• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dengan merujuk kepada model CIP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Dengan merujuk kepada model CIP"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Mohd Zachary Ali bin Othman 208108

Dengan merujuk kepada model CIP , bincangkan perkara yang perlu ada dalam individu mengikut 3 peringkat CIP.

Model CIP ialah satu cara untuk menerangkan proses seorang individu dalam menentukan keputusan tentang kerjayanya. Ia menerangkan tentang proses-proses yang diambil oleh seorang individu dalam menentukan keputusan kerjaya beliau. Model yang berberbentuk piramid ini menerangkan tingkat pembuatan keputusan seseorang. Ia digambarkan seperti berikut.

Model Career Information Processing

Penilaian terhadap keputusan yang dibuat

Proses pembuatan keputusan

Pengetahuan tentang kemampuan diri Kefahaman dan pengetahuan tentang

kerja dan cabarannya

Secara umumnya melalui model CIP, ia dapat diterangkan dan dibahagikan kepada lapan andaian berkenaan model tersebut. Lapan andaian tersebut merupakan langkah pemprosesan maklumat oleh individu dalam menentukan hala tuju arah kerjayanya. Melalui Lapan andaian tersebut pada pendapat saya, apa yang diperlukan oleh individu dalam proses menentukan dan membuat keputusan kerjaya adalah minat, maklumat, kemahiran menganalisis, motivasi dan berfikiran positif.

Minat merupakan perkara utama dalam proses pemilihan kerjaya seseorang individu. Kurangnya minat dalam sesuatu kerjaya akan menyebabkan individu

GMGM 3063 Pengurusan Kerjaya

MAKLUMAT DIRI SENDIRI MAKLUMAT KERJAYA (SELF-KNOWDLEDGE) (OCCUPATIONAL KNOWDLEDGE)

MAKLUMAT TAMBAHAN DAN PEMPROSESAN MAKLUMAT (GENERIC INFO AND PROSESSING SKILL)

(2)

Mohd Zachary Ali bin Othman 208108

tersebut mengalami laluan kerjaya yang membosankan dan mengurangkan peluang untuk meningkat dalam laluan kerjayanya. Seseorang yang mempunyai minat yang tinggi dalam bidang perguruan pasti dapat mengharungi cabaran-cabaran dalam kerjaya perguruan dengan mudah. Namun sekiranya individu itu tidak mempunyai minat dalam sesuatu kerjaya itu, maka pastinya cabaran-cabaran itu akan dilihat sebagai suatu perkara yang besar dan sukar untuk diharungi.

Individu yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu kerjaya juga pastinya akan mengumpulkan maklumat-maklumat yang berguna dalam membuat keputusan laluan kerjayanya. Maklumat-maklumat ini amat berguna dalam proses pembuatan keputusan kerana ia akan memberikan gambaran tentang cabaran yang bakal dihadapi atas pilihan individu tersebut. Ia juga membantu menajamkam kemahiran menganalisis individu tersebut untuk membuat keputusan yang lebih baik. Kemahiran menganalisis individu ini dalam Model CIP bermula dengan komunikasi yang mana individu tersebut mengenalpasti apakah masalah yang wujud dalam pilihan tersebut. Setelah itu, proses analisis akan bermula untuk mencari punca sebenar kewujudan masalah tersebut. Kemudiannya, proses sintesis akan berlaku dimana individu tersebut akan mencari penyelesaian untuk masalah tersebut dan kemudian menilai kewajaran pilihan tersebut kepada individu. Peringkat ini dinamakan pernilaian. Ini kemudiannya akan diteruskan kepada peringkat perlaksanaan dimana inidividu akan bertindak atas pilihan-pilihan yang telah diperolehi.

Motivasi dan cara berfikir adalah penting pada peringkat tertinggi dalam Model CIP. Ia membantu individu tersebut untuk terus berada dalam landasan yang betul pada pilihannya. Ia juga adalah penentu pencapaian individu tersebut dalam laluan kerjayanya. Individu yang kurang bermotivasi akan mudah untuk berfikiran negatif mengenai cabaran-cabaran yang mendatang.

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini menunjukkan bahwa kerang bulu jantan dan betina selama penelitian mengalami perkembangan gonad pada bulan Februari dan Maret dan siap untuk

Dalam tahap implementasi sistem ini penulis akan memaparkan hasil penelitian ini yaitu aplikasi pengenalan merek minuman kaleng menggunakan metode K-Means dengan

(f) Saya dengan ini memberi persetujuan dan kebenaran kepada pihak Bank untuk memproses maklumat peribadi saya dan menzahirkan apa-apa maklumat berkaitan permohonan ini kepada

antara metode dan metodologi tersebut dikemukakan oleh Baley ( 1987:32-33) sebagai berikut :Metodologi penelitian, dengan demikian, sebenarnya tidak terlepas dari

Dalam rangka mewujudkan pelayanan kesehatan yang berkualitas demi peningkatan kualitas kesehatan penduduk Indonesia, dibutuhkan upaya nyata dalam memperbaiki

Dengan pendekatan komponen sistem dapat didefenisikan sebagai kumpulan komponen yang saling berhubungan satu dengan yang lainnya membentuk satu kesatuan untuk mencapai

Dengan harapan dapat memberikan gambaran, bahwa sebenarnya sebagian besar masyarakat muslim Indonesia yang mengakui bermazhab Syafi’i, ternyata dalam praktik

(b) Calon Persendirian Individu dikehendaki mendapatkan maklumat tentang pendaftaran ujian MUET melalui portal MPM dan merujuk kepada Manual Calon Persendirian