• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah Melayu Antara Fakta dan Mitos SJ

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah Melayu Antara Fakta dan Mitos SJ"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Karya Melayu merupakan penulisan berkaitan sejarah Tanah Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka yang mengisahkan tentang segala rentetan sejarah negara kita pada suatu ketika dahulu. Karya-karya Melayu seperti Sulalatus Salatin, Misa Melayu, Hikayat Abdullah dan Tuhfat al- Nafis merupakan antara karya melayu yang sungguh popular yang digunakan oleh para penyeledik semasa membuat kajian terhadap sejarah tanah melayu pada hari ini. Nama-nama seperti Tun Sri Lanang, Raja Ali Haji dan sebagainya sememangnya tidak asing lagi bagi kita pada hari ini jika berbicara tentang karya-karya sejarah. Kita patut bersyukur kerana mempunyai tokoh-tokoh tersebut yang sudi bertungkus lumus mencatat, menyelidik dan membukukan segala rentetan sejarah tanah melayu suatu ketika dahulu agar anak-anak mereka pada zaman ini tidak melupakan sejarah asal usul tanah melayu. Kita umum mengetahui bahawa karya-karya Melayu yang ditulis oleh tokoh-tokoh seperti Tun Sri Lanang, Raja Ali Haji dan sebagainya mengandungi unsur-unsur fakta dan mitos dalam penulisan mereka. Kedua-dua unsur tersebut melengkapkan karya-karya Melayu menjadi sebuah karya yang menarik untuk dibaca disebabkan oleh gaya penulisan klasik yang sungguh kreatif.

(2)

dahulu.Manakala, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), fakta ditakrifkan sebagai sesuatu peristiwa atau perkara yang benar-benar yang berlaku yang dapat dibuktikan oleh peredaran masa, kajian, individu dan sebagainya.

2.0 KARYA-KARYA MELAYU YANG WUJUD SEJAK ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Terdapat beberapa karya melayu yang wujud sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Antaranya ialah seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Abdullah, Misa Melayu dan sebagainya. Karya-karya tersebut menceritakan segala peristiwa yang berlaku antara negeri-negeri Melayu seperti Melaka, Perak, Johor dan sebagainya sama ada dari segi salasilah pemerintah negeri, kisah-kisah rakyat, dan sebagainya. Bagi Sulalatus Salatin, karya tersebut merupakan karya yang dikarang oleh Tun Sri Lanang yang menceritakan tentang sejarah pembukaan kota Melaka dan seterusnya menceritakan jurai keturunan raja-raja yang memerintah kota Melaka suatu ketika dahulu iaitu bermula daripada zaman pemerintahan Sultan Zulkarnain sehinggalah ke zaman Sultan Alaudin Riayyat Shah. Selain itu, terselit juga kisah-kisah tentang cara hidup masyarakat dahulu yang menganggap pemerintah sebagai berkuasa mutlak serta kisah-kisah rakyat yang boleh kita jadikan sebagai panduan pada hari ini.

(3)

Di samping itu, Hikayat Abdullah Munsyi merupakan suatu karya penulisan yang berbentuk autobiografi yang ditulis oleh Abdullah Munsyi sendiri pada tahun 1849. Hikayat Abdullah menceritakan pandangan Abdullah Munsyi sendiri terhadap masyarakat Singapura dan juga Melaka pada suatu ketika dahulu di samping terselit kisah-kisah rakyat pada zaman tersebut. Dalam penulisan Abdullah tersebut, beliau lebih memfokuskan kepada cerita-cerita yang berkaitan pemimpin negeri Singapura iaitu Stamford Raffles kerana pada ketika itu beliau bekerja di bawah Stamford Raffles sebagai jurubahasa dan penterjemah kepada Raffles dan pegawai-pegawai Inggeris yang lain. Disebabkan oleh hal demikianlah, Abdullah Munsyi dikatakan sebagai pembelot dan berat sebelah kerana sering kali memuji kehebatan dan kewibawaan Raffles dalam penulisannya dan telah mengetepikan sumbangan kaum Melayu.

