SK KUALA PENOR
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KEEMPAT 2017
Tarikh : 16 November 2017
Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer
Kehadiran:
1. Pn. Dasimawati Binti Abdul PK KOKURIKULUM
2. En. Mohd Musaddik Bin Mokhtar 3. En. Azman Bin Amir
4. En. Che Rosenizam Bin Che Omar 6. En. Mohd Nazri bin Osman
7. Pn.Roziah Binti Abdullah 8. Pn. Rosmuni Binti Wahab 9. Pn. Zarina Binti Hamat 10. Pn. Safura Binti Sharif 11. Pn. Norizan Binti Bakar 12. Pn. Azlina Binti Abd Rahman 13. Pn. Juliana Binti Zakaria
14. Pn. Sharifah Nawaitul Aqsyah bt Syed Abdul Rahman 15. Tn. Syed Muzaffar Shah Bin Syed Badiuzzaman 16. En. Mohd Faisal bin Hasami
17. En. Shahrin bin Shahadan
1.0 : Ucapan Pengerusi (PK Kokurikulum)
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan membaca Ummul Kitab. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ajk dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Akhir bagi sesi persekolahan tahun 2017. Mudah- mudahan, idea dan sumbangan fikiran para ajk dapat melancarkan mesyuarat pada hari ini.
Tindakan : Makluman
2.0 : Membentang Minit Mesyuarat ketiga
2.1 Setiusaha Kokurikulum membentangkan minit mesyuarat yang ke-3 untuk diterima dan disahkan :
2.1.1 Dicadangkan oleh : Tn. Syed Mudzaffar Shah 2.1.2 Disokong oleh : Pn. Rosmuni Binti Wahab
Tindakan : Makluman
3.0 : Perkara Berbangkit
Tiada perkara yang dibangkitkan
4.0 : Laporan Aktivti GERKO 4.1 Penyelaras Kelab dan Persatuan
4.1.1 Alhamdulillah, kelab dan persatuan telah melaksanakan 12 kali perjumpaan. Buku Pajsk bahagian kelab/persatuan telah
melengkapkan
maklumat untuk tahun 4 dan 5.
4.1.2 Buku laporan Gerko telah lengkap, Begitu juga laporan tahunan murid dan laporan tahunan guru masih dalam proses dan akan diserahkan kepada guru besar untuk ditandatangani.
4.1.3 Peratusan kehadiran mengikut kelab/persatuan keseluruhan adalah seperti berikut:
i) Kelab SPBT - 91.6%
ii) Kelab Jawi &Bahasa Arab - 89.5%
iii) Kelab Bahasa Melayu - 95.0%
iv) Kelab BI - 95.4%
v) Kelab KKJR - 92.9%
vi) Kelab Rukun Negara - 98.0%
vii) Kelab Doktor Muda - 89.9%
Tindakan : Makluman
4.2 Penyelaras Unit Beruniform
4.2.1 Aktiviti badan beruniform juga berjalan sebanyak 12 kali. Antara program yang telah dilaksanakan dalam semester akhir ini ialah khidmat masyarakat.
4.2.1 Peratus keseluruhan kehadiran adalah seperti berikut:
i) TKRS - 81.8%
ii) PPIM - 89.0%
iii) Pengakap Kanak-kanak - 85.0%
Tindakan : Makluman
4.3 Penyelaras Sukan dan Permainan
4.3.1 Kelab sukan juga berjaya melaksanakan 12 kali perjumpaan Gerko.
Kehadiran ahli dikira termasuklah dalam aktiviti Hari Sukan Negara, Karnival Permainan, Karnival Seni Kebudayaan- Mengenali Warisan Bangsa.
4.3.2 Peratus keseluruhan kehadiran adalah seperti berikut:
i) Bola Baling - 96.0%
ii) Bola Tampar - 94.4%
iii) Bola Sepak - 93.8%
iv) Olahraga - 97.0
Tindakan : Makluman
6.0 : PAJSK 2017
6.1 Setiausaha Kokurikulum memaklumkan bahawa data PAJSK tahun 6 telah selesai. Sijil Pajsk dan segak telah dihantar kepada guru besar untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada pelajar dalam Majlis Graduasi.
