• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah untuk semua Antara fakta tafsira

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah untuk semua Antara fakta tafsira"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Sejarah untuk semua: Antara fakta, tafsiran dan pandangan umum

Oleh

Shamsul Amri Baharuddin

Teks Ucaptama untuk Persidangan Kemuncak Sejarah, anjuran Persatuan Sejarah Malaysia, 17-18 Disember 2013, Kuala Lumpur

Pengenalan

Undangan untuk menyampaikan ucaptama di Persidangan

Kemuncak Sejarah 2013 ini, yang dianjurkan oleh Persatuan

Sejarah Malaysia, saya terima sebagai satu penghormatan luar

biasa kerana tiga sebab berikut.

Pertama, saya dibesarkan dalam disiplin antropologi-sosiologi bukan

dalam disiplin sejarah. Namun undangan ini memperakukan,

melalui tindakan bukan hanya kata-kata, bahawa pandangan

mengenai sejarah negara kita bukan hanya milik sejarawan. Ianya

adalah milik kita semua, termasuk kami daripada disiplin

antropologi-sosiologi.

Kedua, dari sudut akademik, undangan ini juga memperakukan peri

pentingnya pendekatan multidisplin dalam mentafsir dan mengupas

sejarah pembangunan negara kita. Ini menimbulkan persoalan

ilmiah pula; ‘siapakah yang menilai sejarawan dan sejarah yang

ditulis mereka?’ terutamanya, jika sejarah pembangunan sesebuah

negara-bangsa itu terbina melalui sumbangan pelbagai ilmu

▸ Baca selengkapnya: cara untuk mengelakkan peperangan sejarah

(2)

Ketiga, kini diperakukan secara terbuka bahawa sejarah bukan

hanya suatu disiplin kaku yang diajar di sekolah dan universiti

tetapi ianya adalah sesuatu yang hidup dan mempunyai relevans

dan fungsi sosialnya. Soalnya bagaimana hendak merakyatkan

sejarah di Malaysia? Ini memerlukan buah fikiran bukan daripada

sejarawan sahaja. Melalui undangan ucaptama ini, khususnya, dan

persidangan kemuncak ini, amnya, sejarawan telah membuka pintu

seluas-luasnya dan mengajak pakar dan ilmuan daripada pelbagai

bidang untuk memberikan pandangan.

Atas alasan-alasan tersebut saya pilih tajuk berikut sebagai tajuk

ucaptama saya, iaitu, “Sejarah untuk semua: Fakta, tafsiran

dan pandangan umum,” biar pun saya telah diminta

membincangkan suatu tajuk lain, iaitu, “Menggiatkan fungsi

sosial sejarah dalam pembangunan negara-bangsa.”

Sebenarnya, ucaptama ini adalah satu usaha mempromosi fungsi

sosial sejarah sebagai suatu disiplin dan sebagai suatu korpus ilmu

yang fundamental dalam pembinaan negara-bangsa.

Untuk itu saya ingin bermula dengan mengemukakan beberapa

pandangan, dari sudut antropologi-sosiologi, mengenai sejarah dan

sejarawan dan alat analisis yang mereka gunakan dalam

membedah, mengupas dan membina kefahaman mengenai

masyarakat dan pembangunan negara-bangsa. Kemudian saya

akan sentuh pengalaman Malaysia dalam mempersembahkan

‘sejarah’ kepada murid dan khalayak umum, sama ada oleh

sejarawan atau oleh orang yang minat mengenai sejarah atau oleh

mereka yang menggunakan sejarah untuk kepentingan kolektif

masing-masing.

Daripada kupasan itu nanti akan saya cuba bincangkan bagaimana,

(3)

plaftom baru dalam era ‘pembangunan terangkum’ negara-bangsa

yang dianjurkan bersungguh-sungguh oleh kerajaan Malaysia

sekarang. Secara langsung dan tidak langsung saya memberikan

beberapa idea dan tindakan untuk “menggiatkan fungsi sosial

sejarah dalam pembangunan negara-bangsa.”

