• Tidak ada hasil yang ditemukan

Minit Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Minit Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2017"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA TAHUN 2017 SMK INTAN PERDANA

TARIKH : 27 DISEMBER 2016 MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA SMKIP KEHADIRAN

BIL NAMA GURU JAWATAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34

En Abd Wahab Bin Maadah En Nor Saidi Bin Jaafar En Rozulan Bin Abdullah En Shahrul Yusri Bin Shaari Cik Norhuda Binti Mohamad Ali Pn Zabidah Binti Abu

En Ahmad Nadzri Bin Abd Aziz

Pn Syarifah Nor Hamizan Binti Syed Kamaruddin Pn Siti Nur Ilhami Binti Mohd Sharifuddin

En Anuar Bin Salleh Pn Azian Binti Anuar

En Che Bahaman Bin Che Hussin Pn Habibah Binti Abd Hamid En Hadlisham Bin Muhamad Pn Hazira Binti Dahalan Pn Juliana Binti Mohamad Ali Pn Khoo Keng Jun

Pn Noor Jamilah Binti Jamil

En Megat Mohd Shahir Bin Megat Ahmad Zakir En Mohd Khairul Abadi Bin Puteh

Pn Natasha Binti Basarudin Pn Nik Azlina Binti Nik Othman Pn Norhaliza Binti Ali

Pn Noriza Binti Mustafa Pn Nurani Binti Izahar Pn Nur Izyan Binti Alias Pn Nur Suhana Binti Musal Pn Rosida Binti Mohd Deni Pn Shamala a/p Balakrishnan Pn Siti Ainizah Binti Rahimat

Pn Siti Khatijah Binti Mohamad Nasir Pn Syahieda Binti Shahruddin

Pn Wook Sofiah Binti Muda Zuhailla Binti Za’aba

Pengetua Cemerlang Penolong Kanan Kurikulum Penolong Kanan HEM

Penolong Kanan Ko-Kurikulum Ketua Bidang Bahasa

Ketua Bidang Sains & Matematik Ketua Bidang Kemanusiaan Kaunselor Kaunselor Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik Guru Akademik

(2)

Tidak hadir : 1

2 3

En Fuad Bin Shamsudin – Menanda kertas SPM Pn Hajjah Faezia Binti Salleh – Mengerjakan umrah Pn Nuzuriaty Fadhzilla Binti Mohd – Cuti Bersalin

1.0 Ucapan Pengerusi Majlis

1.1 En Abd Wahab Bin Maadah, Pengetua Cemerlang SMK Intan Perdana mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran ke mesyuarat guru kali pertama ini. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan 5 orang guru yang berjaya ditukarkan ke SMK Intan Perdana dan meminta guru guru tersebut memperkenalkan diri. Beliau berharap semua guru dapat bekerjasama serta menunjuk ajar sesama guru supaya dapat bersama-sama meningkatkan kecemerlangan sekolah.

1.2 Tuan Pengetua juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga SMKIP kerana berjaya memperoleh pencapaian yang agak cemerlang dalam peperiksaan PT3 2016 iaitu 2 orang pelajar mendapat 9A,1B dan 2 orang pelajar mendapat 8A,2B. Namun beliau berdukacita kerana tiada seorang pelajar pun yang berjaya memperoleh A dalam matapelajaran Sains dalam PT3 2016. Oleh itu, beliau meminta guru guru yang mengajar matapelajaran Sains berbincang dalam mesyuarat panitia untuk mengenalpasti cara cara meningkatkan prestasi pelajar dalam matapelajaran tersebut.

Tindakan: Makluman 1.3 Beliau seterusnya mengarahkan Pn Sharifah untuk menyediakan banner yang mempamerkan wajah wajah pelajar yang berjaya memperoleh 6A dan ke atas sebagai pendorong dan secara tidak langsung dapat meraih kepercayaan ibubapa untuk menghantar anak anak mereka ke SMK Intan Perdana.

Tindakan: Kaunselor 1.4 Hal ini seiringan dengan halatuju sekolah untuk melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang cemerlang dari segi akademik. Ini terbukti dengan hasil usaha yang berterusan dari semua guru yang gigih menjalankan kelas tambahan tidak kira hari dan masa.

