• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIJIL KOMERSIAL KEBAKARAN TAKAFUL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIJIL KOMERSIAL KEBAKARAN TAKAFUL"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.

(No. Syarikat 731530-M)

SIJIL KOMERSIAL KEBAKARAN TAKAFUL

(2)

Kandungan

Bil. Topik Muka Surat

1 Definisi 3

2 Pengenalan 4

3 Fasal Kuat Kuasa dan Syarat Sijil 6

(3)

Dalam Sijil ini, melainkan diperlukan sebaliknya oleh konteks, perkataan dalam huruf tebal hendaklah membawa maksud seperti disenaraikan di bawah:

Sumbangan

Jumlah yang dinyatakan dalam Jadual yang meliputi sumbangan Anda kepada Dana Risiko.

Lebihan

Jumlah pertama yang perlu Anda bayar bagi akaun Anda sendiri untuk menanggung setiap tuntutan.

Dana Risiko

Dana Risiko Am yang dikendalikan dan diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.

Insiden

Sebarang kejadian yang boleh menimbulkan tuntutan.

Tempoh Takaful

Tempoh masa di mana perlindungan Takaful berkuatkuasa seperti yang ditunjukkan dalam Jadual.

Cadangan atau Penyata Fakta

Cadangan yang telah Anda tandatangani atau penyata fakta yang mengandungi maklumat yang Anda beri Kami dan sebarang maklumat lain yang telah diberikan kepada Kami. Ini termasuk maklumat yang diberikan bagi pihak Anda.

Jadual

Jadual adalah sebahagian daripada perjanjian Takaful ini dan antara lain mengandungi maklumat Anda, Bangunan

dan sebarang perkara lain yang termasuk dalam Jadual, Tempoh Perlindungan Takaful dan pengendorsan, fasal dan waranti susunan kata sijil ini, yang mana berkenaan.

Jumlah Dilindungi

Jumlah yang ditunjukkan dalam Jadual iaitu jumlah maksimum yang akan dibayar oleh Dana Risiko bagi mana-mana satu tuntutan. Jumlah Dilindungi mesti mencukupi untuk meliputi kos pembinaan semula bangunan sekiranya berlaku kejadian yang memusnahkan bangunan sepenuhnya.

Tabarru’

Perkataan Arab yang bermaksud “derma, hadiah atau Sumbangan”. Dalam Sijil ini, ia bermakna sumbangan untuk tujuan menyertai Dana Risiko Am.

Takaful/Perjanjian Takaful

Skim berasaskan persaudaraan, setia kawan dan bantuan bersama kepada yang memberikan pertolongan dan bantuan kewangan bersama kepada anda sekiranya anda memerlukannya, di mana anda bersetuju untuk menyumbang untuk tujuan tersebut.

Wakalah

Pelantikan satu pihak oleh pihak yang satu lagi untuk bertindak bagi pihaknya. Dalam konteks Takaful ini, anda dianggap telah melantik kami untuk menguruskan Dana Risiko bagi pihak anda.

Kami, Pengendali Takaful

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.

Anda

Orang yang dinyatakan dalam Jadual sebagai Peserta.

(4)

PENGENALAN Asas Takaful bagi sijil ini

Perlindungan Takaful berlandaskan prinsip kerjasama di bawah sijil ini dikendalikan menurut prinsip Syariah, berpandukan nasihat Jawatankuasa Syariah dan ditadbir di bawah Akta Takaful yang berkaitan.

Untuk menyertai skim Takaful ini, anda disyaratkan untuk mencarum Sumbangan Anda di dalam tabungan bersama

Dana Risiko demi manfaat bersama para peserta. Ini bermakna Anda melepaskan hak individu atas Sumbangan

anda dan mendapatkan hak pampasan terkumpul terhadap kejadian yang dilindungi berasaskan syarat sijil Anda. Penyertaan bermula pada tempoh Takaful seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Justeru, Dana Risiko ialah kumpulan wang yang mewakili Sumbangan yang dicarum oleh semua Peserta di mana pembayaran tuntutan dibuat daripada dana ini. Sebarang keuntungan dan kerugian pelaburan aset Dana Risiko dikreditkan kepadanya dan sebarang kos yang terlibat untuk mengatur takaful semula Dana Risiko dicajkan kepadanya. Kami berhak untuk melindungi semula sepenuhnya Dana Risiko, dan dalam keadaan tersebut, Dana Risiko menjadi sifar dan semua tuntutan dan manfaat akan dibayar di bawah program takaful semula kami. Kami akan berusaha untuk mendapatkan takaful semula yang mematuhi prinsip dan garis panduan Syariah yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Bahagian Lebihan Anda

Lebihan atau defisit mungkin timbul dalam Dana Risiko, bergantung pada bilangan dan jumlah tuntutan yang dibayar secara terkumpul dan berasaskan prestasi pelaburan aset di mana Dana Risiko dilaburkan. Kami mungkin memperuntukkan sebahagian daripada lebihan sebagai rizab untuk mengukuhkan keupayaan membayar tuntutan Dana Risiko. Sebarang lebihan selepas mengenakan caj kami yang timbul secara pro rata berkaitan dengan

Sumbangan Anda akan dikumpulkan di bawah sijil Anda dalam tempoh Perlindungan Takaful dan perlu dibayar kepada Anda selepas tamat Tempoh Perlindungan Takaful. Lebihan mungkin tidak akan dibayar kepada Anda jika

Anda telah membuat tuntutan di bawah sijil Anda. Jika terdapat defisit keseluruhan dalam Dana Risiko, Kami akan membiayai defisit tersebut menerusi pinjaman tanpa faedah (Qard-al Hassan) daripada modal sokongan sehinggalah

Dana Risiko kembali mencapai tahap lebihan.

Menuntut Lebihan Anda

Anda akan dimaklumkan jika terdapat lebihan melebihi RM10 yang perlu dibayar kepada Anda, di alamat terakhir

Anda yang diketahui oleh Kami. Jika terdapat lebihan tetapi kelayakan Anda kurang atau bersamaan dengan RM10, ia akan diagihkan kepada satu atau lebih badan kebajikan berdaftar yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah kami.

Insentif Kami

Kami berusaha untuk menguruskan Dana Risiko dengan cara yang meminimumkan risiko Takaful dan memaksimumkan lebihan dengan mengamalkan pengunderaitan yang teliti. Lebihan Takaful timbul apabila terdapat lebihan positif daripada Sumbangan selepas membayar tuntutan dan memperuntukkan rizab untuk memenuhi kos bayaran masa depan tuntutan yang telah dibuat. Sebagai ganjaran kerana perkhidmatan ini, Kami berkongsi 80% daripada lebihan Takaful dan baki 20% akan disimpan untuk diagihkan di kalangan Peserta yang layak.

Caj Kami

Sumbangan Anda adalah tertakluk kepada yuran Wakalah merangkumi 35% daripada Sumbangan. Caj ini dikenakan terhadap Sumbangan Anda sebelum ia dipindahkan kepada Dana Risiko untuk meliputi yang berikut:-

· Kos jualan dan pentadbiran perniagaan kami

· Kos mentadbir sijil sepanjang Tempoh Perlindungan Takaful

· Perkhidmatan teknikal menguruskan Dana Risiko demi manfaat bersama para peserta, memastikan bahawa risiko Takaful dinilai dengan sewajarnya, rizab mencukupi diperuntukkan tepat pada masanya dan dilaburkan dengan sewajarnya.

Jika Kami ingin mengubah jumlah yuran Wakalah ini, Kami hendaklah memaklumkan Anda secara bertulis sebelum melaksanakan pertukaran tersebut.

Maklumat Am

Sila baca seluruh dokumen dengan teliti untuk memastikan ia sesuai untuk keperluan Anda. Jika Anda mempunyai apa-apa soalan, sila hubungi Kami melalui telefon 1-800-88-9659 atau faks 03-2026 9658.

Sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat Anda, sila maklumkan kepada Kami dengan serta-merta.

Jika Anda tidak berpuas hati dengan keputusan Kami berkaitan dengan tuntutan, Anda boleh merujuk kepada Unit Aduan Kami di 1-800-88-9659, faks kepada Kami di 03-20318976 atau menulis surat kepada Kami di Peti Surat 13343, 50806 Kuala Lumpur, Malaysia atau ke badan berikut.

(5)

Biro Timbang Tara Kewangan

Tingkat 25, Dataran Kewangan Darul Takaful No. 4 Jalan Sultan Sulaiman

50000 Kuala Lumpur

Tel: 03-2272 2811 Faks: 03-2274 5752

Jabatan Pengguna & Amalan Pasaran

Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur

Tel: 03 – 2698 8044 Faks: 03 – 2691 4086

Kami menasihatkan anda menghubungi mereka sebelum membuat aduan bertulis tentang perkara tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Takaful, anda boleh menghubungi BNMLINK dan BNMTELELINK. Maklumat hubungan BNMLINK dan BNMTELELINK adalah:-

BNMLINK

Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara Malaysia Peti Surat 10922 50929 Kuala Lumpur Tel: 03-26988044 sambungan 8950/8951 Faks: 03-21741515 BNMTELELINK Tel: 1-300-88-5465 (LINK) E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Kami menasihatkan anda menghubungi mereka sebelum membuat aduan bertulis tentang perkara tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Takaful, anda boleh menghubungi BNMLINK dan BNMTELELINK. Maklumat hubungan BNMLINK dan BNMTELELINK adalah:-

(6)

SIJIL

Sebagai pertimbangan kerana Anda membayar Sumbangan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual kepada Dana Risiko Am berasaskan Tabarru’, Takaful ini akan melindungi Anda daripada kerugian, kerosakan atau liabiliti seperti dihuraikan dalam Sijil ini yang berlaku dalam Tempoh Takaful tertakluk kepada terma, syarat dan pengendorsan Sijil ini.

