• Tidak ada hasil yang ditemukan

Insakh Pan Dukka. Faran bin Yusoff. Kota Bharu Kelantan Darul Naim

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Insakh Pan Dukka. Faran bin Yusoff. Kota Bharu Kelantan Darul Naim"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

2

Insakh

Pan Dukka

Faran bin Yusoff

Kota Bharu

(3)

3

Perhitungan di Alam Tinggi

Terhamparlah sebuah padang yang maha luas lagi terbentang yang mana, permaidaninya adalah dari butiran halus permata-permata di langit. Maha luas, hinggakan tiada bertemulah akan hujungnya. Wasap keputih-putihan lagi bercahaya pula menyelaputi lantai di dasar permaidaninya. Padang yang tempatnya bukanlah di tanah sujiha, tetapi di suatu tempat di alam tinggi, di kerajaan agung Mahadiri Bolti. Adapun, sebentar sahaja lagi, satu perhitungan dari sisi sang bolti akan mengambil tempat di padang cahaya itu, selepas berlalunya kitaran pertama kehidupan di tanah sujiha. Kitaran yang telah menyaksikan kejahatan telah ditewaskan oleh dua cahaya kebaikan alam .. Hati Langit dan Hati Bumi.

Sang Satra Saati, pemimpin kejahatan yang telah ditewaskan, sujud kepada Mahadiri Bolti, untuk masa yang amat lama, hinggakan jasadnya itu telah mengeras seperti batu. Dia telah melalui azab siksaan dari sisi Mahadiri Bolti, atas kedurjanaan dan cita-cita khianatnya terhadap alam. Di kala bersujud itulah, Saati telah tidak henti-henti menyeru ke hadrat sang bolti agar dirinya diberikan peluang yang kedua. Atas ehsan

(4)

4

sang dewa, serta sifat kasihNya kepada semua makhluk ciptaanNya, maka diperkenankanlah akan hajat Sang Satra Saati itu. Maka, dikumpulkanlah kembali, semua jiwa dan roh atas sekalian kehidupan, di padang yang maha luas itu, buat menerima perkhabaran terhadap hasrat Saati yang telah diperkenankan itu !

Di padang cahaya ..

Semua roh dan jiwa yang sedang menghadap ke satu arah itu, telah ditempatkan pada dua bahagian padang ! Di antara keduanya dipisahkan oleh satu nyalaan menjulang, api yang berwarna kuning keemasan. Satu golongan disebelah kanannya berpakaian jubah berwarna putih dan satu golongan lagi di sebelah kirinya, berpakaian jubah berwarna hitam. Kelihatan mereka yang kesemuanya itu, sedang menunggu .. tetapi, apa yang sedang ditunggu itu, belumlah lagi muncul menjelma !

Sehinggalah .. satu cahaya yang amat gah, telah tiba-tiba mendatangi dari arah hadapan sujud, kedua-gua golongan makhluk yang bersujud itu. Cahaya yang terus sahaja menembusi ke segenap penjuru langit hingga menembus pula ke seluruh

(5)

5

alam raya. Maha hebat sekali cahaya itu, sehingga mustahillah, akan ada bahasa yang mampu mengisahkannya.

Seketika kemudian maka berserulah cahaya itu ..

“ Wahai sekalian makhluk ciptaan bolti, aku ini cahaya Mahadiri Bolti, yang diutuskan bagi menyampaikan untuk kamu akan amanahmu. Yang mana, akan jadilah ia, sebagai pertanggungan yang perlu untuk kamu pikulkan, hingga tiba masa yang telah ditentukan. “

“ Wahai Guwala ( golongan makhluk yang di sebelah kiri ), Kami lemparkan kamu ke tanah sujiha dengan fitrah kejahatan pengabdian terhadap kami, yang mana, belumlah lagi kami

ujikan ia dengan kebaikan. Kamu dikumpulkan di sini pada ketika ini, adalah untuk Kami berikan kepada kamu, persaksian, bahawa kejahatan yang terfitrah kepada kamu sejak udom lagi itu, kini sudahpun sempurna. Kejahatan kali pertama kamu, pasti melayakkan kamu untuk dibakar oleh api murka sang bolti di dalam kawah siksaan abadi. Mengapa ? Kerana kamu tidak kembali .. kamu melupakan Kami sedang kami

(6)

6

tidak pernah lupa kepada kamu ! Namun .. sang bolti yang menciptakan kamu bersifat dengan maha adilnya, di mana kamu akan di uji untuk kedua kalinya. “