1.5 Beliau menekankan juga bahawa sekolah SMK Intan Perdana sentiasa menitikberatkan pembentukan sahsiah di kalangan pelajar. Beliau dengan sukacitanya memaklumkan bahawa sekolah telah berjaya dalam aspek tersebut dengan memperoleh 0 % peratus dari segi kesalahan disiplin. Beliau berharap warga SMK Intan Perdana dapat mengekalkan tahap disiplin para pelajar bagi tahun tahun berikutnya kerana unsur disiplin dapat memberi kesan dari segi akademik seseorang pelajar.

Tindakan: Makluman 1.6 Namun, beliau memaklumkan bahawa sekolah perlu menghantar laporan ke PPD berikutan kemerosotan kehadiran pelajar terutamanya ketidakhadiran pelajar dalam bulan November menyebabkan sekolah hanya memperoleh 90% secara keseluruhannya (tidak mencapai KPI 95%).

Tindakan: GPK1, GPK HEM, GPK KOKO 1.7 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada En Shahrul Yusri, En Ahmad Nadzri, En Mohd Khairul Abadi dan En Megat Mohd Shahir serta semua guru kerana berjaya melahirkan atlet atlet yang cemerlang dari segi kokurikulum sejajar dengan halatuju sekolah yang menuju ke arah kebitaraan olahraga. Oleh itu, beliau berharap semua warga SMK Intan Perdana akan menyokong dan sama sama berganding bahu menjadikan 3 perkara tersebut sebagai halatuju sekolah untuk membina pencapaian sekolah dalam semua aspek dan seterusnya merealisasikan slogan sekolah untuk

(3)

‘Mencipta Juara’

1.8 Beliau juga memaklumkan bahawa kuasa pentadbiran akan diturunkan kepada En Nor Saidi Bin Jaafar selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum mulai minggu kedua persekolahan.

1.9 Tuan Pengetua juga berharap guru guru sabar menerima kelas relief pada awal persekolahan dan pasrah dengan keadaan sekolah yang masih kekurangan guru.

Tindakan: Makluman 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

Disahkan oleh : En Ahmad Nadzri Bin Abd Aziz Disokong oleh : Pn Zabidah Binti Abu

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Tuan Pengetua mengingatkan semua guru supaya menambahbaik sebarang kekurangan yang dilakukan pada tahun 2016 supaya tidak diulang pada tahun berikutnya.

3.2 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Akmar yang mendapatkan khidmat bantuan pelajar-pelajar Politeknik untuk melukis mural yang hanya memakan belanja sebanyak RM150.

3.3 Beliau menekankan semua guru supaya menjalankan pengajaran dan pembelajaran mengikut abad ke 21 dan guru kelas harus memastikan susunan kerusi dan meja seperti yang ditetapkan dalam PdP abad ke 21. Beliau mengingatkan guru lebih berperanan sebagai fasilitator.

3.4 Beliau memaklumkan bahawa sekolah mempunyai kelengkapan LCD sebanyak 5 buah dan guru digalakkan menggunakan ICT dalam PdP.

Tindakan: Makluman 3.5 Tuan Haji Saidi memaklumkan bahawa sekolah SMK Intan Perdana hanya dibenarkan membuka 21 kelas walaupun telah memohon untuk membuka 22 buah kelas pada awalnya. Oleh itu, kelas tingkatan 3 telah dikurangkan dimana ia hanya terdiri daripada 3 Arif, 3 Bestari, 3 Cerdik, 3 Dedikasi dan 3 Efektif. Kelas 3 Fokus terpaksa digugurkan. Kedudukan kelas 3 Fokus akan di tempatkan dengan kelas 4SK.

3.6 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa ada segelintir pelajar tingkatan 3 yang terpaksa dibuang atas ketidakhadiran yang kritikal. Para pelajar tersebut boleh membuat merayu di jabatan untuk kemasukan semula.

3.7 Pn Hazira memaklumkan bahawa masih ada pelajar tingkatan 3 yang tidak muncul untuk mengambil slip keputusan PT3 mereka.