Kami bersetuju, tertakluk kepada Terma dan Syarat yang terkandung di dalamnya atau diendors atau dinyatakan sebaliknya, bahawa jika Harta Benda Dilindungi yang dinyatakan dalam Jadual atau mana-mana bahagian harta benda tersebut musnah atau rosak akibat Kebakaran atau Petir dalam Tempoh Takaful yang dinyatakan dalam Jadual atau mana-mana tempoh seterusnya yang mana Anda telah membayar dan Kami telah menerima Sumbangan yang dikehendaki untuk pembaharuan Sijil ini, Kami akan membayar atau menggantikan untuk Anda nilai Harta Benda Dilindungi pada masa berlaku kemusnahannya atau jumlah kerosakan.

Dengan syarat bahawa liabiliti Kami dalam apa jua hal hendaklah tidak melebihi bagi setiap jumlah yang dinyatakan dalam Jadual untuk dilindungi atau secara keseluruhannya Jumlah Besar Dilindungi atau jumlah lain yang boleh digantikan dengan pengendorsan padanya atau dilampirkan yang ditandatangani oleh atau bagi pihak Kami.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa Anda hendaklah menunaikan dan mematuhi terma, syarat dan pengendorsan Sijil ini sejauh yang berkaitan dengan apa-apa yang perlu dilakukan atau dipatuhi oleh Anda sebelum Kami

menunaikan tanggungjawab Kami untuk membuat sebarang bayaran di bawah Sijil ini.

Syarat 1. Keterangan Salah

Jika terdapat sebarang keterangan salah yang ketara berkenaan mana-mana harta benda yang dilindungi di dalam ini, atau mana-mana bangunan atau tempat yang menempatkan harta benda, atau sebarang keterangan salah berkenaan apa-apa fakta penting yang perlu diketahui untuk menganggarkan risiko, atau sebarang kegagalan untuk menyatakan fakta tersebut, Kami tidak akan bertanggungjawab di bawah Sijil ini setakat yang berkaitan dengan harta benda yang dikaitkan dengan mana-mana keterangan salah, pernyataan salah atau kegagalan menyatakan fakta.

2. Bayaran Sumbangan

Bayaran bagi sebarang Sumbangan tidak akan dianggap sebagai bayaran kepada Kami melainkan satu bentuk resit bercetak yang ditandatangani oleh seorang wakil yang sah atau Ejen yang Kami lantik telah diberikan kepada Anda.

3. Insurans / Takaful Bersama

Anda hendaklah memberi notis kepada Kami tentang sebarang Insurans atau Takaful yang sudah berkuat kuasa, atau yang mungkin berkuat kuasa kemudiannya, yang melindungi mana-mana harta benda yang dilindungi di bawah Sijil ini, dan melainkan notis sedemikian diberikan dan butir-butir Insurans atau Takaful

dinyatakan atau diendors pada Sijil ini oleh atau bagi pihak Kami sebelum berlaku sebarang kerugian atau kerosakan, semua manfaat di bawah Sijil ini akan dibatalkan.

4. Identiti / Anjakan

Semua Takaful di bawah Sijil ini:

(1) bagi mana-mana bangunan atau sebahagian daripada mana-mana bangunan; (2) bagi mana-mana harta benda yang terkandung dalam mana-mana bangunan;

(3) bagi sewa atau perkara lain dalam Takaful yang berkenaan atau berkaitan dengan mana-mana bangunan atau mana-mana harta benda yang terkandung dalam bangunan; akan ditamatkan dengan serta-merta apabila berlaku sebarang keruntuhan atau anjakan:

(a) bangunan atau mana-mana bahagiannya, atau

(b) seluruh atau mana-mana bahagian rangkaian bangunan atau sebarang struktur yang menjadi sebahagian daripada bangunan, dengan syarat keruntuhan atau anjakan tersebut membabitkan seluruh atau sebahagian besar atau sebahagian penting daripada bangunan tersebut atau menjejaskan penggunaan bangunan tersebut atau mana-mana bahagiannya atau menyebabkan bangunan tersebut atau mana-mana bahagiannya atau mana-mana harta benda di dalamnya tertakluk kepada risiko lebih tinggi atau kebakaran atau sebaliknya penting.

Dan dengan syarat bahawa keruntuhan atau anjakan tersebut tidak disebabkan oleh kebakaran, kerugian atau kerosakan yang dilindungi oleh Sijil ini atau akan dilindungi jika bangunan, rangkaian bangunan atau struktur tersebut dilindungi di bawah Sijil ini.

Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding, beban untuk membuktikan bahawa mana-mana keruntuhan atau anjakan adalah disebabkan oleh kebakaran seperti yang dinyatakan adalah terletak pada Anda.

(7)

5. Pengecualian Perlindungan (i) Takaful ini tidak melindungi:

(a) Kerugian disebabkan kecurian sewaktu atau selepas berlaku kebakaran;

(b) Kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang berlaku disebabkan penapaian, pemanasan semula jadi atau pembakaran spontan (kecuali seperti yang ditetapkan menurut Syarat 8 (f) atau disebabkan ia melalui proses pemanasan atau pengeringan; atau

(c) Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada; (i) Pembakaran harta benda atas arahan mana-mana pihak berkuasa; atau (ii) Kebakaran bawah tanah.

6. Pengecualian Perlindungan (ii)

Takaful ini tidak melindungi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian berikut, khususnya:

(a) Gempa bumi, letupan gunung berapi atau gegaran alam yang lain; (b) Taufan, hurikan, puting beliung, siklon atau gangguan atmosfera yang lain;

(c) Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara;

(d) Dahagi, rusuhan, kebangkitan tentera atau awam, penentangan, pemberontakan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa, undang-undang tentera atau keadaan pengepungan atau apa-apa kejadian atau sebab yang menentukan perisytiharan atau pengekalan undang-undang tentera atau pengepungan; atau

(e) Sebarang tindakan keganasan –

Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermakna tindakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancamannya, oleh mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.

Sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku semasa wujudnya keadaan luar biasa (sama ada fizikal atau sebaliknya) yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian yang tersebut di atas, dianggap sebagai kerugian atau kerosakan yang tidak dilindungi oleh Takaful ini, melainkan setakat mana yang Anda dapat buktikan bahawa kerugian atau kerosakan tersebut telah berlaku secara berasingan daripada keadaan luar biasa tersebut.

Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding di mana Kami mendakwa bahawa kerana peruntukan syarat ini, sebarang kerugian atau kerosakan tidak dilindungi oleh Takaful ini, beban untuk membuktikan bahawa kerugian atau kerosakan sedemikian adalah dilindungi terletak pada Anda.

7. Pencemaran / Kontaminasi

Takaful ini tidak melindungi sebarang liabiliti bagi:

Kerugian akibat kemusnahan atau kerosakan disebabkan pencemaran atau kontaminasi kecuali (melainkan dikecualikan) kemusnahan atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi adalah disebabkan oleh:

(i) Pencemaran atau kontaminasi yang dengan sendirinya adalah akibat kejadian luar jangka yang dilindungi; atau

(ii) sebarang kejadian luar jangka yang dilindungi yang dengan sendirinya adalah akibat daripada pencemaran atau kontaminasi.

8. Harta Benda Dikecualikan

Melainkan dinyatakan sebaliknya secara khusus dalam Sijil, Takaful ini tidak melindungi:

a) Barangan yang dipegang atas amanah atau berasaskan komisen; b) Jongkong emas atau permata berharga belum berikat;

c) Sebarang barang aneh atau hasil kerja seni bagi jumlah melebihi RM500; d) Manuskrip, pelan, lukisan, atau rekaan, corak, model atau acuan;

e) Sebarang jenis sekuriti, tanggungan atau dokumen, setem, duit syiling atau wang kertas, cek, buku akaun atau buku perniagaan yang lain, atau rekod sistem komputer;

f) Batu arang, daripada kerugian atau kerosakan yang berlaku disebabkan oleh pembakaran spontannya;

g) Bahan letupan;

h) Sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada letupan; tetapi kerugian atau kerosakan disebabkan oleh letupan dandang domestik dan gas yang digunakan untuk pencahayaan atau tujuan domestik dalam bangunan yang tidak mempunyai bekalan

(8)

gas dan tidak membentuk sebahagian daripada mana-mana kerja gas, akan dianggap kerugian atau kerosakan akibat kebakaran dalam erti kata Sijil ini; atau

i) Sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada pembakaran hutan, belukar, lalang, prairie, pampas atau rimba, sama ada tidak disengajakan atau sebaliknya, dan pemugaran tanah secara pembakaran.

