang berbeza yang dituang ke dalam periuk besar yang sedang menggelegak dan bab ini adalah hasil daripadanya. Mazmur 119 mengajarkan kepada kita apa yang kita perlu yakini, rasai dan lakukan tentang firman Allah. Itulah aplikasinya. Itulah reaksi kimia yang dihasilkan dalam umat Allah apabila kita mencurahkan ke dalam fikiran dan hati kita kecukupan, kesahihan dan kejelasan Kitab Suci, serta apa sahaja yang akan kita temukan dalam tujuh bab yang seterusnya. Mazmur 119 adalah cetusan pujian yang mungkin dihasilkan oleh doktrin Kitab Suci ortodok dan evangelikal. Apabila kita menerima segala yang tertulis dalam Alkitab, barulah kita akan percaya apa yang harus dipercayai tentang firman Allah, merasakan apa yang sepatutnya kita rasakan, dan melaksanakan firman Allah seperti yang seharusnya kita laksanakan.

(13)

Apa Yang Harus Saya Percaya Mengenai Firman Allah?

D

alam Mazmur 119, kita dapat melihat sekurang-kurangnya

tiga ciri-ciri penting yang tidak dapat diubah tentang apa yang harus kita percaya mengenai firman Allah.

Pertama, firman Allah menyatakan apa yang benar. Seperti

pemazmur, kita boleh percaya kepada firman-Nya (ay. 42), dan percaya bahawa ianya sama sekali benar (ay. 142). Kita tidak boleh mempercayai setiap perkara yang kita baca dari internet. Kita tidak boleh mempercayai semua yang kita dengar dari professor kita. Dan tentu sekali kita tidak boleh mempercayai semua fakta yang diberikan oleh ahli politik kita. Bahkan kita juga tidak boleh mempercayai penyemak-fakta yang menyemak fakta-fakta itu! Statistik boleh dimanipulasikan. Gambar-gambar boleh dipalsukan. Kulit majalah boleh dikaburkan. Guru-guru kita, sahabat-sahabat kita, sains, pendidikan, bahkan mata kita sendiri mampu membohongi kita. Tetapi firman Allah itu benar dan akan sentiasa benar:

 Firman Allah kekal bertapak di syurga (ay. 89); ia tidak akan berubah.

 Tidak ada had untuk kesempurnaan (ay. 96); ia tidak ada cacat cela.

 Semua ketetapan-Nya kekal selama-lamanya (ay. 160); ia tidak akan dimamah usia dan tidak akan lapuk

Jika anda pernah berfikir, ―Saya harus tahu apa yang benar – apa yang benar tentang saya, benar tentang orang lain, benar tentang dunia, benar tentang masa depan, benar tentang masa lalu, benar tentang kehidupan yang sempurna, dan benar tentang Allah,‖ maka carilah firman Allah. Ia hanya mengajar apa yang benar: ―Sucikanlah mereka dengan kebenaran-Mu,‖ Yesus berkata, ―firman-Mu adalah kebenaran‖ (Yohanes 17:17).

Kedua, firman Allah mengarahkan apa yang benar. Pemazmur

dengan sukacitanya mengakui hak Allah untuk mengeluarkan perintah dan dengan rendah diri menerima bahawa kesemua perintah itu adalah benar. ―Aku tahu, ya Tuhan, bahawa hukum-hukum-Mu benar,‖ katanya (Mzm 119:75). Semua perintah Allah

(14)

adalah benar (ay. 86). Semua ajaran-Nya adalah benar (ay. 128). Saya pernah mendengar orang Kristian mengakui bahawa mereka tidak suka apa yang dikatakan Alkitab, tetapi oleh kerana ia adalah Alkitab, mereka perlu mematuhi perintah itu. Pada satu sisi, ini adalah contoh terpuji untuk seseorang yang menyerahkan diri mereka dalam bimbingan firman Allah. Namun begitu, kita harus mengorak selangkah ke hadapan dan belajar untuk melihat kebaikan dan kebenaran dalam semua perintah Allah. Kita harus menyukai apa yang berkenan kepada Allah dan bersukacita terhadap apa sahaja yang dikatakan-Nya. Allah tidak menetap-kan peraturan-peraturan sewenang-wenangnya. Dia tidak memberi perintah supaya hidup kita menjadi terbatas dan sengsara. Dia tidak pernah meminta apa yang tidak suci, tidak pengasih, atau tidak bijak. Apa yang diingini-Nya adalah sentiasa mulia, adil dan benar.

Ketiga, firman Allah memberikan apa yang baik. Menurut Mazmur

119, hukum Allah adalah jalan yang membawa kepada kebahagiaan (ay. 1-2), jalan untuk mengelakkan rasa malu (ay. 6),

jalan keselamatan (ay. 9), dan jalan untuk mendapatkan nasihat yang baik (ay. 24). Firman Allah juga memberikan kita kekuatan (ay. 28) dan harapan (ay. 43). Ia menyediakan hikmat (ay. 98-100, 130) dan menunjukkan kita jalan yang harus kita tujui (ay. 105). Wahyu Allah dalam bentuk perkataan, sama ada diceritakan dalam bentuk sejarah penyelamatan atau melalui dokumen perjanjian tentang sejarah penyelamatan (iaitu Alkitab), adalah sangat sempurna. Sebagai umat Allah, kita percaya bahawa firman Allah boleh dipercayai dalam setiap cara untuk menyatakan apa yang benar, mengarahkan apa yang benar, dan memberikan apa yang baik untuk kita.

Apakah yang Harus Saya Rasakan Mengenai Firman Allah?

S

ering kali orang Kristian hanya merenung apa yang mereka

harus percaya mengenai firman Allah. Tetapi Mazmur 119 tidak membenarkan kita berhenti di situ. Puisi cinta itu memaksa kita untuk mempertimbangkan apa yang sebenarnya kita rasakan tentang firman Allah. Kita melihat bahawa pemazmur mempunyai

(15)

tiga asas rasa cinta terhadap firman Allah.

Pertama, dia bersukacita di dalamnya. Kesaksian-kesaksian,

perintah-perintah, hukum-hukum – semua itu adalah sukacitanya (ay. 14, 24, 47, 70, 77, 143, 174). Pemazmur tidak dapat menidakkannya sebaliknya menyebutkan firman Allah dalam bahasa emosi yang terdalam. Kata-kata Tuhan lebih manis daripada madu (ay. 103), yang adalah warisan selama-lamanya (ay. 111), dan sangat menakjubkan (ay. 129). ―Jiwaku mematuhi

peraturan-Mu,‖ tulis pemazmur itu, ―dan aku sungguh mencintainya‖ (ay. 167).

Tetapi ada orang yang berkata, ―Saya tidak akan mencintai firman Allah seperti ini. Saya bukan seorang yang intelektual. Saya tidak mendengar khotbah sepanjang hari. Saya tidak membaca sepanjang hari. Saya bukan orang yang gemar dengan kata-kata.‖ Pada umumnya, hal ini mungkin benar, tetapi saya percaya pasti ada masa di mana anda tertarik kepada kata-kata pada muka surat yang tertentu. Kita semua memberi perhatian apabila perkataan yang kita dengar atau baca memberi manfaat yang besar kepada kita, seperti sepucuk surat wasiat atau surat penerimaan. Kita dapat membaca dengan teliti jika teks di hadapan kita itu adalah tentang amaran mengenai sesuatu yang berbahaya, seperti arahan tentang sebuah peralatan elektrik. Kita gemar membaca cerita tentang kita atau tentang orang yang kita cintai. Kita juga suka membaca tentang kehebatan, kecantikan dan kekuasaan.

