TUGASAN ULASAN ARTIKEL :
“Konsep Ibadah dalam Islam”
Fakul : DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH, KOLEJ PENGAJIAN ALAM BINA, UITM CAWANGAN PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR
Kumpulan: AP111-1B Subjek: CTU101 Nama Pensyarah:
Nama Ahli Kumpulan:
1. NUR ADELINE DAYANA BINTI TARMIZI 2023474116
2. NUR AMANINA BINTI KHALID 2023449704
3. AINA QAISARA BINTI BASRI 2023655076
4. AMEEN AMSYAR BIN ZAHIRUL 2023619274
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENGHARGAAN 3
2 PENDAHULUAN 4
3 DEFINISI IBADAH 5
4 PEMBAHAGI IBADAH i. Ibadah asas ii. Ibadah khusus
6 7
5 ASAS – ASAS IBADAH
i. Pengenalan asas ibadah
7 8 6 SYARAT – SYARAT IBADAH
i. Dalil ibadah
9
7 KEISTIMEWAAN IBADAH
i. Hubungan terus diantara manusia dengan Allah ii. Seimbang antara Rohani dan jasmani
iii. Islam sesuatu yang midah dan menolak kesusahan iv. Ruanglingkup ibadah yang luas
10 11
12 8. KESAN IBADAH DALAM ISLAM
i. Impak dalam ibadah solat ii. Impak pada kehidupan
iii. Impak dalam kehidupan seorang muslim
iv. Impak yang diberi kepada seorang muslim dalam ibadah haji
13
9. RUMUSAN 14
10. SUMBER 15
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah memudahkan dan mengizinkan kami untuk melakukan tugasan CTU 101 yang telah diberikan kepada kami. Tanpa izin dan rahmat-
Nya, nescaya kerja-kerja kami akan tergendala sama sekali.
Seterusnya , jutaan terima kasih kami pkan kepada pensyarah kami, SIR ABDUL NASIR yang telah bertungkus lumus pagi petang siang dan malam mendidik jiwa remaja kami yang
penuh dengan kenakalan. Tunjuk ajar beliau sangat dak ternilai dan panduan dalam melengkapkan tugasan ini juga begitu banyak dan terperinci. Apatah lagi usaha beliau untuk
berikan kami contoh dalam penulisan sumber dapatan dalam tugasan ini.
Tidak dilupakan juga, rakan-rakan kumpulan yang sudah dikira sebagai ahli keluarga yang bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini. Se ap usaha dan tanggung jawab
telah dilaksanakan dengan sehabis baik. Meskipun terdapat beberapa perbalahan dalam pembahagian tugas pada peringkat awal, kami berjaya mengendalikan masalah dengan
profesional dan berjaya melengkapkan tugasan ini tepat pada masanya.
PENDAHULUAN
Ibadah dari segi Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep dan amalan-amalan lain dalam agama atau kepercayaan. Ibadah merupakan sesuatu yang amat pen ng dan perlu di k beratkan dalam kehidupan seseorang yang memegang agama Islam sebagai agama rasmi. Ibadah juga dapat
menyatukan umat Islam dari pelbagai bentuk. Allah meniupkan roh kepada kita sebelum kita menjejakkan kaki dibumi yang nyata ini untuk membalas jasa-Nya dengan cara beribadah dan sujud
kepada Nya. Kita sebagai umat islam wajib mentaa dan menuru perintah Allah. Oleh itu , kita diwajibkan untuk beribadah kepada-Nya sebagai tanda taat, bersyukur dan patuh kepada Allah.
Ibadah juga merupakan jambatan atau penghubung antara manusia dan Allah. Sebagai contoh, solat, zakat,puasa dan menunaikan haji.Terdapat dua bahagian ibadah iaitu ibadah wajib dan sunat.Kedua- dua bahagian ibadah ini mes lah dilaksanakan oleh seseorang muslim kerana dengan beribadah, kita
dapat mendekatkan diri kita dengan Allah. Jika kita dak melaksanakan ibadah kepada Allah, maka kita akan menjadi mudah terpengaruh dan lalai dengan nikmat dunia. Oleh itu, dekatkanlah diri dengan Allah dengan menunaikan solat dan berdoa agar terhindar daripada anasir-anasir nega f
yang semakin menular di pelusuk masyarakat zaman sekarang.
TAJUK: IBADAH DALAM ISLAM
DEFINISI IBADAH
Menurut Arlina (2015), (tajuk:penger an ibadah , publisher : ar kel Islam, Al-Quran, dosa besar, secara bahasa ibadah ialah taat, menurut, mengikut, tunduk. Kemudian, mereka mengar kan juga dengan tunduk yang se nggi- ngginya, beserta dengan doa. Kerendahan diri, kepatuhan dan ketaatan ini adalah secara umum, dak difokuskan kepada sesuatu apapun.