Mendampingi sejarah daripada beberapa sudut

Umumnya, fakta sejarah tidak berubah. Namun tafsiran sering

boleh diubah-ubah mengikut teori, konsep, alat analisis dan

pendekatan sejarah yang digunakan; atau ianya berubah mengikut

suasana politik semasa. Maka timbul pandangan bahawa sejarah

selalunya ditafsir dan ditakrif oleh mereka yang berkuasa ketika

mereka berkuasa. Dalam kata lain, pada umumnya, sejarah boleh

didampingi daripada beberapa sudut dan ditafsir mengikut konteks

sesebuah masyarakat.

Misalnya, saya dibesarkan dalam dua cakrawala utama ilmu

sejarah. Kedua-duanya mempengaruhi cara saya mengkaji, berfikir

dan mengupas mengenai sejarah, secara umum, dan mengenai

sejarah Malaysia, secara khusus. Apabila saya membuat pilihan

yang mana satu sesuai dengan disiplin antropologi-sosiologi saya

telah mempertimbangkan kedua-dua pilihan tersebut daripada

sudut epistemologi (asal usul ilmu), ontologi (realiti sosial yang

empirikal dan abstrak) dan metodologi (orientasi penilitian dan

mengumpul data). Pilihan saya mempengaruhi cara saya melihat

peranan sejarah dalam konteks pembangunan negara-bangsa yang

bakal saya sentuh berikut ini.

Pendedahan kepada cakarawala pertama bermula di sekolah

rendah, seterusnya menengah dan kemudiannya semasa pengajian

(4)

cakrawala ini, dari sudut epistemologinya, adalah mengenai “the

history of winners and losers, heroes and villains” yang memfokus dan mengutamakan tema-tema politik, peperangan dan diplomasi,

sesuai dengan pengalaman sejarah Eropah. Pendekatan sejarah

yang sedemikian adalah berkait rapat dengan ‘ilmu kolonial,’ suatu

bidang ilmu yang instrumental dalam proses penjajahan Eropah

terhadap negara bukan Eropah, yang mereka jadi sasaran sebagai

civilizing mission.

Bermula dan melalui ‘ilmu kolonial’, yang terkandung didalamnya

sejarah berbentuk “history of winners and losers, heroes and

villains” itu, kuasa besar Eropah telah menakluk dunia. Penaklukkan itu tidak bermula dengan kekerasan dan peperangan tetapi bermula

dengan epistemological conquest, atau penaklukan epistemologi.

Mereka mesti membina ilmu pengetahuan dan kefahaman yang

mendalam mengenai manusia yang bakal mereka takluk dengan

cara mengasaskan pertubuhan ilmuan, sains dan bukan sains,

mengenai wilayah di luar Eropah, khususnya, Asia.

Daripada keperluan ini tumbuhlah di Eropah pada abad ke 18 dan

19, beberapa pertubuhan ilmuan yang berpengaruh seperti, The

Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland pada 1784, Societe Royale Academique de Savoie Perancis pada 1820, Koninklik Institutt voor Taal-, Land- en Volkerkunde (KITLV) di Belanda pada 1851 dan Die Deutsche Gesellschaft fur Natur- und

Volkerkunde Ostasiens (OAG) di Jerman pada 1873. Para anggota pertubuhan berkenaan boleh dianggap sebagai ‘bala tentera ilmuan’

barisan hadapan Eropah dalam usaha menghimpunkan korpus ‘ilmu

kolonial.’ Sumbangan mereka adalah sangat kritikal, malah

menjadi pra-syarat dan persediaan kuasa-kuasa besar Eropah

sebelum menakluk wilayah Asia, dari segi ekonomi dan petadbiran

(5)

Impak pendekatan sejarah ini amat berkesan terhadap kefahaman

saya mengenai sejarah Malaysia, khususnya, siapa wira dan siapa

petualang, yang saya dapati sering bertukar-tukar. Saya masih

ingat, mula-mula saya diajar bahawa Dato’ Bahaman dan Mat Kilau

adalah watak jahat, pemberontak, dan pegawai pentabdir kolonial

Inggeris berwatak wira. Apabila saya diajar oleh sejarawan

tempatan di universiti, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau sudah jadi

hero pula, dan pegawai Inggeris tadi orang jahat.

Saya tiada pilihan tetapi menerima dan menguasai sejarah dalam

bentuk ini kerana buku teks, pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas, ujian demi ujian di sekolah dan universiti di Malaysia adalah

berdasarkan sejarah bersifat “hero vs. villain”, dan jelas terpapar

kerangka mono-disiplinnya. Namun dalam konteks sejarah ini, saya

dapati fakta-fakta tetap kekal tetapi tafsirannya boleh ditukar ganti

sesuai dengan pilihan pihak yang menceritakannya.