Sedarkah anda bahawa saya baru sahaja menggambarkan tentang Alkitab? Ia adalah sebuah buku yang mempunyai banyak manfaat kepada kita, dan juga memberikan kita amaran. Ia adalah sebuah buku tentang kita dan orang yang kita cintai. Dan yang paling penting, ia adalah sebuah buku yang membawa kita untuk bersemuka dengan Dia yang memiliki semua kehebatan, kecantikan dan kekuasaan. Memang benar, kadang-kala Alkitab agak membosankan, tetapi secara keseluruhannya ia adalah sebuah cerita terhebat yang pernah diceritakan, dan orang yang paling banyak tahu mengenainya selalunya adalah orang yang paling bersukacita di dalamnya.

(16)

Berulang kali, pemazmur mengakui cintanya yang besar terhadap semua perintah dan kesaksian Allah (ay. 48, 97, 119, 127, 140). Berlawanan dengan kasih itu adalah perasaan marah yang dirasainya apabila firman Allah tidak ditaati. Rasa marah yang dahsyat melandanya kerana orang zalim yang meninggalkan hukum Allah (ay. 53). Kemarahan membara dalam dirinya kerana musuhnya telah melupakan firman Allah (ay. 139). Dia meluat melihat ketidaksetiaan dan ketidaktaatan pengkhianat-pengkhianat itu (ay. 158). Kata-kata itu mungkin kedengaran agak kasar kepada kita, tetapi itulah petanda bagaimana kita tidak menghargai firman Allah. Bagaimanakah perasaan anda apabila seseorang tidak dapat melihat kecantikan yang anda lihat pada pasangan anda? Atau apabila orang lain tidak melihat keistimewaan yang ada pada anak anda? Kita semua berhak untuk berasa marah jika seseorang memandang rendah terhadap sesuatu yang kita anggap sangat berharga. Perasaan gembira yang melampau terhadap seseorang atau sesuatu akan secara semula jadi berubah menjadi perasaan benci yang mendalam kepada orang lain yang tidak menghargai apa yang kita hargai. Tiada seorang pun yang benar-benar menghargai firman Allah yang akan menyenangi hal ini.

Kedua, dia menginginkannya. Sekurang-kurangnya ada enam kali

di mana pemazmur menyatakan kerinduannya untuk mentaati perintah Allah (ay. 5, 10, 17, 20, 40, 131). Sekurang-kurangnya ada empat belas kali di mana pemazmur meluahkan keinginannya untuk mengetahui dan memahami firman Allah (ay. 18, 19, 27, 29, 33, 34, 35, 64, 66, 73, 124, 125, 135 & 169). Memang benar bagi kita semua: hidup kita ditentukan oleh keinginan kita. Hal itulah yang membuat kita bangun pada setiap pagi. Keinginan adalah apa yang kita impikan, apa yang kita doakan, dan apa yang kita fikirkan apabila kita mempunyai masa untuk memikirkan tentang sesuatu. Kebanyakan daripada kita mempunyai keinginan kuat yang berkaitan dengan perkahwinan, anak-cucu, pekerjaan, kenaikan pangkat, rumah, percutian, membalas dendam, pengiktirafan dan sebagainya. Ada keinginan yang baik, dan ada yang tidak baik. Tetapi cuba pertimbangkan ini: dalam semua kerinduan dan keinginan anda itu, sekuat manakah keinginan anda untuk mengetahui dan memahami serta mentaati firman Allah?

(17)

Pemazmur sangat menginginkan firman Allah sehingga dia menganggap penderitaan itu sebagai satu berkat dalam hidupnya jika itu membantunya untuk lebih mentaati perintah Allah (ay. 67-68, 71).

Ketiga, dia bersandarkan kepadanya. Pemazmur sentiasa

menyedari keperluan firman Allah dalam hidupnya. ―Aku berpegang teguh pada peraturan-Mu, ya TUHAN, jangan malukan aku.‖ (ay. 31). Dia merindukan galakan yang dapat ditemukan dalam janji dan peraturan Allah (ay. 50, 52). Terdapat banyak perkara yang kita ingini dalam hidup, tetapi ada beberapa perkara yang kita benar-benar perlukan. Firman Allah adalah salah satu daripadanya. Pada zaman Amos, hukuman yang paling dahsyat yang pernah dijatuhkan kepada umat Allah ialah ―kebuluran…untuk mendengar firman TUHAN‖ (Amos 8:11). Tidak ada malapetaka yang setanding dengan bila Allah sepi tidak bersuara. Kita tidak dapat mengetahui apa yang benar, mengenali diri kita, mengetahui jalan Allah atau mengenali Allah kecuali jika Allah berbicara kepada kita. Setiap orang Kristian yang sejati harus merasakan kebergantungan yang besar kepada Kitab Suci, di mana Allah telah menyatakan diri-Nya. Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja, tetapi dengan setiap firman yang keluar dari mulut Allah (Ulangan 8:3; Matius 4:4).

Apa yang kita percaya dan rasakan tentang firman Allah adalah sangat penting, kerana ianya mencerminkan apa yang kita percaya dan rasakan tentang Yesus. Seperti yang akan kita lihat, Yesus percaya tanpa ragu-ragu semua yang tertulis dalam Kitab Suci. Jika kita ingin menjadi murid-Nya, kita juga harus percaya seperti-Nya. Perjanjian Baru mengajar bahawa Yesus adalah Firman yang telah menjadi manusia, yang bermaksud (selain perkara-perkara yang lain) segala perwatakan dalam wahyu Allah melalui kata-kata (kebenaran, kekuasaan, kebijaksanaan, pengetahuan) dapat ditemukan dalam peribadi Kristus. Semua yang pemazmur percaya dan rasakan terhadap firman Allah adalah apa yang harus kita percaya dan rasakan tentang Firman Allah yang menjelma menjadi manusia. Hasrat, kenikmatan dan pergantungan kita kepada firman Allah seharusnya bertumbuh seiring dengan keinginan, kenikmatan dan pergantungan kita

(18)

kepada Yesus Kristus. Kedua-dua perkara ini harus sentiasa bertumbuh bersama. Orang Kristian yang matang akan tersentuh apabila mendengar puisi cinta yang berkata tentang Firman yang telah menjadi manusia dan juga puisi cinta yang meraikan firman Allah.

Apakah yang Harus Saya Lakukan dengan Firman Allah?

T

ujuan buku ini adalah supaya kita mempercayai apa yang kita

harus percaya tentang Alkitab, merasakan apa yang kita harus rasakan tentang Alkitab, dan supaya kita melakukan apa yang seharusnya kita lakukan dengan Alkitab. Memandangkan kita telah melihat iman pemazmur melalui penulisannya dan semangatnya terhadap firman Allah, tidak hairanlah jika Mazmur 119 dipenuhi dengan kata kerja yang menggambarkan bisikan Roh dalam penggunaan perkataan-perkataan yang berikut:

 Kita menyanyikan firman (ay. 172)  Bercakap tentang firman (ay. 13, 46, 79)  Mengkaji firman (ay. 15, 48, 97, 148)

 Menyimpan dalam hati firman (ay. 11, 93, 141)

 Mentaati firman (ay. 8, 44, 57, 129, 145, 146, 167, 168)  Memuji Allah untuk firman itu (ay. 7, 62, 164, 171)

 Dan berdoa supaya Allah bertindak menurut janji-Nya (ay. 58, 121-123, 147, 149-152, 153-160)

Tindakan-tindakan ini tidak dapat menggantikan iman dan kasih yang sebenarnya, tetapi mereka adalah petunjuk yang terbaik terhadap apa yang kita benar-benar percayai dan rasakan

mengenai firman Allah. Menyanyi, bercakap, mengkaji, menyimpan, mentaati, memuji dan berdoa – inilah caranya

bagaimana umat Allah harus mengendalikan Kitab Suci. Sekarang jangan berasa panik jika anda merasakan bahawa anda telah gagal dalam mempercayai, merasakan dan melakukannya. Ingatlah, Mazmur 119 ialah sebuah puisi cinta, bukan sebuah senarai semak. Sebab mengapa kita bermula dari Mazmur 119 adalah kerana di sinilah kita ingin berakhir. Inilah reaksi spiritual yang Roh Kudus harus hasilkan dalam diri kita apabila kita

(19)

benar-benar memahami apa yang diajarkan oleh Alkitab mengenainya. Harapan dan doa saya adalah supaya buku ini dapat membantu anda untuk mengatakan ―Ya!‖ dengan apa yang dipercayai oleh pemazmur, ―Ya!‖ dengan apa yang dirasakannya, dan ―Ya!‖ dengan semua yang dilakukannya dengan firman Allah yang kudus dan sangat berharga itu.

