• Tidak ada hasil yang ditemukan

ALUAN PENGARAH POLITEKNIK MERLIMAU. Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ALUAN PENGARAH POLITEKNIK MERLIMAU. Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

ALUAN PENGARAH

POLITEKNIK MERLIMAU

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tempat untuk menyambung pengajian di Politeknik Merlimau, Melaka (PMM). Adalah diharapkan agar semua pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai

kecemerlangan dalam program yang dipilih seiring dengan misi Politeknik untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia.

Saya amat berharap agar para pelajar baharu dapat menggunakan Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu ini sebagai panduan supaya sesi pendaftaran sebagai warga PMM nanti dapat berjalan dengan baik dan lancar. Akhir kata, saya dan seluruh warga PMM mengalu-alukan kedatangan para pelajar baharu dan mengharapkan agar setiap pelajar menggunakan peluang yang ada bagi mengukir kejayaan sebagai seorang insan yang cemerlang. Akhir kata SELAMAT MAJU JAYA.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

MEJAR (K) ZOLKARNAIN BIN HAJI JOBSHI, AMP Pengarah

Politeknik Merlimau, Melaka

(3)

SELAMAT DATANG

ke POLITEKNIK MERLIMAU

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Tahniah diucapkan kepada semua siswa dan siswi Pelajar Baharu kerana berjaya mendapat tempat pengajian di Politeknik Merlimau, Melaka (PMM). Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki mendaftar diri sebagaimana yang dicetak pada Surat Pendaftaran Pelajar Baharu.

Sila fahami isi kandungan Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu ini dan melengkapkan semua borang-borang pendaftaran yang disertakan. Akhir kata, kami mengalu-alukan kedatangan bakal pelajar baru dan mengharapkan agar perjalanan bersama keluarga ke politeknik ini nanti berada dalam keadaan selamat hendakNya.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Politeknik Merlimau, Melaka

Tel : 06-263 6687

(4)

MAKLUMAT UMUM

Politeknik Merlimau (PMM) merupakan politeknik ke-14 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia terletak di daerah Jasin, 2 km dari pekan Merlimau, 24 km dari bandar Melaka dan 19 km dari bandar Jasin. Politeknik mula beroperasi pada 17 November 2002 dan telah mula mengambil pelajar perintis pada sesi kedua 2002 iaitu 23 Disember 2002. PMM telah beroperasi sepenuhnya dan menjadi salah satu nukleus yang penting kepada Merlimau.

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang unggul dalam menjana modal insan berkualiti, transformatif dan berdaya saing di peringkat global.

MISI

Mentransformasikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional untuk melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

1. Menyedia dan melengkapkan prasarana yang kondusif berteraskan teknologi hijau.

2. Memperkasakan organisasi melalui warga kerja yang komited, kompeten, passionate dan profesional.

3. Membudayakan kecemerlangan dan pemantapan rohani bagi pembentukan jati diri dan daya saing pelajar di peringkat global.

4. Melebarkan Jaringan Industri-Akademia-Komuniti melalui Perkongsian Pintar untuk meningkatkan ilmu dan kebolehpasaran graduan

(5)

PERINGATAN

Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarya agar proses pendaftaran anda dapat berjalan dengan lancar dan memulakan pengajian anda di politeknik dengan selesa. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara tersebut di bawah tidak dipatuhi dan mengemukakan maklumat palsu.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga berhak menarik balik tawaran tempat pengajian di PMM sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke politeknik.

(6)

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Pembayaran yuran perlu dibuat di Bank Islam Malaysia Berhad mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh PMM. Pembayaran yuran menggunakan cek mestilah dibayar kepada KOPERASI POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA BERHAD.

Pelajar yang mendapat tawaran asrama TIDAK DIBENARKAN membawa kenderaan sendiri.

Pelajar TIDAK DIBENARKAN bertukar PROGRAM.