Seorang anak yang berbak kepada kedua ibubapanya dari segi bahasa. Begitu juga dengan seorang isteri yang mentaa suaminya dan seorang pekerja yang mematuhi arahan majikannya.
Secara is lah penger an ibadah itu mempunyai dua penger an iaitu khas (Mahdhah), menurut ahli ushul, bermaksud segala hukum yang dak terang kemuslihatannya (yang dak dipahamkan ar nya) dan urusan-urusan yang semata-mata dikerjakan berdasar
kepada memperhambakan diri kepada Allah SWT. Alam (Ghairu Mahdhah) Secara umum ibadah berar mencakup semua perilaku dalam semua aspek kehidupan yang sesuai dengan ketentuan Allah SWT, yang dilakukan dengan ikhlas untuk mendapat redha Allah SWT.
Pada pendapat saya, maksud ibadah dari segi Bahasa ialah kepatuhan kita kepada seseorang yang mempunyai taat yang lebih nggi. Contohnya, dalam satu pasukan bola sepak, mereka perlu mendengar dan patuh kepada arahan jurula h mereka untuk mencapai sesuatu kejayaan.
Jadi, hal ini berhubung kait rapat terhadap kita dengan Allah. Dari segi is lah pula, ibadah lebih merujuk kepada kepatuhan dan ketaatan seorang muslim untuk melaksanakan perintah Allah dengan mengabadikan diri ke jalan-Nya. Contohnya,menunaikan solat lima waktu
sehari semalam dan berpuasa pada bulan Ramadan dengan ikhlas untuk mendapat keredhaan- Nya.
PEMBAHAGIAN IBADAH
Menurut Farid jumari (2013) terdapat beberapa pandangan yang dikemukakan oleh para ulama dan ilmuan Islam mengenai kategori ibadah. Secara umumnya terdapat ga pendekatan, iaitu ibdah umum dan ibadah khusus. Kedua dua kategori ibadah di atas merangkumi semua ndakan manusia. Er nya apa sahaja yang dilakukan boleh dikategorikan dalam bentuk sedemikian.
i. IBADAH ASAS
Segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya.
Ada juga sesetengah dari ulamak menambahkan ibadah ini kepada beberapa lagi jenis ibadah.Lain-lain jenis ibadah itu ialah:
Ibadah Badaniah: tubuh badan seper sembahyang, menolong orang dalam kesusahan dan lain-lain.
Ibadah Maliyah : harta benda seper zakat, memberi sedekah, derma dan lain-lain.
Ibadah Qalbiyah: ha seper sangka baik, ikhlas, dak hasad dengki dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, ke ga- ga jenis ibadah di atas kitarangkumkan ia di dalam jenis ibadah umum.
ii. IBADAH KHUSUS
Merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung di dalam Rukun Islam seper solat, puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus seper lawah Al- Quran, zikir dan seumpamanya. Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garisgaris yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan berhen setakat
sempadan yang telah ditentukan oleh syara dan sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tanpa boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:
"Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang."
(Sahih Bukhari)
ASAS – ASAS IBADAH
Ibadah bermaksud dari segi Bahasa ialah merendahkan diri serta tunduk. Sedangkan munurut syara’, ibadah mempunyai banyak definisi, tetapi makna dan maksudnya satu.
Antara definisi tersebut ialah:
1. Ibadah adalah taat kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan perintahNya melalui lisan para Rasul-Nya.
2. Ibadah adalah merendahkan diri kepada Allah Azza wa jalla, iaitu ngkatan tunduk yang paling nggi disertai dengan rasa mahabbah (kecintaan) yang paling nggi.
3.Ibadah adalah sebutan yang mencukup seluruh apa yang dicintaiyang diredhai Allah Azzah wa Jallla , baik berucap ucapan atau perbuatan yang zahir dan ba n.
PENGENALAN ASAS IBADAH:
Di dalam ibadah terdapat asas-asas ibadah yg sangat pen ng . Antara asas ibadah ialah ilmu, iman, ihsan dan ikhlas. Sekiranya keempat asas ibadah dak lengkap, maka dak sempurnalah ibadah.
Asas ibadah pertama ialah ilmu. Ilmu ialah tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang da ng dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada rasul-rasulNya dan alam ciptaanya termasuklah manusia yang memiliki aspek lahiriah dan ba n. Ilmu teramatlah pen ng lebih lebih lagi semasa melakukan ibadah.
Asas ibadah kedua ialah iman. Iman ialah keyakinan yang dibenarkan
oleh hati, diikrarkan oleh lidah, dan melakukan amalan dengan mengunakan anggota badan dengan penuh dengan keyakinan.