Maka tugu dan ukiran patung para wira sejarah kelihatan di

mana-mana, misalnya, ditengah-tengah kota, dalam taman dan dalam

muzium. Foto wira kelihatan dalam buku, majalah dan filem. Malah

dunia perfileman sangat mementingkan jalan cerita berdasarkan

‘yang menang lawan yang kalah’ dan ‘yang wira dan yang

penjahat.’ Dalam dunia filem Melayu, sampai tamat hayat mereka,

dan terpahat dalam ingatan kita semua, bahawa P. Ramlee tetap

wira dan Saleh Kamil watak jahat.

Pendedahan kepada cakrawala sejarah kedua berlaku semasa saya

menyelesaikan pengajian siswazah (Sarjana dan PhD),

kemudiannya ketika menyunting tesis jadi buku, dan lepas itu

semasa mengikuti program pasca-doktoral di CNRS Paris. Bentuk

(6)

yang telah saya dibesar dan didewasakan. Bukan mengenai “heroes

and villains” tetapi suatu bentuk historiografi yang lebih luas liputan dari segi epistemologi, ontologi dan metodologinya. Ianya bersifat

multidisplin yang dianjurkan oleh the Annales School, suatu

mazhab ilmu sejarah yang dipelopori oleh sejarawan Perancis dan

kemudian meluaskan pengaruh ke seluruh continental Europe dan

Amaerika Utara dan Selatan bermula pada awal abad ke 20.

Pendekatan Annales School ini mengutamakan bentuk sejarah yang

dikenal sebagai ‘ sejarah sosial bersifat jangka panjang’, atau la

longue duree. Ianya menggunakan kaedah saintifik sosial yang mengutamakan pendekatan multidisiplin, justru menggabungkan

pendekatan serta penemuan ilmiah daripada bidang antropologi,

sosiologi, geografi, dan sejarah dalam menghasilkan historiografi

sesebuah komuniti kecil atau masyarakat yang lebih besar.

Sebagai seorang ahli antropologi-sosiologi, saya sangat selesa

dengan pensejarahan dan historiografi anjuran Annales School

kerana ianya tidak menggunakan kerangka binary opposition yang

memisahkan heroes and villains dan mengkategorikan semua

manusia dan kejadian sejarah ke dalam dua kotak besar ini sahaja.

Saya berpandangan apa yang telah dianjurkan oleh Annales School

ini sangat mirip dan ada tali menali dengan sumbangan dan

pendekatan Ibnu Khaldun mengenai falsafah, sejarah, sosiologi dan

ekonomi.

Satu lagi pendekatan sejarah yang saya anggap menjadi pelengkap

kepada Annales School ialah pendekatan Subaltern Studies yang

diperkenal dan dikembangkan oleh sekumpulan sarjana daripada

India yang bermastautin di India, Australia, Eropah dan Amerika

Utara tetapi berpangkalan di Australian National University diketuai

(7)

Pendekatan Subaltern Studies mengutamakan sejarah yang

mengutamakan sumbangan dan pengucapan kelompok masyarakat

yang tertindas dan miskin, mereka daripada golongan kelas pekerja

dan kelas bawahan, daripada kasta Dalit dan termasuk juga mereka

yang tewas dalam perjuangan hidup terpinggir. Suara-suara

golongan ini selalu tenggelam atau ditenggelami oleh suara-suara

mereka yang lebih dominan, berkuasa, yang wira dan yang

menang.

Catatan daripada memori dan cerita daripada golongan subaltern ini

telah dijadikan sumber untuk membantu melengkapkan cerita atau

pemerihalan sejarah sesuatu kejadian, seperti mogok, peperangan,

penindasan ekonomi dan sebagainya. Dalam kajian saya ketika itu,

saya dapati dalam kebanyakan tulisan sejarah Malaysia,

suara-suara subaltern ini umumnya tidak mendapat perhatian kerana

penulisnya memberi lebih ruang kepada sejarah heroes and villains,

winners and loser tersebut.