Tindakan: Makluman 4.0 Membentangkan Tugas- Tugas Khas Guru tahun 2017

4.1 Tuan Pengetua membentangkan tugas tugas khas dan tanggungjawab guru yang akan diamanatkan kepada semua guru mengikut buku panduan yang disediakan oleh pihak pengurusan.

4.2 Tuan Pengetua juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Ustazah Habibah yang berjaya menyediakan Latihan Dalam Perkhidmatan yang secukupnya kepada semua guru bagi tahun 2016.

4.3 Tuan Pengetua juga meminta En Mohd Khairul Abadi Bin Puteh untuk memantau makmal komputer sepanjang ketiadaan Pn Nuzuriaty Fadhzilla.

(4)

haruslah memastikan bilik bilik tersebut sentiasa dalam keadaan yang baik.

4.5 Tuan Haji Saidi mengingatkan bahawa pelajar sama sekali tidak dibenarkan mengambil kunci bilik khas di pejabat.

Tindakan: Semua guru 4.6 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pihak kantin telah pun diarahkan untuk membuka kantin pada awal pagi dan para pelajar dibenarkan untuk mengambil sarapan di kantin sebelum pukul 7.15 pagi iaitu sebelum perhimpunan pagi dimulakan. Ini adalah sebagai langkah untuk mengelakkan pelajar tidur di dalam kelas kerana kelaparan.

Tindakan: Makluman 4.7 Tuan Haji Saidi memaklumkan bahawa penyelaras tingkatan bertanggungjawab mengambil kehadiran kelas sekiranya guru tingkatan tidak hadir ke sekolah. Penyelaras tingkatan adalah seperti berikut:

Tingkatan Nama Guru

Tingkatan 4 Ustazah Habibah Tingkatan 3 Pn Hazira

Tingkatan 2 Ustazah Azian Tingkatan 1 Ustaz Hadlisham

4.8 Tuan Haji Saidi juga memaklumkan bahawa terdapat sedikit rombakan dilakukan dalam senarai nama guru tingkatan. Berikut adalah yang terkini

Tingkatan Nama Guru

4 SC PN JULIANA

4 PA PN HAZIRA

4 IK PN NOOR JAMILAH

4SK USTAZAH HABIBAH

3 ARIF PN SITI AINIZAH

3 BESTARI PN SITI KHATIJAH

3 CERDIK PN WOOK SOFIAH

3 DEDIKASI PN SYAHIEDA

3 EFEKTIF PN NORHALIZA

2 ARIF PN KHOO KENG JUN

2 BESTARI EN CHE BAHAMAN

2 CERDIK PN NATASHA

2 DEDIKASI USTAZAH NUR SUHANA

2 EFEKTIF PN NIK AZLINA

2 FOKUS PN FAEZIA

1 ARIF PN SHAMALA

1 BESTARI PN NURANI

1 CERDIK PN NUR IZYAN

1 DEDIKASI USTAZ HADLISHAM

1 EFEKTIF PN ROSIDA

1 FOKUS PN ZUHAILLA

4.9 Tuan Haji Saidi juga memaklumkan bahawa Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi adalah Pn Nurani. Beliau berharap guru guru KHB dapat membimbing satu sama lain memandangkan RBT adalah subjek Tingkatan 1 yang baru diperkenalkan.

(5)

4.10 Beliau menambah lagi bahawa guru matapelajaran Tingkatan 1, 2 dan 3 secara langsung dilantik sebagai pentaksir PBS dan diarahkan untuk membuat pentaksiran dari masa ke semasa.

Tindakan: Guru Pentaksir PBS 4.11 Tuan Haji Saidi memaklumkan bahawa Jawatankuasa Sistem Pembelajaran Abad 21, KBAT dan i-Think telah ditubuhkan. Pn Zabidah selaku setiausaha penyelaras jawatankuasa tersebut mengingatkan semua guru mesti melaksanakan i-Think. Aplikasi i-Think juga dijangkakan akan diubah kepada sistem offline pada tahun 2017.