(4)

3.0 UNSUR MITOS DALAM KARYA SEJARAH MELAYU

Umum mengetahui bahawa mitos merupakan unsur dongeng ataupun fantasi yang digunakan oleh pengarang semasa mengarang sesuatu karya penulisan. Walaupun unsur mitos merupakan suatu unsur yang tidak logik akal, namun ianya sering digunakan oleh pengarang dalam penulisan mereka dan seolah-olah peristiwa tersebut adalah benar-benar berlaku. Menurut Norazimah Zakaria et.al (n.d), sastera sejarah terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian yang bersifat mitos dan dongeng serta bahagian yang bersifat fakta. Bagi bahagian yang bersifat mitos, ianya adalah lebih menumpukan kepada asal usul raja bagi sesebuah negara, asal usul negeri dan sebagainya. Manakala, bahagian yang bersifat fakta pula pengarang akan cuba untuk menerangkan sesuatu peristiwa yang bersejarah atau mengenai tokoh-tokoh yang pernah hidup dan wujud dalam sejarah.

Dalam konteks Sulalatus Salatin atau lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu, unsur-unsur mitos yang terdapat dalam penulisan tersebut sedikit sebanyak adalah dipengaruhi oleh faktor agama yang dianuti oleh rakyat pada zaman kesultanan Melayu Melaka iaitu agama Hindu Buddha dan Animisme. Hal ini demikian kerana, semasa awal zaman kesultanan Melayu Melaka, agama Hindu Buddha dan animisme merupakan agama yang dianuti oleh rakyat di kota Melaka pada ketika itu. Oleh itu, unsur mitos yang digunakan oleh Tun Sri Lanang semasa mengarang Sejarah Melayu sedikit sebanyak berkait dengan realiti kehidupan masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Kita menolak perkaitan unsur mitos dengan agama Islam kerana dalam ajaran agama Islam tidak digalakkan untuk bercerita tentang kisah-kisah lagenda serta fantasi dan ianya menyeru umatnya agar berpijak di bumi yang nyata. Oleh itu, unsur mitos dalam karya Sejarah Melayu boleh dibahagi kepada empat aspek iaitu mitos kekuasaan raja, mitos penyebaran agama Islam, mitos pembukaan negeri Melaka dan mitos lain-lain yang berkaitan kehidupan seharian rakyat Melaka.

3.1 Unsur Mitos Kekuasaan dan Asal Usul Raja

(5)

semata-mata untuk mengangkat martabat serta keistimewaan yang dimiliki oleh raja-raja Melaka supaya digeruni oleh penduduk-penduduk di luar kota Melaka. Tun Sri Lanang mengisahkan bahawa asal usul raja-raja Melayu adalah daripada keturunan Raja Iskandar Zulkarnain:

“Diceritakan salah seorang anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain yang bernama Raja Suran masuk ke dalam laut dan mengahwini seorang puteri yang bernama Puteri Mahtabul Bahri dari

negeri Barsam. Melalui perkahwinan ini, Raja Suran dikurniakan tiga orang anak iaitu Nila Utama, Nila Pahlawan dan Kerisyna Pandita. Ketiga-tiga orang putera ini telah keluar daripada

negeri bawah laut dan pergi naik ke bumi serta turun ke bukit Si Guntang Mahameru. Di sini, mereka telah bertemu dengan Wan Empuk dan Wan malini dan mereka telah dikahwini dengan

Nila Pahlawan dan Kerisyna Pendita. Sementara Niala Utama (sang sapurba) mengahwini anak Demang Lebar daun setelah mengadakan waad antaranya”

(A. Samad Ahmad, 1978:3)

Selain itu, untuk mengangkat martabat raja-raja Melayu Melaka, Tun Sri Lanang turut mengaitkan raja-raja Melaka dengan konsep “Tulah”. Tulah bermaksud malapetaka ataupun balasan yang akan membinasakan diri sendiri. Dalam konteks Sejarah Melayu, Tun Sri Lanang menceritakan bahawa semasa raja diusung ke masjid untuk menunaikan solat jumaat, rakyat biasa berasa takut untuk melihat atau mengintai raja sehingga menyembunyikan diri di kawasan yang terlindung kerana kuatir akan mendapat tulah. Melalui penulisan ini, walaupun ianya nampak seolah-olah benar namun ianya sekadar gaya penulisan Tun Sri Lanang untuk mencerminkan kekuasaan raja Melayu Melaka pada ketika itu sehingga rakyat akan mendapat malapetaka sekiranya terserempak dengan raja.

