• Tidak ada hasil yang ditemukan

Majlis Bersikap!

N/A
N/A
Farrah Nor Amira Binti Sehran

Academic year: 2024

Membagikan "Majlis Bersikap!"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Tuan-tuan, puan-puan serta para peserta diminta mengambil tempat masing-masing dalam keadaan bersedia.

Majlis memohon kerjasama daripada para hadirin sekalian untuk sentiasa mematikan mic agar tidak menganggu sepanjang proses pertandingan hari ini.

Mohon juga menghadkan sebarang aktiviti keluar masuk sepanjang pertandingan berlangsung.

Ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang gangguan sewaktu peserta peserta membuat persembahan.

هتاكربو لله ةمحرو مكيلع ملاسلا

SELAMAT DATANG KE PERTANDINGAN BERCERITA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SRITI IMAM AS-SYAFIE, KEPAYAN.

Yang dihormati barisan panel hakim yang penuh berkarisma, penjaga masa yang setia dengan jam randiknya, para peserta pertandingan yang dirahmati Allah serta hadirin hadirat sekalian.

Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran terhadap Tuhan yang maha Esa kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita dapat bertemu secara atas talian dalam Pertandingan bercerita sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat SRITI Imam As Syafie Kepayan kali pertama.

Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan Rasulullah dan mengamalkan sunnahnya dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

Mekar serumpun bunga siantan, Ditiup angin gugur berserakan, Agar majlis mendapat keberkatan, Surah Al-Fatihah kita bacakan.

Untuk itu, kita mulakan majlis dengan bacaan ummul kitab, Al-Fatihah

Saya bagi pihak jawatankuasa pengelola pertandingan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan, puan- puan dan para peserta sekalian.

Sebelum kita menyaksikan pertandingan, izinkan saya memperkenalkan barisan hakim yang akan mengendalikan pertandingan kita pada hari ini.

Diperkenalkan hakim yang pertama, Ustaz Zulzaim Hilmee selaku juri bahagian isi.

Seterusnya hakim kedua, Ustazah Fatimah Fatin selaku juri bahagian bahasa.

Hakim yang ketiga, Ustazan Intan Zulaikha selaku juri bagi penyampaian dan gaya.

Kemudian penjaga masa yang setia dengan jam randiknya, Teacher Farrah.

Dan saya, Cikgu Effa Syahirra selaku pengemudi acara pada hari ini.

Baiklah, sebelum memulakan acara, saya ingin menyampaikan peraturan sepanjang pertandingan pada hari ini kepada para peserta.

****bacaan peraturan sepanjang pertandingan

Tanpa melengahkan masa, saya mempersilakan peserta pertama iaitu Adik Mohd Azhar Zuhayry untuk memulakan pertandingan hari ini. Majlis mempersilakan.

Seterusnya,dijemput peserta kedua adik Mohd Furqan untuk mempersembahkan cerita beliau. Majlis dengan ini mempersilakan.

(2)

Majlis diteruskan dengan peserta yang ketiga iaitu adik Mohd Irfan Wafiuddin yang akan mempersembahkan cerita beliau hari ini.

Peserta yang keempat diwakili oleh adik Wan Aleesha Qaisara yang merupakan peserta muslimat tunggal hari ini akan menyampaikan cerita beliau. Dipersilakan.

Baiklah, untuk peserta yang terakhir diwakili oleh adik Raynel Riqasyah yang akan mempersembahkan cerita beliau.

Terima kasih buat para peserta yang telah memberikan persembahan yang bersemangat sebentar tadi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para peserta Tilawah Al-Quran atas kerjasama yang diberikan pada hari ini.

Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta yang bertanding hari ni. Kalah dan menang, merupakan adat dalam sebuah pertandingan. Bagi yang menang, syabas dan tahniah diucapkan. Bagi yang kurang bernasib baik, jangan putus asa. Tingkatkan usaha dan semoga rezeki kemenangan akan berpihak kepada kalian selepas ini. In sha Allah.

Banyak keluk ke Penarik, Keluk tumbuh pohon kuini, Nan elok bawalah balik, nan tak elok tinggal lah disini Berakit-rakit ke hulu,

Berhenti sekejap makan kuini, Kalau penat berehatlah dulu, Kita sambung pula selepas ini.

Baiklah hadirin sekalian, keputusan pertandingan akan diperolehi pada majlis penutupan esok.

Kehadiran hadirin sekalian amatlah dialu-alukan.

Untuk itu, saya, bagi pihak jawatankuasa pertandingan bercerita, menyusun 10 jari,mohon ampun dan maaf andai tersilap bicara, tersalah kata sepanjang majlis berlangsung.

Sekian, wabillahitaufik warahmatullahiwabarakatuh walhidayah.

Assalamualaikum wbt.

Referensi

Dokumen terkait

HANYA GRADUAN SAHAJA (WAKIL TIDAK DIBENARKAN) yang boleh mengambil SIJIL DIPLOMA dan TRANSKRIP AKADEMIK masing-masing sebaik sahaja Majlis Konvokesyen selesai

(Pertunjukan ini mengambil tempat di tahanan khusus wanita narapidana perempuan. Alur yang berlangsung secara berkelanjutan dan memuncak. Pada babak pertama dimulai

Dora diminta untuk mengambil keris pusaka, sedangkan Sembada diminta untuk tetap menjaga keris pusaka itu sampai Aji Saka sendiri yang datang mengambilnya. Dora

Lay-out tempat duduk tetamu VVIP dan VIP perlu disediakan sehari sebelum bermulanya majlis bertujuan untuk menetapkan kedudukan mengikut kekananan tetamu setelah

a) Papan tanda hendaklah dilekatkan di Bangunan Plaza MPK di tempat awam dengan perkataan “KONTRAKTOR MAJLIS PERBANDARAN KLANG – PEMBERSIHAN KAWASAN”, sertakan

a) Papan tanda hendaklah dilekatkan di Bangunan di tempat awam dengan perkataan “KONTRAKTOR MAJLIS PERBANDARAN KLANG – PEMBERSIHAN TANDAS DAN KAWASAN”, sertakan

Majlis Penyerahan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia atau Kad 51M Majlis Penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia atau dikenali sebagai Kad S1M, telah berlangsung pada 17 September 2012 lalu

Sehubungan dengan diadakannya Peringan Maulid Nadi Muhammad SAW, yang akan dilaksanakan pada : Hari/Tanggal : Minggu, 04 Desember 2022 Piukul : 08.00 s/d Selesai Tempat : Majlis