Saya terpanggil untuk membincangkan dua cakrawala sejarah yang

menjadi wahana penghayatan ilmu sejarah untuk diri saya kerana

untuk mengupas sekali gus mengemukakan saranan ke arah

“menggiatkan fungsi sosial sejarah dalam pembangunan

negara-bangsa” di Malaysia memerlukan ketelusan ilmiah supaya sarjana

lain, peminat dan pemerhati mengenai sejarah tahu kedudukan dan

pendirian saya. Mereka juga tahu bahawa pendirian ini menjadi

amalan dan bukan hanya pandai berteori. Apabila pendirian saya

jelas maka lebih mudah untuk sesiapa saja mempersoal atau

berdebat mengenai pendirian saya terhadap produksi ilmu sejarah

dan historiografi Malaysia, tentang fakta dan tafsirannya,

(8)

Sejarah, nasionalisme dan pembangunan negara-bangsa

Sebelum membincangkan peri pentingnya ilmu sejarah dalam

pembangunan negara-bangsa di Malaysia, saya ingin memperjelas

suatu kekeliruan besar yang bermula dalam bidang sejarah dan

sains politik di Eropah dan kemudiannya tersebar luas ke seluruh

dunia sehingga kini. Seimbas pandang, kekeliruan ini nampaknya

kecil tetapi kalau kita halusi ianya menjadi cukup besar dan terbukti

telah mengesankan cara sejarawan dan ahli sains politik membuat

kajian dan menganalisis mengenai pembangunan negara-bangsa,

khususnya, di negeri-negeri bekas tanah jajahan.

Kalau kita buka setiap buku teks sejarah dan sains politik yang

ditulis dan diterbitkan di luar negeri, terutama dalam Bahasa

Inggeris, kita akan bertemu dengan rangkaian perkataan

“nation-state,” atau “negara-bangsa,” terpapar berulang kali halaman demi halaman tanpa sekali pun cuba dihuraikan bahawa istilah ini

mungkin tepat untuk mengungkapkan pengalaman dalam sejarah

modern di Eropah dan Amerika Utara, tetapi tidak sesuai digunakan

di negara yang pernah dijajah.

Mengapa tidak sesuai?

Telah berulang kali saya hujahkan dalam tulisan-tulisan saya

sebelum ini, termasuk yang dipetik dalam sebuah buku sejarah

mengenai Asia Tenggara (sila lihat, The Emergence of Modern

Southeast Asia: A New History, suntingan Norman Owens, 2005, hlm. 252) bahawa kita mesti pisahkan perkataan nation, atau

bangsa, daripada perkataan state, atau negara.

Pengalaman di bekas tanah jajahan menunjukkan bahawa state,

(9)

sesuai dengan keperluan ekonomi politik sang penjajah, samada

Inggeris, Perancis, atau Belanda di seluruh dunia, termasuk di Asia

Tenggara. Secara konkrit the colonial state, atau negara kolonial,

telah wujud berdasarkan tiga kriteria: pertama, kriteria territory

atau wilayah yang jelas sempadannya (selepas Merdeka

diperakukan oleh perjanjian persempadanan antarabangsa); kedua,

kriteria rule of law atau sistem tadbir dan perundangan (selepas

Merdeka menjadi perlembagaan); ketiga, kriteria the royal subject

atau warga Sultan (selepas Merdeka menjadi konsep warganegara

atau citizenship).

Konsep ‘nation,’ atau ‘bangsa’ tidak pernah dianjurkan oleh

sebarang pemerintah kolonial di seluruh dunia. Konsep ini telah

muncul daripada kelompok elit atau akar umbi pribumi yang

menjadi penggerak keramat kepada perjuangan kemerdekaan di

semua tanah jajahan sedunia. Oleh itu, pergerakan yang berjuang

untuk mewujudkan ‘bangsa’, atau nation, dikenal semenjak itu

sebagai perjuangan nasionalisme yang diketuai oleh tokoh-tokoh

nasionalis.