“ Wahai Sadewa ( golongan makhluk yang di sebelah kanan ), Kami tetapkan kamu di langit dengan fitrah kebaikan pengabdian terhadap Kami yang mana belumlah lagi Kami ujikan ia dengan kejahatan. Kamu dikumpulkan di sini pada ketika ini, adalah untuk Kami berikan kepada kamu persaksian, bahawa kebaikan yang terfitrah kepada kamu sejak udom lagi, kini juga, sudahpun sempurna. Kebaikan kali pertama kamu pasti melayakkan kamu untuk di ayerkan oleh kasih rahmat sang bolti di dalam taman kesenangan abadi. Mengapa ? Kerana kamu telah kembali .. kamu mengingati Kami, maka telah Kami mengingati kamu di dalam diri Kami. Namun .. sang bolti yang menciptakan kamu, bersifat dengan maha adilnya, di mana kebaikan kamu juga akan diuji untuk kedua kalinya. “

“ Ayuh .. bangkitlah ke semua kamu daripada sujudmu .. “

(7)

7

Umpama rakyat yang sedang mendengar titah dari seorang raja yang paling perkasa, kedua-dua golongan makhluk Guwala dan Sadewa terus saja bangkit, sambil kepala mereka masih menunduk ke bawah tanda pengakuan kebesaran cahaya utusan bolti.

“ Untuk perhitungan alam ini, kami akan memilih daripada bangsa kamu satu wakil bagi diri kamu sendiri, yang akan dipikul padanya tanggungan ujian dari Mahadiri Bolti, maka, bersedialah kamu semua .. “

Sebaik cahaya yang gilang gemilang itu selesai berkata-kata, sekonyong-konyongnya, terpancarlah satu sinar dari dalam satu tubuh, daripada laksa tubuh makhluk Sadewa, mengapungkannya lalu diangkatlah ke hadapan cahaya bolti. Begitulah juga yang berlaku kepada satu tubuh dari laksa tubuh makhluk Guwala. Kedua makhluk itu sedang berdiri sebelah menyebelah, dengan di hadapan mereka itu, teguh bersinar, cahaya sang bolti yang akan menyempurnakan siasahnya. Adapun, kedua-dua wakil makhluk Sadewa dan makhluk Guwala mendiamkan diri sementara sinar yang memancar

(8)

8

dari seluruh tubuh keduanya, semakin menghilang, sedikit demi sedikit.

“ Wahai wakil dan pemimpin Sadewa, Kami namakan kamu dengan nama Pendeta Kudus,

cahaya dari Sang Umira Usari ! Wahai wakil dan pemimpin Guwala, Kami namakan kamu dengan nama Raja Iblis, kegelapan dari Sang Satra Saati. Sekarang, tundukilah kepalamu ke permaidani langit dan dengarlah amanah ini dengan sebaik-baiknya ..

“ Wahai makhluk taklukan bolti, aku diperintahkan oleh sang dewa untuk menyampaikan kepada kamu suatu akral. Amanah buat diri kamu dan diri selain kamu di seluruh alam raya yang terbentang luas ini. Lama sebelum kamu semua terpanggil ke sini, Hati Langit dan Hati Bumi telahpun datang mengadap Mahadiri Bolti. Mereka juga telah diberikan peringatan yang seumpama kamu, malah sudahpun terutus kembali mereka yang berdua itu ke tanah sujiha. Makhluk selain kamu yang kami namakan bangsanya sebagai mankh, telahpun dicipta oleh sang bolti dan sedang hidup dengan kerahmatan di tanah sujiha itu.

(9)

9

Dan, Kitab Alam dengan Kalung Dewa telahpun dilontarkan kepadanya, sebagai perisai dari kegelapan, di dua tanah yang sang suria tidak dapat disentuh oleh kedua tubuhmu. Kelak, di tanah itulah, kamu berdua telah tersumpah, baik untuk jasad kamu maupun untuk kekuasaan kamu melainkan direstui oleh raja agung alamnya ! “

“ Andai musnahnya Kitab Alam dan Kalung Dewa ini, maka menanglah kejahatan di atas kebaikan dan jika begini kesudahannya, maka, wahai Raja Iblis, kamu letakkanlah tanah sujiha dibawah penguasaan kamu bersama para pengikutmu dan perbuatlah sesuka kamu. Begitu juga, seandainya, tetaplah terpelihara akan kitab dan kalung agung ini, maka menanglah kebaikan di atas kejahatan, dan jika begini kesudahannya, maka, wahai Pendeta Kudus, kepatuhanmu Kami terima, dan kembalilah kamu ke sisi Kami. Adapun, inilah ujian kepada kamu dari bolti kamu. Justeru itu, apakah kata kamu berdua ? “ Beberapa detik berlalu tanpa ada mana-mana suarapun yang terdengar. Masing-masing masih tunduk membisu, hingga berkatalah Raja Iblis ..