9. Perubahan Risiko

Di bawah mana-mana keadaan berikut, Takaful ini tidak lagi melindungi harta benda terbabit melainkan Anda, sebelum berlaku sebarang kerugian atau kerosakan, mendapatkan persetujuan daripada Kami, menerusi pengendorsan Sijil, oleh atau bagi pihak Kami:

(a) Jika perdagangan atau pengilangan yang dijalankan ditukar, atau jika jenis penghunian atau keadaan lain membabitkan bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang dilindungi ditukar dengan cara yang boleh meningkatkan risiko kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran; (b) Jika bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang dilindungi tidak diduduki dan

kekal dalam keadaan demikian untuk tempoh melebihi tiga puluh (30) hari;

(c) Jika harta benda yang dilindungi dipindahkan ke mana-mana bangunan atau tempat selain daripada yang dinyatakan sebagai dilindungi di dalam ini;

(d) Jika kepentingan dalam harta benda yang dilindungi berpindah daripada Anda selain daripada mengikut wasiat atau penguatkuasaan undang-undang; atau

(e) Jika notis pindah atas perintah Pihak Berkuasa tempatan untuk pengambilan atau pemerolehan tanah yang menempatkan harta benda yang dilindungi telah dikeluarkan.

10. Fasal Marin

Takaful ini tidak melindungi sebarang kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang, pada masa berlaku kerugian atau kerosakan, adalah dilindungi oleh atau akan dilindungi, tetapi disebabkan kewujudan Sijil ini, dilindungi oleh mana-mana Sijil Marin kecuali berhubung dengan mana-mana Lebihan yangmelebihi jumlah sepatutnya dibayar di bawah Sijil Marin sekiranya Takaful ini tidak berkuat kuasa.

11. Pembatalan

Kami boleh membatalkan Sijil ini pada bila-bila masa jika Kami menghantar notis bertulis tujuh hari ke alamat terakhir Anda yang Kami ketahui. Jika anda belum pernah membuat tuntutan sepanjang Tempoh Takaful,

Anda layak mendapat bayaran balik sebahagian daripada Sumbangan Anda bagi Tempoh Takaful yang belum luput.

Jika Anda membatalkan Sijil ini, Kami akan memulangkan sebarang Sumbangan Takaful yang Anda bayar ditolak jumlah bagi tempoh Anda dilindungi dengan syarat Anda tidak membuat tuntutan sepanjang tempoh tersebut. Sumbangan minimum RM75.00 akan ditolak dari jumlah yang akan dibayar balik kepada anda apabila Sijil dibatalkan.

12. Kejadian Kerugian atau Kerosakan

Apabila berlaku sebarang kerugian atau kerosakan Anda hendaklah memberi notis kepada Kami dan hendaklah menghantarnya kepada Kami dalam masa lima belas hari (15) selepas kerugian atau kehilangan, atau masa selanjutnya yang Kami boleh benarkan secara bertulis:

(a) Tuntutan secara bertulis bagi kerugian atau kerosakan, mengandungi butiran teliti yang dibuat dengan wajar dan munasabah kesemua barangan atau item harta benda yang rosak atau musnah, dan jumlah kerugian atau kerosakan masing-masing, berasaskan nilainya pada masa kerugian atau kerosakan, tidak termasuk sebarang jenis keuntungan; dan

(b) Butiran semua Takaful/ Insurans lain, jika ada.

Anda hendaklah juga pada setiap masa atas perbelanjaan Anda sendiri, mengeluarkan, mendapatkan dan memberikan kepada Kami kesemua butiran lanjut, pelan, spesifikasi, buku, baucar, invois, pendua atau salinannya, dokumen, bukti dan maklumat berkaitan tuntutan serta punca dan sebab kebakaran dan keadaan yang mencetuskan kerugian atau kerosakan, dan sebarang perkara yang menyentuh liabiliti atau jumlah liabiliti

Kami yang secara munasabah diperlukan oleh atau bagi pihak Kami, bersama dengan akuan bersumpah atau dalam bentuk lain yang sah di sisi undang-undang tentang kebenaran tuntutan dan tentang sebarang perkara berkaitan dengannya.

Tuntutan di bawah Sijil ini tidak akan dibayar melainkan terma bagi syarat ini telah dipatuhi.

13. Perbelanjaan Memadam Kebakaran

Takaful di bawah sijil ini dilanjutkan untuk meliputi:

(9)

(b) Kos menggantikan peralatan memadam api dan kemusnahan atau kerosakan kepada bahan (termasuk pakaian dan barangan peribadi kakitangan) melainkan jika tidak dilindungi secara khusus; dan

(c) Caj yang dikenakan oleh Pasukan Bomba.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa liabiliti kepada Kami berhubung dengan gaji, kos dan caj tersebut, hendaklah terhad kepada perbelanjaan yang perlu dan munasabah ditanggung untuk memadam api di lokasi atau bersebelahan lokasi harta benda yang dilindungi oleh Sijil ini atau yang serta-merta mengancam harta benda tersebut.

14. Hak Pengendali Takaful

Apabilaberlaku kerugian atau kerosakan kepada mana-mana harta benda yang dilindungi oleh Sijil ini, Kami

boleh:-

(a) memasuki dan mengambil dan memegang hak milik bangunan atau premis di mana kerugian atau kerosakan telah berlaku;

(b) mengambil atau meminta penghantaran mana-mana harta benda Anda di dalam bangunan atau di dalam premis pada masa berlaku kerugian atau kerosakan;

(c) menyimpan sebarang harta benda sedemikian dan memeriksa, menyusun, mengatur, mengeluarkan atau mengendalikannya, atau

(d) menjual mana-mana harta benda tersebut atau melupuskannya bagi pihak yang berkenaan.

Kuasa yang diberikan oleh Syarat ini boleh digunakan oleh Kami pada bila-bila masa hingga notis bertulis diberikan oleh Anda bahawa Anda tidak membuat sebarang tuntutan di bawah Sijil ini atau, jika sebarang tuntutan dibuat, sehingga tuntutan tersebut akhirnya ditentukan atau ditarik balik, dan Kami tidak akan, menerusi sebarang tindakan yang dilakukan untuk menggunakan atau dikatakan menggunakan kuasanya di bawah ini, menanggung sebarang liabiliti kepada Anda atau mengurangkan haknya untuk bergantung kepada mana-mana Syarat Sijil ini bagi menangani sebarang tuntutan.

Jika Anda atau sesiapa bagi pihak Anda tidak mematuhi keperluan Kami atau menyekat atau menghalang

Kami daripada melaksanakan kuasa Kami di bawah ini, semua manfaat di bawah Sijil ini akan dibatalkan.

Anda dalam apa jua keadaan tidak berhak untuk melepaskan mana-mana harta benda kepada Kami sama ada harta benda tersebut dipegang oleh Kami atau tidak.

15. Penipuan

Jika tuntutan yang dibuat didapati melibatkan penipuan dalam apa jua hal, atau jika sebarang perakuan palsu dibuat atau digunakan untuk menyokongnya, atau jika sebarang cara atau kaedah melibatkan penipuan digunakan oleh Anda atau sesiapa yang bertindak bagi pihak Anda untuk mendapatkan sebarang manfaat di bawah Sijil ini; atau, jika kerugian atau kerosakan adalah disebabkan oleh tindakan disengajakan, atau dengan kerjasama Anda; atau, jika tuntutan dibuat dan ditolak dan tindakan atau saman tidak dimulakan dalam masa tiga (3) bulan selepas penolakan, atau (dalam kes membabitkan Penimbangtaraan menurut Syarat 22 Sijil ini) dalam masa tiga (3) bulan selepas Penimbang Tara atau Pengadil membuat keputusan, semua manfaat di bawah Sijil ini akan dibatalkan.

16. Pilihan Penjelasan

Kami boleh atas pilihan Kami untuk memulihkan atau menggantikan harta yang rosak atau musnah, atau mana-mana bahagiannya, dan bukan membayar jumlah kerugian atau kerosakan, atau menyertai mana-mana-mana-mana

Syarikat atau Pengendali Takaful lain dalam berbuat demikian; tetapi Kami tidak terikat untuk memulihkan betul-betul seperti yang asal atau sepenuhnya, tetapi hanya seperti yang dibenarkan oleh keadaan dan dengan cara yang secukup dan sewajarnya, dan dalam apa jua keadaan Kami tidak terikat untuk membelanjakan lebih daripada kos yang sepatutnya untuk memulihkan harta benda kepada keadaan pada masa kerugian atau kerosakan berlaku, mahupun lebih daripada jumlah yang dilindungi oleh Kami.

Jika Kami membuat keputusan untuk memulihkan atau menggantikan mana-mana harta benda, Anda

hendaklah atas perbelanjaan Anda sendiri, menyediakan untuk Kami pelan, spesifikasi, ukuran, kuantiti, dan butiran lain yang mungkin Kami perlukan dan tiada tindakan yang Kami lakukan atau disebabkan berlaku kerana Kami dengan matlamat untuk memulihkan atau menggantikan harta benda boleh dianggap sebagai pilihan Kami untuk memulihkan atau menggantikan harta benda tersebut.

Jika dalam apa jua keadaan, Kami tidak dapat memulihkan atau membaiki harta benda yang dilindungi, disebabkan oleh sebarang peraturan perbandaran atau peraturan lain yang berkuat kuasa membabitkan penjajaran jalan, atau pembinaan bangunan, atau yang lain, Kami akan, dalam apa jua keadaan, hanya bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang diperlukan untuk memulihkan atau membaiki harta benda tersebut jika yang berkenaan boleh dipulihkan kepada keadaan asalnya secara sah di sisi undang-undang.