Beberapa Penjelasan Terakhir

S

ebelum menyelami bahagian-bahagian yang seterusnya dalam

buku ini, ianya mungkin dapat membantu sekiranya anda mengetahui jenis buku apakah yang sedang anda baca ini. Walaupun saya berharap buku ini akan memotivasikan anda untuk membaca Alkitab, namun buku ini bukanlah mengenai pembelaja-ran Alkitab atau prinsip pentafsipembelaja-rannya. Saya juga tidak mencuba untuk mempertahankan Kitab Suci, walaupun saya berharap anda akan lebih mempercayai Alkitab setelah membaca kelapan-lapan bab dalam buku ini. Buku ini bukan sebuah buku yang lengkap, yang meliputi semua falsafah, teologi dan metodologi yang dapat anda lihat dalam sebuah buku teks berjilid-jilid yang tebal. Ia juga bukan sebuah buku pelajaran yang mengandungi banyak nota kaki. Ini bukanlah sebuah buku di mana saya memberikan nama-nama dan petikan ―bab dan ayat‖ yang mempunyai kesilapan. Dan ia bukanlah sebuah hasil baru yang eksegitikal, alkitabiah, bersejarah, atau teologi yang sistematik.

―Jadi buku apakah ini?‖ Mungkin anda tertanya-tanya bagai-mana anda memilih buku yang anda tidak ketahui akan menceritakan tentang apa.

Buku ini adalah sebuah buku yang menyelongkar apa yang Alkitab katakan tentang Alkitab. Tujuan saya adalah untuk sesuatu yang mudah, tidak berserabut, tidak rumit dan nyata secara alkitabiah. Saya tidak membuat dakwaan tentang menawarkan kepada anda selain daripada doktrin Alkitab yang diperoleh daripada Alkitab itu sendiri. Saya tahu ini akan menimbulkan persoalan tentang kanon (bagaimana anda tahu jika anda mempunyai Kitab Suci yang benar?) dan persoalan mengenai alasan yang berkaitan (bagaimana anda boleh rujukkan Kitab

(20)

Suci untuk menentukan kewibawaan Kitab Suci?). Ini adalah soalan -soalan yang munasabah, tetapi ia tidak boleh mengikat kita. Kedua-dua soalan ini mempunyai kaitan dengan prinsip yang pertama. Alasan yang tidak masuk akal tidak dapat dielakkan setiap kali kita cuba mempertahankan prinsip-prinsip pertama kita. Anda tidak dapat mewujudkan kuasa tertinggi yang anda percayai dengan membandingkannya dengan kuasa yang lebih rendah daripada itu. Ya, logiknya masuk akal, tetapi tidak seperti hal-hal sekular yang mempertahankan alasan dengan alasan yang lain, atau para saintis mempertahankan satu fakta sains berdasar-kan sains. Ini tidak bermakna orang Kristian boleh menjadi tidak rasional dan tidak munasabah dalam pandangan mereka, tetapi ia bermaksud prinsip pertama kita bukanlah mengenai kerasionalan mahupun alasan. Kita merujuk kepada Alkitab untuk mempelajari Alkitab kerana untuk menilai Alkitab berdasarkan penilaian yang lain akan merendahkan Alkitab daripada apa yang didakwanya. Seperti yang ditulis oleh J. I. Packer lebih daripada lima puluh tahun yang lalu semasa dia menghadapi cabaran yang sama, ―Kitab Suci itu sendiri mampu untuk

menghakimi dokrin Kitab Suci kita.‖2

Terdapat banyak buku yang baik. Ada yang mudah difahami, dan ada yang sangat teknikal, yang dengan teliti menjelaskan dan mempertahankan kanon Kitab Suci serta kebolehpercayaan Kitab Suci. Saya telah menyenaraikan beberapa daripadanya di bahagian lampiran. Jika anda mempunyai keraguan tentang bagaimana buku-buku Alkitab dibuktikan sebagai satu pengesahan, atau keraguan tentang ketepatan sejarah Alkitab, atau kesangsian tentang manuskrip alkitabiah purba, anda boleh mengkajinya sendiri dengan cara apa pun. Dakwaan-dakwaan Kristian ortodoks tidak mempunyai apa-apa alasan untuk mengelak daripada bukti-bukti kukuh dan tidak perlu berasa takut terhadap pemeriksaan fakta-fakta yang terperinci.

Tetapi keyakinan saya, yang lahir dari pengalaman dan berasal daripada pengajaran Kitab Suci itu sendiri ialah bahawa cara

2 J. I. Packer, ―Fundamentalism” and the Word of God (Grand Rapids, MI:

(21)

yang paling efektif untuk mengukuhkan keyakinan kita terhadap Alkitab ialah dengan meluangkan masa untuk membaca Alkitab. Roh Kudus komited dalam bekerja melalui firman Allah. Allah berjanji untuk memberkati pembacaan dan pengajaran firman-Nya. Domba-domba mendengarkan suara Tuan mereka (rujuk Yohanes 10:27). Dalam erti kata lain, firman Allah lebih daripada cukup untuk menyempurnakan pekerjaan Allah terhadap umat-Nya. Tiada jalan yang lebih baik untuk memahami dan menghayati doktrin alkitabiah Kitab Suci selain daripada membuka dan membacanya.

Jika anda telah membaca sejauh ini, anda mungkin mempunyai minat untuk mengenali Alkitab dengan lebih baik. Anda mungkin mempunyai latar belakang dalam Alkitab atau telah diperkenal-kan oleh seseorang untuk membaca buku ini. Anda mungkin datang dengan perasaan ragu-ragu atau penuh dengan iman, dengan kejahilan yang harus diperbetulkan atau dengan pengetahuan yang tidak sabar-sabar untuk diasah. Walau apa pun latar belakang anda, saya percaya bahawa sekarang anda telah mengetahui apakah jenis buku ini, maka lebih baik anda bersedia untuk memperoleh manfaat daripadanya. Dan jika anda memperoleh manfaat daripada buku ini, itu bukan kerana saya telah melakukan sesuatu yang mengagumkan, tetapi kerana apabila kita membaca buku yang paling hebat di dunia ini, iaitu Alkitab, hidup kita akan berubah.

Semoga Allah memberikan kita telinga, kerana kita semua perlu mendengar fiman Allah lebih daripada Allah memerlukan mana-mana kita untuk mempertahankannya.

(22)
(23)

Kami tidaklah bercerita dongeng kepadamu apabila kami memberitahumu tentang kekuasaan Tuhan kita Yesus Kristus dan kedatangan-Nya. Kami telah menyaksikan kemuliaan-Nya dengan mata kami sendiri. Dia telah menerima penghormatan dan kemuliaan daripada Allah Bapa. Suatu suara daripada Yang Maha Tinggi berfirman, ―Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan.‖ Kami telah mendengar suara yang datang dari syurga ketika kami bersama-Nya di puncak gunung suci. Dengan demikian, kata-kata nubuat yang ada pada kami menjadi lebih jelas. Terimalah kata-kata nubuat ini seperti lampu yang bersinar di tempat gelap, hingga fajar menyingsing dan bintang pagi terbit di dalam hatimu. Hal terutama yang harus kamu ketahui: Tidak ada satu nubuat pun dalam Kitab Suci yang berasal daripada pentafsiran sendiri, kerana nubuat bukanlah lahir dengan kehendak manusia, tetapi disuarakan oleh orang ketika digerakkan oleh Roh Kudus untuk menyampaikan kata-kata daripada Allah.