Asas ibadah ketiga pula ihsan. Ihsan ialah mengelokkan perbuatan
zahir dengan ibadah dan mengelokkan perbuatan batin dengan ikhlas. Selain itu, maksud ihsan juga ialah menyembah Allah seolah-olah melihatNya dan mencapai keikhlasan dengan mendekatkan diri kepada Allah dalam setiap keadaan dan urusan .
Asas ibadah yang keempat pula ialah ikhlas. Ikhlas ialah semua amalan zahir dan batin yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah swt tanpa menyekutukannya dengan yang lain .
SYARAT SYARAT IBADAH
Setiap kerja yang dilakukan akan menjadi ibadah apabila ia memenuhi lima syarat. Setelah kerja yang dilakukan itu menepati kehendak kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian diri kita kepada Allah . Syarat itu ialah:
1. Amalan yang dilakukan hendaklah diakui islam dan bersesuaian dengan hukum syara’.
2. Amalan hendaklah dikerjayakan dengan niat yang baik kerana Allah .
3. Amalan haruslah dibuat dengan seelok-eloknya agar dapat mencerminkan diri yang elok 4. Ketika melakukan kerja hendaklah sentiasa mengikut hukum-hukum syariat dan batas-
batasnya .
5. Dalam mengerjakan sesuatu ibadah , kita tidak lagha(lalai) dari ibadah yang wajib (ibadah khusus) .
DALIL IBADAH:
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjualbeli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
An-Nuur: 37
Konsep ibadat di dalam Islam amat luas berbanding konsep ibadah dalam agama lain. Dalam Islam, urusan dunia boleh dicampurkan dengan urusan akhirat. Lantas, amalan yang baik itu akhirnya menjadi suatu ibadat dan melahirkan umat yang berakhlak mulia.
KEISTIMEWAAN IBADAH
Ibadah (dalam Islam) dianggap lebih is mewa berbanding ibadah-ibadah yang terdapat di dalam agama-agama yang lain. Terdapat beberapa faktor keis mewaan Ibadah iaitu;
1- Hubungan Terus Di Antara Manusia Dengan Allah 2- Seimbang Antara Rohani Dan Jasmani
3- Islam Sesuatu Yang Mudah Dan Menolak Kesusahan 4- Ruang lingkup Ibadan Yang Luas
i. HUBUNGAN TERUS DI ANTARA MANUSIA DENGAN ALLAH
• Pelaksanaan Ibadah (dalam Islam) dilakukan secara terus dgn Allah tapa melalui perantaraan.
- Agama lain memerlukan pertolongan orang tengah spt Paderi dan Tok Sami.
• Islam berbeza kerana penganutnya boleh berhubung (berdoa, berbicara terus) dengan Allah kerana dak membenarkan ada perantara dalam pelaksanaan ibadah.
- Se ap muslim bertanggungjawab menghadap Allah bg melaksanakan ibadah
• Dalam Islam, Allah SWT yang Maha Berkuasa, sen asa dekat dengan hambaNya.
(Mengetahui zahir & ba n se ap insan) Semua perkara berlangsung secara terus tanpa orang tengah.
"Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan memperkenankan untuk kamu". -Surah Ghafir:60
ii. SEIMBANG ANTARA ROHANI DAN JASMANI
• Ibadah Islam menekankan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani serta
menyepadukan tuntutan agama serta keperluan dunia ( kebendaan & bukan kebendaan).
• Berbeza dgn agama Yahudi & Kris an kerana kedua-dua agama ini menekanan aspek rohani sebagai jalan untuk memiliki roh yang bersih. (Punca mengapa seseorg perlu mengorbankan kehidupan duniawi seper dak berkahwin.)
• Islam sen asa menggalakkan umatnya berkerja kuat untuk memajukan alam sehingga akhir hayat.
Rasulullah bersabda;
“Sekira berlaku Hari Kiamat, dan di tangan kamú ada biji benih tamar, maka tanamlahnya".
(Riwayat Ahmad)
iii. ISLAM SESUATU YANG MUDAH DAN MENOLAK KESUSAHAN
•Islam sen asa memelihara agar bentuk ibadah dilakukan secara mudah oleh umatnya . Sebagai contoh , pelaksanaan solat sangat mudah .
•Apabila seseorang mengalami kesukaran untuk melakukan ibadah ( sakit , koma ) Islam membolehkan umatnya solat dengan cara duduk dan berbaring .
•Bagi musafir , Allah memberikan keringanan kepada hambaNya dengan membenarkan jamak & qasar
•Dibenarkan bertayamum jika ke adaan air / mengalami kesakitan jika terkena air .
