• Tidak ada hasil yang ditemukan

Lukisan Meningkatkan Tahap Holistik Kana

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Lukisan Meningkatkan Tahap Holistik Kana"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Lukisan Meningkatkan Tahap Holistik Kanak-Kanak

Oleh: Noorfarahin Bt Muhamad Fadzil.

PENGENALAN

Melukis merupakan satu perkara yang sangat disukai oleh kanak-kanak malahan ada yang meneruskan minat ini sehingga mereka dewasa. Setiap orang dikurniakan dengan bakat melukis. Garisan atau titik-titik sahaja sudah menunjukkan seni lukisan. Melukis dan lukisan adalah dua perkara yang berbeza. “Melukis” merujuk kepada aktiviti seseorang individu yang sedang melakar suatu bentuk pada kertas, papan, kain atau lain-lain manakala “lukisan” adalah aktiviti melukis yang menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan kesan bentuk, rupa pada suatu permukaan. Betti dan Sale 1997 menyatakan umumnya lukisan mempunyai empat kepentingan iaitu sebagai tujuan penyelidikan dan kajian untuk melihat suatu peristiwa yang sebenar, tujuan untuk merakam suatu peristiwa, tujuan sebagai alat komunikasi dalam mencari idea yang terbaik, dan seterusnya sebagai data yang menyimpan pelbagai memori kepada pelukis untuk menghasilkan karya yang terbaik.

Melukis akan membantu kanak-kanak memperkembangkan kepekaan dan pengamatan dalam lukisan. Hal ini disokong oleh Kellogs (1967) yang menjelaskan bahawa seni memainkan peranan penting dalam perkembangan holistik kanak-kanak. Aktiviti seni akan memberi pelbagai faedah kepada kanak-kanak. Seni yang dihasilkan akan menunjukkan pemikiran setiap kanak-kanak. Maka keseluruhannya aktiviti seni akan merangsang perkembangan holistik seseorang kanak-kanak tersebut. Perkembangan holistik ini merangkumi perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) bagi setiap individu yang terlibat terutamanya kanak-kanak.

PERKEMBANGAN LUKISAN

Aktiviti melukis dapat memperkembangkan kemahiran fizikal kanak-kanak. Proses melukis bentuk atau gambar mempunyai hubungan dengan perkembangan motor halus kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak menggunakan jari tangan untuk melukis. Sekiranya seseorang kanak-kanak itu

mempunyai pengawalan yang baik dalam penggunaan jarinya maka ia akan membantu kanak-kanak menulis dan melukis sesuatu gambar dengan lancar, betul dan cantik.

Melukis juga dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. Aktiviti seni yang tersusun dan mempunyai perancangan yang baik akan melahirkan kanak-kanak yang berupaya menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian bijak. Secara tidak langsung aktiviti seni akan

(2)

bentuk lukisan kerana ketika itu mereka akan berfikir dari segi bentuk lukisan, aplikasi ruang, bahan dan warna yang diperlukan, bilangan garisan dan sebagainya.

Aktiviti melukis ini dapat meningkatkan tahap kognitif dan sosial apabila berlaku komunikasi dan interaksi antara guru dan kanak-kanak ataupun sesama kanak-kanak. Mereka akan berbincang dan semasa sesi bimbingan oleh guru akan berlakunya komunikasi dua hala. Perkembangan kognitif kanak-kanak akan menggalakkan perkembangan lain iaitu kemahiran menjana idea dan berfikir secara kreatif, manakala aspek sosial dikembangkan melalui pergaulan, sikap dan kerjasama ketika aktiviti melukis dijalankan.

Aktiviti melukis juga akan mencungkil bakat kreativiti dalam diri individu dan bakat ini boleh dimulakan sejak umur kanak-kanak lagi. Mengikut Torrance (1979), kreativiti dapat

diperkembangkan melalui aspek kelancaran, fleksibiliti, kejelasan dan keaslian. Aspek-aspek ini boleh diaplikasikan semasa aktiviti melukis dan hasilnya dapat diteliti secara jelas. Kreativiti ini akan membawa impak positif kepada semua golongan masyarakat seperti kanak-kanak, ibu bapa, guru dan masyarakat dalam menjana potensi yang maksima.

Perkembangan emosi turut terlibat apabila adanya aktiviti melukis. Kanak-kanak akan cuba

menterjemahkan atau mengekspresikan emosi mereka melalui lukisan. Terdapat kanak-kanak yang sangat meminati aktiviti melukis kerana golongan ini akan berasa sangat gembira dengan aktiviti tersebut. Perkembangan emosi kanak-kanak akan berlaku dengan sihat melalui aktiviti melukis.

Lowenfeld dan Britain (1982) menyatakan bahawa terdapat enam tahap perkembangan lukisan kanak-kanak bermula peringkat umur 2 hingga 14 tahun.

PENUTUP

(3)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan nilai estimasi koefisien jalur dan nilai thitung pengaruh langsung kepribadian terhadap kinerja kepala sekolah meskipun tidak terlalu tinggi sebesar 0,143

Kegiatan telah dilaksanakan dengan anggaran sebesar Rp.. 41 | Jumlah kabupaten/kota yang mendapat pembinaan tentang klinik B.2. INDIKATOR KINERJA TUPOKSI. Indikator Kinerja

Anak-anak mengabsorbsi timbal lebih banyak dari orang dewasa dan lebih rentan sehingga dapat terjadi efek keracunan pada kandungan timbal yang rendah dalam

Tujuan penelitian ini : 1) menganalisis dan menguji kontribusi pola asuh orang tua terhadap hasil belajar matematika, 2) menganalisis dan menguji kontribusi lingkungan

Pembentukan Modal Tetap Domestik Bruto a5. Mesin dan Perlengkapan Dalam

Suatu sektor dikatakan mempunyai daya penyebaran yang tinggi jika pertumbuhan sektor-sektor tersebut mempengaruhi sektor-sektor lainnya, sehingga dapat pula

Budidaya eceng gondok dapat memberi beberapa manfaat, yaitu: (1) dapat menyerap kandungan logam Pb dan Cd; (2) sebagai bahan biogas untuk menghasilkan 3.425 MW

Di rumah sakit, didalam triase mengutamakan perawatan pasien berdasarkan gejala. Perawat triase menggunakan ABCD keperawatan seperti jalan nafas, pernapasan dan