2 Petrus 1:16-21

B

eberapa tahun yang lalu, ada sebuah artikel tanpa nama

dalam Christianity Today yang bertajuk ―Perbualan saya dengan Allah‖. Ia bermula seperti ini:

Adakah Allah masih berbicara? Saya membesar dengan cerita-cerita mengenai-Nya, tetapi sehingga Oktober

2

(24)

2005, saya dapat mengatakan bahawa ia tidak berlaku kepada saya. Saya adalah seorang profesor teologi pertengahan umur di sebuah universiti Kristian yang terkemuka. Saya telah menulis beberapa buah buku yang memenangi anugerah. Nama saya tersenarai dalam

Christianity Today. Selama beberapa tahun saya mengajar

bahawa Allah masih berbicara, tetapi saya sendiri secara peribadi tidak dapat membuktikannya. Saya hanya dapat berbuat demikian tanpa memberitahu siapa saya, supaya alasan yang saya harapkan akan menjadi jelas. Setahun selepas mendengar suara Allah saya masih belum mampu berbicara atau berfikir mengenai perbualan saya dengan

Allah tanpa dikuasai oleh emosi.1

Profesor tanpa nama itu terus berbicara tentang pengalamannya di mana Allah secara luar biasa telah memberikannya sebuah garis kasar dan tajuk bagi sebuah buku, kemudian mengarahkan-nya untuk menggunakan wang hasil buku itu untuk membantu seorang pemuda ke sekolah bagi persiapan pelayanan. Dia mengakhiri artikel itu dengan mengatakan bahawa imannya telah dikuatkan apabila akhirnya Allah berbicara kepadanya secara peribadi.

Itu adalah satu cerita yang baik, kecuali butiran penting ini: ia memberi gambaran bahawa Allah tidak selalu berbicara kepada kita secara peribadi. Artikel itu menyebabkan kita merasakan bahawa meskipun Allah berbicara kepada kita melalui Kitab suci, tetapi itu lebih kepada biasa-biasa sahaja, kurang menarik dan kurang meyakinkan. Ini membuat kita menarik kesimpulan, ―Ya, Alkitab itu penting, tetapi betapa hebatnya jika Allah benar-benar berbicara kepada saya! Kalaulah saya dapat mendengar suara Allah yang pasti dan sempurna.‖

Menakjubkan, bukan? Dapatkah anda bayangkan Allah berbicara kepada anda – secara peribadi, pasti, dan penuh kuasa? Berita baiknya (yang seperti terlupakan dalam artikel itu) ialah setiap daripada kita boleh mendengar dari Allah hari ini, sekarang juga,

(25)

pada saat ini juga. Allah masih berbicara. Dan Dia mempunyai firman yang meyakinkan, tetap dan tidak pernah salah untuk kita. Dua Bukti

S

emua perkara dalam ayat terakhir itu dapat dibuktikan

daripada perenggan pada permulaan bab ini, 2 Petrus 1:16-21. Tetapi untuk sampai kepada kesimpulan itu, kita harus terlebih dahulu memahami konteks surat rasul Petrus ini.

Surat Petrus yang kedua ini ialah sebuah gesaan untuk hidup dalam kesalihan. Dalam bab 1 ayat 3-11 kita dapat melihat kuasa untuk kesalihan dalam janji-janji Allah yang besar dan berharga (ay. 3-4), corak kesalihanan dalam kebaikan yang boleh ditambah kepada iman (ay. 5-7), dan pangkal fikir kesalihan dalam panggilan dan pemilihan kita (ay. 8-11). Kemudian dalam ayat 12-15 Petrus mengulang kembali hasratnya untuk mengingatkan para pembacanya tentang ―perkara-perkara ini‖ (iaitu nilai-nilai ibadah kita) sebelum dia meninggal dunia. Kerisauan Petrus adalah guru-guru palsu mula menyusup di gereja Tuhan, yang menjanjikan kebebasan di mana akhirnya menjerumus-kan orang ke dalam keghairahan dan belenggu spiritual (2:2, 10, 18-19). Oleh itu, gesaan ini adalah untuk jangan hiraukan guru-guru palsu ini, sebaliknya kejarlah kesucian.

Dan salah satu daripada sebab utama untuk melakukan hal ini adalah kerana kedatangan Kristus. Apabila hari Tuhan tiba, dunia akan dimusnahkan, perbuatan-perbuatan kita didedahkan dan orang fasik dihakimi (3:11-12, 14). Dalam surat ini, dan sepanjang Perjanjian Baru, kedatangan Kristus yang kedua kali bertindak sebagai sebuah motivasi yang sangat dalam untuk berpaling dari kejahatan dan berusaha untuk hidup secara benar dan suci. Kita tidak mahu didapati melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak suci semasa Yang Maha Suci kembali.

Itulah hujah Petrus. Tetapi guru-guru palsu mempersoalkan tentang adakah Tuhan akan datang kembali (3:2-4). Mereka tidak percaya kepada hari penghakiman. Jadi tujuan Petrus menulis suratnya adalah untuk meyakinkan orang-orang yang setia –

(26)

bertentangan dengan guru-guru palsu – bahawa Kristus akan datang kembali untuk menghakimi yang masih hidup dan yang sudah mati, dan kedatangan itu akan menjadi dilihat oleh semua orang.

Untuk menguatkan hujah ini, Petrus memberikan dua bukti: saksi mata (1:16-18) dan dokumen yang berwibawa (ay. 19-21). Ini adalah dua jenis bukti asas dalam dunia purba, dan tidak banyak yang telah berubah. Bahkan pada hari ini pun, anda melihat peguam-peguam selalunya membicarakan kes mereka dengan mengemukakan dokumen atau memanggil saksi. Jika anda ingin membuktikan hujah anda di mahkamah, anda memerlukan saksi mata atau sumber-sumber yang boleh dipercayai. Rasul Petrus mempunyai kedua-duanya.

Kami Ada Bersama Dengan-Nya

Petrus meyakini kedatangan Kristus yang penuh kemuliaan kerana dia telah melihat transfigurasi Kristus dalam kemuliaan di atas gunung suci. Petrus, bersama-sama Yohanes dan Yakobus, mendengar kata-kata Bapa dan adalah saksi mata kepada keagungan Anak Allah. Sesiapa sahaja yang melihat apa yang mereka telah lihat itu mungkin menganggap itu sebagai halusinasi atau angan-angan. Tetapi ada tiga orang lelaki di atas gunung itu. Mereka berada di situ semasa Yesus dimuliakan (transfigurasi), dan mereka sangat yakin bahawa Kristus tidak boleh dipermain-mainkan.

Bahasa dalam 2 Petrus 1:16 adalah penting bagi hujah Petrus dan bagi doktrin Kitab Suci kita. Dalam menceritakan semula peristiwa transfigurasi itu, Petrus menjelaskan bahawa dia tidak mengikut ―dongeng yang direka manusia‖. Ada beberapa sarjana Kristian liberal yang cuba menggunakan kategori ―dongeng‖ untuk menerangkan Alkitab. Mereka dengan pantas menegaskan bahawa ―dongeng‖ tidak sama dengan ―palsu‖, jadi mereka mengatakan biarpun fakta-fakta dalam Alkitab mungkin tidak semuanya boleh dipercayai, tetapi kebenaran yang nyata masih terkandung di dalamnya. Oleh itu, sebagai contoh, mereka telah

