BAB 9. LANGKAH-LANGKAH PENELITIAN
G. Teknik Pengumpulan Data Kuantitatif
Unprobability Sampling (Untuk Penelitian Kualitatif)
1 Purposive Sampling Sampel berdasarkan One man target 2 Snowball Sampling Sampel berdasarkan Key informant 3 Sampling Sistematis Sampel berdasarkan System 4 Sampling Kuota Sampel berdasarkan Kuota/jatah 5 Sampling Aksidental Sampel berdasarkan Kejadian 6 Sampling Jenuh Sampel berdasarkan Kejenuhan
Tabel:
Metode Pengumpulan Data, Jenis Instrumen dan Produk Data Untuk Jenis Penelitian Kualitatif
No Metode/
Teknik Jenis Instrumen Produk Data 1 Wawancara Pedoman Wawancara Data Hasil Wawancara 2 Observasi Panduan Observasi Data Hasil Pengamatan
3 Dokumentasi Daftar Dokumen Dokumen
Data yang diperoleh dengan menggunakan salah satu atau semua metode pengumpulan data disebut dengan catatan lapangan.
Catatan lapangan yang diperoleh melalui angket, biasanya harus memperhatikan faktor skala yang digunakan dan nor malitas data yang diperoleh. Ketepatan memilih skala dan menen tukan nor- malitas data akan menentukan kualitas data yang akan dianalisis.
Jika normalitas adata sudah tercapai, maka peneliti dapat mengana- lisisnya, sehingga hasil analisis data yang diperoleh nantinya benar- benar memiliki tingkat kesahihan yang tinggi.
Adapun catatan lapangan yang diperoleh melalui wawancara harus memperhatikan kedalaman pertanyaan, sikap dan reaksi yang diteliti, serta jawaban yang diberikan oleh yang diwawancarai tidak terkontaminasi dengan pandangan peniliti. Pandangan seperti ini oleh Patton disebut dengan in-depth interviewing.
Dalam kajian ini, maklumat utama yang diperolehi adalah maklumat terus dari sampel melalui edaran soal selidik yang dija- wab sendiri mengikut persepsi mereka. Sebelum kajian ini dimula- kan, kebenaran menjalankan kajian di ketiga-tiga universiti iaitu UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Universiti Jambi dan Uni- versiti Batanghari diperolehi daripada Fakulti Pendidikan Uni versiti Kebangsaan Malaysia dan selanjutnya penyelidik meminta kebe- naran daripada Pemerintah Provinsi Jambi iaitu Badan Kesatuan Bangsa dan Politik di Daerah Jambi, Indonesia.
Maka setelah memperoleh kebenaran ini, kebenaran daripada rektor UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Universiti Jambi dan
Universiti Batanghari Jambi Indonesia pula dimohon. Selanjutnya penyelidik melakukan penyelidikan di UIN Sulthan Thaha Saifud- din Jambi, Universiti Jambi dan Universiti Batanghari daerah Jambi, Indonesia.
a) Angket
Setelah mendapat surat untuk melakukan penelitian dari Peme- rintah Provinsi Jambi yaitu Badan Kesatuan Bangsa dan Politik di Daerah Jambi, rektor UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Universiti Jambi dan Universiti Batanghari Jambi Indonesia, selanjutnya penyelidik mengedarkan borang soal selidik dengan bantuan dua (2) orang pensyarah dari UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, satu (1) orang pentadbir dan dua (2) orang pensyarah dari Universiti Jambi dan satu (1) orang pegawai dari Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universiti Batanghari.
Sebanyak 394 set soal selidik diedarkan kepada pensyarah dengan rincian 107 set soal selidik diedarkan pada pensyarah di UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, 212 set soal selidik diedarkan kepada pensyarah di Universiti Jambi dan 75 set soal selidik diedar- kan pada pensyarah di Universiti Batanghari.
Soal selidik yang telah diedarkan dikumpulkan kembali setelah memberikan masa lebih kurang tiga minggu. Sebanyak 394 set soal selidik diedarkan kepada 394 sampel kajian. Setelah diberikan masa lebih kurang tiga minggu, hanya sebanyak 285 set soal selidik yang dikembalikan, manakala 74 set soal selidik belum dikembalikan dan 35 set soal selidik tidak lengkap jawapannya. Walaupun penyelidik memberikan tambahan masa satu minggu untuk mendapatkan kembali soal selidik tersebut. Namun begitu, pulangannya masih tidak berubah.