Semua dokumen berikut MESTILAH DITANDATANGANI pelajar, ibubapa/penjaga dan *saksi 1. Borang HEP 1 : Borang Maklumat Peribadi Pelajar

2. Borang HEP 2 : Laporan Pemeriksaan Doktor

(Pemeriksaan Perubatan dicop dan ditandatangani oleh Doktor Perubatan Kerajaan/Swasta yang SAH. Pihak kami TIDAK menanggung sebarang kos pemeriksaan tersebut. Filem X-Ray TIDAK PERLU disertakan)

3. Borang HEP 3 : Kebenaran IbuBapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan 4. Borang HEP 4 : Ikrar Pelajar dan Lepas

Tanggung 5. Borang HEP 5 : Akuan Pelajar 6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar

Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar.

 Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum

(7)

PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a. Semakan dokumen asal akan dilaksanakan pada hari pendaftaran. Anda MESTI membawa dokumen asal seperti yang diminta oleh pihak PMM. Pendaftaran akan DITOLAK sekiranya anda gagal menunjukkan dokumen-dokumen tersebut dan terdapat PERCANGGAHAN maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke politeknik.

b. Lengkapkan semua borang yang terdapat di dalam Panduan Pendaftaran ini sebelum pendaftaran. (sila turunkan TANDATANGAN anda, ibu/bapa/penjaga dan saksi).

c. Bayaran Yuran Pengajian, Yuran Asrama dan Yuran Pendaftaran TELAH DIBAYAR di bank menggunakan kaedah pembayaran seperti yang dinyatakan. Jumlah bayaran seperti yang ternyata di dalam Jadual Kutipan PMM.

Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama SURAT PENGESAHAN PENAJAAN (SURAT ASAL) semasa mendaftar.

Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran.

RUPA DIRI SEMASA PENDAFTARAN

PAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR LELAKI

Baju Baju kemeja PUTIH, bertali leher, berlengan panjang atau pendek.

Seluar Seluar “slack” panjang warna HITAM

Kasut  Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstokin.

 Kasut berladam logam yang berbunyi bising adalah DILARANG.

Rambut  Rambut pendek dan kemas.

 Rambut berfesyen seperti “afro”, “punk”, berekor dan diwarnakan DILARANG.

 Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama.

(8)

Perhiasan Sebarang bentuk perhiasan DILARANG melainkan cincin yang tidak keterlaluan.

Cincin emas dilarang.

PAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR PEREMPUAN

Baju  Berbaju kurung PUTIH yang menutup aurat (pelajar Islam), bersih, kemas dan sopan.

 Berkain HITAM dan bertudung HITAM bagi yg muslim.

Kasut  Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat (kasut HITAM bertumit tidak melebihi 2½ inci) dan bertutup.

 Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising DILARANG.

Rambut  Hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.

 Dilarang berambut seperti “afro”, “punk”, berekor dan diwarnakan.

Perhiasan  Tidak digalakkan memakai barang kemas. Perhiasan yang berlebihan DILARANG.

 Mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan DILARANG.

Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan bersopan.

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

(9)

KEMUDAHAN KAMSIS / PENGINAPAN

Kemudahan kamsis adalah terhad dan ditawarkan untuk satu semester sahaja.

Pelajar Kamsis hendaklah membawa dua (2) helai kain selimut, dua (2) helai kain cadar single bed dan dua (2) sarung bantal 60cm x 40cm dan bantal sendiri. Peralatan elektrik yang dibenarkan di kamsis: Komputer, pencetak, telefon bimbit dan kalkulator.

Pelajar Kamsis boleh membeli makanan dan minuman di kafeteria. Dianggarkan RM5.00 hingga RM10.00 sehari diperlukan untuk perbelanjaan makan.

Semester seterusnya, anda perlu mengatur sendiri penginapan anda jika tidak ditawarkan kamsis. Terdapat rumah sewa di persekitaran politeknik dengan anggaran kadar sewa sekitar RM300 – RM1,000. Jenis sewaan pula ialah sebuah rumah atau dikira mengikut kepala (kadarnya RM 80-100/orang).

BANTUAN KEWANGAN

Maksud bantuan kewangan (peringkat diploma) adalah:- i. Pinjaman Pengajian – perlu membayar balik

ii. Biasiswa Pengajian - tidak perlu bayar balik (tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian) iii. Bantuan Khusus Pengajian – Tidak perlu bayar balik seperti contoh pelajar OKU, pelajar

miskin/fakir, MARA (ibu/bapa berkhidmat dengan MARA), orang asli dan sebagainya.

Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain. Pelajar perlu menampung sendiri segala perbelanjaan yang diperlukan sepanjang pengajian.

Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (jika layak) memohon biasiswa/pinjaman dari Yayasan Negeri masing-masing sebelum mendaftar diri di PMM. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran ke politeknik untuk tujuan tersebut. Pelajar-pelajar yang layak juga boleh memohon daripada Tabung Kebajikan Bekas Perajurit dan Tabung Kebajikan Bekas Polis.

Sila buat salinan Surat Tawaran PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU untuk memohon pinjaman @ bantuan kewangan @ biasiswa.

(10)

A. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) KAEDAH PERMOHONAN PTPTN (SECARA ONLINE)

1. Pemohon hendaklah memohon pinjaman PTPTN secara online melalui laman web pinjaman online di alamat: http://www.ptptn.gov.my/gateway/

2. Sebelum membuat permohonan secara online, pemohon perlu mendapatkan maklumat terperinci di laman web http://www.ptptn.gov.my/gateway/

3. Pelajar-pelajar Politeknik Merlimau yang memohon dikehendaki untuk meletakkan nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad. Garis panduan permohonan online seperti di laman web http://www.ptptn.gov.my/

B. Lain-Lain Agensi Yang Menawarkan Bantuan Kewangan

Senarai agensi penajaan / biasiswa boleh merujuk web di alamat http://www.moe.gov.my/v/penajaan-SPT

C. Bantuan Kewangan (Katogeri Fakir / Miskin)

Pelajar yang telah sedang mengikuti pengajian boleh memohon bantuan kewangan di agensi-agensi yang menghulurkan khidmat bantuan kewangan seperti Lembaga Zakat Negeri / Majlis Agama Islam Negeri. Pemohon boleh merujuk kepada agensi berkenaan mengikut negeri tempat tinggal. Pemohonan adalah tertakluk kepada syarat- syarat oleh agensi yang berkenaan.

D. Bantuan Kewangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

Semakan lanjut boleh lawati laman web http://www.jakoa.gov.my/web/guest/program- bantuan-pendidikan

(11)

E. Biasiswa

Pelajar boleh memohon biasiswa daripada agensi-agensi awam/swasta. Pemohon adalah terdiri daripada mereka yang telah melepasi peperiksaan semester satu dalam tempoh pengajian di Politeknik dan mendapat keputusan yang cemerlang (CGPA yang tinggi – bergantung kepada syarat-syarat agensi yang menawarkan biasiswa)

 Secara umumnya pinjaman dari mana-mana agensi Yayasan Negeri tidak dikenakan caj faedah untuk bayaran balik, manakala PTPTN mengenakan caj faedah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun semua agensi yang menawarkan khidmat pinjaman tertakluk kepada syarat- syarat perjanjian mengikut kepada sebarang perubahan semasa agensi tersebut. Pemohon boleh menyemak dengan agensi yang berkaitan melalui laman web / telefon terus dengan agensi tersebut.

(12)

PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK MERLIMAU

Koordinat GPS : N 2°10'6" E 102°25'38"

(13)

TATACARA PROSES PENDAFTARAN

1 • Terima Surat Panggilan Mendaftar

2

• Muat turun Buku Panduan Pendaftaran

Borang HEP 1 – HEP 6

3

• Membuat pembayaran yuran di Bank Islam Malaysia Berhad

4

• Membuat pendaftaran online di http://www.pmm.edu.my/jhep/

5

• Mendaftar di politeknik

(Rujuk Tentatif Hari Pendaftaran)

(14)

CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN

(15)

TENTATIF HARI PENDAFTARAN (15 JUN 2014 | AHAD)

MASA AKTIVITI

7.30 pagi - 8.00 pagi Persediaan lalulintas & parkir

Ketibaan Pelajar & Ibu bapa / penjaga 8.00 pagi - 10.30 pagi PENDAFTARAN KAMSIS

a) Terus ke lobi Blok mengikut tawaran b) Ambil kunci dan bergerak ke Bilik Kamsis 10.30 pagi - 12.30 tgh TAKLIMAT IBUBAPA

Ibubapa/Penjaga dijemput ke KHEMAH IBU BAPA menghadiri sesi bersama Pengarah PMM, Mejar (K) Zolkarnain Bin Haji Jobshi A.M.P

12.30 tgh - 2.00 petang Rehat/Solat Zohor di Pusat Islam PMM.