Dalam kata lain, perjuangan nasionalis dari segi konsep dan sejarah

bukanlah perjuangan ‘pembangunan negara,’ kerana pemerintah

kolonial telah mewujudkan negara. Perjuangan mereka adalah

perjuangan ke arah ‘pembinaan bangsa.’ Ianya adalah suatu

perjuangan yang bermatlamat mewujudkan suatu bangsa idaman,

atau nation-of-intent, dengan memobilisasi kesepaduan,

kesekataan, permaufakatan dan kesetiaan dikalangan penyokong

dengan cita-cita untuk menggulingkan negara kolonial, mencapai

kemerdekaan sekali gus mengambil alih pemerintahan negaradan

akhirnya menegakkan bangsa idaman tersebut. Maka perjuangan

nasionalis tersebut adalah untuk menemukan “negara” (binaan

(10)

Tetapi tidak semua perjuangan nasionalisme mencapai kejayaan

yang diidamkan itu. Di setengah negara di ASEAN, wujud “bangsa

tanpa negara” (nation without state) seperti BangsaMoro. Bagitu

juga di Timur Tengah wujud “the Kurdish nation,” dan sehingga kini

mereka masih berjuang untuk mewujudkan sebuah negara Kurdish.

Di beberapa wilayah lain, perjuangan mengambil alih pemerintahan

negara daripada kerajaan kolonial telah berjaya tetapi ‘bangsa’

yang diidamkan masih belum wujud, seperti di Singapura. Di Brunei

Darussalam pula, wujud sebuah negara-bangsa Brunei; ‘negaranya’

diwarisi daripada penjajah Inggeris, ‘bangsanya’ didukung oleh

ideologi “Melayu, Islam, Beraja.”

Maka realiti sejarah pembangunan negara-bangsa di wilayah yang

pernah dijajah, khususnya di Asia Tenggara, membuktikan bahawa

ada tiga variasi entiti politik modern: pertama, bangsa tanpa

negara (nation-without-state); kedua, negara tanpa bangsa

(state-without-nation); dan ketiga, wujud negara-bangsa (nation-state).

Dalam historiografi mengenai nasionalisme di Malaysia, amnya, dan

pembangunan negara-bangsa, khususnya, perbincangan mengenai

wujudnya ketiga variasi ini tidak diperkatakan langsung oleh para

sejarawan mengenai Malaysia dalam tulisan masing-masing, yang

kebanyakannya menjadi teks di universiti atau rujukan umum.

Sebagai contoh, termasuk dalam kategori tulisan berkenaan adalah

karya klasik William Roff, The Origins of Malay Nationalism (1967),

tulisan Ariffin Omar, Bangsa Melayu: Malay Concept of Democracy

and Community (1993), dan buku Cheah Boon Kheng, Malaysia: The Making of a Nation (2002).

Kita tahu bahawa sejarah gerakan nasionalisme di Malaysia,

khususnya, nasionalisme Melayu adalah kompleks dan rumit.

(11)

dan diaplikasi, kefahaman kita mengenai gerakan tersebut akan

lebih mendalam khususnya mengenai sifat kepelbagaian

masyarakat kita dan cita-cita yang berbeda di kalangan kelompok

etnik yang berbeda, dan perbedaan dalam setiap kelompok etnik.

Misalnya, Roff memperkatakan bagaimana terdapat tiga bangsa

idaman, atau nation-of-intent, dalam pergerakan nasionalisme

Melayu: pertama, yang mengidamkan Melayu Raya (The Greater

Malay nation), kedua, yang mengidamkan negara-bangsa Islam (Islamic nation-state) dan ketiga, yang mengidamkan bangsa

mamjuk (plural nation). Fokus sejarawan kita banyak berhenti

melihat apa yang diartikulasi oleh etnik Melayu. Apa yang

diartikulasi oleh etnik Cina atau India tidak diberi perhatian, dan

kita ketahui kini bahawa dalam setiap kelompok etnik terdapat

beberapa ‘bangsa idaman’ masing-masing, daripada ‘negara-bangsa

sosialis-komunis’ ke ‘Malaysian Malaysia’ dan sebagainya.

Kalau pun ada kita sentuh dalam perbincangan mengenai sejarah

pembinaan negara-bangsa Malaysia, termasuk perkara-perkara

yang disebut tadi, selalunya ianya dibincangkan dalam konteks

historiografi mengenai winners and losers, heroes and villains,

bukan sebagai fenomena gerakan sosial Subaltern yang

memaparkan bahawa si kerdil di kelas bawahan atau yang tertindas

juga turut memainkan peranan penting dalam menentang

penjajahan atau menyokong penjajahan ketika menentang gerakan

radikal sosialis-komunis pada era Perang Dingin.