Dillman et al. (1974) menyatakan bahwa dua minggu selepas soal selidik dihantar kepada responden, satu surat peringatan hendaklah dihantar kepada mereka yang tidak memulangkannya.
Tindakan susulan ini dilakukan supaya mencapai kadar 80 persen.
Selain itu, Ary et al. (1990) pula menyatakan bahwa tujuan kajian soal selidik biasanya untuk mendapatkan 75 persen hingga 90 persen pulangannya.
Tuckman (1978) pula mencadangkan supaya setiap penyelidik hendaklah berusaha untuk mendapatkan pulangan tidak kurang daripada 80 persen, manakala Kerlinger (1970) menyebutkan bahwa pulangan soal selidik yang melebihi 80 persen adalah merupakan satu kadar pulangan yang baik, manakala menurut Cohen dan Manion (1994) dalam Jainabee (2005) menyatakan bahwa kadar pulangan soal selidik antara 70 persen adalah mencukupi. Dengan cara ini, soal selidik yang diperolehi telah dianggap baik dan sempurna kerananya boleh dianalisis (Ishak Sin 2001).
Berdasarkan edaran soal selidik, kadar pulangan set soal selidik bagi pensyarah adalah 72.33 persen, adalah pulangan yang tinggi. Pendapat ini selari dengan pernyataan Cohen dan Manion (1994) dalam Jainabee (2005) di atas yang menyatakan bahwa kadar pulangan soal selidik antara 70 persen adalah mencukupi dan kerananya merupakan pulangan set soal selidik yang baik.
Ketika semua kerja pada tahap ini selesai, penyelidik selanjutnya melakukan pengolahan data ke dalam komputer (SPSS versi 12.00) untuk dilakukan analisis data.
b) Pedoman Wawancara
Menurut Jafri (2010) tujuan wawancara diadakan adalah untuk mengesahkan lagi maklumat yang dikumpul. Wawancara dijalankan untuk memperinci dan memperjelas kan data mengenai (i) kepimpinan partisipatif sedia ada dan diingini di UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Universiti Jambi dan Universiti Batanghari dan (ii) prestasi kerja pensyarah di UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Universiti Jambi dan Universiti Batanghari. Soalan-soalan yang dikemukakan melalui pedoman wawancara diajukan untuk mendapat penjelasan lanjut tentang perkara atau bahagian yang belum jelas, kurang lengkap atau tidak mencukupi daripada soal
selidik yang telah dikemukakan.
Kaedah atau aktiviti wawancara bersemuka (face to face) dipakai dalam kajian ini. Wawancara bersemuka yang dimaksud adalah wawancara individu. Menurut Jafri (2010) wawancara individu dilakukan dengan cara pengkaji melakukan wawancara dengan setiap responden secara berasingan pada masa yang berlainan.
Penyelidik juga menggunakan teknik mengumpul maklumat seperti yang telah digunapakai oleh Jainabee (2005) dengan menggunakan kaedah Tylor dan Bogdan (1984). Ia mengemukakan soalan khusus, menggalakkan responden menghuraikan pengalaman mereka dengan mendalam, mendapatkan kepastian responden dan menda- patkan contoh-contoh bagi memperjelaskan maksud responden.
Pedoman wawancara digunakan untuk menemu bual pen tad- bir di UIN Sulthan Thaha Saifuddin Jambi seramai tiga (3) orang;
Universiti Jambi seramai tiga (3) orang dan Universiti Batang hari seramai tiga (3) orang. Dengan demikian keseluruhan pentadbir yang diwawancara bagi melengkapi, memperjelas dan meman- tapkan perolehan dapatan kajian secara kuantitatif melalui kaedah wawancara ini adalah seramai sembilan (9) orang.
Untuk menjaga kesan dan komunikasi penyelidik kepada res- ponden bagi memastikan perolehan data melalui wawancara ini, penyelidik melakukan beberapa langkah sebagai pan duan untuk mewawancarai responden:
i mendatangi responden di pejabat tempat mereka bekerja ii menjaga hubungan mesra dengan responden
iii menyampaikan maksud dan tujuan wawancara yang dilakukan iv mengatur tarikh, masa dan tempat wawancara yang akan dilak-
sanakan
v memohon kebenaran daripada setiap responden untuk mem- buat catatan dan rakaman bagi setiap sesi wawancara
vi membuat catatan pedoman wawancara dan rakaman vii menunjukkan minat terhadap pandangan responden viii merahsiakan hasil perbualan dengan responden
ix tidak mencampuri pendapat atau pandangan responden dengan pandangan pribadi penyelidik.