(10)

17. Nilai Pasaran

Sekiranya berlaku kerugian kepada harta yang dilindungi (selain stok dan barang bangunan), Kami akan membayar nilai yang dilindungi atau nilai pasaran harta yang dilindungi, yang mana lebih rendah, tertakluk kepada pemotongan sebarang Lebihan dan jumlah yang Anda perlu tanggung di bawah Sijil ini. Untuk tujuan syarat ini, nilai pasaran bermakna nilai harta benda yang dilindungi pada masa kerosakan atau kerugian ditolak peruntukan bagi kelusuhan dan kehausan dan / atau susut nilai.

Nilai Pasaran harta benda yang dilindungi, bagi tujuan syarat ini, hendaklah ditentukan menerusi penilaian yang

Kami perolehi daripada pengeluar, ejen tunggal atau ejen yang sah, broker yang sah, pengedar yang sah atau kontraktor bangunan, mengenai kos penggantian atau pemulihan, selepas ditolak susut nilai berpatutan, harta benda dilindungi yang rosak atau kerugian sebagaimana keadaannya pada masa kerosakan atau kerugian tersebut berlaku.

Sekiranya pada masa kerosakan atau kerugian berlaku, tiada pengeluar, ejen tunggal atau ejen yang sah, broker yang sah, pengedar yang sah atau kontraktor bangunan bagi harta benda yang dilindungi, penilaian akan diperolehi daripada Jurutaksir Berlesen di bawah Akta Takaful 1984 atau Jurunilai Berdaftar di bawah Akta Jurunilai, Jurutaksir dan Ejen Hartanah 1981 yang dilantik bersama oleh kedua-dua pihak. Penilaian harta benda yang dilindungi oleh pengeluar, ejen tunggal atau ejen yang sah, broker yang sah, pengedar yang sah, kontraktor bangunan, Jurutaksir Berlesen di bawah Akta Takaful 1984 atau Jurunilai Berdaftar di bawah Akta Jurunilai, Jurutaksir dan Ejen Hartanah 1981 hendaklah diterima sebagai bukti muktamad bagi nilai pasaran harta yang dilindungi dalam sebarang prosiding undang-undang terhadap Kami.

18. Subrogasi

Anda hendaklah, di atas tanggungan Kami, melakukan, dan bersetuju untuk melakukan dan membenarkan segala tindakan dan perkara yang perlu atau diperlukan dengan sewajarnya oleh Syarikat untuk tujuan menguatkuasakan hak atau remedi, atau untuk mendapatkan pampasan atau indemniti daripada pihak lain di mana Kami layak atau akan menjadi layak untuk menerima secara subrogasi selepas membayar atau menjelaskan sebarang kerugian atau kerosakan di bawah Sijil ini sama ada tindakan atau perkara tersebut telah menjadi atau akan menjadi perlu atau diperlukan sebelum atau selepas indemniti dibayar oleh Kami.

19. Sumbangan kepada Penjelasan Tuntutan

Jika pada masa kerugian atau kerosakan berlaku kepada mana-mana harta benda yang dilindungi, terdapat perlindungan Insurans atau Takaful lain, sama ada yang diambil oleh Anda atau mana-mana orang lain, yang melindungi harta benda yang sama, Kami tidak bertanggungjawab untuk membayar atau menyumbang lebih daripada bahagian bersekadar kerugian atau kerosakan tersebut.

20. Fasal Purata

Jika nilai harta benda yang dilindungi, pada masa berlaku kebakaran atau kerugian, secara kolektif adalah lebih tinggi daripada jumlah yang dilindungi, maka Anda hendaklah menanggung bahagian bersekadar kerugian dengan sewajarnya. Setiap item dalam Sijil, jika lebih daripada satu, adalah tertakluk secara berasingan kepada Syarat ini.

21. Menetapkan Semula Jumlah Dilindungi

Sekiranya berlaku kerugian, Takaful ini akan terus berkuat kuasa bagi jumlah penuh yang dilindungi dan Anda

bertanggungjawab untuk membayar Sumbangan tambahan pada kadar yang dinyatakan dalam sijil dikira berasaskan jumlah kerugian secara pro rata dari tarikh kerugian tersebut hingga luput Tempoh Takaful semasa.

22. Penimbangtaraan

Jika timbul sebarang percanggahan mengenai jumlah sebarang kerugian atau kerosakan, percanggahan tersebut hendaklah, secara berasingan daripada persoalan lain, dirujuk untuk diputuskan oleh seorang Penimbangtara yang dilantik secara bertulis oleh pihak yang bercanggah, atau, jika mereka tidak dapat bersetuju mengenai penimbangtara tunggal, keputusan tersebut hendaklah dirujuk kepada dua pihak yang berkecuali sebagai Penimbangtara, di mana seorang hendaklah dilantik secara bertulis oleh setiap pihak dalam tempoh dua (2) bulan kalendar selepas dikehendaki untuk berbuat demikian oleh salah satu pihak. Sekiranya mana-mana pihak enggan atau gagal melantik seorang Penimbangtara dalam tempoh dua (2) bulan kalendar selepas menerima notis secara bertulis yang membuat pelantikan, pihak lain berhak untuk melantik Penimbangtara tunggal dan sekiranya kedua-dua penimbangtara tidak bersetuju, percanggahan tersebut hendaklah dirujuk untuk diputuskan oleh seorang pengadil yang dilantik oleh mereka secara bertulis sebelum membuat rujukan tersebut dan yang akan duduk bersama Penimbangtara dan mempengerusikan mesyuarat antara mereka. Kematian mana-mana pihak tidak akan membatalkan atau mempengaruhi kewibawaan atau kuasa Penimbangtara atau Pengadil masing-masing dan sekiranya berlaku kematian Penimbangtara atau Pengadil, dalam setiap kes seorang pengganti hendaklah dilantik oleh pihak yang melantik Penimbangtara atau Pengadil (yang mana berkenaan) yang meninggal dunia tersebut. Kos rujukan dan keputusan tersebut hendaklah ditentukan atas budi bicara Penimbangtara, atau Pengadil yang membuat keputusan. Dan dengan ini dinyatakan dan diakui secara khusus bahawa adalah menjadi syarat sebelum sebarang tindakan diambil atau saman dikemukakan berkenaan sijil ini bahawa keputusan oleh Penimbangtara atau pengadil tersebut mengenai jumlah kerugian atau kerosakan diperolehi terlebih dahulu.

(11)

23. Had Masa

Dalam apa jua kes Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan selepas tamat tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh berlaku kerugian atau kerosakan melainkan tuntutan tertakluk kepada tindakan atau penimbangtaraan yang akan dilaksanakan.

24. Notis kepada Kami

Setiap notis dan komunikasi lain yang dihantar kepada Kami yang diperlukan oleh Syarat ini mesti bertulis atau bercetak.

25. Makna

Sijil ini dan Jadual hendaklah dibaca bersama sebagai satu kontrak dan mana-mana perkataan atau pernyataan yang mempunyai makna tertentu pada mana-mana bahagian Sijil ini atau Jadual hendaklah membawa makna yang sama di mana-mana ia digunakan.

26. Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan

Jika Kami mendapati atau mempunyai sebab untuk mengesyaki Sijil ini dieksploitasi untuk kegiatan pengubahan wang haram, untuk membiayai aktiviti keganasan atau jika arahan / permintaan Anda menjurus kepada perbuatan yang melanggar sebarang sekatan / undang-undang, Kami berhak untuk menolak arahan / permintaan Anda atau menamatkan Sijil ini dengan serta-merta. Kami kemudiannya boleh menguruskan semua sumbangan yang dibayar dan semua manfaat / jumlah perlu dibayar berkenaan dengan Sijil ini dengan apa jua cara tetapi tidak terhad kepada menyerahkannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

27. Kebenaran untuk Mendedahkan Maklumat Peribadi

Anda memberi kebenaran yang tidak boleh ditarik balik dan mengesahkan bahawa Kami boleh menggunakan, mendedahkan, memindahkan atau bertukar segala maklumat peribadi yang diberikan kepada Kami untuk tujuan skim Takaful ini:

i) kepada mana-mana syarikat atau ejen Kumpulan HSBC atau mana-mana pihak ketiga untuk memudahkan perjalanan perniagaan Kami atau operasi prosedur dalaman Kami;

ii) kepada Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa lain yang berkenaan;

iii) kepada mana-mana pihak ketiga dalam industri insurans atau Takaful untuk penyenggaraan pangkalan data, analisis statistik, anti penipuan, pengesahan tuntutan atau hal-ehwal operasi;

iv) untuk mencegah atau memudahkan penyiasatan aktiviti jenayah atau untuk mengesan penipuan; dan v) untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Anda hendaklah memastikan Kami diberi maklumat terkini tentang sebarang Maklumat Peribadi secepat yang munasabah. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian langsung atau tidak langsung disebabkan oleh Maklumat Peribadi yang tidak tepat dan tidak lengkap.

Waranti / Fasal / Pengendorsan – Diguna Pakai Hanya Jika Dinyatakan Secara Khusus Dalam Jadual Fasal dan Waranti yang membentuk sebahagian daripada Sijil:-

Waranti Sumbangan

Adalah penting dan menjadi syarat khas mutlak Sijil ini bahawa Sumbangan yang perlu dibayar mesti dibayar dan diterima oleh Pengendali Takaful dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh permulaan Sijil/ Pengendorsan/ Pembaharuan Sijil ini.