(27)

mencadangkan bahawa tulah dan azab dalam Keluaran dan penyeberangan Laut Merah mungkin bukan fakta bersejarah, tetapi itu tidak perlu mempersoalkan kuasa Allah serta kebolehan-Nya untuk membebaskan orang-orang tawanan itu. Yesus mungkin telah atau mungkin juga tidak berjalan di atas air, tetapi itu tidak penting: hujah yang penting ialah Dia akan melakukan apa sahaja untuk membantu kita jika kita mempercayai-Nya. Menurut orang Kristian liberal, kebangkitan Kristus tidak boleh diambil secara harfiah sebagai kebangkitan tubuh, tetapi sebagai satu simbol yang kuat bahawa Allah boleh memberikan kita kehidupan rohani yang baru dan memperoleh kemenangan daripada kekalahan. Pemikiran seperti itu masih lagi berleluasa. Saya pernah bertukar pendapat melalui blog dengan seorang pastor yang liberal yang mempersoalkan kebenaran kelahiran daripada seorang perawan. Kami berdebat mempertahankan pendapat kami beberapa kali sehinggalah kami menyedari bahawa kami beroperasi dari konsep dunia yang berbeza. ―Adakah saya berpendapat bahawa kelahiran daripada seorang perawan itu sangat penting untuk pegangan kita sebagai orang Kristian?‖ tulisnya. ―Saya tidak berhak untuk mengatakannya, bukan? Seperti yang anda katakan, ia telah diakui selama berabad-abad, dan oleh itu, saya harus memandangnya secara serius dan bergelut dengan bagaimana saya memahaminya.‖ Cara percakapannya yang tidak jelas (dan tidak begitu bermanfaat) tentang menganggap kelahiran dari

perawan perlu diambil ―secara serius‖ dan perlu ―bergumul‖ untuk

memahaminya sudah cukup mengecewakan. Dan kemudian dia menyimpulkan: ―Bagi saya, penyataan ‗tidak ada perkara yang mustahil dengan Allah‘ adalah lebih berharga untuk iman saya berbanding dengan penyataan ‗bagaimana ia boleh berlaku, sedangkan saya masih dara?‘ Saya tidak mengatakan bahawa anda harus menerima pemahaman saya atau pun saya harus menerima pemahaman anda.‖ Balasan saya berbunyi seperti ini ―Saya memang menuntut anda untuk menerima pemahaman saya, kerana ia bukan pemahaman saya. Ia adalah apa yang diajarkan dalam Perjanjian Baru dan pengakuan gereja Ortodoks Kristian sepanjang abad.‖

Selain memaparkan logik seseorang yang mudah mengalah – jika

(28)

semua perkara adalah tidak mustahil bagi Allah, mengapa tidak percaya dengan mukjizat kelahiran daripada seorang perawan? – pemahaman yang liberal tentang sejarah ini sangat bertentangan dengan pemahaman Alkitab itu sendiri. Perkataan Yunani mythos sering kali digunakan secara negatif dalam Perjanjian Baru (lihat 1 Tim. 1:4; 4:7; 2 Tim. 4:4; Titus 1:14). Mitos dilihat sebagai bertentangan dengan kebenaran. ―Kerana akan sampai masanya,‖ Paulus mengingatkan, ―mereka tidak menerima ajaran yang benar, tetapi mengumpulkan ramai guru mengikut kehendak mereka sendiri untuk mengajar apa yang ingin didengar oleh mereka. Mereka enggan mendengar ajaran yang benar tetapi menumpukan perhatian kepada cerita-cerita dongeng.‖ (2 Tim. 4:3-4). Bagi para penulis alkitabiah, terdapat mitos di satu bahagian dan kebenaran pada bahagian yang satu lagi, dan Alkitab jelas tergolong dalam bahagian kebenaran.

Walaupun diperdebatkan bahawa definisi liberal mitos bukanlah apa yang dikutuk oleh Perjanjian Baru apabila ia mengkritik tentang ―dongeng‖, anda masih tidak dapat memahami 2 Petrus 1:16. Sebagai seorang saksi mata, Petrus mahu semua orang mengetahui cerita Yesus – peristiwa transfigurasi dan juga cerita-cerita Injil lain yang dia sampaikan – adalah peristiwa bersejarah, fakta yang sah, bukan bayangan atau pengalaman dalaman, atau cerita yang direka untuk mencapai satu tujuan. Orang Yunani dan orang Roma mempunyai banyak mitos. Mereka tidak kisah sama ada cerita itu benar atau tidak. Tiada sesiapa pun yang berminat terhadap bukti sejarah yang mengatakan bahawa Hercules ialah anak luar nikah Zeus. Ia adalah satu mitos, dongeng, sebuah cerita untuk hiburan dan masuk akal di mata dunia. Paganisme dibina hasil daripada mitologi, tetapi Kekristianan, seperti agama Yahudi dari mana ia bermula, melihat dirinya sebagai satu agama yang sangat berbeza daripada yang lain.

Sejak dari awal, agama Kristian sudah terikat dengan sejarah. Tuntutan agama Kristian yang paling penting adalah dakwaan sejarah, dan fakta sejarah di mana agama Kristian perlu berdiri atau jatuh. Lukas mengikuti segalanya dengan ketat, mengkaji segalanya dengan teliti, dan bergantung kepada saksi-saksi mata supaya Teofilus mendapat ―kepastian‖ tentang cerita Injil (Lukas 1:

(29)

1-4). Yohanes telah menulis tentang keajaiban-keajaiban yang telah dilakukan oleh Yesus supaya pendengarnya dapat menerima mukjizat itu, memahami tanda-tanda, percaya bahawa Yesus ialah Kristus, dan beroleh hidup sejati di dalam nama-Nya (Yohanes 20:31). Keempat-empat penulis Injil benar-benar inginkan kita mengetahui, bahawa walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan jasad Kristus telah dicuri selepas penyaliban-Nya, namun kubur itu benar-benar kosong kerana Yesus telah bangkit. Jika Kristus tidak dibangkitkan, kata Paulus, maka kepercayaan

Kristian adalah dusta semata-mata dan mereka yang mempercayainya adalah orang yang paling malang (1 Kor. 15:

14-19). Untuk menolak sejarah adalah untuk hidup dalam dunia yang berbeza daripada dunia yang didiami oleh penulis-penulis alkitabiah.

Petrus seolah-olah berkata, ―Ketahuilah, saya telah melihat transfigurasi itu, dan saya tidak bersendirian. Kami telah mendengarnya. Kami adalah saksi mata dan saksi telinga. Kami tidak mereka-reka cerita ini untuk menakutkan kamu. Kami tidak menyebar cerita palsu. Kami memberitahu anda apa yang telah terjadi. Kami telah melihat kemuliaan-Nya. Kami melihatnya dengan mata kami sendiri. Kami telah mendengar Allah berbicara – dalam suara yang kedengaran. Ini bukanlah pengalaman yang kami alami dalam hati atau penglihatan kami. Jika kamu berada di atas gunung itu, kamu juga akan melihat dan mendengar perkara yang sama. Kami bercakap tentang fakta, bukan dongeng.‖

Ingat hujah yang cuba disampaikan oleh Petrus. Ini bukanlah buku teks apologetik yang tidak menarik dan abstrak. Dia mahu umat Tuhan menjadi orang yang kudus. Dia mahu mereka menantikan kedatangan Kristus dalam hidup mereka. Dia cuba untuk meyakinkan mereka mengenai kedatangan-Nya yang kedua kali. Dan satu cara untuk membuktikan kedatangan Kristus yang mulia, menakjubkan dan menakutkan akan terjadi untuk kedua kalinya dalam sejarah adalah Petrus ingin mengingatkan orang-orang yang percaya bahawa dia telah melihat satu kemunculan Kristus yang mulia, menakjubkan dan menakutkan. Petrus telah melihat rahsia itu. Dia telah melihat bagaimana rupa Yesus dalam bentuk

(30)

keilahian-Nya. Petrus menyedari Kristus lebih daripada seorang tukang kayu, lebih daripada seorang guru yang berfikiran terbuka, lebih daripada seorang yang sentiasa memberi galakan serta tidak menghakimi sesiapa atau apa pun. Ketika dia melihat Yesus bersinar putih dengan megah dalam awan kemuliaan, dia sedar pada ketika itu Dia bukanlah seorang yang boleh dipermainkan atau diperendahkan. Dan apabila Yesus datang kembali, kita akan menyedari, walaupun mungkin sudah terlewat bagi sesetengah orang, bahawa kehidupan yang fasik tidak konsisten dengan kemuliaan Kristus. Itulah apa yang cuba disampaikan oleh Petrus, dan ia bergantung kepada sejarah, kepada bukti keterangan saksi mata.

