MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-1 PERSATUAN ALUMNI SMK MENGGATAL (2337-09-SBH)
Tarikh : 27 MAC 2010 Masa : 1045
Tempat : DEWAN SMK BANDARAYA KOTA KINABALU Jumlah ahli yang hadir : 33 ORANG
Pn. Hjh. Fauziah Bt. Datuk Hj. Mohd. Din Pn. Ajanah Mohamed
En. Norallysham Bin Stoh Pn. Inismawati Yusup Datin Dr. Mariana Mahmood Pn. Saliah Hj. Kadis
Pn. Hjh. Rosilah Hj. Ahmad Nunsi Pn. Lucia Gabriel Majangon Pn. Masni Goebin
10. Pn. Adeline Mohd. Saat 11. En. Sisa Bin Said 12. Pn. Mezanah Martin 13. En. Jafri Maskam
14. Pn. Nelliah Sittor @ Priscella 15. En. Johny Suah
16. En. Juniul @ Ahmad Bin Eting 17. En. Saliman Bin Samin 18. Pn. Suzanah Ahmad 19. Pn. Paulina Bagu 20. Pn. Sabiyah Binti Jahari
21. Pn. DK Salmiah Pg. Zainal Abidin 22. En. Zulkifli Ibrahim
23. Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Bin Hj. Mansor 24. Cik Rohani Ahmad
25. En. Neldin Gimbang 26. Pn. Ansilin Guntabid
27. Prof. Madya Dr. Datu Kamarudin B. Datu Mudin 28. En .Mohd. Hanim Mohd. Goss
29. En. Mohd. Salim Gabot 30. Tn. Hj. Gazali Hj. Suhaili 31. Pn. Anne Sidik
32. Pn. Hjh. Asmiah Ajamain 33. Prof. Madya Dr. Mahmud Sudin
1.0 Ucapan Presiden
1.1 Pn. Hjh. Fauziah Bt. Datuk Hj. Mohd. Din merangkap Presiden Penaja mengucapkan salam kepada semua yang hadir sekaligus mengalu-alukan kedatangan semua ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-1 bagi Persatuan Alumni SMK Menggatal ini.
1.2 Presiden Penaja memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat bahawa Persatuan Alumni SMK Menggatal secara rasminya telah didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada 11 Nov 2009.
1.3 Presiden Penaja mengucapkan jutaan penghargaan kepada barisan JK Penaja terutama sekali En. Norallysham Bin Stoh (Setiausaha Penaja) di atas usaha murni yang telah dilakukan sehingga Persatuan ini dapat didaftarkan.
1.4 Presiden Penaja memaklumkan bahawa tidak banyak aktiviti yang dapat dijalankan sepanjang 2008 / 2010 kerana hanya memfokuskan kepada urusan pendaftaran Persatuan.
1.5 Presiden Penaja memaklumkan bahawa baki duit dalam tangan bagi Persatuan adalah RM 797.30 yang mana akan diserahkan kepada Presiden baru selepas ini.
2.0 Pembubaran AJK Penaja
2.1 Presiden Penaja dengan lafaz Bismillah secara rasminya membubarkan Jawatankuasa Penaja pada jam 1125.
3.0 Perlantikan Pengerusi Sementara / Pencatat Minit Sementara
3.1 Pn. Hjh. Fauziah Bt. Datuk Hj. Mohd. Din mencadangkan Dr. Shirley Tay Siew Hong (Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu) sebagai Pengerusi Sementara dan En. Norallysham Bin Stoh sebagai Pencatat Minit Sementara. Ahli mesyuarat sebulat suara menyokong perlantikan tersebut.
4.0 Pengundian dan Perlantikan AJK 2010 / 2012
4.1 Pengerusi Sementara meminta ahli-ahli mencadangkan nama / calon untuk jawatan Presiden, Tim. Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Pen. Setiausaha, Bendahari dan 8 AJK.
4.2 Pn. Hjh. Fauziah Bt. Datuk Hj. Mohd. Din mencadangkan Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Bin Hj.
Mansor sebagai Presiden dan disokong oleh En. Zulkifli Ibrahim.