Jika syarat ini tidak dipatuhi maka Sijil ini akan dibatalkan secara automatik dan Pengendali Takaful berhak menyimpan Sumbangan secara pro rata bagi tempoh mereka menanggung risiko.

Di mana Sumbangan perlu dibayar menurut waranti ini diterima oleh ejen Pengendali Takaful yang sah, bayaran tersebut hendaklah dianggap sebagai diterima oleh Pengendali Takaful bagi tujuan waranti ini dan tanggungjawab membuktikan bahawa Sumbangan perlu dibayar telah diterima oleh seseorang, termasuk ejen Takaful, yang tidak diberi kuasa untuk menerima Sumbangan tersebut, terletak pada Pengendali Takaful.

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.

Fasal Penjelasan Kerosakan Harta Benda

Kerosakan harta yang dilindungi di bawah Sijil ini hendaklah bermakna kerosakan fizikal kepada bahan.

Kerosakan fizikal kepada bahan harta benda adalah tidak termasuk kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal.

(12)

Seterusnya perkara berikut dikecualikan daripada Sijil ini:-

A) Kehilangan atau kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer yang disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal, dan sebarang kerugian disebabkan gangguan perniagaan akibat daripada kehilangan atau kerosakan tersebut. Walau apa pun yang terkandung dalam pengecualian ini, kehilangan atau kerosakan data atau perisian, yang merupakan kesan langsung kerosakan fizikal terlindung kepada bahan atau harta benda, adalah dilindungi; dan

B) Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan fungsi, ketersediaan, julat penggunaan atau kebolehcapaian data, perisian atau program komputer dan sebarang kerugian akibat gangguan perniagaan yang timbul daripada kehilangan atau kerosakan tersebut.

Fasal Pengecualian Risiko Radioaktif / Tenaga Nuklear

Takaful ini tidak melindungi kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan dalam bentuk apa sekalipun yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh atau akibat daripada atau berkaitan dengan mana-mana kejadian berikut tanpa mengira sebarang punca atau kejadian lain atau sebarang turutan lain yang secara serentak menyumbang kepada kerugian:

(a) radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan api nuklear atau daripada apa-apa bahan buangan nuklear atau daripada pembakaran atau bahan api nuklear;

(b) kesan radioaktif, toksik, bahan letupan atau bahaya lain atau pencemaran mana-mana loji nuklear, reaktor atau pemasangan nuklear lain atau komponen nuklear; atau

(c) apa-apa senjata peperangan yang menggunakan pembelahan atom atau nuklear atau tindak balas atau kuasa atau bahan radioaktif lain sepertinya.

FASAL PEMEGANG GADAI JANJI (PEMEGANG CAGARAN)

Kerugian, jika ada, yang perlu dibayar kepada Pemegang Gadai Janji yang dinyatakan dalam Jadual, apabila kepentingannya timbul dalam Takaful ini, hanya setakat melibatkan kepentingan Pemegang Gadai Janji (Pemegang Cagaran) di dalamnya, tidak akan terbatal oleh sebarang tindakan atau kecuaian Penggadai Janji (Pencagar) atau Pemilik harta benda yang dihuraikan di dalam ini atau oleh sebarang perampasan hartanah atau prosiding lain atau notis jualan berkaitan dengan harta benda tersebut atau oleh penggunaan premis untuk tujuan lebih berbahaya daripada yang dibenarkan oleh Sijil ini, atau akibat hartanah tidak dihuni, atau oleh sebarang peningkatan risiko lain ke atas harta benda yang dilindungi di bawah ini, dengan syarat bahawa sekiranya Penggadai Janji (Pencagar) atau Pemilik gagal membayar sumbangan di bawah Sijil ini, Pemegang Gadai Janji (Pemegang Cagaran) hendaklah membayarnya apabila diminta. Dengan syarat selanjutnya bahawa Pemegang Gadai Janji (Pemegang Cagaran) hendaklah memberitahu Kami sekiranya hartanah tidak dihuni atau mengenai sebarang pertukaran pemilikan atau penghunian atau peningkatan tahap bahaya yang diketahui oleh Pemegang Gadai Janji (Pemegang Cagaran) dan melainkan dibenarkan oleh Sijil ini hendaklah diambil kira dan Pemegang Gadai Janji (Pemegang Cagaran) hendaklah apabila diminta membayar Sumbangan untuk sebarang peningkatan bahaya sedemikian bagi tempohnya, jika tidak Sijil ini dianggap batal dan tidak sah. Dengan ini dipersetujui selanjutnya bahawa apabila Kami akan membayar kepada Pemegang Gadai Janji sebarang jumlah bagi kerugian atau kerosakan di bawah Sijil ini dan mendakwa kepada Penggadai Janji (Pencagar) atau Pemilik bahawa liabiliti tidak wujud, Kami akan mendapat semua hak subrogasi Pemegang Gadai Janji (Pemegang Cagaran) setakat bayaran sedemikian tetapi tidak sehingga menjejaskan hak Pemegang Gadai Janji (Pemegang Cagaran) tersebut untuk memperoleh semula jumlah penuh sebarang tuntutan yang mungkin ada olehnya terhadap Penggadai Janji (Pencagar) atau Pemilik atau mana-mana pihak lain yang dilindungi atau daripada mana-mana sekuriti atau dana yang boleh didapati.

FASAL TIADA PEMBATALAN

Dan adalah dipersetujui selanjutnya bahawa pembatalan Sijil ini tidak boleh dilakukan oleh Anda kecuali selepas memberi notis secara bertulis kepada Pemegang Gadai Janji (Pemegang Cagaran) empat belas (14) hari terlebih dahulu ke alamat terakhir Pemegang Gadai Janji (Pemegang Cagaran) yang diketahui.

FASAL PENENTUAN TARIKH

Dengan itu diperakui dan dipersetujui bahawa dengan ini Sijil dipinda sebagaimana berikut:

A) Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian atau kerosakan termasuk kerugian akibat kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal atau sebarang kerugian yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, merangkumi, atau timbul daripada, kegagalan atau kehilangan upaya mana-mana komputer, peralatan pemprosesan data, mikrocip media, sistem operasi, mikropemproses (cip komputer), litar bersepadu atau alat yang serupa, atau sebarang perisian komputer, sama ada milik Anda atau tidak, dan sama ada berlaku sebelum, semasa atau selepas tahun 2000 akibat daripada kegagalan atau kehilangan upaya peralatan tersebut dan/atau perisian seperti yang dinyatakan di atas untuk:

(13)

1. menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar yang sebenar;

2. merakam, menyimpan atau mengekalkan, dan/atau memanipulasi, mentafsir atau memproses dengan betul sebarang data atau maklumat atau perintah atau arahan akibat menganggap sebarang tarikh lain sebagai tarikh kalendar sebenar; dan/atau

3. merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses dengan betul sebarang data akibat daripada operasi sebarang perintah yang telah diprogramkan ke dalam mana-mana perisian komputer, iaitu perintah yang menyebabkan kehilangan data atau kehilangan upaya untuk merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses data tersebut dengan betul pada atau selepas sebarang tarikh.

B) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk pembaikan atau pengubahsuaian mana-mana bahagian mana-mana sistem pemprosesan data elektronik atau mana-mana bahagian mana-mana peralatan dan/atau perisian seperti yang disenaraikan dalam bahagian A di atas.

C) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung berpunca daripada sebarang nasihat, perundingan, rekaan, penilaian, pemeriksaan, pemasangan, penyenggaraan, pembaikan atau penyeliaan yang dilakukan oleh Anda atau untuk Anda atau oleh atau untuk orang lain bagi menentukan, memperbetulkan atau menguji, sebarang potensi atau kegagalan sebenar, kerosakan atau kekurangan yang dinyatakan dalam bahagian A di atas.

D) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian turutan akibat daripada sebarang kehilangan upaya berterusan komputer dan peralatan yang dinyatakan dalam bahagian A di atas untuk menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar sebenar selepas kerugian atau kerosakan harta telah diganti atau dibaiki.

Kerugian atau kerosakan sedemikian atau sebarang kerugian turutan yang dirujuk dalam bahagian A, B, C atau D di atas, dikecualikan tanpa mengira sebarang sebab lain atau dalam sebarang turutan lain yang secara serentak menyumbang kepadanya.

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.

KEROSAKAN AKIBAT PESAWAT

Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan Tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini dipersetujui dan diperakui bahawa Takaful di bawah Sijil ini, tertakluk kepada Syarat Khas yang terkandung selepas ini, dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan (disebabkan oleh kebakaran atau selainnya) kepada harta benda yang Dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh pesawat dan peralatan udara lain dan/atau barang yang terjatuh daripadanya.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua syarat Sijil adalah berkuat kuasa seolah-olah syarat telah dimasukkan di dalam ini dan untuk tujuan ini sebarang kerugian atau kerosakan seperti yang dinyatakan adalah dianggap sebagai kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran.

SYARAT KHAS

1) Liabiliti Kami dalam apa jua keadaan di bawah Pengendorsan dan Sijil ini adalah tidak melebihi jumlah yang dilindungi untuk setiap item dalam Sijil.

2) Takaful ini tidak melindungi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana pesawat yang mendapat kebenaran untuk mendarat daripada Anda.

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.