Telah Tersurat

H

ujah Petrus mengenai kedatangan Kristus kedua kali juga

bergantung kepada kebolehpercayaan dokumen yang berwibawa (2 Pet 1:19-21). ―Kata-kata nubuat‖ itu berlaku sebelum Petrus menyaksikan apa yang telah dilihatnya. Dan apa sahaja yang telah dilihat oleh Petrus, Yakobus dan Yohanes di atas gunung itu, dan apa sahaja yang telah diramalkan mengenai kedatangan Kristus yang kedua kali serta penghakiman yang terakhir, perkara-perkara itu hanya mengesahkan apa yang telah dipastikan oleh nubuat itu (ay. 19). Anda tidak mungkin mempunyai keyakinan terhadap Alkitab anda lebih daripada keyakinan Petrus terhadapnya.

Perhatikan tiga kebenaran tentang sifat-sifat Kitab Suci yang diajarkan kepada kita melalui ayat-ayat ini.

Pertama, Kitab Suci adalah firman Allah. Ini mungkin kedengaran

seperti sebuah penyataan yang berulang, tetapi perkataan adalah menyampaikan sesuatu yang penting. Sesetengah orang Kristian, yang dipengaruhi oleh ahli teologi neo ortodoks seperti Karl Barth, berasa sangsi untuk mengatakan bahawa Alkitab adalah firman Allah. Sebaliknya, mereka mengatakan bahawa Alkitab

mengandungi firman Allah, atau menjadi firman Allah, atau peristiwa di mana Allah berbicara kepada kita melalui Alkitab

(31)

yang merupakan firman Allah. Pemikiran neo ortodoks cuba untuk memisahkan dakwaan bahawa kata-kata yang tertulis dalam Kitab Suci telah diinspirasikan. Bagaimanapun, perbezaan ini adalah asing bagi Rasul Petrus, kerana semua dakwaan yang dilakukannya tentang ―nubuatan‖ atau ―kata-kata nubuat‖ dibuat dengan merujuk kepada apa yang telah dicatatkan dalam Kitab Suci.

Petrus menggunakan dua istilah yang berbeza untuk merujuk kepada firman Allah dalam ayat-ayat ini: ―kata-kata nubuat‖ (ay. 19 dan 20) dan ―nubuat‖ (ay. 21). Kesemuanya menyebutkan nubuat dengan perkataan yang hampir sama. Yang penting untuk pengetahuan kita, perkataan Yunani dalam ayat 19 dan 20 untuk ketetapan ialah graphe, yang merujuk kepada sesuatu yang telah dicatatkan. Petrus berfikir bahawa ayat 20 bukan sahaja satu tradisi lisan atau satu ucapan, tetapi sebuah catatan teks. Pandangan Petrus tidak terhad kepada ucapan nubuatan atau acara khotbah sahaja; ia juga termasuk halaman-halaman dalam Kitab Suci.

Dan bukan hanya bahagian-bahagian nubuatan tentang kedatangan Yesus yang kedua kali. Seluruh Perjanjian Lama juga diperhatikan. Sama seperti ―Taurat dan Nabi-nabi‖ boleh menjadi penetapan umum untuk Perjanjian Lama (lihat Mat 7:12), begitu juga hukum-hukum atau para nabi secara berasingan. Tidak ada orang Yahudi yang akan membuat perbezaan bahawa ada bahagian tertentu dalam Kitab Suci yang itu lebih benar daripada bahagian yang lain (rujuk 2 Tim. 3:16). Apa sahaja yang benar mengenai hukum-hukum adalah benar untuk nabi-nabi, dan sebaliknya. ―Kata-kata nubuat‖ hanyalah satu cara untuk merujuk kepada wahyu yang telah dicatatkan. Seperti yang dikatakan oleh Calvin, ―Saya faham dengan nubuatan Kitab Suci yang

terkandung dalam Kitab-kitab suci.‖2

Semua ini penting kerana ia bermakna bahawa kuasa firman Allah tinggal dalam catatan teks Kitab Suci itu – perkataan-perkataan, ayat-ayat, perenggan-perenggan; bukan sekadar pengalaman

2 John Calvin, Commentaries on the Catholic Epistles, Diterjemah dan disunting oleh John

Owen (Grand Rapids, MI: Baker, 1993 [1855]), 391.

(32)

tentang kebenaran itu dalam hati kita. Sesetengah orang tidak suka teks bertulis dan pernyataan kerana ia menggambarkan maksud yang tetap dan stabil, dan orang tidak mahu kebenaran itu sesuatu yang tetap. Mereka lebih suka mempunyai inspirasi yang lebih subjektif, lebih mendalam dan lebih berpengalaman. Tetapi menurut 2 Petrus 1:19-21, inspirasi Kitab Suci ialah sebuah realiti objektif di luar daripada kita.

Tiada satu pun daripada ini yang mencadangkan bahawa inspirasi teori evangelikal membawa kita jauh dari subjektif, dalaman, atau pengalaman itu. Sebaliknya, kita harus ―memberi perhatian‖ kepada Kitab Suci yang diilhamkan itu sebagai ―lampu yang bersinar di tempat gelap‖ (ay. 19). Firman Allah menyedarkan kita daripada dosa, menunjukkan kita jalan yang sepatutnya, dan membawa kita keluar dari gelap kepada cahaya. Kita selami Alkitab supaya Bintang yang cemerlang itu, iaitu Kristus sendiri (lihat Bil. 24:17-19; bandingkan Why. 22:16), akan bersinar dalam hati kita. Tujuan wahyu bukan semata-mata tentang maklumat sahaja, tetapi kasih sayang, ibadah dan ketaatan. Kristus di dalam kita hanya akan disedari semasa kita menyelami Alkitab, yang merupakan firman Allah di luar daripada kita.

Kedua, firman Allah tidak kurang ilahi kerana ia diberikan melalui perantaraan manusia. Ramai yang telah mendakwa dan

terus-menerus mengatakan bahawa orang Kristian yang konservatif berpegang kepada teori pengilhaman. Mereka mengatakan evangelikal percaya bahawa penulis-penulis Alkitab adalah alat pasif yang hanya merekodkan apa yang mereka diberikan dari syurga. Walaupun sering dikatakan begitu, saya belum pernah menemui mana-mana ahli teologi evangelikal yang menjelaskan inspirasi (pengilhaman) dengan cara ini. Memang benar ada ahli teologi yang lebih berusia yang mengatakan bahawa Kitab Suci sangat sempurna dan tidak bercacat cela seolah-olah ianya diberi-kan melalui pengimladiberi-kan. Metafora itu (yang berkemungkinan lebih mengelirukan daripada membantu) bertujuan untuk menegas-kan kesempurnaan Alkitab, tetapi ia tidak bermaksud untuk menggambarkan proses sebenar di mana penulis-penulis Alkitab menulis teks yang telah diilhamkan kepada mereka. Sebaliknya, 2 Petrus 1:21 mengajarkan, seperti yang ditekankan berulang-ulang

(33)

kali oleh ahli teologi evangelikal, orang-orang itu berbicara (dan menulis) semasa mereka ―dipimpin‖ oleh Roh Kudus.