4.3 Oleh kerana tiada lagi pencalonan yang diterima untuk jawatan Presiden, Pn. DK Salmiah Pg.
Zainal Abidin mencadangkan agar cadangan ditutup bagi jawatan Presiden dan disokong oleh En. Sisa bin Said.
4.4 Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Bin Hj. Mansor menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden.
4.5 Pn. Saliah Hj. Kadis mencadangakan Prof. Madya Dr. Datu Kamarudin Datu Mudin untuk jawatan Tim. Presiden dan disokong oleh Datin Dr. Mariana Mahmood.
4.6 Oleh kerana tiada lagi pencalonan yang diterima untuk jawatan Tim. Presiden, Pn. Hjh.
Fauziah Bt. Datuk Hj. Mohd. Din mencadangkan agar cadangan ditutup bagi jawatan Tim. Presiden dan disokong oleh Pn. Hjh. Rosilah Hj. Ahmad Nunsi
4.7 Prof. Madya Dr. Datu Kamarudin Datu Mudin menang tanpa bertanding bagi jawatan Tim.
Presiden.
4.8 Mesyuarat Agung Tahunan diserahkan kepada Presiden Prof. Madya Dr. Kasim Bin Hj.
Mansor untuk pemilihan seterusnya.
4.9 Tn. Hj. Gazali Hj. Suhaili mencadangkan agar kuasa memilih bagi jawatan yang lain
diletakkan sepenuhnya kepada Presiden agar barisan Jawatankuasa yang dibentuk tersebut merupakan barisan yang mantap dan dapat bekerjasama dengan baik dengan Presiden bagi meneruskan agenda Persatuan. Cadangan ini disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
4.10 Pn. Hjh. Fauziah Bt. Datuk Hj. Mohd. Din mencadangkan agar En. Norallysham Bin Stoh dilantik ke jawatan Penolong Setiausaha bagi membantu Setiausaha yang akan dipilih oleh Presiden.
Cadangan ini sebulat suara disokong oleh semua ahli mesyuarat.
4.11 Barisan Jawatankuasa bagi sesi 2010 / 2012 adalah seperti berikut;
PRESIDEN : : PROF. MADYA DR. HJ. KASIM HJ. MANSOR
TIM. PRESIDEN :PROF. MADYA DR. DATU KAMARUDIN DATU MUDIN NAIB PRESIDEN : PN. HJH. FAUZIAH BINTI DATUK HJ. MOHD. DIN SETIAUSAHA : PN. ANNE SIDIK
PEN. SETIAUSAHA : EN. NORALLYSHAM BIN STOH BENDAHARI : PN. INISMAWATI YUSUP
AJK : DATIN DR. MARIANA MAHMOOD AJK : EN. JAFRI MASKAM
AJK : EN. ZULKIFLI IBRAHIM
AJK : PROF. MADYA DR. MAHMUD SUDIN AJK : PN. AJANAH MOHAMED
AJK : PN. HJH. ROSILAH HJ. AHMAD NUNSI AJK : PN. HJH ASMIAH AJAMAIN
AJK : TN. HJ. GAZALI HJ. SUHAILI
PEMERIKSA KIRA-KIRA : 1) PN. DK SALMIAH PG. ZAINAL ABIDIN 2) CIK ROHANI AHMAD
Ahli mesyuarat menyokong sepenuhnya barisan yang dicadangkan oleh Presiden.
4.11 Pn. Hjh. Fauziah Bt. Datuk Hj. Mohd. Din, Mantan Presiden Penaja menyerahkan wang baki dalam tangan sebanyak RM 797.30 kepada Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Bin Hj. Mansor dengan disaksikan oleh semua ahli mesyuarat.
5.0 Akaun Bank Persatuan Alumni SMK Menggatal
Memandangkan persatuan belum memiliki akaun bank, Presiden mencadangkan dan dipersetujui oleh semua yang hadir untuk membuka akaun bank persatuan bagi memudahkan transaksi kewangan persatuan. Akauan Semasa akan dibuka di CIMB BANK CAWANGAN BUNDUSAN PENAMPANG dan ditandatangani oleh Presiden dan salah seorang daripada dua orang yang diamanahkan iaitu Setiausaha dan Penolong Setiausaha.