Tindakan: Semua Guru 4.12 Selain itu, menurut Tuah Haji Saidi lagi, Jawatankuasa PD Win School juga ditubuhkan dan sebuah almari telah disediakan untuk meletakkan fail-fail berkaitan PD Win School. Namun berlaku sedikit perubahan dalam ahli jawatankuasa dan terkini adalah seperti berikut:

Penyelaras Nama Guru

PD SIP Pn Zabidah, En Khairul Abadi

PLC Pn Zuhailla

PD Walk En Fuad

Album PD Win Ustazah Habibah, Pn Siti Nur Ilhami Kebitaraan Sekolah En Megat, En Ahmad Nadzri

4.13 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa sebahagian besar bilangan pelajar sekolah SMK Intan Perdana datangnya daripada taman- taman perumahan yang berdekatan. Oleh itu, beliau berharap Jawatankuasa Program Hati ke Hati sentiasa memantau para pelajar yang selalu tidak hadir ke sekolah dan melawat ke rumah mereka untuk mengetahui punca ketidakhadiran mereka ke sekolah.

4.14 Beliau juga mengingatkan semua guru bahawa sekolah akan meneruskan langkah memanggil keluar para pelajar yang tidak hadir pada hari sebelumnya untuk mengetahui punca sebenar ketidakhadiran mereka ke sekolah.

Tindakan: Guru Bertugas Mingguan 4.15 Tuan Haji Saidi pula memaklumkan bahawa sekolah telah pun menyediakan perancangan starategik sehingga tahun 2018. Oleh itu, guru guru akan diberikan satu LDP pada awal bulan Januari berkaitan dengan perancangan taktikal dan operasional yang akan dikendalikan oleh En. Khairul Abadi.

4.16 En Ahmad Nadzri selaku penyelaras Jawatankuasa Kajian Tindakan memaklumkan bahawa semua guru juga akan didedahkan dengan satu LDP selaras dengan halatuju JPNS untuk memperkasakan Kajian Tindakan.

Tindakan: Makluman 5.0 Pengurusan Kurikulum Sekolah tahun 2017

5.1 Tuan Haji Saidi mengingatkan semua guru bahawa akan ada pemantauan pada 3 Januari 2017 iaitu hari pertama persekolahan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti atau dari JPNS.

(6)

5.2 Oleh itu, pencatat minit perlu menyiapkan minit mesyuarat bahagian masing masing sebelum 3 Januari 2017.

Tindakan: Pencatat minit mesyuarat 5.3 Selain itu, semua guru perlu mempraktikkan cara pengajaran ke PdP abad ke 21. Semua guru juga perlu ambil tahu dengan bersungguh sungguh untuk mahir dan mempertingkatkan ilmu dengan konsep PD Win School.

5.4 Beliau juga berharap semua guru bijak melayan karenah para pelajar yang berasal daripada pelbagai latarbelakang yang perlu dididik sahsiah dan melahirkan insan yang berguna.

5.5 Beliau juga mengingatkan bahawa pihak pengurusan telah memutuskan semua guru perlu turun ke perhimpunan pagi bersama sama dengan pelajar dan juga dinasihatkan memakai kasut tertutup. Beliau juga mengingatkan semua guru supaya menghormati guru yang berucap semasa perhimpunan rasmi atau perhimpunan pagi dan elakkan diri bercakap sesama rakan guru.

Tindakan: Semua guru 5.6 Tuan Haji Saidi selaku Penilai PBPPP memaklumkan markah guru yang dinilai akan diberikan mengikut panduan. Oleh itu, guru guru dinasihatkan mengambil keberhasilan yang utama untuk dinilai. Selain itu, aspek aspek yang akan diambilkira oleh jawatankuasa dalam penilaian adalah

 Kehadiran guru ke sekolah

 Kesungguhan keberhasilan PdP guru

 Kemenjadian guru (guru tepat waktu masuk ke kelas)  Kemenjadian pelajar

 Keberkesanan watak dan peranan guru

 Penghantaran buku rekod mengajar setiap hujung minggu

Tindakan: Semua guru 5.7 Pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua ketua bidang, En Khairul Abadi selaku Penyelaras Jawatankuasa Jadual Waktu, Pn Hazira selaku Setiausaha PT3, semua guru PT3 dan semua warga SMKIP secara keseluruhan kerana bertungkus lumus semasa waktu cuti sekolah untuk menyiapkan banyak perkara.