(10)

10

“ Wahai cahaya utusan bolti, kami bangsa Guwala sekalian telah engkau ciptakan daripada keagongan bolti, dari bangsa api. Kekuasaan kami adalah kekuasan bolti jua. Tiadalah makhluk selain kami yang bisa memperlihatkan kekuasaanNya sebagaimana kami. Kami menerima ujian ini dan kami akan memenanginya. “

“ Bagaimanakah pula kamu, wahai Pendeta Kudus ? “

“ Wahai cahaya utusan bolti, kami bangsa Sadewa sekalian telah engkau ciptakan daripada kasih sayang bolti dari bangsa cahaya. Tiadalah kami berkuasa melainkan bolti yang berkuasa. Semua makhlukNya adalah memperlihatkan kekuasaanNya jua. Kami menerima ujian ini dan kami sentiasa mengharapkan keredhaanNya. “ “ Wahai Pendeta Kudus, pergilah kamu kepada takdirmu di tanah sujiha, moga boltimu bersamamu. Wahai Raja Iblis, pergilah kamu kepada takdirmu di tanah sujiha, moga tercapailah apa yang kamu dicitakan. “

(11)

11

Berakhir sudahlah persumpahan kebaikan dan kejahatan di alam tinggi lalu, terkitablah sudah, satu siasah alam raya, dengan disempurnakan oleh cahaya Mahadiri Bolti di tanah sujiha itu. Siasah yang telah tertanggung atas kuduk bangsa ijksanh yang pertama, mankh. Makhluk yang akan membawa suatu persaksian terhadap kebesaran serta keagungan Mahadiri Bolti. Makhluk yang juga akan membawa perjuangan atas kebaikan demi memelihara diri daripada kerakusan kejahatan yang membinasakan.

mankh – bangsa ijksanh pertama di tanah sujiha

Raja Iblis dan Pendeta Kudus berpandangan sesama sendiri dengan suatu pandangan yang penuh dengan pengertian .. dan, daripada rupa wajah mereka yang berdua, nampaknya, makhluk itu amat saling mengenal antara satu dengan yang lain ! Dengan sekelip mata sahaja, mereka telah dighaibkan, lalu pergi semula ke tanah sujiha dengan dihilangkan daripada mereka, segala ingatan terhadap diri mereka dan alam kayangan, sehinggalah mereka mendapatkannya semula sedikit demi sedikit !

(12)

12

TAMAT SIRI 2

Faran bin Yusoff

Kota Bharu

(13)

Referensi

Dokumen terkait

• Ada kehidupan dalam benih itu, ada kuasa dalam tanah, tetapi kecuali kuasa kekal yang dikerahkan siang dan malam, benih itu tidak akan menghasilkan apa-apa.. • Sebagaimana

Semua senyawa uraian dari tetraetil-Pb tersebut memiliki bau yang spesifik seperti bau bawang putih, sulit larut dalam minyak akan tetapi semua senyawa turunan ini dapat larut

Sutan Remy Sjahdeini, Op.cit, hlm.. “Hak Tanggungan adalah Hak Jaminan yang dibebankan pada hak atas tanah sebagaimana dimaksud dalam Undang-Undang Nomor 5 Tahun 1960

Menyampaikan laporan pertanggung jawaban bantuan masyarakat baik berupa materi (dana, barang tak bergerak maupun bergerak), maupun non materi (tenaga, pikiran) kepada masyarakat

Untuk menjaga agar penyelenggara tetap netral baik di tingkat kabupaten, distrik hingga kampung perlu adanya kesadaran dari penyelenggara itu sendiri bahwa pemilihan kepala

Pada hari ini saya dan teman-teman daerah Depok melakukan diskusi tentang rencana diesok hari untuk membeli barang-barang seperti hand sanitizer, buah-buahan dan lain lain yang

Kongres Pemuda III menghasilkan Sumpah Pemuda yang memiliki makna satu tanah air, satu bangsa, dan satu bahasa, yaitu Indonesia.. Perbedaan yang ada, perlu kita hargai, agar

“Akan tetapi kami harus selalu mengucap syukur kepada Allah karena kamu, saudara-saudara, yang dikasihi Tuhan, sebab Allah dari mulanya telah memilih kamu untuk diselamatkan dalam