6.0 Ucapan Penangguhan Presiden
6.1 Presiden mengucapkan salam kepada Yang Berbahagia Dr. Shirley Tay Siew Hong selaku Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu dan semua ahli mesyuarat.
6.2 Mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan bagi meneruskan kepimpinan Persatuan Alumni SMK Menggatal dan berharap dapat kerjasama penuh daripada semua pihak
6.3 Memaklumkan bahawa selepas ini JK Persatuan sesi 2010 / 2012 akan memfokuskan kepada beberapa perkara sebagai agenda utama seperti memantapkan dana Persatuan, menarik lebih ramai bekas pelajar / bekas guru untuk mendaftar sebagai ahli, mengadakan program kecemerlangan dan membantu SMK Bandaraya Kota Kinabalu dalam pelbagai aspek, membangunkan website Persatuan dan menganjurkan aktiviti jamuan makan malam untuk ahli persatuan.
6.4 Presiden menyentuh usul yang dibentangkan oleh ahli mesyuarat agar perkara dalam Perlembagaan Fasal 3 (5) “Mengadakan aktiviti persatuan melalui penerbitan, jurnal, makalah,
perjumpaan, perbincangan, mesyuarat, simposium dan sebagainya bagi menyalurkan maklumat dan ilmu kepada ahli dan masyarakat dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada jabatan kerajaan yang berkenaan” diperincikan dan diubah kepada “Mengadakan aktiviti persatuan melalui penerbitan, jurnal, makalah, perjumpaan, perbincangan, mesyuarat, simposium dan sebagainya bagi menyalurkan maklumat dan ilmu kepada ahli dan masyarakat serta kutipan derma dan tabung amal melalui penjualan tiket dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada jabatan kerajaan yang berkenaan”
Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan perubahan Fasal 3 (5) tersebut.
6.5 Memaklumkan persetujuan untuk menjadikan SMK Bandaraya Kota Kinabalu sebagai anak angkat UMS.
6.6 Ahli mesyuarat mengesorkan agar nama SMK Bandaraya Kota Kinabalu ditukar semula kepada SMK Menggatal. Presiden memaklumkan bahawa penukaran nama sekolah kepada yang asal bukanlah urusan yang mudah untuk dilakukan kerana ianya melibatkan pihak Kementerian. Bagaimanapun, Presiden akan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut.
6.7 Presiden mencadangkan untuk melantik beberapa bekas pelajar untuk bertindak sebagai penaung dan penasihat kepada Persatuan ini agar segala program yang dirancang, berjalan dengan lancar.
PENAUNG I : DATUK ABD. RAHIM BAKRI PENAUNG II : TN. HJ. SAFAR UNTONG
PENASIHAT I : DATUK AG. BUHTAMAM AG. MAHMUN PENASIHAT II : PN. HJH. MAIMUNAH HJ. SUHAIBUL PENASIHAT III : EN. MOHD. SAIRIN HJ. MOHD. IBRAHIM
Semua ahli mesyuarat dengan sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut.
6.8 Presiden juga menyentuh berkenaan logo Persatuan Alumni SMK Menggatal yang belum ditetapkan lagi. Ahli mesyuarat memutuskan untuk menggunakan logo sekolah yang lama (SMK
Menggatal) sebagai logo Persatuan dengan tambahan lingkaran bulatan dan perkataan Persatuan Alumni SMK Menggatal menggelilingi logo sekolah tersebut. Presiden menyokong sepenuhnya dan berharap pihak SMK Bandaraya Kota Kinbalu memberi kebenaran penggunaan logo sekolah yang lama.
6.9 Presiden memaklumkan beberapa Biro akan ditubuhkan bagi memantapkan lagi pengurusan Persatuan Alumni SMK Menggatal. Antaranya adalah Biro Pengurusan, Biro Pendidikan, Biro Ekonomi, Biro Penerangan dan Biro Rekreasi. Sebarang perubahan berkenaan perkara ini akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Persatuan
6.10 Presiden mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan
kepercayaan yang diberikan oleh semua ahli mesyuarat dan berharap Persatuan Alumni SMK Menggatal akan bergerak dengan aktif selepas ini.
5.12 Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 1250 ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.