5.8 Tuan Haji Saidi memberi pesanan kepada semua guru supaya mengambil berat tentang kesihatan masing masing. Beliau juga memberi pendapat tentang cara cara yang boleh dipraktikkan untuk mewujudkan suasana seronok bekerja. Antaranya adalah seperti berikut:

 Wujudkan suasana kerja yang harmonis dan hubungan yang baik dengan semua  Saling hormat menghormati dan bertegur sapa

 Senyum satu sedekah

 Yang muda menghormati yang tua  Yang tua mengasihi yang muda

(7)

 Saling bantu dan membimbing antara satu sama lain

Tindakan: Makluman 5.9 Beliau menambah lagi kemenjadian pelajar dapat dilihat apabila pelajar yang dididik secara holistik berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan dan kemahiran, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

5.10 Tuan Haji Saidi mengingatkan semua guru bahawa kemenjadian guru diukur melalui perubahan murid iaitu apabila guru berjaya mengubah seseorang pelajar menjadi seorang yang cemerlang dalam semua aspek.

5.11Beliau juga mengingatkan semua guru tentang pesanan Pengarah, Pn Rusni Binti Ab. Jalil semua guru mesti menjalankan PdP abad 21.

5.12 Beliau juga memaklumkan bahawa salah satu agenda utama JPNS bagi tahun 2017 adalah Memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh itu guru guru yang berperanan sebagai pelaksana PBS perlu bersedia dengan instrumen-instrumen pentaksiran.

Tindakan: Semua guru 5.13 Beliau juga mengulas tentang format baharu jadual waktu untuk sesuaikan dengan KSSM 1 waktu ialah 30 minit bersamaan 32 hingga 37 waktu seminggu manakala waktu guru mengajar aliran perdana bagi waktu 40 minit ialah 24 hingga 28 waktu seminggu. 5.14 Beliau juga mengingatkan semua guru untuk menghantar Buku Rekod Mengajar

pada setiap minggu. Semua guru harus memastikan BRM mesti lengkap sepenuhnya pada minggu terakhir bulan Januari. Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah membenarkan guru guru menggunakan fail tetapi mesti memenuhi apa yang ada dalam buku rekod.

5.15 Beliau memaklumkan bahawa setiap guru akan dicerap 2 kali setahun (Rujuk takwim Feb dan Julai). Markah instrumens pencerapan semua guru perlu dihantar ke JPNS melalui epantau dan dimasukkan juga dalam SKPM dan NKRA. Untuk mendapat markah 90 ke atas, semua guru perlu memastikan pedagogi guru abad ke 21. Guru guru yang mengajar matapelajaran Tingkatan 1, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP) perlu dirujuk setiap masa semasa PdP.Jadi, apabila pencerapan dijalankan, pencerap perlu merujuk DSKP.

Tindakan: Semua guru 5.16 Beliau juga mengingatkan semua guru bahawa buku nota dan buku latihan perlu dihantar untuk disemak 2 kali setahun mengikut takwim iaitu sebelum cuti bulan Mac dan bulan Ogos. Buku nota dan latihan dihantar ke bilik mesyuarat utama. Kumpulan pengurusan akan menyemaknya. Perkara yang akan disemak :

 Kekerapan menanda

 Jumlah latihan minimum setiap panitia  Pembetulan

 Ulasan guru

Tindakan: Semua guru 5.17 Tuan Haji Saidi juga memaklumkan Mesyuarat Post Mortem PT3 2016 akan

diadakan pada minggu ke 2 iaitu pada 12 Januari 2016 (Khamis). Kehadiran adalah wajib bagi semua guru yang mengajar PT3 2016.Ketua Panitia perlu bersedia untuk membentangkan Post Mortem dengan menggunakan Power Point. Aspek yang perlu ada adalah seperti

1. Kekuatan 2. Kelemahan

(8)

5.18 Beliau mengingatkan semua Ketua Panitia perlu memberi 1 salinan pada PK1 untuk difailkan.

Tindakan: Ketua Panitia 5.19 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah melaksanakan Program

Memperkasakan Bidang mengikut bidang masing-masing seperti berikut  Bidang Sains dan Matematik

- Program Dasar 60:40

- Panitia Sains dan Matematik perlu merancang program untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Sains dan Matematik serta memperbanyakkan pelajar yang berminat berada di dalam aliran Sains.