3.2 Mitos Kewujudan Agama Islam di Kota Melaka

(6)

Raja Merah Silu diajar oleh baginda cara mengucap dua khalimah syahadat. Selain itu, Raja Merah Silu turut diludah oleh Nabi Muhammad s.a.w Selepas daripada peristiwa tersebut, Raja Merah Silu terus memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Maliku’s Salleh dan seterusnya diikuti oleh para pembesar dan juga rakyat jelata:

Syahadan pada malam itu Merah Silu pun tidur, maka ia dirinya berpandangan dengan Rasullulah salla’llahu’alaihi wa salam. Maka sabda Rasullulah kepada Merah Silu, “Ngangakan mulutmu!” Maka oleh Merah Silu dingangakan mulutnya, diludahi oleh

Rasullulah mulut Merah Silu. Maka Merah Silu pun terjaga daripada tidurnya. Diciumnya bau tubuhnya seperti bau narawastu. Telah hari siang, maka fakir pun naik

ke darat membawa Quran disuruhnya baca pada Merah Silu. Maka oleh Merah Silu dibacanya Quran itu, maka kata fakir kepada Sheikh Ismail, nakhoda kapal, “Inilah

negeri Semundra, yang seperti sabda nabi salla’llahu’alaihi wa salam”.”

(A. Samad Ahmad, 1978:57)

3.3 Mitos Pembukaan Negeri

Tun Sri Lanang semasa mengarang Sejarah Melayu turut menyelitkan unsur mitos pembukaan negeri oleh pemimpin-pemimpin atau tokoh-tokoh pada zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu. Kita umum mengetahui bahawa pada zaman dahulu, pembukaan sesebuah negeri adalah dikaitkan dengan sesuatu kejadian yang luar biasa kerana itu dianggap sebagai suatu petanda yang baik daripada Tuhan. Sebagai contoh, pembukaan negeri Semundra oleh Raja Merah Silu seperti mana yang ditulis oleh Tun Sri Lanang adalah berkait dengan kejadian yang luar biasa di mana Raja Merah Silu melihat seekor semut yang sebesar kucing di atas gunung lalu dimakannya semut tersebut. Nama negeri Semundra diberi kerana semut besar tersebut berwarna merah:

“Adalah pada suatu riwayat Merah Silu pergi berburu, maka anjingnya bernama Si Pasai itu pun menyalak. Dilihat Merah Silu Si Pasai menyalak itu di atas tanh tinggi, seperti ditimbun orang

(7)

seperti kucing; maka oleh Merah Silu semut itu diambil dan dimakannya. Maka tanah tinggi itu diperbuatnya akan tempat, dinamainya Semundra ertinya semut merah.”

(A. Samad Ahmad, 1978:55)

Selain itu, pembukaan kota Melaka oleh parameswara pada suatu ketika dahulu turut dikaitkan dengan unsur mitos. Pembukaan kota Melaka dikaitkan dengan seekor pelanduk putih yang gagah sehingga berani menendang seekor anjing ke dalam sungai. Peristiwa yang aneh dan luar biasa tersebut memberi ilham kepada Parameswara untuk membuka negeri di tempat di mana beliau dan pengikutnya berehat:

“Maka Raja Iskandar Syah pun berjalan balik membaruh, lalu terus kepada sebuah sungai, Bertam namanya; dan kualanya berbukit. Maka baginda pun datanglah ke sana, berhenti di bawah sepohon kayu, terlalu rarupak, maka baginda menyuruh berburu; sekonyong-konyong terjun anjing dihambat pelanduk. Titah baginda “Bagus tempat ini diperbuat negeri, anjing alah

oleh pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?” Maka sembah segala orang besar-besar “Benarlah seperti titah duli tuanku itu.” Maka disuruh orang tebas, diperbuat negeri. Maka titah baginda, “Apa nama kayu itu?” Maka sembah orang, “Kayyu Melaka namanya, tuanku,” Maka

titah Raja Iskandar Syah, “Jika demikian, Melakalah nama negeri ini.””

(A. Samad Ahmad, 1978:71)

(8)

“Maka baginda semayam di bawah pohon jambu laut, dihadap orang besar-besar, berbicara hendak membuat negeri; seraya menitahkan rakyat menebas kayu di padang itu. Maka segala

rakyat pun naiklah menebas; sekonyong-konyong melintas seekor binatang maha tangkas lakunya, warna merah bulu tubuhnya, kehitam-hitaman kepalanya, dan putih dadanya; sikapnya terlalu perkasa, besar sedikit daripada kambing randung. Setelah ia melihat orang banyak itu, lalu ia melorupat, ghaib daripada mereka. Maka titah Seri Teri Buana, “Apa nama binatang yang serupa itu?” Maka seorang pun tidak menyahut. Maka sembah Demang Lebar

Daun, “Tuanku, ceritera orang patik dengar, yang demikian sifat dan kelakuan binatang itu, singa konon namanya, tuanku.” Maka titah baginda, “Patutlah kita perbuat negeri tempat ini,

kerana binatang gagah ada di dalamnya; dan sebutlah Temasek ini Singapura.””