Ungkapan ―operasi yang serentak‖ sering digunakan untuk menggambarkan proses pengilhaman, maksudnya Allah menggunakan akal fikiran, kemahiran dan personaliti manusia yang berkemungkinan melakukan kesilapan dalam menulis apa yang ilahi dan tidak pernah silap. Dari sudut pandangan lain, Alkitab dikatakan adalah buku manusia dan juga ilahi. Tetapi ini sama sekali tidak membayangkan apa-apa kesilapan dalam Kitab Suci. Dwi-pengarang Kitab Suci tidak memerlukan ketidak-sempurnaan, sama seperti dwi-sifat Kristus (yang adalah Allah dan manusia) tidak bermakna Penyelamat kita mungkin telah berbuat dosa. Seperti yang dikatakan oleh Calvin mengenai para nabi, ―[mereka] tidak berani mengatakan apa-apa menurut mereka sendiri, tetapi taat mengikuti Roh Kudus sebagai pembimbing mereka, yang mengawal mulut mereka seperti tempat kudus-Nya sendiri.‖3

Kata kerja ―digerakkan‖ dalam ayat 21 ialah phero, yang diterjemahkan sebagai ―dihasilkan‖ pada awal ayat yang sama dan sebagai ―daripada/dari‖ dalam ayat 17 dan 18. Ia menunjukkan hasil yang terjamin, sesuatu yang dilaksanakan dan dijamin oleh yang lain. Suara dari syurga (ay. 17-18) dan nubuat yang disampaikan oleh para nabi (ay. 21) datang dari tempat yang sama: Allah.

B. B. Warfield menjelaskan,

Istilah yang digunakan di sini [untuk dihasilkan/daripada] ada-lah sangat spesifik. Tidak perlu keliru dengan perkataan-perkataan seperti membimbing, mengarah, atau mengawal. Istilah yang digunakan bukanlah satu masalah dalam menggambarkan apa yang penting secara spesifik. Apa yang ―daripada‖ akan diambil alih oleh ―pembawa‖ dan disampaikan melalui kuasa ―pembawa‖ itu, bukan kuasanya sendiri. Orang-orang yang berbicara atas nama Allah mengisytiharkan telah dipakai oleh Roh Kudus menuju sasaran

1 Ibid.

(34)

yang telah dipilih-Nya dengan kuasa-Nya. Perkara-perkara yang mereka bicarakan di bawah operasi Roh ini adalah perkara-perkara mengenai-Nya, bukan mereka. Dan itulah sebabnya mengapa ―kata-kata nubuat‖ itu begitu pasti. Walaupun ia disampaikan melalui manusia, namun hakikatnya orang-orang ini berbicara ―apa yang daripada Roh Kudus‖,

iaitu kata-kata yang bersifat ilahi. 4

Penulisan ilahi Kitab Suci tidak menghalang penggunaan manusia sebagai alat yang aktif, dan penglibatan manusia tidak menyebabkan Kitab Suci kurang sempurna atau kurang ilahi.

Ketiga, Alkitab adalah tanpa kesalahan. Kitab Suci tidak dihasilkan

berdasarkan tafsiran manusia (2 Pet. 1:20). Idea-idea tidak timbul daripada pemikiran orang yang keliru. Lebih daripada itu, Petrus bersaksi bahawa tiada nubuatan yang dilahirkan dengan ―kehendak manusia‖ (ay. 21). Calvin mengatakan kita akan hanya mempunyai satu rasa hormat yang tinggi terhadap Alkitab ―apabila kita yakin bahawa Tuhanlah yang berbicara kepada

kita, bukan manusia yang fana.‖5 Kita harus mempercayai

nubuatan ―sebagai firman yang pasti dari Allah, kerana ia tidak

datang daripada pendapat peribadi manusia itu sendiri.‖6 Petrus

memberitahu kita bahawa penulis muktamad Kitab Suci adalah Allah sendiri.

Terdapat banyak teks yang kita boleh gunakan untuk menunjukkan bahawa Alkitab tidak mengandungi kesalahan. Tetapi hujah yang paling mudah ialah: Kitab Suci tidak lahir daripada kehendak

4 Benjamin B. Warfield, The Inspiration and Authority of the Bible (Phillipsburg, NJ:

Presbyterian & Reformed, 1948), 137. Lebih tepat lagi, Warfield melihat tiga cara wahyu dalam Alkitab: manifestasi luaran, cadangan dalaman, dan operasi yang serentak (83-96). Dia meletakkan pelayanan nabi dalam Perjanjian Lama dalam kategori yang kedua, kerana nabi-nabi lebih pasif berbanding pelopor penulis Perjanjian Baru. Walaupun begitu, dia memberi amaran terhadap mereka yang melakukan perbezaan, kerana mengetahui bahawa nabi-nabi masih menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menerima firman Allah, dan seluruh Alkitab dihuraikan sebagai ―nubuatan‖ dalam 2 Petrus 1:19-21. Lihat juga bahagian ―Bibliologi‖ dalam Fred G. Zaspel, Theology of B. B. Warfield: A Systematic Summary (Wheaton, II: Crossway, 2010).

5 Calvin, Commentaries on the Catholic Epistles, 390. 6. Ibid.

(35)

manusia; ia datang dari Allah. Dan jika ia adalah firman Allah maka semuanya adalah benar, kerana di dalam-Nya tidak ada kesilapan atau penipuan.

Firman Allah tidak mengandungi apa-apa kesilapan dan ini bermaksud firman Allah sentiasa berdiri di atas kita, bukan kita di atas firman Allah. Apabila kita menolak hakikat ini, kita telah menghakimi firman Allah. Kita menuntut hak untuk menentukan bahagian mana dalam pengungkapan Allah yang boleh dipercayai atau sebaliknya. Apabila kita menafikan

keboleh-percayaan penuh Kitab Suci — tuntutannya terhadap sejarah, ajarannya tentang dunia material, mukjizatnya, pengesahannya dalam perkara sekecil mana pun – maka kita terpaksa menerima satu daripada dua kesimpulan ini: sama ada Kitab Suci tidak sepenuhnya berasal daripada Allah, atau Allah tidak boleh dipercayai. Untuk membuat mana-mana pilihan adalah untuk mengesahkan pandangan Kristian yang suam-suam kuku. Kesimpulan ini tidak menyatakan penyerahan yang sepenuhnya kepada Bapa, tidak mengerjakan sukacita kita dalam Kristus, dan tidak membawa kemuliaan kepada Roh, yang menyertai orang-orang yang menyampaikan kata-kata nubuat serta menulis kitab Allah yang suci itu.

Mempertahankan doktrin kebenaran Kitab Suci mungkin kelihatan seperti kerja suruhan seorang yang bodoh atau semboyan yang memecah-belahkan, tetapi hakikatnya, doktrin itu adalah asas bagi iman kita. Menafikan, tidak menghiraukan, mengubah, menolak, dan mengurangkan apa-apa bahagian dalam firman Allah adalah dianggap sebagai dosa ketidakpercayaan. ―Allah tetap benar biarpun setiap manusia itu pembohong‖ harus menjadi seruan kalbu kita (Rom 3:4). Mencari jalan tengah dengan menganggap beberapa perkara di dalam Alkitab adalah benar, sementara beberapa yang lain (seperti yang kita telah hakimi) adalah tidak benar merupakan sesuatu yang mustahil. Kekristianan yang berkompromi seperti ini, selain membelakangi pemahaman Alkitab itu sendiri, adalah tidak memenuhi jiwa atau telah kehilangan sesuatu tentang Allah yang mereka harus temui. Bagaimana kita dapat percaya kepada Allah yang mampu melakukan perkara yang tidak terbayangkan, mengampuni

(36)

perlanggaran kita, mengampuni dosa-dosa kita, dan memberikan kita harapan dalam kegelapan dunia jika kita tidak dapat mempercayai bahawa Allah yang sama telah menciptakan dunia daripada sesuatu yang kosong, memberikan anak kepada seorang dara, dan membangkitkan Anak-Nya pada hari yang ketiga? J. I. Packer memberi amaran, ―Kita tidak boleh mempersoalkan Alkitab tanpa kehilangan sesuatu, iaitu kebenaran dan kehidupan yang sebenarnya. Jika kita telah melalui pembaharuan jiwa secara spiritual untuk masyarakat, untuk gereja-gereja dan untuk kehidupan kita sendiri, maka kita seharusnya lebih mempercayai Kitab Suci yang tidak ada kesalahan sebagai Firman Allah yang

telah diilhamkan dan membebaskan.‖ 7

Tiada yang Lebih Meyakinkan

F

irman Allah itu benar. Berita baik tentang Yesus Kristus telah

direkodkan dalam fakta-fakta sejarah. Ada seorang lelaki yang lahir dan dibesarkan oleh seorang perempuan di Betlehem. Ribuan orang telah melihat-Nya dan mengenali-Nya. Dia telah melakukan mukjizat yang disaksikan oleh ramai orang. Dia mati, hidup kembali dan muncul di hadapan lebih daripada lima ratus orang saksi (1 Kor. 15:6). Semua orang mengetahui lokasi makam itu dan ianya kosong dan terbuka untuk pemeriksaan. Tiga orang murid telah menjadi saksi mata akan kebesaran-Nya di atas gunung transfigurasi. Mereka telah melihat peristiwa itu, dan memberitahu apa yang mereka serta rakan-rakan mereka telah lihat.