Bidang Kemanusiaan

- Sejarah mesti lulus dalam SPM untuk dapat sijil

- Panitia Sejarah perlu merancang program yang boleh menjamin pelajar lulus matapelajaran Sejarah.

Bidang Bahasa

- Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu merancang program yang berkesan untuk meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  Bidang Teknik dan Vokasional

- Panitia Teknik dan Vokasional perlu merancang Program Penjenamaan Bengkel iaitu menaiktaraf bengkel.

Tindakan: Ketua dan ahli panitia 5.20 Tuan Haji Saidi juga mengingatkan tindakan pertama apabila guru masuk kelas perlu memastikan kelas sentiasa dalam keadaan bersih iaitu tiada sampah. Susunan kerusi meja mesti teratur. Guru perlu menjadi ia budaya setiap kali melangkah masuk ke dalam kelas.

Tindakan: Semua guru 5.21 Pertandingan keceriaan kelas akan bermula pada bulan Februari. Hadiah akan disampaikan pada perhimpunan rasmi minggu pertama. Semua warga SMKIP dari masa ke semasa perlu sama-sama berusaha untuk menceriakan sekolah.

Tindakan: Guru Keceriaan dan Guru Bertugas 5.22 Beliau juga berharap agar fail panitia sentiasa dikemaskini. Ketua Panitia boleh mengagih-agihkan tugas pada dikalangan ahli panitia untuk meringankan bebanan tugas. Ketua Panitia juga diingatkan perkara yang perlu ada dalam fail panitia (sila rujuk edaran yang telah diberi).

Tindakan: Ketua Panitia 5.22 Beliau memaklumkan bahawa tarikh Mesyuarat Panitia Kali Pertama 2017 telah dijadualkan pada tarikh 28 Disember 2016 dan perlu dilaksanakan seperti dijadualkan dibawah.

Masa Matapelajaran

8.30am -10.00am Bahasa Melayu Sains Geografi Pendidikan Islam

KH/RBT/ASK 10.30am – 12.00 Bahasa Inggeris

Matematik Sejarah

(9)

5.23 Mesyuarat bagi panitia panitia lain boleh diadakan pada 29 Disember 2016 . 5.24 En Khairul Abadi menjelaskan waktu mula dan akhir sesi persekolahan adalah

seperti berikut:

Hari Masa Perkara

Isnin- Khamis 7.30am-8.30am Perhimpunan Rasmi

Isnin-Jumaat 10.00am - 10.30am Waktu rehat untuk Ting 1 dan 2

Isnin-Jumaat 10.30am - 11.00pm Waktu rehat Ting 3 dan 4

Isnin- Khamis 2.00pm Sekolah bersurai untuk Ting. 1,2,3, 4IK dan 4SK

Isnin- Khamis 2.30pm Sekolah bersurai untuk Ting 4 SC dan 4 PA

Jumaat 12.30pm Sekolah bersurai untuk

semua tingkatan

5.25 En Khairul Abadi juga memaklumkan kepada semua guru bahawa PLC telah dijadualkan pada setiap hari Isnin (2.30pm – 3.30pm).

Tindakan: Makluman 6.0 Pengurusan Hal Ehwal Murid tahun 2017

6.1 En Rozulan selaku GPK HEM memaklumkan bahawa pendaftaran bagi Ting 1, 2, 3 dan 4 akan diadakan pada 29 Disember 2016 (Rabu). Oleh itu semua guru diwajibkan hadir ke sekolah.

Hari Tingkatan Tempat Pendaftaran

Rabu Ting 1 Dewan sekolah

Rabu Ting 2, 3 dan 4 Kelas masing masing

6.2 Guru guru kelas Ting 1 perlu mengutip semula Borang Maklumat Diri Pelajar yang lengkap pada hari pendaftaran untuk memudahkan urusan pihak pengurusan.