6.2 Rumusan keseluruhan untuk tahun 6, hanya 4 orang dapat gred A tetapi mencapai 100% lulus.
6.3 Bagi tahun 4 dan 5 masih dalam proses melengkapkan data. Hanya badan uniform telah selesai dan akan diteruskan dengan persatuan dan kelab sukan.
Proses pengisian data terganggu apabila buku PAJSK pelajar tidak lengkap dan tiada tandatangan guru menyebabkan kesangsian terhadap kesahihan data yang ditulis oleh murid.
6.4 Pn.Sharifah mencadangkan supaya pada tahun hadapan, penasihat kelab sendiri yang mengisi data supaya segala data/maklumat yang kurang itu dapat dilengkapi segera oleh penasihat dengan maklumat yang ada. Sementara itu, penyelaras bertindak sebagai penyelia bagi memastikan data dilengkapkan oleh semua unit.
Pengerusi: Cadangan yang boleh dipertimbangkan. SU Ko telah cuba membantu guru selama dua tahun tapi cara ini tidak lancar apabila sering terdapat maklumat PAJSK yang tidak lengkap dan situasi ini menyulitkan dan melambatkan proses pengisian data.
6.5 Pengerusi juga mengingatkan guru-guru supaya tidak terlepas pandang akan pencapaian pelajar. Di samping menandakan petak peserta jika pelajar menyertai aktiviti atau pertandingan. Status peserta ialah 10 markah yang sepatutnya tidak diabaikan oleh guru penasihat.
6.6 Pn. Sharifah turut menambah tentang item komitmen pelajar. Jika murid mempunyai jawatan atau mempunyai bakat kepimpinan, guru boleh tanda diruangan ciri-ciri kepimpinan yang memperolehi 3 markah supaya pelajar mendapat jumlah 10 markah.
6.7 Buku PAJSK akan disimpan oleh PK 1 sebagai eviden pencapaian murid dalam Kokurikulum. Justeru, buku ini perlu dicatat dengan teliti dan kemas.
7.0 : Masalah dan Penambahbaikan Aktiviti Kokurikulum 2017
7.1 En. Mohd Nazri bin Osman mencadangkan supaya aktiviti kokurikulum ini dikurangkan kerana terlalu padat dan pada tahun ini aktiviti Gerko juga masih berjalan walaupun sudah memasuki bulan November.
Pengerusi: Terima kasih atas cadangan. Semua aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan ini adalah aktiviti yang mesti atau wajib. Tiada item tambahan sendiri.
Berhubung dengan Gerko yang lewat ditamatkan adalah kerana banyak waktu Gerko digunakan untuk menyokong aktiviti kurikulum. Sedangkan, aktiviti kokurikulum masih perlu dijalankan kerana perlu menyediakan laporan.
7.2 Pengerusi juga mencadangkan supaya pada tahun hadapan aktiviti Gerko ditamatkan selewat-lewatnya pertengahan bulan Oktober supaya data PAJSK tahun 6 dapat dimasukkan lebih awal. Beliau juga berharap tiada permintaan daripada mana-mana pihak untuk membatalkan aktiviti yang telah dirancang.
7.3 Pn. Azlina meminta para guru mencari solusi bagi mengatasi masalah kehadiran pelajar. Walaupn masa pelaksanaan kokurikulum telah diubah namun peratus kehadiran juga belum lagi mencapai objektif.
7.4 Pn.Sharifah menyatakan bahawa jelaslah waktu aktiviti kokurikulum bukanlah penyebab utama ketidakhadiran pelajar. Beliau mencadangkan supaya guru- guru penasihat merancang aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid untuk hadir Gerko.
7.5 Pn. Juliana mencadangkan supaya guru kelab atau uniform mengewar-warkan aktiviti mereka yang menarik itu lebih awal supaya murid tidak merancang untuk ponteng Gerko.
8.0 : Hal- hal lain Tiada
9.0 : Ucapan Penangguhan
9.1 Mesyuarat ditangguhkan: 4.10 petang.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
... ...
(SHARIFAH NAWAITUL AQSYAH) (DASIMAWATI BINTI ABDUL )
Setiausaha Kokurikulum, PK Kokurikulum,
SK Kuala Penor SK Kuala Penor