Ibubapa/Penjaga meninggalkan kampus

PEMBAYARAN YURAN

Semua bayaran perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran. Calon yang tidak menjelaskan yuran TIDAK AKAN didaftarkan. Semua pembayaran yang telah dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda menarik diri atau berhenti daripada Politeknik Merlimau.

Calon yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama semasa mendaftar salinan asal surat pengesahan penajaan. Calon perlu menjelaskan semua pembayaran walaupun mendapat tajaan. Pihak PMM akan membuat tuntutan kepada agensi berkenaan dan akan mengembalikan semua tuntutan yang diterima daripada agensi kepada pelajar.

JUMLAH BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN

Terdapat 3 jenis yuran yang perlu dijelaskan sebelum Hari Pendaftaran iaitu : 1. Yuran Pengajian

2. Yuran Asrama 3. Yuran Pendaftaran

(16)

Bil Jenis Yuran Kaedah Bayaran Jumlah Bayaran Maklumat Akaun 1. Yuran

Pengajian a) Pindahan wang mesin ATM ATAU

b) Cash Deposit Machine (CDM)

ATAU

c) Perkhidmatan Perbankan Internet Bank Islam

RM 200.00 No. Akaun BIMB : 16018010017541 Nama akaun:

POLITEKNIK KPT

2. Yuran Asrama

** jika ditawarkan asrama

a) Pindahan wang mesin ATM ATAU

b) Cash Deposit Machine (CDM)

ATAU

c) Perkhidmatan Perbankan Internet Bank Islam

RM 60.00

** jika ditawarkan asrama

No. Akaun BIMB : 16018010017541 Nama akaun:

POLITEKNIK KPT

3. Yuran

Pendaftaran a) Pindahan wang mesin ATM ATAU

b) Cash Deposit Machine (CDM)

ATAU

c) Perkhidmatan Perbankan Internet Bank Islam d) Bayaran di kaunter bank ATAU

Pelajar lulusan SPM / Kolej Komuniti 6 semester RM 550.00 (Tawaran Asrama) atau

RM 530.00 (Tidak ditawarkan asrama) ATAU

Pelajar lulusan politeknik/kolej komuniti 4 semester RM 520.00 (Tawaran Asrama) atau

RM 500.00 (Tidak ditawarkan asrama)

No. Akaun BIMB : 4033010011919 Nama akaun:

KOPERASI POLITEKNIK MERLIMAU BERHAD

(17)

PANDUAN PEMBAYARAN

1. Bayaran di mesin ATM BIMB :

1. Lain-lain

2. Pembayaran Bil/Yuran IPT 3. Yuran IPT

4. Masukan NO KAD PENGENALAN pelajar 5. Pilih bil. bayaran yuran

6. Masukkan amaun yang betul 7. Transaksi selesai, ambil resit

2. Bayaran Perbankan Internet di laman web http://www.bankislam.com.my : 1. Klik logo "Internet Banking Login" dan tekan

butang "ok" pada "Security Alerts".

2. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam

3. Pilih "Bill Presentment" pada menu "Bill Payment"

4. Pilih “Politeknik KPT” pada senarai payee corporation

5. Masukkan “No Kad Pengenalan” pada ruang IC/Passport number dan klik "next"

6. Klik “select” pada bill reference untuk paparan maklumat pembayaran

7. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih "source account" yang hendak di debitkan dan masukkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik "pay"

8. Maklumat bayaran dipamirkan untuk tujuan verifikasi. Klik ‘Confirm’ untuk pengesahan pembayaran

9. Cetak pengesahan pembayaran sebagai bukti pembayaran

(18)

3. Bayaran Cash Deposit Machine :

Untuk Yuran Pengajian & Yuran Asrama 1. Pilih menu Yuran IPT

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pelajar 3. Pilih POLITEKNIK KPT

4. Sahkan data dan masukkan wang 5. Sahkan jumlah kemasukan wang 6. Transaksi selesai dan ambil resit Untuk Yuran Pendaftaran