GEMPA BUMI DAN LETUPAN GUNUNG BERAPI

Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini Kami

bersetuju bahawa walau apa pun yang dinyatakan sebaliknya dalam Syarat No. 6 Sijil, Takaful ini dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh kebakaran atau jika tidak, disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada gempa bumi dan letupan gunung berapi.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua Syarat Sijil adalah berkuat kuasa (melainkan Syarat tersebut diubah secara khusus) dan bahawa sebarang rujukan kepada kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran adalah dianggap diguna pakai juga untuk kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh sebarang bahaya yang mana liputan Takaful ini dilanjutkan menurut Pengendorsan ini. Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.

(14)

RIBUT, ANGIN KENCANG

Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini Kami

bersetuju bahawa walau apa pun yang dinyatakan sebaliknya dalam Syarat No. 6 Sijil, Takaful ini dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh kebakaran atau jika tidak, disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada Hurikan, Siklon, Taufan dan Ribut Angin, tertakluk kepada Fasal Lebihan berikut dan Syarat Khas yang dilampirkan bersama-sama ini.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua syarat Sijil adalah berkuat kuasa (melainkan Syarat tersebut diubah secara khusus) dan bahawa sebarang rujukan kepada kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran adalah dianggap diguna pakai juga untuk kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh sebarang bahaya yang dilindungi menerusi lanjutan Takaful menurut Pengendorsan ini. Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.

Fasal Lebihan

Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa berhubung dengan kerugian atau kerosakan kepada mana-mana harta benda yang dengan ini dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh sebarang bahaya yang berkuat kuasa di bawah Fasal ini, liabiliti Kami adalah terhad kepada bahagian bersekadar jumlah yang mana kerugian atau kerosakan tersebut melebihi sama ada:

a) 1% daripada jumlah yang dilindungi daripada bahaya sedemikian ke atas harta benda tersebut oleh Sijil atas nama Anda; atau

b) RM200.00

yang mana lebih rendah, seperti yang ditentukan selepas pelaksanaan sebarang syarat purata.

Dengan ini dipersetujui selanjutnya bahawa Fasal ini berkuat kuasa secara berasingan ke atas:-

i) setiap harta benda, yang mana semua harta benda yang dilindungi di alamat yang sama akan dianggap sebagai satu harta benda; dan

ii) setiap Kejadian yang menimbulkan kerugian atau kerosakan dan untuk tujuan ini sesuatu Kejadian tidak akan dianggap tamat sehingga bebas daripada bahaya berkenaan selama tujuh (7) hari berturut-turut dan Fasal ini akan berkuat kuasa semula hanya selepas tempoh itu.

SYARAT KHAS

1. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh air atau hujan, sama ada dibawa oleh angin atau tidak, melainkan bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang dilindungi terlebih dahulu mengalami kerosakan sebenar kepada bumbung atau dinding disebabkan kuasa langsung yang sama daripada Hurikan, Siklon, Taufan dan Ribut Angin dan kemudiannya akan bertanggungjawab hanya untuk kerosakan dalaman bangunan atau harta benda yang dilindungi di dalamnya yang disebabkan oleh air atau hujan memasuki bangunan menerusi lubang pada bumbung atau dinding yang disebabkan secara langsung oleh kuasa bencana tersebut.

2. Pengendorsan ini tidak melanjutkan Takaful di bawah Sijil ini untuk meliputi:-

a) Sebarang jenis Kerugian turutan

b) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh hujan batu sama ada dibawa angin atau tidak;

c) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh tanah jerlus atau tanah runtuh kecuali apabila ia disebabkan oleh gempa bumi atau letupan gunung berapi, dengan syarat bahaya ini dilindungi oleh Sijil ini;

d) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh letupan kecuali seperti yang dinyatakan dalam Syarat 8(h) Sijil; atau

e) Kerugian atas sebab mana-mana ordinan atau undang-undang yang mengawal pembinaan atau pembaikan bangunan.

3. Kami tidak akan bertanggungjawab di bawah lanjutan ini terhadap kerugian atau kerosakan, yang mana pada masa kejadian kerugian atau kerosakan tersebut dilindungi oleh atau akan dilindungi, tetapi kerana adanya lanjutan ini, dilindungi oleh sebarang Sijil lain yang sedia ada kecuali berhubung dengan sebarang lebihan yang melebihi jumlah sepatutnya dibayar di bawah setiap Sijil tersebut seandainya Takaful ini belum berkuat kuasa.

4. Melainkan dilindungi secara khusus dan berasingan, pengendorsan ini tidak melindungi:-

a) Cerobong asap logam, sengkuap, bidai, papan tanda atau lekapan luar lain dalam apa jua rupa bentuk; dan b) Premis dalam pembinaan, pembinaan semula atau pembaikan melainkan semua pintu luar, tingkap dan

bukaan lain telah siap dan dilindungi daripada hurikan, siklon, taufan dan ribut angin apabila bahaya tersebut dilindungi oleh Sijil ini.

(15)

BANJIR

Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan Tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini Kami

bersetuju bahawa walau apa pun yang dinyatakan sebaliknya dalam Syarat No. 6 Sijil, Takaful ini dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh kebakaran atau jika tidak, disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada Banjir (termasuk limpahan air laut) tertakluk kepada Fasal Lebihan berikut dan Syarat Khas yang dilampirkan bersama-sama ini.

Perhatian: Banjir, untuk tujuan lanjutan ini, hendaklah bermakna limpahan atau lencongan daripada aliran biasa laluan air semula jadi atau buatan, kepecahan atau limpahan paip air awam dan sebarang pengaliran air lain atau pengumpulan air yang berasal dari luar bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang dilindungi, tetapi tidak termasuk kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh tanah jerlus atau tanah runtuh.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua Syarat Sijil adalah berkuat kuasa (melainkan Syarat tersebut diubah secara khusus) dan bahawa sebarang rujukan di sini kepada kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran adalah dianggap diguna pakai juga untuk kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh sebarang bahaya yang dilindungi menerusi lanjutan Takaful menurut Pengendorsan ini.

Fasal Lebihan

Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa berhubung dengan kerugian atau kerosakan kepada mana-mana harta yang dengan ini dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh sebarang bahaya yang berkuat kuasa di bawah Fasal ini, liabiliti Kami adalah terhad kepada bahagian bersekadar jumlah dalam mana kerugian atau kerosakan tersebut melebihi sama ada:

(a) 1% daripada jumlah yang dilindungi daripada bahaya sedemikian ke atas harta tersebut oleh Sijil dalam nama Anda; atau

(b) RM2,500 pertama daripada setiap satu kerugian

yang mana lebih rendah, seperti yang ditentukan selepas pelaksanaan sebarang syarat purata.

Dengan ini dipersetujui selanjutnya bahawa Fasal ini berkuat kuasa secara berasingan ke atas:-

(i) setiap harta benda, yang mana semua harta benda yang dilindungi di alamat yang sama akan dianggap sebagai satu harta benda; dan

(ii) setiap Kejadian yang menimbulkan kerugian atau kerosakan dan untuk tujuan ini sesuatu Kejadian tidak akan dianggap tamat sehingga bebas daripada bahaya berkenaan selama tujuh (7) hari berturut-turut dan Fasal ini akan berkuat kuasa semula hanya selepas tempoh itu.

SYARAT KHAS

1. Pengendorsan ini tidak melanjutkan Takaful di bawah Sijil ini untuk meliputi:-

a) Sebarang jenis Kerugian turutan

b) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh hujan batu sama ada dibawa angin atau tidak;

c) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh tanah jerlus atau tanah runtuh kecuali apabila ia disebabkan oleh gempa bumi atau letupan gunung berapi, dengan syarat bahaya ini dilindungi oleh Sijil ini;

d) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh letupan kecuali seperti yang dinyatakan dalam Syarat 8(h) Sijil; atau

e) Kerugian atas sebab mana-mana ordinan atau undang-undang yang mengawal pembinaan atau pembaikan bangunan.

2. Kami tidak akan bertanggungjawab di bawah lanjutan ini terhadap kerugian atau kerosakan, yang mana pada masa kejadian kerugian atau kerosakan tersebut dilindungi oleh atau akan dilindungi, tetapi kerana adanya lanjutan ini, dilindungi oleh sebarang Sijil atau Sijil-Sijil lain yang sedia ada kecuali berhubung dengan sebarang lebihan yang melebihi jumlah sepatutnya dibayar di bawah setiap Sijil tersebut seandainya Takaful ini belum berkuat kuasa.

3. Melainkan dilindungi secara khusus dan berasingan, pengendorsan ini tidak melindungi cerobong asap logam, sengkuap, bidai, papan tanda atau lekapan luar lain dalam sebarang rupa bentuk.

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.

LETUPAN (BUKAN PERINDUSTRIAN. TANPA DANDANG)

Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan Tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini dipersetujui dan diperakui bahawa Takaful di bawah Sijil ini, tertakluk kepada Syarat Khas yang terkandung di dalamnya, dilanjutkan untuk meliputi:-

(16)

Kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi akibat kebakaran atau jika tidak disebabkan secara langsung oleh letupan, tetapi dikecualikan kerugian atau kerosakan kepada dandang, alat penjimatan, atau bekas, mesin atau perkakas lain yang menggunakan tekanan atau kandungannya akibat daripada letupannya.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua Syarat Sijil (melainkan Syarat tersebut diubah secara khusus) adalah berkuat kuasa seolah-olah syarat telah dimasukkan di dalam ini dan untuk tujuan ini sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh letupan adalah dianggap kerugian atau kerosakan akibat kebakaran dalam erti kata Sijil ini.

