• Tidak ada hasil yang ditemukan

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA CINA KALI KETIGA

N/A
N/A
LIM PEY CHEN KPM-Guru

Academic year: 2024

Membagikan "MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA CINA KALI KETIGA"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

1 KEHADIRAN

1. Pn. (Pengerusi)

2. Pn. (Setiausaha)

3. Pn.

4. En.

5. Pn.

6. En.

TIDAK HADIR BERSEBAB 1. Tiada

TURUT HADIR 1. .

AGENDA

1. Perutusan Pengerusi

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.

3. Perkara-perkara berbangkit.

4. Pembentangan kertas-kertas kerja.

5. Hal-hal lain 6. Penutup

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa ke mesyuarat hari ini.

1.2 Beliau berharap semua ahli jawatankuasa berganding bahu demi meningkatkan prestasi Bahasa Cina dalam setiap darjah.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pengerusi meminta ahli jawatankuasa meneliti minit mesyuarat yang lalu dan seterusnya mengesahkannya.

2.2 En. mencadangkan minit mesyuarat Panitia Bahasa Cina kali kedua/2018 disahkan tanpa pindaan dan disokong oleh Pn.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Masalah penyimpanan eviden oleh guru Bahasa Cina masih diselesaikan kerana sebahagian daripada eviden adalah disediakan dalam bentuk video, gambar dan juga power point. Oleh itu, eviden tersebut sukar dicetak keluar. Pn memberi cadangan setiap guru Bahasa Cina akan menyimpan eviden tersebut dalam

SJK

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA CINA KALI KETIGA

Tarikh : 31-7-2018 Masa : 1:30pm-3:30pm Tempat : Perpustakaan

(2)

2

bentuk soft copy. Pada akhir tahun 2018, guru panitia akan mengumpulkan semua eviden ke dalam fail dalam bentuk soft copy di CD. Cadangan ini disetujui oleh semua guru Bahasa Cina

Tindakan: Makluman

3.2 Guru-guru mencetak modul offline matapelajaran Bahasa Cina bagi tahun 1 hingga 6 dan menampalkannya di bahagian belakang buku rancangan pengajaran tidak dapat dijalankan kerana ruang di belakang buku rancangan pengajaran tidak mencukupi. Ini telah menyebabkan kerosakkan buku rancangan pengajaran. Oleh itu, Pn. telah memberi cadangan iaitu menyimpan dalam fail dan ini telah mendapat sokongan penuh daripada semua guru Bahasa Cina

3.2 Rancangan atau Program tahun 2017 untuk meningkatkan prestasi pelajar telah dijalankan dengan lancar. Semua guru Bahasa Cina yang terlibat telah menjalankan tugas masing-masing untuk membantu murid dalam pembelajaran tetapi kebanyakan murid masing tidak dapat menguasainya.

Banyak murid tidak dapat menjawab soalan KBAT dalam peperiksaan PKBS kali ke-4. Selepas perbincangan, guru-guru Bahasa Cina bersetuju meneruskan pendedahan soalan KBAT kepada murid-murid, hanya soalan KBAT yang diberikan dan murid dilatih hendak mengikut tahap Taksonomi Bloom.

3.3 Program Cahaya Mata bagi pelajar-pelajar Tahun 6 telah dijalankan dengan lancar. Penambahan Program Pecutan UPSR juga dilancarkan untuk murid-murid tahun 6. Keputusan Percubaan 2018 dan PKBS 2/2018 dikekalkan dan mencapai tahap keputusan yang ditetapkan. Peratusan keputusan adalah seperti berikut:

Subjek Kelulusan Peratus PKBS 4/2017

Kelulusan Peratus PKBS 1/2018

Kelulusan Peratus PKBS 2/2018

Kelulusan Peratus percubaan

2018

Pemahaman 77.78% 77.78% 77.78% 77.78%

Penulisan 88.89% 88.89% 88.89% 88.89%

Didapati program atau rancangan tersebut telah banyak membantu murid-murid tahun 6 dan program atau rancangan tersebut akan diteruskan sehingga akhir peperiksaan.

Tindakan: Semua ahli

4.0 Pembentangan kertas-kertas kerja.

4.1 KSSR- PBS

4.1.1 Pengerusi sekali lagi meminta guru mencetak modul offline matapelajaran Bahasa Cina bagi tahun 1 hingga 6 dan menampalkannya di bahagian belakang buku rancangan pengajaran.

4.1.2 Guru matapelajaran juga diingatkan untuk mengisi keputusan PKBS1/2018 dan 2/PKBS bagi murid tahun 1 hingga tahun 3 dan PKBS 2/108 dan PKBS 3/2018 bagi murid tahun 4 hingga tahun 6 dalam templete yang disediakan oleh pihak pentadbir sekolah.

4.1.3 Guru Bahasa Cina juga diminta menyediakan item analisis bagi semua kertas peperiksaan BC selepas peperiksaan dijalankan.

(3)

3

4.1.3 Guru matapelajaran perlu banyak melatih murid-murid untuk menjawab soalan yang berbentuk KBAT.

4.1.4 Bagi tahap 1, guru-guru matapelajar juga diminta banyak mendedahkan soalan-soalan KBAT dan juga soalan berformat UPSR kepada murid-murid tahap1 bagi mereka menyesuaikan diri dengan soalan-soalan tersebut.