Kita tidak mengikut mitos-mitos. Kita tidak berminat dengan cerita-cerita moral yang baik. Kita tidak dibantu oleh harapan dalam kemungkinan rohani yang kita tahu tidak pernah berlaku dalam sejarah. Perkara-perkara ini berlaku dalam cerita Injil. Allah telah meramalkannya. Dia telah menggenapinya. Dia telah mengilhamkan rekod-rekod bertulis mengenainya. Oleh itu kita harus mempercayainya. Tidak ada mana-mana bahagian dalam Alkitab yang dihasilkan hanya berdasarkan keinginan manusia.

7 J. I. Packer, Truth and Power: The Place of Scripture in the Christian Life (Wheaton, IL:

(37)

Allah memakai manusia untuk menuliskan firman-Nya, tetapi mereka melakukan pekerjaan mereka dengan pimpinan Roh Kudus. Alkitab ialah sebuah buku yang sangat boleh diharapkan, tepat, suci dan ilahi.

Jangan terlepas pandang dakwaan mengejutkan dalam 2 Petrus 1:19. Selepas menulis dengan terperinci mengenai peristiwa-peristiwa menakjubkan di atas gunung transfigurasi, selepas bersusah-payah menerangkan bahawa dia adalah saksi mata untuk perkara-perkara itu, dan selepas berhempas-pulas membuktikan kepada kita bahawa dia sedang mengkhabarkan sebuah kebenaran yang konkrit serta disahkan oleh sejarah, akhirnya Petrus mengatakan bahawa kita kini memiliki ―kata-kata nubuatan yang benar-benar telah dipastikan.‖ Firman Allah memang adalah sangat benar; kesaksian Petrus hanya

mengesahkan apa yang sudah pasti.

Sebahagian sarjana berpendapat bahawa ayat 19 sepatutnya diterjemahkan seperti berikut ―dan kita memiliki sesuatu yang lebih meyakinkan.‖ Jika begitu, Petrus boleh dilihat sebagai mengatakan bahawa kata-kata nubuat Kitab Suci adalah satu kesaksian yang lebih meyakinkan berbanding apa yang telah dilihatnya sendiri ketika peristiwa transfigurasi itu. Dia akan berkata, ―Jika kamu tidak mempercayai mataku, percayalah kepada kata-kata nubuatan. Kitab Suci lebih dapat dipercayai berbanding dengan deriaku.‖ Tetapi jika kita berpegang kepada terjemahan yang ada untuk ayat 19, butir-butir dalam ayat 19-21 tetap tidak berubah. Bagi Petrus, sama ada kata-kata nubuat itu telah dipastikan oleh apa yang telah disaksikannya atau lebih meyakinkan berbanding apa yang dilihatnya, pendapatnya terhadap Kitab Suci tetap sama. Tidak ada pengakuan yang lebih berwibawa daripada apa yang kita temukan dalam firman Allah. Tidak ada dasar yang lebih teguh untuk kita berpijak dan tidak ada lagi hujah terakhir yang dapat dibicarakan selepas Kitab Suci telah berbicara.

Adakah anda berbicara tentang Alkitab seperti rasul-rasul berbicara mengenai Kitab Suci? Anda boleh bermegah mengenai pentafsiran anda tentang Alkitab, tetapi anda tidak boleh

(38)

bermegah dengan pentafsiran Kitab Suci tentang dirinya sendiri. Anda boleh membesar-besarkan kekuasaan anda dalam mengendalikan Kitab Suci, tetapi anda tidak boleh membesar-besarkan kekuasaan Alkitab untuk mengendalikan anda. Anda boleh menggunakan firman Allah untuk mendapatkan satu kesimpulan yang salah, tetapi anda tidak akan dapat menemukan apa-apa kesimpulan yang salah dalam firman Allah.

Anda tidak memerlukan satu lagi wahyu istimewa daripada Allah selain dari apa yang tertulis dalam Alkitab. Anda boleh mendengar suara Allah setiap hari. Kristus masih berbicara, kerana Roh Kudus telah pun berbicara. Jika anda ingin mendengar suara Allah, bacalah kitab yang merekodkan apa yang telah Dia katakan. Selamilah firman Allah. Anda tidak akan menemui apa-apa yang lebih meyakinkan daripada itu.

(39)

Allah telah berfirman pada pelbagai zaman dan dengan aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi. Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya; melalui Anak-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta. Anak itu adalah sinar gemilang kemuliaan Allah dan gambaran sempurna kewujudan-Nya. Dia memelihara segala-segalanya dengan kekuasaan firman-Nya. Setelah menghapuskan dosa kita melalui diri-Nya sendiri, Dia duduk di sebelah kanan Yang Maha Mulia yang bertakhta di syurga. Diri-Nya jauh lebih baik daripada para malaikat; kerana melalui warisan, Dia telah mendapat nama yang lebih cemerlang daripada mereka.

Ibrani 1:1-4

P

ernahkah anda terfikir adakah Alkitab benar-benar mampu

menolong anda dalam masalah anda yang paling besar? Adakah anda bergelut untuk mengetahui apa yang anda ingin lakukan dalam hidup anda, dan berharap supaya anda memperoleh kata-kata yang istimewa daripada Tuhan? Pernahkah anda terfikir bahawa pengajaran Alkitab mengenai seksualiti perlu dikemaskinikan? Pernahkah anda mengharapkan pengung-kapan yang lebih langsung dan peribadi daripada apa yang anda peroleh melalui pembacaan Alkitab yang perlahan-lahan? Pernahkah anda secara diam-diam ingin menambahkan sesuatu

3

Referensi

Dokumen terkait

Terbitnya BUKU MANAJEMEN MASJID yang di susun oleh Dewan Masjid Indonesia (DMI) Kota Padang adalah upaya yang sangat patut kita sambut gembira dan apresiasi dengan mempelajarinya

Berdasarkan uraian tersebut, penelitian ini dilakukan dengan tujuan untuk untuk menganalisis pengaruh kinerja keuangan dan corporate social responsibility (CSR) terhadap

karton pembungkus botol vial tersebut diperlakukan sebagai limbah biasa r 2.3.4.6.7]. Penanganan Limbah

manusia yang berketuhanan di dalam masyarakat yang heterogen. Misalnya dapat diambil ontoh yaitu keinginan seseorang untuk mengabdi kepada )uhan =ang Maha >sa. Moti0asi

Skripsi dengan judul “Pengaruh Model Pembelajaran Kooperatif Tipe Talking Stick Berbantuan Lembar Kerja Siswa (LKS) Terhadap Hasil Belajar Siswa Pada Materi Lingkaran Kelas

Perguruan Islam Mathali’ul Falah Kajen Pati (3) bagaimanakah evaluasi proses program pembelajaran kitab kuning di M.A.. Perguruan Islam Mathali’ul Falah Kajen Pati

dari diskusi ini didapatkan bahwa guru (peneliti) dapat menyampaikan banyak materi dalam waktu singkat, bagi siswa merasa lebih mudah mengingat materi dan

Nama hik bermula pada tradisi malam selikuran (malam ke21) di Keraton Surakarta, pada malam tersebut kota berhiaskan lentera (ting-ting) yang antara lain dibawa para