SYARAT KHAS

1. Kami tidak akan bertanggungjawab di bawah lanjutan ini, terhadap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat, secara langsung atau tidak langsung, oleh sebarang tindakan keganasan yang dilakukan oleh orang yang bertindak bagi pihak atau ada hubungan dengan mana-mana organisasi.

Untuk tujuan Syarat ini, “keganasan” bermakna penggunaan kekerasan untuk tujuan politik dan termasuk sebarang penggunaan kekerasan untuk menakutkan orang ramai, atau mana-mana kumpulan orang.

Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding lain di mana Kami mendakwa bahawa kerana peruntukan syarat ini, sebarang kerugian atau kerosakan tidak dilindungi oleh Takaful ini, beban untuk membuktikan bahawa kerugian atau kerosakan sedemikian adalah dilindungi terletak pada Anda.

2. Jika terdapat sebarang insurans atau Takaful kebakaran lain yang melindungi harta benda yang dilindungi di bawah Sijil ini, Kami hanya bertanggungjawab secara pro rata dengan insurans atau Takaful kebakaran lain terhadap sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh letupan sama ada insurans atau Takaful

kebakaran lain tersebut dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan akibat letupan.

3. Kami tidak akan bertanggungjawab di bawah lanjutan ini terhadap kerugian atau kerosakan, yang mana pada masa kejadian kerugian atau kerosakan tersebut dilindungi oleh atau akan dilindungi, tetapi kerana adanya lanjutan ini, dilindungi oleh sebarang Sijil lain yang sedia ada kecuali berhubung dengan sebarang lebihan yang melebihi jumlah sepatutnya dibayar di bawah setiap Sijil tersebut seandainya Takaful ini belum berkuat kuasa.

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua syarat Sijil ini adalah berkuat kuasa (melainkan Syarat No. 8 (h) diubah secara khusus) dan bahawa sebarang rujukan kepada kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran adalah dianggap diguna pakai juga untuk kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh sebarang bahaya yang dilindungi menerusi lanjutan Takaful menurut Pengendorsan ini.

KEROSAKAN AKIBAT REMPUHAN (TERMASUK KENDERAAN ANDA SENDIRI)

Sebagai pertimbangan bagi Sumbangan tambahan, Kami dengan ini bersetuju dan memperakui bahawa Takaful di bawah Sijil ini dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang dinyatakan dalam Jadual

dan / atau kepada dinding, pintu pagar dan pagar keliling dan yang secara langsung adalah akibat rempuhan oleh mana-mana kenderaan jalan raya dan binatang, termasuk mana-mana kenderaan jalan raya dan binatang kepunyaan

Anda atau di bawah kawalan Anda, atau mana-mana anggota keluarga Anda, atau sesiapa yang berkhidmat dengan dan untuk Anda, dengan syarat RM250 pertama daripada setiap satu tuntutan di bawah pengendorsan ini hendaklah ditanggung oleh Anda, seperti yang ditentukan selepas pelaksanaan sebarang syarat purata.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua syarat Sijil adalah berkuat kuasa seolah-olah syarat telah dimasukkan di dalam ini dan untuk tujuan ini sebarang kerugian atau kerosakan seperti yang dinyatakan adalah dianggap sebagai kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran.

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.

TANGKI, PERALATAN ATAU PAIP AIR PECAH ATAU MELIMPAH

Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan Tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini dipersetujui dan diperakui bahawa perlindungan di bawah Sijil ini akan dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi yang disebabkan oleh kepecahan atau limpahan tangki, peralatan atau paip air yang dipasang di dalam atau di atas bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang dilindungi, kecuali:-

a) kerugian atau kerosakan yang berlaku semasa premis tidak dihuni; atau

b) kerugian atau kerosakan disebabkan pengaliran air atau kebocoran daripada pemasangan perenjis automatik; atau

c) RM1,000** pertama daripada setiap satu kerugian di setiap premis berasingan, seperti yang ditentukan selepas pelaksanaan sebarang purata, atau bahagian bersekadar Kami bagi jumlah tersebut.

**Di mana jumlah dilindungi adalah kurang daripada RM50,000, jumlah lebihan mungkin dikurangkan kepada 1% daripada jumlah dilindungi tertakluk kepada minimum RM100.

(17)

Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua Syarat Sijil (melainkan Syarat tersebut diubah secara khusus) adalah berkuat kuasa seolah-olah syarat telah dimasukkan di dalam ini dan untuk tujuan ini sebarang kerugian atau kerosakan seperti yang dinyatakan adalah dianggap sebagai kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran.

SYARAT KHAS

1. Liabiliti Kami dalam apa jua keadaan di bawah Pengendorsan dan Sijil ini adalah tidak melebihi jumlah yang dilindungi untuk setiap item dalam Sijil.

2. Takaful ini tidak melindungi kehilangan pendapatan, kerugian disebabkan kelewatan, kehilangan pasaran atau kerugian turutan lain atau kerugian tidak langsung atau apa jua jenis atau bentuk kerosakan kecuali kehilangan sewa apabila kerugian sedemikian dimasukkan ke dalam perlindungan di bawah sijil.

3. Anda hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk menjaga dan mengekalkan premis dalam keadaan yang baik, jika terdapat kerosakan di dalamnya maka kerosakan itu hendaklah diperbaiki dengan secepat mungkin dan pada masa yang sama langkah tambahan hendaklah diambil untuk mencegah kerugian atau kerosakan mengikut keadaan dan Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan yang tidak Anda perbaiki selepas menerima notis kerosakan tersebut sama ada daripada Kami atau sesiapa atau mana-mana badan awam.

KEROSAKAN AKIBAT RUSUHAN, MOGOK DAN PERBUATAN BERNIAT JAHAT (SELAIN HARTANAH KEDIAMAN)

Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan Tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini dipersetujuidan diperakui bahawa walau apa pun yang menyatakan sebaliknya dalam Sijil bertulis, Sijil ini dilanjutkan untuk melindungi Kerosakan Akibat Rusuhan dan Mogok yang mana untuk tujuan Pengendorsan ini hendaklah bermakna (tertakluk kepada Syarat Khas yang terkandung seterusnya):-

Kerugian atau kerosakan kepada harta yang dilindungi, yang secara langsung disebabkan oleh:-

1. Tindakan mana-mana orang yang mengambil bahagian bersama orang lain dalam sebarang kekacauan yang mengganggu ketenteraman awam (sama ada mempunyai kaitan dengan mogok atau sekatan masuk atau tidak) yang bukan merupakan kejadian yang dinyatakan dalam Syarat 6 Syarat Khas di bawah ini.

2. Tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk menamatkan atau cuba menamatkan sebarang kekacauan atau untuk mengurangkan kesan daripada kekacauan sedemikian;

3. Tindakan disengajakan oleh mana-mana pekerja yang mogok atau disekat masuk yang dilakukan untuk memperjuangkan mogok atau menentang sekatan masuk; atau

4. Tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mencegah atau untuk cuba mencegah sebarang tindakan sedemikian atau mengurangkan kesan daripada tindakan sedemikian.

Dengan ini diperakui selanjutnya bahawa walau apa pun yang terkandung di dalam Sijil bertulis, perlindungan di bawah Sijil ini dilanjutkan untuk meliputi Kerosakan Akibat Perbuatan Berniat Jahat dan untuk tujuan lanjutan ini bermakna:-

Kehilangan atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh perbuatan berniat jahat mana-mana orang (sama ada perbuatan tersebut dilakukan dalam kekacauan yang mengganggu ketenteraman awam atau tidak) yang bukan perbuatan bertujuan atau dilakukan kerana kaitan dengan kejadian yang dinyatakan Syarat Khas 6 Pengendorsan tetapi Kami tidak akan bertanggungjawab di bawah lanjutan ini terhadap sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran atau letupan atau sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada perbuatan merompak, memecah masuk rumah, mencuri atau menyamun atau sebarang percubaan untuk melakukannya atau disebabkan oleh mana-mana orang yang menyertainya.

SYARAT KHAS

Untuk tujuan Pengendorsan ini tetapi bukan untuk tujuan lain, Syarat bernombor di bawah dalam Sijil hendaklah digantikan dengan yang berikut:-

Syarat 5

Takaful ini tidak melindungi:-

a) Takaful ini tidak melindungi kehilangan pendapatan, kerugian disebabkan kelewatan, kehilangan pasaran atau kerugian turutan lain atau kerugian tidak langsung atau sebarang jenis atau bentuk kerosakan.

b) Kerugian atau kerosakan akibat pemberhentian seluruh atau sebahagian kerja atau perencatan atau gangguan atau pemberhentian sebarang proses atau operasi;

c) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh pengambilalihan kekal atau sementara akibat rampasan, penyitaan atau tuntutan oleh mana-mana pihak berkuasa yang sah; atau

d) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh pengambilalihan kekal atau sementara mana-mana bangunan akibat daripada pendudukan bangunan secara haram oleh mana-mana orang.

(18)

DENGAN SYARAT biar apa pun Kami tidak dilepaskan di bawah (c) atau (d) di atas daripada sebarang liabiliti kepada

Anda terhadap kerosakan fizikal kepada harta benda yang dilindungi yang berlaku sebelum pengambilalihan atau semasa pengambilalihan sementara.