(A. Samad Ahmad, 1978:40)

3.4 Mitos Lain-Lain

Selain daripada mitos pembukaan negeri, perkara-perkara yang yang berlaku dalam kehidupan seharian turut diselitkan unsur mitos dalam penulisan Tun Sri Lanang dalam Sulalatus Salatin. Antaranya seperti seperti peristiwa Singapura diserang ikan todak telah diceritakan dalam bab kelima Sulalatus Salatin. Unsur mitos tersebut adalah bertujuan untuk menyindir golongan pemimpin iaitu raja-raja yang sangat zalim terhadap rakyat negeri tersebut dan seterusnya memberi kesedaran kepada para pemerintah walaupun rakyat jelata tidak mempunyai apa-apa kuasa, namun mereka juga perlu dihormati dan disayangi. Disebabkan oleh hal demikian, semasa singapura dilanggar todak, rakyat menggunakan batang pisang untuk dijadikan kubu bagi menahan serangan ikan todak tersebut:

“Hatta tiada berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura, berlorupatan lalu ke parit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati dilorupati todak itu; barang yang

kena terus-menerus olehnya. Maka tiadalah dapat orang berdiri di pantai itu lagi. Maka geruparlah orang berlari-larian ke sana ke mari, semuanya mengatakan, “Todak datang

menyerang kita; banyaklah sudah mati ditikamnya.”

(9)

Selain itu, unsur mitos yang diterapkan dalam teks Sulalatus Salatin adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada rakyat. Hal ini dapat dilihat pada bab “Bersurupah Berteguh Janji” antara Sang Rajuna Tapa dan Sultan Iskandar Syah. Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun telah menyatakan bahawa sekiranya terdapat rakyat yang berani menderhaka kepada sultan maka bumbung rumah akan diterbalikkan oleh Allah. Sumpahan tersebut menjadi kenyataan apabila Sang Rajuna Tapa menjadi batu kerana mengkhianati Sultan Iskandar Syah:

Maka raja dengan segala para menteri hulubalang, sida-sida bentara sekalian pun berlepaslah dibawa rakyat ke Seletar, lalu berjalan ke darat mengiringi baginda. Maka Jawa pun kembalilah dengan kemenangannya. Adapun Sang Rajuna Tapa, dengan takdir Allah Taala menunjukkan

kuasa-Nya, baharu hendak mengambil beras, tiba-tiba rengkiang beras itu pun berbalik, jatuh ke parit, kaki tiangnya ke atasdan bumbungnya ke bawah; Sang Rajuna Tapa pun jatuh tersungkur di Terigah parit itu; laki bini menjadi batu; ada datang sekarang dengan beras itu”

(A. Samad Ahmad, 1978:70)

4.0 FAKTA SEJARAH DALAM SEJARAH MELAYU

4.1 Nama-Nama Negeri Melayu

(10)

kota Melaka yang dibuka oleh Parameswara ketika baginda berehat di sepohon pokok yang kononnya dikenali sebagai pokok Melaka:

Titah baginda “Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah pada pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?” maka sembah segala Orang Besar-Besar, “benarlah seperti titah Duli Tuanku itu.”

Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka titah Baginda “Apa nama kayu itu?” Makasembah orang, “kayu Melaka namanya, Tuanku,” Maka titah Raja Iskandar Syah,”jika

demikian,“Melakalah nama negeri ini””

(A. Samad Ahmad, 1978:71)

Selain daripada negeri Melaka, pembukaan negeri Singapura juga merupakan suatu fakta sejarah yang penting bagi kita semua pada hari ini. Cerita pembukaan kota singapura juga dikaitkan dengan unsur mitos, namun nama “Singapura” yang dicatatkan oleh Tun Sri Lanang pada abad ke-15 tetap kekal sehingga ke hari ini:

“Maka titah Seri Teri Buana, “Apa nama binatang yang serupa itu?” Maka seorang pun tidak menyahut. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Tuanku, ceritera orang patik dengar, yang demikian sifat dan kelakuan binatang itu, singa konon namanya, tuanku.” Maka titah baginda, “Patutlah kita perbuat negeri tempat ini, kerana binatang gagah ada di dalamnya; dan sebutlah

Temasek ini Singapura.”