6.3 Beliau juga mengarahkan semua guru tingkatan untuk mengisi semua maklumat pelajar dengan lengkap di dalam Jadual Kedatangan sebenar untuk memudahkan urusan pihak pengurusan menghubungi ibubapa pelajar sekiranya berlaku kecemasan. Namun, buat masa ini guru tingkatan akan diberikan jadual kedatangan sementara untuk digunakan pada bulan Januari sahaja. Guru tingkatan juga diarahkan menulis no pendaftaran pelajar pada setiap bulan

6.4 Beliau meminta guru tingkatan untuk memastikan bahawa setiap pelajar kelas masing masing sudah didaftarkan dalam Buku Daftar Sekolah dan setiap pelajar mempunyai nombor pendaftaran.

(10)

6.5 Beliau juga berharap guru disiplin dan juga semua guru untuk mengisi SSPM 2.0 dengan menaip nama pelajar berkenaan salah laku atau kelakuan baik seseorang pelajar.

User ID : NEA2057 Password: NEA2057

Tindakan: Makluman 7.0 Pengurusan Kokurikulum tahun 2017

7.1 En Shahrul Yusri selaku GPK Kokurikulum menjelaskan terdapat beberapa penubuhan persatuan dan kelab yang baru seperti berikut:

Nama Kelab/Persatuan Nama Ketua Guru Penasihat

Kelab Kesenian dan Kebudayaan Pn Siti Ainizah Kelab Keselamatan Jalan Raya Pn Norhaliza

Kelab Quarter Master Pn Faezia

Kelab Komputer Pn Nuzuriaty Fadhzilla

7.2 Beliau memaklumkan bahawa tahun ini, terdapat 15 kelab dan persatuan yang mempunyai maksimum 46 orang murid.

7.3 Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat dua badan beruniform baru yang ditubuhkan seperti berikut

Nama Badan Beruniform Nama Ketua Guru Penasihat

Kadet Bomba dan Penyelamat Pn Natasha

Pandu Puteri Pn Jamilah

7.4 Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat beberapa sukan dan permainan baru yang ditubuhkan seperti berikut

Nama Sukan dan Permainan Nama Ketua Guru Penasihat

Ping Pong Pn Faezia

Catur Pn Syahieda

Bola Keranjang Pn Nur Izyan

Olahraga dan Merentas Desa En Megat Mohd Shahir

Perahu Layar Pn Nur Izyan

Gimrama Pn Siti Nur Ilhami

Taekwando Pn Zuhailla

7.5 Beliau menjelaskan tarikh tarikh penting sukan dan permainan dalam takwim sekolah seperti berikut:

Tarikh Perkara

5 Jan (Khamis) Mesyuarat agong rumah sukan

(11)

16 dan 17 Jan Latihan Merentas Desa

19 Jan Kejohanan Merentas Desa Sekolah

25 Jan Merentas Desa MSSDPD (Mesyuarat : 05 Jan)

30,31Okt, 01,02 Nov

Latihan Rumah Sukan

11,12,13,14 Sept Sukan Tara

6,7,8 Nov Acara Akhir Sebelum Sukan

09 Nov Raptai Sukan Tahunan

10 Nov Sukan Tahunan

Selepas 10 Nov Pertandingan sukan antara kelas, pengumpulan markah sukan permainan

7.6 Beliau juga mengingatkan bahawa perhimpunan kokurikulum akan dijalankan sebanyak 6 kali. Oleh itu semua guru penasihat badan beruniform masing masing perlu bersedia dengan tarikh tarikh untuk mengendalikan perhimpunan kokurikulum seperti berikut:

Tarikh Badan Beruniform

15 Feb Puteri Islam dan Kadet Bomba

19 April Kadet Polis dan Pandu Puteri

14 Jun BSMM

19 Julai KRS

16 Ogos Pengakap

20 Sept PKBM

Tindakan: Makluman 7.7 Beliau juga memaklumkan bahawa SMK Intan Perdana juga telah dipilih sebagai tuan rumah bagi acara Merentas Desa MSSDPD (25/01/17) dan KASTEK peringkat daerah (11-12/07/17).