Tindakan: Makluman

4.2 POST MORTEM PEPERIKSAAN

4.2.1 Analisis PKBS 2/2018 dan PKBS 3/2018 bagi Pemahaman dan Penulisan Bahasa Cina adalah seperti di lampiran A

Tindakan :Makluman

4.2.2 Berdasarkan analisis item yang telah dibuat adalah perlu tindakan-tindakan yang sesuai perlu diambil. Antaranya:

i) Latihan Bahagian A akan diberikan dan terhad kepada beberapa kemahiran tatabahasa(修辞、熟语、语病)

ii) Kelas Tahun 6 pula akan diperuntukkan masa 10 minit setiap PdP untuk membaca contoh-contoh karangan yang baik.

iii) Latihan B Pemahaman akan diberikan penekanan terutamanya memastikan murid-murid mesti membaca petikan yang diberi dengan teliti dan memperbanyakkan membaca petikan-petikan yang lain.

iv) Pengukuhan Kemahiran membaca bagi Tahap 1 dan 2 akan diberikan penekanan dalam kelas Bacaan Pagi

v) Terdapat 4 orang murid Tahun 6 yang terlibat dalam Progam Pecutan untuk kumpulan sisi 5. Mereka akan dibimbing untuk meningkatkan gred prestasi individu. Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah ayat kurang gramatis dan kesinambungan idea dalam perenggan.

Tindakan: Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Semua guru mata pelajaran telah dipantau oleh pihak pentadbir mengikut jadual.Begitu juga dengan penyemakan buku latihan murid.

Tindakan: Makluman

5.2 Pengerusi memohon kerjasama semua guru supaya memaksimumkan penggunaan peralatan ICT semasa mengimplementasikan Pengajaran dan Pembelajaran.

(4)

4

Tindakan: Makluman

5.3 Guru BC harus menggalakkan murid-murid membaca buku-buku cerita dan membuat Nilam supaya dapat memupuk minat membaca dalam Bahasa Cina.

Tindakan: Makluman

5.4 Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan elemen penting dalam PPPM. Guru-guru perlu melengkapkan diri dengan pedagogi-padagogi terkini. Guru mata pelajaran boleh menggunakan pedagogi yang bersesuaian dengan objektif atau hasil pembelajaran untuk murid-murid memperolehi impak yang maksimum. Bermula dengan pembinaan alat bantu mengajar dan belajar yang efektif serta mesra penggunaan untuk murid.

Tindakan: Makluman

5.5 Program PLC akan dijalankan pada bulan October 2018. Semua guru Bahasa Cina terlibat dalam program ini.

Tindakan: Makluman

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan berharap semua tugasan yang telah ditetapkan akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:30pm.

Disediakan oleh:

Setiausaha Mesyuarat Panitia Bahasa Cina Tarikh: 31-7-2018

LAMPIRAN

BAHASA CINA PEMAHAMAN (PKBS 2/2018)

(5)

5 Darjah Jumlah

Calon

Gred

GPMP BIL

LULUS

% LULUS

BIL GAGAL

% GAGAL A

(1) B (2)

C (3)

D (4)

E (5)

1 22 15 5 0 1 0 1.32 21 95.45 0 0

2 222 2 1 3 4 12 4.05 10 45.45 12 54.55

3 30 3 0 5 10 12 3.93 18 60 12 40

4 13 1 3 2 0 7 3.69 6 46.15 7 53.85

5 14 0 2 3 5 4 3.79 10 71.43 4 28.575

6 9 5 2 0 1 1 2 8 88.89 1 11.11

BAHASA CINA PENULISAN (PKBS 2/2018)

Darjah Jumlah Calon

Gred

GPMP BIL LULUS

% LULUS

BIL GAGAL

% GAGAL A

(1) B (2)

C (3)

D (4)

E (5)

1 22 6 1 4 4 6 3 15 68.18 6 27.27

2 22 1 2 2 4 13 4.18 9 40.91 13 59.09

3 30 2 1 6 3 18 4.13 12 40 18 60

4 13 1 3 0 1 8 3.92 5 38.46 8 61.54

5 14 0 4 2 4 4 3.57 10 71.43 4 28.57

6 9 3 3 2 0 1 2.22 8 88.89 1 11.11

Referensi

Dokumen terkait

Pengaplikasian Model Pembelajaran Dunn & Dunn 1992 dalam Meneliti Faktor Rangsangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Murid Cina di Machang, Kelantan Cadangan

Skripsi ini berjudul Analisis Kesalahan Pelafalan Nada Ketiga ( 上声 sh ǎng Sh ē ng ) dalam Bahasa Mandarin oleh Mahasiswa Sastra Cina Universitas Sumatera Utara: Kajian

Tindakan: Ketua Guru Penasihat 7.15 Beliau juga memaklumkan bahawa sasaran tahun 2017 untuk mengekalkan kejohanan sekolah dalam pelbagai acara yang telah

Memandangkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina amat bergantung kepada pewujudan suasana pembelajaran yang kondusif dan sokongan daripada pihak

Berdasarkan analisis daripada dapatan kajian, pengkaji mendapati tahap kualiti guru dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor

Bagi keberhasilan pembelajaran murid, pengerusi menyatakan murid dan ibu bapa perlu tahu akan prestasi murid itu dan guru perlu tahu untuk mengambil tindakan susulan untuk

3.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana telah melaksanakan program latih tubi untuk murid tahun 4 , 5 dan 6 dengan baik dan

Persepsi guru terhadap petikan teks dan kosa kata Bahasa Cina buku teks Bahasa Cina Tahun Satu Terdapat 13 item yang dianalisis untuk melihat persepsi guru terhadap petikan teks dan