Syarat 6

Takaful ini tidak melindungi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian berikut, khususnya:

(a) Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara;

(b) Dahagi, kekacauan awam yang meningkat ke tahap atau menjadi kebangkitan rakyat, pemberontakan tentera, kebangkitan, pemberontakan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa; atau

(c) Sebarang tindakan keganasan

Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermakna tindakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancamannya, oleh mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.

Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding di mana Kami mendakwa bahawa kerana peruntukan syarat ini, sebarang kerugian atau kerosakan tidak dilindungi oleh Takaful ini, beban untuk membuktikan bahawa kerugian atau kerosakan sedemikian adalah dilindungi terletak pada Anda.

Syarat 8

Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Sijil, Takaful ini tidak melindungi:

a) Barangan yang dipegang atas amanah atau berasaskan komisen; b) Jongkong emas atau permata berharga belum berikat;

c) Sebarang barang aneh atau hasil kerja seni bagi jumlah melebihi RM500; d) Manuskrip, pelan, lukisan, atau rekaan, corak, model atau acuan;

e) Sebarang jenis sekuriti, tanggungan atau dokumen, setem, duit syiling atau wang kertas, cek, buku akaun atau buku perniagaan yang lain, atau rekod sistem komputer;

f) Batu arang, daripada kerugian atau kerosakan yang berlaku disebabkan oleh pembakaran spontannya; g) Bahan letupan;

Syarat 11

Takaful ini boleh ditamatkan pada bila-bila masa oleh Kami dengan memberi notis yang membawa maksud tersebut kepada Anda, dalam kes ini Kami bertanggungjawab untuk membayar balik bahagian bersekadar Sumbangan bagi tempoh belum luput dari tarikh pembatalan. Jika Takaful ditamatkan atas permintaan Anda, Kami akan menyimpan

Sumbangan dikira menurut pada kadar jangka pendek bagi tempoh Takaful telah berkuat kuasa.

Syarat 20

Jika nilai harta benda yang dilindungi pada masa berlaku kebakaran atau pada permulaan sebarang kemusnahan atau kerosakan harta benda tersebut yang disebabkan oleh sebarang bahaya lain yang dilindungi oleh Pengendorsan ini secara kolektif adalah lebih tinggi daripada jumlah yang dilindungi, maka Anda hendaklah menanggung sendiri perbezaannya dan hendaklah menanggung bahagian bersekadar kerugian yang sewajarnya. Setiap item dalam Sijil, jika lebih daripada satu, adalah tertakluk secara berasingan kepada Syarat ini.

DENGAN SYARAT bahawa dengan ini dipersetujui dan diperakui secara khusus selanjutnya bahawa:-

1. Semua syarat Sijil ini akan berkuat kuasa dalam segala aspek Takaful yang diberikan di bawah lanjutan ini melainkan syarat tersebut diubah secara khusus oleh Syarat Khas di atas dan sebarang rujukan kepada kebakaran dalam Syarat Sijil hendaklah dianggap sebagai meliputi bahaya lain yang dilindungi; dan

2. Syarat Khas di dalam ini akan berkuat kuasa hanya bagi Takaful yang diberikan di bawah lanjutan ini dan Syarat Sijil akan berkuat kuasa dalam semua aspek Takaful yang diberikan oleh Sijil seolah-olah Pengendorsan ini tidak dibuat kepadanya.

BELUKAR/ LALANG

Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini Kami

bersetuju bahawa walau apa pun yang dinyatakan sebaliknya dalam Syarat No. 6 Sijil, Takaful ini dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh kebakaran atau jika tidak, disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada kebakaran belukar/lalang (dengan syarat bahawa dalam tempoh Sijil ini, segala usaha yang sewajarnya telah dibuat untuk memastikan kawasan Anda tidak ditumbuhi lalang dan belukar).

(19)

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.

KEROSAKAN AKIBAT POKOK TUMBANG ATAU DAHAN DAN OBJEK JATUH

Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini Kami

bersetuju bahawa Takaful ini dilanjutkan untuk melindungi kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang dinyatakan dalam Jadual dan/atau kepada tembok, pintu pagar dan pagar keliling dan yang berkaitan dengannya yang secara langsung adalah akibat daripada kerosakan disebabkan oleh pokok tumbang atau dahan dan objek jatuh daripadanya, dengan syarat RM250 pertama daripada setiap satu tuntutan di bawah pengendorsan ini hendaklah ditanggung oleh Anda seperti yang ditentukan selepas pelaksanaan sebarang syarat purata.

Dengan syarat bahawa semua Syarat Sijil adalah berkuat kuasa seolah-olah syarat dimasukkan di dalam ini, dan untuk tujuan ini, sebarang kerugian atau kerosakan seperti yang dinyatakan hendaklah dianggap kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran.

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.

TANAH JERLUS DAN TANAH RUNTUH

i) Perlindungan Standard

Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini Kami

bersetuju bahawa Takaful ini dilanjutkan untuk melindungi kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang dinyatakan dalam Jadual disebabkan oleh tanah jerlus dan/atau timbunan tanah di tapak bangunan atau tanah kepunyaannya, atau tanah runtuh, kecuali:-

a) Kerugian atau kerosakan kepada kolam renang, teres, laman dalam, laluan masuk ke rumah, lorong jalan kaki, tembok, pintu pagar atau pagar melainkan bangunan, binaan luarnya atau garaj dirosakkan oleh punca yang sama dan pada masa yang sama;

b) Kerugian atau kerosakan kepada atau akibat daripada pergerakan bidur lantai konkrit melainkan asas di bawah dinding luar bangunan dirosakkan oleh punca yang sama dan pada masa yang sama; atau

c) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh, menerusi, atau akibat daripada: · Hakisan pantai atau sungai;

· Perobohan, pengubahan struktur atau pembaikan struktur; · Kecacatan reka bentuk atau asas binaan tidak kukuh; atau

d) Bagi setiap satu kerugian, 5% daripada Jumlah Dilindungi atau RM25,000, yang mana lebih rendah, seperti yang ditentukan selepas pelaksanaan sebarang syarat purata.

Dengan syarat bahawa jumlah liabiliti Kami tidak melebihi Jumlah Dilindungi bagi setiap item harta benda ditolak jumlah dikecualikan di bawah (d) di atas.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua Syarat Sijil (melainkan Syarat tersebut diubah secara khusus) adalah berkuat kuasa seolah-olah syarat telah dimasukkan di dalam ini dan untuk tujuan ini sebarang kerugian atau kerosakan seperti yang dinyatakan hendaklah dianggap kerugian atau kerosakan oleh sebab kebakaran.

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.

FASAL B PENYIMPANAN SEJUK

Walaupun apa yang dinyatakan sebaliknya di dalam ini, Sijil ini melindungi kerugian atau kerosakan disebabkan oleh perubahan suhu akibat daripada kemusnahan keseluruhan atau sebahagian atau kerosakan loji penyejukan disebabkan oleh kebakaran atau bahaya lain yang dilindungi.

Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.

YURAN ARKITEK, JURUUKUR, DAN JURUTERA PERUNDING (A) (Tanpa jumlah perlindungan berasingan)

Takaful ke atas bangunan, kilang dan mesin yang dengan ini dilindungi termasuk yuran Arkitek, Juruukur Bahan dan Jurutera Perunding untuk anggaran, pelan, spesifikasi, kuantiti, tender dan penyeliaan yang perlu ditanggung untuk pemulihan harta benda yang dilindungi selepas kemusnahan atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran atau bahaya lain yang dilindungi, tetapi bukan yuran untuk menyediakan sebarang tuntutan di bawah ini. Jumlah yang boleh dibayar untuk yuran sedemikian hendaklah tidak melebihi yuran yang dibenarkan di bawah jadual yuran Persatuan profesion

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur peneliti panjatkan kehadirat Tuhan Yang Maha Esa atas rahmat dan hidayah-Nya sehingga peneliti dapat menyelesaikan skripsi dengan judul “Penerapan

19 Susu Bubuk Dewasa Berkalsium Anlene 20 Minuman Penambah Tenaga Cair Kratingdaeng 21 Minuman Penambah Tenaga Serbuk Extra Joss 22 Minuman Sari Buah Dalam Kemasan Sachet

Hutan lindung atau secara tradisional disebut tana' ulen merupakan tanah larangan dalam suatu kawasan adat ( tana' leppo ) yang penggunaan dan peruntukannya ditentukan secara

Tetapi semua hal seperti di sebutkan diatas sudah di perhatikan oleh sang pemilik pertambangan, baik dari sisi positif maupun negative. Guna lebih memanfaatkan sisi

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui (1) hasil belajar IPA pada siswa yang dibelajarkan dengan pendekatan CTL berbasis kearifan lokal (2) hasil belajar IPA pada siswa

Tahap field test ini bertujuan untuk menguji dampak potenssial produk pembelajaran yang dikembangkan terhadap motivasi belajar peserta didik.Uji coba lapangan

menyelesaikan hafalan (tidak putus ditengah jalan). d) Harus ada syekh (asatid yang sudah dikenal bagus bacaannya dan siap menyertai santri dalam menghafal, serta

Operasional variabel diperlukan untuk menentukan jenis indikator, serta skala dari variabel-variabel yang terkait dalam penelitian, sehingga pengujian hipotesis dengan alat bantu