"Wahai Tuhan kamil Janganlah Kau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Kau bebankan ke atas orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Than kami, janganlah Kau pikulkan kepada kami apa yang dak terdaya kami memikulnya. Dan maa anlah kesalahan kami, serta ampunilah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah: 286)
iv. RUANGLINGKUP IBADAH YANG LUAS
• Ibadah dalam Islam dak terbatas dalam aspek peribadatan khusus seper solat & puasa sahaja tetapi merangkumi semua kerja yang dilakukan di dunia ini, (Perkerjaan seper peniaga, buruh di ladang, hakim & jurutera juga merupakan ibadah) dengan syarat niat perkerjaan mes lah bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah & perkerjaan mes lah halal & diredhai Allah.
Firman Allah
"Sesungguhnya Allah SWT menyukai seseorang kamu yang apabila melakukan perkerjaan, ia (melakukan) bersungguh sungguh “.
Adalah jelas sekarang kita telah dapat memahami konsep ibadah yang sebenar seper yang dikehendaki oleh ajaran Islam. Walaupun kita telah dapat memahami konsep ibadah yang sebenamya, namun satu aspek yang dak boleh dikesamping dan berkaitan dengan impak ibadah itu sendiri dalam kehidupan seorang insan muslim.Pen ngnya impak atau kesan dan ibadah dalam kehidupan seorang muslim dapat dilihat dari sudut amalan ibadah khusus dan ibadah umum. Sebagai fokus satu persatu dari ibadah khusus iaitu yang berkaitan dengan rukun Islam, terutama ibadah sembahyang, puasa, zakat dan haji.
i. Sebagai contoh salah satu kesan ibadah, ibadah solat memberi banyak impak dalam kehidupan seseorang muslim. Diantara impak ibadah solat ialah;-
Solat dapat mendisplinkan diri seorang muslim
Solat menjadikan seseorang renndah ha
Solat dapat menghalang perbuatan keji dan munkar
Solat menjadikan seseorang selalu beringat kepada Allah SWT
ii. Seterusnya, ibadah puasa juga memberi pelbagai impak dalam kehidupan. Sebagai contoh;-
Dapat memelihara kesihatan dan menyembuhkan penyakit
Puasa menyucikan ba n manusia
Memberi manusia rasa bersyukur terhadap rezeki masing-masing
iii. Ibadah zakat juga antara ibadah yang memberi impak dalam kehidupan seorang muslim, Sebagai contoh;-
Zakat dapat membersihkan Harta.
Zakat boleh menumbuhkan rasa syukur.
Zakat boleh menyucikan rohani.
Zakat sebagai cara menolong orang yang lemah.
iv. Akhir sekali, antara impak yang diberikan kepada seorang muslim dalam ibadah haji ialah;-
Haji memperkukuh jiwa Tauhid.
Haji mengingatkan akan kema an.
Haji mengikis sifat egois dan sombong.
Haji mendorong untuk menteladani perjuangan para Nabi. (Mukhlas Asy-Syarkani:
2002: 27-55)
Tiang-tiang ibadah mengembangkan kebaikannya kepada seluruh ruang lingkup kehidupan manusia sehingga manusia dibanjiri dengan kebaikan dan kemanfaatan melaluinya. Solat yang benar-benar khusyu akan mempengaruhi seluruh kehidupan seseorang itu sehingga ia merasakan jijik untuk dan benci untuk melakukan sebarang kejahatan dan kemungkaran. Sebagaimana firman Allah: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-Ankabut:45) Ruh yang dibawa oleh sistem zakat pula mengembangkan daya kerja yang tinggi di kalangan orang-orang beriman. Orang yang benar-benar beriman menganggap bekerja dan menambah rezeki adalah dengan satu tujuan sahaja iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah dengan mengeluarkan sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi ke jalan Allah iaitu dengan memberikan sedekah dan membayar zakat dan jihad fisabilillah.
Tujuan utama puasa pula ialah untuk mewujudkan taqwa kepada para mukmin. Puasa yang mengukuhkan sifat taqwa di dalam jiwa mukmin akan menjadikan seseorang itu ikhlas dengan sepenuh hatinya dalm melaksanakan segala perintah Allah, sanggup melakukan tugas-tugas yang berat dalam mentaati Allah dan lebih mengutamakan kepentingan ummat Islam daripada kepentingan peribadinya.
Manfaat haji yang besar adalah dorongan bagi seluruh ummat Islam mengukuhkan kesatuan Muslim. Kesatuan ummat Islam merupakan tunjang kekuatan yang paling utama yang dapat memimpin ummat manusia.
Kesimpulannya, setiap ibadah itu jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh akan dapat melahirkan ummah yang kuat, bersatu dan diredhai oleh Allah subhaanahu wa taaala.