Dalam kata, lain proses pembinaan negara-bangsa Malaysia

sebelum Merdeka telah berdepan dengan suatu cabaran paling

besar yang tidak dikenal pasti oleh sejarawan, iaitu, perjuangan

antara beberapa bentuk ‘bangsa idaman’ (competing

(12)

pada 1957 adalah peralihan secara aman damai kuasa memerintah

‘negara’ (state) daripada pihak kolonial kepada pimpinan elit

tempatan. Maka Malaya ketika itu, sebagai sebuah negara modern

mempunyai tiga ciri penting: pertama, territoriality, atau wilayah

bersempadan; kedua, rule of law dalam bentuk perlembagaan; dan

ketiga, warganegara atau citizenship.

Itu pun konsep citizenship hanya difahami dari sudut

undang-undang dan berkait dengan konsep ‘kerakyatan,’ menyentuh soal

dokumen-dokumen seperti surat beranak, kad pengenalan, sijil

kerakyatan dan paspot. Sedangkan citizenship dari sudut

sosiologikal ialah mengenai ‘kewargaan.’ Ini bermaksud menjadi

warga sebuah komuniti atau lebih besar lagi warga yang berpayung

dibawah satu ‘bangsa’ dengan setiap warga memiliki rasa kekitaan,

taat setia, dan patriotisme.

Aspek citizenship bersifat komunitas belum wujud semasa Merdeka

dicapai. Kekitaan etnik jauh lebih kuat daripada kekitaan

kebangsaan. Ini bererti konsep ‘bangsa’ Malaya atau Persekutuan

Tanah Melayu belum wujud ketika itu. Yang wujud adalah beberapa

‘bangsa idaman’, sama ada antara kelompok etnik atau dalam

masing-masing kelompok etnik berkenaan.

Tetapi ‘the modern Malayan state,’ atau ‘negara Malaya modern,’

telah wujud dengan berasaskan landasan, struktur dan institusi

yang dibina kuat oleh penjajah Inggeris. Malah sehingga tahun

1970han, ketika itu sudah menjadi ‘the modern Malaysian state,’

negara Malaysia Merdeka masih lagi bergantung kepada Australia

dan New Zealand dari segi ketenteraan

Oleh kerana sejarawan dan historiografi Malaysia tidak memisahkan

(13)

kalangan pengkaji dan rakyat umum bahawa ‘bangsa’ Malaysia

telah wujud, seperti yang diuar-uarkan oleh pemerintah, lengkap

dengan bahasa kebangsaan, sistem pendidikan kebangsaan dan

pelbagai lagi institusi ‘kebangsaan.’ Ada pula Jabatan Perpaduan

Negara yang telah ditubuhkan selepas tragedi Mei 13, 1969 berlaku

untuk mendukung semua usaha ‘kebangsaan’ ini.

Apabila Dr. Mahathir Mohamad menyarankan Wawasan 2020

bersama konsep ‘Bangsa Malaysia’ pada 1991, barulah kita tahu

bahawa Malaysia masih belum mempunyai ‘bangsa’ dan yang ada

ada selama ini hanyalah suatu bangsa yang diidamkan sahaja, dan

dipromosi secara besar-besar oleh kerajaan. Dalam lain perkataan,

konsep ‘kebangsaan’ yang digunakan dan penubuhan pelbagai

institusi yang berkait dengannya adalah masih suatu projek besar

yang bertaraf ‘bangsa idaman.’

Maka tidaklah memeranjatkan kalau buku teks sejarah untuk

sekolah kebangsaan telah sekian lamanya mempromosi ‘bangsa

idaman’ ini dan memfokus kepada usaha untuk

mengarusperdanakan naratif sejarah. Dalam proses ini, tafsiran

terhadap fakta-fakta dalam sejarah arusperdana ini sering

dipersoalkan kerana dikatakan telah meminggirkan sumbangan

kaum minoriti dan tidak mengintegrasikan suara-suara subaltern

sebagai sebahagian daripada naratif arusperdana.

Maka dicadangkan pula oleh pihak-pihak lain beberapa kerangka

sejarah alternatif kepada naratif sejarah arusperdana ini. Dari segi

sosiologikal, kalau diteliti dengan lebih halus, naratif alternatif

berkenaan bukan hanya merupakan naratif sejarah, malah lebih

daripada itu. Ianya adalah naratif ‘bangsa idaman’ yang berbeda

(14)

Jika sekiranya bangsa idaman kerajaan yang diungkapkan dalam

bentuk ‘Bangsa Malaysia’ tidak direalisasikan pada tahun 2020,

apakah pula agaknya trajektori pembinaan negara-bangsa di

Malaysia berikutnya?