1. Pilih menu Yuran IPT

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pelajar 3. Pilih YURAN PELBAGAI

4. Pilih PMM

5. Sahkan data dan masukkan wang 6. Sahkan jumlah kemasukan wang 7. Transaksi selesai dan ambil resit

Berikut adalah contoh slip pembayaran berjaya dan gagal:

Nama & No KP dipaparkan

Nama & No KP dipaparkan

Nama & No KP TIDAK dipaparkan

(19)

4. Bayaran (Yuran Pendaftaran sahaja) melalui kaunter bank :

PERHATIAN:

Pastikan setiap urusan pembayaran diwajibkan memasukkan No Kad Pengenalan pelajar.

Simpan semua slip pembayaran yuran untuk rujukan di masa hadapan. Sila bawa bersama semasa pendaftaran.

AGIHAN YURAN PENDAFTARAN

 Program Minggu Haluan Siswa (makan & cenderamata)

 Programme handbook

 Buku Panduan Pelajar

 Smartcard

 Barang Keperluan Aktiviti Pelajar

 Majlis Perwakilan Pelajar

 Aktiviti Pelajar

 Pembangunan Diri

 Aktiviti Jabatan JKA, JKE, JKM, JPH, JP, JPA dan JMSK

 Kerohanian (Muslim/Non-Muslim)

 Majlis Sukan Politeknik

 Aktiviti Pelajar Asrama

 Yuran keahlian dan saham koperasi

 Insurans pelajar

 Aktiviti Psikologi & Kerjaya

 Buku ITD

(20)

SENARAI SEMAK

BIL PERKARA

1. Salinan surat tawaran program pengajian (surat dari Jabatan Pengajian Politeknik) 2. Salinan surat panggilan Pendaftaran Pelajar Baharu

(surat dari Politeknik Merlimau)

3. Borang HEP1, HEP2, HEP3, HEP4, HEP5 dan HEP6 4. Resit bayaran Yuran Pengajian

5. Resit bayaran Yuran Asrama 6. Resit bayaran Yuran Pendaftaran

7. Membuat pendaftaran online di http://www.pmm.edu.my/jhep/

8. Mencetak Slip Pendaftaran Online

9. Sijil / Slip SPM asal (calon lulusan SPM) ATAU

Sijil Asal Modular (calon lulusan Kolej Komuniti) 10. 6 keping gambar paspot

11. Pakaian secukupnya sepanjang Minggu Haluan Siswa

(21)

SELAMAT MENDAFTAR

JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR POLITEKNIK MERLIMAU

KB1031, Pejabat Pos Merlimau 77300 Merlimau, Melaka

Tel : 06-263 6687 E-mel : jhep@pmm.edu.my Web : www.pmm.edu.my/jhep/

Referensi

Dokumen terkait

Pastikan semua borang pendaftaran (HEP1 – HEP6) telah dilengkapkan sebelum mendaftar dan hendaklah diserahkan semasa pendaftaran. Calon hanya akan didaftarkan sebagai pelajar

2.2 Bayaran melalui bank hendaklah dilakukan sebelum datang ke POLISAS dan semua salinan Slip Pembayaran perlu dibawa semasa hari pendaftaran sebagai bukti

Tuntutan bagi Bayaran Yuran Pengajian dan Asrama boleh dibuat melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Merlimau dan akan dipanjangkan kepada Bahagian

Malaria adalah penyakit infeksi menular yang disebabkan oleh parasit dari genus Plasmodium, yang ditularkan melalui gigitan nyamuk anopheles

Metode pill count pada penelitian ini mengukur kepatuhan dengan menghitung jumlah obat dalam jangka waktu pendek sesuai jarak kunjungan ke rumah pasien yang

Yuran Asrama / Bayaran Pelbagai di Bank Islam (M) Berhad Pihak Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran

2.2.1.1 Semua pelajar kanan siswazah yang tidak berpenaja wajib menjelaskan semua bayaran yang telah ditetapkan selewat-lewatnya sebelum atau pada hari

Calon pelajar pada Sesi I 2021/2022 tidak perlu membuat bayaran yuran asrama sehingga kehadiran fizikal pelajar ke Politeknik Merlimau yang akan dimaklumkan kemudian..