(A. Samad Ahmad, 1978:40)

4.2 Adat Istiadat Diraja

(11)

“Syahadan bagindalah yang pertama-tama meletakkan “kekuningan larangan”; tidak dapat dipakai orang keluaran, dan diambil akan sapu tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan ulasan bantal besar dan tilam... Dan larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung,

tiada terletak ke tanah; dan bertiang terus dari atap, dan peranginan; dan jikalau perahu, bertingkat berpenghadapan, dan tidak dapat orang memakai penduk dan teterapan keris, sebesar-besar orang keluaran tiada dapat bergelang kaki emas, dan jikalau berkeroncong

emas berkepala perak tiada boleh.”

(A. Samad Ahmad, 1978:74)

4.3 Hubungan Diplomatik Dengan Negara Luar

Untuk mengukuhkan kuasa dan kedaulatan negeri Melaka, pemimpin negeri Melaka telah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara China. Hal ini demikian kerana, negara China merupakan sebuah kuasa yang hebat pada ketika itu dan itulah peluang yang digunakan oleh pemerintah negeri Melaka untuk mengukuhkan kuasanya di rantau asia tenggara daripada tekanan kuasa Siam, Parsi dan sebagainya:

“Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua China, setelah kedengaranlah khabar kebesaran raja Melaka ke benua China, maka raja benua China pun mengutus ke Melaka bingkisan jarum sarat sebuah pilau, lain daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta beberapa benda yang gharib-gharib. Setelah datang ke Melaka, maka disuruh Sultan Mansur Syah jemput surat dari benua China itu, diarak seperti adat menyambut surat dari benua Siam.”

(A. Samad Ahmad, 1978:131)

(12)

diancam hebat oleh kuasa Siam menyebabkan Melaka mengambil tindakan untuk menjalinkan hubungan dengan China untuk mendapatkan pengiktirafan dan kuasa pertahanan daripada China (Zuliskandar Ramli dan Nik Hassan, 2012).

5.0 KESIMPULAN

(13)

BIBLIOGRAFI

BUKU RUJUKAN

A. Samad Ahmad. (1978). Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Fauzi Mohd Basri., Mohd Fo’ad Sakdan., & Azami Man. (2005). Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka.

Lisa, Y. S., & Jais Abdul Hamid. (2012). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nazaruddin Mohd Jali., Ma’rof Redzuan., Asnarulkhadi Abu Samah., & Ismail Mohd Rashid. (2003). Pengajian Malaysia. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

INTERNET

Perpustakaan Negara Malaysia. (2001). Hubungan Diplomatik Sultan Melaka Dengan Maharaja Cina. Dicapai pada 28 Februari 2016 daripada http://www.pnm.gov.my/yangpertama/ Politik_Diplomatik.htm.

TESIS

H. Muhammad Bahar Akkase Teng. (n.d). Tuhfat Al –Nafis: Karya Sastra Sejarah (Melayu) dalam Perspektif Sejarah. Indonesia. Universitas Hasanuddin.

Norazimah Zakaria., Rusniyati Mahiyaddin., & Siti Nor Amira baharudin. (n.d). Cerita Mitos Dalam Dua Dunia. Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Karena bentuknya yang kecil, manis, dengan harga terjangkau dan berfungsi sebagai aksesoris yang dapat dipakai dimanapun, pin dapat menjadi media promosi yang efektif untuk film

Berdasarkan perhitungan effect size tersebut dapat disimpulkan bahwa pembelajaran dengan menerapkan pendekatan terjemahan pada pembelajaran menyelesaikan soal cerita

1) Yang tidak ada, harus diadakan dengan yang baru 2) Yang rusak atau salah, harus diperbaiki atau dibetulkan 3) Yang kurang, harus ditambah. Faktor masyarakat

sak kit it85 85at ati i da dala la5 5 da dala la5 5 3u 3u5l 5lah ah ba bany nyak ak ba baru ru 5e 5ela lak kuk ukan an sebuah 7engobatan9 7adahal lele yang sudah

A.hydrophila ASB-01 setelah divaksinasi menunjukkan titer antibodi yang cukup tinggi pada ikan gabus yang divaksinasi secara injeksi dibandingkan secara oral dan

Tingginya kandungan nutrisi yang dimiliki Lemna minor diharapkan dapat digunakan sebagai alternatif bahan dalam penggunaan substrat Lemna minor dan lumpur untuk

Lain mukaan viran- omaisen tulee selvittää ja arvioida valmistelemiensa suunnitelmien ja ohjelmien ympäristö- vaikutukset (SOVA), jos niiden toteuttaminen voi

Minimnya nilai b yang diperoleh Jawa Timur dibandingkan dengan kedua bagian yang lain, menandakan bahwa batuan di wilayah Jawa Timur masih dalam keadaan rapat (tingkat