Tindakan: En Megat Mohd Shahir dan Pn Siti Khatijah 7.8 Beliau juga memaklumkan bahawa borang akan diedarkan untuk mendaftarkan pelajar baru (bagi sukan permainan, kelab persatuan dan rumah sukan) semasa sesi pendaftaran pelajar nanti dan akan dipungut semasa hari akhir orientasi.

Tindakan: Cikgu Megat dan En Ahmad Nadzri. 7.9 Beliau juga memesan bahawa semasa waktu kokurikulum pada setiap hari Rabu para pelajar diwajibkan memakai pakaian badan uniform. Begitu juga pada setiap hari Selasa semasa waktu 1MIS, semua pelajar diwajibkan pakaian sukan sekolah.

(12)

7.10 Beliau meminta guru kelas dan guru PJK mesti membantu Setiausaha Koko untuk mematuhi tarikh tutup pengisian markah PAJSK.

7.11 Ketiga-tiga Penyelaras Koko akan membantu GPK Koko memantau fail dan perjalanan aktiviti kokurikulum di sekolah.

7.12 Beliau mengulas berkenaan fail yang perlu sentiasa dilengkapi dan dikemaskini. Begitu juga buku laporan mesti dilengkapi dan dikemaskini selepas aktiviti dijalankan serta dihantar kepada GPK Koko untuk disemak setiap hari Khamis.

7.13 Beliau juga berharap guru dapat melengkapkan laporan mengikut format selepas pertandingan/aktiviti dijalankan berserta juga gambar sebagai bukti (sekurang-kurangnya 2 gambar) dan dihantar kepada GPK Koko dalam masa 3 hari bekerja selepas pertandingan/aktiviti selesai.

7.14 Beliau mengingatkan semua guru untuk mengisi nota minta terlebih dahulu sekiranya ingin membuat sebarang pembelian dan satu salinan untuk GPK Koko. Maklumkan GPK Koko terlebih dahulu sebelum pengesahan pengetua.

Tindakan: Ketua Guru Penasihat 7.15 Beliau juga memaklumkan bahawa sasaran tahun 2017 untuk mengekalkan kejohanan sekolah dalam pelbagai acara yang telah disertai pada tahun 2016. Sekolah juga berhasrat untuk menghantar penyertaan bagi kawad kaki, bicara berirama dan kompang formasi.

Tindakan: Makluman 8.0 Hal hal lain

8.1 Pn Hazira memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan bengkel PBL Kemahiran Rekabentuk pada 29/12/16 untuk guru guru tingkatan 1 yang mengajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Tindakan: Guru BM,BI,Sains dan Matematik Ting 1 8.2 En Ahmad Nadzri memaklumkan bahawa terdapat 6 orang yang terpilih dalam pasukan bola sepak daerah Port Dickson mendapat peluang mengikuti projek ‘Bola Sepak Pembangunan Negara’.

8.3 Sebulat suara memberikan persetujuan untuk mengekalkan AJK Kelab Staf

Tindakan: Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.07 petang

Disediakan oleh,

………..

(PN SHAMALA A/P BALAKRISHNAN) Pencatat Minit

(13)

Referensi

Dokumen terkait

Ruang lingkup kegiatan Perlombaan Karya Inovasi Pembelajaran bagi Guru SMP Tingkat Nasional Tahun 2017 berisi tentang pengalaman pembelajaran/layanan terbaik

Merujuk kepada Laporan Kewangan, muka surat 1 , perkara (e) beliau memaklumkan cadangan oleh Koperasi bagi membuat peruntukan-peruntukan seperti dividen Modal syer, dividen

(a) berhubung kertas rancangan tindakan bagi pengekalan pensijilan ISO tahun 2017 yang merangkumi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS), Sistem Pengurusan Keselamatan

Hal yang sama juga peneliti tanyakan kepada guru bimbingan dan konseling kelas IX yakni ibu Kristrin Anggraini beliau mengatakan : “Untuk kenakalan peserta didik disini hanya kenakalan