Kalau kita gunakan pendekatan historiografi heroes and villains,

winners and losers, apakah nanti mereka yang mengemukakan konsep ‘bangsa’ alternatif, selain daripada ‘Bangsa Malaysia,’ akan

dianggap sebagai villains and losers? Kalau mereka dilabel bagini,

pilihan label ini adalah suatu jalan keluar yang cetek, mudah dan

simplistik. Sifatnya sedemikian boleh menimbulkan cabaran besar

kepada segala usaha kerajaan selama ini yang

bersungguh-sungguh, melalui pelbagai strategi, membina perpaduan di

kalangan rakyat Malaysia.

Tetapi apakah yang boleh kita lakukan untuk membolehkan anjakan

paradigma dalam konteks ilmu sejarah, di kalangan sejarawan dan

penulisan sejarah Malaysia yang sedia ada, yang rata-rata

mendukung ‘Bangsa Malaysia’ sebagai ‘bangsa idaman’? Dalam kata

lain, bagaimanakah kita hendak ‘menggiatkan fungsi sosial sejarah

dalam pembangunan negara-bangsa’ kalau sejarah yang diajar atau

yang ditawarkan kepada umum dilihat oleh sebahagian daripada

masyarakat Malaysia sebagai hanya salah satu tafsiran yang boleh

diterima tetapi boleh juga dipersoalkan.

Peluang Keemasan

Misi sejarawan dan pensejarahan Malaysia untuk ketika ini adalah

bagi ‘mencari kejernihan dalam kekeruhan’ berkait dengan

historiografi kita. Maksudnya kalau ramalan bahawa ‘Bangsa

Malaysia’ tidak pada 2020 tetapi selepas itu, sejarawan dan ilmu

(15)

supaya suatu subjek baru yang diberi nama ‘Pengajian Malaysia’

diajar dari sekolah rendah ke menengah terutamanya di sekolah

aliran kebangsaan.

Kandungan subjek ini seharusnya berdasarkan kekuatan

historiografi Malaysia yang ada sekarang, tetapi perlu digarap

dengan sumbangan ilmu-ilmu lain, seperti sains dan teknologi,

antropologi, sosiologi, sains politik, psikologi, geografi dan

selainnya, yang secara keseluruhan menawarkan suatu pakej

‘sejarah sosial’ Malaysia yang tidak dikongkong oleh pendekatan

history of winners and losers, heroes and villains.

Melalui wahana ini sejarah yang lebih terangkum sifatnya (inclusive

history), yang menggaurkan naratif arusperdana dengan beberapa naratif lain, justru memberinya ruang akademik yang sebelum ini

dinafikan. Ini sesuai dengan konsep pembangunan terangkum

(inclusive development) yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.

Dengan cara ini juga, sedikit demi sedikit, ilmu sejarah, sejarawan

dan pensejarahan Malaysia mungkin dapat menembusi dan masuk

ke ruang GTP (Government Transformation Plan) dan menjadi

‘pemandu’ sebenar kepada masa depan negara-bangsa.

Dalam hal ini saya ingin berkongsi pengalaman bersama rakan

dalam Persatuan Sejarah Malaysia, khususnya, dan sejarawan

Malaysia, amnya. Pada 2006, saya telah diberi mandat oleh Kabinet

Kerajaan Malaysia, melalaui Kementerian Pengajian Tinggi, untuk

menyediakan satu Modul Hubungan Etnik bagi dijadikan rujukan

wajib untuk ‘Kursus Hubungan Etnik’ di semua IPTA. Para pelajar

boleh mengikuti kursus ini sepanjang mereka di universiti sehingga

mereka lulus. Setiap tahun, bermula 2007, dianggarkan 20,000

siswa-siswi setiap tahun daripada semua fakulti --kedoktoran,

(16)

Islam, undang-undang dan pelbagai lagi bidang lain – telah

mengambil kursus ini dan berjaya menyelesaikannya.

Pendekatan yang saya gunakan untuk menyediakan modul ini

adalah yang mengutamakan ilmu sejarah yang digabung dengan

ilmu sains dan bukan sains, ilmu sejarah yang lebih terangkum,

mengambil kira suara dan naratif sejarah pemerintah dan rakyat

jelata. Dalam kata lain, saya gabungkan pendekatan dua cakrawala

yang saya sendiri telah lalui dalam menguasai sejarah Malaysia.

Daripada laporan pensyarah yang kami terima mengenai kursus

wajib ini dan rumusannya adalah seperti berikut: pertama, kursus

ini telah menjadi ruang untuk siswa-siswi berbilang kaum untuk

bertanya dan mengemukakan pendapat masing-masing mengenai

kaum lain atau hubungan kaum; kedua, kerja kursus yang

dilaksanakan adalah pelbagai bentuk dan terpulang kepada inisiatif

dan inovasi pensyarah, sebahagian besar menggalakan kerja

lapangan dimana pelajar keluar melihat sendiri fenomena budaya

kaum-kaum lain; ketiga, pelajar perlahan-lahan telah lebih berani

mengemukakan prejudis dan stereotaip masing-masing terhadap

kaum lain dan hal ini dibincangkan untuk mencari maklumat tepat

dan membina keperihatinan; keempat, pelajar mula menguasai

konsep seperti asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi

untuk mereka gunakan mengupas suasana pola prilaku dalam

kumpulan etnik masing-masing atau antara etnik.

Impak utamanya kursus hubungan etnik ialah membina proses

kesedaran am, atau conscientization process, mengenai hubungan

antara etnik dan dalaman etnik serta cabaran berasaskan

pendekatan multidisiplin dengan pengisian ilmu sejarah yang luas

sifatnya. Sememangnya kursus ini diwujudkan untuk menyumbang

(17)

Maka sudah sampai waktunya kini untuk rakan-rakan daripada

sains sosial, sains dan teknologi serta kajian kemanusiaan

mengajak para sejarawan keluar daripada kepompong lama dan

ikut sama turun padang memberikan ilmu sejarah di Malaysia nafas

baru dalam konteks keperluan pembangunan negara-bangsa. Ini

hanya boleh dilakukan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan

Malaysia dan badan-badan lain, dalam kerajaan dan berbentuk

bukan kerajaan.

Saya sangat berharap inisiatif positif mesti dimulakan ke arah ini.

Makanya saya cadangkan subjek ‘Pengajian Malaysia’ kerana ianya

adalah suatu bidang yang ada program pengajian sarjanamudanya

di UPSI. Daripada permulaan ini, bersifat tindakan konkrit dan

dengan motivasi serta semangat “sejarah untuk semua”, dapatlah

nanti dibina satu persatu langkah untuk memperkukuh kedudukan

sejarah dalam pembangunan negara-bangsa. ‘Kalau tak pecah

Referensi

Dokumen terkait

Perancangan proses untuk sistem informasi pendatan masyarakat miskin berparameter penghasilan dan kondisi rumah yang akan dibangun, digambarkan melalui Data Flow Diagram

Permasalahannya adalah bagaimana peneliti menyusun dan merancang suatu sistem pakar yang dapat digunakan untuk mendiagnosa suatu penyakit kulit berdasarkan gejala yang di

Setelah data dimasukkan program database diperiksa proses pemindahan dan pemasukan data apakah sesuai dengan prosedur atau intruksi kerja. MENGISI CHECK LIST

Klor ditemukan di alam dalam keadaan kombinasi sebagai gas Cl2, senyawa dan mineral seperti kamalit dan silvit.Klor memiliki konfigurasi elektron [Ne]3S 2 3P 5 .Gas

Dilihat dari hasil penelitian dengan Uji Koefisien Determinasi (R 2 ) diperoleh nilai sebesar 0,656 atau 65,6% nilai ini menunjukkan bahwa kemampuan variabel

Obat tersebut telah disetujui oleh FDA untuk digunakan dalam pengobatan/ pencegahan kanker payudara manusia, dan merupakan anggota obat dari kelas selektive

Puji syukur kehadirat Allah SWT, Tuhan semesta alam yang telah memberikan kekuatan dan petunjuk untuk menyelesaikan Tugas Akhir ini dengan judul “Analisis Kualitas

Instrumen penelitian yang digunakan dalam penelitian ini yaitu 1) instrumen lembar validasi ahli. Instrumen ini bertujuan mengetahui kriteria kevalidan tes